‘JANGAN PERSOAL JANJI PERALIHAN KUASA’

PAS MULAKAN PERMUSUHAN, KENAPA AMANAH DIKUTUK?

AKHIRNYA TUN SENDIRI DEDAHKAN KEINGINAN UNTUK MUNGKIR JANJI



Sekarang ini semua perbualan dalam negara rata-rata tertumpu berkenaan isu pertemuan antara Tun Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang daripada UMNO, Pas serta GPS dan kaitannya dengan usaha memanjangkan tempoh khidmatnya sebagai Perdana Menteri dengan lebih lama.

Apalagi sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg, pertemuan itu adalah atas jemputan Tun Mahathir sendiri.

Walaupun pada awalnya Tun Mahathir cuba berahsia dengan mengatakan ia adalah perjumpaan rahsia dan enggan mengesahkan sama ada Azmin Ali turut hadir atau tidak dalam perjumpaan itu, beliau akhirnya terpaksa mengalah setelah didedahkan oleh Abang Jo.

“Tidak ada rahsia apa-apa pun,” kata Tun Mahathir malam tadi.

Sebelum itu, selain enggan mengesahkan tentang kehadiran Azmin, Perdana Menteri juga berdalih mengenai pertemuan itu dengan berkata, “mereka yang nak jumpa saya, jadi saya jumpa dengan mereka”.

Tetapi dengan akhirnya terbukti beliau yang menjemput kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang dalam pertemuan itu, apalagi berdasarkan maklumat lain bahawa memang dikatakan Azmin turut sama hadir, sudah tentu pertemuan itu ada kaitan dengan keinginan Tun Mahathir untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dengan lebih lama lagi.

Ia terlihat bukan saja kerana Pas dan Azmin yang hadir dalam pertemuan itu, malah juga berikutan Hishammuddin Hussein adalah pemimpin UMNO yang turut dijemput.

Oleh kerana sudah diketahui secara terbuka bahawa Pas dan Azmin mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal, mempelawa Hishammuddin dan GPS tidak lain adalah bertujuan memperkukuhkan lagi rancangan itu.

Dalam hal ini, meskipun Hishammuddin bukanlah pemimpin yang ada jawatan kanan dalam UMNO atau boleh dikira mewakili parti itu, peranannya boleh jadi kerana beliau dirasakan boleh memainkan peranan menarik sebahagian Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong pemanjangan tempoh khidmat Tun Mahathir.

Apa yang paling nyata daripada semua ini ialah Tun Mahathir memang mempunyai niat serta hasrat untuk berkhidmat lebih lama sebagai Perdana Menteri dan sedang berusaha mencari jalan merealisasikannya.

Tentulah tidak mungkin perjumpaan itu untuk membincangkan soal royalti minyak dengan Pas, berkenaan akaun bank UMNO yang dibekukan atau berkaitan hak-hak Sarawak dalam Persekutuan.

Di sebalik berulang kali mengatakan akan mengotakan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dipersetujui, Tun Mahathir rupa-rupanya sedang memilih “jalan munafik” untuk memungkiri janji tersebut.

Patutlah selama ini cakap atau kata-kata beliau tidak pernah sama apabila ditanya berhubung peralihan kuasa dan tempohnya berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Sekejap beliau mengatakan dua tahun, kemudian dua tahun setengah, selepas itu tiga tahun, kemudian lagi dikatanya sehingga ekonomi pulih dan terbaru semalam sehingga keadaan negara stabil pula.

Pokoknya jika Tun Mahathir sendiri yang selalu mengamalkan politik pecah dan perintah serta sentiasa menghuru-harakan politik negara dengan pelbagai percaturan yang dibuatnya, memang sampai bila-bila pun keadaan negara tidak akan stabil dibuatnya.

Ternampak bahawa menghuru-harakan negara dan menjadikan keadaan tidak stabil adalah sesuatu yang disengajakan oleh Tun Mahathir agar tampil mereka yang cetek politik mahukannya berkhidmat dengan lebih lama atau sehingga ke akhir penggal.

Maka, secara sengaja beliau memang ada niat mahu memungkiri janji dua tahun penyerahan kuasa sebagaimana yang awal-awal disebutnya dahulu.

Kalau betul-betul mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana dijanjinya, bukankah lebih baik Tun Mahathir menumpukan sepenuh tumpuan kepada kerjanya dan tidak perlu sibuk-sibuk mahu bertemu pemimpin pembangkang?

Kenapa Tun Mahathir tidak berunding dengan Majlis Presiden PH jika beliau ingin lebih lama menjadi Perdana Menteri?

Mengapa perlu berunding dengan pembangkang dalam urusan yang boleh dirundingkan dalam PH?

Mengapa juga perlu dilibatkan pembangkang atau pihak luar daripada PH bagi mencapai tujuannya itu?

