MENJELANG PILIHANRAYA SARAWAK . HARGA TIKET SAMA KE DUBAI

 

HAMZAH RIE NA


Ingatkan harga siakap, ayam, telur ayam, daging, sayur, roti Gardenia naik. Tiket flight juga naikkk..

“Now Everyone Can Fly”.. 😂
Betul-betul BN menang, harga Barang Naik.
SR

May be an image of ‎text that says "‎Dubai KLIA RM2,300 11:44 A ا 5G KLIA- Miri RM2,800 Search flights Return 12:01 One way < Multi-city Ù‡ 5G Search flights FROM DXB Dubai KUL Kuala Lumpur Multi-city Lumpur (KUL) December Thursday (MYY) Depart date 16/12/2021 December Sunday Return date 19/12/2021 1Adult PASSENGERS CABIN CLASS Adult in Economy Economy w Book Classic Rewards flight 17,790 Miles) F S Dec 2021 Total flight cost AED 2,015.00 2 2.6K 3 29K 2.6K 3K 2.8K 2.8K 5.3K 5.3K Credit debit card 29K 8K 2.6K 2.6K Home 29 2.2K 2.6K Search flights 2.2K 3.1K trips Skywards More Home Orders Check-in Chat Account‎"‎


TERBAIK. JANGAN BAYAQ WALAU PUN SEKUPANG. DIA NAK DUIT SURUH DIA CARI CARA TERHORMAT. BUKAN MEMINTA DARI APA YANG BUKAN HAK NEGERI DIA.KALAU DIA KATA NAK SEKAT (BELAT BAHASA KEDAH) SURUH LA DIA BUAT.

 

Sanusi berdepan Chow, tapi gagal ‘ekstrak’ pampasan; ‘kita guna air sendiri,’ kata KM P Pinang




Muhammad Sanusi Md Nor dan Chow Kon Yeow bertemu ketika hadir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara semalam.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mengambil kesempatan pertemuan di Istana Negara semalam untuk berdepan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dan secara berterus-terang bertanya tentang bayaran air mentah kepada Kedah.

Dalam pertemuan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 itu, Sanusi membangkitkan kepada Chow isu bayaran tahunan sebagai caj ke atas air mentah yang diambil daripada Kedah.

Sanusi berkata, Chow menjawab pertanyaannya dengan mengatakan Pulau Pinang tidak mampu membayar air mentah kerana hasil diperoleh tidak banyak.

“Sukar sekali menghadamkan jawapan beliau kerana semua orang tahu PBA (Perbadanan Bekalan Air) menjana pendapatan dan keuntungan yang banyak daripada industri bekalan air kepada sektor industri, perkapalan dan domestik, daripada air mentah yang berpunca dari Kedah.

“Menuntut hak yang wajar dan munasabah daripada pengorbanan Kedah menyimpan kawasan tadahan ratusan ribu hektar. Dari situlah mengalirnya sungai-sungai membekalkan air mentah untuk minuman dan kawasan pertanian makanan untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Chow turut memberikan respons di Facebook, menegaskan negeri itu tidak akan membayar caj berkenaan berikutan air mentah Sungai Muda diambil dalam sempadan Pulau Pinang.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa pendirian Pulau Pinang sudah banyak kali dinyatakan secara rasmi. Kita tidak akan bayar kerana isu bayaran adalah tidak berbangkit.

“Ini kerana kita ambil air dari sempadan negeri kita. Nampaknya Kedah masih tidak mahu faham,” katanya.

Skandal 1MDB: Siapa Samuel Goh yang dinamakan SPRM?

 

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Puad Zarkashi sebelum ini mempersoalkan kenapa Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, meminta pihak berkenaan memeriksa Samuel Goh yang dinamakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan 19 Nov berkaitan aset dana 1MDB.

Beliau merujuk kepada kenyataan SPRM yang mendedahkan bahawa Goh dan Tawfiq Ayman, iaitu suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, memiliki akaun di satu syarikat yang berpangkalan di Singapura, Cutting Edge Industries Ltd.

