TAPI MEMANG BETUL
Masa KJ cakap pembangkang masa ni tak guna, saya malas nak komen apa apa. Pada saya keras sangat penilaian KJ pada pembangkang ni.
Tapi bila saya nampak poster ni.. aduhh.. mungkin la betul apa yang KJ cakap tu.
Adakah krisis tenaga global ini disebabkan oleh PMX?
Kalau PMX turun, Amerika /Israel dan iran akan terus berdamai ke?
Sudah sudahlah main sentimen dengan membodohkan rakyat.
Rakyat tak bodoh weii..
MASA MANA LA HADI AWANG DOK BAIK DENGAN PIMPINAN IRAN...JADI DUTA PUN BANYAK DI MARANG DARI TIMUR TENGAH.
Raja Ahmad Zulfakar
Apabila. kapal tanker Malaysia boleh lalu di Selat Hormus, ramai juga walaun yang tumpang nama Hj Hadi yang ada hubungan baik dengan pemimpin Syiah Iran dan juga pernah jadi Duta Khas Timur Tengah.
Sebenarnya kenyataan tu sekadar khayalan walaun dan nama Hj Hadi tiada dalam kamus diplomatik Malaysia-Iran.
Ramai cakap kapal Malaysia boleh lalu Selat Hormuz sebab jasa Tun Mahathir. Ada yang cakap sebab Anwar. Dua-dua salah separuh. Dua-dua betul separuh.
Ini cerita sebenarnya.
Hubungan Malaysia dengan Iran bukan bermula semalam. Ia bermula pada 15 Januari 1968, lebih 58 tahun lalu, ketika Shah Iran dan Permaisuri Farah Diba melawat Malaysia dan menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan kerajaan Tunku Abdul Rahman. Asas hubungan dua negara ini diletakkan oleh Tunku, bukan Tun.
Kemudian Tun Mahathir datang.
Semasa 22 tahun Tun perintah Malaysia, dia buat sesuatu yang pemimpin lain tidak berani buat. Dia kritik Amerika secara terbuka. Dia bela negara-negara Islam yang dizalimi. Dia bersuara lantang di PBB, di OIC, di mana-mana pentas dunia tentang ketidakadilan yang berlaku kepada dunia Islam. Iran nampak semua tu. Iran ingat semua tu.
Tapi jasa Tun bukan sekadar kata-kata di pentas antarabangsa.
Ogos 1988. Perang Iran-Iraq baru sahaja tamat selepas lapan tahun pertempuran yang menelan ratusan ribu nyawa. PBB tubuhkan misi pemerhati khas bernama UNIIMOG untuk pantau gencatan senjata dan pastikan kedua-dua pihak tarik balik tentera ke sempadan masing-masing. Malaysia menghantar pegawai tentera sendiri sebagai sebahagian dari misi pemerhati PBB itu, dan mereka berkhidmat di sempadan Iran dari 1988 hingga 1991.
Ini bukan sekadar sokongan moral. Malaysia hantar anggota tentera ke bumi Iran untuk jaga keselamatan rakyat Iran selepas perang.
Dan Tun tidak berhenti di situ.
Selepas perang tamat, Iran dipulaukan oleh dunia. Negara-negara Barat memboikot Iran. Rizab kewangan Iran merosot. Bekalan makanan rakyat Iran terjejas teruk. Ketika semua orang pusing belakang, Tun Mahathir buat keputusan yang berani. Malaysia hantar minyak sawit dalam jumlah besar kepada Iran melalui perjanjian kewangan bilateral terus antara dua negara, tanpa bergantung kepada sistem dolar Amerika yang ketika itu digunakan Barat untuk sekat Iran.
Dunia lain boikot Iran. Malaysia hantar makanan.
Iran tidak lupa benda macam ni. Tidak pernah.
Tapi ada satu fakta yang ramai orang tidak tahu.
Hubungan Malaysia dan Iran selepas Tun Mahathir tidak sentiasa baik. Selepas Tun, pemimpin-pemimpin Malaysia yang datang kemudian tidak aktif menjaga hubungan dengan Iran. Hubungan dua negara jadi sekadar wujud di atas kertas sahaja. Tidak ada lawatan peringkat tinggi selama tujuh tahun berturut-turut sebelum Anwar ambil alih.
Anwar yang hidupkan semula hubungan tu.
Ogos 2023, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir terbang ke Tehran, lawatan peringkat tinggi pertama dalam tujuh tahun. September 2023, Anwar sendiri jumpa Presiden Iran Ebrahim Raisi di New York sempena Perhimpunan Agung PBB. Anwar komitkan Malaysia untuk kuatkan semula hubungan ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi dengan Iran. Perdagangan dua hala Malaysia dan Iran pada 2022 bernilai RM3.68 bilion, naik 40 peratus dari tahun sebelumnya.
Semua ini berlaku sebelum konflik di Timur Tengah bermula.
Aku perlu jelaskan satu perkara sebelum teruskan. Penulisan ini tidak menyokong mana-mana parti, tidak memihak kepada mana-mana pemimpin. Ini bukan penulisan pro-Anwar atau pro-Tun. Ini penulisan berdasarkan fakta dan rekod diplomatik yang boleh disemak oleh sesiapa sahaja. Fakta tidak memihak kepada sesiapa.
Jadi bila ketegangan di Teluk meningkat dan Iran mula senaraikan negara mana yang boleh lalu dan mana yang tidak, Malaysia sudah ada modal. Modal yang Tunku tanam. Modal yang Tun bina selama 22 tahun, dari hantar tentera jaga sempadan Iran hingga hantar makanan ketika dunia memboikot mereka. Modal yang Anwar jaga dan tambah dalam tiga tahun terakhir.
Benih ditanam oleh ramai orang. Tunku. Tun. Dan sekarang Anwar yang pergi kutip hasilnya.
Bila Anwar hubungi pihak Iran sebaik konflik bermula, Iran tidak kenal Anwar sahaja. Mereka kenal Malaysia. Kerana Malaysia sudah lama berdiri di pihak yang betul dalam isu-isu yang Iran peduli, Palestin, dunia Islam, kedaulatan negara membangun. Dan mereka ingat tentera Malaysia yang pernah jaga sempadan mereka, dan negara yang hantar makanan ketika semua orang paling depan menolak mereka.
Penulisan ini berdasarkan laporan yang tersedia. Gambaran penuh mungkin berbeza apabila lebih banyak maklumat tersedia.
Kapal Malaysia boleh lalu bukan sebab satu orang. Ia boleh lalu sebab 58 tahun pilihan diplomatik yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Malaysia, dari Tunku hingga Tun hingga Anwar, yang secara konsisten meletakkan Malaysia di pihak yang betul di mata dunia Islam.
Soalan sebenar bukan siapa yang berjasa. Soalan sebenar adalah, kita sebagai rakyat Malaysia, faham tak nilai warisan diplomatik yang pemimpin-pemimpin kita tinggalkan? Dan adakah kita jaga warisan tu untuk generasi akan datang?
Siapa yang ada di sini faham gambaran ni lebih awal dari kebanyakan orang. Esok ada sudut lain dalam cerita ini yang ramai orang terlepas pandang.
Sumber: Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia, UN Peacekeeping UNIIMOG, Astro Awani, MKN.
KEDAI MADANI..TAK SAMA DENGAN MACAM KRIM1
Kerajaan menegaskan bahawa pelaksanaan konsep Madani Mart tidak meniru model Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, menjelaskan kedua-duanya berbeza dari segi pendekatan dan pelaksanaan.
Menurut beliau, antara perbezaan utama ialah kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan untuk membuka cawangan pertama Madani Mart, berbanding KR1M sebelum ini yang menggunakan dana kerajaan bagi kos operasi seperti ubah suai premis dan pembelian stok.
"Tak mungkin ciplak sebab dalam model terdahulu (KR1M), kerajaan keluar modal... kerajaan bayar capex (perbelanjaan modal), kerajaan bayar untuk kerja ubah suai, inventori, beli stok.
"Tapi di sini (Madani Mart) kerajaan tak keluar modal, kerajaan satu sen pun tak keluar modal, jadi lainlah modelnya.
"Ia bukan juga konsep francais kerana kalau francais, ia mengikat 100 peratus, tapi model ini fleksibel," katanya ketika sidang media selepas pelancaran cawangan pertama Madani Mart
BAB MAKI SERAH KE WALAUN..DIA TAK KIRA DAH...BERAPA SIAPA BELI..DIA KERJA MAKI....KAKAU BAB MATEMATIK. PERATUS....UNTUNG RUGI ...TAPI BILA SEKOLAH TAK TINGGI.,
Warga asing ada 2 juta bekerja di Malaysia.Kalau 1 juta pekerja guna minyak pekat subsidi, berapa kerajaan rugi?
Bab matematik memang walaun lemah ....
PEMILIHAN LAH ANTARA PUNCA UTAMA SEBENAFNY..KEMUDIAN MENJALAR KE AKAR UMBI.
Tindakan berterusan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli menyuarakan pandangan secara terbuka kini mencetuskan perbincangan hangat yang berpotensi menjejaskan keharmonian dalaman serta kekuatan Parti PKR.
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor berpandangan, pendekatan menyuarakan isu secara terbuka, khususnya yang melibatkan tuduhan serius, perlu ditangani dengan lebih berhati-hati agar tidak menjejaskan disiplin parti serta kepercayaan anggota.
Katanya, jika matlamat utama adalah untuk memperkukuh parti, pandangan seharusnya disalurkan melalui saluran yang sesuai bagi mengelakkan ruang dimanipulasi oleh pihak luar.
#MalaysiaGazette
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com
JANJI TAK JADI
Fuh, korang tengok ni. Kalau korang rasa nak maki tengok harga RAM kat Shopee atau kedai PC sekarang, korang tak keseorangan. Rupa-rupanya ada "drama" besar kat sebalik tabir yang buatkan kita para gamers jadi mangsa keadaan.
Ini ringkasan apa yang jadi
1. "Acah" Nak Beli Sampai Licin
Bayangkan, Sam Altman (bos OpenAI/ChatGPT) pergi Korea, lepas tu dia buat "janji manis" dengan Samsung & SK Hynix nak borong 900,000 wafer RAM sebulan. Itu dah makan 40% bekalan RAM satu dunia, wey!
Tapi masalahnya, itu cuma "Letter of Intent" (surat minat), bukan beli betul-betul pun. Duit tak bayar, barang tak jalan, tapi pasaran dah panik. Supplier ingat barang bakal habis, terus harga melambung tinggi!
2. Gamers Jadi Mangsa "Scam" Korporat
Sebab "janji palsu" ni, harga RAM naik gila-gila sampai 171% dalam masa 3 bulan je:
Dulu kit 64GB DDR5 harga baru $190 (RM900+ ), tiba-tiba naik jadi $700 (RM3,300+ )!
RAM DDR4 yang patutnya dah melambak kat pasaran pun ikut naik harga dua kali ganda.
Kedai-kedai PC sampai takut nak letak harga sebab setiap hari harga berubah. Kita yang nak build PC bajet ni terus terduduk.
3. Projek "Stargate" Gagal, Tapi Kita Dah Terkena
Diorang plan nak buat pusat data raksasa (Project Stargate), tapi akhirnya projek tu kena cancel atau delay sebab gaduh pasal duit dengan Oracle. Dah la buat pasaran kacau, lepas tu projek tak jadi. Habis tu, harga RAM yang dah naik tu siapa nak tanggung? Kita jugalah yang kena beli RAM mahal nak mampos.
4. Plot Twist: Google Penyelamat?
Baru-baru ni, Google keluarkan teknologi baru panggil TurboQuant. Dia punya compression algorithm ni boleh kurangkan keperluan memori AI sampai 6 kali ganda.
Maksudnya apa? Kompany AI dah tak perlu borong RAM banyak-banyak macam dulu. Sebab tu sekarang harga RAM tengah mula nak turun balik (stok Samsung/SK Hynix pun jatuh).
Kesimpulannya:
Kita punya la berjimat nak upgrade PC, sekali kena game dengan korporat AI yang main "booking" barang tapi tak beli. Sakit hati tu tuhan je tahu. Suka-suka hati diorang mainkan supply dunia, gamers yang kena ikat perut nak beli RAM sekeping.
Korang ada plan nak upgrade RAM ke dalam masa terdekat? Kalau boleh, tunggu kejap sampai harga betul-betul "sejuk" balik. Jangan bagi muka kat scalper korporat ni! 😤🎮
#PCMasterRace #GamersMalaysia #RAMMahal #OpenAI #TechDrama
JOM GELAK
Rakyat berhak dapat lebih, kata 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺. Aku mulanya rasa nak gelak bila baca tajuk berita. Tapi aku bukan walaun. Jadi aku 𝘁𝗮𝗯𝗮𝗶𝘆𝘂𝗻. Aku cari post dia dan baca.
MENJAWAB MAKCIK
Terlalu pulak dekat feed aku posting 𝗺𝗮𝗸 𝗻𝗲𝗻𝗲𝗸 ni. Sebelum aku 𝙨𝙣𝙤𝙤𝙯𝙚 dia, aku screenshot la. Bukan apa, rasa terpanggil nak jawab soalan makcik dalam video tu.
𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗥𝗨-𝗛𝗔𝗥𝗔
𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔: 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗨𝗥𝗨-𝗛𝗔𝗥𝗔
EMPAT BERITA BAIK UNTUK HAMZAH
MALAYSIA PENGELUAR MINYAK , TAPI KENAPA TIDAK KAYA ?
“Malaysia kan negara pengeluar minyak. Harga minyak tengah mahal. Kalau ikut logik formula, kita patut jadi lagi kaya. Tapi kenapa tak?”







