Saturday, February 29, 2020

KISAH YANG BOLEH DIBACA.

#CopyNshare
From: GM

Maaf, penulisan di sini bukan untuk menyedapkan hati. Sumber maklumat hanya di sampaikan dari sumber rangkaian kami sendiri. Permainan politik ini belum tamat, round 3 akan berlangsung. Dalam penulisan yg lepas, nukilan berkenaan pengkhianat dr Azmin & Muhyiddin adalah benar.

Kita sedia maklum permainan politik antara sdra Mahathir, Azmin, Muhyiddin. Tapi master plan adalah dr Umno Baru. Mahathir yg kununnya elit dalam grand master plan, pun kalah dgn rancangan umno. Lani semua dh masuk perangkap. GM katakan pd seorang pegawai dalaman, ia hanya onar sdra Mahathir. Tapi sumber maklumat yg di sampaikan memeranjatkan.

Umno baru hanya "Try & Error, Devide & Conquer". Rancangan pertama ialah dr Hishamudin & Azmin. Rancangan kedua ialah Muhyiddin. Rancangan ketiga ialah utk mendapatkan parti Bersatu.

Azmin ghairah nak jadi PM, begitu juga Muhyiddin. Mahathir pula tidak mahu lepaskan jawatan PM. Semua ini main peranan tembak menembak. Akhirnya PH bermasalah, Johor kembali kpd Umno & Bersatu terlepas. Kedah & Perak hanya tunggu masa utk terlepas dr Bersatu.

Maklumat yg di sampaikan oleh sdra Kadir menyatakan Azmin cadangkan Muhyiddin sbg PM itu adalah benar jika di bandingkan dgn maklumat dr tangan kami sendiri. Maklumat bahawa Bersatu tidak cadangkan Muhyiddin sbg PM itu juga turut benar. Agenda Mahathir pula masih kekal utk berkuasa.

Pabila rancangan dr Azmin itu berjaya, Muhyiddin pula ibaratnya lupa diri dan tidak melihat permainan licik umno itu makan diri. Maka terjadilah sdra Mahathir itu pula mencadangkan Muhyiddin sbg PM di media sedangkan malam sebelum itu berlaku pertengkaran antara mereka.

Apa yg mereka gaduh? Senarai Mahathir kekal sbg PM itu pula menjadi berubah kpd Muhyiddin. Azmin mengidamkan jawatan TPM, dan jika bernasib baik Muhyiddin tidak mampu maka Azmin kan ambil alih sbg PM dari Muhyiddin.

Kalian kalau baca ni pun pening...apatah lagi GM.

Kunci sebenar ialah Umno Baru rancang utk memerintah semata tujuan nak lemahkan kes pendakwaan hingga buang kes.

Rancangan sebenarnya yg tersirat ialah sebaik saja Muhyiddin berjaya gabungkan Bersatu ke dalam MN @ PN, ia adalah bersifat sbg PM SEMENTARA kpd Muhyiddin di mana tujuan akhir sebaik sahaja Umno berjaya lemahkan kes & buang kes pendakwaan... jawatan PM sementara yg di pegang oleh Muhyiddin akan di serahkan kpd Zahid Hamidi. 💪

Bagaimana pula dgn Azmin? Masing2 antara mereka sdg tembak menembak antara mereka.

Sdra Mahathir sedar permainan yg dia bawa juga semakin jauh kehilangan dr kawalan. Nak pusing balik tak jadi dan malu...nak ke hadapan pun terkandas. Maka dia akan ikut game yg dia sendiri cuba bermain.

Kini semuanya sudah berada dlm kawalan umno baru/kleptokrasi. Johor sudah terlepas, usaha seterusnya ialah Kedah & Perak termasuk Melaka. Cuma Melaka ini TYT mereka katakan kpd sdra Adly utk teruskan memerintah. TYT Khalil Yaakob itu pun org Pahang, di mana pentadbiran sebelum PH di Melaka dahulunya pekat kpd umno kini parti Kleptokrasi itu sdg mengira masa utk ambil alih melalui permainan Muhyiddin, Azmin & Mahathir.

Keluarkan Bersatu dari PH adalah kejayaan pertama umno. Menyerapkan Bersatu kpd kawalan umno adalah kejayaan kedua mereka. Dan kejayaan ketiga ialah berjaya dapatkan pemerintahan Johor dr parti Bersatu itu sendiri. 👈👈👈

PH masih terus tetap bersaing. Ya, sedikit sebanyak kami juga agak kecewa dan sedih.

Perjalanan game umno seterusnya ialah utk mendapatkan Sarawak & Sabah. Kalian sudah maklum, 2 buah negeri itu adalah FIX DEPOSIT. Sekiranya Warisan & Sarawak itu masih ikut kepala keras nak sokong Mahathir tanpa peduli kemana Mahathir itu berada, negara Malaysia sudah pasti bermasalah.

Hakikatnya kini Mahathir itu sendiri ibarat "DAH TERBUANG" dr parti sendiri akibat ketamakan dan kegelojohan kepentingan diri. Bersatu sudah dalam kawalan Umno Baru "SEPENUHNYA". Dgn Sarawak & Sabah ikut rentak sedemikian, ya PH akan kalah dlm peperangan politik ini.

