JENG, JENG, JENG....SIASATAN JENAYAH DI AMERIKA SUDAH BERMULA!!!




Amerika Syarikat kini bergerak selangkah lagi, seiring dengan harapan serta doa jutaan rakyat Malaysia apabila dilaporkan akan memulakan siasatan jenayah berhubung wang 1MDB yang diselewengkan.

Untuk tujuan itu, DOJ telah memfaikan permohonan kepada Mahkamah Los Angelas untuk menangguhkan buat sementara saman sivil untuk merampas pelbagai aset dan harta yang difailkan sebelum ini.

Alasan penangguhan saman sivil dan mendahulukan siasatan jenayah ialah kerana DOJ berpendapat meneruskannya mungkin akan menjejaskan kemampuannya dalam mengendalikan siasatan jenayah itu.

Bloomberg melaporkan, dokumen mahkamah yang difailkan DOJ jelas memperlihatkan AS sedang mempergiatkan siasatannya di seluruh dunia bagi mengesan wang 1MDB yang diselewengkan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion atau kira-kira RM19,000 juta.

Adakah laporan Bloomberg ini boleh dipercayai?

Jika pada 29 Jun lalu Bloomberg  melaporkan kedudukan ringgit Malaysia adalah paling kukuh di Asia dan ramai gembira serta terloncat-loncat kegirangan dengan laporan itu, maka tiada sebab mereka mesti menolak serta mempertikaikan laporannya berkaitan siasatan jenayah 1MDB ini

Jangan pula ada yang kata Bloomberg sebagai pembawa fitnah atau agen Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan melalui laporannya kali ini.
Daripada AS$4.5 bilion wang 1MDB yang didakwa diselewengkan itu, jumlah pelbagai aset dan hartanah yang sedang diusahakan untuk kembalikan kepada rakyat Malaysia oleh DOJ ialah berjumlah AS$1.7 bilion atau melebihi RM7,000 juta.

Siapakah yang bakal "panas punggung" dengan bermulanya siasatan jenayah berkaitan wang curi 1MDB oleh DOJ ini?

Selain Jho Low dan Riza Aziz yang merupakan pemilik sebahagian aset-aset tersebut yang tentunya tambah "kepanasan", pihak lain yang mungkin sudah mula "terasa bahang dan berpeluh dingin" ialah "seseorang" yang ada dalam rekod DOJ telah menerima AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta melalui akaun bank peribadinya dan "seseorang yang lain" yang mendapat sejumlah hadiah barang kemas mewah bernilai kira-kira RM128 juta.

Siapakah mereka? Perlukan disebut nama mereka?

Jeng, jeng, jeng.....(ShahbudinHusin 11/08/2017)

Muslimat Pas upah 'Ustazah Hamidah', 'Mujahidah Pas'?


