PENJELASAN KHALID DAN ANTHONY CEMARKAN DIRINYA



Mohd Sayuti Omar


Khalid to Shahrir: Bro, in a way, I do miss seeing you in ParliamentOffered two smartphones, Anthony Loke says no gifts, please | The Star


Amanah melalui Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan DAP melalui Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke telah mengeluarkan kenyataan bersama sebagai menjelaskan kedudukan apa yang berlaku dalam PH setelah PKR memutuskan menolak Mahathir sebagai perdana menteri.

Menurut kenyataan Khalid dan Anthony, pelan kedua mencadangkan Mahathir sebagai PM dibuat apabila Anwar gagal mendapat nombor untuk bentuk kerajaan. Dakwa mereka Anwar gagal mempengaruhi GPS Sarawak.

Yang sedikit saya berasa pelik kenapa dikenakan syarat itu untuk mengangkat Anwar jadi perdana menteri. Kenapa tidak disepakati agar Anwar terus jadi PM sama ada beliau dapat mencari nombor atau tidak.

Dan apakah Khalid dan Anthony yakin Mahathir pula berjaya mendapatkan nombor? Cara itu tidak praktikal dan ia mendatangkan masalah kepada PH seperti berlaku kini.

Khalid dan Anthony sepatutnya tidak mencari-cari (sokong) pelan kedua apabila pelan pertama itu gagal.  Pelan itu seharusnya tidak perlu pun dibincang.

Kenyataan media mereka juga seperti mahu menyalahkan Anwar kerana tidak mematuhi persetujuan dicapai dalam mesyuarat majlis presiden berkait pelan kedua itu?

Kita memahami kenapa kalau Anwar tidak sedia akur, tentu ia dibantah oleh partinya. Anwar dalam hal ini lebih utamakan partinya daripada mengejar jawatan perdana menteri bersyarat itu.  Beliau mengambil sikap itu kerana tidak sanggup melihat ada lagi kekawan meninggalkannya. Apa yang dilakukan terhadap Anwar cukup memerit dan memilukan.

Kalau Khalid dan Anthony bijaksana beliau sepatutnya mempengaruhi Mahathir agar memberi nombornya kepada Anwar, sebagai balasan dan juga penebusan dosa atas kesalahan Mahathir melepaskan jawatan tempoh hari sehingga meruntuhkan kerajaan PH. Apakah bagi Khalid dan Anthony tidak ada kecacatan kepada Mahathir walaupun beliau telah melakukan kesilapan besar?

Dalam hal ini tindakan Khalid dan Anthony yang cuba menjelaskan keadaan dan mengelak daripada dikritik, adalah SALAH, bahkan penjelasan mereka itu menjadikan wajah politik mereka hodoh.  Perlahan-lahan penghormatan orang kepada mereka sebelum ini terhakis.

C@P

ANTARA PERCAYA KHALID SAMAD DAN TIDAK DSAI KEPADA MAHATHIR.


Idrus.


YB Khalid Samad mungkin percaya kepada Tun. Anwar pun pernah percaya kepada Tun sebelum ini. Bezanya, Khalid Samad terus konsisten percaya kepada Tun. Anwar pula sebaliknya.

Kenapa Anwar tidak percaya kepada Tun lagi? Jangan tanya soalan itu. Kalau mahu tanya, sama seperti kita bertanya YB Khalid Samad mengapa dia tidak lagi yakin dengan Hadi Awang? Dia tentu kata dia bukan baru kenal Hadi. Anwar pun bukan kenal Tun selepas PRU14 je. Terlalu lama Anwar mengenali Tun.

Apa pun, saya rasa akhirnya Anwar akan letak kepentingan rakyat mendahului apa yang dia dan kita risaukan sekarang. Jika ini keputusan yang akan diambil oleh Anwar sebagai membuktikan Keadilan tidak rela pengkhianat terus berkuasa, maka harapan kita untuk melihat PH merampas kembali Putrajaya dengan Anwar sebagai PM bahkan TPM pasti gagal. Kita boleh gunakan lagi "injin lama " itu walaupun entah beberapa kali rosak di tengah lautan.


HANYA 11 YANG KELUAR , BUKAN 8,000 AHLI.