Umno Baru pergunakan parti Bersatu untuk mendapatkan Sabah & Sarawak dgn satu bidikan menerusi Muhyiddin Yasin & Azmin.

Untuk memujuk sdra Mahathir spy kekal dalam game tersebut, umno baru merencanakan agar Muhyidin kekal sbg PM manakala anak Mahathir bakal di jadikan sbg TPM. Tujuannya agar Mahathir itu kekal di sana & Warisan serta parti sdra Abg Jo menetapkan haluan kepada parti Bersatu atas perkiraan sdra Mahathir ada di sana.

Wahai Sarawak & Sabah, bukankah PH cuba bawa MA63 di parlimen yg di gagalkan oleh umno & Pis itu sendiri?

Jika Mahathir keluar sekali lagi dari Bersatu, sudah pasti anaknya Mukhriz akan ikut, sdra Maszlee...sdri Rina...Syed Saddiq juga akan ikut keluar. Maka akhirnya yg mereka takut Warisan serta parti abg Jo di Sarawak juga akan turut beralih arah yg menyukarkan Muhyiddin & kawalan umno keseluruhannya.

Jadi...utk mengelakkan hal ini, mereka dr umno telahpun gerakkan saraf "asalkan tanpa DAP". Sokongannya ialah parti Pis/Panmip.

Game atas game, permainan demi permainan...akhirnya mereka sendiri tembak sesama. Dalam nak kejar kepentingan serta pengkhianatan ini, PH yg dapat mandat rakyat di PRU14 dua tahun lepas terkulai layu.

Semuanya demi penyangak kleptokrasi nak lepaskan diri dr setiap pendakwaan penyalahgunaan kuasa & pengubahan wang haram skala besar.

Muhyiddin & Azmin akan teruskan permainan. Tokoh yg seharusnya di hormati itu pula game over dalam permainannya sendiri. Ingatkan dirinyalah master planner yg terhebat...paling termega hebat. Tapi tersungkur di kaki umno.

Jika Sabah & Sarawak tidak pandai menilai ibarat terkena minyak dagu mana Mahathir tu pergi maka dia arahkan perahunya...habislah Malaysia!

PH terpaksa menelan pahit dr pengkhianatan ini dan mulakan sekali lg. Bagi kami, ya hati kami juga sakit. Tapi kami masih lg cuba utk tidak mengalah sehingga YDPA tiup wisel. Hal pihak istana yg melambatkan penamatan masalah ini juga satu masalah...

Mungkin di sebalik keributan politik ini, Daulah Terpendam yg ada juga dalam pentadbiran yg PH perintah dlm 2 tahun ini mahukan Kleptokrasi itu menjarah kembali agar setiap keinginannya tidak di usik di saat negara semakin lemas.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

Note: Nukilan ini bukan di ceduk dr mana2 tempat sebaliknya ia adalah dr sumber maklumat tangan kami sendiri. Nak kata tipu@fake, terpulang. Bagusnya PH, masih berdiri dgn konsus 3 parti dan keputusannya masih tidak berubah hingga kini.


BELUM DILANTIK..TERKINI



*TERKINI*  Senarai MP dan bukti serta SD dari PH kini telah dibawa ke istana. Jumlah kita mencukupi walaupun tanpa GPS.  Doakan Agong terbuka hati

‪Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baru.‬

‪Dengan sekadar kenyataan media itu, Muhyiddin Yassin belum sah menjadi Perdana Menteri sehinggalah beliau mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertuan Agong.‬

‪Menurut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan:‬

‪“Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam jadual Keenam.”‬

‪Perlantikan Muhyiddin Yassin belum sempurna selagi belum mengangkat sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia depan Agong.‬

‪Perkembangan politik terkini sehingga malam ini menunjukkan bahawa Dr Mahathir Mohamad yang disokong Pakatan Harapan kini memdapat sokongan lebih daripada 112 ahli-ahli Dewan Rakyat.‬

‪Aku berpendapat, Pakatan Harapan boleh segera mohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklum dan mengemukakan senarai nama dan bilangan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempersetujui Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.‬

‪Ini perlu dilakukan sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah.‬

‪Dengan demikian, pengumuman Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengenai perlantikan Muhyiddin Yassin akan menjadi tidak berkuatkuasa kerana belum mengangkat sumpah.‬

Justeru dengan itu, aku berpendapat bahawa Dr Mahathir Mohamad boleh dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dan mengangkat sumpah depan Yang di-Pertuan Agong selaras mengikut Jadual Keenam Perlembagaan.‬


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2536311413249025&id=100006105734896

PH PERLU BAWA MP JUMPA AGONG BUKTIKAN MAJORITI

Hah...!!! DIA TAK IKUT KARTEL PULAK DAH..DARI FB FAHMI FADZIL....


TERKINI

Ahli parlimen Selangau, Baru Bian menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri.

SABAR JAP...DRAMA BELUM HABIS...


INI ADALAH KENYATAAN GPS


HAIRAN BIN AJAIB....


TUN M MASIH PENGERUSI BERSATU, KERAJAAN PH TIADA MASALAH

BAGAIMANA PERLANTIKAN SYAFIEE AFDAL DALAM TEMPOH 48 SELEPAS BELIAU MENDAPAT MAJORITI.

Saya mengajak rakyat Malaysia mengimbas kembali peristiwa DS Shafie Afdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke 15, 48 jam selepas TS Musa Aman berbuat demikian.

Kuncinya adalah TYT menyemak bilangan Ahli Dewan yang menyokong DS Shafie. Ternyata lebih bilangan.

Dalam kes hari ini, Tun Dr Mahathir mempunyai cukup bilangan 112 melalui SD yang akan dipersembahkan pada YDPA serta merta, lebih singkat dari 48 jam.

YDPA InsyaAllah akan menggunakan kebijaksanaan baginda. 

InsyaAllah, Kerajaan berdasarkan mandat sebenar rakyat dapat dipulangkan demi kestabilan negara termasuk dari segi ekonomi dan Kewangan.

Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara, 
Bendahari Pakatan Harapan
6:55 pm
29 Februari 2020

#https://malaysiagazette.com/2018/05/12/shafie-angkat-sumpah-km-sabah-ganti-musa-dalam-tempoh-48-jam/

PERISTIWA YANG SEDANG BERJALAN DI YAYASAN AL BUKHARY




Salam perjuangan teman-taman semua,

Kita sebenarnya mempunyai bilangan ahli parlimen yang mencukupi iaitu 117. Ke semua ahli parlimen sedang menandatangani Akuan Bersumpah di Yayasan Al-Bukhary. 

Sidang media akan diadakan pada jam 8 malam ini. 

Terima kasih

MUNGKINKAH MUHYIDDIN HANYA JADI PM SELAMA SEMINGGU SAJA?



Yang Dipertuan Agong, dalam pengumuman petang ini akhirnya melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baru setelah yakin Ahli Parlimen Pagoh itu memiliki sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis angkat sumpah akan diadakan esok, 1 Mac jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Pengumuman Istana Negara mengenai perlantikan Muhyiddin itu agak mengejutkan banyak pihak kerana beliau dipercayai semakin kekurangan sokongan setelah ramai Ahli Parlimen Bersatu sendiri sudah mengalih sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad sejak malam tadi.

Sebelum Tun Mahathir dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri, memang Muhyiddin dilihat memiliki sokongan yang kuat kerana beliau disokong oleh UMNO, Pas, GPS dan juga Warisan, selain daripada Bersatu sendiri.

Tetapi, setelah Anwar sedia mengalah daripada persaingan merebut jawatan PM dan PH mencalonkan semula Tun Mahathir, sokongan terhadap Muhyiddin dengan sendirinya telah berkurangan.

Ia bukan saja disebabkan ramai Ahli Parlimen Bersatu berpatah balik menyokong Tun Mahathir, malah Warisan juga menyatakan kekal dengan pendirian menyokong Tun Mahathir.

GPS pula dijangka hanya akan mengadakan mesyuarat esok, 1 Mac bagi membincangkan pendirian sama ada mahu menyokong Tun Mahathir yang disokong PH atau Muhyiddin yang disokong UMNO dan Pas.

Dalam hal ini, Tun Mahathir sendiri pagi tadi melahirkan keyakinan beliau memiliki sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lalu, bagaimana Muhyiddin boleh diumumkan sebagai Perdana Menteri?

Difahamkan keputusan Istana Negara ini adalah berdasarkan pendirian setiap ketua parti yang ditemui oleh Yang Dipertuan Agong dan bukan lagi berdasarkan sokongan setiap Ahli Parlimen.

Misalnya, jika dalam pengakuan Muhyiddin kepada Istana Negara bahawa 36 Ahli Parlimen Bersatu menyokongnya, maka angka itulah yang diterima oleh Yang Dipertuan Agong sebagai sesuatu yang sahih.

Begitu juga dengan lain-lain ketua parti yang ditemui baginda.

Diberitakan, mana-mana Ahli Parlimen yang mengalih sokongan secara perseorangan daripada sokongan yang telah diumumkan oleh ketua parti, ia tidak lagi diambil kira oleh pihak istana kerana proses menemubual setiap seorang Ahli Parlimen sudah pun dilakukan sebelum ini.

Dalam hal ini bermakna, tindakan beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang berpatah balik menyokong Tun Mahathir seperti Syed Saddiq dan ramai yang lain setelah mengetahui Pengerusi Bersatu itu dicalonkan semula menjadi Perdana Menteri, tidak diterima sama sekali.

Di sinilah dikatakan yang menyebabkan Muhyiddin dipercayai oleh Yang Dipertuan Agong telah memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Maka, apa yang perlu dilakukan sekarang?

Adalah penting, selewat-lewatnya malam ini, PH bersama Tun Mahathir segera menghimpunkan seberapa ramai Ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin untuk dikumpulkan dan ditunjukkan kepada umum.

