NAMPAK NYA KERJAYA POLITIK DIA NI TAK KEMANA---SILA MENINGGALKAN KERJAYA POLITIK

 



Lompat parti: Mahkamah tolak permohonan Zuraida batal saman


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamruddin untuk membatalkan saman dari KEADILAN yang menuntut pampasan RM10 juta kerana defendan meninggalkan parti tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman Latifah Mohd Tahar dalam hujah menolak permohonan Zuraida itu berkata, terdapat kausa tindakan yang jelas terhadap Zuraida dan kes berkenaan perlu didengar di mahkamah.

"Mahkamah berpendapat bahawa terdapatnya perkara yang boleh dibicarakan dalam tuntutan ini. Tuntutan ini bukanlah suatu tuntutan yang tidak jelas tidak mampan yang boleh dibatalkan di bawah Aturan 18.k.19 KKM 2021.

"Isu berkaitan bon yang ditandatangani oleh defendan pada 25 April 2018 lalu yang perlu diperjelaskan dengan perbicaraan penuh,” katanya.

Pesuruhjaya Kehakiman itu juga berpendapat defendan perlu memberi keterangan kenapa beliau menandatangani bon dan apakah tujuan bon tersebut ditandatangani.

"Perlunya keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak untuk menjelaskan tujuan bon tersebut dilaksanakan.

"Bagi mencapai keputusan yang adil, mahkamah berpendapat adalah tidak wajar tuntutan ini dibatalkan pada peringkat ini," katanya ketika membacakan keputusan.

KEADILAN melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 2 Oktober 2020 mengemukakan saman terhadap Zuraida dan 10 Ahli Parlimen PKR lain yang berpaling tadah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada hujung Februari 2020.


Kempen bersama mantan TYT Tun Khalil lonjak semangat kemenangan PH

 

Kempen saat saat akhir Pilihan Raya Negeri Melaka yang turut dihadiri oleh mantan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Khalil Yaakob melonjakkan keyakinan pengundi untuk memilih calon PH.

Kempen di DUN Paya Rumput petang ini bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Deri Anwar Ibrahim dan Tun Khalil bagi membantu calon Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin diharapkan mampu membawa kerusi tersebut ke pangkuan PH buat pertama kali dalam sejarah.

"Bersama Tun Khalil Yaakob yang turun memberi dukungan kepada calon PH saudara Shamsul Iskandar Md Akin di DUN Paya Rumput.

"Dukungan juga dinyatakan kepada semua calon PH yang bertanding pada PRU DUN Melaka.

"Harapan mesti menang," kata Anwar dalam catatan di Facebook beliau.

DUN Paya Rumput dijangka akan menyumbang salah satu kerusi untuk membentuk kerajaan PH Melaka seandainya DUN DUN sedia ada berjaya dipertahankan PH.

 


TAK MUNGKINKAH NAJIB AKAN MOHON SEMULA RUMAH RM100 JUTA SELEPAS SELESAI PRN MELAKA?

 

Najib Razak akhirnya membuat keputusan menarik balik permohonan mendapatkan rumah bernilai RM100 juta di sebuah kawasan eksklusif di ibu negara atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri.

Dua alasan diberikan atas tindakan tersebut – mengambil kira keadaan rakyat sekarang yang berdepan saat sukar dan untuk mengelakkan isu tersebut menjadi bahan dalam PRN Melaka.

Keutamaan saya adalah rakyat, tambah Najib lagi ketika mengumumkan keputusannya itu.

Benarkah begitu?

Meskipun Najib menarik balik permohonannya itu, hakikat yang terbentang di depan mata ialah ia tidak sama sekali menukar wajahnya kepada seorang yang benar-benar seikhlas hati berjiwa rakyat.

Beliau menarik balik permohonannya itu semata-mata gelombang bantahan rakyat yang kuat dari segenap penjuru serta kerana adanya PRN Melaka yang pengundiannya akan berlangsung esok, bukan disebabkan sepanjang masa dalam hatinya ada rasa prihatin kepada rakyat.

Kalau Najib seorang yang sentiasa memikirkan rakyat, beliau daripada awal lagi tidak memohon rumah kediaman semahal itu untuk dirinya, meski atas kapasiti sebagai bekas Perdana Menteri sekali pun.

Lagi pula, bukannya Najib tiada rumah langsung untuk diri dan keluarganya.

Maka, sebab sebenar beliau menarik balik permohonan itu ialah kerana takut BN kalah dalam PRN Melaka.

