RUSUHAN TENOM


 

JADUAL CERAMAH MEGA AYUH MALAYSIA KITA BOLEH




Saya ingin mengumumkan Ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh akan diadakan di 9 tempat-tempat utama di seluruh negara bermula hari Sabtu ini sejurus selepas penamaan calon.

Saya menjemput semua rakyat di kawasan-kawasan berikut untuk turun beramai-ramai untuk mendengar penerangan kami atas isu-isu semasa kita sebagai rakyat Malaysia serta perancangan kami untuk menghadapinya.

JADUAL CERAMAH MEGA AYUH MALAYSIA KITA BOLEH

5 Nov 2022, Sabtu

-Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah

https://maps.app.goo.gl/PHTXi4wuuvLrbaHJA?g_st=iw

-Dataran Padang Awam Felda Trolak Selatan, Sungkai

https://maps.app.goo.gl/GHEQWuaPMgGZ3jXs9?g_st=iw

6 Nov 2022, Ahad

Tapak Parkir Jalan Seri Setali, Indera Mahkota

https://goo.gl/maps/tTDxwcBZUpr9UsEN9

8 Nov 2022, Selasa

Tapak Parkir Pejabat Parlimen Tangga Batu, Melaka

https://goo.gl/maps/6sXPqwPztX8iEFE7A

11 Nov 2022, Jumaat

Yuan Chang Kopitiam, Jalan Gambir 4, Bukit Gambir

https://maps.app.goo.gl/Dr44Kq9Kvp4TJoUx6?g_st=iw

Taman Guar Perahu, Penanti

https://maps.google.com/?q=5.427557,100.469063

12 Nov 2022, Sabtu

Padang Dataran Rembau, Chembong

https://goo.gl/maps/MCLwfSKbDbNuyZxZ6

Jalan Cempaka Harum 1, Banting

https://goo.gl/maps/LpD6NFmb5o2FY3qN8

14 Nov 2022, Isnin

Padang Awam Taman Bandar Baru, Sg Lalang Merbok

https://maps.google.com/?q=5.708855,100.534805

15 Nov 2022, Selasa

Tapak Parkir Flat Danau Kota, Wilayah

https://goo.gl/maps/Le7E55Pwm7TvdaXZ9

16 Nov 2022

Jalan Dataran Larkin 3, Johor Bahru

https://goo.gl/maps/2HRfZYSaZnNWUExB6

17 Nov 2022

Taman Perpaduan, Tambun

Sejak reformasi tercetus 1998 dahulu, setiap PRU telah berjaya mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat.

Ayuh Malaysia, kita boleh.

#AyuhMalaysia #KitaBoleh #IniUsahaKita

 

PENDEDAHAN MINGGU DEPAN PN/BN SAPU SAMA SAJA





Perikatan Nasional (PAS & BERSATU) kini cuba menjenamakan gabungan mereka sebagai bersih dari rasuah.

Kononnya UMNO/BN telah rosak akibat rasuah dan PKR/PH pula akan menyebabkan Melayu hilang kuasa kerana ada DAP.

Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “those who live in a glass house should not throw stones”. Maksudnya kalau kita pun banyak kayap, jangan bising pasal kayap orang lain.

Bila kempen bermula secara rasmi esok, saya akan usahakan bukti-bukti untuk meyakinkan pengundi-pengundi (terutamanya Melayu) bahawa PN ini hanyalah serpihan UMNO yang mabuk kuasa. Rekod 33 bulan mereka bersama kerajaan juga buruk dalam bab-bab tata kelola kewangan negara.

Saya yakin banyak penyokong UMNO/BN yang akan setuju dengan saya.

Tunggu sidang media mingguan saya hari Isnin, 7 November 2022 mengenai perkara ini.

Dalam nada Zahid Hamidi, “PN/Muhyiddin, you are next”.

Rafizi Ramli

 

PH mesti tangkas menangkis serangan BN PN mengatakan PH kuat tabur fitnah. Walhal rekod terbukti umno dan pas lah paling banyak saman fittnah dan kalah







 

PAHANG OWH PAHANG- BIASA YANG CERDIK NI TIDAK DIUNDI......PILIH KATI BAGHDAD JUGA.NAK BERUBAH NI KAWASAN BANDAR SAHAJA

 

SENARAI PENUH CALON KEADILAN MEWAKILI PAKATAN HARAPAN NEGERI PAHANG (PRU15)

Berikut adalah calon-calon Keadilan yang mewakili Pakatan Harapan bagi kawasan Parlimen dan Dun yang telah menerima watikah untuk bertanding di dalam PRU15:

PARLIMEN

1. P 081 Jerantut - Prof Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan.

2. P 082 Indera Mahkota - Haji Zuraidi bin Ismail

3. P 083 Kuantan - Hajjah Fuziah bin Salleh

4. P 085 Pekan - Haji Mohd Naim bin Zainal Abidin

5. P 090 Bera - Haji Abas bin Awang

6. P 091 Rompin - Erman Shah bin Jaios

DUN

1. N 02 Jelai - Ismail bin Mohd Hussin

2. N 04 Cheka - Prof Madya Dr Rasid bin Muhamad

3. N 05 Benta -Rizal bin Jamin

4. N 06 Batu Talam - Shahuddin bin Abdul Rahman

5. N 10 Damak - Mohamad Rafly bin Mohd Satar

6. N 13 Semambu - Chan Chun Kuang

7. N 14 Teruntum - Sim Choon Siang

8. N 16 Inderapura - Fakhrul Anuar bin Zulkawi

9. N 17 Sungai Lembing - Dato Seri Ahmad bin Omar

10. N 19 Panching - Haslindalina binti Hashim

11. N 23 Chini - Mohamad Yazid bin Che Mat

12. N 24 Luit - Mohd Afandi bin Abd Rani

13. N 25 Kuala Sentul - Amran bin Tahir

14. N 27 Jenderak - Mohamad Hafez bin Harun

15. N 31 Lanchang - Rosli bin Ismail @ Ahmad

14. N 39 Kemayan - Manolan bin Mohamad- TIDAK DAPAT BERTANDING

15. N 40 Bukit Ibam - Barirah binti Mohd Makhtar

16. N 41 Muadzam Shah - Norlaily binti Forizad

Keadilan Pahang telah diperuntukan 6 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dun bagi menghadapi PRU15 pada 19 November ini nanti. Seramai 17 muka baru telah diketengahkan bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dun. Penyandang kerusi Parlimen Kuantan sebelum ini, Hajjah Fuziah Salleh dikekalkan untuk mempertahankan kerusi tersebut. Kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenangi pada PRU14 yang lalu tetapi penyandangnya Saifuddin Abdullah telah khianat kepada mandat rakyat sekaligus terlibat menjatuhkan kerajaan PH di Putrajaya bakal berdepan dengan muka baru iaitu Tuan Haji Zuraidi bin Ismail di parlimen tersebut.

Manakala dikerusi Dun pula, penyandang Dun Teruntum sebelum ini, Sdr Sim Choon Siang akan mempertahankan kerusi tersebut. Dun Semambu yang sebelum ini diwakili oleh Sdr Lee Chean Chung akan diganti dengan muka baru seorang anak muda Ketua AMK Pahang iaitu Sdr Chan Chun Kuang. Sdr Lee Chean Chung pula akan menerokai kawasan baru di Parlimen Petaling Jaya, Selangor.

Keadilan Pahang yakin pada PRU15 kali ini, Pakatan Harapan mampu membuat kejutan dengan gabungan lama dan baru termasuk golongan profesional.

SELAMAT BERTANDING. KITA BOLEH!!

WFAUZDIN NS

 

WALAUNTIT CUBA MENEGAK BENANG YANG BASAH




Bismillahirrahmanirrahim. 

 

Sejak petang semalam, saya dihubungi oleh rakan-rakan yang bertanya mengenai video TikTok berkenaan Tabung Haji. 

Ada yang mengecam, mengatakan saya memfitnah PH, terciduk dan pelbagai dakwaan lagi.

 

Di media sosial saya dikerumuni dengan komen-komen 'Palatau'.

 

Tambah menarik, seorang calon PH siap menambah perisa dengan cerita rekaan katanya saya pernah padam video berkenaan zakat selepas beliau tegur. 

