Isu

((GEMPAR)) PH AKAN BERPECAH TIDAK LAMA LAGI? AMANAH JADI PUNCA PERPECAHAN?

TERKINI!! - ANWAR SELEPAS JUMPA SPRM

Team khas untuk tumbang Pas Kelantan


RENCANA KHAS

 




Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggelarkan Pas sebagai parti pelacur politik. Gelaran itu diberi memandangkan sikap dan tindak tanduk parti berkenaan yang tidak ada prinsip dan maruah dengan mengadakan kerjasama politik dengan sesiapa sahaja.

Gelaran dibuat Tengku Razaleigh itu tentu melihat kepada realiti yang berlaku. Satu masa parti itu menentang Umno dan kini menerima Umno sebagai pakatan politik yang strategik. Begitu juga satu masa parti itu bermusuhan dengan DAP, kemudian berpakat kemudian bermusuh balik. Malahan dari semua aspek politik Pas meletakkan DAP sebagai pendosa. 

Sikap tidak istiqamah Pas itu menyebabkan Tengku Razaleigh menggelar Pas sebagai pelacur politik. Lebih sadis dari itu beliau minta agar dilawan (dikalahkan) dalam Piraum ke-15 kelak. 

Ahli Parlimen itu mempunyai bukti dan tawarikh panjang dalam mengenali hati budi munafik Pas serta sifat-sifat jijiknya. Beliau adalah antara tokoh politik yang cukup arif dengan telatah dan cara Pas berpolitik. Beliau terlibat sendiri baik ketika melawan dan berkawan dengan Pas. 

Tahun 1990 beliau pernah berkerjasama dengan Pas ketika memimpin Parti Semangat Melayu 46, mewujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Hasil kerjasama itulah membolehkan Pas memerintah semula Kelantan setelah kerajaannya dirampas Umno dalam Piraum 1978.

Antara dimeterai dalam kerjasama itu, Pas bersetuju untuk menubuh kerajaan bersama dengan APU. Salah satu janji adalah untuk memberi jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) kepada Semangat 46 diikuti beberapa kerusi Exco dan jawatan eksekutif dalam GLC lainnya. 

Tetapi saat kerajaan ditubuhkan janji itu dimungkiri. Jawatan TMB diberikan kepada wakil Pas, (Abdul Halim Abdul Rahman) sementara wakil Semangat 46 dilantik menjadi TMB ke-II (Mohd Rozali Ishok) yang tidak ada pun dalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Kemungkiran Pas itu memberi pengalaman pahit pertama buat Tengku Razaleigh macam mana Pas melanggar janjinya sendiri. 

Pengalaman itu menjadi Ahli Parlimen Gua Musang itu sangat mengenali Pas yang menjadikan beliau tidak mempercayai Pas. Namun Tengku Razaleigh seorang yang bersikap tasamuh, beliau mesra kawan dan bersahabat dengan pemimpin Pas tetapi tidak lagi tidur dalam perut Pas lagi. 

Bertolak daripada sejarah itulah, maka Tengku Razaleigh sangsi dengan Muafakat Nasional yang dibentuk oleh Umno dengan Pas kini. Kesangsian Tengku Razaleigh itu berasas apabila Pas kini lebih intim dengan PBBM berbanding dengan Umno, sedang Pas terlebih dahulu mengadakan tahalul siyasi (ta'awun) dengan Umno kemudian diikuti dengan pembentukan Mufakat Nasional dengan Umno. 

Malahan apa dinamakan sebagai Piagam Muafakat Nasional pun ditanda tangani dengan Umno yang saksikan ahli kedua-dua parti tersebut, ia dilangsungkan di PWTC. Tetapi apabila hadir PBBM selepas rampasan kerajaan PH, Pas menjadi intim dengan PBBM. Pas mengubah haluan dan cinta kasihnya daripada Umno kepada PBBM. Pas terpesona dengan kedudukan dan jawatan. Celaka. 

Tidak ada masalah kalau pun Pas rapat dengan sesiapa sahaja. Itu strategi politik yang dihalalkan dalam sistem demokrasi Barat aliran Machiavellisme. Tetapi apa yang tidak disenangi dan mengilankan Tengku Razaleigh dan sesetengah pemimpin Umno lain, apabila PBBM secara diam dan nyata bertujuan untuk membunuh Umno. Apabila Pas seperti tidak membela Umno bahkan memberi sokongan kepada PBBM, inilah menyebabkan timbul kemarahan dan kesangsian Tengku Razaleigh dan lain-lain pemimpin terhadap setiakawan Pas yang dilihat secara langsung ikut mengizinkan PPBM untuk membunuh Umno kepada Pas.

