TAK SESUAI PRN DI MELAKA, BERI LALUAN IDRIS JADI KETUA MENTERI (ADAKAH IDRIS PATUT DILANTIK-ATAU ADLY ZAHARI YANG PATUT DILANTIK KEMBALI KERANA MAJORITINYA PH)


 Secara prinsipnya kerajaan negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali sudah pun tumbang berikutan penarikan sokongan 4 Adunnya hari ini.

Adun yang mengumumkan menarik sokongan itu adalah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Selain mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman, mereka juga turut meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Berikutan jumlah Adun di Melaka adalah berjumlah 28 dan kerajaan pimpinan Sulaiman sebelum ini terbentuk melalui sokongan 17 Adun, penarikan sokongan 4 Adun ini bermakna mereka yang bersama kerajaan hanya tinggal 13.

Sebaliknya 4 Adun yang menarik sokongan itu yang disokong pula oleh 11 Adun PH, lalu menjadikan mereka adalah kelompok majoriti iaitu seramai 15 Adun.

Sulaiman dengan kedudukan ini tiada alasan lain lagi melainkan harus meletakkan jawatan dengan segera.

Serentak dengan itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari bersama 4 Adun berkenaan yang diketuai Idris sedang berusaha menghadap Yang Dipertuan Negeri Melaka, Ali Rustam bagi urusan perlantikan Ketua Menteri baru.

Meski perkembangan terbaru ini tidak berapa disenangi oleh banyak pihak, terutama kerana Adun UMNO sendiri yang bertindak menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO, tetapi inilah realiti politik yang harus diterima dengan hati terbuka.

Jatuh menjatuh dan dijatuhkan adalah lumrah, tambahan lagi UMNO sendiri bersubahat dengan beberapa siri kejatuhan kerajaan sebelum ini.

Sekarang, terimalah pula padahnya dan jangan hanya seronok bila berpeluang menjatuhkan orang saja.

Bukankah hidup ini macam roda, berputar-putar dan sekejap di atas sekejap di bawah?

Mendepani situasi ini, banyak pihak khususnya UMNO segera tampil menyarankan agar pilihanraya negeri atau PRN segera diadakan.

Mereka mengatakan hanya PRN jalan penyelesaian terbaik dan terserahlah kepada rakyat membuat penentuan siapa yang harus jadi kerajaan selepas ini.

Dalam hal ini, jangan kita lupa, ketika kerajaan PH Melaka dijatuhkan sebelum ini, usul mengadakan PRN telah pun diusulkan, tetapi telah ditolak oleh Yang Dipertuan Negeri ketika ini.

Memandangkan situasi sekarang tidak begitu sesuai di mana kes Covid19 hari ini masih lgi agak tinggi iaitu lebih 8,000 kes, mengadakan PRN bukanlah pilihan yang baik.

Dibimbangi jika PRN diadakan di Melaka, kes Covid19 akan meningkat semula sebagaimana selepas PRN Sabah tahun lalu.

Cukuplah sekali kita mempertaruhkan nyawa rakyat dan jangan diulangi buat kali yang kedua.

Dengan demikian, pilihan paling wajar ialah perlantikan Ketua Menteri baru harus dilakukan dengan segera.

Memandangkan gerakan menjatuhkan kerajaan ini bukan dilakukan oleh PH, tetapi oleh Adun UMNO sendiri yang diketuai Idris, adalah wajar beliau disokong sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan baru yang turut ditunjangi oleh 11 Adun PH.

PH, terutamanya Adly harus berjiwa besar dengan memberi laluan kepada Idris menjadi Ketua Menteri sehingga PRU15. – 


ShahbudinHusin 04/10/2021.



JANGAN KITA TERLEKA DARI SEGALANYA


MoU kerajaan dan PH petanda positif pertumbuhan, kestabilan ekonomi  Malaysia - Tengku Zafrul - BERNAMA

Rejim ini perlu dipantau dengan serius serta tidak diberikan ruang untuk membuat sesuatu sewenang-wenangnya



Ramai pengamat media beranggapan bahawa Memorandum Persefahaman di antara kerajaan Malaysia dan Pakatan Harapan sebagai sesuatu yang bersejarah.  

Ada yang lain pula merasakan memorandum ini tiba tepat pada waktunya bagi menghentikan permainan politik dan menyelamatkan negara – selepas melihat kepada percubaan Perikatan Nasional yang tidak efektif bagi menyelamatkan negara dari kegawatan ekonomi serta kesihatan awam.

Mereka yang mendukung serta tok dalang di sebalik perjanjian ini merasakan ianya sesuatu yang menguntungkan semua orang, sekaligus menampakkan kematangan serta profesionalisme ahli politik Malaysia dari semua pihak.

Dan begitulah memorandum yang ditanggapi sebagai ‘bersejarah’ ini ditandatangan pada 13 September oleh kedua-dua pakatan politik yang berseberangan ini.

Tok dalang yang mengumumkan diri mereka sebagai ‘oportunis yang berprinsip’ merasakan ia satu kemenangan serta tindakan yang masuk akal dan kena pada waktunya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Ia seakan menggambarkan kepada mereka bagaimana raksasa berbentuk Perikatan Nasional/Barisan Nasional yang liar itu dapat dijinakkan, di mana, pada anggapan mereka, sudah dapat dilemahkan akibat perseteruan dalaman serta wujudnya kelompok di antara mereka yang mempunyai tujuan masing-masing.

Kini, selain dari memorandum atau ‘perjanjian-keyakinan-dan-pembekalan’ yang menyaksikan bagaimana kedua-dua belah pihak berlembut antara satu sama lain, kita juga mendengar bagaimana Ismail Sabri turut mengisytiharkan bahawa beliau mahu melayan kita semua sebagai sebuah ‘Keluarga Malaysia’.

Di atas kertas di mana semuanya berlaku cukup samar, semuanya tampak baik dengan wujudnya usaha bersama yang bakal menyaksikan permasalahan ekonomi dan kesihatan awam di Malaysia dapat diuruskan, dan dengan izin Tuhan, diselesaikan.

Itu sebulan yang lalu.

Kita menghargai roda reformasi – yang mula berputar – walau agak perlahan dalam melihat kepada berdekad kepincangan institusi dan prosedur serta keengganan banyak pihak yang enggan menuntut perubahan.

READ MORE:  Confidence-and-supply agreement on reforms vital for a more meaningful independence

 

Apatah lagi, memorandum ini dirangka dalam keadaan terdesak, yang cukup dirasakan rejim PN, yang digegarkan dengan skandal serta ketidakmampuan untuk berpaut pada kuasa dengan majoriti parlimen yang tipis.

Perkembangan yang lebih menggusarkan turut berlaku, di mana terlalu sedikit komen yang membina serta tekanan yang dijangkakan tidak dilakukan oleh perwakilan kita di Parlimen. Pembungkaman suara yang sebeginilah patut diambil kisah oleh kita rakyat Malaysia.

Misalannya, baru-baru ini Ahli Parlimen Umno Ahmad Maslan yang dilepaskan dari mahkamah. Maslan dibebaskan dari dakwaan penyelewangan duit yang sudah pun dijadualkan perbicaraannya, kerana pihak pendakwaan menarik balik kes selepas beliau bersetuju untuk membayar ‘kompaun’ dengan nilai yang lebih rendah dari jumlah yang beliau didakwa menyelewengkan.

Kes Maslan bukanlah sesuatu yang luar biasa, pastinya. Rakyat Malaysia sudah pun menyaksikan satu-persatu ahli politik serta keluarga mereka yang didakwa dilepaskan dari mahkamah, bebas dari denda, dan sepertinya, menerima imbuhan pula dari tingkahlaku mereka yang patut dikecam ini.

Apa yang lebih hina adalah apabila mereka didenda (sekaligus menunjukkan bahawa mereka bersalah, kan?) dengan bayaran yang lebih rendah dari jumlah yang mereka didakwa seleweng atau curi.

Ia menjadi sebuah perkara biasa di bawah regim ini sehinggakan tiada orang yang mahu mengutuk atau mencabar keputusan ini, yang seringkali dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara.

Kes-kes ini seringkali dipandang ringan, khususnya melibatkan ‘kluster mahkamah’ yang seakan-akan tiada berlaku apa-apa balasan kepada mereka sekaligus membuatkan rakyat Malaysia menyoal adakah keadilan benar ditegakkan di dalam sistem perundangan Malaysia – adakah keadilan itu benar buta sifatnya.

Saatnya rakyat marhaen di Malaysia menggeleng kepala dalam kekecewaan mereka, perwakilan mereka seakan perlahan untuk merespon atau lebih buruk, terus senyap.

READ MORE:  An academy to train lawmakers about good manners?

 

Dan apabila mereka merespon, seperti majlis presiden PH lakukan pada 2 Oktober lalu, responnya terlalu lembut, dengan meminta penjelasan dari Peguam Negara dengan nada penuh sopan berbanding menuntut penjelasan yang terang.

