KISAH RASUAH

 

ZUWAIRI MOHD YUSOF



May be a cartoon of text that says "mpostedin VOICE OF THE RAKYA (VoR) feeling hopeful An Inconvenient M' sian Truth: Two days in a year on Merdeka & M' sia Day, we are M'sians. Other days we are pendatang & kafir. Lets make a change.Happy M'sia Day! HM s JANGAN PANDANG RINGAN SUARA INI! keadiLan SOSiaL marti ditegakkan tanpa mengira kauim & Agama!"

Di Singapore Polis amik dadah dan berhibur 24 jam kena pecat dan di dakwa tapi dekat Malaysia Polis amik dadah cuma di tukar tugas.Macam ini mahu perangi Dadah?Apabila MP PPBM TAMBUN,PERAK PEJA selaku MENTERI KBS kantoi cuba menyakau bajet,terbongkar sudah cubaannya menyonglap dana konon untuk baiki padang Stadium Bukit Jalil dan stadium2 lain bernilai RM 10 juta sedangkan dia sendiri bagitau depan putera kayangan bajet baiki padang Bukit Jalil itu saja RM 10 juta.Engkau belajar dari mantan Mentei KBS yg sekarang Menteri KKM agaknya lesap RM 100 juta suatu ketika dulu.Belajar rasuah dengan angka sekecil rm 10 juta sebelum beralih kepada rm 100 juta bulan2 berikutnya sebelum PRU15 tiba tahun depan.Stadium2 di negeri2 lain itu di bawah bidang kuasa orang lain pemilik2 stadium untuk buat ape yg patut bukan tugas Menteri dan KBS untuk masuk campur melangkaui bidang kuasa sendiri.Janganlah cuba nak memperbodohkan rakyat dengan auta dan propa kamu PEJA nampak sangat kebodohan anda di situ.

Dengan melantik abang sendiri mengetuai NAFAS apekah abang PM9 mampu selesaikan masalah2 berbangkit melibatkan sektor pertanian dan perikanan yg mencengkam industri nanti?Begitu juga dengan pelantikan adik MP CAMERON HIGHLANDS BN UMNO selaku ketua JAKOA apekah dia mampu menyelesaikan masalah2 berbangkit rakyat atau 2 lantikan ini sekadar jadi lubuk untuk parti BN UMNO mengumpul dana bagi menghadapi pemilihan UMNO nanti dan dana PRU15?Begitu juga dengan lantikan2 lain ke jawatan2 GLC yg ade apekah mereka itu semua mampu menjalankan tugas atau sekadar menjaga sokongan politik supaya hayat PM9 bertahan sampai PRU15?Di kala 1 juta lebih rakyat bawahan menganggur ISMAIL sibuk agih jawatan sesame mereka anak beranak kroni proksi mengamalkan kronisme,nepotisme.Rakyat memerhati tindak tanduk kamu jangan ingat kamu boleh lari dari di hukum di peti undi nanti.
Kamu mungkin boleh menipu 3.3 juta ahli UMNO sendiri atau ahli PAS 1 juta lebih tetapi kamu tidak mampu menipu 32.7 juta penduduk atau 20 juta pengundi2 yg akan menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.Zaman itu sudah lame berlalu tamat PRU14 Mei 2018 yg dulu.Negara2 lain sudah terlalu jauh ke hadapan dan rakyat Malaysia tidak rela terus ketinggalan dengan mengharapkan kegagalan UMNO,PAS,PPBM,GPS untuk terus buat sesuka hati lepas ini.

CONTOHILAH YANG SUKA MAKAN GAJI BUTA : Tak payah jadi menteri kalau isu jenayah seksual tak boleh selesai, sindir Azalina

Faiz Zainudin

 -
Wakil rakyat diingatkan untuk tidak bercakap soal rancangan Malaysia ke-12, jika lupa pada rakyat yang memerlukan, menurut Azalina Othman Said. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Umno, Azalina Othman Said membidas pentadbiran kerajaan yang didakwa tidak bersungguh untuk mewujudkan mahkamah khas bagi jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usaha itu telah lama diperjuangkan namun ia masih belum dilaksanakan walaupun kerajaan dan Perdana Menteri sudah beberapa kali bertukar.

Katanya, ketika memegang jawatan Menteri Undang-Undang, beliau mahu mewujudkan mahkamah sesyen (jenayah seksual) di semua negeri dan sudah dipersetujui kerajaan, namun tiada tindakan sehingga hari ini.

Azalina berkata, apabila mangsa pergi ke mahkamah jenayah biasa, perjalanan kes yang panjang menyebabkan mangsa sudah semakin dewasa dan tiada sesiapa hendak menjadi saksi disebabkan perasaan malu.

“… itu sebab kita nak mahkamah khas, bilik saksi khas, adanya pendekatan khas, ini anak-anak yang menjadi mangsa, sejak Covid-19 berapa banyak kes anak-anak didera di rumah, kes anak-anak menjadi mangsa jenayah, nak bawa ke mana?

“Kalau setakat nak jadi menteri, ini pun tak boleh selesai. Tidak payahlah nak jadi menteri, anak-anak adalah masa depan sebuah negara,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat.

Azalina turut menyindir dengan mempersoal siapa menteri yang seharusnya bertanggungjawab dalam hal tersebut susulan ketiadaan menteri yang berada di dalam Dewan Rakyat ketika beliau membahaskan isu tersebut.

“Saya nak tanya pada menteri yang bertanggungjawab, saya tak tahu siapalah yang bertanggungjawab. Dia pun tidak ada, Tuan Yang di-Pertua ini memang masalah besar, takkan cakap hari-hari dekat kerusi, betul tak?

“Tapi tidak apalah agaknya sibuk. Tuan Yang di-Pertua sebelum saya duduk, janganlah kita bercakap tentang Rancangan Malaysia ke-12, tetapi kita lupa pada rakyat yang memerlukan kerajaan. Kita tegur bukan kerana kita marah dan benci kepada kerajaan, tetapi kita mahu letakkan kelebihan kita kepada rakyat yang menjadikan kita wakil mereka dalam dewan ini,” katanya.

NEGARA JIRAN KHASNYA THAILAND MENJADIKAN GANJA SEBAGAI SALAH SATU BAHAN PERUBATAN

 


Kerajaan wajar lulus penggunaan hemp, marijuana untuk perubatan, kata Syed Saddiq




Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu kerajaan menghentikan pembayaran elaun gratuiti kepada bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpencen kerana membebankan kewangan kerajaan.

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mencadangkan agar kerajaan memberi kelulusan kepada industri hemp dan marijuana bagi manfaat perubatan dan ekonomi.

Bekas menteri belia dan sukan itu ketika memberitahu Dewan Rakyat, berkata, pasaran hemp dan marijuana dianggarkan kini bernilai RM60 bilion dan dijangka melebihi RM400 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Syed Saddiq berkata, memandangkan industri berkenaan juga boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan mental dan sebagainya.

“Ini bukan perkara baharu dan saya masih ingat ketika di Kabinet sebelum ini, ada kajian dilakukan secara terperinci. Jadi, saya berharap kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang telus, ikhlas, dipacu data dan sains berkenaan baik dan buruknya kelulusan industri ini (hemp dan marijuana).

“Saya katakan ini kerana di lebih 40 negara, kelulusan hemp atau marijuana perubatan sudah diberikan seperti di Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Argentina, Denmark dan terbaharu Thailand,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat.

Elaun gratuiti bekas menteri, Ahli Parlimen harus dihentikan

Dalam ucapannya, Syed Saddiq turut menggesa kerajaan menghentikan bayaran gratuiti (elaun tanggungan) kepada bekas menteri, wakil rakyat selepas mereka berpencen daripada jawatan itu.

Katanya, seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima RM1 hingga RM2 juta sebagai gratuiti.

Elaun itu katanya, diambil kira jawatan dan tempoh yang pernah dipegang oleh mana-mana Ahli Parlimen mahupun ADUN ketika berkhidmat.

“Contoh kalau Ahli Parlimen empat hingga lima penggal walaupun jadi menteri satu hari pun gratuiti itu telah melangkaui RM1 juta,” katanya.

Katanya, seorang menteri dibayar gaji pada kadar RM55,000 setiap bulan yang turut mendapat pelbagai insentif dan kelebihan lain.

“Saya tahu kerana pengalaman saya sebagai menteri, gaji seorang menteri setiap bulan RM55,000, dapat rumah yang agak mewah di Putrajaya, kereta ada pemandu, makan pun boleh claim (tuntut) dengan kerajaan.

