BERITA NETIZEN -DASYAT PM 10 NI LAJU NAK MAJUKAN NEGARA


 

BERITA NETIZEN- BELUM PERNAH SULTAN BRUNAI PANDU DAN PM MALAYSIA DISEBELAH


 

MACAM MACAM AJEN. VIRAL FITNAH PIMPINAN PENUNGGANG AGAMA .JANGAN PERBODOHKAN ORANG LAIN


 

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan, kata Fahmi

 

Faiz Zainudin
 -


Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata,
 perdana menteri sudah meminta polis mengambil terhadap beberapa
 dakwaan serius dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah mengarahkan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah mengaitkan beliau dengan beberapa dakwaan serius, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Fadzil berkata, ia termasuk tuduhan kononnya Anwar bertindak sebagai ejen Israel.

“Anwar tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap kritikan awam terhadapnya seperti memakai capal (ketika secara rasmi memasuki Pejabat Perdana Menteri).

“Tapi we draw the line (ada had) terhadap elemen-elemen fitnah seperti tuduhan Anwar ejen Israel dan sebagainya… beliau (perdana menteri) telah meminta polis ambil tindakan,” katanya kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, Majlis Presiden PH juga tidak membincangkan mengenai pembentukan Jemaah Menteri namun fokus kepada beberapa isu rakyat termasuk risiko banjir di negara ini susulan musim Timur Laut yang melanda negara.

Selain itu katanya, isu berkaitan kos sara hidup dan kemungkinan berlakunya bencana menjadi antara agenda perbincangan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya percaya pembentukan Jemaah Menteri ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

TANGKAP SEGERA PENGHASUT DAN PENDERHAKA RAJA SEPERTI HADI AWANG, MULAKAN DENGAN LAPORAN POLIS BESAR-BESARAN ( BAGI AKU BIAR JA -KITA BALAS HUJAH DENGAN HUJAH

 

Belum sampai seminggu Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, pelbagai hasutan dan cubaan menggugat kestabilan kerajaan sudah bertebaran di media sosial.

Termasuk berbuat demikian ialah Presiden Pas, Hadi Awang sendiri yang mempertikaikan keabsahan kerajaan dengan membuat kiasan dengan permainan bolasepak.

Menulis di laman media sosialnya, beliau yang sudah tentu kehilangan jawatan duta makan gaji buta ke Timur Tengah berkata, walaupun keputusan sudah ada kemenangan untuk satu pihak, ada mata dan gol, tiba-tiba pengadil menambah masa kecederaan untuk memberi peluang kepada mereka yang jelas kalah supaya boleh menang dengan apa cara sekalipun.

Kenyataan Hadi itu dibuat empat hari selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi PH, Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Meskipun tulisan beliau itu berbentuk kiasan, tetapi adalah jelas dan tidak sukar difahami ia berkaitan perlantikan Perdana Menteri dan merupakan suatu tindakan biadap dan penghinaan kepada Agong.

Hakikatnya, tiada pemenang telah diumumkan dan tiada tambahan masa kecederaan diberikan dalam soal perlantikan Perdana Menteri sebelum pengumuman jawatan itu diserahkan kepada Anwar.

Rezeki jawatan itu tidak jatuh kepada Mahiaddin Md Yasin yang merupakan sekutu Hadi adalah kerana Pengerusi PN itu dengan sombong menolak titah Agong agar dibentuk sebuah kerajaan perpaduan.

Jika Mahiaddin setuju dengan titah cadangan Agong berkaitan kerajaan perpaduan, tidak mustahil peluangnya masih terbuka untuk beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Ia boleh berlaku sama ada disebabkan sokongan yang lebih diperolehinya daripada Ahli-Ahli Parlimen BN, GPS dan GRS berbanding Anwar atau melalui kaedah penggiliran jawatan Perdana Menteri dengan Pengerusi PH itu.

