WALAUN DIAM KALI NI



Mohd Zaid Ali



 Nampaknya kali ini PAS agak sukar untuk nak 'cover', mempertahankan kes pemandu mabuk walaupun kejadiannya berlaku di KL.






Mereka mungkin memilih untuk berdiam diri saja kut, sama seperti kes pemandu mabuk di Kedah baru baru ini.


Kalau bukan Melayu buat hal, galak aktif beri komen . Siap yang ada di luar negara pun tumpang sekaki komen. Nampak sangat mereka ni tak suka atau benci kat kerajaan madani yg ada sekarang ni..




Aminah, 56 lain failkan semakan kes tunggakan pencen

 



Aminah, 56 lain failkan semakan kes tunggakan pencen


KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan, Aminah Ahmad dan 56 lain memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan membayar tunggakan pencen berjumlah RM1.7 bilion.


Pembayaran pencen itu adalah kepada 531,976 pesara berdasarkan gaji terakhir mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.


Aminah memfailkan permohonan semakan itu pada 10 April lalu di Mahkamah Rayuan mengikut Kaedah 105 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994), melalui firma guaman Shukor Baljit & Partners.


Pemohon memohon perintah daripada Mahkamah Rayuan supaya keputusan mahkamah sama pada 9 Mac lalu disemak semula dan diketepikan.


Mereka turut memohon supaya rayuan itu didengar semula di hadapan panel hakim mahkamah rayuan lain yang berbeza komposisinya, dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.


Menurut adidavit sokongan yang diikrarkan oleh Aminah, menyatakan antara alasan semakan itu ialah, mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada menurut Kaedah 105 untuk mengelakkan ketidakadilan dan penyalahgunaan proses.


Selain itu, ia menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac lalu wajar diketepikan kerana ia dibuat dalam keadaan yang menimbulkan risiko sebenar berlakunya berat sebelah, menyebabkan pelanggaran prinsip keadilan asasi dan tidak selamat.


Beliau menyatakan, salah seorang ahli panel sebelum ini telah menyatakan pandangan berbeza mengenai satu isu undang-undang yang pada asasnya serupa, namun gagal mendedahkan perkara itu kepada pihak-pihak terlebih dahulu.


Menurut Aminah, kegagalan untuk mendedahkan pendirian kehakiman terdahulu telah menafikan peluang kepada pemohon untuk membantah atau memohon penarikan diri.


Katanya, pemohon tidak mempunyai sebarang remedi lain untuk menangani ketidakadilan berkenaan, oleh itu ia memerlukan campur tangan mahkamah bagi mengelakkan penyalahgunaan proses mahkamah.


"Oleh yang demikian, adalah adil dan saksama bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu diketepikan dan didengar semula di hadapan panel hakim yang berbeza komposisinya," katanya.


Pengurusan kes permohonan semakan terbabit ditetapkan pada 28 April ini.


Mahkamah Rayuan sebelum ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan menyelaraskan pencen bekas penjawat awam berdasarkan pekeliling perkhidmatan 2016.


Ia sekali gus mengelakkan kerajaan daripada membayar tunggakan berjumlah RM1.7 bilion kepada lebih setengah juta pesara.


Hakim Azhahari Kamal Ramli, yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel tiga hakim, berkata perkara itu telah diputuskan sebelum ini menerusi keputusan Mahkamah Rayuan pada 2022.


Sehubungan itu, katanya, semakan kehakiman yang difailkan oleh Aminah Ahmad bersama 56 pesara penjawat awam lain – selaku responden dalam rayuan semasa – adalah res judicata dan penyalahgunaan proses mahkamah.


Bagaimanapun, panel yang dipengerusikan oleh Hakim DatukLim Chong Fong serta turut dianggotai Hakim Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid menjelaskan bahawa keputusan itu hanya terpakai kepada 57 responden dalam kes berkenaan.


Dalam keputusan pada 2022, Mahkamah Rayuan membatalkan pindaan dibuat terhadap Akta Penyelarasan Pencen 1980 pada 2013 yang memperuntukkan kenaikan tahunan tetap sebanyak dua peratus kepada pesara.


Mahkamah itu turut memutuskan pindaan 2013 itu tidak berperlembagaan kerana meletakkan pesara perkhidmatan awam dalam kedudukan kurang memihak, sekali gus bercanggah dengan Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.


Aminah, bekas pegawai Kementerian Luar Negeri Malaysia, bersama responden lain kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memohon Mahkamah Tinggi mengarahkan kerajaan menyelaraskan pencen mereka berdasarkan formula sebelum 2013 seperti yang ditetapkan dalam akta berkenaan.


