PAS DOMINAN DALAM BA DAN PR??
Che Ibrahim
Semua orang tahu Usul Tergempar Dewan Ulama Pas Pusat untuk memutuskan "Tahalluf Siyasi" @ persefahaman politik dengan Dap pada tahun 2015 ialah kerana keputusan Dap memutuskan hubungan dengan Haji Hadi.
Mungkin ramai yang tidak tahu keputusan Dap untuk memutuskan hubungan dengan Haji Hadi kerana tindakan Haji Hadi yang melanggar keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR dengan memasukkan Notis Usul Persendirian RUU 355 tanpa berbincang dalam Majlis Presiden PR.
Perlu disebut balik, krisis dingin Pas - Dap bermula apabila Pas menghidupkan semula isu hudud melalui pembentangan RUU Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 2014 bagi menggantikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang kemudiannya dikenali sebagai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015.
Dap menentang pembentangan RUU EKJS (II) 2014 atas alasan tidak pernah dibincang dalam mesyuarat PR, setelah diberi penjelasan bahawa ekjs(ii) 2014 adalah kesinambungan kepada ekjs(ii) 1993, Dap akhirnya akur dengan keputusan Pas dengan syarat Usul Persendirian untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah 1965 hendaklah dikemuka Dan dibincang dalam Majlis Presiden PR, namun Presiden Pas telah membelakangkan keputusan tersebut.
Perlu diulang balik, Pas kembali dengan idea perjuangan menegakkan hukum hudud selepas PRU 2013 setelah satu dapatan kajian mengatakan Pas akan kalah dalam pilihanraya akan datang jika tidak memainkan semula isu hudud.
Bermula tahun 2014, Pas kembali memanaskan suhu politik negara dengan isu pelaksanaan hukum hudud melalui pembentangan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang sekian lama disenyapkan. MB Kelantan ketika itu, YAB Dato' Ahmad Yakob berjanji akan meletak jawatan MB jika hudud gagal dilaksanakan.
Di peringkat Pusat, Pas tampil dengan Usul Persendirian untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 yang selepas itu masyhur dengan panggilan RUU 355. Akhirnya kedua dua isu tersebut telah lenyap sekarang ini.
Oleh itu dakwaan pemimpin Pas untuk tunjuk kuasa dominan dalam BA dan PR dulu untuk halang agenda Malaysian Malaysia Dap adalah satu pembohongan.
KEH KEH KEH
Mohd Asri Bakar
Pakai UNIFORM kebanggaan PDRM, ok. Tetapi sayang, perangai dia..? Errmmmmm. Cer teka, sape mamat sial sekoq ni?. Muka & perangai sama jer..HODOH, BODOH & BURUK.
Gambar sblm dia kena PECAT!!. 🤭🤣🤣🤣🤣
KES WAN MOHAMMAD FARIS.
Kami Viral
Semalam, kerajaan PAS Kelantan ada keluarkan 2 kenyataan:
1. Kerajaan tidak bantah siasatan polis berhubung kes arwah Faris.
2. Kerajaan Kelantan mengaku acap kali berjumpa dengan keluarga arwah Faris.
Okay.
Yang pertama.
Tuntutan ibubapa Faris ke atas kerajaan PAS Kelantan, bukanlah mahu kerajaan negeri bantah atau tidak siasatan tu.
Tapi tuntutan ibubapa Faris ialah kerajaan PAS Kelantan diminta tidak membantah saman yang bakal dikemukakan oleh ibubapa Faris ke atas kerajaan PAS Kelantan.
Saman oleh ibubapa Faris ni, antaranya bertujuan mendesak Kerajaan PAS Kelantan membuat penjelasan secara terbuka, mengenai banyak kecuaian yang berlaku, salah satunya ialah 'arahan YIK untuk merobohkan tandas maahad di mana mayat arwah ditemui'.
Namun sehingga ke hari ni, kerajaan PAS Kelantan masih enggan dan bersilat lidah, spin tak mahu beri sebarang komitmen untuk tidak membantah saman ibubapa Faris nanti.
Yang kedua.
Kerajaan PAS Kelantan tiba-tiba mengaku sudah ACAP KALI berjumpa dengan keluarga arwah untuk beri kerjasama.
Ini adalah satu pembohongan atas darat yang nyata. Gila sanggup berbohong macam ni depan media.
Wakil keluarga arwah telah keluar kenyataan balas, dan tegas menyatakan:
"TIDAK PERNAH ADA PERTEMUAN ANTARA KERAJAAN KELANTAN DENGAN PIHAK KELUARGA ARWAH BERKAITAN KES WAN AHMAD FARIS.
KERAJAAN KELANTAN TIDAK BERCAKAP BENAR, TIDAK JUJUR"
Astaghfirullahala'zim.
Selama 12 tahun, kerajaan PAS Kelantan satu kali pun tak pernah jumpa dengan keluarga arwah.
Tiba-tiba semalam mengaku "acap kali berjumpa dengan keluarga arwah?".
Begitu selamba PAS berbohong di hadapan rakyat Kelantan.
Akhir kata,
Keputusan inkues pada tahun 2016, memberi gambaran jelas berlakunya usaha cover up, di mana YIK arahkan tandas sekolah itu dirobohkan hanya 2 minggu selepas mayat arwah ditemui
Kesemua ni juga memberi maksud yang jelas, PAS memang sedang melindungi pembonoh Faris.
Semoga keadilan untuk arwah Faris ditegakkan, pembonoh Faeis dihukum dan PAS dijatuhkan.
amin ya Allah.
HILANG KERANA KELEMAHAN PENTADBIRAN
Mohd Asri Bakar
Jangan pelik tempat pelancongan utama kotor tak bercuci, termasuklah Masjid kristal.Pengotor!!!
Jangan pelik state gov takde duit nak kawal hakisan pantai. Budget pun ciput jer...
Jangan pelik bonus penjawat awam terpaksa minta Federal. Sian....
Memang pelik..tanah KERAjaan di jual murah (jauh di bawah harga pasaran) kpd persatuan isteri MB sendiri.
KERAjaan Terengganu kena faham..mereka telah hilang puluhan juta (mgkn ratusan juta) duit demi melaksanakan 'DASAR POPULIS' utk memenangi pilihanraya. Eh, nak RASUAH pengundi2, bukan sikit duitnyer tu..kan?
Pahit betul kenyataan ini... tapi kenalah terima hakikatnya! Ini adalah fakta & bukannya auta🙄
Tu pun ada ada hati MB nak jadi PM Malaysia? Kohkohkoh kihkihkihkih kehkehkehkeh....🤭🤣🤣🤣🤣🤣
Dokumen Mahkamah London: Bukti PAS ambil duit UMNO sejak 2014.
Kami Viral
Dokumen Mahkamah London:
Bukti PAS ambil duit UMNO sejak 2014.
Kali ini Min dedahkan 3 mukasurat dokumen yang bernama 'Final Defense and Counter Claim', yang difailkan oleh Sarawak Repot di Mahkamah London, untuk menjawab saman Presiden PAS.
Namun, selepas dokumen ini difailkan, tiba-tiba Presiden PAS terus tarik balik saman, dan Presiden PAS diarah bayar RM1.4 juta kepada Sarawak Report.
Dengan kata lain, tindakan Presiden PAS itu telah memberi gambaran jelas, bahawa apa yang disebut oleh Sarawak Repot dalam Mahkamah London adalah BENAR.
-------------------
Dari dokumen FINAL DEFENCE AND COUNTER CLAIM oleh Sarawak Report;
1. UMNO sudah beri lebih RM200 juta kepada Nasharudin Mat Isa, bekas Timb Presiden PAS sejak 2014.
2. Antara 2014 dan 2015, duit UMNO itu telah digunakan oleh PAS untuk menganjurkan program parti oleh golongan konservatif (kumpulan ulamak) di Selangor, Kelantan, Kedah dan lain-lain.