Saking marah itu, Tengku Razaleigh mendesak partinya segera meninggalkan kerajaan PN dan serentak itu memberi pukulan kepada Pas dengan menyokong penuh kalau Umno melawan Pas dalam pilihan raya akan datang. Dalam erti kata lain secara peribadi Tengku Razaleigh menolak kerjasama Umno dengan Pas.  

Apakah harapan dan kemahuan Tengku Razaleigh itu ikhlas atau setakat ocoh-ocohan semata-mata? Sekiranya apa disebut Tengku Razaleigh itu sesuatu yang serius, dalam konteks Kelantan wajar sekali kalau Pas ditewaskan dalam Piraum akan datang. Cadangan Tengku Razaleigh itu suatu yang sangat terdesak. Dengan kegagalan Pas membangunkan Kelantan dan menggunakan kepercayaan rakyat selama lebih 30 tahun, wajar kalau kerajaan Pas ditukar ganti. 

Justeru saranan Tengku Razaleigh itu sangat bertepatan. Saranan itu juga akan disokong oleh rakyat Kelantan yang waras dan sudah melihat dan sedar akan ketidak-mampuan Pas untuk terus memerintah Kelantan. Banyak isu-isu yang tidak terungkap dan ditangani Pas sedangkan parti itu sudah memerintah selama 32 campur 18 = 50 tahun.  Kegagalan Pas itu menyebabkan rakyat Kelantan merasa tertipu atau pun mandat mereka disia-siakan sahaja.

Isu dan masalah klasik.

Isu klasik atau masalah rakyat yang gagal diatasi banyak, antaranya seperti masalah kemudahan air bersih dan beberapa prasarana lain yang setanding dengan negeri-negeri lain. "Kelewehan" Pas dalam menjaga alam sekitar, mengawal pembalakan dan perlombongan yang menyebabkan setiap tahun berlaku "banjir ajaib" di Kelantan. 

Begitu juga kegagalan Pas memanfaatkan wang royalti Petroleum bernilai berbillion ringgit mengecewakan. Belum ada apa-apa projek sebagai tanda mata yang dibangunkan dengan wang royalti tersebut. Rakyat tidak nampak apakah manfaat dibangunkan untuk mereka hasil daripada royalti. 

Apa yang ada dan kelihatan berubah ialah para pemimpin misalnya wakil rakyat dibelikan Mercedes Benz (14 buah) bernilai jutaan ringgit dan diberikan wang saku (peruntukan) sebanyak RM50,000 tiap seorang. 

Bukan itu sahaja taraf sosial rakyat Kelantan juga masih terkebawah berbanding dengan negeri-negeri lain. Kelantan masih kekal menduduki negeri kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Status ini memalukan dan jelas menunjukkan ketidak-mampuan kerajaan Pas Kelantan melonjakkan pembangunan material dan pembangunan sosial-ekonomi di Kelantan. Kadar pengangguran, jenayah dadah, jenayah sex luar tabii (membabitkan agamawan) dan lain-lain tidak menunjukkan pengurangan bahkan bertambah dari tahun ke tahun.

"Kelemauan" kerajaan Kelantan itu membimbangkan sekali. Ia tidak boleh dibiarkan berterusan kerana menganiayakan rakyat Kelantan. Justeru jalan terbaik ialah kerajaan Kelantan perlu diubah, Pas tidak seharusnya diberi mandat lagi untuk terus memerintah Kelantan Piraum ke-15 kelak. 

Apa lagi kalau ditakdir Pas menang dan Mohd Amar Nik Abdullah dilantik menjadi MB, banyak lagi kelukaan dan kesedihan yang berlaku dan dialami oleh rakyat Kelantan. Apakah rakyat Kelantan sanggup menelan hujah-hujah dan helah bodoh dan simplistik yang Pandir diberikan oleh Mohd Amar setiap kali dihadapkan masalah kepadanya? 

Bukan mudah.

Persoalannya kini, untuk melakukan itu bukan semudah yang disebut dan difikirkan. Paling merumitkan apabila rakyat Kelantan seperti sudah selesa dan menerima hakikat apa yang ada di Kelantan kini. Keunikan rakyat Kelantan yang disebut dan dibanggakan masih berlaku dalam politik, mereka terus unik dalam memilih kerajaan, berbeza dengan rakyat negeri lain.

