PENGKHIANATAN KHALID? BERSATULAH WAHAI BIJAK PANDAI DI DALAM PAKATAN

1. TAK KAN HJ HADI TAK TAHU KES KIDEX ATAU SENGAJA TIDAK TAHU.? ITU PROJEK UMNO DAN NAK KENAKAN TOL KEPADA RAKYAT SELANGOR.

2. KES BANK ISLAM YANG DISELSAIKAN TANPA MENDEDAHKAN BUTIRNYA...HAJI HADI TAK FAHAM ATAU MEMANG TAK DAPAT MAKLUMAT YANG DI JELASKAN.?

3.TAK PERASANKAH DIKETIKA KAJANG MOVE BERJALAN DAN PILIHANRAYA KECIL KAJANG , KHALID TAHU BELIAU AKAN TERSINGKIR..LANTAS MENANDATANGANI LANGAT 2 YANG TELAH LAMA TERBANTUT.

4. KES AIR PULAK? TAK BACA KAH BAGAIMANA RAFIZI JELASKAN?

ATAU..... NAK BUAT MACAM UG YANG TOK GURU NIK AZIZ TAK TAHU DISEBALIKNYA???

ADUHHHHH.......BANYAK LAGI .....

PATUT TERENGGANU TUMBANG..KEDAH TUMBANG...PERAK???....DAN AKHIRNYA KENA SAMAN?........TAK ADAKAH BIJAK PANDAI YANG NAK BERI PANDANGAN DALAM PAS? KITA PERCAYA RAMAI YANG BIJAK DALAM PAKATAN RAKYAT. ADAKAH PANDANGAN PRESIDEN HARUS DIAMBIL KIRA JIKA IANYA MEMUDARATKAN ???

KALAU ALLAYARHAM USTZ FADZIL NOR MASIH ADA, TERANGGANU PASTI AKAN KEKAL,KEDAH PASTI KEKAL DAN PERAK MUNGKIN DALAM GENGGAMAN.

SELESAIKAN LAH DENGAN SEWAJARNYA...KITA ORANG BIJAK DALAM PAKATAN NI....Orang bijak perlu banyak membaca..bukan mendengar cakap menantu.Orang bijak pandai melihat kepada pandangan orang lain selain membaca dan melihat realiti.

Wahai rakan rakan pakatan....muhasabah lah diri, muafakat elok elok dan pakailah pandangan semua pihak.Maksum kah Presiden dan maksum kah Khalid sebagaimana yang dikatakan Hj Hadi?

Elok kita tak perlukan pendedahan sama ada Khalid Khianat atau tidak. Tidak mendengar nasihat orang dan melepaskan amanah rakyat diatas kepercayaan orang juga dikatakan Khianat. Rakyat memberi kepercayaan kepada pakatan di Terengganu, tetapi tidak menjaganya dengan elok sehingga jatuh kepada Umno juga boleh dikatakan khianat kepada amanah rakyat...

Tidak mendengar nasihat agar kerajaan PAS Kedah 2 tahun sebelum PRU 13 juga dikatakan khianat amanah rakyat bawahan yang berjuang....apa lagi nak ditafsirkan jika kekalahan itu menunjukkan kepada rakyat Malayisa bahawa Pakatan tidak pandai mentadbir dan mengkhianati amanah rakyat bawahan yang di tukar, difitnah, dibuang kerja, dipisahkan dengan anak siteri semata mata berjuang dan menyokong Pakatan Rakyat. tetapi kita tidak mendengar nasihat rakyat dan orang lain bahawa Kedah bakal jatuh.

Khianatkah kita jika didalam diam diam kita juga bersekongkol untuk bergabung dengan Umno tanpa pengetahuan Mursidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz yang tahu lebih lewat dari usaha untuk bergabung dengan Umno. Adakah Hj Hadi tidak tahu tentang UG UNITY GORVERMENT?

FIKIR FIKIRLAH AGAR SELANGOR TIDAK MENJADI LUBOK BUAT Umno MENCARI WANG SEDANGKAN YANG MEMERINTAH ADALAH PAKATAN RAKYAT??? JIKA MENYIMPAN BERBILLION UNTUK DIBERI KEPADA RAKYAT ITU TERBAIK, TETAPI JIKA SAMPAH TIDAK DIKAUT OLEH KONTRAKTOR Umno, ITU SABOTAJ TERHADAP KERAJAAN NEGERI, SEHINGGAKAN MENTERI KESIHATAN MENEGUR SELANGOR ADALAH NEGERI KOTOR YANG MENYEBABKAN KES DENGGI MEREBAK.





