KENAPA PENYOKONG PH MAHU GAFAK SOLO

 

Alif Jamil



Saya faham kenapa ada penyokong PH sendiri merasakan lebih baik PH bergerak solo. 






Memang benar, selepas PRU-15 dan beberapa PRN, kita dapat lihat sebahagian pengundi UMNO lebih cenderung mengundi PN berbanding calon PH. 


Itu realiti yg tidak boleh dinafikan. 

Tetapi politik pilihan raya ni tak boleh hanya dibaca berdasarkan sentimen semasa atau beberapa kerusi tertentu saja kerana Malaysia menggunakan sistem First Past The Post dimana pecahan undi akan menjadi penentu kemenangan.


Dalam banyak² kerusi PRU15, jumlah undi anti-PN melebihi undi PN.


Tapi kerana apabila undi itu berpecah, PN menang hasil dari perpecahan undi tersebut walaupun dgn peratus yg lebih rendah. 


Sebab itu isu utamanya harini adalah untuk menghalang Perikatan Nasional dari mengambil alih Putrajaya dan pastikan Anwar Ibrahim kekal terajui pimpinan kerajaan. 


PH masih kuat dibandar dan kawasan campuran dan BN pula masih mempunyai struktur akar umbi Melayu luar bandar yg PH sendiri sukar tembusi secara bersendirian.


Namun saya juga setuju bahawa antara cabaran terbesar kerjasama PH-BN ialah sentimen sebahagian pengundi BN yang masih melihat DAP sebagai liabiliti politik. 


Ini memang tak boleh disapu bawah karpet. 

Sebab itu PH khususnya DAP perlu lebih bijak memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan.


DAP tak boleh terlalu lantang dan menyerlah dalam apa² isu yg terkait dgn sensiviti melayu islam. 


Politik persepsi ni sangat penting dalam masyarakat Melayu luar bandar. 


Semakin agresif dan defensif sesuatu naratif dimainkan, semakin mudah PN memanipulasi. 


Cara untuk menarik pengundi BN ni bukan dgn memaksa mereka menerima DAP tapi dgn mengembalikan keyakinan dgn tindakan bahawa Kerajaan Perpaduan harini tegas dalam soal kedudukan Islam, Melayu, Raja² Melayu dan kestabilan negara. 


Sebab itu pemimpin PH dan DAP perlu konsisten dgn pendekatan yg sederhana, hormat sensitiviti masyarakat Melayu dan memberi lebih ruang kepada wajah² moderat seperti Amanah, PKR dan pimpinan UMNO sendiri untuk menjadi jambatan politik kpd kelompok pengundi ini.


Realitinya PH dan BN memang tidak akan serasi selama² nya. 


Tapi yg lebih utama adalah cara menguruskan perbezaan kerana kerjasama ini melibatkan soal kestabilan negara. 


Negara ini akan hebat hanya apabila pemerintahannya kukuh dan stabil. 


Dan itulah matlamat utama bagi setiap rakyat yg sayangkan negaranya.




KEH.. KEH...

 


MASUK PUN TUNGGIN LA.



 TERKINI. PAS UMUM TAK BERTANDING PRN JOHOR. DEMI PERPADUAN UMMAH.




BEGINI CARA DISEKSA

 


Zainuddin Omar


400 aktivis Sumud termasuk 29 dari Malaysia dipamerkan sebegini secara langsung di televisyen di mana ramai diseksa.  


Kalau aktivis Sumud diperbuat seperti ini, apakah yang mereka lakukan terhadap tahanan Palestin di penjara yang tidak dibenarkan dimasuki oleh sesiapa pun?




PAKAT KELUAR... NOHHHH

 

Rakyat Bijak


Suruh keluar’ punca ramai tinggalkan PKR? Kenyataan dilihat seolah-olah ego dan mencabar






Kenyataan pemimpin yang menyebut bahawa mana-mana ahli yang tidak lagi sehaluan atau tidak selesa dengan hala tuju parti boleh meninggalkan organisasi mula mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik dan akar umbi.


Ada yang melihat pendekatan sedemikian sebagai satu ketegasan dalam memastikan hala tuju parti terus jelas dan tidak terganggu dengan perbezaan pandangan dalaman. 


Namun, tidak kurang juga yang berpandangan bahawa kenyataan seumpama itu boleh ditafsir sebagai terlalu keras, bersifat ego, malah seolah-olah mencabar ahli yang masih bergelut mencari keserasian dengan perjalanan parti ketika ini.


Perkembangan itu turut mencetuskan persoalan dalam kalangan penyokong politik sama ada gelombang ahli yang meninggalkan parti kebelakangan ini berpunca daripada rasa tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau dipengaruhi oleh naratif bahawa mereka yang tidak bersetuju boleh memilih untuk keluar.


Pemerhati politik berpandangan bahawa sesebuah organisasi politik perlu sentiasa membuka ruang dialog dan perbincangan bagi memastikan suara akar umbi terus didengari, khususnya ketika landskap politik negara semakin mencabar.


Dalam masa sama, ada juga yang mempertahankan kenyataan berkenaan dengan alasan bahawa setiap ahli mempunyai kebebasan menentukan pendirian politik masing-masing dan tidak sepatutnya terus berada dalam organisasi sekiranya sudah hilang keyakinan terhadap hala tuju perjuangan.


Persoalannya kini, adakah kenyataan berbentuk ketegasan itu membantu mengukuhkan parti, atau sebaliknya memberi persepsi negatif sehingga mendorong lebih ramai mengambil keputusan untuk berundur?