Jika mereka dapat menunjukkan lebih 112 Ahli Parlimen hadir, bererti Tun Mahathir lebih memiliki majoriti berbanding Muhyiddin.

Dengan demikian, diharapkan Yang Dipertuan Agong sedia menimbang atau mengkaji semula perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya majlis angkat sumpah diteruskan juga esok, Tun Mahathir dan PH, dengan sokongan lebih 112 Ahli Parlimen yang dimilikinya itu, boleh pula bersiap sedia untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 9 Mac depan.

Jika ia berjaya dilakukan, Muhyiddin mungkin hanya akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh seminggu saja.

Tetapi, usaha oleh PH, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Guan Eng mesti digerakkan dengan seberapa segera yang boleh. (ShahbudinHusin 29/02/2020)

BANYAK CABARAN MENANTI MUHYIDDIN.

1. Akan ada desakan agar kes Najib dibicarakan semula...dan sememangnya beliau gadoh dengan Najib pun.Tapi bagaimana pula dengan Zahid Hamidi.

2.  Apakah beliau akan mendengar deaakan dari parti lain..bagaimana pula dengan usul yang dibawa Pas...dan apa jawatan untuk pas.

3. Usul undi tidak percaya pastinya akan dikemukakan di didewan...itu sebagaimana yang umno dan pas war warkan...

4. Desakan pilihanraya...

5. Desakan..demi desakan....

6.Tugas berat yang menanti Muhyiddin adalah menasihati YDPA melantik AG menggantikan Tommy Thomas. 

AG baharu akan menyambung tugas dalam perbicaraan beratus-ratus tuduhan keatas beberapa individu yang menyokong Muhyiddin dalam Langkah Sheraton serta kes-kes baharu termasuk tuduhan jenayah berat ke atas Najib Razak.

Good luck, Muhyiddin.



AKHIRNYA PENGKHIANAT MENJADI PM....


11 JAHANAM MUNGKIN JADI 10 SAHAJA...


Oooooo....MASA ADA JALAN KONONNYA DAPAT MAJORITI...TAK KERIAU PULAK NAK BUBAR PARLIMEN.....BUSUK PUNYA OLANG...




Sekali lagi UMNO desak bubar Parlimen..

Habis tu yang duk calon Muhyidin PM-8 bagi kerajaan Perikatan Nasional buat apa..?

Kalau dah cukup simple majoriti.. Tak kan la nak bubar Parlimen.. Buat malu kat orang PAS ja.. Habis ceruk kampung dah sedia lembu dan kerbau nak rai kemenangan PAS di Putrajaya..

Ha ha..


SELAMAT MENYERTAI PKR....JANGAN KHIANATI RAKAN

KEADILAN dengan rasminya mengalu-alukan kemasukan YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem, Ahli Parlimen Serian (P.199) ke dalam KEADILAN.

Salam Reformasi!


AKIBAT SUKA IKUT PARTI LAIN DAN TAK ADA PENDIRIAN.




Hah guane Haji...asyik ikut bontot Umno saja...akhirnya kan dah kena tipu saja....ada Haji tapi parti calon KULI....mmmmm....melepas lah nak jadi Menteri...Ustaz arwah Dato Fadzil Noor dan  arwah Tok Guru, tak ikut Umno....kenapalah kau begini...


KE KUALA LUMPUR

DALAM PERJALANAN KE KUALA LUMPUR......UNTUK MENDAPAT GAMBARAN JELAS MALAM INI...

SAMA ADA KAK WAN ATAU DSAI DIKERUSI TPM.

DRAMA BERTERUSAN DI DALAM BERSATU?KISAH DIBELAKANG TABIR.



Kisah dibelakang tabir.

Sepanjang seminggu ini rakyat Malaysia disajikan dengan drama kelompok elit politik yang berterusan. Pagi sabtu akhirnya kelihatan drama ini akan berakhir dengan PH bersama Tun Mahathir akan mengekalkan kuasa. 

Sementara itu team Azmin Ali dan Muafakat Nasional gagal dalam percubaan kudeta mereka. Kelompok pengkhianat yang berterusan flip flop, bermula dengan menyatakan ingin mengekalkan Tun kemudiannya mengeluarkan kenyataan ingin membubarkan parlimen dan akhirnya memilih untuk mencalonkan TSMY sebagai PM mereka.

Mereka seolah yakin mereka mempunyai bilangan yang cukup. Sehinggalah gabungan kumpulan pengkhianat, perompak dan penunggang agama ini di checkmate oleh PH dan Tun.

Terbaru calon mereka, TSMY gagal bertemu YDPA kerana beliau bukan ketua Parti Bersatu. Dalam kenyataan YDPA pada petang Jumaat, jelas menyatakan YDPA hanya menjemput ketua parti politik untuk bertemu Baginda.

Kekalutan dalam situasi ini, TSMY mengeluarkan kenyataan Tun bukan lagi Pengerusi parti kerana telah meletakkan jawatan. Kenyataan demi kenyataan berbalas antara Setiausaha Agung Bersatu dan TSMY.