Formula sebelum 2013 mewajibkan kerajaan menyemak semula pencen selaras dengan pelarasan gaji pegawai yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.


Pada Januari 2023, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan responden, sekali gus membawa kepada rayuan semasa.


Sumber: Berita Harian


#pelarasanpencen

#aminahahmad

#mahkamahrayuan




PERANGAI ORANG SEKARANG ⁉️


 

5 ADUN BERSATU TARIK SOKONGAN ? KEDAH TUKAR MB ?


 

Himpunan Tangkap Azam Baki bertukar kecoh, mercun dibakar individu tidak dikenali


 

'Tangkap Azam Baki' rally: Participants begin rallying in front of Sogo under pouring rain



Peristiwa
Rafizi Ramli ditarik polis Dan di bawa ke satu tempat lain. Saya dan rakan rakan terus meluru ke depan kenapa Polis menarik rafizi sebegitu.

Semuanya settle bila rundingan dengan polis mahukan selepas rafizi berucap semua selesai awal.
Sebelum itu kejadian baling mercun saksi melihat seorang WANITA membawa beg eco Dan membaling sebungkus mercun sebelum lari ke dalam sogo.

GEMPAK! LAPORAN POLIS DIBUAT! ISU DAKWAAN & FITNAH JADI TUMPUAN!


 

BODO PUNYA YB...TAK ADA LA NEGERI KAT MALAYSIA NI DOK BAWA MAT REMPIT KE AIRPORT...TAK ADA TEMPAT LEPAK LAIN KAH...KIOK


 

Kemanusian, kasih sayang dan keihklasan






Norman Radzuan








 Kemanusian, kasih sayang dan keihklasan

KISAH MEKANIK & PEMUDA CINA BUKAN SEKADAR CERITA
Kisah mekanik Melayu dan pemuda Cina menjadi fenomena di media sosial. Ia bukan sekadar cerita tetapi sebuah kisah yg menyatukan hati masyarakat Malaysia.
Simpati dan pujian dtg dari kepelbagaian kaum hingga ke negara jiran. Kuasa viral merentasi sempadan agama, bangsa, politik dan negara…kisah spontan tgh malam.
Di kala parti politik membina tembok perkauman terutama kpd kaum Cina, tiba2 kita disajikan sebuah kisah cerita mengenai kemanusian, kasih sayang dan keihklasan.
Pernah terfikir kenapa kita ditunjukkan kisah cerita true story yg melibatkan dua bangsa terbesar yg semakin terpisah kerana politik identiti perkauman yg dimainkan oleh parti politik?
Ada hikmahnya, kita disajikan cerita kemulian hati tidak ditunjukkan di kalangan mereka yg berimej alim tetapi cukup sekadar org biasa yg mempunyai hati yg mulia.
Bermula dari seorang mekanik yg dlm perjalanan pulang mendapat mesej bantuan. Pergi membantu disamping dgn niat mencari rezeki.
Tiba2 muncul perasaan simpati apabila melihat lelaki Cina yg dibantunya hanya mempunyai akaun berbaki RM 170 (lebih kurang).
Bila ditanya ada duit utk belanja makan, lelaki Cina itu berkata cukup walaupun hakikatnya balancenya tidak sedikit (tanpa mahu mengambil kesempatan simpati mekanik tersebut).
Akhirnya atas rasa kemanusian dan tanpa ada rasa jiwa perkauman, dgn keihklasan hati mekanik ini memberikan servis percuma.
Bagaimanapun lelaki Cina itu tetap mahu hulurkan sedikit wang tetap ditolak. Hingga lelaki Cina itu mengalirkan air mata dan berpelukan.
Kata mekanik tersebut, “ Tak perlu bayar, ini Tuhan hantar saya utk tolong u..”.
Keihklasan… kedua insan in ikhlas dan tidak mengambil kesempatan atas peristiwa ini. Lelaki Cina yg dikenali sebagai Dicky Yau dtg dari Sabah dan merupakan seorang bapa tunggal.
Dicky bekerja hanya sebagai pelayan restoran. Selepas kejadian dlm live TT, begitu ramai yg berikan gift tetapi Dicky menolak utk menerimanya. Katanya, brother mekanik itu lebih layak menerimanya.
Sdgkan dgn kuasa media sosial dan viral, dlm beberapa jam Dicky boleh memperolehi ratusan ribu ringgit jika dia sanggup menerima bantuan dari netizen.
Kerana viral ramai yg serbu ke restoran Dicky bekerja. Malah ada yg memaksa Dicky menerima pemberian derma utk anaknya.
Begitu juga brother mekanik itu menolak utk dipanggil Radio Era utk ditemubual. Dia menolak utk mengambil kesempatan populariti dan simpati.
Kedua dua mereka bukan org senang tetapi keduanya menunjukkan sifat kekasih sayang dan keikhlasan walaupun berbeza agama dan bangsa.
Moral dari cerita ini, utk kita bersifat kemanusian kita tidak perlu menjadi org berimejkan org alim. Cukup hati yg mulia, hati yg tidak dipenuhi sifat kebencian kaum.
Kisah ‘ Abg Mekanik & Pemuda Cina’ seolah olah mahu diceritakan utk kita dlm kepelbagaian kaum dan agama hidup dlm harmoni. Bercerita juga tentang keikhlasan tanpa mengambil kesempatan di atas kejadian viral ini.
Ingat pesan Allah, Allah mencipta manusia dlm pelbagai bangsa dan warna kulit utk kita saling kenal mengenal dan hidup berkasih sayang dan saling menghormati.





