MUNGKIN TIDAK....MUNGKIN YA.....PERALIHAN KUASA????



GAMBAR INI GAMBAR BARU.TIDAK LAMA JUGA.AKAN TETAPI IANYA MENJADI BANYAK TEKA TEKI DENGAN KEMASUKAN EZAM KEDALAM UMNO.MAHAZALIM PUN ULAS JUGA........




RAKYAT MALAYSIA BERI KOMEN ANDA

KADANG -KADANG CAKAP KARPAL SINGH DITERIMA PAKAI PULAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL????


Sabah kekal dalam BN - Karpal


KUALA LUMPUR 1 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan kekal dalam parti itu walaupun mereka terus-terusan 'diumpan' oleh pembangkang untuk melompat parti.
Menurut beliau, cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'menawan' Sabah menjelang 16 September ini sekadar angan-angan.
Katanya, BN sedang giat menangani isu lompat parti sehingga ke peringkat akar umbi.
''Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai?
''Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku. Sekarang BN memberikan mereka (ahli Parlimen) apa-apa yang diminta,'' jelasnya.
Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Tiada Niat Untuk Membunuh di sini hari ini.
Buku itu ditulis oleh peguam T. Vijayandran yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.
Karpal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkunjung ke Sabah dan memberikan 'manisan' kepada ahli-ahli politik negeri itu.
Katanya, manisan yang dimaksudkan itu ialah 13 inisiatif sebagai 'hadiah' daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah berikutan sumbangan besar negeri itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Antara inisiatif itu termasuk memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah selain pelantikan anak Sabah menjawat jawatan penting di universiti dan dalam kerajaan.
''Buat pertama kali di Parlimen, Speaker datang dari Sabah. Kedua-dua timbalan speaker juga datang dari Sabah dan Sarawak,'' katanya.
Dalam pada itu Karpal menegaskan, secara peribadi beliau tidak menerima dan menyetujui amalan lompat parti.
Jelasnya, tindakan lompat parti adalah perbuatan mengkhianati parti sendiri.
''Mereka yang mengkhianati rakyat sepatutnya tidak diberikan sebarang status,'' kat



Besar pulak berita macam ini di ulas oleh akhbar yang sepatutnya diboikot.Tetapi inilah caranya kerajaan menerima pandangan yang bertentangan dengan keinginan hasrat pemerintah.Jika sebelumnya Karpal di belasah yang bukan-bukan ,,kini kenyataan beliau menjadi popular asalkan memenangkan pihak pemerintah.Tak apa Tuan YB Karpal..mulai hari ini kenyataan anda akan berterusan keluar dalam akhbar jika anda memberikan pendapat yang menyenangkan pihak pemerintah.Anda juga boleh menggancam kenyataan Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang ,Abdul Hadi atau sesiapa sahaja yang dibenci pemerintah Barisan Nasional dan anda akan jadi popular malahan akan diberi gelaran Dato' oleh pihak pemerintah....


Namun sedarkah anda bahawa perbuatan pihak pemerintah sebenarnya menyedarkan masyarakat bahawa anda sebenarnya betul dalam mengkritik kerajaan.Namun seperti biasanya rakyat akan terus berfikir dan mengadili lidah pengarang kerajaan dengan memboikot akhbar utusan Malaysia.


Mungkin juga dengan menyekat pengedaran sebagaimana yang berlaku sebelum ini di mana akhbar Harakah di sekat dibanyak kawasan.Atau pun jangan terus membeli akhbar ini yang cuba memporak perandakan hubungan kaum....betul atau tidak fikir-fikirkan.


oh..ya.....terlupa.pula........


elok juga membeli akhbar Harakah,Suara keadilan,Watan,Siasah, selain dari Utusan....

BERJALAN UNTUK KEBEBASAN



Para wartawan, blogger serta kumpulan rakyat prihatin hari ini menyertai satu perarakan spontan menyokong kebebasan media, walaupun sebelum ini ia dibatalkan atas alasan keselamatan dan mengganggu lalulintas.Perarakan tersebut - Berjalan untuk Kebebasan Akhbar - berlangsungnya selepas selesai majlis antara pihak media dan Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim pagi tadi.


Majlis itu anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI), Benar and All-Blogs. Kira-kira 150 orang menyertai perarakan sepanjang kurang dari satu kilometer - dari Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Jalan Tangsi ke Dataran Merdeka dekat situ.


Mereka berkumpul menyanyikan lagu Negaraku, melaungkan slogan dan mengambil gambar. Kelihatan 15 polis anggota polis mengawal keadaan. Kira-kira jam 11:40 pagi, ASP Chan Teck Paing yang mewakili OCPD Dang Wangi memberikan masa sehingga jam 12 kepada orang ramai beredar daripada Dataran Merdeka.Menurut beliau, perhimpunan yang melebihi lima orang, tidak boleh diadakan di di tempat awam. Perhimpunan itu berakhir tanpa sebarang insiden.
Pada mulanya, kumpulan reform media- Benar - merancang untuk mengadakan perarakan dari Dataran Merdeka kepada NPC sebagai tanda perpaduan wartawan dalam memperjuangkan kebebasan media.Bagaimanapun, Jumaat lalu, Benar mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan tersebut, kerana tidak dibenarkan oleh pihak polis atas alasan ia boleh mengganggu kelancaran lalulintas di kawasan tersebut.Benar berkata, beberapa wartawan dan editor juga bimbang perarakan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram.
Zaid kritik wartawanSebelum itu, dalam ucapannya, Zaid berjanji untuk memberikan komitmennya untuk terus bekerjasama dan mendengar pandangan dan wartawan. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkara itu bukan di bawah bidangkuasanya. Terdapat empat kementerian lagi yang terlibat dengan akta-akta yang dituntut dihapuskan oleh wartawan, katanya hari ini. "Saya bukannya orang yang tepat untuk bercakap tentang soal ini, dalam program yang akan datang, saya mencadangkan supaya menteri yang tepat dapat dipanggil untuk menjelaskan keadaan. Saya datang hanya untuk mendengar pandangan," katanya. Dalam ucapannya, Zaid menekankan perlunya wartawan membuat penglibatan betul dengan menteri yang terlibat dan bersatu menuntut apa yang dimahukan. Tuntutan itu lagi, katanya, perlu turut menawarkan suatu penyelesaian dan mekanisme baru yang perlu dipakai. Beliau mengkritik wartawan yang berkata "kami mahu sesuatu" tetapi di majlis itu, katanya: "Saya tidak melihat 'kami' yang dikatakan itu.


Lihatlah kepada diri anda sendiri, ada berapa ketua editor yang hadir? Saya hanya nampak seorang saja." Zaid juga tidak mahu mengulas lanjut berhubung tuntutan penubuhan jawatankuasa pilihan di peringkat parlimen untuk kebebasan undang-undang media."Saya tak boleh komen pada apa yang tidak saya baca dan halusi. Kemukakan cadangan anda dahulu," katanya. Zaid bagaimanapun menyokong cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya permit penerbitan akhbar hanya perlu dipohon sekali sahaja dan tidak perlu membuat pembaharuan setiap tahun."Jika Syed Hamid mengemukakan cadangannya kepada kabinet, saya akan sokong," katanya sambil kedengaran beberapa orang membuat bunyi "boo". Penulis blog Haris Ibrahim dan Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, turut hadir.


MALAYSIAKINI.