TERBAIK: SATU PANDANGAN LOGIK : BAB BERLAGAK SERAH PADA PEMIMPIN MELAYU



NORMAN RADZUAN


Pemimpin kita nak bergaya atau nak selamatkan rakyat?

BAB BERLAGAK SERAH DKT PEMIMPIN MELAYU

Ubah suai Seri Perdana kos RM 30 juta kerana faktor keselamatan dan imej Malaysia kepada pemimpin luar? Memang orang Melayu tak boleh diberi pangkat dan kuasa.

Kalau di England pejabat atau kediaman PM mereka hanyalah seperti rumah Flat di Malaysia. Malah ada seorang sahaja Pengawal di luar rumah tersebut. Jika faktor keselamatan dan imej tentulah mereka patut buat dua kali ganda hebatnya dari kita.

Tapi itu bukan faktor utama mereka. Lihat Presiden Singapura. Pada awalnya dia mahu tinggal di rumah Apartmentnya sahaja. Akhirnya dia terpaksa akur atas faktor keselamatan dan gangguan kepada jiran2.

Lihat pemimpin-pemimpin barat yang sangat simple... ada yang naik LRT, ada yang naik basikal dan yang menandu kereta sendiri. Negara kita dalam tak ada duit dulu masa zaman Najib berpuluh juta sekarang berpuluh juta lagi.

Ingatkan UMNO berkawan dengan lebai jadi alim la sikit rupanya geng lebai lagi teruk. Mana taknya, geng lebai ni baru jadi Timbalan Menteri sudah pakai Velfire, tak cukup dengan itu plate kereta 1 atau 2 digit harga puluhan hingga ratus ribu...kemudian sudah langgar double line.

Ada pula sudah jadi Menteri bawa janda langgar SOP, sudah ada yang berkahwin secara online, cerai pun secara online... Ada baru jadi Menteri segak dengan kot dan tali leher. Hilang kopiah...Bab berlagak serah dekat geng lebai... bab kerja ke laut.

Mereka ini jadi pemimpin bukan nak fikir macamana nak bantu rakyat. Yang geng UMNO sibuk dengan projek sana sini sakau duit rakyat selagi boleh. Yang geng  PAS pula  sibuk masing-masing  nak pakai Velfire, no plat hebat dan berpakaian segak.

Sebab itu bila ada cadangan yang baik untuk pemimpin2-pemimpin negara menggunakan baju batik sebagai pakaian rasmi terutama untuk ahli Parlimen ditolak walaupun ia sangat sesuai dengan cuaca seperti mana diamalkan pemimpin Filipina, Indonesia dan Singapura (mereka jarang memakai kot dan tali leher).

Mereka tolak atas satu faktor... sebab tak bergaya. Biar panas berpeluh badan asal nampak segak. Maaf cakap perangai mereka masing2-masing macam 'peqak' (berlagak tak kena tempat). Untunglah dapat rakyat pemikiran rasis.

RM30 juta tu boleh serapkan ribuan Doktor kontrak sebagai pekerja tetap kerajaan. Kejam sungguh pemimpin-pemimpin  Melayu ni. Tak masuk diakal cara mereka guna wang rakyat.