Itu tidak boleh disalahkan kepada rakyat Kelantan. Sebagai masyarakat yang didendangkan dengan jaminan Syurga mereka sanggup menghirup debu dan memakan embun asalkan dijanjikan Syurga di akhirat. Doktrin Pas sejak tahun 1960 sudah, atau 70 tahun lalu cukup hebat. Secara psikologi dan sosiologi perlu dirombak doktrin berkenaan kalau tidak mahu lihat Pas menjadi kerajaan. Tetapi itu bukan mudah.

Doktrin yang dilekat di minda rakyat Kelantan itu baru akan berubah apabila berlakunya perubahan kerajaan. Perubahan kerajaan menyebabkan projek atau program indoktrinasi  akan tergencat dan perlahan-lahan akan ludes (runtuh).  Itulah cara terbaik dan paling pantas.

Kebimbangan ini sebenarnya sudah disedari sejak dua atau tiga puluh tahun lepas. Lantaran itu usaha untuk menukarkan kerajaan telah dilakukan oleh Umno sejak zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB Kelantan lagi. Namun ia gagal. Rakyat Kelantan teruja dengan agenda Islam dan saksiah Nik Aziz sebagai pemimpin. Peluang terbaik untuk ditukar kerajaan ialah pada tahun 2004 dan terbaharu dalam Piraum ke-14 lalu, tetapi gagal. 

Tahun 2004 kerajaan Pas sudah hampir-hampir ghuyub. Pas memerintah dengan dua kerusi sahaja. Bagaimana pun kekalahan itu diperbaiki hingga Pas mendapat majoriti 2/3 semula pada Piraum berikutnya. Dan terbaharu ialah pada Piraum lalu. Arus perubahan dan tsunami politik yang sudah melanda Pantai Barat, Selatan dan Utara tidak terbabas ke Kelantan.  Kelantan dan Terengganu terselamat, terus dalam rangkulan Pas. Kelantan dan Terengganu diselamat oleh banjaran Titiwangsa.  

Kekalahan atau kegagalan untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya lalu, sebenarnya tidak perlu ditakuti atau dijadikan suatu mitos yang kerajaan Pas tidak boleh digugat. Mengatakan Pas tidak boleh dikalahkan satu khurafat, sebab Pas pernah ditumbang pada tahun 1978. Sesungguhnya kerajaan Pas boleh ditumbangkan sekiranya ada kerjasama yang memberi impak dalam pilihan raya akan datang. 

Bentuk team khas.

Di sini ada formula macam mana untuk menukar kerajaan Kelantan pada Piraum akan datang. Jika pun kerajaan Pas tidak jatuh ia boleh menggugat kerajaan berusia 32 tahun itu untuk tidak mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Formulanya adalah perlu dibentuk satu team untuk menentang Pas dalam Piraum akan datang. 

Team itu itu boleh diumpamakan Team Bolasepak. Anggap politik di Kelantan sebagai game bolasepak. Sejarah telah mencatatkan team sepak bola di Kelantan pernah mencapai kejayaan gemilang dengan merangkul tiga tiga piala, triple. Siapa pun tidak pernah terfikir team bolasepak Kelantan mampu sampai ke tahap itu. Tetapi itu sudah direkod dan dilakarkan. 

Nah begitulah team politik yang hendak tumbangkan Pas di Kelantan harus kental seperti team bola sepak Kelantan semasa dipimpin Annuar Musa itu. Sekiranya Annuar Musa masih seperti dahulu sudah tentu Annuar Musa akan dimasukan dalam team untuk merampas Kelantan ini. Tetapi sayang kini Annuar Musa lebih menjaga dirinya daripada nasib rakyat Kelantan. 

Kekuatan dan kejayaan bola sepak Kelantan dahulu, bukan diuruskan oleh Kafa, yakni Persatuan Bolasepak Kelantan, tetapi oleh Red Warrior, sebuah syarikat.  Dalam erti kata lain, ia diswastakan. Kalau ia diuruskan oleh Kafa mungkin bola sepak Kelantan tidak berbah dan berdaya maju mustahil dapat merangkul piala. 

Begitu juga dalam politik, harus diswastakan untuk menumbangkan Kelantan jangan diserahkan kepada mana-mana parti secara bersendirian. Makanya untuk menghadapi pilihan raya akan datang perlu dibentuk team khas yang terdiri daripada beberapa parti utama dan ia bukan diserahkan kepada sesebuah parti sahaja. 

Jika ia diserahkan kepada sesebuah parti katakan kepada Umno, ia tidak akan dapat menandingi Pas. Umno tidak mampu berhadapan Pas dengan bersendirian. Begitu juga kalau diserahkan kepada parti-parti dalam PH ia tidak dapat menguggatkan Pas. Apa lagi pencapaian PH dalam pilihan raya lalu di Kelantan sangat menyedihkan. 

