NAK PANGGIL SAYA INSPEKTOR TANDAS. TAPI SAYA BUAT KERJA UNTUK PASTIKAN IA BERJALAN DENGAN BAIK


 

BERTANDING DALAM ILIHANRAYA UNTUK BANTU RAKYAT.

 


Bertanding dalam pilihanraya ini bukan semata-mata nak popular atau boleh main emosi.


Calon yang menawarkan diri mesti ada idea, mesti ada visi dan penyelesaian kepada masalah rakyat sebab itu lah amanah rakyat kepada kita.


Tidak ada bapa yang ingin tinggalkan hutang kepada anak, tidak ada ibu yang mahukan kehidupan anak lebih susah dari mereka. Naluri sebagai manusia, kita mahukan yang terbaik kepada generasi anak cucu kita. 


Maka, setiap keputusan yang kita ingin ambil mesti lah ke arah membawa lebih banyak kebaikan dan ambil kira kesan jangka panjang kepada kehidupan anak cucu kita.


Sebagai pengundi, tugas kita adalah membuat perbandingan secara rasional, tidak terpengaruh oleh emosi, supaya kita dapat membuat pilihan yang berinformasi dan yakin bahawa calon yang dipilih adalah yang paling berkelayakan untuk memimpin berdasarkan kepakaran, idea, dan kemahiran yang dimiliki.



SULTAN KEDAH MELARANG PAS GUNAKAN MASJID.


 

JOM DENGAR APA SANUSI BELIT. BILA KENA HENTAM DENGAN KJ DIA PUKUL TAK TAHU.


 

KOMEN PENDEK TAPI BERBISA



 Fahmi Reza


Ada orang panggil dia "Hero Malaya" tapi dia tak mau hadirkan diri ke balai dan tak jawab panggilan phone Bukit Aman sebab takut kena tangkap polis... hero apa macam ni? 😂😂😂


WOIII...HANG CABUT TAK P KAT NUSI KA....



HAKIKATNYA sekarang mereka ingin membela Sanusi atau cuba menutup nama Pa$ yang sudah buruk lagi tercemar?

Kalau hendak membela Nusi sewajarnya ramailah2 pemimpin Pa$ & Ber$atu pergi mahkamah (perkarangan) memberi sokongan moral kepada adik si Budin itu.

Sebagai Ketua Pemuda Fadhli sepatutnya juga perlu mengetuai  pemuda2 pergi ke Selayang. Tapi Fadhli awal-awal  lagi cabut dengan alasan terpaksa bergegas balik Kelantan untuk renew lesen memandu. 

Tidak kelakarkah bunyinya? (🤣🤣🤣)



KES SANUSI SERIUS, SENTUH MARUAH RAJA MELAYU


 Penggunaan Akta Hasutan ke atas Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor dilakukan bersesuaian dengan kes yang membabitkan Raja raja Melayu.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kes Sanusi dianggap serius kerana melibatkan maruah sultan yang dipersenda.

“Dari segi dasarnya kita elak penggunaan Akta Hasutan tetapi bila menyentuh kedudukan raja raja (hal itu jadi lain). Kritik Perdana Menteri tak pernah gunakan itu (Akta Hasutan) sebagai satu alasan (pendakwaan).

“Tetapi ini soal kedudukan dan martabat raja raja yang harus kita pelihara dan sanjung. Kena elak (raja raja) daripada menjadi satu wacana atau perbahasan politik yang tidak sihat,” katanya di hadapan pemberita merasmikan Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor.

Menurut PM lagi, penyokong Sanusi harus melihat kronologi peristiwa ucapan pemimpin Pas itu sehingga berlakunya pendakwaan.

Katanya, bukan sahaja orang ramai yang membuat laporan polis tetapi juga Dewan di-Raja Selangor berbuat demikian.

Oleh itu, tuduhan yang menyatakan pendakwaan sengaja dilakukan secara terburu buru oleh Kerajaan Perpaduan kerana hampir tarikh Pilihan Raya Negeri adalah tidak benar.

“Tengok siapa yang buat laporan, Dewan di-Raja Selangor. Itu kita kena tengok.

“Kemudian apa komen Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semalam

“Kes tak selesai. Jadi saya ingat ikut proses (pendakwaan) itu,” katanya.

