90% SEMUA RAKYAT PAHAM KECUALI DIA TAK PUNYA OTAK UNTUK MEMAHAMI DAN CAKAP KOSONG.
Sistem negara ini ialah sistem Raja Berpelembagaan. Bukan Raja Mutlak.
Adakah Pemuda PAS tak faham berkenaan perkara ini? Atau buat-buat tak faham?
Maknanya, kuasa YDPA terbatas kepada peruntukan Perlembagaan dan kedaulatan undang2. Ini yang YDPA Sultan Abdullah cuba sampaikan Februari lalu. Bagi mereka yang nak faham isu. Baginda minta kita hormati undang2.
Hari ini, Mahkamah dah putuskan, tiada tahanan rumah kerana Adendum yang dibuat tidak berpelembagaan.
Tetapi Ketua Pemuda PAS masih tak faham dan dah hampir borderline menghina Mahkamah ya. Walhal YDPA dah pesan lama dah. Pemuda PAS sudah lupa ke?
Saya hairan, yang buat keputusan itu Mahkamah. Tapi dia mengamuk marahkan Kerajaan semasa. Adakah dia pikir PM dan Kabinet sekarang boleh suruh sarah Mahkamah ikut cakap mereka?
If that’s the case. Kena ingat. DSNR dijatuhkan hukuman dan kena penjara ketika zaman UMNO jadi PM ya. Zaman orang dia DS Ismail Sabri jadi orang nombor satu negara
Kalau masa UMNO jadi PM pun depa tak buat apa nak selamatkan bekas PM kesayangan mereka.
Kenapa bila orang lain jadi PM mereka menyerang pula? Dan Pemuda PAS lebih Kuah daripada sudu??????
Pergolakan PN Perlis : Selesai Cara Adik-Beradik, Kata Shahidan
ARAU – Perikatan Nasional (PN) Perlis tidak dimaklumkan mengenai penarikan sokongan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, sebaliknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media.
Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, isu penarikan sokongan ADUN tidak seharusnya dibesar-besarkan sehingga mencetuskan persepsi wujud krisis dalam PN.
Menurut beliau, pergolakan politik yang berlaku ketika ini akan diselesaikan secara berhemah dan semangat kekeluargaan tanpa menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri.
“Saya dengar perkara ini melalui media sosial. Namun, sebagai Pengerusi PN negeri, saya tidak nampak adanya satu pakatan yang dibuat. Kalau ada pakatan, saya pasti tahu kerana perkara seperti ini mesti diputuskan secara bersama dan melalui parti.
"Ini bukan krisis, tetapi perbezaan pendapat. Jika kita anggap ia krisis, ia boleh melemahkan parti. Cara penyelesaiannya mesti secara adik-beradik, bukan bergaduh sesama sendiri,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Dana Pendidikan Yayasan Fawwaz di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
.
Sumber : Sinar Harian
.
Teruskan Bersama @PerlisPermai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.
Kami Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten dimana kami menghormati sepenuhnya keputusan Mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara.
Saya memandang amat serius dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin DAP yang secara terbuka bersorak dan meraikan keputusan Mahkamah melibatkan Dato’ Sri Najib Razak hari ini.
Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan DAP, YB Yeo Bee Yin, yang kami anggap amat melampau, tidak sensitif dan mengguris hati rakyat.
Perbuatan ini bukan sahaja biadap, tidak berperikemanusiaan dan jijik, malah memperlihatkan politik dendam yang langsung tidak mencerminkan kematangan, empati dan adab seorang pemimpin dalam negara berbilang kaum
Kamu angkat dan hormati titah Tuanku sewaktu ingin membentuk kerajaan, akan tetapi hari ini titah adendum buat Dato’ Sri Najib ini tidak terpakai pula. Dahulu kamu sorok titah ini sehingga Istana Pahang keluarkan titah adendum dan hari ini titah ini tidak sah pula.
Saya menyeru pimpinan UMNO Malaysia, agar kita memperhalusi semula kedudukan UMNO dalam Kerajaan hari ini. Andai perlu duduk dikerusi pembangkang pun kita sanggup! Asalkan tidak tergadai maruah dan mendokong titah Tuanku Sultan Pahang.
Perjuangan kami berprinsip, demi maruah dan tanggungjawab kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Melalui kes Permohonan Semakan Kehakiman No. WA-25-136-04/2024 ini, kita dapat melihat beberapa fakta yang belum dilapor di media berhubung kes Titah Addendum Najib Razak.