“Dapat plat nombor kalau jual dapat ratusan ribu, dapat AP untuk bawa masuk kereta mewah. Satu bidang tanah di Putrajaya, elaun percutian bagi yang sudah berkahwin boleh melebihi RM100,000 hingga RM200,000 setiap tahun,” katanya,

Justeru itu, beliau meminta agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menghentikan amalan ini dan fokus kepada membantu rakyat.

“Saya berharap agar kerajaan baharu yang telah bertukar tiga kali dan ada menteri yang telah kekal tiga kali, adakah gratuiti dia hanya sekali atau setiap kali dia berhenti naik RM1 juta,” katanya.

Malah, Syed Saddiq turut menggesa agar segala jawatan pencen itu diberikan satu kadar pencen yang sepatutnya.

“Jika Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat sebagai ADUN, exco, menteri itu semua merupakan pencen yang berasingan dan kalau digabungkan pencen tersebut, ia boleh melangkaui RM100,000 sebulan, jika pernah berkhidmat di banyak kedudukan yang berbeza.

Justeru katanya, tiba masanya untuk kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ menubuhkan satu jawatankuasa bagi membincangkan perkara itu agar Malaysia tidak terbeban dengan bayaran pencen tidak munasabah itu.

PENJAJAH VERSI BARU


*Posting panjang di hadapan*
1. Dulu masa kecil, saya banyak melepak dengan Datuk. Best tentang dia, sebab memang kerjanya seorang Cikgu, dengan anak cucu pun sentiasa dia nak mengajar. Dia suka mengajar melalui cerita. Kalau bukan cerita sirah Rasul dan Nabi, dia juga akan cerita tentang zaman dulu kala. Banyaknya tentang sejarah negara.
2. Suatu hari, dia suruh saya siap. Katanya, jom balik kampung dia di Pasir Salak. Walaupun moyang kami dah meninggal, saya tahu dia selalu je balik kampung, tak tahu saya apa dia buat. So, apa lagi, saya dengan cargas ikut dia dan Opah, memang itu peluang road trip yang dinanti. Dalam perjalanan dia kata dia nak singgah tengok kubur. Satu kubur seseorang bernama Dato’ Sagor.
3. Katanya, Dato’ Sagor ni antara pembesar Perak yang terkenal. Nama Dato’ Sagor tu pun bukan nama sebenar. Nama beliau ialah Ngah Kamdin, dia diangkat oleh Sultan jadi Pembesar Berlima. Makanya, gelaran yang diberi padanya ialah “Dato Seri Agar Diraja”. Disebabkan orang Perak guna telo mereka, jadilah shortform “Dato Sagor”. Dia terkenal sebab dia antara yang bunuh JW Birch, residen pertama British di Tanah Melayu. Tapi dia kata, tak ramai yang tahu, apa sebenarnya yang berlaku.
4. Dia mulakan cerita. Suatu ketika, Sultan Perak mangkat. Jadinya, anak sultan dan Bendahara berebut takhta, masing2nak jadi Raja. Raja Abdullah disebabkan bengang dengan Bendahara, terus geng dengan Kongsi Cina. Masa tu tengah Perang Larut, antara 2 taiko kawasan. Ghee Hin and Hai San. Raja Abdullah mintak pertolongan mereka hubungkan dia dengan orang British. Pada dia, kalau nak sailang Bendahara, perlu orang luar iktiraf dia sebagai Sultan.
5. Datuk bercerita, masa nak sign agreement dengan British, Dato' Sagor ada sekali. Naik atas kapal British. Deal punya deal akhirnya, mereka sign Perjanjian Pangkor. Dia tak berapa setuju sebenarnya, gusar omputih ni makan kita. Ialah negeri lain tak buat lagu tu, Perak yang pertama. Walau dinasihat, Raja Abdullah tetap nak teruskan. Kata dia, itu saja cara dia nak jadi Sultan. Tambahan lagi, dia perlukan orang British, nak ajar orang kita mentadbir negeri.
6. Makanya disebabkan Perjanjian tu, di Perak bermulalah era Residen. Residen pertama yang dihantar adalah JW Birch. Mamat ni pun satu hal. Datuk kata, dia ni dah lah sombong barlagak pulak tu. Haram dia nak ambil tahu, adat dan budaya Melayu. Bukan saja tu, bila dia jadi Penasihat Sultan, banyak yang dia “makan”. Cukai dulu yang boleh pergi ke Rakyat untuk membantu, habis dia sapu. Raja Abdullah pun “berbulu”.
7. Jadinya, satu hari Raja Abdullah panggil Pembesar Berlima. Katanya, Residen omputih ni menipu kita. Kuasa dia dah terhad. Hanya boleh buat keputusan mengenai agama. Benda lain, semua Residen punya kuasa. Banyak hasil dan cukai negeri di bawa ke Singapura, yang untung British jua. Tanah pun banyak yang British ambil, kononnya untuk kepentingan negeri. Tapi Sultan tak paham dan mengerti, banyak yang disembunyi.