“Dalam kenyataan SPRM, Goh adalah rakan kongsi Tawfiq,” kata Puad di Facebook, sambil menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk melihat perkara itu.

Pada Februari FMT melaporkan Tawfiq dan anak-anaknya menguruskan akaun bawah nama Cutting Edge Industries Ltd, yang menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut pendedahan MalaysiaToday, wang dalam akaun itu disalurkan daripada Iron Rhapsody Ltd yang ditubuhkan untuk menerima wang daripada ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurut laporan The Edge, Iron Rhapsody menerima USD16.22 juta daripada syarikat atau akaun bank yang dikaitkan dengan Low pada 2008 dan 2009.

Puad menarik perhatian kepada dakwaan bahawa Goh turut membantu seorang tertuduh dalam satu kes berkaitan 1MDB di Singapura, Yeo Jiawei.

Mahkamah Singapura pada 2016 diberitahu bahawa Yeo didakwa meminta Goh menubuhkan “shell company” untuk menjadi perantara antara sebuah syarikat yang dikatakan menerima wang daripada syarikat berkaitan 1MDB, Brazen Sky, dan firma-firma yang dikawal Yeo.

“Semasa jadi saksi perbicaraan di mahkamah Singapura…Goh mengakui membantu Yeo,” katanya.

Yeo pada 2017 dijatuhi hukuman penjara 54 bulan atas kesalahan pengubahan wang dan penipuan, berkaitan siasatan ke atas wang berjumlah berbilion dolar yang didakwa digelapkan daripada 1MDB.

Puad sebelum ini mempersoalkan kenapa Zeti dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak berkaitan bekas unit 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

“Kerajaan hanya tahu pada tahun 2019 kes yang libatkan suami Zeti. Dari segi keadilan kenapa maklumat penting ini tidak diberikan kepada peguam Najib semasa perbicaraan kes SRC dulu?” katanya.

PEMBOHONG SANGAT LAH...PAS AKAN MENCARI KEUNTUNGAN PARTI DEMI KUASA WALAU TIDAK BOLEH LAKSANAKAN KETIKA BERKUASA

 Abdul Hadi Awang


Terikat hanya Pas dan Umno, Abdul Hadi tolak MN

 

Oleh MALAYSIA DATELINE / November 25, 2021

 

 

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Perikatan Nasional (PN) satu-satunya menjadi gagasan politik yang lebih besar dan perlu berperanan dan berkuasa dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk ini.

Dalam Minda Presiden Pas yang terbaru hari ini, Hadi juga berkata, Pas hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

Oleh sebab itulah, katanya Pas menolak Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan hanya melibatkan Umno dan Pas sahaja.

Tambahnya, Pas juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu PN.

“Gagasan yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana berlakunya perubahan situasi dan realiti.

“Dahulunya Umno ialah sebuah gabungan pertubuhan dan kumpulan Melayu sahaja, kemudian berubah menjadi satu parti, di samping parti Melayu yang lain seperti Pas dan Parti Negara.

“Kemudian, Umno menubuhkan Parti Perikatan dengan memasukkan MCA dan MIC dan selepas itu parti-parti dari Sarawak dan Sabah. Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang mengejutkan, maka pada tahun 1974 ditubuhkan Barisan Nasional (BN) yang disertai oleh Pas pada awalnya,” kata beliau.

Jelas Hadi, tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit.

Oleh itu, katanya, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan MN yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan PN.

Secara tegasnya kata Hadi, Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain dan Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.

“PAS boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, PAS bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.

“PAS hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata,”ujarnya lagi.

Justeru katanya, Pas hanya menerima MN yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik PN.