Tetapi, berikutan Mahiaddin begitu sombong dan bongkak menolak titah cadangan Agong itu, maka itulah akhirnya menyebabkan UMNO dan GPS, diikuti GRS memberi sokongan kepada Anwar untuk mengetuai kerajaan perpaduan.

Jadi, di mana asasnya Hadi boleh menulis bahawa pemenangnya sudah ada, ada gol dan mata tetapi kemenangan itu dinafikan kerana Agong menambah masa kecederaan?

Dengan sahih dan tanpa keraguan, tulisan Hadi itu adalah berunsur hasutan, suatu fitnah jahat, menyemarakkan kebencian, menghina dan derhaka kepada Agong.

Beliau harus disiasat dan dihukum atas tindakannya yang biadap itu dan untuk memudahkan proses ke arah itu, mesti ada pihak yang tampil membuat laporan polis terlebih dahulu.

Begitu juga dengan banyak hantaran lain di media sosial yang cuba mengggambarkan seolah-olah dengan adanya DAP dalam kerajaan sekarang ini, maka gerakan menyebarkan agama Kristian akan berkembang dengan seluas-luasnya.

Ini juga adalah fitnah jahat yang jelas cuba menggugat ketenteraman awam kerana di Pulau Pinang, sudah puluhan tahun DAP menerajui kerajaan negeri itu, tiada sedikit pun berlaku sebarang gerakan yang cuba digambarkan itu.

Realitinya, semua gambaran jahat itu adalah hasil jiwa kacau kerana hilang jawatan, hilang gaji dan parti yang disokong gagal menjadi kerajaan.

Namun, berikutan apa yang dilakukan tersebut sudah sampai ke tahap melampau, menggugat ketenteraman awam serta menghina Agong selaku ketua negara, ia tidak harus dibiarkan begitu saja.

Sesuatu mesti dilakukan, kalau boleh mulakan dengan laporan polis secara besar-besaran agar tindakan yang segera dan sesuai dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Kerajaan perpaduan ini tidak harus membiarkan sebarang elemen kebencian, perkauman, sentimen agama menjadi bahan fitnah murahan yang boleh menggugat kestabilan dan akhirnya menyebabkan rakyat terus tidak dapat dibela. – ShahbudinHusin 28/11/2022.



BELAJAR DAN IKTIBAR DARIPADA KEJAYAAN ANWAR

 

Tidak ada mana-mana Perdana Menteri yang sampai ke jawatan itu sebelum ini pernah melalui laluan sesukar seperti Anwar Ibrahim.

Dipecat pada 1998 ketika hanya setapak lagi untuk melangkah duduk di kerusi Perdana Menteri, kemudian berjuang melalui parti baru selama 24 tahun tanpa henti dengan pengalaman dipenjara, difitnah, diaibkan, dipukul setengah mati, dikhianati, dimungkiri janji dan diejek dengan gelaran PM tepi – apa yang dilalui Anwar bukan calang-calang orang mampu menghadapinya.

Seorang veteran UMNO, hampir 10 tahun dulu pernah berkata, jika dirinya melalui cabaran seperti Anwar itu, sudah lama beliau memilih jalan bersara.

Hari ini, dengan dikira lengkap semua pengalaman manis, pahit, sedih dan duka telah dilaluinya, Anwar akhirnya berjaya juga menduduki kerusi Perdana Menteri.

Apa yang kita boleh belajar daripada pencapaian Anwar sekarang ini?

Video Player
00:00
01:18

Sekurang-kurangnya ada tiga sifat yang dimiliki Anwar yang mendorong kepada kejayaannya menjadi Perdana Menteri.

Pertama, cekal dalam usaha dan terus berusaha tanpa henti dan tanpa kenal erti penat.

Kedua, sabar dan tidak mudah mengalah, meski banyak kegagalan menghambatnya di pertengahan jalan.

Ketiga, pemaaf dan tidak berdendam dengan sesiapa saja yang pernah melukakannya.