MAT SABU KATA BUKAN KENYATAAN RASMI. .

Mat Sabu dakwa kenyataan Hadi bukan pendirian rasmi PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 26 Julai, 2014.


Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu dilaporkan berkata, parti Islam itu sebaliknya hanya akan membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid selepas Hari Raya Aidilfitri dalam mesyuarat pada 10 Ogos.

"Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos.

"10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat," katanya seperti dilaporkan Antarapos.

Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi TheMalaysianInsider enggan memberikan sebarang komen sehingga keputusan dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos depan.

"Mungkin lepas raya. Mungkin dipercepatkan lagi," katanya.

Semalam, Hadi membuat pendirian yang tidak sependapat dengan PKR dan DAP apabila menyatakan Khalid sepanjang khidmatnya tidak pernah khianat amanah rakyat dan sehubungan itu, kedudukannya perlu dikekalkan.

Katanya, tindakan PKR dan DAP adalah salah jika Khalid disingkirkan dengan cara sedemikian tanpa ada bukti kukuh yang mengaitkan beliau mengkhianati amanah rakyat.

"Kalau beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan lain, itu kita boleh urus tetapi bukan dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

"Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Hadi berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mendengar pendapat akar umbi dan pihak luar yang bersetuju dengan prestasi cemerlang Khalid menerajui negeri hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya.

Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dulu lagi."

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa pendiriannya itu seperti cuba menghalang jalan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Sebaliknya menegaskan, perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi untuk rakyat. – 26 Julai, 2014.



Hadi perlu hormati keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan, kata PKR


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014.  



Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014. 


 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang memperakui prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.


"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor.
  "Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukaan menteri besar di negeri Pakatan Rakyat lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin turut membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan Menteri Besar Kedah yang dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN).

"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya. – 26 Julai, 2014.

Presiden Pas akui pendekatan politiknya makin berubah




MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui pendekatan politiknya sudah semakin berubah berasaskan faktor pengalaman, ilmu pengetahuan dan peralihan suasana politik di negara ini dan antarabangsa.

Katanya, hal demikian perlu untuk terus disesuaikan dalam persekitaran baharu dan pada masa yang sama memperjuangkan Islam yang memberi kesan kepada seluruh manusia.

"Kita tak boleh baca peta politik 20 tahun dulu. Hari ini suasana langit terbuka, bukan sahaja di peringkat nasional tapi antarabangsa kerana masyarakat sudah bercampur-campur.





"Oleh itu, kita kena ambil kira peranan kita sebagai sebuah parti yang membawa perjuangan Islam kepada seluruh manusia," ujarnya dalam pertemuan dengan wakil media tempatan di kediamannya di sini hari ini.

Ini merupakan kali pertama beliau menemui pihak media di sini setelah mengalami masalah kesihatan pada penghujung Mei lalu semasa mengunjungi Turki.

Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul dan kembali ke tanah air pada 18 Jun lalu dan masih menerima rawatan susulan.

Menurut Abdul Hadi, beliau masih di bawah pengawasan doktor dan dinasihatkan berehat selama tiga bulan.

"Namun saya ikuti (perkembangan politik dan keadaan semasa) sekadar kemampuan...ada kemampuan saya ikuti. Saya baca berita, baca internet, tengok televisyen, baca surat khabar...apa yang perlu saya komen, saya komen termasuk pada hari ni," katanya.

Ditanya tahap keupayaan kesihatannya untuk menangani persoalan politik yang semakin mencabar dan rumit, beliau menyifatkannya sebagai salah satu latihan kecergasan untuknya.

"Saya anggap ini sebagai satu exercise kepada saya. Isu-isu politik ini. Selagi nyawa ada, kita teruskan berkhidmat untuk rakyat dan untuk agama kita," ujarnya ketika ditanya sama ada kesihatannya akan membataskan tempoh kepimpinannya. -UTUSAN



KENYATAAN HJ HADI BUKAN MEWAKILI KESELURUHAN AHLI PAS...

Sokongan Hadi kepada Khalid berisiko pecahkan Pakatan, kata sumber


Sokongan mengejutkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor menggoyahkan Pakatan Rakyat (PR) dan berisiko memecahkan gabungan itu, kata sumber dalaman.