Sekaligus membuatkan kita terfikir, adakah ini isi memorandum ‘perjanjian baru’? Di mana undang-undang yang dilanggar secara semberono hanya diberi pertanyaan cukup sopan?

Menjadi profesional atau matang – barangkali perwakilan kita perlu diingatkan – bukannya bermaksud suara mereka dibungkam, atau lagi teruk, dimandulkan.

Jika wujudnya tindakan, yang keputusannya cukup semberono dilakukan, ia perlulah dikutuk dan sebuah penjelasan – bahkan barangkali ia perlu difikirkan semula – wajib dituntut.

Kesopanan dan kesusilaan ada ruangnya sendiri – serta keterhadannya.

Berlembut dengan sebuah rejim yang – dari mula Langkah Sheraton sehinggalah pada penggantungan Parlimen serta pengisytiharan darurat – tidak dapat menyelesaikan nasib serta kesengsaraan rakyat Malaysia, barangkali bukanlah sebuah keputusan bijak.

Namun begitu, kita – dan khususnya, pembangkang – janganlah terus berburuk sangka dan lepas tangan.

Kita perlu terus cakna dan menentang secara terbuka dan jelas, saatnya pembangkangan diperlukan. Rejim yang ada hari ini tidak akan menukar dirinya dalam sekelip mata.

Pencabulan semangat perundangan, mengambil ringan akan tatasusila hukum – semua ini wajib dipersoalkan, dikritik dan, jika perlu, dikutuk tanpa ampun.

Ini perlu dilakukan saatnya ketika rejim bercakap soal ‘Keluarga Malaysia’, namun, pada waktu sama, turut mengancam kehidupan para penghantar barang dengan tuntutan agar dijalankan dasar pemilikan bumiputera sebanyak 51% terhadap beberapa syarikat pada hujung tahun nanti.

Jelas yang regim ini masih tidak mempunyai hati nurani – regim ini perlu dipantau dengan serius serta tidak diberikan ruang untuk membuat sewenang-wenangnya, walaupun mereka turut melibatkan ahli Parlimen pembangkang dalam penerimaan ‘peruntukan istimewa’ bagi kawasan Parlimen untuk empat bulan yang terakhir tahun ini.

READ MORE:  Next prime minister in the hands of MPs

 

Apatah lagi, kita tidak mahu dari menjadi seorang yang ‘oportunis secara berprinsip’ dan kemudiannya, hanya menjadi oportunis semata-mata.

Rom Nain
Editor bersama, Surat berita Aliran
3 Oktober 2021

NAMPAK MACAM ADA DRAMA SIKIT SITU- SEMPAT LAGI NAK JUAL BELI ...KEH...KEH....

 

Krisis Melaka: TYT dikuarantin, belum terima surat PH mohon jumpa




Mohd Ali Rustam sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 Sept lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19. (Gambar Bernama)

MELAKA: Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat.

Setiausaha Khas Yang Dipertua Negeri Melaka, Nur Azmi Ahmad berkata, buat masa ini, Ali sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 Sept lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

“Setakat ini, tiada surat janji untuk saya persembahkan kepada Ali,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari hari ini dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Ali dalam tempoh terdekat bagi menghantar surat memaklumkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti.

Hari ini, empat ADUN Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman.

Mereka ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

INI KALAU ZAMAN PH DULU- WALAUNCAI KAN KUTUK KAW KAW- PAGI PETANG SIANG MALAM LA...SEKARANG DIAM MEMBISU...SILAKA...PISYANGGGGG.JANGAN KATA TAK ADA...ADA RASIST TERUK.

 

Putera MIC jadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya


Putera MIC, Danesh Raj Nagarajan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) berkuatkuasa hari ini hingga 3 Oktober 2024.

Danesh, 26, merupakan graduan Pusat Kebudayaan UM dan merupakan Ahli Parlimen Belia Malaysia.

“Syukur saya diberi kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

“Varsiti ini dan warganya telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna! Sudah tentu UM dan tradisinya mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya.

“Dengan kudrat yang ada saya akan lakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku,” katanya hari ini dalam hantaran di Facebook.


Dalam satu program anjuran Putera MIC pada 5 Jun tahun lalu, Danesh dilihat menjadi antara ahli panel forum bertajuk, “Cabaran Belia dan Kelestarian Sosio-ekonomi Dalam Norma Baru”.