Sementara kecekalannya berusaha itu memang dikagumi kawan serta lawan, sebaliknya sifat sabar dan pemaaf beliau yang luar biasa dan tidak berdendam itu kadangkala merimaskan sahabat-sahabat yang dekat dengannya.

Usaha beliau berkempen dan menjelajah dari satu negeri ke satu negeri dengan enam hingga tujuh prpgram setiap hari dalam fasa kempen PRU15 baru-baru serta dalam usianya sudah mencecah 75 tahun sekarang ini, harus diakui bahawa bukan sebarangan orang ada tenaga dan upaya melakukannya.

Berusaha seolah-olah tiada rasa penat itu, kita yang melihatnya ke sana sini saja pun kadangkala sudah penat dibuatnya.

Ketika diserang dan dikhianati, terutama oleh rakan parti sendiri, kerapkali Anwar hanya memilih untuk bersabar daripada membalas balik pengkhianatan tersebut.

Kesabaran luar biasa yang dimilikinya itu sehingga diungkapkan sebagai “sabar tahap dewa”.

Dalam hal pemaaf pula, tidak sedikit di antara mereka yang dekat dengannya mengeluh dengan sifat Anwar itu lantaran mereka melihat banyak musuh boleh dengan mudah berbaik semula dengannya.

Ketika menerima baik musuh yang ingin datang berbaik dengannya, Anwar kadangkala lamgsung tidak memperlihatkan beliau pernah disakiti oleh mereka.

Sebenarnya, mereka yang bimbang dengan sidatnya yang terlalu pemaaf itu adalah semata-mata tidak mahu beliau ditikam buat kali kedua oleh orang yang sama, bukan kerana ada perasaan-perasaan yang lain seperti dengki dan sebagainya.

Dari segi kesetiaan dan mengekalkan hubungan dengan sahabat-sahabat lama, Anwar memang tidak pernah meminggirkan mereka, cuma sifatnya yang terlalu mudah berbaik dengan musuh itu kadangkala menimbulkan kebimbangan kepada laluan cita-citanya mungkin sentiasa terhalang.

Sekarang ini dengan Anwar akhirnya berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri ke-10, sesuai dengan tarikh lahirnya pada 10 Ogos, selain dengan izin Tuhan, cekal berusaha, sabar dan pemaaf itulah yang diyakini merupakan antara yang memudahkan laluannya.

Berusaha dan terus berusaha memang merupakan tangga kejayaan, sementara jika disertai sama sifat sabar serta pemaaf, ia bererti pertolongan Tuhan sentiasa tidak jauh daripada cita-cita yang ingin dikejar itu. – ShahbudinHusin 28/11/2022.



Banyak geng PN/ PAS guna UEC sebagai modal perkauman.




 UEC


Banyak geng PN/ PAS guna UEC sebagai modal perkauman. 


Mari kita tengok fakta yang ada. 


Ketika PH memerintah 22 bulan, bukan saja UEC tidak diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA, malah masuk Maktab Perguruan pun tidak boleh guna UEC. Itu keputusan Jemaah Menteri. 


Ini menyebabkan DAP dibantai oleh Gerakan dan MCA. DAP terciduk. Walhal benda tu masuk dalam manifesto. 


Parti Gerakan juga cukup gembira bilamana UEC diiktiraf di Sabah. Siap puji melambung. Tahun 2019, Parti Gerakan siap sound Menteri Maszlee Malik kenapa nak tunda pengiktirafan UEC. 


Sekarang parti Gerakan dah duduk sekolam dengan PN/ PAS. Tapi bab ni mereka senyapkan. 


Zaman PN jadi Menteri Pendidikan, tahun 2020 mereka pun iktiraf UEC untuk masuk buat program perguruan. Itu takde pulak nak diberitahu. Saya kepilkan bukti kenyataan Kementerian Pendidikan tahun 2020 masa Menteri Radzi Jiddin berkuasa. 


