Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Bakal Disaman: Urus Sewa Pun Gagal, Ada Hati Nak Urus Negara?

 

Jason Yew


Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Bakal Disaman: Urus Sewa Pun Gagal, Ada Hati Nak Urus Negara?





1. Saya ada terbaca satu kenyataan daripada seorang pemilik bangunan, Dr Haji Muhammad bin Hj Zolkifli.


2. Beliau mengeluh. Bangunannya disewa oleh Ahli Parlimen dari PAS, wakil rakyat Kubang Kerian.


3. Sebagai wakil rakyat dari parti yang sering mendabik dada mempunyai moral yang tinggi, kita harap mereka menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat.


4. Tetapi nampaknya, apabila tiba bab melunaskan bayaran sewa, tanggungjawab asas diketepikan. Janji tidak ditepati.


5. Menurut pemilik, bila dituntut bayaran, mereka pandai tawar-menawar. Modalnya mudah. Menggunakan sentimen "perjuangan Islam" sebagai alasan untuk meraih simpati.


6. Rupa-rupanya, dalam kamus kepimpinan mereka, meminggirkan hak pemilik dan culas membayar hutang dianggap perkara biasa. Integriti tolak ke tepi, asalkan atas nama perjuangan Islam.


7. Pemilik terpaksa mengalah banyak kali kerana budi bicara. Tetapi penyewa langsung tidak memikirkan nasib pemilik sebaliknya membiarkan beliau menanggung kerugian berterusan.


8. Surat penamatan sewa sudah dihantar berkali-kali. Tetapi mereka buat tidak tahu. Ingkar dan degil. Inikah integriti seorang pemimpin yang mahu ditunjukkan kepada rakyat?


9. Hutang wajib dibayar. Perjanjian kontrak wajib dihormati. Bukannya memanipulasi sentimen atau kedudukan untuk mengelak bayar sewa.


10. Saya hairan. Kalau urus bayaran sewa pejabat sendiri pun gagal dan culas, macam mana mereka ini mahu urus negara? Macam mana mahu tadbir ekonomi yang berbilion ringgit?


11. Minggu depan, dengarnya saman pemula akan difailkan di mahkamah.


12. Harapnya apabila berdepan tindakan undang-undang nanti, selesaikanlah apa yang patut. Janganlah pula nanti pusing cerita mengatakan ini semua adalah sabotaj politik terhadap parti mereka.


13. Malaysia aman tanpa PAS. 


#kubangkerian #pas #tuanibrahimtuanman



No comments: