TENGOK LEBAI NI


 

PERPADUAN ADALAH PENTING







 

SIMBOL ARNAB DAN UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA DARI DSAI


 

BUDAYA MENEGUR


 

*Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid; pada hari Jumaat 20 Januari 2023 di George Town, Pulau Pinang*

 *Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid; pada hari Jumaat 20 Januari 2023 di George Town, Pulau Pinang*





_Laporan polis terhadap MP Permatang Pauh, semoga beliau segera sedar dan insaf_


Saya telah membuat suatu laporan polis terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PAS, YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan; berikutan perkongsian di laman Facebook beliau yang mendakwa bahawa ‘orang kafir’ ingin ‘menjatuhkan Islam’.


Kenyataan tersebut, meski dengan tergesa-gesa telah dipadam dan kononnya ditulis oleh pentadbir media sosial beliau; adalah sangat berpotensi membawa bahaya terhadap perpaduan negara berbilang kaum ini. Fawwaz telah mempersenjatakan media sosial miliknya untuk meniup bara kebencian dalam kalangan penyokongnya, demi kepentingan politik.


Kenyataan tersebut boleh mengganggu ketenteraman awam, malah tidak melampau kalau kita katakan bahawa ia boleh mencetuskan kerusuhan antara kaum. Dan ini tentu sekali bersalahan dengan undang-undang, seperti yang termaktub di bawah Seksyen 499, 505(b) dan (c) Kanun Keseksaan serta Seksteb 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Ini tentunya bukan kali pertama Fawwaz mencuba untuk mencetuskan ketegangan antara kaum di tengah kehangatan pilihan raya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Beliau sepatutnya menjauhi publisiti murahan dengan bermodalkan sentimen kaum dan agama, kalaupun beliau tidak mempunyai kapasiti intelek untuk membahaskan soal-soal ekonomi dan dasar yang lebih meluas demi kemaslahatan masyarakat terbanyak.


Fawwaz harus segera menginsafi bahawa beliau adalah seorang wakil rakyat bagi seluruh lapisan masyarakat. Bukan agama atau kaum tertentu sahaja. Semoga pihak polis tidak berdiam diri dan menyiasat nawaitu Fawwaz agar ia segera diperbetulkan demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air.


*SYERLEENA ABDUL RASHID*

*AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA*

*ADUN SERI DELIMA*


PM TOLONGLAH KAMI NAK KELUARKAN KWSP- BIAR KAMI MEREMPAT MASA TUA NAK MAMPOIH NANTI


 

WAKIL S/U KEWANGAN SARAWAK


 

NI SEKOQ LAGI DIA DOK PERTIKAI JALAN KAMPUNG TAK BERTURAP.....JANGAN BAGI ORANG TAU KITA TAK CERDIK


 

BEZA OTAK WALAUN


 

TINGGALKAN YANG LAMPAU DAN MULAKAN HIDUP YANG LEBIH BERMAKNA DAN SELAMATKAN NEGARA KITA


 

Berani Bang khai sound Ayoh chik. Tak takut masuk melaka ke dia nih 😆




 

KAWASAN TARIKAN BARU KATANYA

 

AYUH BANGKIT PERTAHAN ? -

WALAUN dan WALAUNTIT mohon jawab Description: 😅

Model jerangkap samar komunis Viet Kong semasa perang Vietnam - Amerika.

Tarikan pelancong terkini di Taman Uda Murni, Kota Bharu. Boleh pakat datang selfie.

Kredit to : Mutawwif Muhammad Fakhri Ibrahim

#bangkitpertaha






 

Ingat hebat sangat...last2 terhegeh2 datang jumpa PMX




 

BAGAIMANA KITA MAHU MAJU JIKA BARU BERDEPAN ISTILAH DICUNGKIL ANWAR SAJA SUDAH MERUNGUT?

 

Bukan main bising dan meroyan lagi mereka yang anti Anwar Ibrahim mencemuh dan mengkritik PMX itu apabila semakin hari ada saja istilah bahasa Melayu yang selama ini hanya terperap dalam lipatan habuk Kamus Dewan telah dicungkilnya untuk diangkat sebagai istilah seharian.

Mereka yang terbiasa setiap hari dengan bahasa biasa dan enggan meneroka pembaharuan lantas jadi marah konon ia menyusahkan rakyat bila keluar ungkapan seperti wewenang, cerakin, tatanan serta ikhtiar nirmala yang tidak pernah didengari sebelum ini.

Lalu mereka menyifatkan bombastik Anwar itu tidak memberi sebarang guna, malah tidak pun menyebabkan telur berlambak di pasaran.