Peliknya, zaman DAP dalam Kerajaan, UEC tak diiktiraf bukan saja untuk kemasukkan IPTA, nak jadi cikgu pun tak boleh. Zaman PN/PAS dibolehkan pula. Pastu dok canang benda ni jadi retorik politik kaum dan agama. 


Tu sebab kalau propaganda kaum ni, kita kena hati2 betul. Mereka menangguk di air keroh. 


Pada saya, kalau pun nak iktiraf UEC, ketatkan syaratnya. Jangan bagi begitu saja la. Kita hanya ada satu Dasar Pendidikan Negara. Boleh masukkan syarat ketat kena dapat kredit dalam Kertas SPM Bahasa Melayu dan Sejarah serta kena hadir kursus Kenegaraan sebulan. 


Kalau tak sampai sudah tak settle. Kutu2 ni pulak buat modal politik nak berkuasa. Bila mereka naik, 2x5. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



Sultan Brunei pandu sendiri kereta bawa Anwar ke Seri Perdana


Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkenan memandu sendiri kereta sambil membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Seri Perdana, Putrajaya, sempena lawatan khas baginda ke Malaysia, pada Isnin.

TAWARAN PAKATAN HARAPAN- ADA KA DIA LETAK UAC TU? NGOK BETOI




 

AUN-AUN - PIIIISSSHHHAAANGGGG- MAKCIH MAIL SABRI KERAN BAGI DUIT KAT KAMI- NAK JADI CIKGU MANDERIN KAH ? JOM AMBIK UEC






 

KEH..KEH...AYAT NI TUJU KAT SAPA- RASA AKU TUJU KAT HADI AWANG SEBAB DIA DOK RASA TAK POOOOIHH HATI KE ANWAR- ATAU KE YDPA ?


 

ORDER KERETA BARU . TAPI PM TAK PAKAI

 


AHMAD SHAHRIL


PM 9 siap order keta baru dah utk PM 10..tapi sayangnya PM9 tak jdi PM 10 dan PM 10 tolak dari menerima kereta tersebut.





PM-10 | Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Anwar

28 NOVEMBER 2022 – BERITA TGH HARI – PERDANA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN S...

PENGIKTIRAFAN DARI SULTAN BRUNEI : Sultan Brunei pandu kereta bawa Anwar ke Seri Perdana

 

Sultan Brunei pandu kereta bawa Anwar ke Seri Perdana



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, hari ini. (Gambar Bernama)

SUBANG: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Seri Perdana, Putrajaya sempena lawatan khas baginda ke Malaysia, hari ini.

Sebelum kedua-dua pemimpin itu memulakan perjalanan pada 11.45 pagi, Anwar yang duduk bersebelahan Sultan Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media.

Turut berkenan menaiki kereta jenis BMW tersebut adalah anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Perjalanan kedua-dua pemimpin itu ke Putrajaya dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, di sini yang jaraknya kira-kira 41 kilometer, diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.

Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.

Sejurus tiba, baginda diberikan tabik hormat oleh perbarisan daripada Tentera Darat Malaysia yang diketuai Mejar Mohd Faudzi Che Hashim. Turut hadir menyambut keberangkatan tiba baginda ialah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Keberangkatan baginda ke Malaysia bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 Nov lalu.

Perdana menteri juga akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah serta Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan delegasi Brunei dalam satu majlis santapan tengah hari ini.

Menurut Wisma Putra dalam kenyataan, lawatan terakhir baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.

Malaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama rakyat.

Bertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan itu untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pada 2021, Brunei ialah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam Asean dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.03 bilion (USD1.94 bilion).


