MACAI JKOM WUJUD UNTUK HALANG DSAI

 

KAK IDA ABDULLAH


Sekarang, dalam FB saya dapati ada pelbagai strategi musuh bagi menghalang DSAI ke hpdn supaya DSAI tidak sama sekali diangkat PM WALAUPUN keadaan negara lemah tidak bermaya dan yang mempunyai kuasa mentadbir TIDAK tahu bagaimana!


1) JKOM diwujud untuk mengungkit cerita liwat yang WALAUPUN ianya sekadar fitnah TETAPI oleh kerana DSAI telah dipenjara MAKA ia memperkukuhkan fitnah Mahathir sebagai benar.


2) Kemunculan adik perempuan semburit mengungkit liwat Azizan SEDANGKAN Azizan telah mengaku TIDAK diliwat. DSAI telah dipenjara kerana telah menyalahgunakuasa menyuruh polis 'gempag' betina yang memfitnah beliau.


3) Kumpulan yang memberi persepsi bahawa DSAI sama sahaja dengan semua ahli politik yang lain dan sudah tidak releven dan wajar bersara.


4) Pemimpin-pemimpin PH dari AMANAH dan DAP yang masih mementingkan survival Mahathir dari mencari jalan membantu rakyat melalui ujian Covid 19 dengan memberi sokongan padu kepada DSAI. 


Kesemua strategi ini bertujuan satu sahaja : HALANG ANWAR SEBAGAI PM MALAYSIA.


Lalu sebagai rakyat Malaysia yang perlu pembelaan dari penindasan kerajaan akibat ketidakcekapan dan tiada amanah mereka, apa perlu kita lakukan?


Siapa selain Anwar yang anda rasa mampu mengembeleng dan memobilisasi rakyat Malaysia dalam memberi kesedaran bahawa kerajaan zalim ini perlu diturunkan dan institusi kerajaan yang bobrok perlu direform agar rakyat mendapat manfaat?

TIADA RUANG SOROK KEBEJATAN EKONOMI NEGARA


Menurut beliau penyusutan KDNK -5.6% pada tahun 2020 ini tidak memungkinkan berlaku suatu lonjakan luar biasa KDNK tahun 2021 kepada 6.5% - 7.5% seperti yang turut telah dibentang oleh Menteri Kewangan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2021. “Menteri Kewangan digesa untuk berpijak di bumi nyata, bersikap jujur dan telus dalam membentangkan angka-angka ekonomi.

Panas! Rina Harun selesai bayar hutang jutaan ringgit, elak diisytihar muflis

 Panas! Rina Harun selesai bayar hutang jutaan ringgit, elak diisytihar muflis


Selepas isu pembedahan untuk jadi kurus, cakap Bahasa Inggeris yang tidak tentu hala, kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun hadapi isu lain pula… bangkrap.

Namun, Rina akhirnya berjaya menyelesaikan hutang bernilai jutaan ringgit kepada syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris untuk mengelakkan beliau di isytiharkan bangkrap atau muflis.

Memetik laporan portal twentytwo13, saman muflis yang dikemukakan syarikat penerbitan Sarl Novovision terhadap Rina pada September 2020 juga dilaporkan telah digugurkan.

Peguam Mark Ho, yang mewakili syarikat Perancis itu mengesahkan bahawa Rina telah menyelesaikan hutangnya minggu lalu, namun tidak menyatakan jumlah yang dibayar oleh Ahli Parlimen Titiwangsa itu.

“Kami menerima cek pada hari Rabu dan diselesaikan pada hari Khamis.

“Pembayaran itu mengakhiri proses saman bankrap,” kata Ho.

Sebelum ini, Rina dikatakan membuat pembelian satu rancangan komedi dan dokumentari hampir 10 tahun yang lalu dari syarikat tersebut yang terkenal dengan tayangan video lucu, dan gagal membuat bayaran untuk kandungan berkenaan.

Syarikat berkenaan kemudiannya mengeluarkan beberapa notis kepada syarikat Rina yang kini sudah tidak berfungsi iaitu Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd antara tahun 2011 hingga 2013..



ISU 'SUGAR BABY’: SELAMATKAH MALAYSIA DI BAWAH ULAMAK PAS?



Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement, Brandon Wade, berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan. "Pentas seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya atau mewah.




PERIKATAN NASIONAL MAHU MENONGKAT LANGIT?


Dalam satu hantaran di Facebook, pemilik Karangkraf, Dato’ Husamuddin melontarkan keluhannya tentang budaya mengugut untuk mengawal media itu. “Kami buat akhbar bebas (watan/eksklusif/sinarHarian) sejak tahun 80'an lagi. BN/PH pun tak berapa suka dengan pendirian kami, tapi mereka tak pernah ugut malah siap engaged kami. Hubungan kekal mesra, walaupun "benci tapi rindu"


Kes projek solar: Keputusan Rosmah dipanggil bela diri atau bebas diputuskan Khamis ini

 

Bernama
Kes projek solar: Keputusan Rosmah dipanggil bela diri atau bebas diputuskan Khamis ini
Rosmah berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:Khamis ini, perhatian ramai akan tertumpu kepada Datin Seri Rosmah Mansor, apabila Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada akan memanggilnya untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak, atau membebaskannya.
Rosmah, 69, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Pada hari berkenaan, Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan membuat ketetapan sama ada memanggil Rosmah untuk membela diri terhadap pertuduhan itu atau membebaskannya.
Sekiranya diperintah untuk membela diri, Rosmah mempunyai tiga pilihan - sama ada berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberikan kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan; atau memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Pada 11 Dis lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 23 saksi termasuk bekas Pegawai Khas Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan ketika itu, Tan Sri Madinah Mohamed.
Rosmah sepatutnya dibicarakan bersama Rizal, 46, yang didakwa dengan empat tuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah atas projek berkenaan.
Bagaimanapun pada 8 Jan 2020, sebelum perbicaraan bermula, mahkamah membebaskan Rizal daripada tuduhan setelah pihak pendakwaan menarik balik keempat-empat tuduhan terhadapnya, dan Rizal kemudian menjadi saksi utama pendakwaan.
Pada 15 Nov 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.
Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini antara Mac dan April 2016.
Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di kediamannya di Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬, pada 7 Sept 2017.
Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa pada 20 Dis 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Semua kes itu telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Feb tahun lepas.
-- BERNAMA


SAMPAI AHLI PARLIMEN LUAR TURUT BERSUARA, TIDAK RASA MALUKAH MUHYIDDIN?

 

Sejumlah 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara Asean menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang secepat mungkin tanpa sekatan.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Kenyataan itu ditandatangani Ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura.

“Kuasa darurat Malaysia jelas tidak menepati piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mewujudkan keadaan di mana kebertanggungjawaban kerajaan amat terhad, dengan salah guna kuasa mungkin berlaku.

“Sebagai badan yang menyuarakan kehendak rakyat, Parlimen mempunyai kedudukan utama dalam demokrasi yang berfungsi, dan penggantungannya pada masa ini telah menidakkan penglibatan awam dalam proses membuat keputusan.

“Ini membimbangkan terutamanya di saat sebarang keputusan kerajaan akan meninggalkan kesan berkekalan terhadap hidup rakyat,” menurut kenyataan tersebut.

Kata mereka lagi, sekarang waktu yang amat penting untuk Parlimen berfungsi dengan cekap dan memantau terhadap sebarang risiko salah guna kuasa.

Susulan proklamasi darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu, atas dasar melawan penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat, sidang Parlimen dan DUN digantung sehingga tempoh yang dirasakan sesuai oleh Agong.

Perintah darurat berkuatkuasa sehingga Ogos dan tertakluk kepada syor jawatankuasa khas yang dianggotai 19 ahli daripada pelbagai latar belakang, termasuk tiga ahli Parlimen pembangkang.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan berhubung kuasa tambahan kepada angkatan tentera ketika tempoh darurat untuk menangkap warga asing tanpa dokumen di sempadan negara.

“Kami ingin mengingatkan pihak berkuasa, bagi menjamin darurat tidak digunakan untuk menekan hak asasi atau merampas institusi demokrasi, ia sepatutnya wajar dan bersekadar untuk menangani ancaman yang ingin dikekangnya, dalam hal ini bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kuasa seumpama itu perlu bersifat sementara, teratkluk kepada pengawasan kehakiman dan legislatif yang berkesan, dan tidak menyasarkan golongan tertentu,” kata mereka.

Sumber – Malaysiakini – https://m.malaysiakini.com/news/563173

Tesco ditukar nama kepada Lotus, kerajaan PN tak belajar dari pengalaman KFC dan Guhthrie

 


Tesco ditukar nama kepada Lotus, kerajaan PN tak belajar dari pengalaman KFC dan Guhthrie

TESCO, KFC DAN GUHTHRIE…

Baca laporan Akhbar.. Rangkaian peruncitan dan Pasaraya TESCO akan ditukar nama kepada LOTUS setelah syarikat Peruncit yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Tesco PLC menjual operasinya di Thailand dan Malaysia pada harga AS$10.6 bilion (RM44.8 bilion)..

Apa maknanya ? Bukan hanya mereka sekarang memiliki Syarikat rangkaian dan pemilikan peruncitan Pasaraya.. ia juga membawa makna kini mereka juga telah memiliki Aset dan hartanah Rangkaian TESCO yang terletak dipusat pusat bandar dan kawasan Strategik di Ibu Kota seluruh Negara..

Tahun lepas aku pernah kata, Alangkah baik bila TESCO PLC mahu melepaskan kepentingan dia di Asia Tenggara terutama Malaysia, Syarikat dan GLC seperti Tabung haji dapat membeli seluruh Kepentingannya.. Sudah pasti kawasan dan hartanah tersebut secara tidak langsung terus dapat membangunkan Ekonomi Bumiputera tanpa perlu kempen Ashabiyah seperti BMF…

Watak Melayu hari ini sudah tidak ada sepertimana Allahyarham Tan Sri Ali hashim yang mana dulunya JCORP digunakan untuk membeli kepentingan atas rangkaian KFC di Malaysia.. Akhirnya mewujudkan puluhan ribu peluang Perniagaan dan Pekerjaan dikalangan usahawam Muslim.. Ini baru lah gambaran pewakaf Saidina Uthma dengan telaga Raumahnya.. Tidak hairan Ts Ali Hashim memperkenalkan idea Wakaf Korperat..

Begitu juga suatu masa dulu. bagaimana watak Tun Mahathir dan Ts Khalid Ibrahim mengambil alih syarikat Gergasi Perladangan milik UK.. Masa itu UK dikejutkan dengan peristiwa serangan waktu subuh Dawn Raid di London Stock Exchange(LSE) pada 7 September 1981 selepas beberapa bulan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4…

Syarikat perladangan terbesar British akhirnya terpaksa melepaskan kepentingan mereka kepada Negara kita hanya dalam tempoh Sehari.. Antara tajuk Berita pada masa itu ” Take Over Of Giant UK Company : Bringing Ghutrie Back Home..
Apa maknanya dengan Peristiwa ini ?

Kita bukan saja dapat menguasai Syarikat Perladangan..tetapi mengembalikan Hak dan tanah milik Negara dan akhirnya mengembalikan kedaulatan Negara.. ketika itu British menamakan peristiwa tersebut sebagai Backdoor nationalization.. Bukan seperti Backdoor Gov hari ini..

Bayangkan kerajaan hari ini melalui FELDA terkial kial untuk beli balik saham FGV melalui pasaran terbuka..iaitu hanya semata mata mengembalikan saham dan Kepentingan milik mereka sendiri yang sudah tergadai.. Sebenarnya ruang terbuka luas ketika ini untuk kerajaan memilik negarakan beberapa aset penting..

Tetapi apa yang terjadi bukan hanya aset dan tanah milik GLC, Hatta milik Negara tergadai kepada pegangan asing.. sampaikan nak penuhi pengeluaran KWSP kepada yang sudah ada pendapatan KWSP terpaksa jual aset..punyalah terdesak mempertahankan kuasa Politik, Seperti Bapa kaki Judi yang terpaksa gadai harta pusaka sebab hilang pekerjaaan untuk mengembirakan anak..

Diwaktu ini sepatutnya kita mencipta peluang Pekerjaan..tetapi mereka menjual Aset aset Penting Negara..Jadi jika Negara hari ini ada kebijaksanaan dan kemampuan.. dah pasti wabak Covid-19 ini adalah sebagai faktor penting kita bergerak maju kedepan memandangkan Malaysia punyai pelbagai sumber Komoditi dan sebahagian Negara Industri.. Malangnya kita bukan hanya tertinggal kepada Singapura dan Indonesia..Hatta Vietnam.. 🙂

Ipohmali



Semalam kononnya tutup aplikasi Sugarbook,hari ini umum buka kedai ekor

 


Semalam kononnya tutup aplikasi Sugarbook,hari ini umum buka kedai ekor


SEMALAM KONONNYA TUTUP WEB SUGARB%%K.. HARI INI UMUM BUKA KEDAI JUDI..

Hari ini 16hb Febuari.. Belum habis Tempoh PKP yang dijangka tamat 18 Febuari.. Semua Kedai Judi, Toto..Magnum gembira mengumumkan Pembukaan.. Itulah hebatnya Kerajaan Melayu Islam..

Baru seronok semalam berlakon jadi pejuang Islam menjerit kononnya Laman web SugarB%%& kononnya disekat..walhal yang disekat itu bukan Perniagaan..Tetapi capaian melalui ISP.. Apps mereka berfungsi seperti biasa.. Mana org layan Web pun..

Baru semalam umum tutup web Sugarb$$k..walhal takda sapa peduli dgn Sugarb$$k pun..hari ni bukan kedai Judi.. Jadi apa lagi pejuang pejuang Islam semua.. Setelah berjaya tingkatkan jumlah cabutan..Mungkin boleh berjuang Tutup Toto dan Magnum..

Jadi apa lagi..Bersiap sedialah Berdemo kat Padang Merbok.. 😉

Ipohmali



KENAPA DSAI SUKAR UNTUK MENJADII PM.

 

Hamdan Taha


Saya semalam bersembang dengan seorang dato dr yang pada tahun 1998 semasa itu dia bertugas dalam kerajaan dan sangat mengetahui kes melibatkan tun dr m dan anwar ibrahim...


Saya bertanya kepada beliau sebenar benarnya kenapa boleh berlaku krisis besar antara tun m dan anwar ibrahim...


Dia jawap tolak lah isu liwat...rasuah dan yang seangkatan dengannya...kerana pengalaman dia bekerja dekat dengan dr m isu moral ini tidak pernah lekat di hati beliau. Bukan saja orang bawahan politik beliau tetapi termasuk anak dan cucu cucu beliau. Dr m tidak pernah pun kisah jika anaknya ada masalah moral dan ini benar berlaku. Kes marina dan nazri di zaman muda...kes marina dan sahabat sahabatnya termasuk suami perancis dan indonesia....begitu juga kes sosial mokzani...mukriz...mirzan dan cucunya....tun m anggap itu biasa sahaja....ayat selalu di gunakan oleh beliau....bumi mana tak di limpahi hujan....


Tak perlu sebut nama tapi isu moral ini semua orang rapat tun m ketika zaman beliau berkuasa ada macam macam hal berlaku dan tun m bukan saja tidak kisah tapi beliau menjadi penyelamat kepada beberapa kes yang melibatkan pemimpin besar yang menjadi penyokong beliau.....tun selamat kan daripada di dakwa dan di siasat....ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu....kes terbaru sudah tentu lah Azmin Ali...dan Zahid Mat Arif


Jadi kenapa Anwar dan Mahathir boleh berperang begitu teruk. Masalah mereka ketika tahun 1998 hanya perebutan kuasa dan harta. Ketika itu Anwar Menteri Kewangan dan Tun M perdana menteri Krisis Ekonomi meruntuhkan syarikat syarikat besar dan orang orang besar. Anwar pula cenderong kepada nasihat IMF dan Tun Dr M pula cenderong kepada Nasihat daim dan kroni kroni beliau...


IMF dan Anwar bercadang dan merancang untuk memperbaiki ekonomi adalah dengan bunuh semua syarikat syarikat besar yang bergayut dengan kerajaan. Kroni kroni tidak perlu di selamatkan tetapi kroni yang telah lama bergayut dengan kerajaan. Buat kroni baru dan naik kan syarikat baru dan nama baru....ini di buat di indonesia dan banyak negara lain yang meminjam wang IMF....indonesia akhirnya berjaya...kroni suharto semua di buang dan buat kroni baru...


Kebetulan syarikat syarikat besar dan kroni kroni lapisan pertama tahun 98 itu adalah 100 peratus orang Daim dan Tun M. Kroni dan syarikat lapisan ke dua yang cuba di naikkan mengantikan kroni utama adalah terdiri daripada penyokong Anwar Ibrahim....ini bahaya bagi daim dan mahathir


Maka semua tokoh tokoh kroni utama malaysia ketika itu mendesak Daim dan Tun M berbuat sesuatu....sebelum kita di bunuh lebih baik kita membunuh....antara orang yang cukup terkesan masa itu ialah Daim...Ku Nan...anak Tun M semua dan taiko taiko cina dan india sahabat baik tun yang bangsa cina seperti berjaya...ytl dan ramai lagi...ananda...genting...


Apabila semua sepakat maka tun m terus mengunakan apa yang ada pada beliau untuk membunuh anwar dan pasukannya. Apabila Anwar di matikan barisan ke dua yang menyokong anwar pun akhirnya mati dan ada yang ambil sikap menyokong tun m....maka mati lah anwar...


Kali ini berlaku lagi sekali nampaknya....ekonomi dan syarikat syarikat kroni tun m terkesan di zaman pak lah..najib dan sekarang muhyuddin ...maka tugas mereka ialah bunuh semua perdana menteri yang tidak menguntung kan mereka....


Cuma kali ni ada sebahagian kroni tun m ada yang bergayut dengan Muhyuddin melalui Hamzah Zainudin dan Menantu Muhyuddin maka mereka masih mempertahan kan Muhyuddin. Seperti Ku Nan walaupun beliau berdepan masalah tapi beliau ada Hamzah yang dia yakin Akhirnya dia akan di selamatkan. Itu sebab Ku Nan kali ni tidak menyokong Najib atau pun Zahid dia bermain di atas pagar...


Tapi Daim dan tun m bersuara dua hari yang berdekatan. Semalam Tun M dan sehari sebelumnya Tun Daim. Saya yakin dan percaya ini kerana kroni kroni mereka dah menjerit parah di sebabkan keadaan ekonomi. Muhyiddin perlu di kalahkan....cuma delima dua tun itu ialah jika muhyuddin jatuh jawatan itu boleh ke Anwar Ibrahim....ini menyebabkan Tun M dan Tun Daim serang tapi gunakan senjata yang tidak kuat....berhati hati....


Paling di takuti oleh tun m jika anwar bergabung pula dengan Najib...zahid....ini cukup mengerunkan. Itu sebab Tun M arahkan juga Mukriz membuat kenyataan supaya PRU tidak di adakan secepatnya....beliau tahu jika ada PRU atau pun Sidang Parlimen boleh berlaku kali ini...Anwar dan Najib juga zahid dan Nazri Aziz bersama sama ...ini berat buat muhyuddin dan tun m....semuanya melibatkan perut tun m.....tun daim ....negara jadi rosak


Begitu juga kes tan sri muhyuddin yang di katakan ada isu skandal dengan seorang perempuan cina. Semasa muhyuddin di pecat dari umno dan tun m nak tubuh parti baru isu itu di keluarkan oleh JJM. Sehingga di bawa ke Mahkamah, apabila kes itu berbangkit Tun M minta Tun Daim buat siasatan dan bertanya betul betul kepada Tan sri Muhyuddin itu arahan Tun M. Setelah dapat jawapan dari Tan Sri Muhyuddin maka Tun Daim telah seslesaikan perkara tersebut sehingga pihak bekas suami wanita itu menarik semula Kes itu....perbincangan di buat di singapore....dan Muhyudin di lantik sebagai Presiden Penaja Bersatu begitulah Tun Dr M yang tak kisah bab moral ini......janji untung kan beliau....



KEMARUK KUASA SI LAHANAT. LAWANLAH GUNA KEKUATAN SENDIRI TANPA BERSANDARKAN KEPADA PH.

 

Penyokong  mahathir mencadangkan agar PH bertanding 124 kerusi manakala 98 kerusi lagi diserahkan kepada mereka.

98 kerusi gang mahathir

Pejuang bertanding 50 kerusi

Warisan bertanding 23 kerusi

Manakala baki 25 kerusi akan ditanding lain2 pihak pro mahathir

124 kerusi ph

PKR  bertanding 50 kerusi

DAP bertanding 42 kerusi

Amanah bertanding 32 kerusi

Gang mahathir juga mencadangkan agar calon pm ditentukan selepas pru.

Pejuang yg ada 4 mp akan bertanding 50 kerusi, bermaksud tambahan 46 kerusi yg bukan disandang oleh mereka

Warisan yg ada 8 mp akan bertanding 23 kerusi, bermaksud tambahan 15 kerusi yg bukan disandang oleh mereka.

Lain2 pro mahathir ada 4 kerusi (baru bian upco dan syed saddiq) bermaksud tambahan 21 kerusi yg bukan disandang oleh mereka.

PKR  yg ada 38 mp diberi tambahan 12 kerusi sahaja walaupun yg kita nampak pejuang yg hanya ada 4 mp menuntut tambahan sehingga 46 kerusiDescription: 😂( bab ni memang rasa nak tergelak)

Dap yg ada 42 kerusi x ada tambahan mana2 kawasan utk ditanding.

Amanah yg ada 11 kerusi dicadang diberi tambahan 21 kerusi (maybe nak tambah gang2 pro mahathir kat sini kot)

Dan yg paling lawak ialah "calon pm akan ditentukan selepas pru" kata gang2 mahathir.

Nampak tak game puak2 sial lahanat ni?

Pejuang yg parti mereka tak berdaftar dan x ada akar umbi tuntut kerusi sama banyak dgn pkr yg ada 1 juta ahli di 1018 ranting diseluruh 222 cabang.

Pejuang yg parti mereka x berdaftar dan tak ada akar umbi tuntut lebih banyak kerusi dari parti dap yg lebih ramai ahli dan cawangan.

Pejuang yg tak berdaftar dan x ada akar umbi tuntut lebih banyak kawasan dari amanah yg semakin berkembang dan lebih ramai akar umbi dari mereka

Lepas tu letak "25 kerusi" utk "lain2". Kat sini pun dah tentu2 depa akan selit semua calon pro mahathir dan bukan calon pro ph.

Ok katakanlah kita setuju, apa jaminan mahathir tidak akan khianat ph selepas pru? Apa jaminan mahathir tidak akan membelot sekali lagi dan berkerjasama dgn pas dan bersatu demi mendapatkan "deal yg lebih menguntungkan"?

Aku nak cakap, selagi pimpinan dalam ph terus kluk klek dalam membuat satu ketetapan, maka keadaan sebegini akan berlarutan.

Selagi ada pimpinan dalam ph yg masih bodoh dan terus sangap pada mahathir, ph akan terus bercelaru.

PN on the other side sedang bersiap sedia utk pru 15. Senyap2 dah nak selesai pembahagian kerusi. Dah siap pun gerak kerja utk pru 15.

Kita kat ph masih sibuk dgn perangai puak2 mahathir yg tak sedar diri.

Anwar Ibrahim PM Rakyat

 

Putrajaya-Rusia runding hasilkan vaksin Sputnik V di Malaysia

 

Sputnik V adalah vaksin jenis vektor virus yang dihasilkan di Rusia. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Putrajaya sedang berunding dengan kerajaan Rusia mengenai penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penghasilan vaksin Sputnik V di Malaysia, sebagai usaha menambah jumlah dos vaksin Covid-19 dan mempercepatkan penerimaannya.

Perkara itu dinyatakan dalam buku panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan keluaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dilancarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Sputnik V adalah vaksin jenis vektor virus yang dihasilkan di Rusia yang diperlukan dalam dua dos. Ketika ini, kadar keberkesanannya adalah 91.6%.

Vaksin jenis ini sudah digunakan di beberapa negara seperti Rusia, Argentina, Brazil, Korea Selatan dan Belarus.

Menurut buku panduan itu, Putrajaya juga sudah menandatangani dokumen lampiran terma bersama Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan Solution Biologics Sdn Bhd untuk pengilangan vaksin, proses terakhir pengisian vaksin ke dalam bebuli sebelum pengedaran.

Sementara itu, vaksin Sinovac dan CanSinoBio pula akan dibeli secara pukal dan proses pengilangan akan dijalankan di Malaysia untuk mempercepatkan penerimaan vaksin.

Putrajaya juga sudah menandatangani perjanjian pelabur dua hala dengan Gabungan Inovasi Kesediaan Epidemik (CEPI) bagi membolehkan Malaysia mendapat akses kepada R&D vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baru untuk penyelidik tempatan.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sudah membiayai R&D vaksin tempatan bagi penyakit Covid-19, menerusi MOSTI Combating Covid-19 Fund (MCCOF) kepada dua kumpulan penyelidik iaitu dari Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia,” menurut buku panduan itu.


Kritikan Daim terhadap kerajaan Muhyiddin mencemaskan PN

 

Kritikan Daim terhadap kerajaan Muhyiddin mencemaskan PN


Kemunculan Tun Daim Zainuddin yang tiba-tiba bersuara mengkritik kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin serta-merta menimbulkan pelbagai tafsiran.

Meskipun menyentuh pelbagai perkara, antaranya tentang UMNO dan PH sebagai pembangkang, paling menarik tentunya ialah kritikan beliau yang berterus-terang terhadap kerajaan PN.

Dalam kritikannya, antara lain Tun Daim berkata, kerajaan PN dilihat tidak berfungsi dengan cekap dan “terumbang-ambing” mentadbir negara ketika menghadapi wabak Covid19.

“Masalah ini diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian.

“Rakyat masih belum nampak walau satu contoh pun usaha sama membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak ini – selain kehadiran anggota tentera di sekatan jalanraya,” katanya dalam temubual dengan sebuah portal berita.

Tun Daim turut menyoal ketiadaan penyelarasan gerak kerja pentadbiran PN dalam menangani Covid19 dengan memberi contoh isu sambungan internet dan pembelajaran murid dari rumah.

“Mengapa kementerian dan agensi komunikasi dan multimedia tidak duduk bersama Kementerian Pendidikan mencari jalan menyelesaikan masalah sambungan internet untuk pelajar yang dipaksa belajar dalam talian?

“Pelajar merasakan mereka diabaikan oleh kerajaaan dan mereka berhak berasa demikian,” katanya.

Menurut Tun Daim lagi, pengumuman Perdana Menteri dan menteri setiap hari tidak menimbulkan keyakinan rakyat yang merasa mereka telah terabai.

“Orang ramai sudah tidak melekat di depan kaca TV untuk mengikuti sidang media setiap petang.

“Tidak siapa yang ambil tahu mengenai SOP yang kerap berubah, mahupun angka jangkitan atau nama kluster yang tidak membantu (keadaan mereka),” tambahnya.

Katanya lagi, segelintir menteri yang tampil bersuara pula hanya menambahkan kekeliruan dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman mereka.

“Rakyat berkata mereka keliru, tidak jelas sehingga SOP yang berubah-ubah membawa erti ‘Semua Orang Pening’,” ujarnya dengan sinis.

Tun Daim turut menegur tentang banyaknya keputusan-keputusan kerajaan PN sebagai

“tidak masuk akal kerana ia dibuat bukan berpandukan sains.”

Beliau merujuk perintah pengecualian kuarantin tiga hari untuk menteri yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berbanding 10 hari untuk rakyat biasa.

“Di mana penjelasan atau sokongan saintifiknya untuk buat keputusan seperti itu?

“Apa yang rakyat nampak ialah ini merupakan penguatkuasaan undang undang dua darjat – lain untuk rakyat dan lain untuk orang berkedudukan tinggi.

“Virus ini tidak kira itu semua – kerana ia tidak mendiskriminasi sama ada seseorang itu menteri atau bukan,” jelasnya.

Tun Daim mengingatkan perlu ada dasar yang betul untuk menangani wabak Covid19 dan ekonomi yang bertambah baik akan menyusul selepas itu.

“Kalau dasar menangani wabak salah, ekonomi akan sengsara dan tidak akan pulih,” tegas bekas Pengerusi Majlis Penasihat kerajaan era PH itu.

Selain itu, kata beliau, walau kerajaan PN mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbillion ringgit, namun rakyat masih tidak dapat menikmati manfaatnya dan mereka terus ditimpa kesusahan.

Tegasnya, rakyat sudah membuat kesimpulan bahawa kerajaan sama ada tidak ada perancangan atau komunikasinya sangat buruk sehingga ia tidak peduli dan tidak dengar rintihan rakyat .

“Banyak cadangan sudah dibuat oleh pembangkang, ketua industri, pakar kesihatan, NGO malah rakyat biasa – tetapi mereka merungut kerajaan tidak mahu dengar.

“Sehingga apabila Perdana Menteri membuat pengumuman khas, ia tidak menepati sasaran dan tidak menyentuh isu yang dibangkitkan oleh industri yang menderita semasa wabak ini,” kata Tun Daim agak panjang lebar dalam kritikannya terhadap kerajaan PN.

Beberapa pemimpin dalam Bersatu menyamakan kritikan Tun Daim yang dilihat agar keras dan menyeluruh kali ini dengan kemunculannya yang hanya di saat-saat akhir ketika kempen PRU14 pada 2018 lalu.

Tun Daim ketika itu muncul menjelajah ke seluruh negara kerana setelah beliau dikatakan mendapat maklumat yang cukup kuat bahawa BN mampu ditumbangkan dan PH boleh memenangi PRU14.

Kini kemunculannya hampir sama dengan 2018 dahulu di mana ketika ini kerajaan PN benar-benar lemah dan Muhyiddin sedang diasak dengan pelbagai isu yang mampu mengurangkan keyakinan rakyat terhadapnya.

Apakah ini petanda, selain PN tidak mungkin menang pada PRU15 akan datang, sesuatu perubahan yang lain bakal berlaku dalam waktu terdekat ini?

Seorang pemimpin Bersatu berkata, pihaknya tidak mengambil mudah kritikan Tun Daim ini dan akan berbincang dengan beberapa pimpinan yang lain untuk melihat apa yang boleh dibuat selepas ini.

“Lagi pun kritikan dan teguran Tun Daim ini banyak benarnya,” ujar pemimpin yang enggan dinamakan itu. (Shahbudindotcom 15/02/2021)



SEMBANG KENCANG BUDAK NI..PH KENA KUTUK SEBAB DIA TAK PANDAI BUATKERJA BILA BAGI PTPTN SOH DIA JAGA..HAMPEH..SEMBANG PASAL TOLONG BANGSA KONON...

 

Panas! Wan Saiful bidas Saarani, jangan jadi ejen perpecahan

Panas! Wan Saiful bidas Saarani, jangan jadi ejen perpecahan

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta semua pihak supaya tidak menjadi ejen perpecahan kepada perpaduan serta persefahaman antara parti termasuk UMNO dan Pas.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad yang memberi kata dua kepada Bersatu pada Ahad.

Menurutnya, tindakan Saarani merupakan satu perkara yang malang kerana ia tidak membawa sebarang manfaat kepada perpaduan politik orang Melayu.

“Bersatu selama ini tidak membangkitkan isu berkaitan kerusi yang hendak dipertandingkan dalam pilihan raya umum.

“Kita sentiasa berpegang dengan pandangan bahawa biarlah perkara sebegini diselesaikan secara harmoni di meja rundingan. Jangan sesiapa pun menjadi ejen perpecahan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, soal kerusi perlu diserahkan kepada kepimpinan tertinggi pusat Bersatu, Pas dan UMNO untuk berbincang mengenai perkara berkenaan.

“Sekarang ini rakyat sedang susah. Mengapa perlu dibangkitkan soal kerusi ketika rakyat perlukan bantuan. Kita patut kuatkan kerjasama untuk menangani masalah rakyat. Bukannya sengaja mahu bawa pecah belah.

“Kalau kita berpecah, yang akan bergembira hanya musuh-musuh politik kita,’’ ujarnya.

Pada Ahad, Saarani memberi kata dua kepada Bersatu supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kekal ditandingi UMNO pada PRU15. 


PKP2.0 yang gagal: Kantoi pembongkaran manipulasi angka kes Covid-19, berkurang kerana bilangan ujian dikurangkan secara drastik

 


PKP2.0 yang gagal: Kantoi pembongkaran manipulasi angka kes Covid-19, berkurang kerana bilangan ujian dikurangkan secara drastik

PKP 2.0 YANG GAGAL..

Sudah 2 hari kes Covid-19 berkurangan.. Alhamdulillah.. Tapi ramai yang tidak tahu, Saringan juga dikurangkan.. bila saringan kurang, output dia juga kurang.. jadi aku boleh faham, Kenapa ia perlu dikurangkan.. Sebabnya tarikh 18 Febuari sudah semakin hampir..

Ada apa dengan tarikh 18 Febuari..? Sebab itulah PKP sepatutnya berakhir.. iaitu sambungan PKP dari tarikh 4 Febuari yang sepatutnya tamat, hampir sebulan setengah PKP 2.0 dilaksanakan…. jadi sebelum 18 Febuari, PKP mesti dilihat berjaya menurun kes.. jadi bagi lah berkurang menjelang 18 Febuari.. nanti PKP ditamatkan.. Selepas ni bila kes naik, Salahkan rakyat tak patuh SOP balik..Mudah jer..

PKP 2.0 ini sebenarnya gagal.. Siapa yang kata gagal.. dalam laporan yang kata itu Pakar kesihatan sendiri.. termasuk Presiden Persatuan Perubatan Malaysia(MMA).. jadi apa yang dilakukan, adalah acara menutup kegagalan…

Selepas kantoi angka 5 ribu dicatatkan awal febuari data yang digunakan adalah hasil saringan pada tahun 2020.. aku sukar untuk percaya apa apa data dan angka yang keluar sejak akhir akhir ini..

Apapun..Kita berharap kes berkurangan..Tetapi melihatkan cuaca panas dan lembab pada ketika ini.. jika tempat tertutup lagi muda sebaran itu berlaku.. ditambah kegagalan Menteri menteri tebuk atap.. Kalau ada Vaksin pun rasanya tetap gagal..

Bukan hanya data Kesihatan.. Sejak mutaakhir ini data Ekonomi pun boleh dimanipulasi untuk sedap kan hati.. Depa kata apa pun.. disebut dalam belanjawan negara meleset 4.5%..Rupanya 5.6%… jauh daripada unjuran dalam belanjawan biarpun waktu itu masa hanya berbaki sebulan.. semua data tu..takda sapa boleh pertikai.. Sebab Parlimen kekal ditutup… 😉

Ipohmali



BAGUS ..BANYAK SANGAT RANCANGAN JUAL MACAM MACAM...BAGI LA PULAK UNTUK RUANG PENDIDIKAN ANAK ANAK

 May be an image of 2 people


DAH KENAPA NTV7 KENA CONVERT KE DIDIKTV?

BIAQ BETIQ?? TAPI...in a way, bagus jugak lah dari banyak sangat TV Channel hiburan jadi pendidikan.

Tapi aku rasa la....kalau BAPUK sentiasa bersiaran di NTV7 muntah hijau rating naik mungkin tak payah tukar jadi DidikTV kot?

Aku rasa la....rasa jer....