Pemimpin MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Danesh sebagai Ahli Lembaga Pengarah di universiti di tangga 65 dalam senarai 100 universiti dunia.

“Satu pengiktirafan kepada golongan belia. Syabas!” kata bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu.

Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline di Facebook rasmi Universiti Malaya mendapati rata-rata warga dan alumni universiti tersebut mempersoal apa yang dianggap sebagai lantikan politik itu.

“Semakan daripada Google, MIC, jadi orang politik,” komen Mohd Azlan manakala Herman Azhari pula menulis, “Apa benda lah UM. Orang macam ni jugak yang dilantiknya.”

KENA LAGI LA: Akaun luar pesisir: Saya bukan jenis mahu lari daripada cukai, kata Zahid

 

Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia disiasat atas apa juga kesalahan melibatkan akaun luar negara miliknya di British Virgin Islands

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sedia disiasat berhubung sebarang kesalahan melibatkan akaun luar negara miliknya di British Virgin Islands (BVI).

“Saya tidak mahu mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini, tapi sila siasat bahawa apa yang dikatakan Jelutong itu ketika saya berada dalam sektor korporat.

“Bila saya menjadi CEO kepada sebuah syarikat yang tersenarai dan ketika itu, syarikat yang saya ketuai mempunyai pelaburan di sebuah negara besar dan mempunyai konsesi daripada negara itu dan ada konsesi untuk IPP (pengeluar tenaga bebas).

“Namun, keuntungan tidak dapat dibawa keluar, sebaliknya diminta untuk dilaburkan semula di negara berkenaan. Tentunya sebagai syarikat yang tersenarai, mahu supaya dividen dapat diberikan kepada pemegang saham,” katanya di Dewan Rakyat.

Zahid berkata, syarikat yang didaftarkan itu sebagai mana tersenarai juga sudah ditutup.

“Jadi jangan sangka saya jenis macam YB Jelutong mahu larikan diri daripada cukai,” kata Zahid.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian menjawab pertanyaan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai sebuah syarikat berkait dengannya yang mempunyai akaun di BVI pada 1990-an.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan beberapa ahli keluarganya serta Zahid adalah antara nama yang disebut dalam pendedahan “Pandora Papers”, mempunyai akaun amanah luar pesisir dalam pendedahan terkini Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ), menurut laporan Malaysiakini.

Portal berita itu turut menerbitkan beberapa perincian berkenaan pendedahan itu.

Malaysiakini turut mendedahkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dikaitkan dengan syarikat luar pesisir.

Namun, syarikat tersebut telah ditamatkan atas pelbagai sebab.

Nama lain yang disebut dalam laporan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Pendedahan data itu, yang terbesar seumpamanya, melibatkan 2.94 terabait data yang diberikan secara rahsia kepada ICIJ, dan membabitkan hampir 12 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat “shell” dan amanah di “syurga cukai” di seluruh dunia.

Nama Tengku Zafrul muncul sebagai Pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Ltd, sebuah bank butik yang diperbadankan dalam bidang kuasa luar pesisir Labuan, dalam sejumlah dokumen daripada firma guaman Panama terkemuka, Alemán, Cordero, Galindo & Lee (Algocal).

Zahid turut muncul dalam fail Algocal, yang bertindak sebagai ejen firma bernama Breedon Ltd di BVI.

Breedon ditubuhkan pada September 1996 dengan Zahid sebagai pengarah, sebelum namanya ditukar menjadi Rising Resources (BVI) Ltd pada November tahun itu.

Pada 1999, syarikat itu mempunyai modal saham bernilai USD50,000, tetapi sifat perniagaan ini tidak dinyatakan.

Dokumen terbaru daripada Algocal menunjukkan syarikat itu “dimansuhkan” kerana tidak aktif beberapa tahun selepas penubuhannya. Tidak ada petunjuk mengenai tujuan perniagaan itu ditubuhkan, sementara syarikat dengan nama serupa yang didaftarkan di Malaysia tiada kaitan dengan Zahid.

ALAAA....BANYAK LAGI PARTI LAIN- ‘Jatuhkan’ kerajaan Melaka: Idris Haron, Nor Azman gugur keahlian Umno

 

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keahlian bekas Menteri Besar dan ADUN Sungai Udang, Idris Haron serta ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dalam Umno gugur secara automatik kerana terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka.

Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata ini susulan tindakan mereka menyatakan secara terbuka tidak lagi bersama kerajaan negeri.