8. Di Kampung Durian Sebatang itu, Sultan bertitah. Kita kena buat sesuatu dengan segera, kalau tak negeri punah. Makanya, plan diatur dengan cermat. Tunggu masa mereka akan strike. Suatu hari, ketika JW Birch sedang mandi di sungai, beliau diserang. Dilontar lembing dan ditetak hingga mati terus mayatnya terbenam. Dalam sejarah disebut Seputum, pembantu Dato’ Maharajalela yang tetak dan bunuh. Namun, Datuk saya ceritakan, kisah sebenarnya, dua tetakan terakhir ke atas kepala Birch, Dato’ Sagor yang buat. Seputum hanya berada di tepi, membantu mana perlu.
9. Bila JW Birch dibunuh, disebabkan hanya orang biasa, orang British kejar Seputum dulu. Dijatuhkan hukuman mati serta merta. Yang jatuh hukum, Raja Idris iaitu adik Raja Abdullah. Malah Raja Abdullah merelakan. Datuk saya cerita, Dato’ Sagor selepas tahu Seputum dibunuh sewenang2nya, punya berang dengan Sultan. Mereka rasa dipermainkan. Pembesar lain yang turut serta, dicari sampai dapat. Dipancung juga Dato’ Sagor dan rakan2. Gugurlah mereka sebagai penentang penjajah, walaupun Sultan yang arahkan.
10. Datuk kata lepas episod tu, satu persatu negeri Tanah Melayu jatuh kepada British. Residen dihantar jadi Penasihat Sultan di kebanyakan negeri. Mereka kurangkan kuasa Sultan Melayu dan akhirnya mereka jajah seluruh negara. Dia kata British bukan macam Portugis, menjajah dengan perang. British tawan Tanah Melayu dengan tipu helah. Perjanjian Pangkor la pembuka jalan, British merampas pentadbiran Kerajaan.
11. Makanya, apa morale behind the story? Satunya dia kata, apapun kalau sesama kita bergaduh, jangan dibawa ORANG LUAR untuk selesaikan. Jangan disebabkan nakkan kuasa, negara tergadai. Keduanya, dia cakap, apa2 pun berhati2 dengan janji manis omputih, mereka penuh tipu muslihat. Kalau tak menjajah secara kasar, mereka guna cara halus nak rampas negara. Terpana saya dengan cerita tu, sampai sekarang takkan saya lupa.
12. Selepas panjang lebar bercerita di kubur Dato’ Sagor, Datuk ajak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Dia kata dia nak ke Rumah Kutai, rumah Dato’ Sagor. Banyak benda lain dia nak tunjuk di situ. Sampai di sana, dia tunjukkan saya satu bingkai gambar. Dalamnya ada family tree. Dia suruh saya perhati. Teliti punya teliti, saya nampak nama Datuk saya dalamnya, “Hanafiah”. Di atasnya ada nama moyang saya, “Mat Doa’a”. Terkedu saya seketika. Datuk terus jelaskan, beliau generasi ke-5 keturunan Dato’ Sagor. Penentang British tersohor. Makanya, saya jadi generasi ke-7. Dia nak hari ni saya tahu. Jangan sesekali lupa kisah nenek moyang.
13. Sejak dari hari tu, semangat saya lain. Cerita Datuk mengenai moyang Dato’ Sagor tu memang memberi kesan ke atas setiap tindakan. Ada sekali masa di London. Dalam kuliah, seorang Profesor ni cakap, negara membangun kena terbuka. Kena bersaing secara sama rata dengan negara lain. Jangan ditutup ekonomi, buka seluasnya untuk orang lain masuk dan bersaing. Terus saya angin.
14. Saya terus angkat tangan dan cakap “Adilkah satu persaingan kalau yang kuat sama bersaing dengan yang lemah? Negara kuat seperti British menjajah negara luar punya lama, habis disapu segala hasil alam yang ada. Mereka maju dan kaya atas hasil bumi negara lain. Sekarang, bila negara yang dijajah baru nak berdiri, dia nak suruh berlari. Bersaing sekali. Selalunya mereka akan kalah. Mana nak lawan negara lain yang dah kaya dan mewah. Makanya, adakah ini versi new colony atas dasar liberalisasi?”
15. Terdiam dia sekejap. Habis diputar, kalau tak dijajah dan diletakkan bawah koloni, banyak negara ni tak boleh ke mana. Mereka perlukan penjajah untuk majukan negara. Makanya, saya jawab kembali, liberalisasi pun satu bentuk kolonism yang sama. Negara maju cuba nak ajar negara lain, ikut acuan mereka. Tapi apa guna, kalau kepentingan negara banyak yang dirembat. Apa yang tinggal untuk Rakyat?