Ternyatalah kumpulan pengkhianat ini telah menemui jalan buntu dan dalam keadaan terdesak untuk terus berada didalam permainan perebutan kuasa yang menjijikan ini.


PERCATURAN SELESAI, KERAJAAN PH KEMBALI

GAMBAR - GAMBAR INI MENUNJUKKAN CERIAKAH WAJAH MEREKA?


*TUN M KEMBALI SERTAI PH? ANWAR TPM, KEMBALI SEMULA KE STATUS QUO DAN PASTIKAN TIADA KARTEL DALAM KABINET*



Ada beberapa  kemungkinan...


1. Mahathir akan dilantik sebagai menteri kanan.
2.DSAI AKAN MENJAWAT JAWATAN PM.
3. MAT SABU TPM

1.MAHATHIR PM

2. DSAI TPM.

1.PM MAHATHIR  SEHINGGA NOVEMBER
2. TPM DSAI 
(WRLR)



Mahu kekalkan kerajaan PH dan sekat kerajaan pintu belakang, lakukan apa sahaja asalkan bermoral demi rakyat yang mengundi PH.


Kalau Tun masuk PH semula dan jadi PM, pertamanya kita dah ambil semula kjaan PH.  Umno dan pas tak dpt rampas.  Satu kejayaan besar.


Kedua, soal Tun jadi PM semula, itu balik kembali ke status quo asal dlm mesyuarat majlis presiden PH tempohari.  Ertinya kita tak rugi.  


Paling cantik, dlm kabinet baru terus letak Anwar sbg TPM.  Yg paling penting, NO KARTEL dlm kabinet.  


*WFAUZDIN NS*



Dari Minda Najah Asri (Anak Perempuan Arwah Datuk Asri Muda bekas MB Kelantan/ YDP PAS Pusat)




Minda kita dibasuh dan dihidangkan dengan;
DAP = KOMUNIS
DAP = MUSUH ISLAM

Bagaimana pula dengan MCA?
Oh.. MCA okay.. tidak memusuhi Islam..

Kenapa MCA okay?
Sebab.. MCA adalah kawan UMNO.
Duduk dalam satu pakatan Barisan Nasional.

Sekarang mari kita lihat dari sudut politik kaum cina 

Dulu, ramai cina duduk diam-diam sahaja.
Bagi mereka, wang adalah raja. 
Tapi tak sama makna 'CASH IS KING' Najib tu.
Politik, mereka serahkan kpd MCA sbg wakil kaum cina.

Kemudian, lahir DAP.
DAP ditubuhkan pada bulan oktober 1965.. 16 tahun selepas wujudnya MCA.
Ketika itu sudah mula ramai aktivis cina memperjuangkan hak2 mereka.
Tambah2 bila dengar berita Singapura keluar daripada Malaysia di bulan ogos, tahun yang sama.

MCA? Mana mereka? Tidak berjuang utk rakyat cina ke?
MCA kan kawan UMNO. 
Haah.. kawan yang sama2 dapat bahagian - satu untuk aku, satu untuk kau!
Sama2 dapat lesen utk merompak.
Tapi dalam diam la..

Dalam pada bergegar pemimpin UMNO kutuk cina, kaum cina @ MCA rilek jer..
Sekolah cina ada. Sekolah cina kerajaan ada. Sekolah cina swata ada. 
Makin besar. Makin bertambah. 
Tak cukup cikgu? Kerajaan hantar.
Tak cukup belanja? Kerajaan bagi.
Kaum cina tak pandai cakap melayu.. ada kerajaan BN bising?
Kaum cina buat syarat nak ambil pekerja di syarikat mereka.. 'mesti pandai berbahasa Mandarin', ada kerajaan BN ambil pusing?
Ada pemberita berani tulis?

DAP pun tak bising. Buat apa nak bising sb untungnya untuk kaum depa juga.

Tapi semakin hari, perangai rasuah dan menindas pemimpin MCA semakin buruk.
Sama buruknya dengan UMNO.

Seperti yg saya sebutkan awal tadi, bagi cina wang adalah raja.
Majoriti drp mereka berniaga. Mereka tak begitu berminat hendak ambil tahu pasal politik. Mereka lebih suka berniaga.
Cukup tahun, mereka bayar cukai.
Pemimpin melayu nak rompak wang rakyat melayu, rompak lah.

Tetapi..
Bila ekonomi negara semakin teruk.. rompakan bukan hanya melibatkan wang melayu tetapi juga melibatkan wang semua rakyat.. duit pembayar cukai.. mata mereka yang sepet, mula terbuka luas.
Mereka juga melihat kaum mereka sama buruknya dengan perangai orang melayu.

Maka, kaum cina beralih menyokong DAP.
MCA sudah tidak laku.
DAP semakin kuat dan bersatu.
Mereka dibantu oleh kaum mereka, baik secara terang2an mahupun secara sembunyi (sebab masih memerlukan tender kerajaan BN)

Maka.. tanya diri kita yang bijak.. siapa yang menyebabkan DAP kuat?
Siapa yang melindungi dan membuatkan kumpulan ngo cina menjadi begitu kuat dan lantang bersuara selama ini?