Bekas pemimpin PKR Sabah keluar parti, dakwa 8,000 ahli akan ikut serta

Bekas pengarah tugas-tugas khas PKR Sabah Nani Sakam (tengah) bercakap kepada pemberita di Putatan hari ini.
PUTATAN: Sekumpulan 11 ahli PKR Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan bahagian parti itu mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Kumpulan yang diketuai Nani Sakam, yang juga bekas pengarah tugas-tugas khas PKR Sabah, turut mendakwa 8,000 penyokong masing-masing akan menyertai mereka keluar parti itu
Dalam sidang media ketika mengisytiharkan perkara itu, Nani bersama-sama bekas pemimpin terdiri daripada timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian dan beberapa ahli jawatankuasa bahagian parti itu berkata, mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah yang diketuai Christina Liew.
Menurutnya kumpulan berkenaan belum menentukan hala tuju perjuangan politik selepas ini, tetapi menyokong kerajaan sedia ada.
Pemangku pengarah jentera pilihan raya PKR Sabah Karim Ghani sebelum ini dilaporkan berkata, beribu-ribu ahli parti dan pemimpin akar umbi PKR akan keluar parti bersama-sama mereka dan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua biro disiplin PKR Sabah Sazalye Donol berkata, parti itu tidak mengambil peduli berhubung kenyataan Karim dengan berkata, PKR Sabah semakin berkembang dengan hampir 170,000 ahli sehingga kini.
Keahlian Nani dan beberapa pemimpin lain kini digantung kerana menggugat kepimpinan PKR negeri susulan sidang media yang diadakan tahun lepas.
Dalam pada itu, dalam kenyataan hari ini, ketua penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin menolak dakwaan kumpulan itu dengan berkata, tindakan Nani mengumumkan pengundurannya itu melucukan kerana beliau keluar parti lama sebelum ini.
Razeef berkata, Karim dan Nani keluar PKR tahun lepas.
“Mereka juga pernah mendakwa 75% ahli PKR Sabah akan meninggalkan parti, tetapi kenyataannya hanya 11 berbuat demikian hari ini,” katanya.

KENAPA ANWAR YANG HARUS TERIMA PILIHAN PERTAMA DAN KENAPA PULA AMANAH DAN DAP TIDAK MAHU TERIMANPILIHAN KEDUA?



Zubaidi Sudin

KITA NAMPAK PUAK AMANAH DAN DAP "DESPERATE" BETUL KAH?

#TAK boleh move on lagi? Kami dah agak dah. Depa dok ajak konon kena ada halatuju jelas, Move forward bla bla bla...temberang jer. Bila DSAI dan PKR berlawan arus dengan mereka, mereka tak boleh terima.

Anthony Loke kata tunggu jawapan DSAI..Yes or No? DSAI dan PKR dah kata #NO_WAY..!! Move Forward la apa yang dok desak lagi?

Eh...sape yang desperate ni? Tun M ke DSAI? Atau hangpa? Kami akan terus mintak DSAI jangan berganjak. Apa barang kena ikut kehendak Orang Tua tu? Yang hangpa dok jadi jurucakap dia apahal? BROKER?? 😆😅

Kalau hangpa rasa Tun M cukup angka, jalanlah dulu. Cuba suruh dia buktikan dia ada cukup angka? Ada bran?

SOALAN AKU : 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗛AN𝗚𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗞𝗦𝗔 𝗗𝗦𝗔𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗢𝗣𝗧𝗜𝗢𝗡 𝟬𝟮 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗢𝗣𝗧𝗜𝗢𝗡 𝟬𝟭 𝗛AN𝗚𝗣𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗡𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗞𝗦𝗔 𝗧𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗜𝗘𝗘 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔?

- Zus Din
19 Jun 2020
*************************
Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020

1. Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini. Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa, khususnya mengenai persoalan sama ada menerima atau tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri untuk tempoh 6 bulan dalam usaha mengambil balik kerajaan yang telah dirampas melalui tindakan khianat.

2. Kami menghormati hak Keadilan untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan ini namun kami agak hairan dengan pendirian ini kerana pilihan ini telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2020 di Ibupejabat Keadilan.

3. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

4. Setelah berusaha sedaya upaya atau "exhausting all efforts", kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan *maksima* 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya. Usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

5. Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara.

6. Memandangkan ianya opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen satu gagal mendapat sokongan *yang mencukupi*, adalah diharapkan pihak Keadilan kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu menerima opsyen kedua.

YB Khalid Samad
Pengarah Komunikasi,
Parti AMANAH Negara.