 

Fuh, begitu yakin sekali kamu ya! Entah video siapa-siapalah tu😂

 

Terharu juga bila pendapat anak muda biasa seperti saya diberi perhatian begitu sekali, sehingga perlu diulas hujahnya oleh ex-ceo Tabung Haji. 

 

Jika kalian mendengar dengan baik, video tersebut jelas menceritakan berkenaan rekod terbaik jumlah deposit wang ke dalam Tabung Haji dalam tempoh 59 tahun.

 

Jumlah deposit tabung haji setiap tahun dari tempoh 2017 – 2021 boleh diakses dengan mudah di website Tabung Haji. 

 

Ya, dalam ‘accounting’ deposit adalah liabiliti. 

 

Tapi, bukankah ia juga gambaran keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji?

 

Jika kita menganggapnya sebagai liabiliti semata-mata, adakah kita mahu mencadangkan kepada orang ramai jangan lagi datang membuka akaun simpanan di Tabung Haji? 

 

Akhirnya, saya cuma nak nyatakan, tiada satu pun pernyataan saya di dalam video tersebut bersifat fitnah atau cerita rekaan. 

 

Cukuplah satu pertanyaan saya; Adakah nilai deposit yang tinggi tidak menunjukkan apa-apa petanda yang baik kepada Tabung Haji?

 

Muna Rime

5 November 2022

 

P/S : Bagi yang bertanya saya di mana faktanya, boleh rujuk pautan-pautan di bawah.

 

http://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/data-statistik

 

https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/kha-09222022-1200/th-catat-pendapatan-rm147-bilion-separuh-tahun-pertama-2022

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/960793/jumlah-deposit-th-melonjak-kepada-rm88-bilion-setakat-mei-2022

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762979/kerajaan-tarik-balik-keputusan-jual-aset-th-plantations

 

 

JAWAPAN TERHADAP WALAUNTIT OLEH MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

 

 

1st, you delete reply komen saya dalam Tik Tok and that is a facts. U kata 1st half 2022 lagi tinggi dari 1st half 2021 and that is a false information. Saya tepek di bawah data yang sebenar. So sekarang u setuju yang deposit itu libiliti, tak pernah di buat orang deposit yang tinggi itu jadi benchmark prestasi. 

 

Persoalan yang paling utama, apa yang TH buat dengan deposit yang tinggi tu. Kena labur. Kalau tak labur. Macam mana nak dapat keuntungan. kalau tak ada keuntungan, macam mana nak bagi hibah. Jadi explain kenapa keuntungan tahun ini 1st half lagi sikit dari 2021, padahal 2021 tu banyak industri lockdown. Kan u kata PN/Pas pandai memerintah. Lagi satu, kenapa tak jujur tentang you kata deposit turun zaman PH sebab penstrukturan semula tabung haji?

 

 

MELAYU PERLU BUKA MINDA- ANWAR JAWAAB SOAL DAP


 

MACAM GINI ....


 

BYE BYE TIAN CHUA - DARI REFORMIS SANJUNGAN JATUH REBAH KERANA SALAH PERJUANGAN

 


Ahli PKR tanding bebas automatik dipecat daripada parti, kata Anwar.




Anwar Ibrahim berkata, PKR sudah mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap ahlinya yang bertanding bebas pada PRU kali ini.

IPOH: Mana-mana ahli PKR yang bertanding bebas secara automatik dipecat keahlian, tegas presidennya, Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan bekas naib presiden PKR Tian Chua yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.

“Malangnya (Tian Chua) memilih jalan ini (tanding bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan seorang reformis yang sagat berdedikasi.

“Saya tidak fikir tindakan ini (tanding bebas) yang perlu seorang reformis lakukan, apa pun kami sudah mengambil tindakan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon Parlimen Tambun di Dewan Seri Kledang Institut Latihan Perindustrian Ipoh.

Tian, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, tiba di pusat penamaan calon pada 8.30 pagi tadi, sambil diiringi penyokong berpakaian putih.

Mengenai pencalonan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Anwar berkata, beliau mengetuai kempen gabungan itu bagi memberikan tawaran alternatif kepada pengundi, ekoran beberapa kegagalan kerajaan sebelum ini.