Jika tiada PRN Melaka, apakah Najib akan menarik balik permohonannya itu?

Seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, keprihatinannya kepada rakyat bukan sewaktu ada PRN Melaka saja, bahkan sepanjang masa.

Seorang pemimpin yang jiwa membela rakyatnya tebal dalam hati juga sama sekali tidak akan memohon kediaman semahal dan semewah itu walau dalam apa keadaan sekali pun, tambahan lagi jika menyedari dirinya sudah pun dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah.

Daripada mengambil semua kemudahan itu, bagi seorang pemimpin yang ikhlas berjiwa rakyat, lebih wajar wang peruntukan tersebut dipulangkan semula kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Dengan wang RM100 juta, macam-macam boleh dibelanjakan untuk rakyat susah, pelajar miskin dan sebagainya.

Adakah ketika Najib mengemukakan permohonan untuk mendapatkan rumah itu, pernah terlintas dalam hatinya tentang nasib dan derita rakyat?

Atau beliau hanya memikirkan untuk menambah lagi jumlah kediaman yang dimilikinya?

Untuk itu, meskipun Najib menarik balik permohonannya itu, rakyat mesti terus menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan melalui PRN Melaka ini.

Ia tidak lain dengan pengundi Melaka mesti terus menolak UMNO dan memastikan BN tidak menang dalam pengundian yang diadakan pada hari esok.

Kalau boleh, biarlah BN kalah terduduk di Melaka ini.

Bukan apa, jika BN tetap juga diberi undi dan diberi laluan menang dalam PRN Melaka, dibimbangi selepas ini permohonan baru untuk memiliki rumah yang sama akan dikemukakan semula.

Tambahan pula, berdasarkan alasan Najib sendiri yang mengatakan keputusan itu diambilnya kerana tidak mahu isu tersebut dijadikan bahan dalam PRN Melaka, dengan sendirinya menyerlahkan hakikat penarikan balik permohonan itu hanya bersifat sementara, bukan keputusan selama-lamanya, jauh sekali menggambarkan tindakan yang lahir daripada lubuk jiwanya. –


 ShahbudinHusin 19/11/2021.


PRN MELAKA- APABILA CALON LEBAI KEMPEN 'JUAL' NAMA ALLAH DAN MALAIKAT



Rakyat Melaka wajib menghukum calon Pas yang mewakili PN di dalam PRN Melaka sabtu ini. Jangan benarkan nama Allah dan Malaikat dijaja untuk kepentingan politik. Masuk akalkah calon2 PN itu Allah yang pilih? Mana dia tahu Malaikat suka jika pengundi2 undi calon PN? Pas kehabisan modal.


TIADA MASAALAH BERBILANG KAUM

 May be an image of 12 people and people sitting


samsuri ramlli

Tiga pemimin yang sejati yang di takuti oleh pehak musuh...Pakatan Harapan memang terbaik untuk rajyat Melaysia...kami bangga duduk  di dalam sebuah parti yang  berbilang bangsa dan berbilang kaum.

 

Malaysia bukan sahaja hadapi Korupsi Ilmu. Malah Korupsi Nilai.



Seorang bekas Perdana Menteri telah didapati bersalah dengan kesalahan salah guna kuasa dan dihukum 12 tahun penjara beserta denda RM210 juta.
Tapi dengan tak malunya dia pohon kepada Kerajaan untuk dihadiahkan kepada dia rumah dan tanah bernilai RM100juta. Katanya sebab jasanya pada negara.
Kalau ia pun tunggu la sampai habis rayuan. Kalau betul boleh didapati tak bersalah.
Nilai buruk yang diajar oleh pesalah ini:
1. Tidak jadi salah terima “derma Raja Arab”kononnya untuk negara, tetapi masuk akaun sendiri dan dibelanja sakan untuk isteri.
2. Tidak jadi salah bekas Perdana Menteri simpan wang tunai RM114juta di kondo dan segala harta yang mewah, yang kita tak tahu dari punca mana duitnya.
3. Tidak mengapa dia, anak dan isteri tak bayar cukai berbilion pada negara. Harta mereka yang punya banyak pun kita tidak tahu datang dari mana.
Inikah contoh PM yang kita nak angkat untuk jadi panduan kepada generasi muda?
Dengan duit punya banyak, dia bayar kumpulan cytro dan media yang kuat buat propaganda. Bukan saja spin dan seleweng segala nilai dan prinsip yang sepatutnya. Tetapi turut juga harass, membuli dan menekan siapa saja yang lantang bersuara.
Betul kata orang. Corruption is the mother of all evil.
Bangkitlah pemimpin semua. Cucilah negara dari anasir buruk ini. Kalau tak dibendung, nescaya meranap negara.