Sekiranya ada hasrat serius untuk merubahkan kerajaan Kelantan perlu diwujudkan satu team atau pasukan khas ini. Ia tidak boleh dilawan Pas secara bersendirian atau pun mengguna pakai pakatan sebelum ini atau tektikal sama. PH tidak mampu untuk mendepani Pas. Apa lagi kalau Pas benar akan berkolaborosi dengan PBBM, semakin sulit. Mereka yang berada dalam team atau muafakat ini hendaklah sejati dan mempunyai niat yang sama untuk membela Kelantan dengan menafikan Pas daripada terus berkuasa di Kelantan. 

Ada beberapa individu atau tokoh politik yang dilihat mempunyai aura dan mempunyai pengaruh peribadi masing-masing. Mereka ini boleh bergabung dalam team ini. Dengan ada ura-ura yang Umno ingin bekerjasama dengan PH di Kelantan ia satu peluang terbaik untuk membawa dimensi politik baru di Kelantan. Kerjasama ini boleh digagaskan Team Pembela Rakyat Kelantan Piraum 15.

Perlu disedari juga kemantapan team ini akan mempengaruhi pengundi di Kelantan khasnya mereka yang berada diluar Kelantan, perantau. Anak Kelantan yang berada diluar dan mengundi di Kelantan sekitar 160,000 hingga 200,000. Mereka adalah menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana parti atau pakatan di Kelantan. Kemenangan Pas di Kelantan dalam beberapa pilihan raya lalu adalah kerana sokongan pengundi luar. 

Parti politik menjadikan pengundi luar ini sebagai "gunda" mereka. Beberapa pilihan raya Umno gagal untuk mempengaruhi pengundi luar ini kerana itu parti itu gagal untuk merampas Kelantan, dan kalah di malam terakhir. Kenapa ini berlaku ialah kerana beberapa faktor. Antaranya kerana mereka lihat Pas lebih bersih daripada Umno. Selain itu mereka juga takut kalau memilih Umno akan terhumban ke dalam neraka. Tetapi anggapan itu sudah tidak ada lagi apabila Pas telah "menyamak" pendirian politiknya, sudah boleh bergabung dengan sesiapa sahaja, perubahan kepercayaan ini peluang baik buat pembangkang di Kelantan. 

Untuk mewujudkan team yang mantap dan diyakini ini saya lihat ada beberapa individu perlu bergabung tenaga. Bergabung atas satu niat. Saya melihat mereka ini ada aura dan pengaruh tersendiri. Mereka juga ada kepakaran dan track record sebagai politis tersendiri, setidak-tidaknya diharap untuk memimpin Kelantan. 

Mereka ialah Tengku Razaleigh HamzahIbrahim Ali, Husam Musa, Wan Abdul Rahim dan Ahmad Jazlan Yaacob. Kebetulan mereka ini adalah pemain utama dan menjadi pemimpin parti, seperti Ahmad Jazlan menjadi Pengerusi Umno Kelantan. Wan Rahim adalah penasihat Parti Amanah Negara (Amanah). Manakala Tengku Razaleigh dan Husam walaupun hanya selaku ketua bahagian dan kawasan tetapi mereka yang cukup dikenali di Kelantan dan menjadi ikonik politik di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Begitu juga dengan Ibrahim Ali selaku presiden parti Putra, seorang tokoh yang dilihat menghabiskan usianya dengan berbakti kepada rakyat Kelantan menerusi politik.

Jika diumpamakan mereka sebagai team bola sepak Kelantan, Tengku Razaleigh merupakan penasihat, Husam sebagai jurulatih, Ibrahim sebagai pengurus teknikal, Wan Rahim pula sebagai pelatih fizikal dan Jazlan pula selaku Bendahari. Selain mereka itu, mereka akan dibantu oleh pemain profesional lain seperti Ramzi Abdul RahmanAlwi Che Ahmad, Fatmi Che SallehAbdul Aziz Drasid, Adhan Awang Kecil  dan lain-lain sebagai pemain. 

Kalau individu ini ikhlas, insaf dan bersedia untuk sepakat team pembela Kelantan itu boleh dibentuk. Kita percaya team ini yang terdiri daripada professional akan diyakini oleh pengundi luar. Pasti bila diadakan perlawanan nanti mereka akan kembali dan akan memenuhi Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk memberi sokongan. Golll..... 