3. Tujuan utama beri duit ialah untuk menaja kemenangan kumpulan ulamak PAS menang dalam pemilihan PAS 2015.
3. Program Ijtimak Ulama Antarabangsa di Rusila pada Mac 2015 juga guna duit UMNO sebanyak RM10 juta.
4. Antara program PAS berterusan selepas 2015 yang guna duit UMNO, termasuklah:
a. Muktamar 2015
b. Himpunan Istiqamah Sehingga Kemenangan 2015
c. Himpunan 60k @ Fastaqim 2015
d. Himpunan Anak Muda Istiqamah (HAMASAH 2015)
e. Himpunan Bantah TPPA 2016
f. Himpunan RUU355 di Padang Merbok 2017
g. Ijtimak Ulama Antarabangsa Kota Bharu 2017
5. Selain Nasharudin Mat Isa, antara pimpinan PAS lain yang menerima duit dari UMNO ialah:
a. Takiyudin Hassan.
b. Nik Abduh.
c. Dr Samsuri (MB Terengganu).
6. Nasharudin Mat Isa juga telah menonjolkan kemewahan dari duit yang diterima apabila mula membelanjakannya :
a. membeli kenderaan-kenderaan mewah :
- BMW 525 (RM388,000)
- Mini (230,000)
- Toyota Vellfire (290,000)
- Toyota Camry (150,000)
- Toyota Fortuner (200,000)
b. membeli hartanah :
- rumah di Bangi, Selangor (RM3 juta - dibeli secara tunai)
serta beberapa Ahli Parlimen PAS yang lain juga telah membeli kenderaaan mewah dan rumah, berkahwin kedua dan ketiga, berbelanja melebihi gaji mereka sebagai Ahli Parlimen.
7. Mohd Amar @ TMB Kelantan juga menerima duit UMNO, telah berbelanja membeli beberapa kenderaan mewah seperti :
- Range Rover
- Audi 6
- Toyota Vellfire
- Toyota Altis
dan juga Mohd Amar @ TMB Kelantan membeli beberapa buah rumah untuk ahli keluarganya.
8. Hashim Jasin @ Mursyidul Am PAS dari Perlis juga menggunakan duit ini membeli kereta Porcshe Cayman yang sebelum ini didakwa dibeli menggunakan wang anaknya.
9. Khairuddin Aman Razali, bekas SU Dewan Ulama PAS Pusat, menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada isteri keduanya, Audi Q7 yang berharga RM500,000.
10. Nasurudin Hassan juga membeli Toyota Vellfire pada harga RM300,000+.
11. Nik Zawawi Salleh @ Ketua Dewan Ulama PAS, juga membeli sebuah kereta mewah Mercedes dengan no. plate [PAS 9], yang berharga RM100,000.
12. Takiyuddin Hassan @ SU Agong PAS pula berbelanja beberapa buah kereta mewah dan motorsikal mewah, termasuklah Volkswagen Passat (RM160,000) dengan no. plate [TAK 11]. No. plate ini berharga RM1100,000
13. Muhammad Khalil Abdul Hadi @ anak Presiden PAS juga berbelanja membeli dari UMNO kepada PAS sahaja.
6. Jadi, salah ke PAS terima duit UMNO.
7. Tak salah pun PAS terima duit UMNO.
8. Yang salah tu, PAS berbohong tak mengaku terima duit UMNO.
"Presiden restu saya berbohong nafi audio"
- Nik Abduh.
WALAUN MENGGELUPUR
Kami Viral
Semalam walaun-walaun semua pakat mennggelupur dan meroyan bila Min dedahkan fakta benar mengenai pemimpin PAS ambil duit UMNO sebelum PRU 2018.
Walaun spin dan maki orang lain, walhal sumber asal PAS ambil duit UMNO ni datang dari pengakuan Nik Abduh sendiri, tapi takde pula walaun pergi maki Nik Abduh.
Pastu bertambah koyak dengan menyalak bertanya soalan:
"kenapa tak repot SPRM?"
"kenapa tiada siasatan?"
"kenapa tiada tangkapan?"
"kenapa tiada pendakwaan?"
Untuk pengetahuan lembu-lenbu sekalian, kesemua tu sudah pun dibuat, tapi kesemuanya telah pun digugurkan dan dihentikan sepenuhnya selepas PAS jadi kerajaan.
Berdasarkan dokumen mahkamah London, duit UMNO disalurkan melalui Nasharudin Mat Isa @ Timbalan Presiden PAS terlebih dahulu sebelum ia diagihkan kepada pemimpin PAS yang lain.
SPRM telah pun membuat siasatan ke atas Nasharudin Mat Isa, dan akhirnya Nasharudin ditahan dan telah pun didakwa di mahkamah pada Oktober 2019.
Namun, selepas PAS tebuk atap jadi kerajaan khianat pada Mac 2020, tak lama lepas tu, kes-kes mahmamah Nasharudin Mat Isa digugurkan pada Novemver 2020.
Nampak tak lembu-lembu sekalian?
Inilah kerja jahat PAS sewaktu berada dalam kerajaan.
Bahkan, kesemua siasatan SPRM berhubung PAS ambil duit UMNO ni dihentikan serta merta, NFA terus.
Inilah sebenarnya kenapa PAS gila nak berkuasa, sebab bileh buat kerja jahat macam ni la lembu, oi!
Kesimpulanya.
PAS boleh tipu rakyat Malaysia
boleh tipu walaun.
boleh tipu sesiapa sahaja.
Tapi PAS tak boleh tipu Allah.
Setiap kerusi PAS yang menang, adalah kemenangan yang istidraj akibat penipuan.
Hari ni, Allah tunjuk kat orang beriman, PAS ni sanggup khianat sesiapa sahaja demi duit.
Dulu khianat Pakatan kerana duit UMNO.
Pastu khianat UMNO kerana duit Bersatu.
Sekarang nak khianat Berdatu pasal duit juga.
InshaAllah, PN akan berpecah sebelum PRU16.
Sama-sama kita doakan.
Walaun tetap lembu.
ORANG YANG DICARI
Jogho Malaya
ROSMAN BIN DATO JAMAL.
1. Saya sedang jejaki seorang lelaki Melayu bernama Rosman bin Dato Jamal.
2. Ia berkaitan penipuan dan kes perdaya dalam urusan perniagaan.
3. Ratusan ribu kerugian melibatkan puluhan orang menjadi mangsanya.
4. Cuba mencari secara sendiri, 2 tahun pencarian, tidak berjaya jejaki.
5. Kesabaran sudah dipenghujung. Kepada rakan2 FB yang mengenai atau mengetahui dimana keberadaan Sdr Rosman Dato Jamal boleh hubungi saya segera ditalian +60192926760.
6. Bantuan rakan-rakan menjejaki Rosman Dt Jamal sekurangnya dapat meringankan beban mangsa yang diperlakukannya.
TAKUT TANDING SOLO KOT.COVER LINE.
Ustaz Ridwan
Seorang pemimpin tak sayugia sentiasa ber'seloroh' dalam kenyataan dan juga ucapan penting. Tak tau la kalau Wan Roslan anggap ucapan di Muktamar hanyalah setaraf pentas raja lawak.....
Kesan 'seloroh' seorang pemimpin akan memberi kesan yang parah di masa hadapan.... Contohnya NuC pernah jamin untuk siapkan Jetty Kuala Sanglang pada tahun 2023, sekarang dah 2025, masih belum wujud lagi pun, mungkin itu hanyalah 'seloroh' si NuC sahaja.
PAS RANCANG TANDING BERSENDIRIAN MENGGUNAKAN LOGO SENDIRI. SENANG NAK JOIN KERAJAAN NANTI.
PN TANDING PRU16 TANPA ‘POSTER BOY’?
20 September 2025
Meskipun Muhyiddin Yassin minggu lalu mengatakan mesyuarat PN akan diadakan dalam waktu terdekat bagi memuktamadkan calon PM11, perkara itu kemungkinan besar tidak akan berlaku.
Kalau pun ada mesyuarat PN diadakan, tiada mana-mana pemimpin, baik daripada Bersatu mahu pun PAS, akan dinamakan sebagai calon PM11 untuk mewakili gabungan itu bagi menghadapi PRU16 akan datang.
Ini bermakna, bakal PM11 jika PN berjaya memenangi PRU16 akan datang adalah terbuka dan hanya akan diputuskan setelah kemenangan berada dalam genggaman.
PAS terutamanya, difahamkan akan kekal komited dengan kaedah untuk memastikan kemenangan diperolehi terlebih dahulu sebelum calon PM11 hendak diputuskan.
Dipercayai PAS akan cuba meyakinkan Bersatu berpendirian yang sama dan tidak berbalah terlalu awal mengenai siapa yang patut jadi Perdana Menteri.
Keadaan ini menjadikan semua calon PM11 daripada PN seperti Muhyiddin, Hamzah Zainuddin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Sanusi Mohd Nor atau lain-lain pemimpin, masih terbuka peluang untuk dikemukakan nama mereka kepada Istana Negara sebagai bakal Perdana Menteri setelah kemenangan diperolehi nanti.
Dipercayai, langkah tidak menamakan mana-mana pemimpin sebagai “poster boy” ini adalah dipercayai untuk mengelakkan serangan awal daripada pihak lawan terhadap PN.
Dengan tiada sesiapa dinamakan sebagai calon PM11 atau “poster boy”, ini menjadikan tiada serangan lawan tertumpu secara khusus kepada calon tertentu.
Berbanding Anwar Ibrahim yang sudah tentu akan menjadi “poster boy” kerajaan madani, mahu tidak mahu, beliaulah yang dijadikan sasaran utama PN sepanjang kempen PRU nanti.
Tetapi, serangan kerajaan madani kepada PN akan menjadi serangan rambang lantaran tiada pemimpin tertentu dinamakan sebagai calon PM11.
Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PN sepanjang tempoh berkempen.
Selain itu, dengan konsep terbuka tersebut, semua pemimpin yang berhajat jadi Perdana Menteri atau merasakan diri mereka layak, pastinya juga akan lebih bekerja keras menggerakkan jentera serta mengeluarkan belanja untuk kos kempen pilihan raya demi memastikan kemenangan dapat diperolehi.
Akhirnya, yang dapat manfaat lebih besar dengan bertambah potensi untuk menang pilihan raya ialah parti.
Dalam hal ini, walaupun Bersatu telah meluluskan usul menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, nama beliau dipercayai tidak akan diketengahkan sepanjang kempen PRU16 akan datang atas persetujuan semua parti dalam PN.
Mesyuarat PN akan datang dipercayai akan membuat keputusan agar semua parti komited untuk memenangi PRU16 dengan sentiasa mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan pergeseran sesama sendiri.
Calon PM11 bukanlah keutamaan sehinggalah kemenangan berjaya diperolehi.
Bagi PN, kemenangan PRU16 yang sekarang sudah mula dapat dirasai tidak harus digugat dengan perselisihan remeh yang memberi ruang pihak lain mengambil kesempatan. – ShahbudinHusin 20Sept2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/09/pn-tanding-pru16-tanpa-poster-boy/
KENAPA PAS MAHU GUNA LOGO SENDIRI?
Di bawah Akta Anti Lompat Parti, sokongan perlu dibuat secara en bloc. Maksudnya kalau seseorang bertanding atas logo A, dia dapat watikah calon dari Pengerusi Parti A, maka dia perlu ikut apa saja keputusan Parti A menyokong (atau tidaj menyokong) sesiapa sebagai Perdana Menteri. Kalau ingkar, maka Akta Lompat Parti terlaksana, kerusi dikosongkan dan pilihanraya kecil diadakan.
Kalau Pas guna logo PN, watikah calon akan dikeluarkan Pengerusi PN. Semua wakil rakyat Pas wajib ikut keputusan PN. Jadi Pas terikat.
Contohnya sekarang. Pas menang 43 kerusi Parlimen. Hampir 60% dari jumlah kerusi PN. Tapi Pas hanya boleh berunding dengan PMX, nak sokong tak boleh sebab kena ikut keputusan PN. Kalaupun nak lompat sokong juga, hanya MP Kelantan (14 kerusi) dan Terengganu (8 kerusi) yang boleh sokong PMX dan Madani sebab mereka bertanding atas logo Pas.
Tapi kalau ini pula berlaku, pening Wan Ahmad Fayhsal sebab dia bertanding Machang guna logo Pas. Dia kena ikut keputusan Pas. Dan lebih canggung, Pas akan berpecah kepada 2 blok: 14+8 menyokong kerajaan, selebihnya 21 kekal di blok pembangkang sebab mereka dibawah PN.
Sebab itu, adalah lebih mudah untuk Pas buat keputusan sendiri sekiranya mereka menggunakan logo sendiri.
Mungkin Pas sudah belajar dari kesilapan, dan sudah berkira-kira untuk adakan post election coalition lepas PRU16 nanti.
Pas memang bijak!
Tapi dulu dengan UMNO masa Muafakat Nasional kita dah kabo, bertanding logo sendiri tapi dia nak juga tubuhkan PN dengan Bersatu.
Sekarang mendapat.
MENJELANG PRU 16...
PH nampak stabil tapi lesu, letih sebab kena timbok sokmo.
BN menampakkan pemulihan tetapi belum jelas halatujunya... Bersama PH,
bersendirian atau???
PN nampak semakin bercelaru, retak menunggu belah atau menderita menahan siksa untuk kekal bersama.
Isu paling panas ke mana Pas jika bercerai dengan Bersatu??
Bunuh Diri atau Dibunuh?
Hari ini keluarga allahyarham Muhammad Nagashwaran Muniandy datang berjumpa saya di rumah. Mereka mengadu tentang rasa syak mereka atas kematian saudara mereka.
Kisah Muhammad Nagashwaran menganut Islam bersama tiga orang anak beliau telah dijadikan kontroversi oleh pihak tertentu. Kes dibawa ke mahkamah dan polemik panas antara pihak Perlis dan pihak yang menentang pengislaman anak-anak beliau. Pihak menentang pengislaman mereka ada yang ke peringkat ugutan bunuh. Boleh dengar semula ucapan-ucapan saya tentang kes berkenaan pada masa kontroversi tersebut.
Keluarga Nagashwaran tidak menganut Islam. Cumanya mereka hairan dengan dakwaan yang menyatakan abang mereka mati bunuh diri. Sedangkan, sejam sebelum kejadian abang mereka datang berbual dengan mereka dalam keadaan ceria dan tiada sebarang tanda kesedihan. Tiba-tiba sejam kemudian mereka menerima berita kematian beliau di rumah temannya. Apabila mereka ke tempat kejadian, mereka diberitahu beliau menggantungkan diri di kipas siling. Namun, kata mereka kipas kelihatan elok, tiada pula kelihatan selendang yang dikatakan digunakan untuk bunuh diri. Teman beliau yang tidak boleh berjalan sebab cedera ketika itu dikatakan menggunakan tangga menurunkan jenazah. CCTV pula dikatakan tidak boleh dibuka kadnya. Bedah siasat sehingga hari ini tiada berita walaupun hampir setengah tahun. Pihak Polis juga dikatakan tidak mahu memaklumkan kepada mereka apa-apa yang berkaitan. Banyak bukti-bukti gambar dan rakaman yang menimbulkan keraguan terhadap dakwaan membunuh diri disimpan oleh mereka.
Saya memohon pihak PDRM mengemaskini siasatan kes ini. Saya bimbang jika keraguan mereka benar iaitu dia tidak membunuh diri tetapi dibunuh. Jika itu benar, tuntutan keadilan mesti dilaksanakan.


