YB Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

#AWANI745 19 Jun 2020

RASMI - PKR Mahu Anwar Ibrahim Calon PM9 -| Krisis PH Plus


KITA DAH BACA KENYATAAN KEDUA PIHAK PKR DAN JUGA AMANAH DAN DAP JOM KITA KAJI SEDIKIT


https://wrlr.blogspot.com/2020/06/kenyataan-media-bersama-dap-dan-amanah.html

https://wrlr.blogspot.com/2020/06/berbanding-ph-mahathir-perlu-lebih.html


PKR- telah menetapkan bahawa DSAI mengepali PH Plus  untuk mendapatkan kembali mandat rakyat.Manakala DAP dan AMANAH mahukan opsyen ke 2 iaitu Mahathir menjadi PM dan DSAI akan menjadi TPM selama 6 bulan dan dengar ceritanya hendakkan setahun.Ok jom kita lihat pandangan yang di tulis oleh Shahbudin diatas...Walau pun berdasarkan video dibawah, ada jalan untuk memaksa Tun melepaskan jawatan bila tiba masanya, namun jika tidak ada pilihan yang ada ialah PKR boleh menarik sokongan dan kerajaan runtuh. 

Jika dilihat logiknya begitulah, tetapi sebenarnya ialah Mahathir tidak mahu Anwar menjadi PM, jika itulah caranya. Mudah sahaja untuk meneliti.

Adakah DSAI mempunyai cukup sokongan Ahli Parlimen? Rasanya beliau mempunyai cukup. dan merujuk kepada cukup atau tidaknya, rasanya hanya Anwar sahaja yang tahu bila dan bagaimana.


PAKATAN HARAPAN BERI JALAN KELUAR SECARA TERHORMAT KEPADA TUN M




Jadi PH elok duduk bincang baik baik dan sembang elok elok. Bukan nya baru kenal dan dahagakan jawatan sangat kot....DSAI pun boleh mengambil tindakan menyokong tetapi beliau tidak akan berada dalam kabinet Mahathir sehingga proses proses penyerahan kuasa berlaku..Tetapi perlu juga diingat bahawa pengesahan sebagai PM akan berhantung pada Agong dan dewan rakyat juga....berliku liku la juga.





Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020




1. Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini. Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa, khususnya mengenai persoalan sama ada menerima atau tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri untuk tempoh 6 bulan dalam usaha mengambil balik kerajaan yang telah dirampas melalui tindakan khianat.

2. Kami menghormati hak Keadilan untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan ini namun kami agak hairan dengan pendirian ini kerana pilihan ini telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2020 di Ibupejabat Keadilan.

3. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

4. Setelah berusaha sedaya upaya atau "exhausting all efforts", kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan *maksima* 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya. Usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

5. Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara.

6. Memandangkan ianya opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen satu gagal mendapat sokongan *yang mencukupi*, adalah diharapkan pihak Keadilan kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu menerima opsyen kedua.

YB Khalid Samad
Pengarah Komunikasi,
Parti AMANAH Negara.

YB Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP



BERAPA BUAH TOWER UNTUK INTERNET BOLEH DIBINA DENGAN DUIT MUSA AMAN?


Rizal Pandak





Saudari Veveonah Masibin, nama seorang gadis yang layak menjadi ikon pelajar pedalaman Sabah. Dalam keadaan serba serbi kekurangan di pedalaman Pitas, Sabah, semangatnya tidak pernah patah dalam mencari ilmu. Menduduki peperiksaan online selaku pelajar Universiti Malaysia Sabah, Saudari Veveonah sanggup memanjat pokok untuk dapatkan liputan rangkaian internet.

Seharusnya membuka mata kita, betapa selama lebih 50tahun kita bersama membentuk sebuah Persekutuan dinamakan Malaysia, Sabah begitu terkebelakang dari segi kemajuan yg telah lama dirasai oleh rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. 

Sebelum kita menuding jari ke seberang sana, baik juga kita refleksi dari situasi semasa Sabah. Bagaimana sejak berpuluh tahun yang lepas kita katakan bahawa hanya dengan tunduk kepada Putrajaya melalui Parti Politik Malaya baru kita dapat membela nasib rakyat Sabah. Tapi selama itu pedalaman Sabah masih tiada air, tiada elektrik, tiada jalanraya yg baik, apa lagi dengan internet 4G.

Pada masa ini dengan kerancakan mantan penyokong BN mempromosikan Bersatu Dan PN di Sabah. Apakah kita masih pertahankan ideologi tersebut, dengan teruskan tradisi membenarkan hasil Sabah disedut ke Putrajaya kemudian mengemis ehsan agar rakyat Sabah terpelihara kebajikannya??

Contoh paling mudah, berapa tower internet boleh dibuat dengan RM 824, 000,000.00 yang sedang dituntut oleh Yayasan Sabah daripada Musa Aman mantan Ketua Menteri Sabah.???



FAKE NEWS


KENYATAAN MEDIA



PKR KEKAL DENGAN KONSESUS PH,TOLAK MAHATHIR CALON PM

19 Jun 2020

KEMBALI KE LANDASAN REFORMASI, GEMBLENG TENAGA UNTUK KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN hari ni.