Perdebatan itu dijangka terus menjadi perhatian apabila perubahan landskap politik dan pergerakan ahli parti terus berlaku dari semasa ke semasa.


Sham - Admin PRU 16 - Rakyat Bijak




Sembang Orang Kedah lepas balik ni ON terus.


Syam Ghaz







Sebelum sembang kencang kritik saya, tunjukan lah dulu siapa Dr Khalid Hamka aka Fake Account tu.


Maaf lambat baca posting kamu semalam. Duk luar.


Teguran: silap orang kamu kata saya tak berani sahut cabaran debat YB penakut Ashraf Mustaqim tu.


Saya ajak debat seorang vs seorg, dia suh ajak Menteri + Dato Ismail Pengerusi Mada skali dgn saya kononnya nak 3 vs dia seorang.


Dgn saya pun si YB tu kecut, apatah lagi nak ajak 2 orang tu.


Saya kata jika dia nak 3 orang, bagi 3 vs 3. Ajak Sanusi Md Nor dan YB Exco Pertanian Kedah juga Dzowahir Bin Haji Ab Ghani ke gelanggang.


Asyraf tak jawab sampai sudah.


Kamu kata saya takda respond apa2. 


Silap tu, tak sampai berap a minit YB Loglaq tu posting, saya dah respon terus! 


Baca sini; https://www.facebook.com/share/18cxd2WZdY/?mibextid=wwXIfr


Malah Saya terus jawab di posting Yb Loglaq tu, kecutt sampai bagi gelaran pada saya “langau” buat apa, jika berani turun ke pentas. Lihat komen saya di wall dia.


Tulisan kamu ni bukannya nak debat sangat, saja nak hentam saya dan fitnah saya indirect. 


Setakat ini yang kecutt; Sanusi, Asyraf Mustaqim! Nak tengok Khalid Hamka ni berani tak pertahankan Sanusi.





TAWARAN UNTUK SUKARELA BERSAMA.


 

SYAM GHAZ BERANI KERANA ADA PAYUNG


Syam Ghaz


Tadi beria ria nak debat dgn saya. Last last pula ada syarat pulak dah. Penakut la hang Sembang Orang Kedah!


Syam Ghaz dalam fb menyalak2 minta Dr Khalid dedahkan identi. Belum setuju debat dah minta dedah identiti. Ini benar tunjukkan Syam kecut dan akan gunakan pengaruh payung yang dia ada untuk kenakan Dr Khalid. 


Inilah wajah jahat ceplos2 yang kemaruk ada kuasa bukan untuk kebaikan rakyat dan negara sebaliknya digunakan untuk menekan pengkritik dan individu yang tegar bersuara, berani bersuara dan lantang mendedahkan kebobrokan kezaliman Madani.


Dr Khalid bersedia tampil debat dengan Ketua Ceplos namun wajar juga ada jaminan keselamatan sebelum dan selepas debat. Jaminan tiada gangguan dan tindakan daripada kerajaan Madani. Tanpa jaminan, Syam Ghaz hanyalah pengecut.





Syam Ghaz janganlah buat syarat bulan bintang hendakkan debat bersama MB Kedah, Mohd Ashraf Mustaqim dan Exco Pertanian. Sembang babi boleh terbang konon nak lawan 4 sekaligus. Sedangkan itu helah pengecut ketua ceplos. Cukup Dr Khalid seorang lawan Syam, Wan Mahussin Official, Mat Min, Emjay Pondan dan Leman Rajaraba. Ajak sama Tokpon dan Paktuan.





Penat Sanusi Md Nor nak jawab bab PELABUR PUSAT DATA CABUT LARI dari Kedah.







 Penat Sanusi Md Nor nak jawab bab PELABUR PUSAT DATA CABUT LARI dari Kedah.


Sanusi kini difensif



Kedah Online


CABARAN PEMBANGUNAN PUSAT DATA DI MALAYSIA


Oleh: Hafiz Mansor,

Ketua Penyelidik

Yayasan Kedah Sejahtera


Akhbar The Edge melaporkan sebuah syarikat pembangunan pusat data, Maxland Bhd telah membatalkan dua cadangan pajakan tanah bagi pusat data (data centre) dan sistem perkhidmatan penyejukan daerah (district cooling system) di Kulim Hi-Tech Park, Kedah. 


Dua perjanjian tersebut berkait dengan perjanjian pembangunan pusat data bersama Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dengan Maxland Data Sdn Bhd yang ditandatangani pada Disember 2024.


Ia melibatkan perjanjian pajakan tanah selama 60 tahun dengan tanah seluas 4.56 ekar di Zon Perindustrian Fasa 2 KHTP. 


Jumlah projek dianggarkan berjumlah RM9.95 juta.


Satu lagi perjanjian melibatkan projek perkhidmatan penyejukan daerah bersama Maxland Kool Sdn Bhd yang ditandatangani pada Februari 2025 melibatkan tanah seluas 4.85 ekar di Zon Perindustrian Fasa 2 KHTP. 


Anggaran kos projek adalah RM10.57 juta. 


YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah menjelaskan, pihak pelabur mencadangkan penggunaan tanah melebihi 400 ekar tanah di Fasa 5 KHTP untuk tujuan tersebut.


Perkara ini menyebabkan Kedah bakal menghadapi kos melepas (opportunity cost) yang besar. 


YAB Menteri Besar menyatakan peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan dengan pembangunan pusat data hanyalah sekitar 1,000 orang, sedangkan keluasan tanah tersebut sepatutnya berpotensi membuka peluang pekerjaan sehingga 15,000 orang.