MASUK ABU CHEN PENG RIUH SATU DUNIA- TAPI SAYANGNYA KERJASAMA DENGAN CHINA KOMINEH DURIAN MUSANG KING DAN NANGKA MADU BOLEH PULA

 


NAFAS BAGI BENIH KEPADA  PESAWAH PUN BOLEH BUAT. MINTA LA HAJI HADI KERJASAMA DENGAN NEGARA ARAB. ABANG PM SENDIRI YANG NAK USAHAKAN KAH INI ...KAH...KAH..PETANI LAMBAT TERIMA BAJA KERANA MUSANG KING DAN NANGKA MADU




JANGAN MAIN MAIN DENGAN LEBAI CIA


 

INILAH ISTIQAMAH MAIN DUA KOLAM


 

MENTERI KATA KENAIKAN HARGA MASIH NORMAL .RAKYAT KATA MENTERI TAK TAHU BUAT KERJA ATAU MAKAN GAJI BUTA


Tahun 2019 Zaman PH .
Dan Bandingkan Harga Sekarang Zaman BN PN RM , 10 sekilo pon ada .,:-)
Mana

No photo description available.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎LOG MASUK LANGGAN Utusan Malaysia ستوا BIGAPPLE DONUTS COFFEE PIKAT SELERA DENGAN oH MANGO! DONUT BERPERISA MANGGA KLIK DISINI BERITA NASIONAL TERKINI Kenaikan harga masih normal ALEXANDER NANTA LINGGI‎"‎‎


Wahai menteri, kenaikan masih normal bagi pak menteri.Sebab gaji pak menteri dan pemikiran pak menteri itu mudah sahaja kerana naik sedikit berbanding dengan gaji pak menteri.Tak rasa kesian kah rakyat dibawah yang banyak menganggur dan masih terkesan dengan wabak yang tak kunjung berhenti.

Bukan saja sayur, harga telur, harga roti dan banyak lagi yang naik sejak kebelakangan ni.
Ada yang naik sampai 200%.
Ini ke normal? Naik macam tak ada kawalan.
Kalau gaji dan harga barang naik seiring, tak apa la juga. Rakyat mungkin tak terbeban sangat.
Turun padang YB Menteri. Push sikit.
Kasihan rakyat di bawah ni.

YADIM TERKEJUT ADA AGENSI AGAMA MAKAN RASUAH ? TAK YAH TERKEJUT LAH.


Nak terkejut kenapanya . kalau dibaca  artikel dibawah ianya melibatkan institusi agama kerana agama pun tidak menghalang para agamawan makan rasuah.Ada yang makan rasuah ni secara terus terang, tetapi ada yang makan rasuah dengan makan gaji buta dan menjadi talibarut kepada kerajaan yang memang hentam rasuah dan bersekongkol. Itulah tahap rasuah makin besar.

Pegawai polis ( 57%),

Pemungut Hasil ( 48%),

Ahli Majlis Tempatan (48%),

Pejawat Awam (45%),

Penggubal Undang-Undang (41%),

Hakim (33%), dan

Pemimpin agama (31%)


https://wrlr.blogspot.com/2021/11/tahap-rasuah-pemimpin-melayu-islam-dan.html



 May be an image of 3 people and text that says "MG MalaysiaGazette Gazette SPROUT YOUR MIND Home rasuah Nasional Yadim terkejut ada agensi agama terlibat NASIONAL Yadim terkejut ada agensi agama terlibat rasuah By Muhammad Azizul Osman- 23 November 2021 SPRM MalaysiaGazette®"

BEKAS PERDANA MENTERI SEPATUTNYA TIDAK DIBENAR LAGI JADI PERDANA MENTERI

 

Kebelakangan ini perbalahan politik antara Tun Mahathir Mohamad dengan Najib Razak kembali mewarnai dunia politik negara kita.

Daripada isu rumah, ia kini meleret kepada hal tanah dan sehingga dikeluarkan surat-surat lama berkaitan dengannya.

Selepas ini, entah apa-apa lagi dokumen yang saling mereka dedahkan untuk menegakkan benang basah masing-masing.

Dulu sebelum PRU 2018, kedua-duanya iaitu Tun Mahathir dan Najib juga hebat berbalah hingga melarat kepada pelbagai perkara yang tidak dijangka.

Cuma, pada 2018 itu, seorang berstatus Perdana Menteri dan seorang lagi merupakan bekas Perdana Menteri.

Tetapi kini kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri.