Bukankah kerajaan BN yang UMNO sebagai PM dan majoriti menteri dulunya?
Bila mereka kalah, mereka mula menjerit dan laungkan:
MELAYU TERANCAM!
DAP KOMUNIS MAHU MEMERINTAH MELAYU!

Kaum cina yang melayu benci sangat tu, adalah rakyat Malaysia.
Suka atau tidak, mereka ada hak sebagai warganegara. Sama macam orang melayu.
Sama-sama dapat satu keping kertas undi untuk parlimen dan dewan undangan negeri, bila tiba hari mengundi.

Cuma kelebihan melayu, kita ada hak-hak istimewa.
Contohnya dalam pendidikan dan milikan tanah. Itu pun tanah reserve melayu dah makin susut.. banyak dijual kepada cina. Siapa yang jual tanah reserve  melayu ni? Cina atau melayu?

Mentera MELAYU TERANCAM ini lah membuat ramai jiwa melayu kacau sekarang.
Mentera yang dizikirkan (dari bahasa arab yg bermaksud ingat dan sebut) oleh UMNO dan rakan baiknya PAS, di setiap ceramah. Baik dalam ceramah agama mahupun ceramah politik.

Dahulu, cina pilih MCA
Sekarang, cina pilih DAP.

Dahulu, DAP adalah musuh UMNO.
Sekarang, DAP juga musuh PAS.

UMNO dan PAS berjaya 'brain washed' sebilangan besar melayu.

Tapi cuba kita fikir.. kalaulah gabungan PERIKATAN NASIONAL ini menjadi kerajaan,
1) Adakah menteri drp kaum cina TIDAK akan dilantik? 
MCA, sahabat baik UMNO ini sudah pasti tidak akan dilupakan.
2) Adakah budak cina jahat Jho Low akan dibawa balik?
Mungkin.. tetapi balik bukan sebagai penjenayah.

Ini baru cerita pasal politik kaum cina.
Politik melayu lagi la dahsyat. 
Bersimpang siur.
Dah jadi mcm cerita Keluarga 69 Tan Sri P. Ramlee.

KELUAR PAS KONONNYA BENCI UMNO, AKHIRNYA BERSAMA UMNO UNTUK JATUHKAN KERAJAAN PH



YB Amiruddin Hamzah, MP Kubang Pasu.  Beliau asalnya dari Pas, pegang AJK Pas Negeri Kedah. Beliau keluar Pas kononnya tidak lagi meyakini perjuangan Pas yang mesra kepada Umno.  Beliau pun menyertai Bersatu dan bertanding di dalam PRU14 di bawah PH dan menang.

Sekarang, beliau di antara beberapa MP dari Bersatu yang mengikut Muhyiddin Yassin untuk menjadi pengkhianat kepada PH, bersama Umno untuk merampas kerajaan PH.

Sia-sia beliau keluar dari Pas kerana akhirnya bersama Umno juga.

Itulah orang politik yg mahu jaga perut tidak kira halal dan haram.

WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN JADI KETUA KEPADA BARISAN PENYAMUN?



1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini.

3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.

6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno “desperate” untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir.

9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A Kadir Jasin
Ahli MPT Bersatu
28 Februari 2020.


YANG PENTING DSAI SUDAH CUKUP DENGAN SOKONGAN INDIVIDU. DAN DENGAN SOKONGAN INDIVIDU INI MENJAMIN ANGKANYA MELEBIHI 112 ORG MP



Anwar optimis cukup angka jadi PM

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup optimis beliau memiliki sokongan yang mencukupi untuk dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan.

Keyakinan disandarkan Ahli Parlimen Port Dickson menerusi ciapan di Twitternya itu, berpaksikan janji dibuat Ahli Parlimen yang didakwanya akan menyokongnya berdasarkan keputusan individu bukan parti.

“Saya tahu bahawa sesetengah Ahli Parlimen di 'pihak lain' tidak berpuas hati bahawa pemimpin parti mereka sudah mencuri suara mereka.

“Pakatan Harapan mempunyai angka.Mari kita lihat proses demokrasi ini. Insya-Allah,” katanya tanpa memperincikan Ahli Parlimen dari parti mana.

Petang tadi, Anwar bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) dari DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya bagi membincangkan mengenai maklum balas Istana Negara berkenaan isu pemilihan calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Anwar yang diasak media, ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu itu, tidak membalas sebarang pertanyaan sebelum beredar meninggalkan hotel berkenaan.

BERITA GEMBIRA DARI SARAWAK!



Apakah GABUNGAN Parti Sarawak jadi penentu siapa yang akan menjadi perdana menteri?

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Masing, yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak berkata mereka akan membuat pilihan mereka pada 1 Mac.

GPS, yang mempunyai 18 Ahli Parlimen, merupakan blok terbesar yang belum mengumumkan pendiriannya serta memutuskan siapa yang menjadi perdana menteri akan datang.

Pemimpin dalam GPS berkata walaupun mungkin GPS akan memberi sokongan mereka  kepada Muhyiddin, mereka masih ragu-ragu kerana pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi.