Pagi tadi, Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa berhubung ceramahnya di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai lalu.

Dalam ceramah itu Sanusi mempersoalkan pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari oleh Sultan Selangor. Sanusi juga membandingkan Kesultanan Selangor dan Kedah.

“Bukan koman-koman (lekeh), sultan setara itu hangpa bayang dan tengok Menteri Besar (merujuk dirinya), sultan hebat macam itu tak akan pilih Menteri Besar cokia macam Amir (Amirudin).

“Inci pun tak berapa cukup.”

Susulan ungkapan itu, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis ke atas ucapan Sanusi.


MUHYIDDIN TAK ADA MODAL, ASYIK CERAMAH ISU TELUR



RIDUAN SAMSUDIN

 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar tidak terus berceramah isu tidak cukup bekalan telur di pasaran kerana pada ketika PN memerintah, bekalan telur pernah tidak stabil berbulan bulan lamanya.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata, jika Mahiaddin tidak ada cara untuk pulihkan bekalan telur seeloknya beliau berceramah isu lain.

“Tan Sri Muhyiddin dalam ceramah dia tak habis-habis sembang telur tak cukup. Paling kurang sebagai bekas seorang Perdana Menteri, saya harap bila berceramah beliau boleh tawarkan penyelesaian dan cadangan untuk bantu ekonomi rakyat dan bukan cerita dia mula pelihara ayam.

“Cerita ayam dan telur tak cukup semua ini sebenarnya bermula dari zaman Perikatan Nasional,” kata Rafizi di Facebook.

Tegas Timbalan Presiden KEADILAN itu, kekurangan bekalan telur dan ayam adalah disebabkan kelemahan kerajaan PN era Mahiaddin bertindak menstabilkan bekalan sejak 2021, mengakibatkan gangguan bekalan pada 2022.

Hal itu katanya, dampak daripada kegagalan kelemahan beliau mengesan kenaikan kos makanan ternak dan insentif segera kepada penternak bagi mengelakkan kerugian gagal disediakan sehingga banyak penternak menghadkan pengeluaran atau menutup ladang.

“Inilah yang berlaku sejak setahun lalu kerana kegagalan kerajaan pada ketika itu tangani masalah ayam di peringkat bekalan (“supply side”).

“Sementara kerajaan menetapkan harga siling, penternak-penternak ayam tidak dibantu dan menjual ayam pada harga yang ditetapkan dengan kos yang merugikan.

“Ambil contoh kos seekor ayam adalah RM11 tetapi mereka dipaksa jual pada harga RM9 tanpa ada apa-apa insentif yang membantu menyelesaikan masalah penternak.

“Akibatnya penternak berhenti pelihara ayam. Ini menyebabkan bekalan ayam mula terganggu dan harga ayam semakin melambung.

“Saya harap sudah-sudahlah bercakap tajuk yang sama dalam setiap ceramah dan mula tawarkan penyelesaian sebenar kalau PN betul-betul ada cara yang lebih baik dari kami,” kata Rafizi lagi.



ORANG POLITIK JAGA ADAB, JANGAN SENTUH ISU 3R



RIDUAN SHAMSUDIN


 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru pemimpin politik yang akan mula berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam dua minggu akan datang agar tidak menyentuh isu Raja, Agama dan Kaum (3R).

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, menjaga sensitiviti masyarakat lebih utama berbanding kempen atau kemenangan pilihanraya.

“ABIM melahirkan rasa dukacita bila mana terdapat sesetengah pemimpin politik yang ghairah berkempen tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat, apa lagi menyentuh isu 3 R

“ABIM berpendirian, mana-mana pemimpin politik harus menjaga adab, tatasusila, sensitiviti masyarakat serta bertanggungjawab mempertahan nilai perpaduan dan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut merujuk titah Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di mana tindakan tegas dan segera wajib diambil untuk menghentikan aktiviti mana-mana pihak, sama ada secara ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran serta membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu-isu agama dan kaum.

Menurut Faisal lagi, titah yang disampaikan ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Disember lalu itu sangat relevan dilaksanakan pada ketika ini bagi mengelakkan perpecahan masyarakat.