16. Mungkin sebab darah Dato’ Sagor yang mengalir dalam diri, susah sikit saya nak terima cakapnya. Teringat cakap Datuk, omputih ni kita dengar kan ajer, nak percaya kena beringat2. Sama juga ada satu ketika, semasa saya jadi Pegawai Undang-Undang, saya diarah beri input mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Amerika, banyak benda yang dia minta. Banyak yang berat sebelah pada dia. Memang perjanjian tu kita sailang, sampai sudah tak diterima.
17. Ada rakan2 lain, kata mereka liberalisasi ini perlu. Kita perlu sign Perjanjian Perdagangan Bebas banyak2. Kita kena buka ekonomi kita seluas-luasnya macam Singapura. Singapura tak kenakan sebarang cukai pada barang luar yang dibawa masuk. Ini saya tak setuju. Konteks Singapura itu lain, mereka boleh dikatakan negara mono-race, 75% berbangsa Cina. Tiada isu perkauman yang kompleks macam kita. Yang kena cater jurang ekonomi antara kaum yang makin meluas. Keduanya, sistem ekonomi mereka dah kuat. Ekuiti tempatan sangat tinggi dan GLC mereka dah teroka pasaran antarabangsa.
18. Malaysia pada tahun 2020, ekuiti asing paling tinggi sampai 45.3% dan boleh cecah lebih 50% kalau tak dikawal. Meningkat punya banyak dari tahun 90-an. Ekuiti pemilikan tempatan sama ada bumi dan non-bumi pula turun dengan banyak. Kecuali Petronas, GLC kita yang lain tak ke mana. Direct Investment Abroad (DIA) pun kurang sejak tahun 2016. Maknanya, kita kurang kuasa dan daya buat masa ini nak teroka pasaran luar.
19. Kalau dibuka segala, mampukah kita bersaing macam Singapura? Jangan la disebabkan segelintir dari syarikat kita perlukan bantuan nak masuk pasaran antarabangsa, habis kita buang kepentingan SME kita. Ingat, mereka inilah tulang belakang ekonomi, kalau mereka tak boleh berasing dan melingkup dalam negara, ada apa yang tinggal pada kita?
20. Ada yang kata, orang kita pun naik lemak. Sampai bila nak dilindung, biarkan mereka bersaing, moga ada perubahan. Ini lagi saya tak setuju. Jepun, Korea dan China pun pada mulanya buat dasar ekonomi tertutup. Bina infant industry mereka dulu supaya kuat, sampai boleh ke luar negara. Baru mereka buka ekonomi dan bersaing. Takkan la bila dah jadi black belt macam tu, dia suruh kita yang baru yellow belt dan blue belt masuk bertanding secara sama rata. Adakah itu adil dan saksama?
21. Jangan salah faham pula. Saya tak kata kita kena jadi negara terasing. Tolak semua perjanjian perdagangan (FTA) mentah2. Saya bukan juga kata SME kita kena dilindungi senantiasa. Nanti diaorang naik lemak, susah juga. Pada saya, kita kena ada mentaliti hybrid. Boleh nak masuk FTA, tapi perlu adil pada kita. Masuki bukan Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade) tapi Perjanjian Perdagangan Adil (Fair Trade). Itu yang seharusnya kita runding.
22. Ada la yang kata nanti, sampai bila nak tongkat industri tempatan. Tengokkan Proton dan tengokkan GLC. Haaa…yang ni saya agree! Affirmative action kita kena tengok balik. Apa guna letak 51% ekuiti bumiputera, tapi yang dapatnya golongan elit yang takde merit. Lagi pula jenis yang takde akauntabliti. Itu pada saya polisi pelik. Tambah lagi, nak dirampas ekuiti industri sedia ada, mereka yang berhempas pulas naikan syarikat sekian lama. Nak diberikan kepada orang lain begitu saja. Banyak cantik? Itu bukan penyelesaiannya.
23. Sebetulnya, saya tak setuju dengan equality atau kesamarataan secara mutlak. Persaingan terlampau bebas tanpa ihsan, perlu kita elak. Kita kena berpegang kepada keadilan sosial. Cabangnya adalah Equality. Equality atau SAKSAMA itu pun perlu kena pada cara dan gaya. Bukanya hanya “myopic” dan “binari” pelaksanaannya. Itu, in sya Allah, akan saya kupas dalam posting akan datang, kalau berpeluang.
24. Berbalik kepada isu pokok kita tadi, lepas ni Malaysia nak masuk pelbagai perjanjian. CPTPP, RCEP dan segala bagai. Belajarlah dari sejarah. Dalam Perjanjian Pangkor, kononnya British nak ajar kita betulkan pentadbiran. Namun, dalam diam dia merampas kuasa dan dijajahnya negara. Perjanjian yang dihulur oleh negara luar seharusnya perlu kita teliti dan santuni dengan cermat.
25. Akhir kalam, berwaspadalah dengan penjajahan versi baru. Ingatlah nasib Seputum. Kalau perjanjian berat sebelah dan kita jadi “tipah tertipu”, Rakyat yang terkorban dulu….
Wallahu a’lam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki

((PANAS)) PENSYARAH UUM 2X KALAH SAMAN, ISU TABUNG HAJI & LGBT - MENDEDA...

TERBAIK LAH ...KERAJAAN MELAYU ISLE...KLUSTER MAHKAMAH DAH BEBAS LAGI SOQANG...NANTI JADI TIMBALAN SPEKER YA...

 

MOHD MUKHLIS


Terbaik

la kerajaan Melayu Isley. Tahniah Mat Maslan sebab bersih dari jadi kluster Mahkamah. Bila lagi nak di lantik jadi Speaker Parlimen?
Mopti Serba tahu tak mahu komen apa-apa ka? Kan enta jamin dulu kerajaan bebaskan perasuah, you reap what you sow.


May be an image of 2 people, people standing and text that says "BERNAMA B BERNAMA BERNAMA 11m Mahkamah Tinggi KL melepas dan membebas Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan daripada 2 tuduhan gagal isytihar RM2 juta, penyataan palsu kepada SPRM. BERNAMA BERNAMA"



RAKYAT DAHAGAKAN PELUANG PEKERJAAN...PM BUAT PROJEK UNTUK KAYAKAN KRONI DAN DANA PILIHANRAYA...ALMAKLUM KABINET TIDAK CERDIK


Perlukah projek mega di ketika negara dicengkam krisis ekonomi dan rakyat kehilangan punca pendapatan?