"Mereka bimbang dengan bekerja dengan PAS, mereka akan ditolak oleh rakyat di Sarawak. Tidak seperti di Semenanjung Malaysia, rakyat Sarawak sangat liberal dan tidak akan menerima GPS yang bekerjasama dengan PAS, "katanya.

[[[Beliau berkata ia akan menjadi lebih baik sekiranya GPS melancarkan sokongan mereka di belakang Anwar kerana ini akan menjadi lebih baik bagi mereka dalam pilihan raya Sarawak]]]

Friday, February 28, 2020

PH dakwa Anwar peroleh majoriti untuk jadi PM

Tarikh Kemaskini :
28/02/2020 08:18 PM
PETALING JAYA , 28 Feb  -- Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuktikan keyakinan majoriti Ahli Parlimen terhadap calon PH itu sebagai perdana menteri baharu.

“Majlis Presiden percaya bahawa  Anwar telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan Ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” menurut kenyataan Majlis Presiden PH itu, hari ini.

Kenyataan itu menyatakan Majlis Presiden meletakkan kepecayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Seri Paduka untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan perdana menteri.

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, Istana Negara, menyatakan bahawa berdasarkan proses temu bual selama dua hari itu, Seri Paduka masih belum memperolehi keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin itu merujuk kepada hasil temu bual di antara Seri Paduka dan Ahli Parlimen yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa di Istana Negara. 

Dalam perkembangan lain, PH hari ini mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya selama lebih dua jam pada sebelah petang. 
-- BERNAMA


CALON MUHYIDDIN HANYA TEST MARKET




Kenyataan penjelasan terbaru A Kadir Jasin berhubung pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak memerupakan keputusan kolektif majlis pimpinan parti itu. Apa maksudnya itu? 

Kita boleh faham berlaku "kudeta" pencalonan PM dalam parti Bunga itu. Menyimpulkan kejadian, pencalonan Muhyiddin itu sebagai pywar bukan perkara mutlak. Patutlah di tengah perundingan dengan PH, tiba-tiba sahaja Muhyiddin tarik hand brake sehingga tersungkur Mahathir. 

Ia nampak seakan tulen apabila Umno dan Pas menerusi Setiausaha Agung masing-masing mengeluarkan kenyataan menyokong Muhyiddin sebagai PM. Sebenarnya tindakan Annuar dan Takiyuddin itu juga sebagai kudeta. Belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua presiden, Zahid dan Hadi. 

Nama-nama ini, Azmin, Muhyiddin, Takiyuddin dan Annuar Musa awal-awal lagi nama yang saya sebut sebagai orang yang mempunyai agenda jahat bersama dan dalang di sebalik cubaan rampas kuasa kerajaan PH. Perlu diingat cubaan itu gagal. Kerajaan PH hilang apabila Mahathir letak jawatan sebagai PM. Kena faham kenapa Mahathir tiba-tiba letak jawatan. 

Dengan hakikat ini bahawa Muhyiddin mendapat sokongan untuk jadi PM adalah palsu dan sebagai satu test market sahaja. Rancangan mencalonkan Muhyiddin itu sebagai perang psikologi melemahkan PH. Trims.

HA..HA..HA..BERGASAK LAH....



Bagi aku bila Muhyiddin mengenepikan Tun Mahathir, sudah satu berita baik.. Bila Blok BN,UMNO dan PAS kembali sokong Muhyiddin juga satu berita baik.. Bila Azmin sertai Bersatu juga satu berita baik.. 

Sebabnya dalam Bersatu..UMNO itu sendiri bukan semua sokong Muhyiddin..Sokongan berdasarkan Blok parti tidak akan kemana..ia hanya menggambarkan kerakusan nak jadi PM.. tidak kekal lama.. nak tengok reaksi bagaimana orang seperti Dr Maszlee, Syed Saddiq nak bersama dengan UMNO..

Hari ini salah satu gabungan yang paling Solid adalah Pakatan Harapan.. Walaupun Azmin membawa keluar 11 Kerusi parlimen.. Pakatan masih ada 92 Kerusi.. Hanya Perlukan 20 Kerusi lagi gabungan..Jika MP PKR tidak tinggal Parti..Hanya perlukan 10 lagi kerusi... Hakikatnya hari ini apapun terjadi Pakatan Harapan yg Solid..

Cuba lihat Parti Bersatu.. Asalnya depa hanya menang 13 Kerusi masa PRU 14.. Sekarang ada hanya 26 Kerusi dari sokongan MP UMNO yang lompat bukan sebab prinsip.. tapi sebab PH berkuasa...

Bersatu 26 Kerusi.. Untuk bentuk Kerajaan, Perlukan sokongan dari Blok UMNO, blok Warisan, Blok GPS, Blok ,Blok PAS, BLOK Azmin.. Bersatu perlukan 5 Blok lagi.. untuk bentuk Kerajaan..

mereka Bersatu..akan dibentuk dengan pelbagai Idealogi Politik dan pelbagai haluan yang tidak jelas.. Sedangkan PH matlamatnya jelas..Sebuah Malaysia baru.. dan aku yakin... ada MP Bersatu , Warisan dan GPS sendiri suatu masa nanti akan melompat kepada PH..

