ANDA SAKSIKAN SENDIRI SIKAP PENIAGA DI JALAN TAR.
HASIL 1 BULAN BERPUASA. NAK PROTES KE DBKL KAH? SEWA MURAH DAH. ALHLAK TAK ADA.
Pagi tadi, cerminan sikap segelintir peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dah sediakan tong Sampah. Nanti bila deposit tak dapat mesti ada yang mengamuk salahkan kerajaan.
Tapi hakikatnya anda saksikan sendiri. Agak-agak siapa yang kena bersihkan ni pagi-pagi raya ya? Tunggu kejap lagi.
ADA YANG AKAN DIDEDAHKAN LAGI.
Hamzah Rie Na
Dua hari lepas SPRM sita lagi dana 9.33 juta bersama 13 akaun bank. Hari ini rakyat nak tahu selama 33 bulan dua orang PM tersebut,berapa ratusan juta depa sakau????Sebab itulah para penyamun asyik menyuruh PMX letak jawatan sampai rakyat pun hairan! Kenapa puak2 pembangkang asyik dok desak PMX letak jawatan!!!
Rupa2nya kes sakau 33 bulan lagi hebat daripada kes 1MDB!!!!😱😱😱
Banyak wang negara telah lesap begitu saja, terus berpindah tangan ke tangan para penyakau, itu pun masih ramai yang menyokong mereka lagi.
Mereka yang ada kepentingan pasti akan menyokong penyakau2 tersebut, kita tidak merasa hairan pun kerana mereka dapat habuan dan laba yg besar. Rakyat biasa seperti kita satu sen pun tidak mendapat apa2 malah merugikan negara.
Oleh yang demikian rakyat perlu segera sedar adakah kita patut menyokong mereka yang mengkhianati amanah yang telah kita berikan kepada mereka sebelum ini?????
PATUT NAK SAMAN.
Faiz Naaman.
Patut la nak saman kerajaan RM1 bilion. Nak cover kes mahkamah (SPRM) sendiri rupanya.
Pastu walaun melalak konon syarikat Bumiputera teraniaya.
Yang kaya selama ini puak korporat tersebut dan kroni mereka bukannya walaun pun. Apa guna Bumiputera tapi korup?
Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/738608
PMX DAN YDP AGONG TUNAIKAN SOLAT DI MASJID WILAYAH
@withregram • @anwaribrahim_my Saya dan Azizah pagi ini bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Khutbah Aidilfitri pagi ini disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah bertajuk “Berdamai Dalam Dakapan Syawal”. Khatib antara lain mengungkap hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba dengan suatu kemaafan melainkan kemuliaan.”
Hadis ini sarat dengan mesej yang menggambarkan sifat pemaaf bukan tanda kelemahan. Sebaliknya ia merupakan jalan menuju kemuliaan dan kehormatan di sisi Allah SWT dan manusia. Seseorang yang memilih untuk memaafkan, Allah akan menggantikannya dengan kemuliaan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Semoga di pagi yang mulia ini kita sama-sama hulurkan kemaafan, merangkul persaudaraan dan kasih sayang dalam mengangkat kemuliaan insan.
#MalaysiaMADANI
#Aidilfitri2025
TAK LAYAN.. MENGARUT
Jeffry
Ds Anwar :- Ada usaha nak tebuk atap lagi. . hihi 😀
Tuanku. :- Beta tak layan, biarkan mereka terus meroyan kepanasan.
DEEPSEEK MEMBERI MARKAH KEPADA PRESTASI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI DI MALAYSIA
Melalui markah yang di beri prestasi paling bawah adalah seperti berikut:
1. MB Kedah 45% - Grade F Gagal
2. MB Terengganu 55%
3. MB Kelantan 56%
Seterusnya markah bagi Prestasi terbaik adalah seperti berikut:
1. Ketua Menteri Sarawak 88% - Grade A Cemerlang
2. Ketua Menteri Pulau Pinang 86%
3. Menteri Besar Selangor 84%
Dari prestasi ini jelas bahawa negeri negeri yang di tadbir PAS adalah paling tercorot dari segi ekonomi yang gagal bersaing dengan negeri lain. Antara sebab utama mereka ini tidak inovatif di dalam mencari peluang memacu ekonomi negeri. Sikap menyalahkan pihak lain tidak akan memberi kelebihan dari melestarikan ekonomi negeri.
OMN KD
31 Mar 2025
YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI DI ISTANA NEGARA
Ketibaan Syawal disambut meriah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di Istana Negara, hari ini (31 Mac).
Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Santapan Utama Istana Negara.
Majlis turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir, anggota jemaah Menteri, Ketua-Ketua Perwakilan Asing di Malaysia dan pegawai kanan kerajaan serta kakitangan Istana Negara.
Seri Paduka Baginda berdua juga meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.
#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
HENTIKAN PEMBINAAN RUMAH IBADAT DI TANAK ORANG LAIN.
Di kesempatan ini saya ingin membuat sedikit coretan berkenaan isu Abang Belon dan Kuil haram.