Ketua Pembangkang, DS Anwar cadangkan dalam parlimen agar projek mega ditangguhkan dan tumpukan kepada membantu rakyat.
Dalam satu komen, aku terbaca ada komentar yang berpendapat jika projek mega dihentikan, maka banyak peluang pekerjaan akan hilang.
Kalau setakat nak bantu rakyat, selama mana sahaja kerajaan boleh bertahan, tulisan si pemberi komen itu lagi.
Aku sama sekali tidak membantah pendapat ini tetapi wajar juga kita bertanya, jika projek mega diteruskan, yakinkah kita yang rakyat akan dapat faedahnya?
Sejauh mana kita yakin dana negara tidak akan diselewengkan ketika projek mega itu berjalan? Selepas projek mega itu siap, rakyat dapat apa?
Jika aku diberikan peluang mentadbir, apa yang aku akan buat bukanlah projek mega. Sebaliknya projek kecil yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.
Contohnya sekarang ini ada krisis ayam. Baik aku berikan bantuan kepada rakyat, terutama mereka yang terjejas akibat COVID ini untuk mulakan perniagaan ayam.
Daripada bisnes anak ayam sampailah ke kilang proses dedak ayam. Supaya dapat tingkatkan bekalan ayam dan turunkan harga pasaran ayam sekaligus cipta peluang pekerjaan.
Ayam ni contoh saja. Ada banyak lagi benda yang kita masih bergantung kepada import. Benda begini yang kita kena mula hasilkan dalam negara.
Berbanding projek mega yang mana kita terpaksa bayar yuran yang mahal kepada perusahaan luar, projek kecil begini memberi lebih peluang kepada rakyat tempatan.
RM400 bilion boleh buat macam-macam projek yang boleh bantu rakyat dapatkan punca rezeki. Kalau projek mega, rakyat cuma dapat gigit jari.
Ya, aku sependapat dengan DS Anwar. Negara tak perlukan projek mega pada masa ini. Dan ya, rakyat memang perlu dibantu pada masa ini.
Dan aku yakin, bantuan yang dimaksudkan oleh DS Anwar bukanlah bantuan tunai tapi bantuan untuk rakyat mulakan hidup baharu seperti dana untuk mulakan perniagaan.
Aku cukup faham PM dan kabinetnya tidak cerdik dan tidak kompeten. Tapi aku harap mereka tidak bodoh sombong, tidak mahu dengar cadangan dari Ketua Pembangkang yang jelas lebih bijak.

APA CERITA RM30J UBAH SUAI KEDIAMAN PM WAKTU COVID 19?


APA MACAM PIMPINAN PH ? SYOK KA KENA KENCING DENGAN UMNO ?

 


MOHD MUFIZ II


Yehaaaa !! PELANGGARAN MOU 🥳🥳👏👏....Amacam PEMIMPIN-PEMIMPIN PH ?? SEDAP KE KENA KENCING DGN UMNO PENIPU....



May be an image of 2 people and text that says "B BERNAMA 15m・ Ikuti Mahkamah Tinggi KL melepas dan membebas Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan daripada 2 tuduhan gagal isytihar RM2 juta, penyataan palsu kepada SPRM. BERNAMA BERNAMA"


SIASAT SEGERA KEBOCORAN IDENTITI RAKYAT MALAYSIA


KESIAN SIPENCURI PETAI BERBANDING MAT MASLAN



NORMAN RADZUAN

Sepatutnya si pencuri petai tempohari mengaku bersalah dia mencuri petai dan bincang dgn pihak pendakwaraya utk bagi balik separuh petai yg dicuri tersebut. Mengapa pendakwaraya sebelum ini tak boleh berbincang dgn pencuri petai seperti kes melibatkan kayangan?
Gambar sekadar hiasan apa yg org Melayu mahukan. Org kaya bebas org miskin merengkok ke dlm penjara. Minda org Melayu telah dipenjarakan.


May be an image of 1 person and text that says "Ubah Wang Haram RM2 Juta 'Kawtim' Bayar Balik RM1.1 Juta Ada Untung Lagi RM900 Ribu SR AHMAD"

BAJET 2022 MESTI UTAMAKAN KESAKSAMAAN GENDER – FUZIAH


((PANAS)) MENDEDAH KEJAHATAN WALAUN PAS SEMPENA SETAHUN TEBUK ATAP - PAR...

PANAS - MENDEDAH KEJAHATAN WALAUN PAS SEMPENA SETAHUN TEBUK ATAP - PART 1/5

UNTUNG LA BARU SEBULAN JADI PM DARI UMNO ..SEMUA BORONG TUTTUP KES

 

Warganet ucap ‘tahniah’ selepas Ahmad Maslan bebas tuduhan


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan daripada tuduhan gagal mengisytiharkan penerimaan wang RM2 juta dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menarik perhatian warganet.

Rata-ratanya secara menyindir mengucapkan ‘tahniah’ ekoran tindakan pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan selepas Ahmad membayar kompaun RM1.1 juta.

“Dah ramai sangat jerung dibebaskan,” komen pengguna Facebook Khairul Azhar.