Penafian Nasrudin sebelum ini tentang tentera siber Ustazah Hamidah
Tular di media sosial kenyataan yang dikatakan untuk sebaran dalaman berhubung status kumpulan cybertrooper atau tentera siber yang dibayar oleh Dewan Muslimat Pas Pusat.
Kenyataan individu yang dinamakan sebagai Intan Noor Khairani Shamsudin memaklumkan sayap parti tersebut membiayai laman Facebook, Ustazah Hamidah dan Mujahidah Pas.
Beliau yang mendakwa berjawatan sebagai Jabatan Pembangunan Pelajar dan Mahasiswa di Dewan Muslimat Pas memberitahu kedua-dua laman itu sebagai serampang dua mata iaitu menyerang musuh-musuh Pas secara agresif serta bagi mewujudkan psikologi terbalik terhadap penyokong AMANAH dan golongan atas pagar.
Menurutnya, bagi tujuan pertama sasaran ditujukan kepada penyokong tegar AMANAH dan parti pembangkang lain manakala untuk matlamat kedua menumpukan kelompok penyokong AMANAH dan atas pagar yang percaya kedua-dua laman itu dihasilkan pihak mereka sendiri.
Jelas individu itu, penyokong AMANAH dan atas pagar dijangka akan marah kepada AMANAH kerana memfitnah Pas sebelum bertindak kembali menyokong Pas atau sekurang-kurangnya tidak akan aktif lagi dengan AMANAH.
"Terdapat kekeliruan daripada kalangan ahli dan penyokong Pas terhadap posting-posting yang telah dimuat naikkan ke dalam dua halaman tersebut di mana ada yang mengatakan dua halaman tersebut adalah dibuat oleh musuh politik Pas kerana posting-postingnya yang agak keras terhadap parti Pan, PKR, DAP dan PPBM.
"Untuk makluman dua halaman tersebut adalah dikendalikan oleh petugas-petugas cyber berbayar di bawah Dewan Muslimat Pas yang telah mendapat persetujuan daripada pihak pimpinan," akuinya.
Turut memperincikan struktur 'Team Mujahidah Pas', kenyataan tersebut mendedahkan kumpulan itu terdiri daripada beberapa petugas berbayar daripada kalangan penuntut universiti yang beroperasi di sebuah bilik gerakan (War Room).
Menurut individu itu lagi, tugas mereka termasuklah mengendalikan kerja-kerja siber seperti menulis blog, membuat akaun akaun palsu Facebook, sebaran di WhatsApp dan pelbagai hak propaganda mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.
'Mungkin Midah akan berhenti'
Pada 9 Ogos lalu, laman Facebook Ustazah Hamidah memberitahu telah mendapat panggilan telefon daripada salah seorang pimpinan Muslimat Pas.
"Beliau mengarahkan Midah jangan membuat posting-posting yang terlalu keras terhadap Pan khususnya dan PH (Pakatan Harapan) amnya.
"Mungkin Midah akan berhenti seketika daripada menulis atau selepas ini Midah hanya membuat posting program-program parti dan share kenyataan-kenyataan dari pimpinan Pas sahaja.
"Apa pun Midah tetap ISTIQAMAH," dipetik daripada status yang dimuat naik pada 9.37 malam itu.
Dalam status yang sama, Ustazah Midah itu berpendapat pertelagahan antara menantu Presiden Pas, Zaharudin Muhammad dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff diselesaikan secara dalaman bukan melalui Facebook.
"Kadang-kadang Midah terfikir untuk berhenti dari menulis kat page Midah ni. Hilang semangat bila melihat percakaran sesama jemaah kat facebook bila tercetus isu antara ustaz Zaharudin dan Nurul Islam," ujarnya tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan pernah dalam kenyataannya menafikan laman Facebook Ustazah Hamidah mewakili parti tersebut atau merupakan 'mujahid siber' Pas.

Akta 164: Husam harap Pas mohon maaf kepada umat Islam


Akta 164
Pas perlu meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia ekoran kenyataan pemimpinnya yang berbaur sentimen keagamaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164).
Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa berkata, walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menarik balik tulisannya bertajuk'RUU 164: Tragedi Malang Buat Umat Islam di Negara Ini', namun permohonan maaf terbuka perlu dibuat kerana kandungan tulisan itu yang tidak tepat.
Husam Musa 340"Saya berharap Pas meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana kenyataan Dr Riduan sebelum ini adalah tidak tepat dan berbaur sentimen keagamaan dengan tujuan politik dan kemudian Pas terpaksa tarik balik.
"Penarikan balik ini tidak lengkap kecuali Pas minta maaf atas perkara yang telah mereka bangkitkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor, hari ini.
Menurut Husam juga, tindakan Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hassan yang berterima kasih kepada BN kerana membentangkan RUU itu menunjukkan parti itu pada peringkat awal tidak memahami kebaikan daripada pindaan Akta 164.
"Tulisan Dr Riduan Mohd Nor ditarik balik dan Ketua Penerangan Pas telah mengeluarkan satu kenyataan baru iaitu telah berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa pindaan 164 ini.
"Ini menunjukkan bahawa Pas pada peringkat permulaan tidak faham maksud dan kebaikan daripada pindaan ini," katanya yang juga penasihat AMANAH Kelantan.
"Kemudian Pas telah cuba mengambil ruang untuk mensensasikan sentimen umat Islam negara ini dengan kononnya pindaan akta ini menghancurkan benteng umat Islam yang terakhir di Malaysia," katanya.
Nasruddin semalam mendakwa DAP dan AMANAH menentang langkah untuk mengugurkan Fasal 88A yang berkaitan dengan penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.
"Terlebih dahulu, saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mendengar desakan dan tuntutan Pas, para mufti, alim ulamak, pengamal undang-undang Islam, NGO dan umat Islam untuk mengeluarkan cadangan Seksyen 88A dari draf pindaan Akta 164 baru-baru ini biar pun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PAN," katanya.

KAJIAN INVOKE: PH MAMPU RAMPAS KEDAH – RAFIZI

JANGAN HERET MALAYSIA KE DALAM KONFLIK CHINA – AS

PAS jangan terperangkap dan dipergunakan UMNO tutup penyelewengan 1MDB

PAS jangan terperangkap dan dipergunakan UMNO tutup penyelewengan 1MDB













Saya membaca beberapa kali laporan-laporan mengenai taklimat 1MDB oleh CEOnya Arul Kanda Kandasamy kepada pimpinan tertinggi PAS. Saya juga menonton rakaman sidang media oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS untuk memastikan saya tidak tersalah dengar.
Kesimpulan yang dibuat oleh kepimpinan PAS selepas taklimat itu dilaporkan seperti berikut:
  • Bahawa PAS berpuas hati dengan proses rasionalisasi 1MDB;
  • Bahawa PAS merasakan perlu ada pemantauan ke atas syarikat-syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih aset dan hutang 1MDB itu
Saya tidak pasti sama ada pimpinan PAS yang hadir di dalam taklimat itu faham apa makna proses rasionalisasi 1MDB yang dihukumkan sebagai “memuaskan” itu.
Proses rasionalisasi 1MDB seperti yang dijaja oleh Arul Kanda dan pimpinan Umno/Barisan Nasional ialah proses memindahkan hutang-hutang 1MDB kepada syarikat-syarikat milik penuh kerajaan melalui MOF Inc. Segala yang diterangkan oleh Arul Kanda itu sudah pun diketahui umum dan melibatkan perkara-perkara berikut:
  1. Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan dana yang dibayar itu akan dapat mengurangkan hutang 1MDB disamping memindahkan hutang-hutang lain yang diwarisi semasa 1MDB membeli asetnya kepada pembeli baru itu. Contohnya, penjualan Edra kepada syarikat milik kerajaan China;
  2. Menjual aset-aset negara kepada syarikat swasta dan asing, dengan harapan pembangunan di tanah-tanah itu akhirnya akan membawa keuntungan yang sebahagiannya akan dikongsi oleh Kerajaan Malaysia suatu ketika nanti. Penjualan itu juga diharap akan dapat membawa dana untuk membantu 1MDB mengurangkan hutangnya. Contohnya, penjualan tanah-tanah di Pengkalan Udara Sungai Besi kepada syarikat swasta dan syarikat milik Kerajaan China untuk dibangunkan menjadi Bandar Malaysia;
  3. Menjual aset-aset negara kepada tabung-tabung dana rakyat pada harga yang berkali ganda mahalnya atau memindahkan operasi tabung-tabung dana rakyat ke pembangunan baru yang diusahakan 1MDB walaupun tidak ada keperluan tabung-tabung tersebut membelanjakan wang untuk ibupejabat yang baru. Contohnya, penjualan tanah kepada Tabung Haji dan keputusan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) untuk membina ibupejabat baru di Tun Razak Exchange;
  4. Memindahkan anak syarikat-syarikat 1MDB yang dibebani hutang kepada kerajaan sepenuhnya dan seterusnya mewarisi hutang-hutang tersebut. Contohnya, SRC International Sdn Bhd dipindahkan kepada MOF Inc dan mewarisi hutang RM4 bilion yang kini ditanggung rakyat.
Sebab itu saya ingin bertanya kembali kepada kepimpinan PAS: apabila mereka berpuas hati dengan kemajuan proses rasionalisasi itu, adakah mereka bersetuju dengan kaedah memindahkan hutang 1MDB kepada rakyat sedangkan wang yang dipinjam oleh 1MDB itu telah jelas lesap dan diselewengkan untuk membeli harta-harta mewah?
Di mana baiknya tindakan-tindakan merompak wang rakyat, kemudian menjual harta-harta rakyat untuk menutup lubang hutang setelah hutang-hutang itu dipindahmilik kepada kerajaan? Pada masa yang sama, kerajaan terpaksa mengutip cukai yang baru (GST), meningkatkan kutipan cukai sedia ada sehingga orang yang mati pun masih perlu membayar cukai dan memotong perbelanjaan-perbelanjaan penting seperti pendidikan dan kesihatan?
Saya kecewa dengan kenyataan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan pendirian pimpinan PAS itu kerana ia akan dijadikan modal oleh Umno/Barisan Nasional untuk menghalalkan tindakan memindahkan hutang kepada rakyat.
Sewajarnya, bila Arul Kanda atau pengurusan 1MDB menawarkan untuk memberi taklimat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man perlu mengambil peluang itu untuk membawa Arul Kanda berhadapan dengan Parlimen kerana selama ini Arul Kanda mengelak daripada hadir mengambil soalan-soalan ahli parlimen, terutamanya ahli parlimen pembangkang.
Saya menasihatkan pimpinan PAS supaya lebih berhati-hati dan tidak terperangkap dengan permainan propaganda Umno/Barisan Nasional yang hanya mahu menggunakan PAS untuk mengurangkan kritikan rakyat terhadap penyelewengan-penyelewengan yang telah berlaku di dalam 1MDB. 