Namun sekiranya dalam pilihan raya akan datang mereka akan turun padang (pilihan raya) dengan pasukan mereka masing-masing, menggunakan team lama yang sudah beberapa kali tewas, mereka bukan sahaja tidak akan berjaya merangkul piala kemungkinan mereka juga akan turun di division atau terkeluar terus dari liga bola sepak. [wm.kl. 10:09 pm 12/03/2021]

 

ANWAR MINTA SPRM TELUS SIASAT UGUTAN POLITIK LIBAT SEORANG MENTERI KANAN

 


Alhamdulillah, hari ini saya telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd Azam Baki tadi adalah bagi menyampaikan serta menyuarakan kebimbangan kami di barisan pembangkang dan masyarakat madani.

Isu rasuah dan salahguna kedudukan adalah isu yang sangat penting kerana ia akan menentukan jatuh bangun bangsa ini, tergantung pada tekad dan iltizam kita dalam menyanggahnya.

Selainnya, saya turut berkongsi dengan Datuk Seri Azam Baki bahawa terdapat percubaan dari pihak pemerintah melalui seorang ‘Menteri Kanan’ yang menggunakan ugutan serta tekanan kepada beberapa orang ahli Parlimen pembangkang demi untuk terus berpaut pada kuasa, dan ia memerlukan tindakan dan siasatan menyeluruh berhubung ini.

SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu adalah badan yang punya integriti serta keupayaan untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa rasa gentar dan pandang bulu.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Ketua Pembangkang

22 Mac 2021.




30 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL.


SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.

SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.



 

Anwar gesa SPRM siasat menteri kanan kerajaan PN yang didakwa menyogok MP PKR

 

Anwar gesa SPRM siasat menteri kanan kerajaan PN yang didakwa menyogok MP PKR


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bersikap lebih telus dalam menyiasat dakwaan wujudnya sogokan dan ugutan membabitkan seorang menteri kanan seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu antara perkara yang dibangkitkan beliau dalam pertemuan hampir satu jam dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Isnin.

“Saya tegaskan kalau benar ada kes, bukti dan fakta kuat tentang perilaku rasuah, saya tak datang (menemui Azam) untuk pertahankan (kes yang didakwa).

“Tapi ada kes khusus seorang mantan menteri mengadu pada saya, beliau diberi jaminan (oleh) seorang menteri kanan jika beliau lompat (sokong kerajaan), dia akan dibebaskan daripada tindakan rasuah.

“Saya kata kalau kita benar-benar bersih dan tiada rasuah, kita tak harus bimbang. Tapi dalam kes ini seolah-olah keadaan terkawal dan siasatan diam terus,” katanya pada pemberita sebaik selesai mengadakan pertemuan dengan Azam di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun berkata, Azam memberi jaminan kes tersebut tidak akan ditutup sekiranya wujud rasuah seperti didakwa.

“Keseluruhannya (hasil pertemuan), saya puas hati dengan mereka (SPRM), sikap sederhana, lunak, berbincang, dengar hujah-hujah dan pandangan saya.

“Mereka juga kemukakan pandangan dan (saya) ingat ia satu permulaan yang baik,” katanya.

Anwar tiba di Ibu Pejabat SPRM jam 2.53 petang bagi mengadakan pertemuan dengan Azam.

Beliau yang hadir dengan menaiki kenderaan berwarna hitam sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu masuk bangunan suruhanjaya itu.

Pertemuan Anwar dengan Azam adalah bagi membincangkan ugutan atau pelawaan yang diterima ahli Parlimen pembangkang daripada seorang menteri kanan agar menyatakan sokongan kepada pihak tertentu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kebimbangan rasuah dalam kalangan pemimpin politik sehingga berlaku lompat parti termasuk daripada PKR. Malah turut mendakwa lima Ahli Parlimen PH diberi ugutan atau pelawaan dengan pelbagai sogokan untuk menarik sokongan mereka. 









Solat rapat satu keluarga pun nak bangga, sampai keluar fatwa, Singapura dah lama buat

 


Solat rapat satu keluarga pun nak bangga, sampai keluar fatwa, Singapura dah lama buat

Entah apa apa, Dah setahun..Sorang Mufti pun tak mampu berfikir..termasuk Menteri Agama, Menteri Nikah Kahwin.. Sembang deras, urus SOP dan Sistem Masjid pun dah setahun tak nampak Bayang..

Aku dah tulis sebelum ini..Soal Solat dalam keluarga yang Sama dah lama dilaksanakan di Singapura.. Di Setiap Masjid disediakan ruang Khas Solat untuk Keluarga..SOP Masjid di Singapura jauh lebih baik..Depa tak perlu ada Parti Islam..Ada Mufti yang bersusun ramainya apalagi seperti Mufti Utara..