KEADILAN mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

KEADILAN menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan AMANAH yang secara konsisten menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Permasalahan berbangkit apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

Dalam mesyuarat hari ini, KEADILAN telah membuat keputusan-keputusan berikut:

1. Sekiranya KEADILAN kembali menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, dasar dan program pentadbiran yang dianggotai KEADILAN itu mestilah mengangkat semangat keadilan untuk semua, mempertahan Perlembagaan Persekutuan serta hak dan kuasa Raja-Raja Melayu, membela nasib rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dan memperjuang agenda reformasi serta pembaharuan tata kelola pentadbiran Kerajaan.

2. Kerajaan Persekutuan ini mestilah memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah golongan rakyat miskin bandar dan desa, memperjuangkan nasib peneroka dan pekerja, serta membangun semula negara dalam keadaan tiada mana-mana kumpulan yang tertinggal jauh di belakang. Pentadbiran baharu ini juga mestilah bersifat stabil dan tidak tertakluk kepada pertukaran kepimpinan yang berkali-kali.

3. Keadaan menjadi lebih parah selepas penularan wabak Covid-19 di mana tumpuan harus diberi untuk memulihkan ekonomi negara, menyelamatkan pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan baharu, serta memperjuang nasib pekerja. Kerajaan Persekutuan yang baharu mestilah memberi fokus menyeluruh untuk melaksanakan agenda ini.

4. Keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil dan pandangan rakyat termasuk masyarakat Melayu yang kritis ketika Pakatan Harapan mentadbir mesti diteliti, difahami, dan dijadikan iktibar untuk perbaiki keadaan. Keinsafan ini memerlukan bukan sahaja muhasabah tetapi juga ikhtiar reformasi dalaman yang menyeluruh, untuk sekali lagi memenangi hati rakyat dengan mengutamakan nasib mereka.

5. Beberapa kes mutakhir ini turut menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bila mana mereka yang berkedudukan atau dilihat mempunyai hubungan dengan pemerintah dilepaskan atau dikenakan hukuman ringan, manakala rakyat pula ditekan atau dihukum dengan cukup berat sekali. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu mengatasi persepsi ini agar prinsip keadilan bukan sahaja dilakukan tetapi juga dilihat dilakukan.

6.  KEADILAN yakin isu-isu ini selari dengan aspirasi parti mengangkat prinsip keadilan, memperjuang suara rakyat dan meneruskan agenda reformasi, serta menjadi wadah politik pelbagai kaum yang menghargai sumbangan setiap rakyat dan mengangkat martabat mereka.

7. KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

8. KEADILAN komited untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.

9. Pada masa yang sama KEADILAN akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa.

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN



DSAI CALON PM 9


MESYUARAT SUDAH SELESAI DAN DSAI ADALAH CALON TUNGGAL UNTUK PM9.ITU KEPUTUSAN YANG DICAPAI

KedahLanie: Benarkah ANWAR IBRAHIM dikatakan gila jawatan PERDANA ...


MENILAI NASIB BERSATU DI JOHOR



Johor ialah sebuah negeri yang mencipta keajaibannya yang tersendiri apabila setelah berpuluh tahun dikuasai UMNO, Johor akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya ke-14.

Walaupun Bersatu bukanlah pemenang terbesar kerusi-kerusi DUN yang dipertandingkan, namun Johor telah diserahkan kepada Bersatu untuk dianggap sebagai negeri Bersatu.

Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada Bersatu oleh parti-parti komponen PH yang akhirnya dikhianati oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya kerana pengkhianatan inilah, Bersatu diserah secara percuma kembali kepada UMNO selepas Langkah Sheraton.

Jika disorot kembali, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Bersatu diberi amanah untuk bertanding di 17 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan rata-ratanya untuk berlawan dengan UMNO.

Bersatu berjaya meraih kemenangan dengan 8 kerusi untuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri dengan jumlah 36 kerusi, berbanding 20 untuk gabungan lawan (17 dari UMNO,  1 dari MIC  dan 1 dari PAS).

Sejurus kemudian, 3 lagi ADUN UMNO yang menang di Endau, Johor Lama dan Sedili melompat ke Bersatu, menjadikan kerusi Bersatu 11 sekaligus meningkatkan jumlah kerusi PH menjadi 39, manakala kerusi BN (dan PAS) tinggal 17.

Kerusi yang ditandingi oleh Bersatu di Johor melibatkan 524,413 pengundi. Daripada 524,413 pengundi ini, kita boleh bahagikan komposisi etniknya seperti berikut:

Komposisi etnik Melayu ialah 63%.