SEDAR TAK SEDAR, AS$50 JUTA WANG KITA MELAYANG BEGITU SAJA DAN ADAKAH IA WANG DARI CHINA?



Akibat gagal menepati janji dan menangguhkan bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC, sedar tak sedar kita sebenarnya sudah kerugian sebanyak AS$50 juta hanya dalam sekelip mata.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, 1MDB perlu membayar kepada 1PIC sebanyak AS$603 juta atau RM2,600 juta sebelum 31 Julai 2017 yang lalu.

Disebabkan gagal menunaikan janji kerana ketiadaan wang, tetapi dikatakan cuma masalah teknikal, 1MDB kemudian diberikan tempoh selama 5 hari lagi.
Selepas 5 hari, 1MDB gagal sekali lagi membuat pembayaran dan akhirnya diberikan tempoh sehingga 31 Ogos  untuk membuat pembayaran tersebut.

Tetapi, penangguhan yang diberi IPIC itu tetap ada syaratnya. Sebagaimana yang disahkan oleh Pengerusi 1MDB, Irwan Siregar Abdullah, lanjutan tempoh sehingga 31 Ogos itu adalah dengan syarat bayaran sebanyak AS$310 juta (kira-kira separuh daripada jumlah hutang AS$603 juta) perlu dibayar sebelum 12 Ogos.

Seperti yang dikehendaki, 1MDB semalam dilaporkan sudah menunaikan janjinya kepada IPIC itu, sehari lebih awal daripada tempoh 12 Ogos yang ditetapkan.

Tetapi, bayaran yang dibuat bukan AS310 juta, sebaliknya AS$360 juta.

Kenapa tiba-tiba ada tambahan jumlah sebanyak AS$50 juta atau lebih RM200 juta?