Saya hendak titipkan sedikit pesanan dan ingatkan kepada Cytro PH, kalian bukan sahaja berdepan dengan penyokong parti politik lawan, kalian juga sedang berdepan dengan non partisan yang tidak mengharapkan sokongan undi dalam PRU. Kalian sedang berdepan dengan majoriti umat Islam. Saya tidak mahu bermusuh dengan kalian walaupun kalian memfitnah dan menuduh saya apabila saya bersuara beberapa perkara. Tetapi saya akan terus menulis dan memberikan buah fikiran sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara. PMX pimpinan tertinggi kalian juga pejuang kebebasan bersuara. Janganlah bila sudah di tampuk kuasa kalian pula mahu menutup suara marhaen kami.
Ingin saya tegaskan di mana isunya. Biar saya tulis dalam bentuk nota bernombor supaya kita lebih jelas:
1. Tidak ada dalam mana-mana tulisan saya membela orang salah. Sesiapa yang salah ambillah tindakan sewajarnya. Saya sendiri memuji PMX sebelum ini apabila beliau menyatakan dengan tegas bahawa ini negara hukum dan semua pihak perlu mematuhi peraturan.
2. Isu yang menjadi polemik ialah apabila pihak kuil yang tiada permit diberi layanan yang lain macam bertahun-tahun. Menteri sendiri usaha supaya tidak dibawa ke mahkamah. Alasan yang diberi:
- nak jaga keharmonian.
- nak segerakan binaan Masjid Madani.
Yang menjadi lagi pelik ialah diberi pula tanah gantian bertaraf premium di tengah-tengah KL. Lain macam punya treatment mereka terima sedangkan mereka sudah langgar peraturan begitu lama.
3. Mungkin ada yang beralasan kuil itu di tanah persendirian. Izinkan saya bertanya, bukankah mana-mana binaan di KL perlu mendapat kebenaran dari DBKL? Jika tanah pun bukan milik mereka bagaimana mereka dapat kelulusan merancang pembangunan di tanah itu?
4. Cytro PH mula main naratif menyalahkan kerajaan lama. Saya katakan siapa pun kerajaan kita akan desak supaya isu kuil haram dan ceroboh tanah ini mesti dihentikan. Kerajaan Madani yang diketuai oleh PMX yang sentiasa menjadi penegak peraturan dan tatakelola sepatutnya boleh akhiri episod ini. Tetapi kami dituduh batu api dan adu domba oleh sebahagian penyokong PH. Tidak mengapa, tuduhan itu tidak memberi kesan kepada kami untuk terus menulis.
5. Kami sesekali tidak faham dengan Cytro PH kali ini. Sangat binari otak mereka. Di medsos, sesiapa saja yang mengkritik tindakan DBKL sekarang akan dituduh walaun dan pro PN. Sangat bahaya tindakan mereka.
6. Benar, abang belon bersalah. Samanlah beliau dan ambil tindakan kepada beliau. Saya tidak ada bantahan cuma jangan kasari beliau. Tetapi dalam masa yang sama kenapa semangat nak tegakkan peraturan ini tidak kelihatan sewaktu berurusan dengan pihak kuil sebelum ini? Ini yang memusykilkan saya sebagai rakyat. Ini yang menyebabkan saya bertanya.
Ingatlah, kalian telah menjadi kerajaan. Kritikan rakyat itu perkara yang menjadi lumrah. Jika kalian anggap kritikan dan teguran sebagai adu domba saya bimbang hayat kalian memerintah tidak lama. Saya titipkan sebuah hadis Nabi sallallah alaih wasallam untuk peringatan kita bersama:
فإنَّما أهْلَكَ النَّاسَ قَبْلَكُمْ: أنَّهُمْ كانُوا إذا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أقامُوا عليه الحَدَّ، والذي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بيَدِهِ، لو أنَّ فاطِمَةَ بنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَها.
Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang membinasakan manusia sebelum kamu ialah apabila orang bangsawan mencuri dalam kalangan mereka, mereka biarkannya dan apabila orang lemah yang mencuri mereka laksanakan hukuman hudud. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di tangan-Nya, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan potong tangannya. [HR al-Bukhari, no: 4304]
Jika kalian suka pendekatan rahmah kepada non Muslim, jangan pula guna pendekatan kasar dan melaknat sesama Muslim.
Akhukum fillah yang memberikan nasihat,
Dr Rozaimi Ramle
JADI PEMBANGKANG TAPI TAK BERFUNGSI
W.Faudzin
Betul tu wahai kassim baba...jangan jadi menteri tapi suka meraba raba . Jadi pembangkang pun tak berfungsi.
KAKITANGAN JAI PAHANG MEMBUAT FITNAH .HARAP AMBIL TINDAKAN.
W.Faudzin.
Khabarnya bertugas di pejabat JAIP. Tapi dia share benda mengarut macam ini. JAIP boleh terima ke manusia rasis macam ini ?
Jabatan Agama Islam Pahang
Fahmi Fadzil
Saifuddin Nasution Ismail
Wan Rosdy bin Wan Ismail