Singapura tak perlu Peruntukan Lebih RM 1 Billion hanya untuk membiayai JAKIM setiap tahun.. Mereka hanya ada Sorang Mufti Muda dan Majlis Ulama Singapura yang menguruskan hal ehwal Masjid dan Ummat Islam..

Dah setahun dok riuh boleh Solat Rapat Satu Keluarga..Apa punya teruk lah IQ mufti ni.. 🙂

Ipohmali

Aziz Bari tempelak Takiyuddin, gantung parlimen pada 1969 bukan contoh yang baik

 


Aziz Bari tempelak Takiyuddin, gantung parlimen pada 1969 bukan contoh yang baik


Langkah menggantung parlimen selama dua tahun ekoran ketegangan kaum pada 1969 bukanlah idea yang baik ketika itu, justeru ia tidak wajar diulangi sekarang, kata pakar perlembagaan.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang kini menjadi Adun pembangkang di Perak, Abdul Aziz Bari, berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab di sekitar pelaksanaan darurat kira-kira 52 tahun dulu.

“Sehingga kini insiden itu masih diselubungi misteri.

“Mungkin kerajaan patut mengubah status semua dokumen yang berkaitan dengannya kerana ia sudah berlaku lebih 50 tahun lalu,” katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan mesej.

Abdul Aziz yang juga naib pengerusi DAP Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam.

Menurut Takiyuddin semasa darurat berlangsung selama dua tahun mulai 1969 tiada sidang parlimen diadakan namun perjalanan pentadbiran kerajaan tidak berdepan masalah.

Sekarang pula, kata setiausaha agung PAS itu lagi, parlimen baru saja bersidang kira-kira tiga bulan lalu untuk meluluskan belanjawan dan ia dianggap tidak menimbulkan masalah.

Untuk rekod sepanjang tempoh negara berada dalam darurat dulu, Malaysia ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Antara isu yang perlu dijelaskan kata Abdul Aziz ialah siapa yang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar darurat diisytiharkan pada 1969 sama ada perdana menteri ketika itu – Tunku Abdul Rahman Putra – atau timbalannya – Abdul Razak Hussein – serta alasan ia diperlukan.

“Tunku dalam memoirnya Before and After May 13 bersikap kritikal terhadap keseluhan hal itu.

“Ringkasnya, bergantung kepada darurat pada 1969 mungkin bukan langkah yang baik.

“Sama macam sekarang – tidak mengadakan sidang parlimen pada 1969 adalah keputusan yang buruk dan ia tidak sepatutnya dicontohi,” katanya. 








TEMURAMAH YANG WAJIB DITONTON.IANYA BERLAKU 3 HARI LEPAS BERSAMA SAIFUDDIN NASUTION ((GEMPAR)) ANWAR ADA MAJORITI WALAU TANPA PEJUANG, WARISAN & MUDA! KERJA...

Datuk Husam Naik Mahkamah Kerana Masalah Air Kelantan? Datuk Husam Dah S...

Anwar Ibrahim: Sidang Media Selepas Pertemuan Bersama KP SPRM & Isu-Isu ...

RIBUT DALAM CAWAN KOPI KEADILAN PASIR GUDANG

 


Saya ingin jadi Orang Tua yang tidak terlibat tetapi ingin jadi pendamai yang neutral dalam taufan kecil dunia politik Parti Keadilan Rakyat di Pasir Gudang. Sebenarnya krisis ini kecil sahaja ibarat ribut dalam cawan kopi tetapi badai tempiasnya terpukul juga kepada Majlis Pimpinan Keadilan Johor (MPN).

2. Tidak baik sebetulnya, mendedahkan masalah rumah tangga sendiri - keluarga Keadilan Johor dan Pasir Gudang- ini di khalayak ramai, ibarat mendobi baju di tepi Lebuhraya Pasir Gudang yang banyak berlubang itu. Tetapi apabila ribut dalam cawan kopi ini telah tular dan virel ke seluruh sudut planet bumi angkara internet tanpa sempadan ini, lalu saya terpaksa bercakap juga.

3. Saya dijemput ke Mesyuarat Permuafakatan pada 25 Mac ini untuk menyelesaikan satu masalah berbangkit tentang perlantikan Timbalan Ketua Cabang menjadi Ketua Cabang Parti Keadilan Pasir Gudang berikutan kematian Ketua Cabang yang terdahulu baru-baru ini. Sebenarnya perkara penggantian Ketua Cabang ini mudah sahaja, tetapi kerana salah ditangani, lalu ia menjadi ribut kecil tak pasal-pasal.