LIYANA MARZUKI

PH boleh menang jika kadar keluar mengundi lebih 80 peratus, kata Ilham Centre

 


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / November 19, 2021

Firma penyelidikan Ilham Centre menjangkakan kemenangan buat Pakatan Harapan (PH) di Melaka jika kadar keluar mengundi melebihi 80 peratus.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar berkata, dengan hitungan mudah, PH mempunyai peluang memenangi Melaka sekiranya momentum PRU-14 kembali berulang dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Dengan itu katanya, PH akan menerima undi Melayu yang signifikan serta limpahan pengundi Cina yang maksima.

“Dua faktor PH berpeluang untuk menang iaitu peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus dan PN berupaya memecahkan dominasi undi Melayu yang dimiliki oleh BN.

“Jika dua situasi ini tidak berlaku, maka BN berupaya tampil sebagai pemenang,” katanya dalam Laporan Ringkasan Pola Pengundian dan Prediksi Pilihan Raya Negeri Melaka 2021.

Selain Hisomuddin, laporan turut disediakan oleh panel penyelidikan Ilham Centre yang terdiri daripada Pengarah Eksekutif, Hisommudin Bakar; Ketua Operasi, Mohd Azlan Zainal;  Ketua Analitik, Mohd Jalaluddin Hashim; Fello Penyelidik Prof Madya Dr Yusri Ibrahim dan Felo Penyelidik, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid.

Menurut laporan itu juga, PH akan berjaya memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti tipis membentuk kerajaan.

Namun seandainya hilang mana-mana faktor di atas, sukar buat PH untuk mengulangi pencapaian terbaik mereka.

Sementara itu, Ilham Centre mengenalpasti 11 kawasan yang sangat selesa untuk dimenangi Barisan Nasional (BN) iaitu Ayer Limau, Serkam, Taboh Naning, Ayer Molek, Sungai Rambai, Sungai Udang, Lendu, Kuala Linggi, Telok Mas, Merlimau dan Rim.





Adly menunjukkan sikap penuh keyakinan ketika ditemubual oleh Utusan.

Manakala PH pula selesa di tujuh kerusi iaitu Bukit Katil, Paya Rumput, Duyong, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

Bagaimanapun terdapat 10 kawasan yang sukar dibuat bacaan tepat disebabkan persaingan sengit antara calon, kata firma tersebut.

10 kawasan itu ialah Asahan, Kelebang, Tanjong Bidara, Pantai Kundor, Durian Tunggal, Machap Jaya, Rembia, Pengkalan Batu, Bemban dan Gadek.

“PH perlu mempertahankan kawasan yang dimenangi mereka dahulu agar tidak terlepas kepada BN mahupun PN.

“BN perlu mencari sekurang-kurangnya 4 DUN tambahan daripada 10 kawasan panas ini untuk melengkapkan majoriti mudah bagi memimpin Melaka.

“PN pula mempunyai peluang untuk membuat kejutan di Tanjong Bidara, Rembia dan Bemban. Faktor kebolehmenangan PN di kawasan ini adalah faktor calon yang berjaya mengimbangi kekuatan calon BN ataupun PH,” katanya lagi.

Hasil kajian juga mendapati bahawa semakin besar PN mencuri undi Melayu di 10 kawasan tersebut, semakin tinggi peluang kemenangan PH di atas faktor pertembungan 3 penjuru.

Cara dulu-dulu memberi rumah dan tanah kerajaan kepada mantan Perdana Menteri.