Wallahualam

- Zus Din

16 Februari 2021

 

Tahun Baru Cina


Saifuddin Nasution


Kita berpegang itu perayaan kebudayaan bukan keagamaan lalu ada yg hujahkan kita “enta tak faham ya akhie .. “maka disyarah kpd kita bab haram tasyabbuh dipetik hadis ibn umar dll.


Itu dahulu. Hari ini semua boleh .. Alhamdulillah. Sekali air bah sekali pantai berubah.


#statsafe



MALAYSIA AKAN BERHADAPAN PILIHANRAYA...DAN BERSATU DIJANGKA AKAN TAMAT RIWAYATNYA

 

Hamdan Taha


Malaysia sekali lagi akan berdepan dengan PRU ke 15 dari bulan 9 sampai lah ke 2023 kita tak tahu bila.


Tetapi pandangan saya keputusan pru ke 15 masih sama seperti sekarang. Tidak ada parti atau gabungan yang dapat membentuk kerajaan kecuali dengan memgujudkan kerajaan campuran


Apa yang menyedihkan saya ialah pru ke 15 ini negara kita masih berdepan dengan calun Perdana Menteri yang berlegar orang yang sama. Muhyuddin,Anwar,Haji Hadi,Tun Dr M, Ku Li dan jika Zahid Hamidi masih boleh bertanding beliau juga akan tersenarai.....nama nama baru tak cukup kuat untuk di ketengahkan....jika pru berlaku pada tahun ini...


Jika berlaku pada tahun 2023 barangkali ada sedikit perubahan calun Pm. Kerana umno sudah tentu akan ada presiden yang baru. Begitu juga barang kali Pas dan Bersatu....itu akan merubah senario masa itu.


Jika pru pada tahun ni saya menjangkan kerajaan PN ini tidak akan laksanakan keputusan membenarkan rakyat berumur 18 tahun boleh mengundi secara automatik tampa perlu berdaftar di spr. Hamzah dan Muhyuddin tahu itu bahaya bagi mereka dan perkara itu akan menyebabkan kedudukan mereka bahaya. Spr akan mencari jalan tidak akan melaksanakannya...


Tiga penjuru tetap akan berlaku jika tidak di semua tempat pun tetapi 90 peratus saya yakin akan ada pertembungan tiga penjuru dan barangkali empat penjuru juga ada jika ambil kira parti putra pimpinan Ibrahim Ali. Tiga penjuru ini sukar di elakkan kerana masing masing parti merasakan mereka perlu melebihi kerusi menang antara satu sama lain.


Jika di sebelah PH pula parti Tun Dr M gagal berdaftar dan parti Muda juga gagal berdaftar kemana arah mereka juga perlu di lihat betul betul. 


Tetapi saya menjangkakan pru kali ini tidak lagi mengairahkan rakyat biasa tetapi hanya mengairahkan orang parti politik sahaja. Rakyat di luar negara tidak lagi berminat tambahan pula tidak bole pulang,jika undi post saya kurang yakin ada ketelusan. 


Melihat hati kering Muhyuddin Yasin memerintah saya tak nampak BN dan PN boleh teruskan gabungan sehingga pru. Tambahan pula X faktor Tan Sri Muhyuddin sudah tidak ada sikit pun untuk di jual kepada rakyat. X faktor yang ada hanya mengunakan harta kerajaan dalam berdepan pru...


Jika pru ke 14 PH berjaya menjadi kan Najib sebagai bahan serangan isu GST dan 1MDB menjadi begitu sensasi sehingga rakyat berpusu pusu dan tidak sabar untuk mengundi selain BN ketika itu....dan terlalu ramai rakyat sangat sangat nak lihat Najib dan Rosmah jatuh....sekarang isu itu sudah tidak ada lagi....


Isu kali ni lebih mencabar kerana berkaitan betul betul dengan rakyat. Kehilangan pekerjaan kejatuhan ekonomi penganguran yang maha dasyat sedang melanda negara. Semua ini memyebabkan cara mengundi agak berbeza. Tetapi jika pengundi 18 tahun di benarkan saya yakin dan penuh percaya PN akan tewas....tapi jika mereka tak boleh mengundi masih ada peluang pada umno dan pas....Bersatu bagi saya sudah tamat....




MUHYIDDIN TERUS DIKECAM DAN DITOLAK, DIPOHON AGONG PANGGIL ANWAR MENGADAP BUAT KALI TERAKHIR

 

Apa yang disebut semalam oleh Tun Mahathir Mohamad berkenaan apa yang didakwanya sebagai salah laku Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam mencadangkan darurat diisytiharkan sebenarnya bukanlah perkara baru.

Dakwaannya Muhyiddin tiada keabsahan, Muhyiddin sudah hilang majoriti, darurat bertujuan politik dan untuk mengekalkan kuasa Perdana Menteri, darurat menyimpang daripada tujuan melawan Covid19, Muhyiddin gagal melonjakkan ekonomi, darurat menakutkan pelabur, darurat menjadikan Muhyiddin sangat berkuasa dan lain-lain lagi, semuanya adalah perkara-perkara yang sudah pun diketahui umum sebelum ini.

Semua perkara itu bukan saia disebut banyak kali oleh beberapa pemimpin PH, malah tidak dihenti-henti diungkapkan oleh ramai penulis dalam pelbagai medium media sosial.

Lebih daripada itu, Anwar Ibrahim sendiri atas mandat yang diberikan PH telah pun mengemukakan saman terhadap Muhyiddin atas tindakannya yang dipercayai memberi nasihat salah dan ketika tiada lagi sokongan majoriti untuk mencadangkan darurat kepada Yang Dipertuan Agong.

Ringkas cerita, apa yang disebut Tun Mahathir semalam itu bukanlah benda baru yang menarik perhatian sepertimana ramai tertarik melihat Rina Harun yang sudah kurus berbanding tubuhnya agak gempal sebelum itu.

Begitu pun, yang mustahak di sini ialah kedudukan Muhyiddin yang tiada lagi keabsahan, ditolak dan sepatutnya meletakkan jawatan adalah suatu hakikat yang tidak boleh lagi dinafikan.

Dalam erti kata lain, selagi Muhyiddin kekal dengan kedegilannya enggan berundur, selagi itulah kedudukannya tidak diterima, makin dibenci dan menyebabkan negara terus terjerumus ke dalam pelbagai ketidaktentuan yang akhirnya rakyat akan menanggung susah serta deritanya.

Apabila ekonomi tidak berkembang, pelabur melarikan diri dan dunia perniagaan kian terhimpit, yang susah nak makan dan mungkin antaranya memilih untuk membunuh diri, semuanya adalah golongan marhaen dan bukan mereka yang tinggal di Bukit Damansara, Bangsar atau seumpamanya.

Untuk itu, kekalutan ini mahu tidak mahu, harus ditangani serta diselesaikan segera dan dalam situasi terburuk seperti sekarang di mana kita ada seorang Perdana Menteri yang degil enggan berundur, walau sudah hilang sokongan, sebaliknya mencadangkan darurat untuk mengekalkan kuasanya, harapan yang tinggal hanyalah kepada Agong selaku payung dan ketua negara sebagai sandaran yang ada.

Adalah sangat-sangat dipohon agar Agong dapat melihat dan meneliti bagaimana Muhyiddin sebenarnya sudah ditolak rakyat dan luahan suara penolakan itu malah sudah merebak jauh hingga ke laman sosial Istana Negara serta Presiden Indonesia.

Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Terutama luahan rakyat di media sosial Istana Negara, secara tersiratnya ia adalah permintaan serta bagaimana rakyat menaruh harapan yang tinggi agar Agong dapat berbuat sesuatu dengan segera.

Dalam hal ini, dengan kedudukan Muhyiddin yang tiada lagi majoriti, jika diimbas kembali, Anwar sudah beberapa kali memohon untuk mengadap Agong bagi mempersembahkan majoriti yang dimilikinya.

Kali pertama beliau memohon mengadap, ia tertangguh agak lama berikutan Agong dimasukkan ke IJN kerana menerima rawatan.

Kemudian, setelah Agong pulih, baginda telah menerima Anwar untuk mengadap bagi mempersembahkan maklumat berkaitan sokongan yang dimiliknya.

Dalam majlis mengadap itu, Anwar difahamkan telah mempersembahkan surat sokongan serta Akuan Bersumpah atau SD Ahli Parlimen yang didakwa Ketua Pembangkang itu sedia menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Sepatutnya, selepas itu ia disusuli dengan majlis mengadap beberapa ketua parti yang didakwa sedia menyokong Anwar itu.

Tetapi oleh kerana ancaman Covid19 didapati mengancam semula, ia ditangguhkan walaupun pada peringkat awalnya beberapa ketua parti telah ditetapkan tarikh dan masa untuk mengadap Agong.

Sehinggalah pada 3 Januari baru-baru ini, Anwar memaklumkan beliau sekali lagi telah mengutus surat kepada Agong untuk mohon mengadap berhubung sokongan yang dimilikinya bagi membentuk kerajaan baharu.

Anwar berkata, kini segala-galanya terpulang kepada budi bicara Agong.

“Ini proses terus. Saya sudah hantar warkah kepada Agong. Agong baru habis kuarantin (baru kembali daripada lawatan rasmi ke Dubai)

“Itu budi bicara Agong. Jadi saya tak mahu komen lebih daripada itu,” tambah Anwar lagi.

Kemudian UMNO bahagian-bahagian meluluskan usul putus hubungan dengan Bersatu dan diikuti dengan dua Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz mengumumkan menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin pula, berdepan gugatan itu, atas alasan kes Covid19 makin meninggi, bukan saja mengumumkan PKP dilaksanakan semula, malah diikuti dengan nasihatnya kepada Agong agar darurat dikuatkuasakan.

Apa yang berlaku seterusnya, penolakan demi penolakan terhadap Muhyiddin tambah membesar serta boleh didengar dan dikesan di merata-rata di seluruh negara lantaran selain tiada sebarang tindakan dilakukan dibawah undang-undang darurat untuk menangani Covid19, pengumuman tentang anggota jawatankuasa bebas darurat juga hanya dibuat hampir sebulan selepas darurat diumumkan.

Rakyat akhirnya benar-benar sedar darurat ini dicadangkan Muhyiddin semata-mata untuk melindungi kuasnya yang hampir terlucut.

Berdepan rentetan semua peristiwa itu, diikuti keadaan negara tambah memburuk, apa yang sangat-sangat dipohon daripada Agong sekarang ialah agar baginda dapat menerima Anwar untuk mengadap sekali lagi atau buat kali terakhir bagi menutup segala kemelut dalam negara ini.

Selepas Anwar dipanggil mengadap, seterusnya baginda bolehlah pula memanggil mengadap ketua-ketua parti dan beberapa Ahli Parlimen yang didakwa menyokong Pengerusi PH itu.

Jika melalui majlis mengadap oleh Anwar dan ketua-ketua parti itu terbukti akhirnya beliau memiliki sokongan majoriti, semoga ini merupakan cara penyelesaian terbaik untuk menyelesai segala kekalutan serta ketidaktentuan yang sudah berpanjangan sekian lama ini.

Kiranya Anwar gagal membuktikan sokongan yang dimiliknya melalui majlis mengadapnya serta ketua-ketua parti yang dipanggil mengadap itu, Muhyiddin dengan sendirinya selepas itu tidak boleh dipertikaikan lagi kedudukannya.

Malah Agong boleh menutup terus pintu Istana Negara untuk Anwar mengadap lagi sehinggalah tibanya tarikh PRU15 diadakan.

Oleh kerana Parlimen sudah digantung bersekali dengan darurat yang dinasihati oleh Muhyiddin, harapan hamba rakyat seluruh negara sekarang ini hanyalah kepada Agong saja sebagai payung negara untuk menyelesaikan segala masalah yang pada hakikatnya berpunca daripada hanya satu perkara – Perdana Menteri tiada majoriti dan telah hilang keabsahannya.

Daulat Tuanku!!! 

(Shahbudindotcom 16/02/2021)





(function() { var d = document, w = window; w

[[LIVE]] 26.9.2021 Kisah Aksi LUCAH EBIT LIEW?