Terdapat tujuh responden di dalam kes ini iaitu:
Menteri Dalam Negeri
Komisioner Jeneral Penjara
Peguam Negara Malaysia
Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi)
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Di Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Malaysia
Penghakiman ini juga telah menerbitkan semula secara penuh Perintah Pembebasan Awal Najib Razak, antara lain kandungannya:
Najib Razak didapati bersalah atas 3 kesalahan iaitu:
a) S. 23 dan dihukum di bawah S. 24 Akta SPRM
b) S. 409 Kanun Keseksaan
c) S. 4(1)(b) dan dihukum di bawah S. 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Hukuman penjara kumulatif adalah 17 tahun mulai 22 Ogos 2022.
Lembaga Pengampunan WP dalam mesyuarat yang ke-61 pada 29/1/2024 telah menasihati YDPA untuk mengekalkan hukuman dan Najib Razak meneruskan baki hukuman.
Bahawasanya adalah munasabah pada hemat YDPA, belas kasihan patut diberi kepada Najib Razak dan menggunakan kuasa yang terletak hak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memerintahkan Najib Razak dibebaskan awal pada 23 Ogos 2028 dan denda dikurang kepada RM50 juta.
Sekiranya denda tidak dibayar tempoh penjara ditambah setahun dan tarikh pembebasan adalah 23 Ogos 2029.
Tarikh cop mohor YDPA adalah pada 29 Januari 2024.
Pada tarikh yang sama, 29 Januari 2024, Titah Addendum telah dikeluarkan oleh YDPA yang mana waraqah ikhlas fatul akhyar telah diwasalkan oleh Tuhan Seru Sekalian Alam ke Majlis Yang Berbahagia Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, Peguam Negara Malaysia yang MENITAHKAN SEBAGAI TAMBAHAN kepada keputusan YDPA di dalam mesyuarat ke-61 supaya Najib Razak menjalani baki hukuman menerusi penahanan dalam rumah (house arrest).
Kuasa pengampunan
Beberapa isu telah dibangkitkan khasnya sama ada Titah Addendum itu sah dan berkuatkuasa.
Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching telah membuat beberapa analisa:
Analisa mengenai Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan membuat kesimpulan bahawa:
a) YDPA mempunyai kuasa untuk pengampunan.
b) Lembaga Pengampunan bagi WP adalah terdiri dari Peguam Negara, Menteri WP dan 3 ahli lain yang dilantik YDPA.
c) Lembaga Pengampuan akan memberikan nasihat kepada YDPA.
d) Sebelum Lembaga Pengampunan memberikan nasihat, pertimbangan hendaklah diberikan kepada nasihat bertulis Peguam Negara.
e) Lembaga Pengampunan mesti hadir bermesyuarat dan dipengerusikan oleh YDPA.
Prerogative of mercy
Bahawa Perkara 42 merupakan suatu prosiding prerogatif pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong dan tidak tertakluk kepada hak perundangan.
Kuasa ini adalah kuasa penuh YDPA. Walau bagaimanapun, kuasa hendaklah digunakan secara mengikut peraturan (exercised judiciously).
Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61
Mesyuarat ini mendedahkan bahawa Najib Razak telah memohon untuk mendapatkan pengampunan penuh.
Pandangan bertulis Peguam Negara dan rekomendasi Jabatan Penjara telah dikemukakan. YDPA ke 16 telah mencadangkan supaya Najib Razak diberikan pengampunan penuh dan meminta Lembaga Pengampunan memberikan pandangan.
Lembaga Pengampunan menyatakan Najib Razak tidak sewajarnya mendapat pengampunan penuh. Kemudian YDPA telah mencadangkan supaya Najib Razak diberikan penguranan 50% hukuman penjara dan pengurangan denda kepada RM50 juta. HANYA ADA SATU ITU SAHAJA KEPUTUSAN YDPA DI DALAM MESYUARAT TERSEBUT.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Isu sama ada Titah Addendum itu mematuhi Per. 42
Mahkamah mendapati bahawa isu tahanan rumah langsung tidak dibahaskan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tidak mematuhi kehendak Perkara 42.
Mahkamah mengakui bahawa kuasa pengampunan (power of clemency) adalah prerogatif diraja tetapi perlu mematuhi peruntukan Perlembagaan.
Mahkamah juga mendapati bahawa perintah tahanan rumah ini adalah tidak pernah ada duluan (precedent) dan telah secara fundamental mengubah bentuk pemenjaraan.
Maka, adalah lebih mustahak hal ini dibentangkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan. Pandangan Mahkamah ini adalah berdasarkan kepada prinsip yang telah diputuskan dalam kes The Attorney General of Malaysia v Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak and another appeal (Mahkamah Persekutuan), antara lain menyebutkan “Article 42( further mandates that any meeting of the Pardons Board must be held in the presence of the YDPA, who shall preside over its proceedings. This requirement is both procedural and constitutional in nature. Any failure to adhere strictly to the procedural safeguards and substantive requirements under Article 42 will render the entire clemency process susceptible to constitutional challenge and Judicial Review.”