“Apabila dinyatakan dalam sidang media secara terbuka mereka bersama dengan parti tidak membentuk kerajaan dan meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik akan tergugur haknya sebagai ahli Umno,” katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Idris bersama tiga lagi ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Tiga lagi ADUN yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

“Kami dah tak menyokong kerajaan negeri dan meletakkan jawatan.

“Kami berempat menandakan kerajaan hari ini defisit sokongan. Pihak pembangkang bilangannya 11, tidak menyokong, tambah empat kami sekaligus kiraan itu menunjukkan kerajaan negeri hilang majoriti,” katanya.

Idris berkata, beliau dan dua lagi Exco iaitu Norhizam dan Noor Effandi sudah meletakkan jawatan mereka.

Semalam, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata, Umno akan menggugurkan ADUN daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Cerita Sebalik Berita: Politik Melaka | Perubahan pentadbiran, bubar DUN...

NI SIAPA YANG NAK KENA NI ?

MOHD MUKHLIS


Nak tengok connection mantan menteri kewangan itu aje, maybe boleh lihat siapa yang menggelupur di Parlimen.


 



KEH...KEH...NAMPAKNYA SERUAN TOK MAT TIDAK DIHIRAUKAN

 Panas! Tok Mat bagi amaran pada Adun Umno, jangan jatuhkan kerajaan pimpinan Umno di Melaka

Panas! Tok Mat bagi amaran pada Adun Umno, jangan jatuhkan kerajaan pimpinan Umno di Melaka



UMNO akan menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tindakan itu selaras peraturan ditetapkan parti.

“Jika didapati ada ADUN UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang melakukan kerja itu dan boleh meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik keahliannya akan tergugur.

“Itu sajalah bagi pihak parti. Saya berharap wakil rakyat, ketua menteri dan speaker dapat memainkan peranan.

“Nasihat saya, jika kerajaan ini sudah tidak boleh lagi meneruskan pemerintahan, daripada beralih kerajaan, lebih baik diadakan pilihan raya kecil (PRK) negeri supaya yang penting kita boleh beri semula mandat kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan daripada sesama kita lompat sana, lompat sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal, anak yatim dan golongan memerlukan di Masjid Al-Hidayah, Taman Angsamas, dekat sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan timbul spekulasi mendakwa Kerajaan Melaka diterajui UMNO bakal tumbang selepas dikatakan empat ADUN kerajaan akan melompat menyertai Pakatan Harapan (PH).

Malah, didakwa keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Mohamad yang juga ADUN Rantau berkata, walaupun belum mendapat maklumat lanjut mengenai perkembangan politik di Melaka kecuali melalui laporan media, namun UMNO akan terus memantau.

“Saya kurang arif apa yang berlaku di Melaka kecuali seperti dilaporkan media saja.

“Saya harap ia dapat ditangani dengan baik oleh pentadbiran Kerajaan Melaka,” katanya.

Mohamad yang juga mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, menggesa undang-undang mencegah Ahli Parlimen atau ADUN daripada melompat parti dapat diluluskan segera di peringkat Parlimen.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, undang-undang itu penting bagi mengelak berlaku lompat parti dan menimbulkan masalah pada masa depan.

“Apabila melompat dan dikira tempat itu kosong, kita boleh buat kerusi itu sebagai kepunyaan parti. Penduduk boleh buat petisyen kerana pilihan raya kecil ini memakan belanja.

“Apabila buat undang-undang kerusi itu kepunyaan parti, maka parti boleh melantik siapa saja yang layak (untuk menduduki kerusi itu),” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, UMNO Negeri Sembilan sedang bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Selaku Pengarah Pilihan Raya UMNO, saya akan turun ke setiap negeri yang berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menemui bahagian berhubung kesiapsiagaan yang dilakukan.

“Saya ada data dan maklumat, kita tidak mahu kesiapsiagaan itu hanya cantik atas kertas saja. Kita nak pastikan jentera pilihan raya bertindak proaktif,” katanya.

Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron Shuhada Abdul Kadir

 



MELAKA: Teka-teki ‘gelora’ politik Melaka akhirnya terjawab apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Suleiman Md Ali.

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Idris berkata, kesemua mereka telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri, di sini hari ini.
“Saya bersama empat wakil rakyat ini mengumumkan kami hilang kepercayaan kepaa kepimpinan Sulaiman serta seluruh barisan merajaan negeri hari ini.

Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri

 MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti.