Malah, bekalan air dan elektrik yang diperlukan untuk menampung sistem penyejukan pusat data pula bersamaan dengan pembangunan tiga hingga ke empat buah kilang pembuatan di sana. 


Pendirian YAB Menteri Besar tersebut berasas. Isu ketidakcukupan bekalan sumber untuk menampung pembangunan pusat data menjadi isu utama yang diketengahkan ketika ini, tidak terhad di peringkat negeri, malah menjadi isu di peringkat nasional mahupun global. 


Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendedahkan bekalan air yang digunakan untuk menampung operasi 104 buah pusat data bersamaan 876 juta liter air sehari pada 2025. 


Manakala penggunaan domestik seliter air sekitar 228 liter seorang bagi sehari. 


Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan suatu artikel pada Suku Ketiga 2025 bertajuk "From Bytes to Bucks: The Economics of Data Centre in Malaysia". 


Artikel tersebut menjelaskan Malaysia berhadapan dua risiko utama dengan pembangunan pusat data.


Pertama, penggunaan bekalan air dan tenaga yang tinggi untuk operasi. 50MW pusat data bersaiz sederhana/kecil bersamaan penggunaan elektrik 22,000 penggunaan isi rumah. 


Manakala penggunaan air pula bersamaan 2,200 isi rumah. 


Kedua adalah isu rangkaian bekalan domestik yang masih belum mampan untuk menampung keperluan kelengkapan tertentu. Pusat data memerlukan pengimportan kelengkapan seperti "server rack" dan sistem penyejukan dan lainnya dalam suatu jumlah  besar dan mengalami peningkatan saban tahun. 


Keadaan ini juga secara asasnya mendorong peluang yang terhad kepada vendor-vendor tempatan, pembangunan rangkaian nilai tambah selain isu pemindahan teknologi yang perlahan. 


Johor, antara negeri yang menjadi tumpuan terhadap pembangunan pusat data limpahan daripada Singapura turut melaksanakan langkah menghentikan kelulusan projek pusat data Tier 1 dan Tier 2 sejak November 2025. 


Ini kerana projek pusat data Tier 1 dan Tier 2 menggunakan kapasiti air sehingga 200 kali ganda berbanding projek Tier 3 dan Tier 4. 


Apa yang menjadi titik utama di sini adalah tidak terhad kepada soal kecukupan bekalan air dan tenaga untuk menampung keperluan domestik, isi rumah yang kemudiannya kepada pembangunan pusat data semata-mata. 


Bahkan apa yang harus dinilaikan secara teliti juga adalah soal kelestarian sumber bekalan tersebut untuk jangka masa panjang. 


Dalam masa sama, pelaburan dalam sektor digital dan pusat data mengalami peningkatan yang ketara. 


Sepanjang tempoh 2021 sehingga Separuh Tahun Pertama 2025, pelaburan dalam sektor ini telah mencecah RM144.4 bilion, menjadikannya komposisi utama bagi sumber FDI negara dalam tempoh tiga tahun terakhir mengatasi sektor pembuatan. 


Namun, tanpa suatu koordinasi kukuh selain pelan strategik jangka panjang, pembangunan pusat data di Malaysia tidak mampu untuk kekal lestari bahkan tidak mustahil menjejaskan perancangan bandar untuk jangka masa panjang.


https://www.kedahonline.com/2026/05/cabaran-pembangunan-pusat-data-di.html




TIADA. PILIHANRAYA KECIL.

 


NOH... ADA BUKTI DAH... NI ORANG KEDAH YANG HABAQ MAI


 

KEH KEH.. NUSI NUSI... HANG KELENTONG KAMI NOH.


 

PARTI MELAYU VS PARTI BUKAN MELAYU

 


PARTI MELAYU VS PARTI BUKAN MELAYU


Che ibrahim

Semua parti melayu akan bergabung dengan parti bukan melayu. Takdak satu pun parti melayu yang bergerak solo kecuali parti parti kerdil.


PH ada Dap,

PN ada Gerakan,

BN ada MCA dan MIC,


BERSATU dah bersama PN,

BERSAMA agak2 nak bersama siapa??




YANG GAGAL DAN BERJAYA DILAKSANAKAN



Zamzuri Ardani


 Singapura pernah haramkan judi. Masa tu orang Singapura nak berjudi, mereka akan datang berjudi di Genting Highland Pahang Darul Makmur. 


Ketua Menteri Tamil Nadu yang baru tidak mengharamkan arak. Dia hanya mengarahkan sekitar 700 kedai arak yang hampir dengan sekolah, hospital, stesen bas, dan rumah ibadat ditutup. Di tempat-tempat lain, tiada halangan. 


Perkara ini boleh berlaku dan tidak menjadi kontroversi kerana ia dibuat tanpa membawa naratif agama dan kaum. Ia dibuat atas isu ekonomi dan sosial. 


Di Turki, Erdogan pernah cuba memperkenalkan undang-undang membenarkan lelaki berpoligami secara sah. Poligami adalah amalan yang biasa dilakukan oleh lelaki Turki terutama di kawasan pendalaman. Tetapi undang-undang Turki tidak membenarkan poligami. Hanya seorang isteri sahaja yang boleh didaftarkan sebagai isteri yang sah mengikut undang-undang Turki. Di sana poligami adalah jenayah yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun. 


Erdogan gagal dalam usahanya mengubah undang-undang berkenaan poligami ini kerana ia dianggap sebagai 'memperkenalkan undang-undang berasaskan kepercayaan agama'.  