KEMANA DIBELANJAKAN 600 BILLION


 

LEBAI NI DAKWA KENA SOKONG DSAI


 

LOKMAN KATA ADA YANG SEDANG PANTAU.MUNGKIN H20


 

SILAPNYA IALAH TIDAK MAHU IKUT SARANAN YDPA


 

DSAI MENERIMA PANGGILAN DARI MANTAN PERDANA MENTERI PALESTINE


 

PIIISSSHAANNGGHHH


 

SIAPA PERTIKAI KERAJAAN YANG DILANTIK SERUPA KERA DAN TUPAI. BUKAN AKU KATA TAPI HADI YANG KATA


 

BERJUANG UNTUK AGAMA ATAU JAWATAN YANG DIUTAMA.

 

Kenyataan ‘pasukan kalah dapat masa tambahan’, Hadi perlu ‘move on’.




Hantaran Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Twitter ditafsirkan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum lalu.

PETALING JAYA: Abdul Hadi Awang patut “move on” selepas tidak dapat menubuhkan kerajaan, kata penganalisis politik, apabila presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan mengenai pengadil bola sepak yang memberikan masa tambahan untuk pasukan kalah walaupun permainan sudah tamat.

Dalam hantaran di Twitter, Hadi menggunakan anologi bola sepak mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil tiba-tiba memberi masa tambahan bagi memberi peluang pasukan yang kalah untuk menang dengan apa cara sekalipun.

Hantaran itu yang dipetik daripada kolum ditulisnya di Harakah, ditafsir sebagai merujuk kepada penubuhan kerajaan perpaduan dan mencetuskan kecaman pengguna di Twitter.

Seorang pengguna Twitter yang berang berkata “Pasukan lain ada 82 kerusi dan kamu ada 73 kerusi. Bagaimana kamu yang menang?,”.

Pada PRU15 19 Nov lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 73 kerusi.

Bagaimanapun, seorang pengguna berkata, komen Hadi itu mungkin mengenai pilihan raya negeri Pahang di mana PN memenangi 17 kerusi DUN berbanding PH (16) dan Barisan Nasional (8).

Terdahulu, Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dilantik sebagai menteri besar selepas PH dan BN bersetuju membentuk kerajaan gabungan.

Penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berpendapat Hadi merujuk kepada 10 Ahli Parlimen BN yang menarik balik sokongan kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin selepas BN memutuskan untuk menjadi pembangkang.

BN kemudian membentuk kerajaan perpaduan dengan PH selepas dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Namun, ramai berpendapat komen Hadi itu merujuk kepada pembentukan kerajaan perpaduan oleh Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri oleh Agong, Khamis lalu.

Penganalisis sosiopolitik, Awang Azman Pawi, berkata Hadi dan sekutunya perlu “move on” dan tidak dilihat mempersoalkan “pengadil” yang ditafsirkan merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja.

“Sikap Hadi menunjukkan presiden PAS dan sekutunya laparkan kuasa dan mahu memegang jawatan penting dalam Jemaah Menteri.

“Tindakan Hadi hanya menyebabkan kemarahan rakyat, yang mahu bergerak ke depan dan memfokuskan isu ekonomi rakyat berbanding bercakap mengenai keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu kerana “keputusan sudah dibuat (melantik Anwar) oleh Yang di-Pertuan Agong,”.

“PN dan PAS patut menerima hakikat bahawa kerajaan diterajui PH mempunyai majoriti. Sekiranya masih tidak berpuas hati, beliau boleh menunggu hingga 19 Dis ini apabila usul percaya dibuat di Dewan Rakyat dan ini akan menyelesaikan sama sekali pertikaian tersebut,” katanya.

Hantaran Hadi di Twitter mendapat 1,500 komen setakat 10 malam tadi, lima jam selepas ia disiarkan.

“Tambahan masa antara peraturan ditetapkan oleh FIFA, tetapi adakah kamu bercakap mengenai bola sepak,” kata pengguna Twitter @anas4fifi.

“Saya harap kamu betul-betul bercakap mengenai bola sepak,” kata seorang lagi pengguna Twitter @hariridin.