Sesetengah pemimpin PAS melahirkan rasa terkejut mereka, tetapi masih belum ada pendirian rasmi dari PKR dan DAP berhubung kenyataan Hadi kecuali yang ianya bercanggah dengan keputusan PR pada Rabu yang bersetuju supaya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan itu.

“Persoalannya sekarang, siapa yang bercakap bagi pihak PAS? Apakah pemimpin yang menghadiri mesyuarat PR atau hanya Hadi? Adakah beliau membantah kenyataan PR sekarang?” kata sumber PR kepada The Malaysian Insider.

“Terpulang kepada PAS untuk menyelesaikan isu ini. Bagi pihak PR, kita sudah bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan seseorang dari PKR,” katanya.

Seorang lagi pemimpin PR memberi amaran bahawa tindakan Hadi menyokong Khalid akan memberikan kesan besar kepada PR, termasuk memecahkan gabungan itu jika keputusan bersama itu tidak dilaksanakan.

“Apa pun boleh berlaku sekarang, daripada ancaman PR berpecah atau pilihan raya mengejut.
“Kita belum bersedia, tetapi tidak mempunyai pilihan selain menyenaraikan senario yang bakal berlaku,” katanya, dengan menambah mereka harus menunggu keputusan akhir PAS mengenai Khalid yang dikritik kerana bertindak di luar kepentingan PR.

Kepimpinan PAS hanya akan bertemu pada 8 Ogos untuk membincangkan cadangan PKR agar Dr Wan Azizah menggantikan Khalid, tetapi Hadi berkeras semalam bahawa menteri besar selama dua penggal itu tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk disingkirkan.

"Saya sudah mendengar semua hujah dan kumpulkan semuanya sebelum saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad yang mengatakan PAS negeri tidak menyokong idea menggantikan Khalid.

Kebanyakan pemimpin PAS yang dihubungi enggan memberi komen, dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khalid Samad mengatakan keputusan akhir masih belum dibuat.

"Kita sudah bersetuju akan berbincang mengenai hal ini pada 10 Ogos. Jadi saya menganggap ini bukan keputusan rasmi PAS lagi," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid juga mengatakan kenyataan Iskandar tidak mewakili PAS Selangor kerana mesyuarat dua kali Badan Perhubungan PAS Selangor dengan Dewan Harian PAS Pusat tidak pernah mencapai apa-apa kata sepakat mengenai kedudukan Khalid.

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Izham Hashim mengesahkan PAS negeri masih belum membuat keputusan sama ada Khalid harus kekal sebagai menteri besar atau disingkirkan.

"Mesyuarat tidak mencapai apa-apa kata sepakat kerana kami mempunyai pandangan berbeza mengenainya. Mesyuarat memutuskan untuk diserahkan kepada pimpinan parti untuk dirundingkan dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat untuk mencapai kata sepakat," kata Izham kepada The Malaysian Insider.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak tahu mengenai pandangan Hadi itu.

"Selepas raya nanti baru kita mesyuarat," kata Mahfuz, merujuk kepada Hari Raya Aidilfitri yang bermula minggu hadapan.

Ini bukan kali pertama keputusan Hadi menggugat PR Selangor.

Beliau secara peribadinya memberi kebenaran kepada Ridzuan Ismail untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu walaupun kerusi tersebut dipertahankan Presiden PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding di atas tiket PKR kerana partinya bukan anggota PR. Kedua-duanya tewas kepada BN.

Terdapat persoalan mengapa Hadi membenarkan Ridzuan bertanding kerana hanya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang boleh mengeluarkan surat mengesahkan calon.

Walaupun kalah di Kota Damansara, PR menang lebih besar di Selangor dengan PAS dan DAP mendapat 15 kerusi sementara PKR mendapat 14.


Umno memenangi baki 12 daripada 56 kerusi negeri itu. –TMI




KOTORNYA SELANGOR....KEPIMPINAN YANG DISOKONG ??????

Health Minister rubbishes S'gor leadership

Health Minister S Subramaniam today let rip at the Selangor government, claiming that the Pakatan adminstration has not been in doing its job to solve the rising cases of dengue in the state.