Cina ialah 29%

India pula 8%.

Dari jumlah keluar mengundi iaitu seramai 434,473 (bersamaan dengan 82.8%), sokongan undi popular Bersatu berada berada di tahap 49.4% melalui undi yang diraih sebanyak 214,703.

Bersatu berjaya meraih undi sebesar itu kerana sumbangan undi bukan Melayu sebanyak 133,550. Ternyata di Johor, undi bukan Melayu lebih besar berbanding undi Melayu yang hanya sebanyak 81,150.

Kesimpulannya di Johor, tahap sokongan undi Melayu untuk Bersatu berada di tahap 29.6% sahaja.

Kini, sejurus Langkah Sheraton, Tan Sri Muhyiddin telah membawa keluar Bersatu dari PH dan bergabung dengan gabungan tidak berdaftar yang digelar sebagai Perikatan Nasional (PN). Hasilnya, Johor bukan lagi milik Bersatu seperti di dalam PH.

Bukan sekadar Menteri Besar Johor bukan dari Bersatu, malah Bersatu menjadi pasif dan tidak sedominan UMNO. Agak menarik, UMNO yang dahulunya kalah dan ditolak oleh rakyat Johor, kini kembali memerintah Johor dengan pengorbanan besar dari Bersatu yang telah memberikan segalanya kepada UMNO.

Sejarah akan merakamkan peristiwa yang paling ironik ini, dan anehnya ia boleh diterima oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rela hati.

Walau bagaimanapun, cabaran yang terbesar bukanlah di waktu sekarang ini. Jika Bersatu mampu untuk melihat ke hadapan dan berfikir sedikit panjang, cabarannya ialah pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri yang akan belangsung selari dengan PRU15 tersebut. Dalam menuju Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum ke-15, rundingan pembahagian kerusi dengan rakan-rakan dalam ‘PN’ tentunya tidak mudah.

Bersatu yang sangat bermurah hati menggadaikan negeri milik mereka kepada UMNO melalui pakatan tidak berdaftar, tentunya mengharapkan untuk diberi laluan oleh PAS dan UMNO di Johor tanpa diganggu untuk bertanding di sekurang-kurangnya 11 kerusi milik Bersatu kini.

Tanggapan mereka bahawa pertandingan satu lawan satu bertembung dengan PH, Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin akan memperoleh kemenangan mudah.

Namun, ia tidak semudah itu.

Situasinya, dari 11 kerusi Bersatu kini, 3 kerusi daripadanya merupakan kerusi tradisi UMNO. Bersatu juga tewas kepada UMNO di ketiga-tiga kerusi ini pada PRU14. Kalaupun menang atas tiket Bersatu pada PRU15 nanti, kerusi ini pada dasarnya adalah kerusi UMNO.

Dari 8 kerusi asal yang dimenangi Bersatu, paling tidak pun cuma 1 kerusi (iaitu Bukit Kepong) yang agak selamat untuk Bersatu, manakala 7 kerusi lain, tidak akan selamat.

3 dari mereka sudah pasti kalah, terutamanya kerusi Puteri wangsa kerana ianya merupakan Kawasan campur yang mana Bersatu memenanginya adalah kerana pengundi bukan Melayu yang menyokong PH, manakala 4 lagi akan kalah ataupun menang tipis berdasarkan demografi bukan Melayu yang besar, termasuk kerusi Gambir milik Perdana Menteri.

Perlu diingat, sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Bersatu berjaya meraih undi di DUN-DUN yang mereka tandingi pada PRU14 kerana sumbangan undi bukan melayu (133,550) yang lebih besar berbanding undi melayu (81,150). Perlu diulang, tahap sokongan undi melayu untuk Bersatu di Johor berada pada tahap 29.6% sahaja.

Sekiranya Bersatu memilih untuk bersaing sendiri sebagai parti melayu semata mata dan tidak memanafaatkan asas pengundi bukan melayu dan pengundi Melayu bukan UMNO-PAS, segmen pasaran Bersatu cuma seramai 81,150.

Semua sedia maklum, hampir separuh dari undi melayu ini adalah bekas pengundi tradisi UMNO yang mengundi Bersatu pada PRU14 atas faktor menolak korupsi dan rasuah UMNO, begitu juga dengan faktor Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir merupakan faktor penting sehingga ramai pengundi tradisional UMNO di Johor beralih kepada Bersatu atau PH sewaktu itu. Jika dipisahkan undi mereka ini, asas yang ada untuk Bersatu adalah di sekitar 9% undi popular sahaja. Bilangan ini tidak cukup untuk memenangkan Bersatu jika berhadapan tiga penjuru, hatta jika berhadapan dengan PH nanti pun sekiranya Tun tidak lagi bersama dengan Bersatu.