Salepas bersara dari jawatan Perdana Menteri. Almarhum Tunku Abd Rahman berpindah ke Jeddah kerana di lantik menjadi Setiausaha Agung OIC - Pertubuhan Kerjasama Negara Islam yang di tubuhkan atas inisiatifnya.
2. Berapa lama beliau tinggal di sana. Jika mengikut penceritaan Almarhum Tun Mustapha Harun mantan Ketua Menteri Sabah. Beliau ada melawat Tunku. Dan amat sedih melihat Tunku tidak berwang.
3. Tunku tidak membuat sebarang perniagaan berharap menerusi wang pencennya sahaja. Tun Mustapha Harun telah memberikan bantuan kewangan untuk sara hidupnya.
4. Satelah tamat tempuhnya Tunku bertugas di Jeddah, Tunku balik ke Malaysia. Beliau menetap di Pulau Pinang di sebuah rumah warisan keluarga di raja Kedah.
5. Beliau jarang ke Kuala Lumpur. Jika ada urusan pun beliau tinggal di Hotel.Apabila perkara ini di ketahui oleh Almarhum Tun Razak Hussein, Perdana Menteri yang mengantikan Tunku. Beliau mencadangkan supaya Tunku diberikan rumah Kerajaan.
6. Tunku Abd Rahman tidak tahu menahu rumah yang hendak di berikan oleh Kerajaan dan tidak memilih tanah dan tempat di mana.
7. Maka Tunku di berikan sebuah rumah Kerajaan di persimpangan jalan masuk ke Bukit Kenny dan kemudian bertukar nama ke Bukit Tunku dengan Jalan Sweetenham berdepan dengan pejabat Jabatan Pertanian.
8. Jika Tunku tahu rumah itu untuk berapa tahun salepas Merdeka diduduki oleh Almarhum Aziz Ishak selaku Menteri Pertanian. Kamudian penentang Tunku, saya rasa dia pasti menolaknya. Tetapi tidak, Tunku menerima pemberian Kerajaan itu.
9. Pemberian rumah Kerajaan itu di sokong oleh rakyat. Di rumah itulah jenazah Tunku untuk seketika di tempatkan sebaik sahaja wafat dari Hospital, sebelum di terbangkan ke Alor Star.
10. Tulisan ini hanya pengkisahan sejarah. Pemberian rumah kerajaan kepada bekas Perdana Menteri yang tidak punya sebarang harta dan rumah di lakukan sebelum ada termuat dalam Akta Saraan Perdana Menteri.
11. Kerana tanah rumah Kerajaan itu agak luas. Tunku telah meminta sumbangan dari kawan-kawan membuatkan sebuah rumah kayu di sebelah rumahnya sebagai pejabat.
12. Begitulah nasib seorang bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Semasa permulaan perjuangan dalam UMNO, beliau berkorban dari hidup mewah sebagai anak raja. Menjual berapa harta demi membiayai perjuangan UMNO.
13. Yang hari ini cuba membela dirinya tidak bersalah dalam soal dapat tanah dan pembinaan rumah bernilai 100 juta. Apa pengorbanan kepada UMNO?.. Ada hartanah dijual? Kerana kepentingan UMNO.
14. Malah satelah serbuan polis, baru di ketahui berapa juta wang di rumahnya.. Dan berapa juta harga barang mewah terdapat dalam rumahnya.
Maka berjiwa besarlah saperti Dr Mahathir Mohamad menolak pemberian tanah dan rumah kerajaan kerana beliau dan keluarganya mampu membeli rumah sendiri. 100 juta banyak jumlahnya, bukan 100 ribu. -zmy
Sang Kelembai
Nov 19, 2021
Kuala Lumpur.


DAH KANTOI UBAH PELAN PULA..



Hamzah Rie Na

Dah terkantoi dgn Zafrul sekarang kau kata Tak nak pula! Dasar penyamun Tak malu muka bersalut kulit tutttt


 May be an image of text that says "astro AWANI Politik PRN Melaka: Najib tidak tahu nilai hartanah yang ditawarkan bernilai RM100 juta "Saya tak tahu nilai sebenar tanah itu. Itu bukan kerja saya untuk menilai tanah, itu kerja pihak berkuasa dan buat"

PUNYA BACUL- TUDUH FITNAH MINTA MAAF..MEMALUKAN

 


Kenyataan permohonan maaf penulis Harakah kepada Mohamad Sabu


Saya, Roslan Shahir adalah wartawan dan penulis bagi artikel yang bertajuk “Husam: PAN parti diktator” yang disiarkan di laman sesawang Harakahdaily pada 14/09/2020 (“Artikel tersebut”).

Saya telah menuIis Artikel tersebut selepas merujuk kepada satu laporan media bertajuk “Husam letak jawatan naib presiden Amanah, kata sumber” yang telah disiarkan oleh portal The Malaysian Insight pada tarikh yang sama iaitu 14/09/2020.

Saya secara tidak sengaja telah menerbitkan berita yang disiarkan oleh portal The Malaysian Insight yang tidak dipastikan kesahihannya.

Pun begitu, saya sedar bahawa kandungan Artikel tersebut boleh membawa maksud dan pemahaman yang berbeza kepada para pembaca terutamanya kepada YB Mohamad bin Sabu apatah lagi setelah YB Mohamad bin Sabu membuat penafian seperti yang disiarkan dalam satu laporan lain oleh portal The Malaysian Insight pada 15/09/2020.

Oleh yang demikian, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf kepada YB Mohamad bin Sabu sekiranya Artikel tersebut mengguris perasaan dan/atau mengaibkan nama baik YB Mohamad bin Sabu. Saya juga telah meminta pihak Harakahdaily untuk menarik balik penyiaran Artikel tersebut (sekiranya masih disiarkan) dan supaya tidak lagi menggunapakai dan membuat rujukan kepada Artikel tersebut di masa hadapan.

ROSLAN SHAHIR


Aset RM100 juta untuk Najib: PM penakut lindungi kepentingan rakyat

 


Oleh FAZLI RADZI / November 19, 2021

AMANAH berpendapat tindakan Kabinet diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara sebagai tidak masuk akal dan melampau.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, parti itu senada dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menolak pemberian rumah dan tanah hasil wang rakyat kepada Ahli Parlimen Pekan tersebut.

“Tambahan pula wujud percanggahan apabila Najib mendakwa beliau membuat permohonan mendapatkan wang tersebut pada tahun 2018, manakala Menteri Kewangan memaklumkan secara rasmi bahawa permohonan dikemukakan hanya selepas pembentangan Belanjawan 2022 di Parlimen,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, tidak seperti Perdana Menteri terdahulu; Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn dan lain-lain hidup dengan pencen dan wang imbuhan yang kecil.

“Tunku Abdul Rahman yang besar jasanya, tidak memperolehi wang pencen yang mencukupi, beliau menjadi kolumnis di akhbar The Star dengan bayaran imbuhan yang kecil.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, tidak seperti Perdana Menteri terdahulu; Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien Onn dan lain-lain hidup dengan pencen dan wang imbuhan yang kecil.

“Tunku Abdul Rahman yang besar jasanya, tidak memperolehi wang pencen yang mencukupi, beliau menjadi kolumnis di akhbar The Star dengan bayaran imbuhan yang kecil.

“Mantan-mantan Perdana Menteri ini tidak pernah mencuri harta rakyat semasa menjadi PM, mereka tidak pernah didakwa atau dijatuhkan hukuman di atas perlakuan jenayah.

“Berlainan dengan kes Najib di mana beliau telah didapati bersalah oleh Mahkamah dan telah pun dihukum penjara. Beliau hanya menunggu rayuan di atas hukuman jenayah yang telah beliau lakukan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, adalah tidak munasabah bagi seorang seperti Najib hendak diberi imbuhan RM100 juta sedangkan jenayah yang dilakukannya amat besar.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada Najib Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Bercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul bagaimanapun, berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah bernilai RM100 juta itu tidak dimasukkan ke dalam Belanjawan 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan Malaysia menanggung hutang 1MDB yang amat besar akibat kecuaian Najib.

“Pada tahun 2019, Menteri Kewangan ketika itu mendedahkan bahawa skandal kewangan dan penyelewengan kerajaan terdahulu sama ada berkaitan 1MDB atau bukan, dianggar membabitkan kira-kira RM150 bilion.

“Kes 1MDB sahaja membabitkan RM51 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada 2039.

“Bayangkan betapa besar impak jumlah RM13.9 bilion yang perlu dibelanjakan sejak 2017 hingga 2020 untuk membiayai kerugian skandal 1MDB dan SRC di bawah pentadbiran Najib.

“Justeru kita hairan mengapa seorang yang digelar banduan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir dianugerahkan dengan dana milik rakyat? Ini tindakan yang tidak logik.

“Maka kita tegaskan, walaupun kita mempunyai MoU dengan Ismail Sabri, Pakatan Harapan tetap akan menolak penganugerahan ini kerana kita mendapati, PM terlalu lemah dan penakut serta tidak berani untuk melindungi kepentingan rakyat,” kata Mohamad lagi.

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : BAHAS DALAM DEWAN PAS TERMASUK DALAM KERAJAAN PN SETUJU ANUGERAH NAJIB TANAH


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : ZAHRAIN TIBAI NAJIB PENYAMUN - BAWAH KETIAK TUN RAZAK PUN TAK ADA-MEDIA SOSIAL NAJIB SAMPAH.....