BAB RUMAH BESAR SANGAT KOT- MACAM NAK PEMBOHONG SAJA- TELOQ AYAM BOLEH BELI SEPAPAN DUA KIRA OK LA ....


 

Pertandingan 4 penjuru di Tambun

 

IPOH: Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gerakan Tanah Air (GTA) pada PRU15 kali ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun, Mohamad Fariz Mohamad Hanip selepas tempoh menghantar pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.

Ia menyaksikan pertembungan antara calon bertahan, Timbalan Pengerusi PN Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi PH, Anwar Ibrahim; Ketua Umno Tambun, Aminuddin Hanafiah; dan calon GTA, Abdul Rahim Tahir.

Pada PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding sebagai calon PKR menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon BN dan PAS, dengan majoriti 5,320 undi.

Sementara itu, DUN Manjoi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN yang diwakili Azizul Kama Abdul Aziz, Asmuni Awi (PH) dan Hafez Sabri (PN).

DUN Hulu Kinta pula menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon BN, Mazlan Abdul Rahman, Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PH), Puteri Holijah Mohd Rali (PN), dan calon Bebas, S Murugiah.

 

SATU KATA PENYAMUN SATU LAGI KATA PEROMPAK DAN SELEBIHNYA KATAK.....KEH..KEH


 

GOMBAK- MAMPOIH LA HANG AZMIN......


 

RAFIZI AKAN JAWAB ISU SAHAM PADA HARI ISNIN

 




Haa suruh SPRM siasat. Secara logiknya Rafizi berani declare sebab aset dia clean. Kalau SPRM siasat, itu akan jadikan Rafizi super clean. Dan itu sangat baik sebagai promosi untuk PH. SPRM sila siasat cepat! Guane boh?

Raja Gelap

 

Rafizi Ramli: Sidang Media Timbalan Presiden Keadilan & Calon Harapan Pa...

Undi KJ bermaksud undi Zahid, kata Sivarasa


R Sivarasa daripada PKR berkata secara dasarnya Khairy Jamaluddin mewakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

SUNGAI BULOH: Memberi undi kepada Khairy Jamaluddin secara dasarnya bermakna mengundi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata R Sivarasa daripada PKR yang memberi amaran kepada pengundi.

“Ia tidak relevan sama ada dia lelaki baik atau lelaki jahat. Siapa yang dia wakili. Apabila anda mengundi Khairy, anda sebenarnya mengundi Zahid,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh itu kepada pemberita.

Sivarasa, yang tidak mempertahankan kerusinya, hadir di pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk memberi sokongan kepada calon PKR, R Ramanan.

Sivarasa pertama kali memenangi kerusi Parlimen Subang pada 2008. Beliau mempertahankannya pada pilihan raya 2013 dan sekali lagi pada PRU14 selepas ia dinamakan Sungai Buloh, dengan majoriti lebih 26,000 undi.

Khairy bertanding di kerusi itu mewakili Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan persaingan di Sungai Buloh sebagai pertarungan yang “menarik”, Sivarasa yakin Ramanan akan menang dengan selesa memandangkan PH telah membina kubu yang kukuh di situ.

“Kami telah membina asas sokongan yang besar sepanjang tiga pilihan raya umum lalu dan menang dengan majoriti selesa (pada 2018). Jadi sokongan itu ada.”

Ketika ditanya mengenai Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli lebih cenderung untuk meletakkannya berbanding Ramanan, Sivarasa berkata perkara dalaman itu telah pun diselesaikan secara baik.

Dia mengakui keadaan kesihatannya menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya.

'Pastikan Azmin kalah' - Azwan zahir sokongan buat Amirudin

PRU15 | Pertandingan Tujuh Penjuru di Sungai Buloh

TAK PAYAH KECEWA PRABA- DIA AKAN DISINGKIRKAN DARI PKR DAN AKAN JADI KUPANG TEMBAGA JUGA

 

Praba kecewa sikap ‘pentingkan diri’ Tian Chua




P Prabakaran memenangi kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada PRU14 sebelum menyertai PKR.

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menyatakan kekecewaannya terhadap pendahulunya, Tian Chua, yang bertanding di kawasan itu sebagai calon bebas.