Kalau pada 2018, seorang Perdana Menteri cuba dijatuhkan (berjaya pun akhirnya dijatuhkan) dan seorang lagi bekas Perdana Menteri ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua ( ini juga berjaya dijadikan kenyataan), sekarang ini kedua-duanya adalah bekas Perdana Menteri yang ingin jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Tun Mahathir ingin jadi Perdana Menteri buat kali ketiga dan Najib pula ingin jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Kalau dicampur dengan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang juga sedang mengejar cita-cita mahu jadi Perdana Menteri buat kali kedua, bermakna kita kini ada tiga bekas Perdana Menteri yang sedang berlumba-lumba mengejar jawatan yang pernah mereka duduki dan kaut nikmat daripadanya sebelum ini.

Hanya Tun Abdullah Badawi, seorang lagi bekas Perdana Menteri daripada empat bekas Perdana Menteri yang masih hidup yang memilih kehidupan harmoni dan tidak berlumba-lumba mengejar daki-daki dunia.

Dengan ada tiga bekas Perdana Menteri yang antara sedang bersaing untuk menjadi Perdana Menteri semula, dunia politik Malaysia barangkali mencatat sejarah tersendiri yang tiada di negara-negara lain.


Tidak pernah kita mendengar berlaku di mana-mana negara lain ada tiga bekas Perdana Menteri saling berebut kuasa sesama sendiri seperti di negara kota ini.

Kata orang Indonesia – apa-apain begini!!

Itu belum dikira lagi kalau Ismail Sabri Yaakob pun jadi bekas Perdana Menteri tidak lama lagi dan turut menyertai persaingan untuk menjadi Perdana Menteri juga buat kali kedua bagi dirinya.

Jangan pandang rendah pada Pak Long Mail, kalau yang tua-tua pun belum tertutup nafsunya untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua dan ketiga, tentulah tak mustahil jika nafsu beliau pun masih tinggi lagi.

Dan kemudian-kemudian nanti, jika ada lagi bekas Perdana Menteri, sama ada yang kalah pilihanraya atau dijatuhkan, mereka juga mungkin turut memilih untuk bersaing lagi jadi Perdana Menteri.

Akhirnya, politik kita akan sentiasa jadi serabut dengan karenah bekas-bekas Perdana Menteri yang kerjanya asyik mengheret rakyat untuk kepentingan nafsu kuasa mereka yang tak puas-puas itu.

Lebih buruk, yang ada skandal akan sedaya upaya memutar akal untuk menutup skandal mereka, manakala yang pernah dicop gagal terus lupa tentang kegagalannya sebelum ini.

Apa nak jadi akhirnya kepada rakyat dan negara jika keadaan itu berlarutan berpuluh-puluh tahun lamanya?

Sudah berpeluang menjadi Perdana Menteri, untuk apa lagi bekas-bekas ini mahu mengejarnya buat kali kedua?

Kenapa tidak semua bekas-bekas ini berlapang dada dan lebih punya jiwa dengan memberi peluang kepada pemimpin lain menunjukkan wibawa memimpin negara?

Bukankah lebih baik bersara saja dan berehat bersama keluarga sambil memgutip pahala sebagai bekalan untuk mengadap Yang Maha Esa, selain itu juga dapat mengharmonikan negara?

Atau barangkali sudah sampai masanya perlembagaan negara harus dipinda dengan tidak membenarkan lagi bekas Perdana Menteri mencuba atau berusaha menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, ketiga dan seterusnya? – 


ShahbudinHusin 25/11/2021.


PRU15: Umno yakin akan rampas semula Terengganu dari Pas.AMANAH tak ada cita cita kah nak rampas Terengganu dan Kelantan ???

 PRU15: Umno yakin akan rampas semula Terengganu dari Pas



UMNO Terengganu optimis dapat menawan kembali negeri itu sekali gus merampas tampuk pimpinan kerajaan Pas.

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Din Adam berkata, aras keyakinan itu berpandukan keinginan yang dilontar dan disuarakan oleh rakyat di negeri berkenaan.