Apakah Tun Mahathir sudah hilang kepercayaan kepada PH dan lebih mempercayai pembangkang untuk mencapai cita-cita politiknya? (Shahbudindotcom 02/08/2019)

LASKAR SIBER BN: DARI MANA MEREKA DAPAT PERUNTUKAN? – MANNIVANAN

SELANGOR PERKETAT ENAKMEN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

TUN..INGAT APA MUSUH LAKUKAN PADA TUN ?

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiriImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiriImej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks



Simpati Pada Najib?? Tolong Ingat Balik..
Throwback what Najib did to TUN M last time
1. Tidak disediakan kerusi, surat jemputan kerajaan kepada Tun M dan Tun Hasmah ditarik balik ketika angkat sumpah YDP Agong ke 15.
2. Pengiring polis bermotorsikal ditarik balik
3. Unit Tindak Khas (UTK) dan bodyguard dikurangkan seminima mungkin
4. Sewaan Pejabat Bekas Perdana Menteri di Yayasan Kepimpinan Perdana dihentikan, pekerja am juga dipanggil balik
5. Gambar Tun M di Bangunan UMNO dihilangkan
6. Gambar KLCC dalam poster BN / TV3 dihilangkan
7. Pembantu Rumah dan tukang masak ditamatkan kontrak
8. Pesawat yang akan bawa Tun M dan rombongan disabotaj
Weh kalau nak list lagi banyak dan lagi kejam apa yang Najib dan sekutu buat kat Tun M. Kita semua saksi semua ni berlaku, saya nampak dan rasai sama sama masa dulu. Nak list orang sekeliling Tun M apa kena. Siapa yang baik dengan Tun M kena apa?
Tun M sedikit pun tak berdendam, Najib siap dapat escort sekarang. Ada ke ditarik? Dia siap mintak rumah kerajaan untuk dia letak barang2 dia. Tun M siap bagi lagi. Utk bodyguard semua ada. Tukang masak. Even muka Najib kat mana mana pun ada lagi. Kalau korang nak tahu Rosmah tu react macam dia masih bini PM tau. Ke sana kesini ada butler sendiri. Bawakkan payung. Tun Hasmah takde pun macam tu. Berjalan pun sorang diri bersama sorang bodyguard. Korang apa tau?
Kejam ke Tun M ni?
Isu kerusi tu? Kerusi tu ada je, dia je tak nak datang. Mengada ngada. Nak layan macam dia tu PM pulak, banyak cantik muka bini dia
MELAYU UMNO NI MEMANG MUDAH LUPA




PH BELUM PERINTAH MALAYSIA ?



OLEH ; MAT ZAHARI ALI
Image result for mahathir




Selepas kejatuhan umbo/bn pada 2018 Malaysia berada dalam era pra peralihan dan belum lag iboleh dianggap sebagai era sebenar PH menguasai negara. Ini disebabkan Tun Dr Mahathir yang diangkat menjadi PM dari  parti Bersatu yang baru 3 tahun tertubuh itu tidak beroriantasi leluhur PH.

Asas jati diri PH sebenarnya bertunjang kepada perjuangan reformasi '98 yg di asaskan Pkr, Pas (Amanah), dan Dap.

Manakala DrM pula dari leluhur Umno dan kini Bersatu. Lantaran itu pola politik tanah air sejak beliau berkuasa banyak terjebak dalam kancah polimik politik percaturan. Dr M datang dari blok parti minoriti dan tekanan dalaman dari parti sendiri menjadikan beliau terpaksa merencanakan rencah silat politik yang kekadang memualkan.

Masalah yang lebih menonjol  kerana DrM gagal menghayati agenda perjuangan PH yang berteraskan reformasi perjuangan keadilan untuk seluruh rakyat. DrM tidak memahami agenda perjuangan reformasi yang diperjuangkan komponen pukal PH (Pkr, Dap dan Amanah). DrM tidak berubah dan masih meneruskan roda pemerintahan beliau sebagaimana beliau menjd PM ketika beliau dalam umno.

Walaipun beliau berpengalaman menjadi PM selama lebih 22 tahun sebelum , ini tetapi itu dari acuan politik umno yang berpusat kepada percaturan politik pecah perintah.

Era penguasaan kerajaan sebenar  PH adalah apabila Anwar Ibrahim menjd PM. Segala inspirasi, jalur keadilan dan gerak gempur perjuangan reformasi rakyat menentang kezaliman, ketidakadilan sosial dan ekonomi yang dikuasai umno/bn sejak 60 tahun lampau akan dikecapi oleh rakyat.

Inilah nikmat sebenarnya perjuangan reformasi dapat diterjemah secara nyata.

Anggaplah era ketika DrM ini sebagai pra-peralihan dari era umno/bn ke era PH.


TUN M JANGAN KHIANAT DENGAN CUBA BAWA PIHAK LUAR TENTUKAN HALA TUJU PH





Image result for mahathir dan hadi



Konsensus berhubung kedudukan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 dan kemudian Anwar Ibrahim sebagai penggantinya atau Perdana Menteri ke-8 telah dimuktamadkan dalam Kongres PH yang diadakan di Shah Alam pada 7 April 2018.