Sejurus tiba di pusat penamaan Batu, pada 8.44 pagi, calon PKR itu menuduh Tian Chua sebagai mementingkan diri.

Tian Chua tiba di pusat penamaan calon di SMK Sentul Utama, awal pagi tadi.

Bekas naib presiden PKR yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Batu bermula 2008 hingga 2018, gagal mempertahankan kerusi disandang pada pilihan raya umum lalu susulan pencalonannya ditolak pada hari penamaan calon.

PKR kemudian menamakan Prabakaran untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebagai calon bebas pada PRU14 sebelum menyertai parti itu.

Dengan Tian Chua bertanding di kerusi berkenaan, persaingan di Parlimen Batu dijangka sengit memandangkan nama besar seperti Naib Presiden MIC A Kohilan Pillay dan Siti Kasim daripada Gerak Independent juga bertanding.

Calon Perikatan Nasional (PN), Warisan, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan bebas juga dijangka bertanding.

GEMPAR TERKINI🔥 KUMPULAN AZMIN JUMPA ANWAR ? KEMBALI PKR ?

PENAMAAN CALON PARLIMEN TAMBUN, DATO SERI ANWAR IBRAHIM

PN- SELAIN PENUH DENGAN PARA KATAK - IA JUGA MENJADI TEMPAT BUANGAN PEMIIMPIN UMNO

 

ANA TAHU


PN akan jadi tempat buangan pemimpin Umno. Ikut pengalaman, mereka ni ibarat anjing tersepit. Bila dah lepas dan bebas nanti maka akan gigit tangan parti ana balik…. Tapi nak nasihat parti ana pun dah tak reti. Dia sangat suka pemimpin Umno.



CALON PM BN – PN SAMA SAJA


ORANG KELANTAN NAK BENDA BARU

 

JANGAN SAMPAI ORANG TAK LALU MAKAN ROTI




 

SESETENGAH MENGGUNAKAN RUJUKAN KEPADA 2 PUSAT KAJIAN INI- NAMUN INVOKE DIIHAT LEBIH BERKREADILITI

 





Di kalangan orang politik, ada 2 bancian utama yang dirujuk ketika pilihanraya. Satu, Laporan Merdeka Centre dan yang kedua dari Ilham Centre. Kedua2nya dikira paling dirujuk oleh pemerhati politik negara.

Mereka akan keluarkan Laporan setiap bulan untuk menilai sentimen rakyat. Semalam saya terima Laporan MC untuk bulan Oktober. Menarik laporannya.

Ia melaporkan penurunan sokongan orang Melayu ke atas UMNO sebanyak 5%. Mungkin gerakan Asalkan Bukan UMNO/ Anything But UMNO mula memberi kesan di kalangan orang Melayu.

Sentimen orang Melayu meningkat bagi PN sebanyak 5% dan kepada PH sebanyak 3%. Ini menunjukkan alternatif kepada BN di kalangan orang Melayu ialah PN, PH pula pilihan kedua.

Bagi sentimen rakyat majoriti, menunjukkan Pakatan Harapan mendahului dengan 26%. BN di tempat kedua dengan 24% dan PN pada 13%. Ini boleh flip anytime, kalau mana2 parti ambil pendirian enteng dan puas hati. Konon boleh menang.

Kerana ada 31% lagi pengundi atas pagar. Mereka ni banyak pengundi senyap yang perhatikan saja gelagat parti politik. Mereka tak taksub parti, maka mereka boleh pangkah parti mana2 mereka suka. Golongan ini yang perlu diberi perhatian segera.

Pada pengundi, hari ni bermula kempen pilihanraya. 2 minggu mereka2 ni akan cuba yakinkan kita. Banyakkan membaca dan tolak propaganda. Jangan cepat termakan kata.

Kena ingat mereka ini bekerja untuk kita selama 5 tahun. Makanya buatlah kelaku sebagai boss. Bukan balaci mereka pula.

Watch this space, untuk lebih banyak update mengenai calon anda. In sya allah… saya cuba bagi dari lensa burung, calon2 dan parti2 ini, untuk pertimbangan anda jua.

Salam hormat,

Liyana Marzuki