Tidak kurang juga yang mengaitkan ‘durian runtuh’ yang diterima Ahmad hari ini dengan ‘kerajaan Melayu Islam’ yang sekarang diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Berkat bersama kerajaan Islam,” perli Anuar manakala Awaludin Effendy pula menulis, “Melayu Islam memimpin namanya ni.”

Dalam masa sama, isu ‘kluster mahkamah’ turut ditimbulkan yang merujuk kepada sejumlah pemimpin Umno yang menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah.

“Seorang lagi kluster mahkamah bebas,” komen ringkas Mohd Ikhmal Mohd Iskandar.

Selain Ahmad, Ahli Parlimen Umno yang termasuk dalam ‘kluster mahkamah’ ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, warganet juga menyifatkan apa sahaja boleh berlaku apabila kuasa sudah berada dalam genggaman.

“Ada kuasa, kebal jadinya,” kata Azim Hamid.

Serentak dengan keputusan terhadap Ahmad, perkataan ‘Umno’ juga muncul menjadi sohor kini di Twitter dengan 1,587 ciapan setakat tengah hari ini.

“Harga sebuah pengkhianatan Umno kepada Bersatu.

“Seperti saya selalu kata, jangan kata penjara, lokap pun belum tentu mereka boleh tahan. Jadi sanggup buat apa sahaja untuk bebas,” ciap Iswardy Morni Official di Twitter.

PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA BERKATA PATUT KETUA POLIS YANG CAKAP.......

 

TAPI SIAPA PULAK YANG LANTIK MAK LAMPIR BERCAKAP.




GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN BERITA.SEKDAR HIASAN SEMATA

Tutup kes kematian Adib: NGO kecam Zuraida

Tutup kes kematian Adib: NGO kecam Zuraida

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗦 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗬𝗔𝗥𝗛𝗔𝗠 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗔𝗗𝗜𝗕 𝗕𝗜𝗡 𝗛𝗝 𝗞𝗔𝗦𝗦𝗜𝗠

1. PEMBELA menzahirkan rasa marah, terkejut dan kecewa di atas kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Zuraida Kamaruddin yang menyatakan kes Kematian Adib ini ditutup dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

2. Kenyataan beliau ini menimbulkan pelbagai persoalan;

i. Adakah siasatan masih diteruskan untuk mendapat bukti baharu atau sekadar menunggu mana-mana pihak membuat laporan?
ii. Maka, jika kes ini ditutup, bagaimana pula pihak berkuasa siasatan ingin kemukakan dan cari bukti baharu?
iii. Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh satu jawatankuasa yang ditubuh oleh pihak polis satu ketika dahulu?
iv. Apakah masih tidak cukup bukti yang dikumpul?
v. Mengapakah beliau pula yang mengeluarkan kenyataan berkenaan kes ini? Apakah ini pendirian rasmi pihak berkuasa?

3. Adalah suatu keadaan yang sukar dipercayai bahawa pihak polis tidak dapat mencari bukti dan mengesan pesalah pada zaman teknologi yang serba canggih kini. Pelbagai pengakuan serta video dan gambar telah diambil oleh pelbagai pihak semasa kejadian; di manakah bukti-bukti ini?

4. PEMBELA menerima banyak maklumbalas dari pelbagai NGO, pengamal undang-undang dan orang awam yang berasa amat kecewa dan marah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Zuraida Kamaruddin berkenaan dengan isu ini. Jika isu ini tidak ditangani dengan baik, maka 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂.

5. Ini bukan isu biasa, jauh sekali isu perkauman tetapi ini adalah ISU KEADILAN untuk seorang PENJAWAT AWAM. Pihak Mahkamah Koroner melalui keputusan inkues juga telah menyatakan dengan jelas terdapat bukti Adib dipukul, setelah mendengar keterangan dari puluhan saksi dan melihat pelbagai bukti yang wujud di tempat kejadian. Pelik sungguh jika kes ini ditutup begitu sahaja.

6. Sehubungan dengan itu, PEMBELA akan berusaha dan bekerjasama bersama dengan pelbagai pihak termasuk dengan keluarga Allahyarham Adib bagi mengorak langkah tindakan seterusnya yang harus diambil bagi memastikan 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗚𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
29 September 2021



(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...