Katanya, kesediaan UMNO Terengganu untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada pimpinan Pas juga seiring dengan pendirian parti berkenaan yang ingin bertanding solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Hari ini kita melihat desakan daripada rakyat di bawah, melihat kepada keluh-desah rakyat di bawah memang rakyat bersedia untuk menyokong Barisan Nasional (BN) kembali tadbir negeri Terengganu.

“Jadi kita sebagai jentera pimpinan parti di peringkat negeri memang bersedia untuk menyahut kehendak yang telah dilontar dan disuarakan oleh masyarakat di bawah,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini pada Rabu.

Din, bagaimanapun berkata, pihaknya menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menilai dan memilih pemimpin yang mampu mentadbir dan membela nasib mereka.

Dalam masa sama, UMNO, jelas beliau, optimis untuk merebut kembali kerusi yang pernah dimenangi parti itu bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu di Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO pula memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah penyandangnya, Datuk Rosol Wahid isytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.

Sementara bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Pas memenangi 22 kerusi manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Panas! Mohamad Ali tak puas hati kalah dengan undi tentera.Alaaaa..macam la tak faham tentera kat Malaysia nih....kah..kah...kah

 

Panas! Mohamad Ali tak puas hati kalah dengan undi tentera


Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad melahirkan rasa kecewa apabila 17 daripada 18 saluran mengundi dalam kalangan anggota tentera memihak kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dr. Mohd. Aleef Yusof yang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir Sabtu lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, belum pernah terjadi dalam sejarah sejak merdeka mana-mana calon BN boleh tewas 17 daripada 18 saluran pada pada pilihan raya namun yang jelas keputusan tersebut menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

“Soal kalah atau menang itu adat pertandingan tetapi kekalahan saya hanya menang di satu saluran pengundi tentera sangat-sangat mengejutkan.

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan kewajarannya apabila 17 daripada 18 saluran saya tewas. Perkara ini sedang dikaji dan melihat mungkin berlaku gerak kerja luar jangka oleh pihak-pihak tertentu.

“Calon PN pula bukan anak jati Sungai Udang dan tidak dikenali di sini sebaliknya beliau hanya muncul sebagai calon mewakili PN semata-mata untuk mendapatkan tempat bertanding di Sungai Udang,” ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semalam.

Dalam PRN Sabtu lalu, Mohd. Aleef yang mendapat 6,789 undi menewaskan Mohamad Ali apabila hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

erbekalkan majoriti 530 undi, calon PN itu yang juga bekas Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya yang melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding membuat kejutan menewaskan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Kekalahan itu mengejutkan ramai pihak yang seperti tidak percaya kubu kuat itu tumbang ketika BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang PRN negeri dengan majoriti dua pertiga.

Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, beliau lega apabila undi awam jelas banyak memihak kepadanya kerana mereka percaya beliau boleh membela nasib penduduk di situ.

Kekalahan itu tegasnya, tidak mematahkan semangat juangnya dan semua itu bukan alasannya untuk kecewa sebaliknya akan meneruskan tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dalam DUN Sungai Udang.

“Fokus saya kini adalah meneruskan manifesto yang saya janjikan selain mempersiapkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi khususnya merampas kembali Parlimen Tangga Batu yang kita tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh penduduk di Sungai Udang yang telah mengundi saya begitu juga kepada jentera parti yang bertungkus lumus membantu sepanjang PRN lalu,” ujarnya.

Terkini: JOM ISTIQOMAH MAIN DUA KOLAM : KEH..KEH..KEH - Pemuda Pas mahu kerjasama dengan Umno dan Bersatu, istiqamah ‘main dua kolam’

 

Terkini: Pemuda Pas mahu kerjasama dengan Umno dan Bersatu, istiqamah ‘main dua kolam’



November 25, 2021 

Pemuda Pas Perak yakin parti itu akan terus istiqamah memperkukuh dan mempertahankan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, kerjasama yang dimeterai menerusi Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bukanlah kerjasama tertutup yang melibatkan parti tertentu sahaja.

Menurut beliau, sebaliknya gabungan itu memerlukan usaha bersungguh-sungguh, berjiwa besar dan saling bertoleransi yang membawa kepada agenda penyatuan ummah.

