MASAALAH MELAYU DENGAN TONGKAT ISTIMEWA BANGSA MELAYU...

Azhar Ahmad.

APA MASALAH MELAYU:Hadamkan...👇
Masalah melayu ialah tak sedar diri dan suka hasad dengki..

Melayu mula lah diskriminasi dgn hak keistimewaan melayu yang diperluaskan tanpa batas.. Ini ternyata diskriminasi tapi banyak dalil digunakan menghalalkan diskriminasi ni..contoh: bangsa lain masih boleh kaya itu bukan lah kayu pengukur samada diskriminasi wujud ke tidak. 

Kaya tak diorg tu bergantung kepada kemampuan dan keupayaan berniaga.. Attitude dan mentaliti berniaga juga penting.. Kalau seseorang tu asyik diberi keutamaan berdasarkan warna kulit atau kepercayaan, itu Diskriminasi. Baca betul-betul apa maksud diskriminasi sebelum turun membahas....

Yang sedihnya masih ramai melayu bangga dengan tongkat yang diberi. Tongkat ni hanya melalaikan kita sahaja.. Ia bagaikan taboo yang mengatakan kita spesis yang lemah yang tak mampu berdikari.. Kita perlukan tongkat baru kita boleh berdiri, berjalan dan berlari. .Tanpa tongkat kita mcm langsung tak boleh berdiri, berjalan dan berlari.. 

Inilah masalah besar yang menyebabkan kita tiada daya saing dengan bangsa lain dan tidak konfiden..Kita langsung tak berikhtiar untuk  berjaya tanpa sokongan krjaan..Kita tak pikir kenapa bangsa lain boleh kita tak boleh? Yg menyedihkan lagi ialah apabila ada lebai yang bagai memberikan dalil bangsa lain kaya sebab mrk buat perniagaan tak kira halal haram. Ini telah meracuni bangsa kita sehinggakan mentaliti kita lumpuh. 

Tongkat ni bagaikan ganja, ia boleh digunakan sebagai  ubat jika digunakan dengan kuantiti terkawal, kaluz berleluasa ia melalaikan dan menagihkan, bila tertagih kita akan bagi alasan tanpa ganja kita tak boleh bersemangat untuk kerja. Padahal org lain tanpa ganja boleh kerja rajin dan bersemangat.
Renungilah wahai Melayu ku.....


MASIH INGATKAH MUHYIDDIN PADA NASIHAT DAN PENGORBANAN ANWAR



Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke- 7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.

Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.

Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.

Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.

Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Peristiwa Kedua

Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.

Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.

Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.

Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.

Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.

Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.

Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.

Peristiwa Ketiga

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.

Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.

Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.

Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.

Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.

Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.

Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.
Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?

Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain.

Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.

“Bijak berpenchak langkah bertukar
Bijak berakal mengawal diri
Adat berhutang kami membayar
Adat berjanji kami tepati”

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin


USAHA PUJUK AHLI- AHLI KEADILAN KELUAR PARTI, TETAPI KETUA CABANG TIDAK BERANI KELUAR



Tersebar sekarang surat tawaran keluar parti, disebarkan oleh kumpulan kartel yang semakin gelisah kerana semenjak pengkhianat si kitol Azmin dan mak lampir dipecat, beberapa ekor saja yang ikut mereka keluar parti.  

Aku nasihatkan kepada ahli-ahli  Keadilan yang masih ada maruah diri, jangan termakan dengan umpan mereka.  Percayalah, kerajaan pintu belakang sekarang ini tidak akan lama.  Anda akan menyesal nanti jika bertindak sebodoh itu.  Jika mereka pujuk anda keluar parti, anda cabar ketua-ketua  cabang yang kartel itu keluar dulu.  

Jangan jadi bodoh, anda keluar tapi ketua-ketua  cabang dan AJK-AJK cabang kartel masih bertenggek atas parti Keadilan.  Jadilah seorang manusia yang . Jangan jadi robot kepada pemimpin kartel yang pengkhianat.

WFAUZDIN NS

KATA KATA PUJANGGA..


Bersatu kini berpecah dua - Tun Mahathir


Bersatu kini berpecah dua - Tun Mahathir


Current Time 0:12
/
Duration 2:05
Loaded: 0%
Progress: 0%
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kepimpinan parti Bersatu kini berpecah kepada dua kumpulan selepas parti itu mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Jelasnya, sebahagian daripada ahli dan kepimpinan parti terbabit masih menyokongnya, manakala sebahagian lagi berada di pihak yang menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

DUN JOHOR HARUS SEGERA TETAPKAN TARIKH BERSIDANG.




Pagi ini saya bersama rakan-rakan ADUN Pakatan Harapan Johor ke Kota Iskandar untuk menyerah surat permohonan kepada Speaker Dewan Negeri Johor, YB Suhaizan Kayat. 