Seorang lagi pengguna, @xennials2 pula membangkitkan persoalan: “Satu pasukan ada 82 kerusi dan pasukan kamu (Hadi) ada 73 kerusi. Bagaimana kamu boleh menang?,” soalnya.


Pengadil, tiang gol, kera dan tupai…

 


Saya harap tulisan ini tidak menjadikan saya DAP. Penulis amat meluat dan loya tekak melihat kenyataan sinis Haji Hadi mengenai “Adilkah Pengadil Piala Dunia alih tiang gol bagi yang kalah”. Kalau dulu beliau mengKERAkan dan menTUPAIkan kepada sesiapa yang mengkritik kerajaan PN.

Hakikatnya yang melompat-melompat seperti KERA untuk menjadi kerajaan adalah yang berada didalam PN, dan menebuk-nebuk seperti tupai juga adalah mereka juga. Menepuk air didulang terpercik dimuka sendiri.

Mari kita analisis. Adil kah sekiranya sebelum pertandingan belum bermula, pemain-pemain di pihak lawan yang lebih gagah yang cukup komposisinya di BELI dan dimasukkan kedalam pasukannya yang tidak cukup bilangan? Hingga menyebabkan mereka cukup bilangan pemain diisytihar tiba-tiba kononnya tidak boleh masuk padang kerana tiada pemain dan lalu diisytihar pula kalah!

Dari mana pula dapat angka 115 itu, sedangkan kapten disebelah sana pun terpinga-pinga kehilangan pemainnya. Haji Hadi.. Haji Hadi.. Ini bukan isu tiang gol, isunya kamu mencuri pemain atau mungkin membeli pemain!

Keduanya, belum pun wisel ditiup oleh pengadil untuk memulakan pertandingan, tiba-tiba, sekonyong-koyong pasukan anda sendiri mengisytiharkan menang! Pemain cukup, tapi sebelum pun kiraan gol dibuat oleh pengadil, anda pula mengistiharkan menang. Sebelum pun Seri Paduka Baginda YDA menjalankan proses yang mengikut perlembagaan, anda sudah mengisytiharkan menang. Tidak pernah berlaku dalam perlawanan piala dunia begitu. Anda bermain, anda pengadil pula dan anda juga yang meniupkan wisel, anda juga menukarkan perisytiharanan dipapan tanda bahawa anda menang. Ajaib.

Negara mempunyai proses mengikut perlembagaan. Undang-uandang juga tidak mengizinkan anda mencuri pemain, jika ia tanpa keizinan kapten. Anda tidak dibenarkan meniup wisel bagi pihak pengadil (referee). Biar pengadil memula dan mengakhirkan permainan. Kalau anda membeli pemain dengan habuan maka itu rasuah namanya. Tiada siapa yang mengalihkan tiang gol, melainkan ada sendiri.

Jika anda terus-terusan mempersoal kuasa SPB Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, itu derhaka namanya. Berhentilah membuat ulasan dan demi ulasan yang tidak cerdik. Berhentilah membinatangkan orang lain (Kera atau Tupai), nanti kita yang akan kelihatan tidak cerdik dan semakin tidak cerdik. Cerminlah diri, takut-takut diri sendiri yang berwajah kera. Cermin-cerminlah wajah, bimbangnya kitalah tupai yang menebuk buah itu.

Datuk Seri Anwar selaku Perdana Menteri ke 10 dengan jiwa besar telah menawarkan “olive branch” kepada anda untuk membina perpaduan, seperti yang juga dititah oleh SPB Yang DiPertaun Agong. Anda memilih disebaliknya. Jika anda tidak faham makna “olive Branch” sila buka kamus.


Penulis merupakan Fellow Islamic Academy of Sciences, Jordan. Walaubagaimana tulisan ini bukan menggambarkan pendirian akademi, ia merupakan pandangan penulis.


LANGKAH BERJIMAT CERMAT BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI

 



LANGKAH BERJIMAT CERMAT BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI!