Bersatu terlalu bercita cita tinggi untuk jadi PM berterusan.. jadi teruskan lah... Jika Muhyiddin berjaya jadi PM pun.. Muhyiddin boleh jatuh pada bila bila masa dalam dewan rakyat...Bila bila masa PH akan boleh buat undi tidak percaya..

Gabungan dan Kerajaan begini tidak akan menyakinkan Pelabur dan Ekonomi...Jadi berfikirlah.. masih ada ruang semua ahli parlimen berfikir demi masa depan Ekonomi Negara....  :)

Ipohmali


MUHYIDDIN TIDAK DAPAT RESTU MPT BERSATU CALON PM-8




1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. 

2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini. 

3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri. 

4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.

6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno "desperate" untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir. 

9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A Kadir Jasin

*GERAKAN RAKYAT MENDESAK MP JANGAN MENGKHIANATI RAKYAT*

*GERAKAN RAKYAT MENDESAK MP JANGAN MENGKHIANATI RAKYAT*

Ayuh Rakyat Malaysia, ramai2 panggil Ahli Parlimen masing-masing dan mendesak mereka supaya jangan mengkhianati pengundi!!

*Pengkhianat*
1. Gombak - *Azmin Ali* 012-4303512
2. Ampang - *Zuraida Kamaruddin* 019-3854238
3. Indera Mahkota - *Saifuddin Abdullah* 019-3374171
4. Selangau - *Baru Bian* 013-8014664
5. Bandar Tun Razak - *Kamaruddin Jaffar* 019-3839938
6. Nibong Tebal - *Mansor Othman* 012-4303512
7. Batu Pahat - *Rashid Hasnon* 019-4579077 / 019-4560077
8. Segamat - *Santhara Kumar* 012-2880304
9. Saratok - *Ali Biju* 019-8727261 
10. Puncak Borneo - *Willie Mongin* 012-3701988
11. Ranau - *Jonathan Yasin* 017-8195808

*Atas Pagar*
12. Petaling Jaya - *Maria Chin* 013-3422931
13. Sungai Buloh - *Sivarasah Rasiah* 012-2138613
14. Ayer Hitam - *Wee Ka Siong* 012-7197777
15. Tanjung Piai - *Wee Jack Seng* 012-7129168

*PPBM*
16. Langkawi - *Mahathir Mohamad* 
17. Jerlun - *Mukhriz Dr. Mahathir* 012-2024433
18. Pagoh - *Muhyiddin Mohd. Yassin* 012-2624312
19. Titiwangsa - *Rina Mohd. Harun* 013-8301880
20. Kubang Pasu - *Amiruddin Hamzah* 019-4540044
21. Simpang Renggam - *Maszlee Malik* 019-3431974 017-2360435
22. Alor Gajah - *Mohd. Redzuan Md. Yusof* 019-3316953
23. Muar - *Syed Saddiq Syed Abdul Rahman* 019-3714673
24. Tambun - *Ahmad Faizal Azumu* 019-5726777
25. Sungai Besar - *Muslimin Yahya* 011-32332419
26. Kuala Pilah - *Eddin Syazlee Shith* 019-6622174
27. Sri Gading - *Shahruddin Mohd. Salleh* 013-3558055
28. Tanah Merah - *Ikmal Hisham Abd Aziz* 019-3335272 
29. Jeli - *Mustapa bin Mohamed* 019-3891155
30. Hulu Terengganu - *Rosol Wahid* 012-9838307
31. Tasik Gelugor - *Shabudin Yahaya* 012-4213334
32. Sepanggar - *Azis Jamman* 017-8581174
33. Larut - *Hamzah Zainuddin* 012-2004208
34. Bagan Serai - *Noor Azmi Ghazali* 012-5037007
35. Sabak Bernam - *Mohd Fasiah* 012-6705674
36. Masjid Tanah - *Mas Ermieyati* 016-2570667
37. Mersing - *Abdul Latiff Ahmad* 012-2221999
38. Kudat - *Abdul Rahim Bakri* 019-3232767
39. Beaufort - *Azizah Mohd Dun* 019-6196264
40. Sipitang - *Yamani Hafez* 
41. Beluran - *Ronald Kiandee* 019-5313337
42. Libaran - *Zakaria Mohd Edris* 010-9555320

*Warisan*
43. Semporna - *Shafie Apdal* 017-2323225
44. Batu Sapi - *Liew Vui Keong* 010-2142338 / 012-9692872
45. Penampang - *Darell Leiking* 013-8369888 / 016-8326969
46. Silam - *Mohamaddin Ketapi* 019-8691669
47. Labuan - *Rozman Isli* 016-8138000
48. Kota Belud - *Isnaraissah Munirah Majilis* 013-8759929
49. Sipitang - *Yamani Hafez* 013-8501777
50. Papar - *Ahmad Hassan* 012-2024489
51. Kalabakan - *Ma’mun Sulaiman* 019-8339806

Blog Archive

My Blog List

Followers