Isu sama ada Titah Addendum tidak boleh dicabar (non-justiciable)
Mahkamah mendapati isu dalam hal ini berbeza dalam kes-kes lain yang terdahulu. Oleh kerana perintah tahanan rumah di dalam Titah Addendum perlu dilaksanakan oleh Jabatan Penjara maka Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat semakan kehakiman.
Sama ada Titah Addendum adalah ‘respite order’ dan tidak tertakluk kepada mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Maksud ‘respite order’ seperti yang dihujahkan oleh peguam Najib Razak adalah bahawa ianya adalah satu cara alternatif bagi hukuman penjara dan oleh itu tidak tertakluk kepada mesyuarat Lembaga Pengampunan seperti mana perintah pengampunan (pardon).
Namun, Mahkamah menyatakan bahawa Titah Addendum ini adalah titah tambahan kepada perintah awal maka ianya harus dibaca bersekali dan oleh itu perlu dibawa kepada mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Sama ada YDPA perlu memutuskan Titah Addendum di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan. Mahkamah berpendapat bahawa peruntukan Perkara 42 menghendaki YDPA untuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dan oleh itu adalah amat tidak logik YDPA boleh menjalankan kuasa prerogatifnya di luar mesyuarat.
Ini akan menjadikan keputusannya itu bersifat arbitrari dan tidak selari dengan keputusan duluan Mahkamah sebelum ini (merujuk kes Dato Dr Zamry bin Abd Kadir v Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin [2009] 5 MLJ 464)
Perintah tahanan rumah.
Mahkamah tidak boleh mengeluarkan perintah mandamus kepada responden untuk melaksanakan tahanan rumah kerana perintah tersebut tidak mampu untuk dilaksanakan kerana tiada mekanisme pelaksanaan tahanan rumah di Malaysia.
Peguam Najib Razak berhujah bahawa tahanan rumah boleh dilaksanakan menggunakan S. 43 Akta Penjara 1995 yang menyebutkan pembebasan tahanan dengan lesen dan Peraturan 111 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 yang menyebutkan hal yang sama.
Menurut Mahkamah, pembebasan dengan lesen ini dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya Penjara yang dia sendiri menentukan tempoh tahanan sedangkan Titah Addendum telah menetapkan tempoh. Mahkamah mendapati perintah tahanan rumah mengikut Titah Addendum itu berbeza dengan pembebasan dengan lesen.
Kesimpulan mahkamah
1) YDPA adalah Raja Berperlembagaan dan menjalankan fungsinya menurut Perlembagaan termasuk kuasa berkaitan pengampunan.
2) Titah Addendum tidak pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 dan oleh itu tidak mematuhi kehendak Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tidak memenuhi syarat bagi non-justiciability.
3) Najib Razak tidak berhak mendapat perintah mandamus bagi tahanan rumah.
NOTA TAMBAHAN
Jika dilihat kepada responden yang terlibat ini termasuklah Dato Azalina Othman Said selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Responden Kelima). Kes ini pun difailkan pada tahun 2024.
Maksudnya, penyokong Najib Razak di kalangan ahli UMNO mempunyai akses terhadap perjalanan kes ini terutamanya untuk melihat semua kertas kausa dan afidavit.
Oleh itu, tidak sepatutnya keputusan kes ini dijadikan isu perbalahan politik mana-mana parti dan biarlah Mahkamah teguh di atas prinsip pemisahan kuasa, eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Disalur Januari 2026
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 6 akan mula disalur sebanyak RM150 setiap pelajar mulai Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 22 Dis – Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara sekali beri (one-off) kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, seawal Januari tahun depan.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia meliputi pelajar dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Bagaimanapun menurut KPM, penyaluran bantuan itu akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.
“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.
“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” kata kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu telah mengumumkan pemberian berkenaan bagi membantu ibu bapa memyediakan ekosistem persekolahan anak-anak mereka dengan lebih sempurna.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Ini jawapan balas Lim Guan Eng kepada sindiran timbalan presiden Umno
K PRAGALATH
Penasihat DAP Lim Guan Eng membalas sindiran pedas timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Macam mana nak rasmikan Terowong Pulau Pinang pada pertengahan tahun 2026 bila satu sen pun tak dibayar?
“Hanya Mat Jenin boleh dapat terowong percuma,” soal Lim menerusi laman Facebook beliau.
Pagi tadi Mohamad membuat sindiran kepada DAP dengan menulis seperti berikut:
“Saya pun tunggu nak celebrate apabila Mahkamah merasmikan Terowong Pulau Pinang, mungkin pertengahan tahun 2026.”
Mesej sinis ini merujuk kepada kes mahkamah yang dihadapi Lim.
Kontroversi di antara DAP dan Umno tercetus susulan hantaran setiausaha publisiti DAP Yeo Bee Yin.