Gabungan parti-parti yang menandatangani persetujuan bersama ketika itu ialah PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Menyedari usianya pada waktu itu sudah mencecah 93 tahun, Tun Mahathir kemudiannya  memberitahu beliau memerlukan tempoh selama dua tahun saja memegang jawatan itu.

Katanya, memandangkan beliau pernah ada pengalaman sebagai Perdana Menteri sebelum ini, tempoh dua tahun itu adalah memadai untuknya menyelesaikan tugas menyelamatkan negara, memulihkan ekonomi dan memperbaiki pelbagai kerosakan yang diakibatkan oleh Najib Razak.

Dalam erti kata lain, pengundi yang mengundi PH yang menggunakan simbol PKR pada PRU14 lalu bukan saja sedar tentang kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim atau sementara bagi tempoh hanya sekitar dua tahun, tetapi juga sedar Anwar adalah satu-satunya calon pengganti jawatan itu.

Di waktu pengundi membuat pilihan untuk memenangkan PH dengan harapan Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri dan Anwar sebagai pengganti selepasnya, UMNO dan GPS atau Gabungan Parti-Parti Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada komponen BN.

Begitu juga dengan Pas, walaupun parti itu bertanding bersendirian, tujuannya adalah untuk memecahkan undi bagi memberi kelebihan kepada BN untuk terus kekal berkuasa.

Sebab itu, sebaik saja BN kalah PRU14 lantaran menyedari strategi memecahkan undi melalui pertandingan tiga penjuru terbukti tidak menjadi, Pas tidak mengambil masa yang lama untuk bekerjasama secara rasmi dengan UMNO dengan harapan pilihan kali ini mampu membawa semula UMNO kembali ke puncak kuasa.

Pokoknya, UMNO, Pas dan GPS ketika PRU14 lalu bukan saja berada di luar PH, tetapi juga merupakan musuh kepada PH.

Sementara UMNO dan Pas sekarang ini sudah menjalin kerjasama untuk memenangi pilihanraya akan datang, GPS pula adalah sebuah gabungan baru parti-parti di Sarawak  yang ingin berdikari setelah mereka keluar meninggalkan BN sebaik gabungan itu kehilangan kuasanya.

Sekali lagi, baik sebelum PRU14 atau sekarang, ketiga-tiga mereka iaitu Pas, UMNO dan GPS bukanlah ahli gabungan atau sebahagian daripada komponen PH.

Untuk itu, di mana sebenarnya maruah sebahagian pemimpin PH yang tidak malu-malu mahu menagih sokongan daripada Pas, UMNO dan GPS untuk membolehkan kononnya Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal?

Apakah sokongan daripada empat parti dalam PH kepada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini masih belum mencukupi?

Dalam hal ini termasuk tidak bermaruah ialah Tun Mahathir yang menurut dakwaan Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg telah menjemput Ahli-Ahli Parlimen GPS menghadiri perjumpaan rahsia bersama Pas dan UMNO di kediamannya pada Selasa lalu?

Sebagai gabungan yang merupakan sebuah kerajaan, Tun Mahathir seharusnya menjaga maruah dan wibawa PH dengan mengutamakan parti-parti dalam gabungannya untuk sebarang perkara berbanding mengharapkan sokongan pihak luar.

Oleh kerana sudah ada ketetapan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh sekitar dua tahun selepas berkuasa, PH dan Tun Mahathir sebaiknya sentiasa berpegang kepada janji tersebut.

Tidak harus ada sesiapa cuba mengkhianati konsensus itu kerana sebarang pengkhianatan bermakna khianat kepada PH dan pilihan pengundi dalam PRU14 lalu.

Bagaimanapun, kiranya ada keperluan untuk Tun Mahathir mahu memanjangkan tempoh khidmatnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya merujuk kembali kepada PH berhubung keinginannya itu.

Adalah tidak beretika, bersikap khianat dan membelakangkan PH jika Tun Mahathir cuba mendapat sokongan Pas, UMNO dan GPS semata-mata untuk membolehkannya menjadi Perdana Menteri dengan lebih lama atau sehingga habis penggal.

Lebih tidak beretika dan suatu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kalau sokongan yang dikehendaki daripada Pas, UMNO dan GPS itu bertujuan agar Tun Mahathir dapat memungkiri janji penyerahan kuasa kepada Anwar sebagaimana yang telah dijanjikan serta merupakan konsensus PH.

Maka itu, selain mesti beretika, Tun Mahathir juga harus jujur kepada PH sebagaimana PH sentiasa jujur kepadanya dengan tiada masalah mereka menjadikannya Perdana Menteri buat kali kedua.

Itu pun jika Tun Mahathir masih merupakan seorang manusia yang ada hati budi, ingat tentang jasa dan budi orang lain terhadapnya, bukan semata-mata memikirkan tentang diri, kepentingan dan nafsu rakusnya semata-mata. (Shahbudindotcom 01/08/2019)

NI BALA APA PULAK ?

Tiada penerangan foto disediakan.