Minyak tak boleh turun, cukai jalan boleh – PMX




 


Kerajaan sedang mempertimbangkan pengurangan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah segera meringankan beban rakyat, ketika tekanan kos bahan api terus meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk meneliti kaedah pelaksanaan dalam tempoh terdekat.

“Saya minta Menteri Pengangkutan cari jalan supaya dalam tempoh terdekat turunkan cukai jalan bagi kenderaan diesel. Itu boleh,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan ketika ini berdepan kekangan untuk menurunkan harga diesel secara langsung, memandangkan komitmen subsidi bahan api mencecah kira-kira RM7 bilion sebulan.

Menurut Anwar, pendekatan subsidi bersasar juga masih dikekalkan, sekali gus menghadkan ruang untuk menurunkan harga minyak secara menyeluruh.

“Turun harga diesel sekarang ini tak mampu, tetapi cukai jalan itu boleh,” tambahnya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan terdapat sekitar 1.8 juta kenderaan diesel di Malaysia, menjadikan sebarang langkah berkaitan cukai jalan berpotensi memberi impak langsung kepada sebahagian besar pengguna.

Langkah itu dilihat sebagai pendekatan alternatif kerajaan dalam menyeimbangkan keperluan fiskal negara dengan kebajikan rakyat, tanpa menambah beban subsidi yang tinggi.


MENUNGGU WALAUN DESAK HUKUM BUNOH

 



Che Ibrahim Mohamed




Ambo menunggu suara suara mendesak pemandu mabuk dihukum bunuh dan mangsa dibayar diyat terutama dari pejuang pejuang terpaling Islam.






PMX- Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah










 Mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Daerah Seberang Perai Tengah, daerah kesembilan dalam siri ini bagi memastikan dasar yang diumumkan sepanjang tiga tahun lalu benar-benar dilaksanakan dengan berkesan dan memenuhi keperluan rakyat setempat.

Saya tegaskan kepada Pegawai Daerah dan pasukannya supaya memberi keutamaan penuh kepada pembangunan 30 bilik darjah baharu di 10 sekolah di daerah ini, dan memastikan pelaksanaannya disegerakan tanpa sebarang kelewatan agar kemasukan murid Tahun 1 tahun hadapan berjalan lancar.
Mesyuarat ini turut meneliti pelaksanaan inisiatif yang memberi kesan langsung kepada rakyat, termasuk pembasmian kemiskinan tegar, baik pulih gerai penjaja, SejaTi MADANI, Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI, projek khas ekonomi negeri serta aspek keselamatan di Seberang Perai Tengah.
Saya ingatkan agar kita tidak mudah berpuas hati dengan angka di atas kertas. Laporan kemiskinan tegar sifar mesti terus disemak di lapangan bersama pemimpin setempat agar tidak ada keluarga yang tercicir. Begitu juga penurunan kadar jenayah, perlu dipastikan berpunca daripada keberkesanan tindakan, bukan kelemahan penguatkuasaan.
Keutamaan kita adalah penyelesaian segera kepada masalah setempat yang kritikal, khususnya melibatkan pertanian, saliran, tebatan banjir, pendidikan dan kesihatan.
Perkara ini tidak boleh ditangguhkan. Setiap kelewatan membawa kesan kepada kehidupan rakyat yang menunggu penyelesaian. Maka penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri mesti diperkemas agar setiap keputusan diterjemah kepada tindakan yang tuntas.
Justeru, saya menetapkan tempoh dua minggu untuk semua pihak melaporkan perkembangan dan tindakan susulan terhadap setiap keputusan yang telah dipersetujui.
Kerana akhirnya ukuran sebenar bukan pada apa yang kita umumkan, tetapi pada apa yang benar-benar berubah di lapangan. Rakyat berhak melihat perubahan itu bukan nanti, tetapi sekarang.

