PANAS! CHEGUBAD KANTOI TABUR FITNAH! Bila GISBH 'guna agama jadi perisai...

Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah sebenarnya mempertahankan individu OKU dan tidak ditahan polis kerana terlibat dalam pergaduhan suatu ketika dahulu, menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid mengulas Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badul Hisham Shaharin yang meninta penjelasan berhubung dakwaan ada laporan polis yang menunjukkan Syed Hussien pernah ditahan kerana terlibat dalam perkelahian. Dia berkata Syed Hussien, 40, tiada rekod jenayah dan tidak dihadapkan ke mahkamah ekoran insiden itu. “Pembangkang telah ketandusan isu maka mereka mencari isu peribadi untuk menghilangkan keyakinan pengundi terhadap Syed Hussien. “Mungkin kerana tiada sambutan untuk calon mereka, maka mereka cuba mengganggu calon kita,” katanya. Syed Hussien Syed Abdullah Terdahulu, Badrul menggesa ibu pejabat polis daerah (IPD) Kluang memberi penjelasan berkenaan dakwaan itu. “Penjelasan sangat penting kerana pengundi perlu tahu kerana seorang yang punya rekod terkait jenayah keganasan tidak layak menjadi wakil rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Badrul juga mendakwa memiliki dokumen siasatan untuk kes itu. “...Namun jika saya dedahkan (dokumen) saya mungkin melakukan kesalahan dedah dokumen sulit kerajaan, kerana dokumen siasatan boleh diklasifikasi sebagai rahsia. Maka kita desak penjelasan,” katanya lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda BN Johor Noor Azleen Ambros turut mempertahankan Syed Hussien. “Kami benar-benar yakin dan memberi seluruh kepercayaan dalam tapisan nama (senarai calon) dan semakan latar belakang, yang dibuat secara terperinci oleh ibu pejabat BN dan Umno. “Tambahan pula, Syed Hussien bukan satu-satunya nama yang dipertimbang kepimpinan tertinggi parti. Jika ada ‘red flag’, ada ramai lagi calon yang boleh dipilih,” katanya kepada Malaysiakini. Syed Hussien berdepan dengan Haizan Jaafar yang mewakili PN, dengan pengundi akan membuat pilihan mereka Sabtu ini. PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Umno, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

FENOMENA.

Ihsan BA

 Semalam pergi ECM. 

Turun eskalator nak menuju ke kereta. Baru lepas pekena Bonanza Sushi King 24-27 September.

Ternampak butik Fazura.

Langsung teringat isu yang tengah hangat berlaku. Kadang kita tak ambil tahu tapi bila dah viral, secara tak langsung kita 'dipaksa' untuk ambil tahu. Begitulah 'algorithm' nya.

Antara yang kompleks dalam hidup adalah perjalanan berumahtangga. Sebab itu ia dikategorikan sebagai satu perjuangan.

Kadang di atas. Kadang di bawah. Kadang tenang. Kadang di landa badai.

Hakikatnya, hanya yang melalui saja yang mengetahui apa yang terjadi.

Kita yang diluar ini? Tiada hak untuk mengulas itu dan ini. Mencari salah siapa. Menuding jari. Mewujudkan persepsi negatif. Menyokong satu pihak, menyalah satu pihak.

Kita doa yang baik-baik je. Supaya Allah tentukan apa yang terbaik.

Kita rasa pada pandangan kita, yang terbaik adalah penyatuan. Namun, di sisi Allah, yang terbaik adalah takdir di sebaliknya.

Redha. Jalani saja kehidupan agar menjadi terbaik di sisiNYA. Apa yang Allah bagi, itulah yang terbaik💪

Buat pemilik jenama ini dan pasangan, serta pasangan di luar sana, semoga ada hikmah atas setiap yang terjadi. Semoga ada penyelesaian yang terbaik.

The most important thing is, whatever happens in life, jangan buat kita lupakan Allah dan jauh dari Allah. 🤲

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim)

KENA MUHONG DENGAN BERITA PALESU OLEH NUSI.

Desa HM

Hoiii walaun Kedah..!

Angpa ingat lagi dak?..

18/7/23... pkl 4.00 ptg... ribu2 pakat mai sambut dia balik, lepas bicara di Mahkamah Selayang.

Angpa sambut dia mcm hero yg kononnya kena aniaya. Dia bagi ucapan berapi2... dia kata, 6 bulan dah KDN dok usaha nak tangkap dia... pang..pang...pang.. 

dia bantai kerajaan...

Ada sebahagian mak cik2 hat mai dari Sik, dari Pdg Terap... pakat teriak dok lap ayaq mata... 

Sedih..  kesian kat dia kena dzolim..

Angpa ingat lagi dak?

Tunggu punya tunggu... esok lusa nak bicara,

Tengok2 dia kata dia 'Kesal'.... dan minta ampun kat Sultan Selangor!

Laaa... 

Habih satu Kedah... sekali lagi kena muhong dgn dia...

🤣🤣🤣🤣🤣🤣

.

.

MELAYU vs CINA

Zulkarnain Abidin. 

Beberapa hari lalu, saya pasang filem penapis haba kereta di sebuah kedai aksesori milik seorang muda Cina di tempat saya.

Balik rumah, saya dapati ada seperti kotoran di bawah filem itu. Melembung. 

Saya sangka kotoran itu di luar filem.Saya pun korek agak kuat sikit. Sekali filem tu terkoyak.

Sudah...! Mahal juga tu. 

Esoknya, saya bawa balik ke kedai yang sama dan saya beritahu perkara yang saya buat.

Budak Cina tu cakap, "Kalau pakcik nampak macam tu, pakcik bawa sini terus. Kita boleh buat balik. Jangan korek".

Saya tanya, "Habis tu, kes saya ni macam mana?"

Dia jawab, "Tak palah pakcik, saya ganti baru macam yang asal punya. Pakcik jangan risau".

Fuuh...lega.

Saya tak tahu nasib saya jika saya berurusan di kedai lain - dengan maksud bukan Cina. 

Dan saya pun, mungkin tak akan berani datang semula ke kedai itu jika bukan Cina.

Sebab, dalam otak saya telah terbina agak lama, perkhidmatan sebegitu di kedai bukan Cina agak mengecewakan. 

Paling kurang, mungkin saya dilayan dengan muka 44. Tapi budak Cina tu layan saya seperti biasa, muka manis.

Jika nak cerita pengalaman berurusan dengan Melayu, boleh buat koleksi cerita bertajuk, "Melayu Tipu Melayu".

DIA JADI POLIH...

 Cinta Nur Jannah

Siapa yang polis sebenarnya ni 🤔