4. Tetapi itulah politik. Jika tiada krisis, maka bukan politik namanya.Politik peringkat akar umbi ini kita boleh namakan politik cabang.Politik peringkat cabang ini berlaku di mana-mana dalam Parti demokrasi terbesar di Malaysia iaitu Parti Keadilan Rakyat. Biarkanlah aktivis-aktivis politik di peringkat akar umbi ini sedikit kebebasan berpencak silat atau bertaichi dan belajar mengasah gigi dan senjata politik, untuk mendapat kemahiran basic, sebelum masuk ke arena atau gelanggang politik yang lebih besar, ibarat sangkar singa, bak kata Pramodeya Anantatoer, Sasterawan terkenal Indonesia dalam Novelnya berjodol Rumah Kaca.

5.Kembali kepada Ribut Dalam Cawan Kopi di Pasir Gudang, saya percaya ianya boleh diselesaikan dengan baik. Dengan semangat setiakawan seperjuangan dalam Parti Keadilan, maka satu rumusan muafakat akan dapat dicapai berlandaskan perundangan di bawah Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang kaya dengan amalan konvensyennya yang dinamik. Anggota Keadilan sudah matang menghadapi pertentangan. Yang mana pertentangan hidup mati, atau berkerat rotan; berpatah arang. Yang mana pula pertentangan antara sesama rakan sama parti dan seperjuangan yang bersifat: Carik-carik bulu ayam; akhirnya bertaut juga. Atau air dicincang tidak akan putus.

6. Untuk sementara waktu, menjelang perundingan pada malam Khamis 25 Mac nanti, saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang menyeru semua pihak supaya bertenang dan bersabar. Berilah peluang kepada saya dan Pengerusi MPN Johor, Ahli Parlimen Ledang mencari jalan penyelesaian.

Sekian

Hassan Abdul Karim

21 Mac 2021 (Ahad)

 

ANWAR DI BEBERAPA LOKASI ( BERGAMBAR )

 

19.MAC

Petang tadi sambil diapit Azizah, saya menziarahi Prof Emeritus Abu Bakar Hamid di Hospital UM. Beliau adalah seorang sarjana sastera, mantan Ketua Pena guru dan juga seorang sahabat baik. Mendoakan aafiyah buat beliau dan semoga lekas diberi kesembuhan, inshaAllah.


May be an image of 1 person, standing, indoor and hospital



20 MAC

Hari ini di Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa acara.

Sudah semestinya Permatang Pauh merupakan tempat yang waj ib saya singgah, dan ianya menjadi ruang untuk saya ketemu teman-teman lama di Taman Guar Perahu, Penanti.

Saya sempat singkap sejarah dan nostalgia di Permatang Pauh yang mewarnai sebahagian besar hidup saya, selain menyentuh beberapa isu dan persoalan semasa yang memberi kesan kepada rakyat terbanyak, terutamanya masalah ekonomi, kemiskinan dan pengangguran yang semakin meruncing saat ini.

#PermatangPauh


May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person and standingMay be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people, people standing and people sitting



20 MAC

Bersama pimpinan KEADILAN Pulau Pinang di Teluk Bahang malam ini.

Saya tekankan keperluan untuk para pimpinan tingkatkan kerja dan prestasi jentera, sekaligus mengukuhkan kekuatan KEADILAN di negeri ini yang menjadi kubu kuat kita sejak 2008.

Pimpinan mesti sentiasa mengangkat suara rakyat keseluruhannya, serta terus mendukung mereka yang terkesan tatkala wabak COVID-19 terus menyerang.

KEADILAN mesti terus berpasak pada denyut dan derita rakyat. Suara rakyat mesti diperteguhkan serta hak mereka mesti terus dibela.

Warisan Melayu Pulau Pinang harus dipertahankan, sambil tidak meremehkan suara kaum Cina dan India kerana kemajmukan ini mesti kita pertahan dan terus semarakkannya.

#KEADILAN #PulauPinang

 

 

 



20 MAC

Sekalung penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki kerana sedia bertemu saya pada hari Isnin ini bertarikh 22 Mac 2021 pada jam 3.00 petang bertempat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dari kalangan pembangkang dan masyarakat madani.

Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik, InshaAllah.

ANWAR IBRAHIM

 

May be an image of 3 people



Hari ini Ahli-ahli Parlimen pembangkang sepakat menggesa pemerintah memanggil Sidang Parlimen sesegera mungkin dan untuk #TamatDarurat.





Alhamdulillah, hari ini saya telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd Azam Baki tadi adalah bagi menyampaikan serta menyuarakan kebimbangan kami di barisan pembangkang dan masyarakat madani.