“Atas peringatan itu, ABIM berpandangan bahawa tindakan serta merta harus dilakukan terhadap mana-mana pemimpin yang cuba memanipulasi isu 3R.

“Kesan terhadap manipulasi 3R sangat besar, kerana ia mudah untuk mencetuskan keretakan dalam masyarakat.

“Sudah sampai masa ahli politik serta penggeraknya didisiplinkan untuk fokus berkempen atas dasar dan perancangan yang meningkatkan kualiti hidup rakyat ketika ini atau generasi mendatang,” katanya.

Faisal juga menegaskan dalam konteks sebagai seorang Muslim, Islam tidak menjustifikasikan fitnah, politik kebencian, serta pembunuhan atau perlecehan karakter sebagai sebahagian daripada perjuangan siasah.


Elok MB Sanusi bersara, tiada kualiti memimpin

 




AMIR AHMAD



Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak layak untuk terus menjadi Menteri Besar.

Ahli Majlis Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bahawa isu berkaitan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina institusi diraja masih belum selesai menunjukkan seriusnya perbuatan pemimpin Pas itu.

Tambahnya, sebagai seorang pemimpin, Sanusi gagal menunjukkan teladan supaya rakyat terus menjunjung dan menghormati institusi diraja yang menjadi tonggak kepada negara ini.

“Bagi saya Muhammad Sanusi tidak layak jadi Menteri Besar atau pemimpin politik dan eloklah beliau bersara kerana sebagai pemimpin, seharusnya seseorang individu itu perlu sentiasa seiring dengan Sultan mana-mana negeri sekali pun,” katanya.

Sementara itu Faiz mendakwa, tindakan Muhammad Sanusi yang memperlekeh institusi diraja bukanlah pertama kali berlaku.

Sanusi katanya, pernah mengeluarkan kenyataan seakan mempertikai Yang di-Pertuan Agong berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan yang kononnya tidak dititahkan baginda dalam satu siri ceramahnya sebelum ini.

“Itu pun satu penghinaan kepada Agong kerana kita semua tahu bahawa Seri Paduka Baginda sendiri titahkan agar diwujudkan Kerajaan Persekutuan.

“Jadi apabila Muhammad Sanusi dakwa tak ada bukti Agong bertitah demikian, beliau sebenarnya telah menghina institusi diraja,” katanya.

Justeru Faiz mengingatkan Sanusi agar tidak menyalahkan pihak lain kerana kononnya mempolitikkan hal tersebut sedangkan beliau sendiri sering membuat kenyataan-kenyataan melampau.

“Beliau sering ‘spin’ fakta terutamanya berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan. Sekarang bukan rakyat yang ‘spin’ kerana istana yang keluarkan kenyataan bahawa perkara ini belum selesai.

“Pohon maaf bukan satu penyelesaian dan tindakan sedemikian tidak akan mendidik rakyat untuk mematuhi undang-undang.

“Di mahkamah nanti, beliau ada hak untuk mempertahankan dirinya tetapi jika siasatan menunjukkan terdapat prima facie, perlu ada pendakwaan dijalankan sebagai satu bentuk pengajaran terhadap beliau,” tambahnya.



CHEGUBARD ‘MAT PROPA’ PN TIADA PEMIMPIN BERKUALITI


 

RIDZUAN SAMSUDIN


Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disifatkan berfungsi tidak lebih dari sekadar menjadi ‘Mat Propa’

Pandangan itu dilontar Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi atau pun memorandum daripada Chegubard berhubung kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.

Menurut Razeef, kenyataan SPRM bahawa Che’gubard enggan masuk ke dalam ibu pejabat agensi berkenaan bagi tujuan penyerahan memorandum, sebaliknya hanya mahu melakukan penyerahan maklumat melalui pos jelas satu propaganda murahan yang dimainkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Perkara ini sekali gus membuktikan tidak ada bukti kukuh terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Chegubard memang dikenali sebagai seorang yang ‘hanya tahu cakap’ tetapi tidak melalui pelaksanaan, malah ketika dahulu bermacam tuduhan dilemparkan terhadap Azmin Ali (Datuk Seri) yang kini menjadi ‘bos’ kepada beliau,” kata Razeef dalam satu kenyataan

Chegubard bersama penyokongnya sebelum ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi mendesak agensi itu menyiasat kediaman Anwar yang dakwanya dimiliki lelaki Cina.