Berdasarkan perkara 7(1) dan 7(2) Peraturan Dewan Negeri Johor, kami dengan ini memohon kepada Yang Berhormat Speaker agar dapat segera memanggil dan mengadakan Sidang Dewan Negeri Johor bagi menentukan sokongan yang diterima oleh Menteri Besar Johor seperti maksud Fasal 4(6) Undang-Undang Negeri Johor... Lawan tetap lawan.. Lawan sampai menang.


ZAHID HAMIDI SEDANG MENGUJI MUHYIDDIN



Apabila Zahid Hamidi tiba-tiba membuat pengakuan tidak mahu dirinya dipertimbangkan untuk sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan pintu belakang Muhyiddin Yassin, beberapa persoalan timbul daripada pendirian terbarunya itu.
Lebih-lebih lagi pengakuan itu hanya muncul setelah hampir seminggu Muhyiddin mengangkat sumpah dan hampir seminggu jugalah rundingan UMNO dengan Perdana Menteri telah berjalan berhubung pembentukan kabinet kerajaan.
Dengan itu, banyak persoalan atau keraguan timbul daripada kenyataan Zahid Hamidi itu.
Apakah kenyataan Zahid Hamidi itu menunjukkan beliau sudah gagal berunding dengan Muhyiddin untuk mendapatkan jawatan TPM bagi dirinya?
Jika rundingan gagal dan Zahid Hamidi tidak dilantik sebagai TPM, siapakah calon TPM yang akan dilantik oleh Muhyiddin?
Adakah calon lain daripada UMNO seperti Hishammuddin Hussein atau Mohamad Hassan akan dilantik sebagai TPM?
Ataukah Azmin Ali dan mungkin Hadi Awang bakal mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu?
Selain itu, adakah mungkin kenyataan Zahid Hamidi itu suatu “reverse psychology” dan merupakan tekanan halus kepada Muhyiddin untuk tetap memberikannya jawatan dalam kerajaan memandangkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional?
Secara tidak langsung juga, tindakan Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan di saat-saat akhir Muhyiddin mahu membentuk kabinet itu turut merupakan suatu ujian buat Perdana Menteri sama masih menghormati UMNO atau sebaliknya.
Dengan itu, walaupun kenyataan Zahid Hamidi seolah-olah bertujuan memudahkan Muhyiddin menyusun kabinetnya, muslihat di sebaliknya tidak harus diketepikan begitu saja oleh Presiden Bersatu itu.
Ia bukan saja tentang sama ada Zahid Hamidi akan dilantik sebagai TPM atau tidak, tetapi juga berkenaan berapa jawatan menteri akan diperuntukkan kepada UMNO akhirnya.
Dalam itu, berikutan kenyataan Zahid Hamidi tersebut, secara tidak langsung menjadikan Muhyiddin dalam keadaan serba salah, bukan saja untuk melantik TPM, tetapi juga untuk memberikan UMNO jawatan menteri.
Melantik pemimpin lain selain Zahid Hamidi bagi jawatan itu atau memberikan kerusi menteri yang tidak munasabah dengan jumlah 39 Ahli Parlimen yang dimiliknya, ia mungkin akan mengundang tindak balas yang tidak dijangka daripada UMNO sendiri.
Apalagi, jika yang dilantik itu daripada UMNO juga tiada sebarang jawatan dalam hireaki parti atau bukan yang dicadangkan oleh Zahid Hamidi kepada Muhyiddin.
Akhirnya, buat sementara ini atau dalam pengumuman barisan kabinet yang dijangka diumumkan awal minggu depan, tidak mustahil jawatan TPM akan dikosongkan terlebih dahulu, manakala hanya jawatan menteri saja yang akan diisi.
Muhyiddin mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan keadaan kerana kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan parti itu merupakan pemegang blok terbesar Ahli Parlimen, hakikatnya mengenepikannya lebih mengundang masalah buat Muhyiddin yang kedudukannya sebagai Perdana Menteri sendiri bukanlah atas sokongan yang benar-benar stabil daripada pelbagai blok yang menyokongnya. (ShahbudinHusin 08/03/2020)


LEBAI ROSAK NAMA NABI HALAL KUDETA

KERAJAAN PN DIREKA UNTUK LEPASKAN PERASUAH – EZAM

UMNO, PAS TAK SUKA BERSATU, PARLIMEN MUNGKIN BUBAR

FB Azmin Dipenuhi Komen “Pengkhianat” oleh Netizen

HM Daily

Tindakan Azmin yang menjadi dalang kepada usaha penubuhan kerajaan "pintu belakang" sehingga menimbulkan konflik yang masih berlarutan hingga sekarang ternyata membangkit kemarahan  rakyat Malaysia.

Posting-posting di FB page Azmin kini sering dihujani dengan komen-komen negatif yang marah dengan tindakannya dan perkataan "Pengkhianat" mendominasi komen-komen daripada netizen.