HISHAMUDDIN HUSSEIN MARAH PENENTANG UG?

Diam jika tidak setuju kerajaan perpaduan- AL HUSSEYN

Hj Hadi sedang menyantuni seorang pemberita?

Nak tahu pasal apa aku selalu bangkitkan isu Haji Hadi bersama Kerajaan Perpaduan? Sebabnya adalah supaya ahli PAS senantiasa ingat perancangan jahat Hj Hadi ini! 

 Masih ramai yang didalam PAS itu tidak percaya adanya usaha-usaha kearah perpaduang itu semata-mata buta kerana wala membuta tuli. 

 Ramai yang marah dan suruh aku berhenti tulis mengenai Kerajaang Perduang ini kerana menurut mereka itu adalah fitnah belaka.

Apakah orang-orang PAS UG in mahu aku wala' kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Auw Auw yang suruh  diam jika tidak setuju Kerajaang Perpaduang?


Diam jika tidak setuju kerajaan perpaduan

 Semua pihak yang tidak bersetuju dengan agenda menjayakan kerajaan perpaduan seperti yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini diminta mendiamkan diri.
 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tersebut perlu bagi memberi ruang kepada mereka yang sudah bersedia untuk melaksanakan hasrat murni itu. 
 ''Mana-mana pihak yang sudah bersedia, teruskan. Yang tidak bersedia, jangan tuduh pihak lain macam-macam," katanya.
 Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.  SUMBER 
Sorilah, aku akan teruskan penentangan terhadap agenda jahat Kerajaan Perpaduan anjuran Hj Hadi itu. Wala' kepada Hj Hadi, bermakna wala' kepada Umno!

Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?


Aku tidak akan jemu untuk mengulang-ulang perkara ini...... 
Al-Soal : Kenapa Haji Hadi begitu marah kepada Anwar....? 
Al-Jawab : Kerana PKR memecat keahlian Khalid Ibrahim.....!

Al-Soal : Kenapa Haji Hadi beria-ria mempertahankan Khalid Ibrahim...?
Al-Jawab : Kerana Haji Hadi sudah berjanji kepada Khalid Ibrahim dan Sultan bahawa selagi dia jadi Presiden PAS, dia akan pastikan Khalid kekal sebagai MB Selangor.

Al-Soal : Apa muslihat Haji Hadi, sebenarnya....?
Al-Jawab : Menurut Dr Zuhdi dalam whatsapp JKKP, PAS merancang untuk bergabung dengan UMNO dan mewujudkan kerajaan campuran di Selangor, serta mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB, lalu ingin menjadikan PKR dan DAP sebagai pembangkang....

Al-Soal : Kenapa pengkhianatan yang dirancang itu gagal...?
Al-Jawab : Rancangan jahat itu digagalkan oleh tindakan 2 Adun PAS yang tandatangan SD menyokong Wan Azizah, menyebabkan gabungan PAS+UMNO+TSKI tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Al-Soal : Apakah benar 2 orang Adun itu telah belot kerana keluar PAS dan masuk PKR....?
Al-Jawab : Tidak sama sekali...! YB Shaari Sungip dan YB Hasnol hanya menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk jadi MB.... Tidak ada pembelotan sama sekali.

Al-Soal : Justeru, kenapa Haji Hadi begitu marah sehingga menuduh PKR curi Adun PAS....? Bahkan 2 Adun itu dituduh menjadi barua....! 
 
Al-Jawab : Haji Hadi pun tak faham kedudukan sebenar..... Tidak dapat dipastikan samada Haji Hadi hanya menurut kata orang bawahan yang bodoh, atau Haji Hadi sendiri yang tak cerdik.

Al-Soal : Apa maksud Haji Hadi bila dia mengatakan tak mahu bawa orang PAS masuk neraka jahanam kalau PAS membiarkan Wan Azizah jadi MB...?
Al-Jawab : Tiada siapa pun yang tahu... Haji Hadi sendiri pun tidak mahu menjelaskan, mungkin dia sendiri pun tak faham apa yang dia kata.

Al-Soal : Kenapa Haji Hadi melalut dan merepek sejak akhir-akhir ini...?
Al-Jawab : Kerana hasratnya untuk menggabungkan PAS dengan UMNO telah gagal dan niat jahatnya untuk mengkhianti PKR dan DAP tidak kesampaian.... Sebab itu dia menaruh dendam kesumat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. 

Al-Soal : Terimakasih atas jawapan.... Nanti kalau ada soalan lain, saya tanya lagi.
Al-Jawab : Sama-sama... Ya, silakan. ~ Abe Awang Malaya 
 
sumber al Husseyn

(function() { var d = document, w = window; w

TEMPOH PKP 3.0 MUNGKIN LEBIH PANJANG, KERAJAAN PN PIMPINAN MAHIADDIN BUAT DUA KESILAPAN – NAJIB

  T empoh bagi PKP 3.0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1.0 dan PKP 2.0. Ini pasti, jika mengikut segala logik, sains dan d...