Beliau turut membangkitkan isu Anwar menggunakan beberapa kereta mewah yang didakwa bukan milik Perdana Menteri.

Chegubard kemudian meluahkan hasrat untuk menyerah memorandum di pondok keselamatan pintu depan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai sidang media, namun apabila dimaklumkan prosedur penyerahan memorandum mesti dibuat di dalam premis dan ada pegawai yang sedia menunggu untuk menerimanya Chegubard kemudian menolak untuk masuk.

Sementara itu Razeef berkata, tindak tanduk Chegubard jelas membuktikan tahap pemimpin PN yang tidak berkualiti.

“Mereka hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa bukti asas, cukup sekadar dijadikan kandungan TikTok oleh laskar (pasukan) siber mereka,” ujarnya.



ANGKAT TANGAN GAYA ANWAR KENA MATA LEBAM.

 


Nak tiru gaya PMX! Tapi dia sebenarnya yang salah! Tu yang x mengaku salah kat Mahkamah sebenarnya menderhaka pada Sultan Selangor tak? 


Lawan Kerajaan ❌

Lawan Sultan Selangor ✅


#️⃣ #PNderhaka

KERANA MULUT BADAN BINASA.....


 

JANA WIBAWA.


 

INI ADALAH KRITIKAN. WALAUN MEMANG TAK CERSIK- BUKA SIKIT FIKIRAN. APA INDUSTRY HILIRAN DAN MALAYSIA GAGAL TARIK FDI YANG BEEKUALITI TINGGI


 

TAK AKHLAK- HANG CERCA HANG CACI BABITKAN SULTAN.TU MASAALAH HANG.


 

BELI BARANG TAK BERKHASIAT- NANTI OTAK SEMBAB. BAIK KO BELI AYAM DAPAT LA 3-4 EKOR.

 



Kelakar la walaun. Dah terdesak sangat nak tunjuk harga barang mahal. Dia tunjuk troli masih kosong tapi kena bayar RM163.70 total.


Tapi korang tengok barang apa yang dibelinya tu. Aku pun tak tau yang RM17.99 tu apa tapi dalam video tunjuk macam nugget.


Sebungkus je dah RM17.99. Dia beli sampai empat. Total dah jadi RM71.96. Nugget je sampai RM72. 


Ko beli nugget sampai 4 bungkus. Itu keperluan ke? Kalau ko beli ayam, dah dapat berapa ekor dah tu. Sekilo RM9 je sekarang ni walaun oi! Dah dapat 8kg ayam dah tau!


Ini jenis orang gaji kecil tapi nafsu bedar. Diri miskin tapi nak pakai Vellfire. Kena bayar RM2k sebulan, gaji jadi tak cukup nak belanja.


Last-last dia marah majikan sebab gaji kecil. Lepas tu marah kerajaan kata barang mahal. Yang dia beli benda tak mampu tak jadi salah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

KISAH SI PENAKUT BELAGAK BERANI

 


"Saya tak gentar tuan-tuan. Datang la. Saya harap depan-depan!"


"Psst... Bos... Polis call ni."


"Hah? Erk... Mampuih aku. Reject call. Reject!"


"Dah nak buat lagu mana ni bos?"


"Lari la. Nak tunggu apa lagi. Kita pi nyorok mana mana..."


Guane boh?


 

Raja Gelap 


TUHAN BAYAR TUNAI.DULU FITNAH PH TAK HORMAT RAJA RAJA MELAYU. SEKARANG JELAS.....JANGAN BEEI UNDI PADA PARTI YANG ANTI SULTAN.



SERIBU PERSOALAN DARI PAK LEBAI NI. MERAPU JA BANYAK NI...MANA SATU HANG NI.



 Kena balik Kelantan untuk renew lesen memandu? Aku ingat boleh renew lesen di mana-mana pejabat pos atau JPJ. Masak la kalau orang Johor duduk di Sabah atau Sarawak. Besar kos nak renew lesen.