Masyarakat sekular di Turki menentang keras usaha ini. 


Kerajaan Kedah mahu mengharamkan judi. Saya sokong usaha mahu mengharamkan judi. Dari sudut sosial dan ekonomi, judi tidak membawa kebaikan.


Tetapi bila MB Kedah kata beliau lakukan ini 'kerana Allah yang suruh', bagi saya ini satu pembohongan atas agama. Tidak ada nas yang qathie yang menyuruh pemerintah Islam menghalang orang bukan Islam dari aktiviti judi. Larangan berjudi yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Hadith hanyalah ke atas orang Islam. 


Kerajaan Negeri bagi saya boleh mengharamkan judi ke atas bukan Islam, tetapi bukan atas alasan 'Allah yang suruh'. Ini kerana ianya tidak betul. Tidak ada nas yang sebut 'Allah suruh haramkan judi ke atas orang bukan Islam'. Benda yang Allah tak suruh, kita jangan memandai-mandai kata Allah suruh. 


Akhirnya bila isu ini dibawa ke Mahkamah, ianya didapati bercanggah dengan Perlembagaan Negara. 


Amirul Mukminin Umar Al

Khattab pernah mengharamkan para sahabat Nabi dizamannya dari mengahwini wanita dari kalangan Ahlul Kitab (Yahudi dan Nasrani).  Waktu itu Islam sedang berkembang ke wilayah Rom dan Farsi.


Bila Huzaifah Al Yaman bertanya apakah ini perintah agama, Umar Al Khattab menjawab ianya bukan perintah agama, tetapi Umar RA bimbang amalan ini akan menjadi ikutan ramai menyebabkan nanti wanita-wanita Arab terpinggir dari mendapat jodoh. Umar bimbang berlaku masalah sosial di kalangan wanita Arab.  


Walaupun apa yang dihasrat oleh Umar RA itu baik dari pandangan agama, baginda tidak pula mengatakan ianya perintah agama.




RENUNGAN | Jawapan kepada “Siapa Boleh Ganti Anwar dan Kabinetnya?” Sebenarnya Mudah: Sesiapa Sahaja pun boleh


CnP




Apabila saya terdengar bahawa Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh sedang mempertimbangkan  untuk menyaman Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad  sebanyak RM10 juta kerana dikatakan hanya keluar PKR beberapa jam atau sehari selepas menyertai Parti Bersama Malaysia, saya teringat pula kepada Menteri Pendidikan kita , Fadhlina Sidek, yang pernah mengajak pelajar sekolah menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Anwar Ibrahim tidak lama dahulu.


Selepas itu, saya teringat pula kepada satu ucapan oleh Menteri Sumber Manusia Ramanan Ramakrishnan baru-baru ini. Ramai orang mengingati ucapan itu kerana dalam ucapan itu, Ramanan mengkritik Rafizi dengan keras sehingga menimbulkan kemarahan Hassan Karim, tetapi saya mengingati ucapan itu lebih kerana dalam ucapan itu, saya merasakan macam Ramanan terlebih memuji dan merayakan Anwar.


Selepas itu, saya teringat pula yang Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang beberapa hari lepas mengatakan bahawa tiada petanda bahawa Anwar akan membubarkan Parlimen dalam masa terdekat. Hanya beberapa hari selepas itu, Anwar pula akan mengumumkan bahawa pilihan raya mengejut mungkin berlaku pada bila bila masa saja.


Apabila saya fikirkan gelagat mereka ini, teringat pula saya pada zaman ketika saya menjadi guru dahulu.


Semasa saya mengajar dahulu, saya menyedari bahawa pelajar boleh dibahagikan kepada tiga jenis — pelajar cemerlang, pelajar sederhana, dan pelajar nakal.


Ramai orang menyangka pelajar cemerlang adalah mereka yang mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik,  tetapi hakikatnya tidak begitu. Pelajar cemerlang lazimnya memang akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan,  tetapi ciri utama yang membezakan mereka dengan pelajar lain ialah mereka berkecenderungan untuk memahami realiti.


Sebagai seorang cikgu, apabila kita mengajar seorang pelajar cemerlang bahawa semua warna pelangi berasal daripada cahaya putih, contohnya, reaksi mereka bukan sekadar menerima tanpa soal apa yang kita kata, hanya sebab kita seorang cikgu. Sebaliknya, mereka akan cuba menyelaraskan apa yang kita ajar pada mereka dengan apa yang mereka lihat dalam realiti.


“Kalau semua warna datang dari cahaya putih, kenapa langit nampak biru? Adakah ia benar-benar biru? Kenapa kadang-kadang oren? Adakah cahaya matahari sebenarnya kuning, atau kita hanya melihatnya begitu dari bumi? Kalau dari angkasa, adakah ia nampak putih?”


Begitulah cara pelajar cemerlang berfikir.


Kadang-kadang sebagai guru, kita akan menganggap mereka sebagai mencabar autoriti kita sebagai cikgu atau tidak menghormati kita kerana sering mempersoalkan kita, tetapi hakikatnya, mereka bukan melawan autoriti — mereka hanya mahu memahami realiti. Dan jika untuk memahami realiti mereka perlu mempersoalkan autoriti kita, mereka akan melakukannya.


Pelajar sederhana pula berbeza.


Mereka lebih cenderung  untuk tunduk kepada autoriti.


Jika guru kata air itu kering dan api itu basah, mereka akan mengangguk dan menyalin sahaja apa yang kita kata tanpa banyak soal.