Isu rasuah dan salahguna kedudukan adalah isu yang sangat penting kerana ia akan menentukan jatuh bangun bangsa ini, tergantung pada tekad dan iltizam kita dalam menyanggahnya.

Selainnya, saya turut berkongsi dengan Datuk Seri Azam Baki bahawa terdapat percubaan dari pihak pemerintah melalui seorang ‘Menteri Kanan’ yang menggunakan ugutan serta tekanan kepada beberapa orang ahli Parlimen pembangkang demi untuk terus berpaut pada kuasa, dan ia memerlukan tindakan dan siasatan menyeluruh berhubung ini.

SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu adalah badan yang punya integriti serta keupayaan untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa rasa gentar dan pandang bulu.












PEMIMPIN PUN SENGET...

 

IBRAHIM MAT ISA


Kalau pemimpin pun gelong, parti yang dipimpin apatah lagi kan?

Kali ini bukan salah makan ubat dah! Ini memang palotak dia betul-betul

 gelong..

 May be an image of 1 person and text that says ""Seseorang yang berbohong dalam politik akan melakukan penipuan terhadap rakyat dengan apa sahaja propaganda bagi mendapatkan sokongan." (Minda Presiden PAS: Cegah berita bohong, selamat dunia akhirat 21 MAC 2021) Dato Tuan Guru Dato'SerTunGuuHejiAu.HadiAang Haji Abdul Hadi Awang abdulhadi_awang MEDIAO PRESIDEN @abdulhadiawang Abdu Ûadi Awang"

May be an image of one or more people and text that says "'Wajib bohong demi jaga maslahat' Abdul Hadi 16 Feb 2019, 8:00 pagi (Dikemaskini 16 Feb 2019, 8:00 pagi)"May be an image of 3 people, people sitting and text that says "Sinar Seksbukan bukan Seks Kecewa Bersatu topik terima kotor 10 ah Sinar harian TELUS TULUS KHAMIS 440 RM50 juta tahfizberdaftar JUALANGUDANG RO Osrutt RM1.20 TENGAH DITEMBAK ENAM DAS DEPAN ANAK 16 kemaidekmilik Selutan Tanilmul,krlmuria Mohamad Abduh Nik Abdul tindakan beliau menafikan audio yang dikaitkan dengannya sebagai langkah menjaga kerahsiaan parti 'BERBOHONG DEMI PARTI' Ketika itu, berbohong adalah Jika bercakap benar ketika saya boleh anggap tindakan saya itu sebagai Kahkah bodoh.' al- Quran, M kah kal 'Atas nama pernah Assum' B018 SERIACIFIC eksklusif oleh Hodding Tempah Seri Pacifie HotelKuala Lumpur Februari 2019 OPEN DAY dengan tunding Peskahwinan +603-4049 4425/ 4428"




COVID-19: 1,116 kes positif baharu, 5 lagi kematian

 

Astro Awani
COVID-19: 1,116 kes positif baharu, 5 lagi kematian
Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 403 kes dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 158 kes dan Sarawak (124). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,116 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kini 334,156 kes.
Lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 1,238 kes.
Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,495 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini ialah 318,784 kes.
Sebanyak 14,134 kes aktif direkodkan dengan 156 menerima rawatan di Unit rawatan Rapi (ICU) dan 60 lagi menerima bantuan alat pernafasan.
Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 403 kes dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (158 kes) dan Sarawak (124 kes).
Berikut ialah jumlah kes harian mengikut negeri:
Selangor - 403
Sabah - 36
Johor - 86
WP KL - 158
Negeri Sembilan - 41
Pulau Pinang - 88
Sarawak - 124
Perak - 39
Kedah - 27
Melaka - 12
Kelantan - 44
Pahang - 42
Terengganu - 3
WP Labuan - 8
WP Putrajaya - 5
Perlis - 0




Gempar! KPN dedah pegawai polis atasan turut terima rasuah

 


Gempar! KPN dedah pegawai polis atasan turut terima rasuah


RASUAH dalam pasukan polis pernah berleluasa sehingga ketua polis negara (KPN) sebelumnya berada dalam senarai sindiket jenayah, kata KPN Abdul Hamid Bador.

“Pernah suatu ketika dahulu, mereka takut mengambil tindakan terhadap sindiket ini kerana wang diberi kepada KPN. Bukan KPN sekarang, tetapi yang sebelumnya,” kata Hamid tanpa menyebut sebarang nama. 

(function() { var d = document, w = window; w

JULAI 2021-PERISTIWA JULAI 2021