Dan sepertimana yang ditanyakan oleh Lim Kit Siang, apakah AS$50 juta lebihan itu sebenarnya merupakan faedah lewat bayar atau denda kerana gagal menepati janji?

Harus disedari bahawa 1MDB kini adalah syarikat milik Kementerian Kewangan dan ia bermakna sebarang bebannya adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia juga.

Selain beberapa kerugian sebelum ini, kini sekali lagi kita kerugian sebanyak AS$50 juta hanya disebabkan gagal menepati janji.
Bayangkan apa boleh dilakukan dengan wang sebanyak AS$50 juta itu jika dibelanjakan untuk membantu rakyat miskin, program pendidikan, perumahan atau sebagainya?

Namun kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang gagal, tak pasal-pasal AS$50 juta melayang begitu saja.

Secara kebetulan pula, bayaran AS$360 juta kepada IPIC itu dilakukan hanya selepas dua hari berlangsungnya majlis pecah tanah projek Keretapi Pantai Timur atau ECRL oleh Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.

Selain projek ECRL bernilai RM55 bilion itu dibiayai sepenuhnya oleh China, pakar-pakar tempatan sebelum ini turut mempertikaikan kos yang dianggap terlalu tinggi bagi projek tersebut di mana mereka menilai kos yang munasabah adalah tidak melebihi RM40 bilion.

Adakah ini bermakna wang dari China telah mula turun dan menolong 1MDB? (ShahbudinHusin 12/08/2017)

AZMIN PENGARAH PILIHAN RAYA PH, LANGKAH MUNDUR KE BELAKANG – GAH

AKTA 164: AMANAH JAWAB HUJAH MERAPU USTAZ PAS

AS MULAKAN SIASATAN JENAYAH TERHADAP WANG 1MDB

Forum Nothing to Hide 2.0: Adakah Najib akan bersembunyi lagi?




KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Forum Nothing To Hide 2.0 yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini akan menjadi saksi sama ada Datuk Seri Najib Razak berani untuk berdepan mentor lamanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengepalai pakatan pembangkang.
Perdana Menteri itu sebelum ini gagal menghadiri acara yang sama pada 2015 selepas dinasihati pihak polis yang kononnya bimbang akan keselamatan pemimpin itu, walaupun Presiden UMNO itu pada awalnya telah menyatakan kesungguhan untuk menyertainya.
Forum yang dianjurkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ARMADA itu akan berlangsung selama tiga jam bermula tiga petang pada Ahad ini (13 Ogos 2017) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor dekat Shah Alam.
Sepucuk surat telah dihantar ke pejabat Najib pada 19 Julai lepas namun sehingga kini tidak dibalas. Pihak penganjur bagaimanapun optimis bahawa pemimpin UMNO itu akan membuat penampilan mengejut di acara berkenaan.
Turut dijangka hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di samping pimpinan HARAPAN yang lain.
“Kami masih beranggapan Najib akan hadir pada program tersebut kerana beliau ternyata berdiam diri dan mengelak untuk memaklumkan mengenai kehadiran beliau, malah kepada pihak media hingga ke saat ini,” kata Ahli exco ARMADA, Mohd Ashraf Mustaqim.
“Pun begitu, Pemuda PPBM berpendapat sekiranya Najib tidak hadir atau menolak untuk hadir, ini bererti Najib tidak berani untuk menyatakan kebenaran, malah mempunyai ‘sesuatu’ untuk disembunyikan,” katanya dipetik laporan media.
Najib disebut secara tidak langsung melalui watak “Malaysia Official 1” atau “MO1” dalam dokumen saman sivil yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi merampas aset yang dipercayai dibeli daripada wang yang dicuri daripada 1MDB.
Sebahagian wang tersebut yang berjumlah AS$681 dipercayai dipindahkan ke akaun peribadi milik “MO1”. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahmad Dahlan mengesahkan bahawa “MO1” adalah Najib. –