“Sehingga ke saat ini Pas tetap istiqamah untuk memperkukuh MN dan mempertahan PN.

“Pas sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana pihak yang akan menguntungkan Islam dan bersikap adil terhadap rundingan bertunjangkan politik Islam dengan penerapan budaya politik matang dan sejahtera,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai masa depan hubungan Pas dan UMNO berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Hafez berkata, PRN Melaka merupakan medan pertama kemunculan gabungan Pas dan Bersatu dalam PN di Semenanjung.

Katanya, meskipun kemenangan memihak kepada BN, undian keseluruhan yang diperoleh PN adalah sangat positif khususnya daripada saluran anak muda.

“Strategi pendekatan politik perlulah bersifat dinamik tanpa mengetepikan prinsip politik Islam termasuk kerjasama yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulamak Pas secara ‘muwajahah silmiah’ iaitu melalui jalan perdamaian untuk menegakkan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa keputusan PRN Melaka tidak mengganggu hubungan baik antara Pemuda Pas negeri dengan barisan kepimpinan Pemuda UMNO di peringkat akar umbi.

“Alhamdulillah, hubungan terjalin dengan sangat baik dan Pemuda Pas Perak sentiasa menghargai dan menjaga ukhuwah silaturahim dengan Pemuda UMNO,” katanya..

SYURGA PERASUAH...


 

www.zunar.my

Layari web zunar

*TAHAP RASUAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM DAN PEGAWAI KERAJAAN BANGSA MELAYU ISLAM DI MALAYSIA... SALIN DAN TAMPAL.*


oleh Cikgu Azmi

10 Sept 2021



Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:


Pegawai polis ( 57%),

Pemungut Hasil ( 48%),

Ahli Majlis Tempatan (48%),

Pejawat Awam (45%),

Penggubal Undang-Undang (41%),

Hakim (33%), dan

Pemimpin agama (31%)



Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?


Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:



1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.


2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.


3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.


4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.


5. Pada tahun 1990, seramai di 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.


6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.


7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.


8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.


9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kola mudang.


10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.


11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.


12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.


Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.


Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!...


https://www.facebook.com/249585941816545/posts/4197893563652410/

KEH..KEH....REGA SAYUR PUN TAK BOLEH KONTROL....MANA PAK LEBAI NAK BMF

 

NI ZAMAN WALAUNCAI PERINTAH.ISLE N MELAYU LA SANGAT..MELINGKUP DAN MENYUSAHKAN RAKYAT.


May be an image of text that says "PERBANDINGAN KENAIKAN HARGA SAYUR-SAYURAN Kubis Bunga RM7.00 RM16.00 Sawi Pendek (choy sum) RM3.00 100% RM9. 00 Brokoli RM8.00 200% RM20.00 Sawi RM5.00 150% RM8. Kacang Buncis RM8.00 60% RM15.00 Kubis RM4.00 88% RM6.00 Cili Merah 50% RM13.00 RM RM19.00 Cili Hijau 46% RM10.00 RM14.00 40% Infografik The Malaysian Insight Harga Lama Harga Baharu Sumber: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)"



SAIFUDDIN NASUTION

Ayam RM 5.99 sekilo, Telur Gred B RM 9.49 sepapan, Tomato RM 2.99 sekilo dan Kacang Panjang RM 5.99 sekilo.