Ia susulan tindakan ‘berpaling tadah’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menyatakan hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada.
Pengerusi PH Negeri Melaka, Adly Zahari memaklumkan kestabilan politik merupakan asas utama dalam berhadapan pandemik COVID-19 ketika ini.
“Kini jelas bahawa Sulaiman telah hilang kepercayaan majoriti ADUN untuk terus mentadbir kerajaan negeri.
“Ia selaras dengan peruntukan perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang menyatakan ‘jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN, maka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat,” katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.

FORMULA PAS SOKONG PENYANDANG BERERTI MEREKA TERANG-TERANG MENOLAK KUMPULAN HAMZAH ZAINUDDIN

 

Dalam permusuhan yang kian membara antara UMNO dan Bersatu, Pas yang mengharapkan kedua-dua parti itu dapat saling bekerjasama dalam PRU15 telah menampilkan formula penyelesaian yang dianggap dapat menjernihkan keadaan.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya teguh dengan pendirian mengekalkan kerusi tradisi mana-mana parti sama ada miliknya, UMNO mahupun Bersatu.

“Jika dalam PRU lalu, kerusi itu milik UMNO, maka kita akan sokong UMNO dan begitulah sebaliknya, kalau milik Bersatu.

“Asas kita dalam muafakat politik adalah untuk mengelakkan pergandingan tiga penjuru, jadi itu adalah antara kaedah yang akan diambil,” ujarnya lagi.

Selain itu, tambah Menteri Alam Sekitar itu lagi, sekiranya berlaku pertembungan antara UMNO dan Bersatu di mana-mana kerusi, Pas hanya akan mengundi parti penyandang iaitu siapa yang memenanginya pada PRU14 lalu.

“Formula inilah antara yang akan diguna pakai Pas sebagai panduan kepada 2.2 juta ahlinya pada hari pembuangan undi nanti,” jelas Tuan Ibrahim lagi.

Sekali imbas, memang ternampak logik dan munasabah formula penyelesaian yang dikemukakan Pas ini.

Tetapi, harus diingat dalam PRU14 pada 2018 lalu, Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen berbanding UMNO yang menang sebanyak 54 kerusi.

Daripada 13 kerusi itu, ia kemudian berpecah pula kepada Pejuang, Muda dan Bebas.

Yang kekal bersama Bersatu hanyalah 6 Ahli Parlimen saja.

Begitu pun, berikutan ada yang melompat katak daripada UMNO dan PKR ke dalam Bersatu, jumlah Ahli Parlimen dalam parti itu sekarang ialah 31 orang.

Dalam konteks untuk menyatukan UMNO dengan Bersatu, isu yang paling menjadi pertikaian ialah kedudukan kerusi Parlimen milik UMNO yang dibawa lari oleh pemimpin yang melompat ke dalam Bersatu.

Jumlah Ahli Parlimen UMNO yang melompat menyertai Bersatu ialah 15 di mana mereka ini lebih dikenali sebagai Kumpulan Hamzah Zainuddin.

UMNO berkeras mahu mengambil balik kerusi tersebut, manakala Ahli Parlimen yang sudah berada dalam Bersatu itu tentu saja mahu bertanding semula, tambahan lagi sebahagiannya berjawatan menteri, timbalan menteri dan lain-lain yang bergaji sekarang ini.

Dalam hal ini, jika formula Pas yang dilontarkan Tuan Ibrahim itu mahu diterima, apakah ia bermakna Bersatu hanya sesuai bertanding di 13 kerusi Parlimen saja pada PRU15 nanti?

Apakah formula itu juga bererti Pas dengan sendirinya menolak keperluan Kumpulan Hamzah Zainuddin untuk terus bertanding lagi pada PRU akan datang ini?

Dan kiranya berlaku pula pertandingan antara UMNO dengan Bersatu di 15 kerusi Parlimen terbabit, sejauh mana Pas benar-benar berpegang kepada pendirian untuk hanya menyokong calon daripada parti penyandang iaitu calon yang mewakili UMNO?

Jika pendirian tersebut kekal sebagai pendiriannya, bukankah parti itu adalah anggota gabungan dalam Perikatan Nasional atau PN yang ditunjangi oleh Bersatu sekarang ini?

Sampai hatikah Pas tidak menyokong calon daripada PN sendiri iaitu gabungan yang dianggotainya demi formula menyokong calon parti penyandang, walhal mereka tiada apa-apa hubungan rasmi pun dengan UMNO?

Apa agaknya reaksi Bersatu, khususnya Kumpulan Hamzah Zainuddin dengan formula Pas ini? – ShahbudinHusin 04/10/2021.



(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...