Dengan 9% undi popular, tak sukar untuk membayangkan senario semua calon Bersatu di Johor nanti. Semuanya akan hilang deposit pada PRU15 nanti.

Untuk menghadapi PRU15 nanti juga, Bersatu perlu membawa 11 kerusi ini sebagai bekal berunding berkenaan agihan kerusi sekiranya Bersatu akan bertanding di bawah payung PN yang masih tidak berdaftar.

Persoalannya, jika kerusi sedia ada pun Bersatu cuma mampu menang 1 kerusi, disamping 3 kerusi percuma dari UMNO, bagaimana mungkin Bersatu boleh membuat tuntutan untuk berebut lebih banyak kerusi? Apatah lagi untuk memenangkan kerusi tersebut dan menyumbang kepada koalisi PN.

Jika berterusan bersama PN, Bersatu akan termaktub dalam buku sejarah sebagai sebuah parti satu musim pilihanraya di Johor.

Yang jelas, Bersatu Johor dengan bermurah hati dan redha bahawa mereka tidak akan selamanya kembali dipilih sebagai Menteri Besar Johor. Mereka juga sangat bermurah hati untuk mewakafkan kerusi tersebut selamanya kepada UMNO.

Dan bersama PN juga bermaksud Bersatu rela melukut di tepi gantang dengan menobatkan UMNO selamanya sebagai pemerintah Johor.

Persoalan saya, apakah ini yang dimahukan oleh rakyat ketika mereka mengundi Bersatu dalam PRU 14 yang lalu?

Apakah ini juga harapan hali-ahli Bersatu di Johor ketika mereka meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu pada awal penubuhannya dahulu?

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

Kekallah bersama, seru PKR Sarawak selepas seruan keluar PH


Ketua PKR Sarawak, Larry Sng.
KUCHING: Ketua PKR Sarawak, Larry Sng berkata parti Pakatan Harapan harus bekerjasama demi kepentingan bersama untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dan menyokong parti rakan.
“Sekiranya kita bersendirian, ia akan mematikan sebarang harapan untuk membawa perubahan bermakna ke lanskap politik,” katanya kepada FMT.
Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Abd Razab semalam berkata PKR wajar tinggalkan DAP dan Amanah kerana rakan parti itu lebih suka mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Beliau juga mempersoalkan kenapa mereka “lebih berselera” mengangkat Mahathir daripada presidennya, Anwar Ibrahim.
Syukri berkata mereka mengabaikan bantahan daripada PKR semasa PH berkuasa dengan melantik beberapa pemimpin anti-Anwar ke jawatan Kabinet. Sekarang rakan yang sama mendesak PKR untuk sekali lagi menerima Mahathir sebagai perdana menteri, katanya.
“PKR wajar tinggalkan PH. Serahkan PH kepada Amanah, DAP, dan atuk,” katanya dalam kenyataan yang dibuat atas kapasiti peribadi.
Walaupun kepimpinan PKR peringkat negeri menyokong untuk terus bersama gabungan itu, terdapat pemimpin akar umbi yang tidak bersetuju.
Ketua PKR Batang Lupar, Abang Zulkifli Abang Engkeh ketika dihubungi bersetuju dengan pandangan Syukri.
Katanya, sekiranya DAP dan Amanah berhasrat untuk bekerjasama dengan PKR, mereka patut mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya PH membentuk kerajaan.
“Kita kan ada persetujuan bahawa Anwar akan jadi perdana menteri seterusnya,” katanya, dan menambah Mahathir tidak lagi boleh dipercayai.
PH yang terdiri daripada gabungan PKR, Amanah, dan DAP, disokong Warisan di Sabah dan 4 ahli Parlimen yang menyokong Mahathir, sepatutnya mengumumkan calon perdana menteri gabungan itu pada Selesa.
Pengumuman sebahagian dari kempen untuk kembali membentuk kerajaan menerusi undi tidak percaya.
FMT sebelum ini melaporkan PH bersetuju untuk menamakan Mahathir untuk jawatan tertinggi itu dengan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya dalam satu perjanjian “hitam putih”.
Bagaimanapun, keputusan yang dilaporkan itu tidak mudah diterima penyokong Anwar, yang menuduh Mahathir memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan itu kepada presiden PKR itu semasa pentadbiran 21 bulan PH.