JANGAN SOKONG MEMBAWA KEPADA KEJATUHAN....INGAT TERENGGANU, INGAT KEDAH INGAT PERAK

Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid, kata Dewan Ulama PAS

Dewan Ulama PAS menyeru kepada semua ahlinya supaya akur dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berbeza dengan DAP dan PKR apabila mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sebagai menteri besar Selangor.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Khalid dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

"Ahli PAS perlu menghayati kebijaksanaan Presiden dalam hal ini, tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, sebarang usaha menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tanpa persetujuan bersama sehingga menimbulkan kekalutan rakyat perlu dielakkan. – 26 Julai, 2014. MENYUSUL LAGI

HJ HADI YANG TAK PEKA BERPOLITIK

Abdul Hadi yang membingungkan

ULASAN MALAM                                                                                

Kenyataan Abdul Hadi Awang yang dilaporkan Bernama hari ini sesuatu yang menyedihkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Pendirian songsang yang diambil Abdul HAdi berhubung politik Anwar Ibrahim bukan pertama kali berlaku.

Abdul Hadi: Sangat mahir fikh politik?
Hari ini Abdul Hadi dilaporkan menyokong Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor. Kenyataan yang bertentangan dan bercanggah sekaligus menempelak Anwar Ibrahim yang ingin menukarkan MB Selangor dengan menamakan isterianya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ulah-ulah sebegitu, percanggahan dan nada tidak seirama beliau dengan Anwar sudah kerap berlaku. Penerimaan Pas kepada Anwar sejak Abdul Hadi menerajui Pas tidak selendik dan seindah zaman Fadizil Mohd Noor menjadi presiden. Mungkin perkelidahan atau percanggahan Pas dengan Anwar tidak akan berlaku kalau pemikiran dan siasah Fadzil dihayati.

Sebelum ini keadaan yang sama wujud beberapa kali dan inilah menyebabkan kenyataan "lailatu qadar" Abdul Hadi itu tidak begitu mengejutkan lagi. Bahkan orang akan merasakan pelik kalau Abdu Hadi tidak koner perahu di hujung pelayaran. Kalau anda seorang penganalisa kepada politik Abdul Hadi tidak akan merasa ganjil sedikit pun, jauh sekali akan terkejut dengan aksi politik fikhnya. Beliau seorang yang tidak konsisten dan selalu berkhilaf dalam politik sehingga merugikan parti.

Sewaktu Anwar Ibrahim melancarkan psywar politik menerusi projek 16 September, disaat orang menyakini dengan projek untuk mengambil alih kerajaan menerusi "lompat parti" itu, dan ia telah mengelamkabutkan pihak UBN sehinggakan UBN terpaksa membawa ahli Parlimen melawat Korea, Pas menerusi Setiausaha Agungnya Mustapa Ali muncul dengan "buah tangan" yang sangat busuk menafikan projek berkenaan.

Mustapa membuat kenyataan umum dalam Harakah menafikan projek 16 September dengan mengatakan projek itu gagal. Kenyataan Mustapa itu kenyataan yang tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan langsung dan seolah-olah satu pengkhiatan kepada strategi politik Anwar. Walaupun ia diluahkan Mustapa tetapi hakikatnya pengkhiatan itu direstui oleh Abdul Hadi.

Selepas itu Pas terus membuat tindakan politik songsang dan mengilankan PKR khasnya Anwar apabila membelakangkan semangat dan janji yang sudah dinyatakan kepada umum untuk menobatkan Anwar sebagai perdana menteri. Sepanjang kempen pilihan raya ke-13 Anwar diistyharkan sebagai bakal perdana menteri. Pakatan telah meletakkan Anwar sebagai PM yang sekaligus menjadi aset atau daya tarikan kepada pengundi agar bersama Pakatan Rakyat.

Menjelang saat pilihan raya umum ke-13 Pas membuat pusingan "U" dengan menukar nama perdana menteri kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Secara senyap-senyap Pas telah bertemu dan berunding dengan Tengku Razaleigh agar menjadi pak sanggup bagi mengganti Anwar. Tindakan dan sikap Pas itu sangat mengilankan Anwar dan gara-gara itu menyebabkan semangat dan mood pengundi jatuh mendadak. Kosentrasi pengundi kepada Pakatan juga musnah dan terganggu.

Ramai orang tidak tahu Pakatan mengalami krisis calon perdana menteri beberapa hari menjelang hari mengundi. Menjadi tanda tanya apakah Abdul Hadi sengaja melakukan ini kerana dengki apabila beliau tidak dinamakan sebagai calon perdana menteri? Beliau memang ada hajat untuk jadi PM apabila semasa berucap dalam muktamar Pas di Kota Bharu menyatakan; syok juga kalau jadi PM.