Hari ini saya telah melakukan pantauan harga bersama pegawai-pegawai di Giant Kulim, Kedah. Tujuan pantauan adalah untuk memastikan kepatuhan dengan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bagi Hari Raya Puasa 2019.
Alhamdullilah, kesemua 27 barangan di bawah Skim mematuhi harga maksimum yang ditetapkan.
Malah, terdapat beberapa barangan yang dijual di bawah harga maksimum seperti ayam yang dijual pada RM 5.99 sekilo berbanding harga maksimum RM 7.50 sekilo, telur gred B yang dijual pada RM 9.49 sepapan berbanding harga maksimum RM 11.70 sepapan dan kacang panjang yang dijual pada RM 5.99 sekilo berbanding harga maksimum RM 9 sekilo.
Setakat ini, pegawai-pegawai penguatkuasa telah memeriksa 28,000 premis perniagaan seluruh negara dan hanya mendapati 2 kesalahan di mana peniaga menjual barangan kawalan melebihi harga maksimum.
Saya dan pegawai-pegawai Nforceteam Kpdnhep akan meneruskan pantauan di seluruh negara bagi melindungi pengguna daripada lonjakan harga sempena Hari Raya Puasa ini.
Sementara kementerian terus memantau harga-harga keperluan asas, saya menggalakkan para pengguna untuk membanding beza harga agar mendapat harga yang terbaik.
Saya sarankan agar pengguna memuat turun aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh kementerian untuk mendapatkan harga terbaik di kawasan masing-masing.


BAGI DUIT BUKAN DIA TAU BELANJA UNTUK RAKYAT, BELI MERCEDES , BAWA KE MEKAH- INI PEMIMPIN DIUTAMAKAN, BUKAN RAKYAT DIDAHULUKAN...

 



Tiada royalti petroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan




Kerajaan membuat bayaran royalti tunai kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

PETALING JAYA: Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun begitu katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan.

Walhasil balik asal ke PAS?


Mohsin Abdullah

 

November 25, 2021 


Saya tersenyum lebar malah ketawa ketika membaca kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, 23 November lalu. Menurut Takiyuddin, Jemaah Menteri yang tentukan bila PRU15 akan diadakan. Bukan parti politik. Saya ketawa bukan menafikan kata-kata beliau.

Kata Takiyuddin, parti politik tidak boleh menentukan bila PRU15 perlu dilaksanakan kerana sebarang keputusan mengenai pilihan raya akan diputuskan oleh Jemaah Menteri berdasarkan Perlembagaan, memandangkan negara masih lagi dalam fasa pandemik Covid 19.

Itu betul. Malah pada waktu tidak ada wabak Covid-19 pun (atau apa jua wabak) Jemaah Menteri lah yang menentukan bila pilihan raya perlu diadakan. Kerana undang-undang utama Malaysia itu digubal pada 1956, tentunya tanpa mengambil kira wabak. Lagi pun, tidak siapa yang menjangka wabak akan melanda. Ringkasnya “hujan atau taufan” soal pilihan raya diputuskan Jemaah Menteri. Dalam lain perkataan, kerajaan.

Saya kira Takiyiddin merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, bahawa PRU15 perlu diadakan dalam masa terdekat berikutan kemenangan BN-Umno pada PRN Melaka tempoh hari. Menurut Tok Mat, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Jelas, Setiausaha Agung PAS itu menyifatkan kata-kata Timbalan Presiden Umno satu cadangan “rasmi” Umno kepada Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno. Atau beliau mungkin mentafsirkan kenyataan Timbalan Presiden Umno langkah Umno mahu menentukan bila PRU15 diadakan. (Timbalan Presiden bahkan Presiden Umno sendiri bukan anggota Jemaah Menteri).

Tetapi apabila beliau sendiri mengakui keputusan PRU hanya boleh dibuat Jemaah Menteri, bukan parti politik, saya garu kepala. Bukankah Jemaah Menteri semuanya datang daripada parti politik? Bukankah mereka orang parti? Ini yang buat saya ketawa.

Saya faham apa yang dibayangkan Takiyuddin iaitu bukan orang Umno sahaja yang duduk dalam Jemaah Menteri. Ada juga orang Bersatu. MCA, parti Sabah dan Sarawak, dan juga PAS. Oleh itu apa yang ‘mungkin’ mahu dikatakan Takiyuddin ialah pendapat mereka juga mesti diambil kira bukan sahaja pandangan Umno. Mereka juga ada suara dalam menentukan keputusan berhubung PRU.

Betul kerana kita kerap diberitahu Jemaah Menteri buat keputusan berdasarkan “konsensus”. Namun pada waktu dan perkara penting tertentu Perdana Menteri mempunyai “the final say” atau hak buat keputusan muktamad.