OTAI MASIH BERBISA


EZAM MD NOOR

Malam tadi di GOMBAK.Di Hulu Klang dan Sg Tua.Gembira melihat ramai wajah-wajah pejuang reformasi sejak 1998 hadir bersama.Mereka tidak tergugat malah semangat kembali menerpa.REFORMASI!




PEMUDA AMANAH TOLAK DAKWAAN KHIANATI ANWAR

KERAJAAN BELUM TENTU DAPAT, PH SUDAH BERPERANG?

Penyatuan Anwar-Mahathir satu-satunya harapan Malaysia


Oleh Liew Chin Tong
(Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor)
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah rakan dan sekutu kita. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal. Kita sama-sama telah bekerja keras untuk memujuk keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018. Perpaduan telah menang pada ketika itu.

Namun kita kini berada dalam saat yang begitu sukar dalam perjuangan politik negara. Setiap keputusan akan membawa kesan yang amat besar kepada Malaysia.

Sejak tumbangnya kerajaan hasil rampasan kuasa Langkah Sheraton, pimpinan pusat DAP dengan sabar dan berhati-hati bergerak selangkah demi selangkah bersama rakan-rakan dalam ‘Pakatan Harapan Plus’. 

Dua objektif utama adalah supaya gabungan itu kekal bersama dan mandat rakyat yang telah dicuri oleh para pengkhianat dalam kalangan kita, dengan bantuan Umno dapat dituntut semula.

Mahathir adalah kawan

Mereka yang merancang rampasan kuasa Langkah Sheraton lah yang memaksa Dr Mahathir untuk menerima kerajaan gabungan antara partinya Bersatu dengan barisan Umno-PAS. Beliau menolak dan meletakkan jawatan pada 24 Februari 2020. Beliau enggan bekerjasama dengan orang seperti Najib Razak yang telah didakwa di mahkamah kerana merompak kekayaan negara.

Pada pagi 29 Februari, Pakatan Harapan kembali bersama Dr Mahathir dan menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri. Pada petang hari yang sama, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim; di bangunan Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

Pada 1 Mac, sambil Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, kesemua Ahli Parlimen PH, termasuk Anwar, berhimpun menyokong Dr Mahathir untuk menuntut kembali mandat yang telah dicuri.

Kita memerlukan supaya kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama dalam satu pasukan. Menggambarkan Dr Mahathir sebagai pihak lawan ialah asas yang salah. Musuh sebenarnya ialah Muhyiddin, Najib, Azmin Ali dan sekutu mereka dalam Perikatan Nasional.

Warisan adalah penghubungnya

Cubaan membeli ahli politik oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin di Sabah dengan tujuan menumbangkan kerajaan negeri Sabah pimpinan Warisan turut memberi isyarat siapakah musuh yang sebenarnya.

Jika ada sesiapa dalam PH yang melayan Hamzah – salah seorang perencana Langkah Sheraton – sebagai sekutu berpotensi, individu tersebut sedang melakukan kesilapan yang amat besar.

Shafie Apdal dan parti Warisan adalah penghubung yang memperkukuh usaha kita untuk menuntut semula mandat yang telah dicuri.

DAP, PKR dan Amanah mempunyai sejumlah 91 kerusi di Parlimen. Angka ini tidak mencukupi dalam memerangi gabungan kleptokrat Muhyiddin yang begitu goyah dan tidak memiliki asas moral malah sanggup melakukan segala taktik kotor untuk kekal berkuasa.

Warisan dan kumpulan penyokong Dr Mahathir dalam Bersatu berperanan sebagai “jambatan” menuju 112 kerusi, majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Bersama mereka, 91 kerusi sedia ada ditambah menjadi 109, malah mungkin lebih lagi. Ketika 109 kerusi ini digabungkan dengan kuat, laluan menuntut semula mandat melalui Parlimen adalah lebih kukuh.

Peranan besar Warisan inilah yang mencetuskan kemarahan Hamzah. Saya amat bersyukur kerajaan Sabah pimpinan Warisan tidak sedikit pun goyah, dan kami melahirkan rasa setiakawan yang kuat buat rakan-rakan Warisan dan Pakatan di Sabah.

Kemungkinan pilihan raya mengejut

Cara terbaik untuk menuntut semula mandat yang dicuri ialah mendapatkan semula sokongan Ahli-ahli Parlimen yang meletakkan kepentingan negara melampaui kepentingan peribadi. Pun begitu kita bersedia berdepan sebarang kemungkinan pilihan raya diadakan, terutamanya apabila kita mengetahui bahawa kerajaan hari ini tidak stabil dan berdepan pergolakan dalaman.

Jika berlakunya pilihan raya dalam bulan-bulan mendatang, Pakatan perlu bekerjasama dengan Dr Mahathir, Anwar dan Warisan untuk menewaskan Perikatan Nasional. 

Dalam PRU 2008 dan 2013, Pakatan memenangi 80 daripada 165 kerusi di Semenanjung. Pada 2013 dan 2018, kita menyasarkan 100 kerusi di Semenanjung supaya kita cukup kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan. Dengan sekadar 80 kerusi, kita gagal dalam tahun 2013. Pada tahun 2018, Pakatan akhirnya berjaya memenangi 98 kerusi di Semenanjung.

Muhyiddin dikhabarkan sangat yakin beliau boleh menang dalam PRU. Saya tidak fikir ia begitu mudah. Daripada 165 kerusi di Semenanjung, jika peratus keluar mengundi adalah lebih 80 peratus secara keseluruhan, saya yakin Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 85 kerusi.

Dengan sokongan di Sabah dan Sarawak akibat keresahan mereka terhadap Perikatan, terutamanya peranan PAS dan Umno, saya menjangkakan pertambahan substantif di Borneo. Sabah dan Sarawak adalah penentunya jika terjadi pilihan raya mengejut.

DAP menyokong Anwar

Rakaman audio mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari 2020 yang kini tersebar luas telah membuktikan bahawa pimpinan DAP dan Amanah menjuarai gabungan Mahathir-Anwar berasaskan perjanjian 7 Januari 2018. Ini bermakna Anwar lah yang akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri selepas Mahathir, tiada yang lain.

Pada 25 Februari, DAP dan Amanah memutuskan untuk menyokong Anwar dan mengarahkan kesemua Ahli Parlimen masing-masing untuk menyokong presiden PKR itu ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari.

Sepanjang 20 tahun lalu, DAP dan Amanah (yang ramainya dahulu dalam PAS) telah menyokong Anwar biar apa pun terjadi, dan tidak pernah meninggalkannya.

Perjanjian Anwar-Mahathir pada 2017-18 malah sebenarnya terjadi hasil sokongan penuh DAP dan Amanah, meski dibantah keras oleh Azmin Ali. Pimpinan Pakatan menyedari bahawa hanya jika Mahathir menjadi Perdana Menteri maka Anwar mempunyai ruang untuk kembali ke puncak selepas dipenjarakan, memandangkan kedua-dua Muhyiddin dan Azmin turut teringin mahu jadi PM.

Seperti yang dijelaskan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke semalam, dua pilihan telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei.

Pilihan pertama –  Anwar sebagai PM dan Mukhriz Mahathir timbalannya tidak diterima kerana pilihan ini tidak dapat memberikan capaian 112 kerusi dan lebih lagi.

Pilihan kedua –  Dr Mahathir sebagai PM dan Anwar sebagai timbalannya. 

Selepas beberapa mesyuarat lagi, telah diputuskan bahawa bagi Pilihan kedua, Dr Mahathir  akan menjadi PM selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Kami berpendapat bahawa langkah paling terjamin bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri adalah melalui kerjasama dengan Dr Mahathir dan Warisan. Melalui kombo Dr. Mahathir-Anwar dan dengan sokongan DAP, Amanah, Warisan dan kumpulan penyokong Dr Mahathir dalam Bersatu, Anwar akan menjadi Perdana Menteri enam bulan setelah gabungan besar itu kembali ke tampuk pimpinan.

Sebuah gabungan yang kukuh bersama Anwar, Dr Mahathir, Shafie, PKR, DAP dan Amanah akan mempunyai kualiti dan kekuatan yang mencukupi untuk menuntut kembali mandat yang telah dicuri. Ia juga dapat membina pentadbiran yang berkelangsungan di mana kedua-dua kekuatan Dr. Mahathir dan Anwar akan tetap mendukung gabungan itu walaupun pemimpin mereka bukan Perdana Menteri.

Walaupun berlakunya pilihan raya mengejut, gabungan ‘Pakatan Harapan Plus’ yang berpadu mempunyai kapasiti, kemampuan dan sokongan orang ramai untuk menewaskan gabungan kleptokratik Muhyiddin-Najib.

Dan jangan kita lupa, Hamzah Zainuddin bukanlah kawan mahupun sekutu. Dia sememangnya dari pihak lawan. 



(function() { var d = document, w = window; w

JAWATANKUASA BUKA PARLIMEN...PATUT LA SEMBAB

  MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF Help me to understand this, nak buka parlimen pun nak kena ada jawatankuasa? Semua benda nak ada jawatankuasa, pa...