Mercedez S600 ini dibeli oleh kerajaan untuk PM10 sebelum Anwar dilantik. Hari ini Anwar mengeluarkan kenyataan tidak mahu menggunakannya, sebaliknya menggunakan kenderaan sedia ada. "Jangan beli apa2 kerana saya," kata Anwar,

PPIM GESA SIASAT KES 600 BILLION BELI VAKSIN- MOHON PM 10 RESPON KES INI


 

MUHYIDDIN BODOH


 

ADAKAH ISMAIL SABRI TANDATANGAN SURAT AKUAN BERSUMPAH. PERSOALAN DIHUJANI OLEH KERAGUAN.


 

KETOKOHAN ANWAR YANG HARUS DIKETAHUI OLEH GENERASI MUDA


 

BAGAIMANA KERAJAAN INI BOLEH DIJATUHKAN?

 

Berhati hati dalam kegembiraan..


NORMAN RADZUAN


BAGAIMANA KERAJAAN INI BOLEH DIJATUHKAN?

 

Saya ditanya bagaimana ‘mereka’ boleh jatuhkan Anwar. Mengapa saya terpaksa ingatkan berkali kali mengenainya?

 

Saya masih ingat apa yg terjadi di Perak 14 tahun dahulu. Oleh kerana keluarga saya dari kalangan UMNO , saya telah mendengar 3 bulan sebelum kerajaan Perak dijatuhkan.

 

Saya cuba bertemu Ds Nizar tetapi org dikeliling menganggap saya mahu ‘projek’. Saya sangat berkecil hati sikap orang sekeliling Nizar ketika itu. Akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Nizar menjadi MB paling singkat di Perak.

 

Persoalannya bagaimana kerajaan perpaduan ini boleh dijatuhkan?

 

Pertama mereka akan jatuhkan Zahid dalam tempoh 5 bulan dari sekarang iaitu tarikh akhir pemilihan UMNO. Hanya dengan menjatuhkan Zahid sahaja satu-satu jalan untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan ini.

 

Sekadar ramalan, jika Zahid gagal pertahankan kerusi Presiden mereka akan angkat Hisham atau Ismail sebagai Presiden. Lalu dengan rasmi BN secara en bloc akn menarik sokongan kepada kerajaan campuran ini.

 

Anwar mempunyai kelebihan sebagai PM. Malah Anwar disenangi oleh semua kaum kerana pendekatan moderate dlam berpolitik. Kelebihan Anwar beliau sangat disenangi oleh rakyat Sarawak dan Sabah.

 

Pun begitu ia tidak cukup untuk jumlah kerusi andaikata GPS, Warisan dan Bebas setia bersama Anwar. Jadi sebab itulah seperti saya katakan semalam kes LCS, pembelian vaksin, salah guna dana rakyat bernilai RM 580 billion mesti disegerakan. 

 

Saya bukan niat untuk menakut nakutkan di kala kita dalam kegembiraan. Tapi saya lebih takut jika ia jatuh sekali lagi. Kita baru menangis kegembiraan jangan beberapa bulan lagi kita menangis kerana kesedihan.

 

Anwar baru diumumkan sebagai PM saham dan ringgit meningkat. Ucapan tahniah dari pemimpin serata dunia. Anwar menunjukkan contoh bagaimana beliau sanggup tidak bergaji dan tidak mahu pejabat PM diubahsuai untuk menjimatkan kos perbelanjaan. 

 

Sanggup bekerja hari Ahad untuuk membincangkan kos sara hidup. Tapi rakyat yang sudah termakan dakyah perkauman ini tidak akan melihat seribu kebaikkan itu….

 

Sekali lagi saya ingatkan berhati hatilah… mereka tidak pernah diam walaupun sehari.

 

 

(function() { var d = document, w = window; w

KENAPA ZAHIDI, KJ DAN H2O- ADALAH GOLONGAN KLUSTER MENTERI YANG BERSETUJU MENGAMBIL JAWATAN...