Dan kenyataan Abdul Hadi hari ini yang memberi sokongan kepada Khalid adalah kesenimbungan sikap politik yang tidak konsisten dan khianat yang diamalkannya selama ini. Kemungkaran ini bukan saja kepada PKR tetapi kepada pemimpin Pas juga. Dua tiga hari lepas timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu membuat kenyataan Pas akan membuat pendirian berhubung cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah itu. Pas bersetuju cuma akan menentukan calonnya dalam mesyuarat tertinggi Pas selepas hari raya.

Kenyataan Mohamad Sabu itu adalah kenyataan rasmi bagi Pas selepas selesai mesyuarat Majlis Presiden. Mesyuarat itu tidak dihadiri oleh Abdul Hadi, tetapi diganti oleh Mohamad Sabu. Katanya Abdul Hadi telah diberi taklimat hasil mesyuarat berkenaan dan telah setuju dengan sikap yang diambil. Tetapi hari ini alih-alih Abdul Hadi membuat kenyataan songsang yang memalukan Mohamad Sabu dan juga pimpinan Pas lain yang telah menerima konsensus PKR untuk menukar MB Selangor itu. Sikap Abdul Hadi itu menyebabkan integriti Pas sebagai parti Isalam jatuh bercelabak.

Setiausaha Agung Mustapa Ali pun memperakui soal jawatan MB Selangor adalah hak PKR, dan Pas tidak akan menganggu. Jadi apabila hari ini Abdul Hadi menjadi "kemamai" membuat kenyataan songsang meyebabkan semua orang akan jadi bingung kelu dan tidak faham dengan politik Abdul Hadi. Apakah kenyataan itu setelah Abdul Hadi menemui dengan malam seribu malam pada malam semalam?

Kenapa Abdul Hadi berbuat begitu? Apakah dia dipengaruhi kuasa luar yang mengawal minda politiknya? Kenyataan hari ini menjelaskan kunjungan tengah malam beliau bersama Mustafa Ali ke rumah Khalid Ibrahim dua minggu lepas jelas ada motif dan agendanya. Kebenaran akhirnya terserlah juga, semutar serban tidak dapat membaluti bangkai kejahatan apa lagi bila ianya sudah berbau busuk.

Saya tidak mahu "membelebel" panjang mengenai Abdul Hadi ini. Bagi kenyataan sonsang itu kenyataan orang lepas segar demam. Mungkin orang sudah faham pemikirannya atau akan faham selepas semuanya hancur berkecai menjadi debu. Mereka yang taksub dan menganuti pemikiran politik ortodok akan selama-lamanya melihat Abdul Hadi maksum dalam politik.

Cuma saya membuat catatan ini sebagai respons kepada beberap pemanggil daripada penjengok blog saya yang bertanya dan mengeluh kesal dengan kenyataan Abdul Hadi itu. Sejak tengah hari tadi hingga ke saat ini puluhan yang bertanya dan mengemailkan persoalan itu. Semua menyatakan kebingungan serta kekesalan dengan tindakan Abdul Hadi itu dan menganggap kenyataan itu dibuat dibawah sedar politik sihat.

Sama-sama kita tunggu apa yang akan berlaku esok. Kata Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar kenyataan Abdul HAdi itu bukan kenyataan Pas. Jadi ianya bersifat personal Abdul Hadi yang tidak perlu dipegang dengan kemas. Pas bukan hak presiden tetapi hak ahli juga. Alasan Abdul Hadi dia sudah mendapat maklum balas akar umbi samalah dengan bahasa dan kata-kata favouritenya pada setiap kali sessi media massa selepas muktamar; kita ambil keputusan secara "kolektif".

Khabarnya DAP tidak senang dengan kenyataan "mamai" Abdul Hadi itu dan akan membuat kenyataan esok sebagai respons kepada kenyataan Abdul Hadi yang tidak profesional dan jahil mengenai politik. Khabarnya DAP akan meminta Abdul Hadi patuh kepada keputusan majlis presiden yang tidak dihadirinya. Sesungguhnya sikap Abdul Hadi itu boleh memecah belahkan Pas dan meretakkan Pakatan Rakyat. [wm.kl.12:31 am 26/07/14]

(function() { var d = document, w = window; w

PRN MELAKA – UJIAN AWAL PENTING UNTUK PH, BN DAN PN SEBELUM KETIBAAN PRU15

  Akhirnya SPR menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November depan dengan tarikh penamaan calonnya ialah pada 8 November. Walaupun PR...