Harus kita sedari, apa yang dilakukan Anwar dengan mencungkil istilah-istilah itu adalah untuk menunjukkan bahasa Melayu kita sebenarnya kaya dengan perbendaharaan yang menarik yang tidak pernah digali selama ini.

Sebahagian kita mungkin ada Kamus Dewan di rumah masing-masing tetapi lebih suka membiarkannya berteman habuk daripada menyelaknya sekali-sekali untuk menambahkan kekayaan dalam berbahasa, baik menulis atau berbicara.

Namun apabila sentiasa ada istilah baru dicungkil Anwar, mahu tak mahu, Kamus Dewan kenalah dicari semula.

Untuk itu, tidakkah apa yang dilakukan Anwar itu sesuatu yang berguna kepada kita sebagai rakyat dalam menambah lagi kekayaan ilmu di dada?

Bagi mereka yang mencemuh kononnya cungkilan istilah itu menyusahkan dan memeningkan rakyat memahami apa yang disampaikan Anwar, hendaklah diingat, beliau hanya mencungkil satu atau dua perkataan baru saja dalam selang waktu beberapa hari sekali, baik dalam ucapan mahu pun hantaran tulisan di media sosialnya.

Beliau bukanlah sepenuhnya berucap dengan bahasa yang bombastik dan penuh dengan istilah-istilah baru sehingga maksud ucapan atau tulisannya tidak boleh difahami sama sekali.

Yang mustahak, kita harus sedia untuk terus belajar dan meneroka pembaharuan.

Kalau kita boleh berjam-jam setiap hari bermain FB, membalas Whatsapp atau membawang dengan kawan-kawan, takkan tak boleh mencari masa seminit dua untuk membuka Kamus Dewan bagi memahami istilah baru itu?

Apabila Anwar membentangkan Belanjawan 2023 nanti, pasti lebih banyak istilah baru dicungkilnya dan ini sekaligus menjadikan Kamus Dewan lebih menjadi sahabat kepada kita semua.

Bukankah semua ini baik untuk kita, kecuali jika kita memang jenis pemalas dan tidak suka memajukan diri sendiri?

Dengan apa yang dilakukan Anwar itu juga, ia adalah bukti sahih bahawa beliau seorang pemimpin yang amat mencintai bahasa Melayu dan mahu ia terus berkembang segar seiring dengan kemajuan semasa.

Beliau tidak seperti sesetengah pemimpin yang suka memilih bercakap dengan bahasa biasa kepada rakyat, kononnya agar mudah difahami, tetapi bukanlah kita tidak tahu, apabila bersama keluarga di rumah, mereka itu lebih selesa dengan bahasa Inggeris sebagai komunikasi utamanya.

Bagi yang merungut konon penggunaan istilah baru itu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada rakyat, terutama mendepani isu kos sara hidup, ketiadaan telur dan kenaikan harga ayam di pasaran, adalah jelas mereka ini jenis yang tidak sedia menerima ilmu baru.

Tanbahan lagi, cungkilan istilah baru itu hanyalah sampingan atau selingan daripada sekian banyak cabang keprihatinan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Adakah kita melihat dengan melontarkan istilah-istilah baru itu, kerjanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jadi terabai?

Tidakkah kita melihat bagaimana kerajaan mengumumkan pelbagai perkara setiap hari, begitu juga dengan menteri-menteri kabinet yang turut bekerja keras saban masa demi kepentingan rakyat?

Terpenting juga, dengan keupayaan mencungkil istilah baru di samping tidak mengecewakan dalam peranannya sebagai ketua kerajaan, Anwar dalam hal ini dengan sendiri memperlihatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berfikiran luas dan sentiasa ingin mengajak rakyat mencari pembaharuan serta kemajuan.

Daripada pembaharuan dan kemajuan berbahasa – yakinlah – dengan pemikiran luas dimilikinya, di samping banyak kelebihan lain seperti kewibawaan, ketrampilan, keyakinan dunia dan hubungan antarabangsanya yang hebat, Anwar sebenarnya mampu memberi lebih kebaikan kepada negara kita ini.

Tetapi, bagaimana kita mahu maju jika hanya baru diperkenalkan istilah yang tidak pernah didengari saja oleh seorang Perdana Menteri, itu pun istilah tersebut sudah sedia wujud dalam Kamus Dewan, bukan suka-suka hati beliau menciptanya sendiri, kita sudah merungut dan enggan berubah? – ShahbudinHusin 20/01/2023.



Alkisah... "Alkisah tersebutlah kisah. Datang beramai-ramai bawa anak kita mengadap kebawah duli yang Maha Suci Tuan Guru Hadi Awang untuk memdaftar sebagai ahli syurga..."




 

MADANI









 

Di negeri PAS sahaja yang ada cahaya terang menderang. Di Selangor tak boleh azan tak boleh pergi masjid.

 


JANGAN BIARKAN RAKYAT SUSAH-


 

AKU BUAT VIDEO PUNYA SUKA AKU LA- TAK IKOT KO WALAUN, KO ORANG MENEGAK SYARIAT ISLAM ? ORANG LAIN TAK IKUT ISLAM...


 

ULANG SEMULA-PUNYA CERDIK - DIA LETAK HARGA SYILING- BAB ORANG TAK CERDIK DOK PERTIKAI BAB TELOQ NI MASA PN JADI KERAJAAN . TAPI NAK BUAT MACAMANA?


 

DAP NI ANAK BUTIR TAIK PAP- SALAM PULAK DENGAN KEPALA TAIK- WOIII USTAZ PETIR....BAIK DIAM LA....SALOR BANTUAN LEPAS LEPAS SALUR KOT MANA...


 

SALAH SATU ISU IALAH ISU KHALID IBRAHIM PUNCA PR DAN PAS PECAH- KES MENTERI BESAR


 

MANA RAYA DULU NI BAB TOL PERCUMA NI....


 

Dia punya bebal tiada sempadan SAMPAI BILA ORG MELAYU PEMIKIRAN KOLOT

 

Normn Radzuan


Dia punya bebal tiada sempadan

SAMPAI BILA ORG MELAYU PEMIKIRAN KOLOT


Saya tidak pasti mahu menegur secara intelektual atau downgrade penulisan utk puak2 mereka ini faham bahawa bebal itu suatu yg patut dijauhi.


Nak sinis biarlah nampak bijak. Setakat ini tiada apa2 isu yg membina negara yg ingin mereka hujahkan. Ini nak bagitahu Bang Lebai Madani itu maksudnya M ( kemampanan ), A ( Kesejahteraan ), D ( Daya Cipta ), A ( hormat ), N ( Keyakinan ) dan I ( Ihsan ). 


Kadang2 saya tgk lebai ini dia upgrade kebebalan masing2 melampau sangat. Macamana ramai yg percaya cakap2 lobai ini. Patut mana2 Universiti perlu ada team critical thinking mengkaji bagaimana lebai2 ini boleh menjadi bebal begitu sekali.


Maaf la pagi2 Jumaat ini emo sikit. Bukan marah sebab fitnah tapi geram sebab apa bebal sangat ini.

Mesyuarat MA63 | Tumpuan lawatan PM ke Sarawak


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Kuching petang Khamis bagi lawatan kerja dua hari ke Sarawak. Ini merupakan lawatan kerja pertama Anwar selepas menjadi Perdana Menteri ke-10. Perincian lanjut mengenai lawatan kerja itu kita bersama wartawan AWANI Borneo, Nuzuluddin Abdul Razak.

[LANGSUNG] Ucapan PM pada Majlis Jamuan Negeri sempena lawatan kerja ke ...


Sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching, Sarawak, beliau menghadiri dan berucap pada majlis makan malam jamuan negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

MP Permatang Pauh Lempar Batu, Sembunyi Tangan (PAS MP, Fawwwaz Jan, de...



Fawwaz is a liar and an arrogant person who is full of himself. He denied making racist remarks His ego is simply huge. After he defeated Nurul Anwar in the GE-15 he fancies himself a hero for kicking Nurul out, and toppling the Anwar dynasty in Permatang Pauh Source:

LULUS LPF SEPTEMBER TAHUN LALU...

 

The irony. Apa lebai marzuk dah tak ada wasap nombor lebai Deris Bobobo ke? Ingat tuan-tuan, 5 hari sahaja depa kata boleh selesai semua masalah. Mungkin depa busy nak bentang RUU355 di padang Merbok sampai lupa check Islam masih terancam lagi ke tak masa tu.






KEKAL DULU PADA KADAR SEDIA ADA UNTUK TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF





Alhamdulillah. Kerajaan perpaduan ini prihatin dan cakna pada rakyat. Walaupun kenaikan OPR ini di kawal selia sepenuhnya oleh BNM, tapi Kerajaan Perpaduan dan Bank Negara telah duduk semeja tempoh hari untuk capai keputusan menang-menang untuk semua. Tapi kalau Fed reserve US naikkan lagi rate lepas ini, mungkin susah nak tahan kenaikkan OPR pada masa hadapan.



Tak stabil pun tak apa lah..kami nak jugak yang stabil tapi tak cukup jomloh...