YB YANG SEBUT RASUAH SEBAGAI RESYUAH....HANG TAK TAU HUKUM KA APA ?

 

Che Ibrahim Mohamed




Ada qaul kata Haram pelihara burung kerana menyekat pergerakannya dan menghalang burung mendapat haknya untuk hidup bebas.

Ada qaul yang kata harus dengan syarat tidak menafikan hak burung untuk berkelamin, beranak pinak dan terbang bebas.
Ambo duduk atas qaul baik taksah la main burung, kalau manusia tak suka hidup terpenjara, maka burung pun ada perasaan juga, mudharatnya kepada burung lebih besar dari manfaatnya, bahkan kadang kadang ianya membawa mudharat kepada manusia.
Mudah kata sebagai sebuah parti yang mengaku berjuang Islam, bukan dari ajaran Islam untuk buat apa apa bentuk musabaqah burung, bukan syiar Islam, tetapi permainan yang lagha.




KEH..KEH...KEH...MASUK JA PAS JADI TAK CERDIK

 


Ahmad Mursi


justifikasi PAS senang je, dia ambil maklumat dari buku BN.. oleh kerana tu PAS boleh sampaikan dalam ceramah... bayangkan, ini tahap PhD holder dalam PAS... dah biasa buat kajian ilmiah untuk PhD...


 
Hakim berkata, seorang tidak boleh memuntahkan semula maklumat yang tidak disahkan dan menganggap ia suatu kebenaran


PATUT LA...ADUN PUN BAGHAL JUGA.....Di Selangor Pas bantah Adun Seri Kembangan kerana tidak beradab dengan titah Sultan.

 


Che Ibrahim Mohamed










Di Selangor Pas bantah Adun Seri Kembangan kerana tidak beradab dengan titah Sultan.

Di Kelantan Pas anjur konvoi motor ke Airport sebagai membantah teguran Adun Kota Lama yang tegur sikap pemuda yang lepak di airport sebagai tidak wajar.
Itulah makna kebebasan bersuara zaman kini.





𝗜𝗦𝗨 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔: 𝗛𝗔𝗟 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨, 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗛𝗔𝗥𝗠𝗢𝗡𝗜


✍️ Ahmad Mursi


1. Sebenarnya isu ni berpunca daripada seorang individu di “rumah No. 4” yang tak bersetuju dengan aktiviti surau yang dah lama wujud di kawasan tersebut.
2. ADUN Teratai dari DAP pun dah cuba ambil pendekatan baik sebagai pemudah cara — atur dialog antara individu tersebut, pihak surau dan agensi berkaitan supaya boleh bincang secara harmoni.
3. Tapi semasa pertemuan berlaku, individu tersebut telah menyebarkan satu dokumen yang didakwa sebagai “minit mesyuarat”.
4. Masalahnya, dokumen tu nampak pelik — tak seperti minit mesyuarat rasmi, sebaliknya lebih kepada senarai permintaan individu itu sendiri. Dari situ mula timbul salah faham.
5. Tambahan pula, dokumen tersebut bukan datang daripada ADUN berkenaan dan mengandungi unsur yang boleh mengundang provokasi serta menggugat keharmonian.
6. Pusat khidmat ADUN telah segera membuat laporan polis, dan pertemuan yang dirancang kemudiannya akhirnya terpaksa dibatalkan.
7. Kalau dilihat secara keseluruhan, ini sebenarnya isu melibatkan individu tertentu sahaja — bukan isu masyarakat atau antara kaum.
8. Negara kita dah lama hidup dalam suasana harmoni. Aktiviti surau, masjid dan laungan azan adalah perkara biasa, dan majoriti masyarakat, termasuk bukan Islam, boleh menerima dengan baik.
9. Jadi tak perlulah kes terpencil macam ni diperbesarkan sampai nampak seolah-olah satu Malaysia ada masalah.
10. Lebih baik diselesaikan secara tenang antara pihak terlibat, tanpa perlu keruhkan keadaan atau sebar naratif yang tidak tepat.
11. Mengikut kenyataan pengerusi surau, usaha penyelesaian secara dalaman memang sudah dibuat bersama ADUN.
12. Cuma, tak semena-mena, isu yang asalnya melibatkan AJK, ada yang menarik masuk pihak luar dan disensasikan di media.