Semalam Yeo yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata keputusan mahkamah untuk tidak menerima titah Adendum Diraja dalam kes melibatkan mantan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak adalah sesuatu yang wajar diraikan.
Pas sengaja tunggang isu Najib nak tutup kegagalan pentadbiran di Perlis
SITI NUR ZAWANI
AMANAH Johor melihat tindakan Pas yang rancak memainkan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Razak sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan dan ketidaktentuan pentadbiran negeri Perlis di bawah Perikatan Nasional (PN).
Kajian Kabinet
Naib Pengerusi AMANAH Johor, Dr Zuhan Zain berkata, sejak awal lagi, mereka telah menjangkakan bahawa kerajaan Perlis tidak akan mampu bertahan secara stabil, memandangkan wujud pelbagai petanda awal berkaitan kegagalan tadbir urus, pertelagahan dalaman dan kerapuhan kepimpinan.
Lebih membimbangkan, kerosakan dan kepincangan pentadbiran ini dipercayai berlaku sesama parti Pas sendiri.
“…ia melibatkan perebutan kuasa, perbezaan hala tuju dan ketidakmampuan menyelesaikan konflik dalaman secara matang dan situasi ini akhirnya memberi kesan langsung kepada kestabilan kerajaan negeri dan kebajikan rakyat Perlis.
“Keadaan yang berlaku di Perlis juga membuktikan bahawa gabungan PN terlalu rapuh, tidak kukuh dari segi kesepaduan, serta gagal mengurus perbezaan dalaman dengan berhemah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
AMANAH Johor menegaskan, apa yang sedang berlaku ini menunjukkan PN tidak benar-benar fokus membantu rakyat, sebaliknya lebih sibuk mencatur kuasa, mempertahankan kepentingan politik sempit dan berpolitik tanpa henti walaupun rakyat memerlukan penyelesaian kepada masalah kehidupan seharian.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah datang ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi memulakan siasatan dakwaan kemasukan wang ke akaun bank seorang pegawai kanan tentera.
Menurut sumber, SPRM tiba kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bagi menyiasat projek yang melibatkan tentera darat dari tahun 2023 hingga kini.
Fokus siasatan tertumpu kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) tentera darat.
“Transaksi kewangan mencurigakan yang dikaitkan dengan individu-individu tertentu yang dinamakan dalam dakwaan tersebut juga akan diteliti,” kata sumber.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan rasuah yang melibatkan seorang pegawai kanan tentera.
Beliau menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berasaskan fakta serta bukti, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada Isnin, MINDEF dalam kenyataan menegaskan pihaknya memberi perhatian serius terhadap dakwaan pengubahan wang haram yang melibatkan seorang pegawai atasan tentera yang dilaporkan kepada pihak berkuasa
Sindiran Mohd Shukri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim rupanya memakan diri apabila dilaporkan lapan ADUN Perlis menarik sokongan kepadanya sebagai menteri besar hingga terpaksa dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur.
KANGAR, 23 Dis – Pakatan Harapan (PH) tidak melihat pergolakan politik di Perlis sebagai sesuatu yang ganjil umpama ‘menangguk di air keruh’ apatah lagi didakwa kononnya ‘mengambil kesempatan’ daripada krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) negeri.
Menurut pemerhati politik, krisis PN bukannya datang daripada mana-mana pihak sebaliknya ditimbulkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
“Kegagalan PN mentadbir Perlis bukannya sesuatu yang luar biasa malah telah lama berantakan sejak ‘operasi’ menumbangkan MB (Mohd Shukri) digerakkan ADUN yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri menangani isu rakyat.
“Jadi PH tidak wajar dilihat sebagai ‘mengambil kesempatan’ daripada perbalahan antara mereka (Pas dan Bersatu) tetapi hanya bertujuan memastikan kerajaan negeri stabil dan boleh mengurus isu rakyat tanpa perlu berpolitik 24 jam,” ujarnya.
Tambahnya, PH akan tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan andai kemelut PN tidak dapat diselesaikan menerusi rundingan dan jalan akhir iaitu pembubaran DUN terpaksa dilakukan.
Semalam kecoh mengenai desas-desus pertukaran Mohd Shukri sebagai MB Perlis selepas lapan ADUN dikatakan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan ADUN Sanglang itu.
Apakah ‘hari-hari terakhir’ Mohd Shukri sebagai Menteri Besar Perlis bakal menjelma kerana dikhabarkan nama calon baharu telah disenarai pendek untuk menggantikannya?
Antara lima nama yang disebut adalah dari wakil rakyat Bersatu manakala tiga lagi adalah dari parti Pas dari tiga kawasan Parlimen di negeri itu.
Bersatu dilapor telah menyerahkan tiga nama kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru menggantikan Mohd Shukri.