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : DERIS KOYAK JANGAN LUPA DIRI DAN SOMBONG.


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : BALING RAMAI MATI KATAK AKIBAT AMANAT LEBAI HADI


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA : DAP TAK KACAU MALAH MELAYU ISLAM PENANG DIBANTU BIASISWA KERANA DUIT MAJLIS AGAMA ISLAM BANYAK


 

Tanahgate: Hadiah Kepada Najib Boleh Tumbangkan PM?

 


Oleh: Hassan Abdul Karim



Kerajaan Ismail Sabri Yaakob terselamat semalam 18 November 2021 di Parlimen dalam pengundian peringkat dasar Belanjawaan 2022. Ini berlaku kerana gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO tidak menyokong undi belah bagi.

Ini membolehkan Belanjawaan 2022 tersebut diluluskan melalui kelebihan undi suara. Episod semalam di Parlimen memperlihatkan PH memegang pada janjinya terhadap Memorandum Persefahaman (MoU) untuk tidak mempersulitkan Kerajaan YAB Bera dalam meluluskan Belanjawaan Negara.

Skandal hadiah tanah

Tiba-tiba semalam di Parlimen meletup satu isu bom jangka yang dipasang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh serta Ahli Parlimen Langkawi. Isunya ialah berkenaan kelulusan Kabinet menganugerahkan sebidang tanah di Ibukota Kuala Lumpur dan sebuah rumah yang akan dibina bernilai RM100 juta ringgit.

Perkara panas yang bersifat skandal itu terdedah ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menggulung perbahasan di peringkat Kementerian Kewangan sebelum proses pengundian dijalankan.

Jika di zaman Presiden Richard Nixon di Amerika Syarikat wujud skandal pengintipan yang dipanggil Watergate yang akhirnya membawa kejatuhan Nixon sebagai presiden, maka di Indonesia pula pernah berlaku di zaman Presiden keempat Indonesia Kiai Haji Abdulrahman Wahid atau Gus Dur yang dilibatkan dengan skandal Bulogate dan Bruneigate yang antara lainnya menjadi penyumbang kecil kejatuhan intergriti Gus Dur dan berkesudahan membawa tumbangnya Presiden yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Indonesia tersebut.

Maka kini di Malaysia, Perdana Menteri Kesembilan, Ismail Sabri Yaakob sedang berhadapan satu isu yang boleh mengheret kerajaannya menjadi satu skandal tanah yang boleh diberi jolokan Tanahgate yang akan menggocang kerajaan Persekutuan Malaysia jika tidak ditangani dengan baik.

PH akan kaji MoU berikutan Tanahgate

Semalam 18 November, belanjawan 2022 Kerajaan Ismail Sabri Yaakob baru melepasi undian di peringkat dasar sahaja. Belum lulus sepenuhnya. Belanjawaan tersebut akan memasuki perbahasan peringkat jawatankuasa bermula Isnin depan 22 November 2021. Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kedudukan Memorandum Persefahaman antara PH dengan Kerajaan akan dikaji semula bersabit dengan keputusan kerajaan untuk memberi hadiah RM100 juta dalam bentuk tanah dan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Jika Perdana Menteri tidak tampil kedepan memberi penjelasan yang lengkap dalam skandal “Tanahgate” ini ada besar kemungkinan PH tidak akan menyokong lagi Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa nanti.

Jika ini berlaku di mana pengundian secara belah bagi dituntut dan Belanjawaan 2022 tidak dapat diluluskan kerana tewas di peringkat pengundian terakhir sebelum bacaan ketiga maka natijahnya amat besar iaitu kerajaan Ismail Sabri Yaakob hilang keabsahan dan terpaksa seluruh kabinetnya termasuk Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan.

Demikian konvensi amalan demokrasi berparlimen.

Teliti semula hadiah Najib

Jadi isu “Tanahgate” ini yang bernilai RM100 juta dalam bentuk hartanah, iaitu sekeping tanah dan sebuah rumah untuk dihadiahkan oleh kerajaan Ismail Sabri Yaakob kepada Najib Razak perlu diteliti dengan waras dan rasional, demi berlaku adil kepada semua pihak, iaitu kepada Kerajaan yang ada sekarang, kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak, dan juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Antara soalan yang perlu mendapat penjelasan dari pada kerajaan adalah sepeti berikut:-

1. Apakah punca kuasa atau Undang-Undang yang membolehkah kerajaan yang ada mengurniakan tanah dan rumah kepada bekas Perdana Menteri?