Atau sebenarnya alasan je sebab takut kena angkut sekali dengan Sanusi? Cabut Kelantan awal-awal  supaya senang. Tak tahu dah nak beri alasan apa, cakap nak renew lesen memandu. Tanya je ni...


Tapi kan, dia cakap hadiri Mesyuarat Tertinggi PN. Dan dia kata, Sanusi pun ada. Dia kata lagi, dia tahu Sanusi akan ditahan keesokan hari. Kalau dia tahu, kenapa Sanusi boleh tak tahu pulak? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



Peningkatan Bil Elektrik Bukan Salah Smart Meter









 Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menghadapi badai tohmahan yang besar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam buah negeri apabila dikaitkan dengan punca kenaikan bil elektrik. Pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan terutamanya kepada Perdana Menteri ke 10 (PMX) sebagai menyusahkan rakyat dan tidak menunaikan janji.


Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) telah menyatakan bahawa kenaikan bil elektrik dalam kalangan 9.5 juta pengguna domestik di Malaysia bukan disebabkan oleh penggunaan Smart Meter yang diperkenalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), beberapa isu diperingkat global dan domestik telah menjadi punca kepada isu tersebut.


Namun fakta yang dibentangkan tidak diendahkan oleh Exco Lajnah Isu Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dewan Pemuda PAS Gombak, Mohd Iqman Iberahim dengan menyangkal kenyataan dan fakta yang dipertahankan oleh TNB.


Kenaikan harga bahan bakar


TNB buat masa kini menggunakan fossil fuel dan arang batu sebagai sumber utama untuk menjana elektrik di Malaysia, namun peperangan Ukraine - Rusia dan kejatuhan nilai ringgit diperingkat global telah menyebabkan kos penjanaan elektirk bertambah dalam bentuk Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

Mohd Fauzi Fadzil

Kos ICPT walaupun telah diserap sebahagiannya oleh pihak kerajaan melalui pemberian rebat bil elektrik kepada pengguna yang layak tetap tidak dapat menampung sepenuhnya jumlah kenaikan bil elektrik. Akibatnya lebihan kenaikan kos ICPT terpaksa ditanggung oleh pengguna.


Kenaikan bil elektrik dalam kalangan pengguna domestik di Malaysia tidak boleh dikaitkan dengan penggunaan Smart Meter. TNB melalui penegasan Akta Bekalan Elektrik 1990 terpaksa menukar meter baru untuk setiap pengguna domestik di Malaysia dalam tempoh 15 tahun.


Smart Meter digunakan di seluruh dunia


Smart Meter adalah alat pengukur penggunaan elektrik yang paling tepat dan canggih berbanding alat pengukur sebelumnya (Meter Digital dan Meter Analog). Smart Meter telah digunakan secara meluas oleh negara-negara maju terutama di Eropah, justeru penggunaan elektrik akan dapat direkodkan secara lebih tepat. Mustahil wujud kecurangan berbentuk “penindasan dalam senyap” melalui penggunaan Smart Meter kerana tahap efisyen teknologi tersebut yang diperakui oleh negara-negara maju di dunia.


Kenaikan bil elektrik dalam kalangan pengguna domestik di Malaysia juga perlu dikaitkan dengan tingkahlaku pengguna sendiri yang terdorong menggunakan barangan elektrik (seperti alat penghawa dingin dan kipas elektrik) secara kerap kesan daripada fenomena El Nino.


Suhu di Malaysia boleh mencecah sehingga 40°C akibat fenomena El Nino, keadaan ini sudah tentu memaksa penggunaan barangan elektrik untuk menyejukkan badan lebih dari kebiasaan. Rakyat Malaysia juga telah mula dibiasakan dengan budaya bekerja dari ruam (work from home) selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini juga membantu meningkatkan bil elektrik pengguna di kawasan bandar terutamanya.


Secara tuntasnya Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan menaikkan taarif elektrik, malah tarif elektrik di Malaysia masih dikekalkan seperti tahun 2014.


Rebat elektrik turut diberikan bagi membantu meringankan bebanan pengguna di Malaysia, justeru tuduhan tidak berasas bagi memburukkan Kerajaan Perpaduan hanyalah cubaan terdesak sesetengah pihak bagi menghadapi PRN yang bakal menjelang tidak lama lagi.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor