Di bawah Akta Anti Lompat Parti, sokongan perlu dibuat secara en bloc. Maksudnya kalau seseorang bertanding atas logo A, dia dapat watikah calon dari Pengerusi Parti A, maka dia perlu ikut apa saja keputusan Parti A menyokong (atau tidaj menyokong) sesiapa sebagai Perdana Menteri. Kalau ingkar, maka Akta Lompat Parti terlaksana, kerusi dikosongkan dan pilihanraya kecil diadakan.
Kalau Pas guna logo PN, watikah calon akan dikeluarkan Pengerusi PN. Semua wakil rakyat Pas wajib ikut keputusan PN. Jadi Pas terikat.
Contohnya sekarang. Pas menang 43 kerusi Parlimen. Hampir 60% dari jumlah kerusi PN. Tapi Pas hanya boleh berunding dengan PMX, nak sokong tak boleh sebab kena ikut keputusan PN. Kalaupun nak lompat sokong juga, hanya MP Kelantan (14 kerusi) dan Terengganu (8 kerusi) yang boleh sokong PMX dan Madani sebab mereka bertanding atas logo Pas.
Tapi kalau ini pula berlaku, pening Wan Ahmad Fayhsal sebab dia bertanding Machang guna logo Pas. Dia kena ikut keputusan Pas. Dan lebih canggung, Pas akan berpecah kepada 2 blok: 14+8 menyokong kerajaan, selebihnya 21 kekal di blok pembangkang sebab mereka dibawah PN.
Sebab itu, adalah lebih mudah untuk Pas buat keputusan sendiri sekiranya mereka menggunakan logo sendiri.
Mungkin Pas sudah belajar dari kesilapan, dan sudah berkira-kira untuk adakan post election coalition lepas PRU16 nanti.
Pas memang bijak!
Tapi dulu dengan UMNO masa Muafakat Nasional kita dah kabo, bertanding logo sendiri tapi dia nak juga tubuhkan PN dengan Bersatu.
Sekarang mendapat.

No comments:
Post a Comment