2. Adakah Kerajaan telah merujuk kepada Peguam Negara, satu persoalan iaitu, bolehkah bekas Perdana Menteri yang telah dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Tinggi dan sabitan kesalahan itu masih kekal belum diketepikan berhak mendapat sebarang anugerah atau hadiah daripada kerajaan dalam bentuk tanah dan rumah dikatakan berjumlah sehingga RM100 juta?

3. Apakah benar bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dikurinakan oleh kerajaan dalam bentuk tanah dan rumah bernilai lebih kurang RM75 juta?

4. Bilakah amalan memberi hadiah tanah dan rumah kepada bekas Perdana Menteri dimulakan? Adakah Bekas Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberi tanah dan rumah?

5. Kembali persoalan kepada hadiah yang akan diberi kepada Najib Razak. Berapa luaskah tanah yang akan dikurniakan kepada Najib Razak? Adakah benar tanah itu adalah tanah milik kerajaan?

6. Adakah kerajaan telah membuat penilaiaan terhadap tanah tersebut?

7. Adakah Kerajaan telah membuat keputusan muktamad atau hanya baru keputusan di peringkat prinsip sahaja berkenaan pemberian tanah dan rumah kepada Najib Razak?



PM jangan tercalar skandal



Pada pandangan saya, jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sayang kepada kerajaannya supaya tidak tumbang di pertengahan jalan, maka ada baiknya jangan serahkan perkara ini ditangani oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang kelihatan bersih dan telus harus tampil ke depan menyelesaikan skandal “Tanahgate” ini supaya nama baik Perdana Menteri sendiri tidak tercalar dan tercemar kerana terpalit dengan isu tanah dan rumah yang berlumpur dan beracun ini.

Elakkan nasib yang pernah terjadi kepada Presiden Nixon dengan Watergatenya dan Presiden Gus Dur dengan Bulogate serta Bruneigatenya supaya tidak berlaku pula kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Jika tidak ada penjelasan yang memuaskan diberikan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada minggu depan, sebelum pengundian peringkat akhir dan muktamad dilakukan terhadap Belanjawaan 2022 terdapat kemungkinan yang besar ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan membuat penilaian semula terhadap Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan Ismail Sabri Yaakob.

Amatlah sedih dan malang Belanjawan besar bernilai lebih RM300 bilion ringgit yang dirangka dengan tujuan untuk pemulihan negara dari segi kesihatan dan ekonomi digagalkan angkara Skandal “Tanahgate” bernilai RM100 juta diluar peruntukan Belanjawan 2022 semata-mata untuk memberi hadiah kepada seorang bekas Perdana Menteri yang telah disabitkan bersalah dan dihukum penjara 12 tahun serta denda dalam pertuduhan jenayah di Mahkamah.

_________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 


Taktik jijik pesaing PH, godam telefon bimbit calon - Mannivanan

 


Taktik menggodam nombor telefon bimbit para calon Pakatan Harapan (PH) dan wakil calon merupakan hal jijik yang mewarnai hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Ketua Unit Perundangan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Manivanan Gowin, taktik tersebut dikesan dilakukan ke atas beberapa nombor telefon calon PH semalam.

"Kami di peringkat jawatankuasa induk PRN Melaka telah menerima tiga laporan mengatakan telofon bimbit calon dan wakil calon telah digodam

"Dalam kejadian yang berlaku semalam lebih kurang jam 5 petang, kami dimaklum telefon bimbit calon DUN Klebang, Datuk Gue Teck, calon Rim Prasant Kumar dan pengarah PRN DUN Ayer Molek, Wan Mahadi Wan Husin telah digodam. Calon di Ayer Molek ialah Mohd Rafee Ibrahim

"Ketiga mangsa hanya mengetahui kejadian tersebut apabila ditegur oleh penerima mesej. Beberapa penerima mesej dari masyarakat Cina telah menerangkan mereka menerima mesej sekiranya penerima mesej itu tidak mengundi PH maka gambar peribadi isteri mereka akan diviralkan. Ketiga mangsa telah membuat laporan polis.

"Saya juga difahamkan calon Klebang berbeza sikit, mesej berkaitan kena bayar hutang dan sebagainya," kata Manivanan dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, pihak calon PH telah membuat laporan polis ke atas penggodaman tersebut.

Bagi pihak PH pula, tambah Manivanan, satu siasatan lengkap perlulah dilakukan oleh polis dan SKMM berhubung jenayah berkenaan yang bertujuan untuk menjauhkan pengundi Cina dari PH.

"Ini merupakan satu perbuatan menjijikkan. Kami tidak pasti mesej ini dari siapa tetapi semestinya dari pesaing PH.

"Kami memohon pihak polis membuka kertas siasatan dan lakukan siasatan menyeluruh. Kami juga memohon SKMM melakukan siasatan bersama dan mengambil tindakan segera.

"Insiden ini adalah untuk menjauhkan pengundi Cina dengan PH. Kami juga meramalkan insiden jijik seperti ini akan berleluasa hari ini dan esok.

"Kami amat berharap pengundi warga Melaka boleh membaca tindakan jijik dan hina pesaing PH ini. Kami menyeru semua warga Melaka keluar mengundi dan memberi sokongan yang padu esok," katanya lagi.

 

KERAJAAN MESTI TOLAK RUMAH RM100 JUTA NAJIB, KALAU TIDAK, ISMAIL SABRI PUN WAJIB DIJATUHKAN

 

Hanya ada dua pilihan yang wajib diambil Ismail Sabri Yaakob dalam isu rumah bernilai RM100 juta melibatkan Najib Razak sekarang ini.

Pertama, menolak permintaan tersebut dan kedua, segera membatalkannya sekiranya permohonan itu telah diluluskan.

Dengan kedudukan Najib yang sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan beserta puluhan lagi kes berkaitan 1MDB masih berjalan di Mahkamah Tinggi, memenuhi permintaan itu bermakna Ismail Sabri jauh lebih tidak berguna lagi.

Kalau kepada Najib yang membuat permintaan tersebut pun sudah boleh membuatkan kita marah, tindakan Ismail Sabri memberi kelulusan atau tunduk kepada permintaan itu tentu lebih wajar menjadikan kita sangat membara seluruh jiwa.

Memberi sebuah rumah mewah bernilai RM100 dalam keadaan Najib sudah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dengan jelas lagi terang akan memperlihatkan gambaran teruknya sebuah kerajaan yang sedang mentadbir negara ini.

Sekaligus ia turut menyerlahkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang terburuk sekali kewibawaannya yang Malaysia pernah ada.

Di mana-mana celah dunia sekali pun, tidak pernah kita dengar ada kerajaan atau Perdana Menteri meluluskan pemberian sebuah kediaman mewah kepada bekas seorang pemimpinnya yang sedang menuju ke penjara.

Kalau pun memang ada peruntukan untuk memberikan Najib sebuah kediaman atas kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri atau disebabkan beliau tiada kediaman, ia seharusnya dilakukan selepas Najib sudah bebas daripada sebarang sabitan dan perbicaraan di mahkamah, bukannya dalam keadaan sudah dijatuhi hukuman bersalah dan masih bersalah.

Jika begitu, perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah langsung tidak berharga apa-apa.

Sebab itu, jika akhirnya terbukti kerajaan meluluskan atau tunduk kepada permintaan Najib itu, MOU antara PH dengan Ismail Sabri tidak saja patut ditamatkan, bahkan Perdana Menteri sendiri wajib dijatuhkan.

Tiada guna lagi sebarang MOU dipertahankan kalau ia sekadar menjadi alat untuk Perdana Menteri kekal berkuasa, tiada ancaman dijatuhkan tapi menjadikannya bebas berbuat sesuka hati untuk membelanjakan wang rakyat.

Blok pembangkang selepas ini, malah harus mengumpulkan kekuatan untuk memulakan gerakan menjatuh atau menumbangkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang tidak berguna kerana tergamak membelanjakan wang rakyat untuk rumah mewah seseorang yang sudah dihukum bersalah bukan saja pasti akan mendapat sokongan majoriti rakyat, bahkan tidak mustahil mampu menarik sama sokongan daripada pemimpin dalam blok kerajaan sendiri.

Oleh itu, Ismail Sabri mesti segera bertindak menamatkan kemarahan rakyat dalam isu ini, kecuali jika beliau memang mahu menampah rekod sebagai Perdana Menteri yang khidmatnya tidak sampai 100 hari.

Jangan lupa, PN dan Mahiaddin Md Yasin tentu turut tidak setuju dengan pemberian rumah mewah kepada Najib itu.

PH menamatkan MOU dan PN menarik sokongan, apakah Ismail Sabri tak tergolek jadinya? –


 ShahbudinHusin 19/11/2021.



(function() { var d = document, w = window; w

HADI AWANG LAWAN YDPA ?