Pada masa lampau parti politik yang menguasai kerajaan memberi mandat kepada ketua mereka yakni Perdana Menteri membuat keputusan penting itu. Perdana Menteri akan mendengar semua pandangan orang partinya dalam dan luar kerajaan, “think tank”, serta mengambil kira keadaan semasa iklim politik ketika itu.


Dalam sistem politik kita, tarikh pilihan raya tidak ditetapkan dan diumum awal sehingga memberi “advantage” kepada pemerintah. Lazimnya Perdana Menteri akan pilih waktu partinya di “kemuncak” kekuatan sementara parti lawan berada pada “kemuncak” kelemahan. Setelah mengambil kira semua percaturan, Perdana Menteri membuat keputusan.

Itu amalan lazim di negara ini tidak kira sama ada satu parti atau satu gabungan politik menguasai kerajaan. Cuma kali ini kerajaan merangkumi wakil pelbagai parti dan gabungan politik yang berbeza ideologi. Ini menyulitkan. Apatah lagi ada parti kawan di sini, tapi lawan di sana.

BN-Umno sekarang memang merasa mereka dalam keadaan selesa untuk menghadapi PRU15 setelah kemenangan bergaya di Melaka. Tetapi tidak untuk PAS dan Bersatu.

Namun seperti dikatakan tadi Perdana Menteri mempunyai kuasa penentu dan beliau orang Umno. Tidaklah perlu kita dingatkan bahawa di Melaka, Bersatu dan PAS sama-sama menggunakan lambang Perikatan Nasional menentang BN-Umno. Sukar untuk Umno melupakan itu.

Beralih pula kepada isu hubungan BN-PN terutama PAS kerana Bersatu bagai sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno. Itu setakat sekarang. Kita tahu dalam politik semua boleh terjadi.

Lantas bercakap mengenai PAS, imbas kembali kata-kata penganalisis politik yang saya pernah petik untuk artikel-artikel lalu berhubung PRN Melaka dan pendirian parti itu menggunakan lambang PN di bumi Hang Tuah itu.

“PAS ni boleh ‘konar’ bila-bila masa sahaja. Tidak mustahil kalau semua calon PN di Melaka kalah apa lagi kalau calon PAS guna lambang PN kalah dan kebetulan Umno menang dan dapat kuasa Melaka, PAS akan berpatah balik sebab bagi PAS tindakan begitu dianggap politik sejahtera,” kata penulis politik veteran Mohd Sayuti Omar kepada saya 2 November lalu.

“Soal memilih PN berbanding Muafakat Nasional, keputusan PRN Melaka akan menguji kewibawaan PAS. Sekiranya PAS membuat pusingan U dalam keputusan besar mereka ini akan memperlihatkan PAS tidak setia dengan Bersatu,” kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, kepada saya sehari selepas PRN Melaka.

Oktober lalu, Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, dipetik media berkata “saya jangka PAS akan kembali kepada MN jika PN kalah teruk di Melaka.”

Itu sebelum PRN Melaka.

Tiga hari selepas PRN Melaka, kata Takiyuddin apabila ditanya wartawan sama ada PAS akan kembali kepada ‘penyatuan ummah’ bersama Umno: “Dalam politik ini, tujuannya untuk capai kestabilan dalam negara. Apa sahaja amalan yang bawa kestabilan kepada negara adalah satu amalan yang baik bagi saya.”

Jika itu samar-samar, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, lebih jelas. Kata beliau, akar umbi PAS diakui lebih memilih untuk bersama MN dan usaha kerjasama dengan Umno diharap dapat terus diperkuatkan lagi menjelang PRU akan datang.

Maksudnya, pimpinan PAS akui dan mungkin juga “mesti” akur dengan hasrat akar umbi. Yang peliknya hasrat akar umbi diakui selepas kekalahan di Melaka bukan sebelumnya.

Apa pun, menurut Hashim, PAS tidak akan meninggalkan PN (Bersatu) demi agenda penyatuan ummah, meskipun akar umbi PAS cenderung MN (Umno).

Walhasil balik asal nampaknya!