Bagi mereka, yang penting itu bukan kebenaran,tetapi memenuhi kehendak pihak atasan— sama ada pihak atasan itu adalah guru, ibu bapa, atau sistem peperiksaan.


Jika mereka perlu menerima bahawa hitam itu putih dan putih itu hitam demi memenuhi kehendak orang atasan, mereka akan melakukannya tanpa banyak soal. 


Pelajar nakal pula satu lagi kategori yang berbeza.


Mereka bukan mencari kebenaran seperti pelajar cemerlang, dan bukan pula sekadar patuh seperti pelajar sederhana. Sebaliknya, mereka mahu apa yang ada pada guru — kuasa, perhatian, dan pengaruh.


Mereka mencabar guru bukan kerana ingin memahami realiti, seperti seorang pelajar cemerlang, tetapi kerana mahu menjatuhkan gurunya dan mengambil alih kuasa, pengaruh dan perhatian yang dimiliki oleh gurunya. 


Sebagai guru, saya akui pelajar sederhana memang paling mudah diurus.


Mereka patuh, tidak banyak kerenah, dan melakukan apa sahaja yang diminta.


Namun dalam kehidupan kita, apabila kita berdepan dengan masalah besar atau cabaran serius, ataupun bila kita mempunyai matlamat yang besar,  tiada yang lebih bernilai kepada kita selain daripada khidmat pembantu yang   berbakat dan cemerlang, yang benar-benar memahami realiti dengan mendalam, untuk membantu kita.  


Jika kita dibantu oleh individu yang cemerlang,  berkebolehan tinggi dan berpijak pada realiti, mereka mampu mencari seribu satu jalan untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat kita.


Sebaliknya, jika kita hanya dibantu oleh pembantu-pembantu yang sederhana, ia hanya tidak akan menjadi masalah selagi keadaan kita adalah baik dan semua yang kita uruskan boleh berjalan lancar, walaupun kita tidak menumpukan perhatian sangat kepada apa yang kita uruskan.


Apabila apa yang kita uruskan berkeadaan stabil dan lawan kita adalah lemah, memang mudah untuk kita tergoda dengan keinginan untuk mengelilingi diri kita dengan pembantu-pembantu sederhana yang berkecendurungan untuk memuji dan menyanjung kita.


Tidak dinafikan bahawa kalau kita dikelilingi oleh orang-orang yang berkecendurungan menyanyikan lagu hari lahir kepada kita atau terbiasa  mengangkat dan memuji kita, memang kita akan berasa  sedap dan selesa. 


Tetapi apabila masalah datang,  pembantu-pembantu yang sederhana ini selalunya hanya akan menambah masalah kita sahaja.


Contohnya, apabila kita adalah seorang pemimpin yang kelihatan lemah kerana sudah lama tidak mencapai kejayaan, atau kita sedang bergelut dalam menguruskan kerja kita, atau kita sedang berdepan saingan yang sengit daripada pihak lawan, tindakan pembantu-pembantu kita yang sederhana untuk mengancam saman RM10 juta ke atas lawan kita hanya kerana isu teknikal yang remeh - yang hanya membabitkan kelewatan sehari atau beberapa jam -  hanya akan menjadikan kita nampak lebih lemah lagi.


Jika  kita di bantu kita ada orang yang berkebolehan dan benar-benar memahami realiti, mereka tidak akan bertindak sedemikian. Mereka akan sedar bahawa tindakan itu hanya menambahkan persepsi bahawa kita sudah lemah dan hilang keyakinan diri, pada ketika kita paling perlu untuk kelihatan kuat dan yakin.


Namun itulah dia - orang sederhana memang tidak cenderung berfikir berdasarkan realiti.


Mereka lebih cenderung untuk berfikir untuk memuaskan orang atasan saja.


Bila orang atasannya bermasalah, mereka  hanya akan bertindak untuk melakukan apa yang mereka fikir akan menyenangkan orang atasan mereka, walaupun tindakan mereka  itu akhirnya memudaratkan pemimpin sendiri.


Sebab itu apabila seseorang  pemimpin itu berada di puncak kuasa, dia perlu sedar bahawa keadaan itu tidak akan kekal selamanya, dan meyediakan payung sebelum hujan. 


Dia perlu mengelilingi dirinys dengan orang yang benar-benar berbakat dan berkebolehan, walaupun mereka lebih sukar diurus, kerana merekalah yang akan membantunya bila keadaan berubah.


Namun apabila kejayaan mula membuat seseorang pemimpin itu lupa diri, dia akan mudah percaya bahawa dirinya tidak boleh diganti, atau dia seorang sahaja boleh meyelesaikan segala masalah atau tuah dan nasib akan sentiasa menyebelahinya, lalu memilih untuk dikelilingi oleh pembantu-pembantu yang sederhana yang hanya akan mengiyakan setiap kata-katanya.


Akhirnya, apabila keadaan berubah, maka akan terbeban lah dia kerana orang-orang yang dia harapkan akan membantunya menyelesaikan masalahnya atau menghadapi cabarannya, hanya akan memburukkan lagi keadaan. 


Lepas memburukkan lagi keadaan, mereka akan mengharapkan dia untuk memahami bahawa mereka hanya cuba untuk membantunya, dan menghargai apa yang mereka lakukan, walaupun mereka hanya menambahkan masalahnya. 


Apabila saya mengkritik Anwar Ibrahim, masih ada lagi sekerat dua penyokongnya yang tinggal yang akan membela dia dengan berkata :


“Ya, kami tahu Anwar ada kelemahan, Nehru — tapi siapa lagi yang lebih baik daripada dia? Siapa lagi yang boleh mengurus dan memimpin negara dengan lebih baik dari Anwar kalau Anwar diganti?”


Saya sentiasa merasakan bahawa hujah mereka ini adalah hujah agak ganjil.


Saya rasa ianya adalah ganjil, kerana ianya seolah-olah menggambarkan Anwar Ibrahim dan pasukannya sebagai manusia luar biasa yang tidak penggantinya langsung dalam negara.


Tapi pada pandangan saya, tidak ada apa pun yang terlalu luar biasa tentang tentang Team Anwar yang terdiri daripada menteri-menteri seperti Fuziah Salleh, Fahmi Fadzil, Ramanan Ramakrishnan atau Fadhlina Sidek. 


Apa susahnya nak nyanyikan lagu Happy Birthday atau saman orang berjuta juta ringgit untuk perkara kecil? 


Apa yang Anwar dan kabinetnya mampu lakukan sebenarya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tapi apa yang mereka tidak mampu lakukan pula, mungkin boleh dilakukan oleh ramai orang lain dengan baik, jika diberi peluang.


Jadi pada pendapat saya, kalau Anwar dan kabinetnya diganti, besar kemungkinan keadaan kita tidak akan menjadi lebih teruk — tapi ada keberangkalian yang baik yang pengganti mereka adalah lebih berkebolehan dan berbakat daripada mereka, selagi orang yang menggantikan Anwar sebagai pemimpin negara, tidak mudah tergoda dengan keinginan untuk dikelilingi oleh pembantu-pembantu sederhana yang cenderung untuk tunduk kepadanya, tetapi boleh menerima dan menghargai bantuan daripada orang-orang yang berkebolehan, yang benar- benar memahami realiti, walaupun mereka tidak selalu akan tunduk kepada kehendak orang atasan.


#AnwarIbrahim #RRamanan #fuziahsalleh #FadhlinaSidek #fahmifadzil #pakatanharapantelukintan #KerajaanMadaniTerbaik #KerajaanPerpaduan #therealnehruism 


Kredit Imej: FMT




LAGI HAL TAR SENIK.. KEH KEH

 

Norshidah Md Daud






Macam babi perangai Mokhtar Bin Senik ni


Bil letrik pun tertunggak lebih RM 20k


TNB pun cam gampang xnak potong




DURHAKA.


Em Jay


 3 ekor ni memang penderhaka kepada Raja-Raja Melayu, rakyat Malaysia wajib tolak parti mereka dalam PRU16 nanti.





TU DIA AIHHH....NI MASA PN BINA ...







Qlin Alif


 Terima kasih PN kerana membina 10 sekolah SJKC dan memindahkan 6 buah sekolah ke kawasan yang lebih besar.

Tak lupa juga kepada MB Kedah kerana memberi peruntukan untuk sekolah persendirian Cina dan SJKT.

Mereka buat ini atas arahan DAP kata ketua walaun . Tujuan melakukan ini untuk DAP meraih undi dari kaum tersebut.





Haaa..apa lagi. Rafizi sila bayor 10 juta kat KEADILAN sebab keluar parti. Tapi, dengarnya akta tue tak terpakai kat dia? Eh..kenapa? ...


... 


... 

Nazri Haris


#Ceritera1 


Satu negara gempar (ye ke? ) dengan pengumuman mutakhir daripada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.


Ramai yang mula menuding jari. Ramai juga yang meluahkan rasa keliru.


“Eh, bukankah kita sudah ada Akta Lompat Parti?”


“Bagaimana pula dengan denda RM10 juta yang perlu dibayar kepada PKR sekiranya keluar parti?”


Inilah yang kita kena tahu.


Dalam dunia politik yang penuh dengan strategi, perbezaan antara "terperangkap" dan "bebas" 


ahli politik adakalanya hanya bergantung pada satu perkara...


"Seni memanipulasi.. "

...

...


#Ceritera2 


=Langkah Pertama: Mengosongkan Kerusi, Bukan Melompat=


Kebiasaan yang kita lihat sebelum ini, mana-mana ahli politik yang mahu beralih arah akan mengumumkan keluar daripada parti asal mereka,


tetapi pada masa yang sama, mereka tetap mempertahankan jawatan dan kerusi Parlimen yang dimenangi.


Itulah tindakan klasik yang mencetuskan penggubalan Akta Lompat Parti.


Namun, dalam sidang media di Petaling Jaya baru-baru ini, Rafizi memilih jalan yang berbeza sama sekali.


RR tidak melompat.


Sebaliknya, dia mengosongkan kerusi Parlimen Pandan terlebih dahulu.


Tindakan ini secara rasmi memulangkan semula mandat kepada rakyat.


Apabila kerusi dikosongkan, status beliau sebagai wakil rakyat secara automatik tergugur demi undang-undang.


Apabila mandat sudah dipulangkan kepada rakyat untuk menentukan semula melalui Pilihan Raya Kecil (PRK), isu "melompat parti" demi mengekalkan kuasa tidak lagi timbul.

...

...


#Ceritera3 


=Langkah Kedua: Celahan Perundangan Pampasan RM10 Juta=


Bagaimana pula dengan isu saman pampasan atau bon bernilai RM10 juta yang sering menjadi 'pernikahan' buat ahli PKR yang ingin berpaling tadah?


Rafizi mendedahkan satu fakta undang-undang yang sangat penting.


Perjanjian atau bon RM10 juta tersebut mempunyai syarat yang sangat spesifik dan ketat.


Bon itu hanya sah dan boleh dituntut sekiranya seseorang individu keluar daripada parti dan menyertai parti lain dalam statusnya sebagai seorang Ahli Parlimen.


Di sinilah letaknya kebijaksanaan aturan tindakan beliau.


Oleh sebab Rafizi telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusinya terlebih dahulu, dia bukan lagi seorang Ahli Parlimen. 


Maka, apabila beliau dijadualkan keluar daripada PKR pada hari Selasa berikutnya, beliau berbuat demikian atas kapasiti sebagai anggota biasa parti sahaja.


Secara teknikal dan perundangan, syarat pelanggaran bon tersebut gagal dipenuhi oleh pihak parti asal untuk membuat tuntutan. 


Ikatan perjanjian pampasan itu terbatal dengan sendirinya kerana subjek utama perjanjian, iaitu status sebagai Ahli Parlimen sudah tidak wujud.


Surat perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen pun sudah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

...

...


#Ceritera4 


Tindakan ini memaparkan sisi dinamik percaturan politik apabila digabungkan dengan kefahaman teks perundangan yang mendalam.


Tindakan pasukan RR memilih untuk keluar daripada 'rumah' selepas menyerahkan kembali kunci kepada pemilik asalnya,


iaitu rakyat, sehinggakan tiada ruang untuk undang-undang sedia ada menghukum mereka.


Namun, daripada sudut pandang yang lebih luas, peristiwa ini memberikan kita satu refleksi yang mendalam tentang sistem perundangan tanah air.


Begitulah akta yang dibuat manusia.


Tiada yang sempurna.


Semuanya ada cacat cela.


Sehebat mana pun sesuatu undang-undang itu digubal dengan niat untuk menutup ruang salah laku atau pengkhianatan politik, 


pasti akan sentiasa ada 'lohong' atau celah (loophole) yang boleh dimanfaatkan oleh mereka yang bijak membaca,


dan mentafsir perkataan demi perkataan dalam teks perundangan tersebut.

... 

... 


#Ceritera5

Persoalannya sekarang, adakah langkah ini satu prinsip perjuangan yang bermaruah kerana sanggup memulangkan mandat kepada rakyat,


atau sekadar satu lagi manipulasi undang-undang yang sangat licik?

...


Begitulah hidup di Malaysia ini, warna warni politiknya cepat sangat  saling bertukar.


Pada pendapat aku, sebagai rakyat biasa dan menyokong penjimatan di musim yang penuh krisis ini, elakkan pilihanraya yang tak merubah apa-apa.


Kalau nak buat juga?


Serentakkan semua sekali.


Sekali jalan, jimat.


Kan?





SAMAN LAGI ...DAPAT LAGI DUIT


 

BILA PECACAI ANGKAT BAG DOK MEROYAN


 

DARUL KONVOI

 

Em Jay


Semoga lebih banyak motorsikal akan sertai konvoi PAS lepas ni di Terangganu



NAMA PUN WALAUN...MANA INGAT N BACA TAK PAHAM.

 

MAN TOBA


Ramai tag aku mintak bukak topik nih...aku sebenarnya malas nak main isu nih. Nampak macam komen² nanti komen jelek² 3R dari heters² terutama puak walaunkurap. 






Ya la. Sebelum si Tony Pua nih cakap , ketua walaunkurap lama dulu dah cakap benda sama je nih.


Kenapa masa ketua walaun cakap tak hebuh, tak riuh rendah, tak de yang ratip Hadi lawan raja² melayu? 


Kenapa bila si Tony cakap hal sama, kemain lagi puak² pembangkang nih melenting?


Padahal sama je nih isu dia.




OWHH..TANAH MANA SAYA BAGI..TANAH MANA CINA DAP CURI...TAK SOKONG KAMU , KAMU HENTAM SAYA WALAU SAYA BUAT YANG TERBAIK.


 

ISU UEC..KAMI BERADA DAN KAMI TAHU SIAPA TERLIBAT JUGA. IANYA BUKAN BARU


 

KENA TERUSKAN SELAGI IANYA TIDSK MEMUDARATKAN


 

APA HANG BUAT ...DAH 6 TAHUN SATU APA PUN TAK BOLEH


 

RAJA BERPELEMBAGAAN.

 



Tony Pua menegaskan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, di mana kuasa raja tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang negara. Menurut beliau, rakyat tidak hidup dalam sistem di mana titah raja boleh menggubal semua aspek kehidupan rakyat.






Beliau berkata undang-undang negara digubal oleh wakil rakyat yang dipilih menerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


Tambahnya, perkara itu selaras dengan prinsip Rukun Negara khususnya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.


“Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, dan akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.


“Bukan berdasarkan titah semata-mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.


Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya ADUN Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP Ronnie Liu hadir ke Dataran Selangor setiap minggu bagi memahami dan menghayati makna Rukun Negara.


Baginda turut menyeru semua wakil rakyat Selangor hadir dua kali sebulan ke Dataran Selangor untuk membaca dan memahami Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen di situ.


#TonyPua #DAPMalaysia #SultanSelangor #wongsiewki #PakatanHarapan #isusemasa #RonnieLiu





Strategi Anwar: Guna Najib Sekat Zahid Hamidi


Epy Al Fateh





​Keadaan politik semasa semakin tegang ekoran tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang membelakangi Anwar Ibrahim. Di Negeri Sembilan, timbul isu "tebuk atap" oleh UMNO, manakala di Johor, UMNO bertanding di semua kawasan menentang Pakatan Harapan (PH). Tindakan ini jelas mengundang kemarahan Anwar.


​Sebagai tindak balas, Anwar melihat Najib Razak—yang kini di penjara—sebagai aset penting. Najib masih mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam UMNO dan di kalangan rakyat. Anwar mahu menggunakan pengaruh Najib untuk menyekat dominasi Zahid.


​Strategi ini dianggap bijak. Jika Najib dibebaskan kelak, senario ini akan memecahkan semula kem UMNO. Perpecahan ini akan memastikan parti utama Melayu tersebut kekal lemah dan tidak bersatu.


​Bagaimanapun, pembebasan ini ada harganya. Najib yang bebas nanti pastinya akan berada dalam posisi terhutang budi dan terpaksa mengikut telunjuk serta percaturan politik Anwar untuk terus bertahan.




DIAM MEMBISU....KALAU BAB NGUYUK KEMAIN LAGI







 Bila menteri pelancungan anjur fiesta tarik pelancung mereka riuh bagai negara dah hancur!!


Bila Bukit Bintang berselawat, mereka diam membisu serobu bahasa.


Salam magrib gais!!! Jadilah insan bersyukur dan positif.





KIOK....

 



Qlin Allif


Bukan sebelum tegur DAP Sultan Selangor tegur Hadi,tegur Sanusi .

Masa tu tengah mengorat janda ke sampai pemimpin Pas dan MB Kedah ditegur pun tak tahu?





1 menteri dibantu 2 timbalan menteri




 1 menteri dibantu 2 timbalan menteri . PATUT la..,tak ada yang CERDIK.



Man Toba




- kementerian asas tani, tapi langsung tak ada impact...

Ayam mahal lebih 10 sekilo

Telur ayam takde. Kalau ada pon mahal, limited.

Harga daging mahal

Bawang2 mahal

Pendek kata zaman PN dulu serba serbi mahal lah. 


Ramai yang nak kembali zaman PN kan?




Fakta KAAN 👉 Enjin TEI & GE F110-129E











 Fakta KAAN

👉 Enjin TEI & GE F110-129E
TAI KAAN TFX (MMU) "Milli Muharip Uçak"
Sebelum itu sebagai perkongsian fakta, perlu diketahui KAAN dan Su-57 dibina berteraskan Next Generation platform dengan keupayaan "Stealth multirole/air superiority fighter", ia bukan dibina secara gen 4.5, bermaksud teknologi generasi seterusnya.
Sebelum ini kita telah didedahkan dengan enjin baharu Su-57 termasuklah ujian flat nozzle.
Desas desus enjin KAAN, sebenarnya bagaimana ?
Begini...
Syarikat TAI merupakan pengeluar dan kontraktor utama serta pemegang "design authority" bagi pesawat tempur Gen 5 TAI TF-X Kaan dan bukannya syarikat BAE Systems.
Manakala jika enjin TEI (Tusas Engine Industries) berjaya dibangunkan, maka hakcipta, pengeluaran dan pemegang lesen eksport enjin tersebut juga adalah milik Turkiye.
Enjin TEI ini bukan hasil kerjasama dengan syarikat Rolls-Royce UK kerana terdapat masalah lesen pengeluaran enjin.
Turkiye dilihat lebih terbuka untuk berkongsi teknologi berbanding dengan negara lain.
Jika melihat apa terjadi kepada Indonesia yang menyertai projek KAI KF-21 Boramae sebelumnya, maka KAAN adalah tawaran yang dilihat lebih menguntungkan berbanding Boramae disebabkan sekatan untuk menerima teknologi sensitif yang tidak dibenarkan.
Next MRCA Malaysia ?
Malaysia sebenarnya bukan hendak melakukan pengeluaran pesawat pejuang, cuma hendak memastikan operasi pesawat yang tidak terganggu dan bekalan alat ganti terjamin ✅ ini fakta.
Kemudahan MRO pesawat serta pengeluaran alat ganti secara tempatan harus disediakan menerusi permindahan teknologi (T. o. T) dari pengeluar kepada syarikat tempatan yang berkelayakan ✅
Perlu juga diketahui kenapa Indonesia tidak meneruskan perolehan Mirage terpakai sebelumnya... ini disebabkan alat ganti bagi pesawat-pesawat tersebut sudah tidak dihasilkan, berbeza dengan negara yang mengoperasikan pesawat-pesawat berkenaan dalam jumlah yang banyak.
Maka membeli pesawat pejuang yang tidak lagi dihasilkan atau alat ganti yang tidak lagi dibina adalah masalah untuk tahun-tahun mendatang jika terus dioperasikan, tentunya syarikat-syarikat yang menawarkan selenggara berkaitan ingin meneruskan projek mereka, namun rasionalnya alat ganti yang tidak dihasilkan lagi JUGA perlu dinilai semula, sama ada ia berbaloi untuk diteruskan atau tidak ✅
Maka jika ada ayat-ayat mengatakan "kenapa tidak terus kepada jet baharu ?" adalah relevan, kerana jet pejuang baharu dihasilkan untuk pelanggan baharu, pengguna baharu, untuk tempoh operasi lingkungan 20 tahun kedepan, supply line untuk alat ganti dihasilkan dalam tempoh operasi pesawat, sebab kilang sedang" produce and sales..." ✅ ini juga FAKTA.
Jet baharu maka teknologi pun baharu, weapons pun baharu, stand off, BVR, hypersonic, cruise missiles, GPS glide bomb, ini semua access baharu dalam senjata moden.
Maka mana lebih logik ?
Oleh Salman Al Farisy