NAMPAKNYA RAKYAT MELAKA BUAT PILIHAN YANG TEPAT- KEH...KEH CAKAP TAK TENGOK CERMIN


HAMZAH RIE NA


PRU 14 sudah ditolak mentah mentah oleh penduduk melaka, 24 kerusi yg dipertandingkan semua bungkus ikat mati!

Ok orang2 Melaka, pru 15 kasi semua hilang deposit pula. Orang Melaka jangan main2 sekali mereka kata mereka kotakan..... Kalau Tak, Tak kan ada Kota Melaka tu!!!! 😁

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Gemilang DAILY Rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa, kata Pas 06/10/2021 8:00 PM 228 Shares SMS i"




























WOIII DERIS.....JANGAN LA EMOTIONAL....KENA USIK SIKIT JA KOT- “Kalau nak bertengkar, saya boleh bertengkar” - Idris Ahmad



Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bangun mencelah, meluahkan rasa tidak puas hati kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad mengambil masa lama untuk menjawab satu soalan sedangkan ada empat lagi isu yang perlu dijawab.


Pas kata rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa.Rakyat tanya pulaa berapa kerusi Pas menang di Melaka? dan masa mana jadi jurucakap rakyat ?

 


Pas kata rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa


Rakyat Melaka terutamanya orang Melayu bimbang sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan DAP berkuasa semula akibat kemelut politik yang sedang melanda negeri ini sekarang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, sudah sampai masanya parti-parti besar Melayu memikirkan lebih serius tentang perpaduan dan semangat Keluarga Malaysia supaya tidak berpecah belah yang akan merugikan rakyat.

“Seperti pepatah Melayu ‘jong pecah yu kenyang’,” ujar beliau pada satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan empat ADUN daripada kerajaan diketuai ADUN Sungai Udang Dato’ Seri Idris Haron bertindak menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Turut mengikut jejak langkahnya Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas–Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Kamarudin juga berkata, tindakan keempat-empat ADUN terbabit sangat mengejutkan semua pihak.

“Perkara ini berlaku di saat beberapa ADUN terbabit baru mendakwa mereka tidak terlibat dengan komplot tersebut beberapa hari lepas,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap semua pihak melakukan gencatan politik dan memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah utama rakyat iaitu pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat.

“Apa yang penting kita mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat terhadap krisis politik yang tidak berkesudahan melanda negara terutamanya Melaka di saat Covid-19 belum lagi dapat dikalahkan,” kata beliau.

Beliau turut berharap rakyat Melaka terutama ahli PAS Melaka serta Bersatu dan Umno bertenang dan bersabar di samping mengambil langkah sewajarnya bagi menangani perkara ini dengan cermat dan teliti.

“Bak kata pepatah ‘menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus tepung tidak berserak’,” ujarnya.



POLITIK PAS YANG MEMENINGKAN


Pas kata, tempat umno menang dan bertanding semula, Pas akan sokong Umno. Tempat Bersatu menang dan bertanding semula, Pas akan sokong Bersatu.
Umno pula kata, semua tempat Bersatu menang, Umno akan bertanding kerana itu kerusi asalnya Umno menang sebelum calon mereka melompat masuk Bersatu. Ertinya, Pas tetap akan sokong Bersatu dan tidak akan sokong Umno.
Bagaimana pula dengan tempat Pas menang sekarang? Umno telah nyatakan tiada lagi muafakat nasional seperti yang dinyatakan oleh Presiden mereka. Ertinya, tempat Pas wakili sekarang, Umno akan tetap bertanding. Sudah pasti Bersatu akan sokong Pas dan akan tolak Umno.
Tempat Umno wakili sekarang, Bersatu akan letak calon. Pas kata akan sokong Umno kerana itu kerusi Umno menang. Pas tidak akan sokong Bersatu di situ.
Kesimpulannya, Pas akan sokong Umno dan akan tolak Umno, begitu juga Pas akan sokong Bersatu dan akan tolak Bersatu, mengikut keadaan.
Siapa rugi dalam situasi begini? Umno, Bersatu atau Pas? Sudah pasti jawapannya Pas kerana Pas tidak akan berupaya untuk menambah kerusinya, kecuali mengekalkan kerusi yang mereka miliki sekarang.
Jika Pas tiada upaya untuk menambahkan kerusinya, apakah Pas boleh jadi parti yang dominan? Jika Pas bukan parti yang boleh jadi dominan, jauh sekali untuk menjadi PM, maka bila waktunya Pas boleh tegakkan hukum hudud atau hapuskan judi? Ertinya, cita2 untuk laksanakan Islam itu hanyalah propaganda Pas semata2. Bila tidak mampu halang judi, Pas dakwa mereka tiada kuasa majoriti dalam kerajaan. Mahu tunggu Pas menguasai kerajaan, memang usah haraplah jika Pas tidak pernah mempunyai prinsip.
Walaun Pas perlu berfikir dengan matang. Sampai bila mahu terus diperbodohkan?
WFAUZDIN NS

GAMBAR MALAM JEMAAT

 May be an image of 8 people and text that says "Zamri Zainal Abidin Il 1d Fakta. Satu-satunya pengasas IIIT yang non- Arab iaitu Melayu, adalah Anwar Ibrahim. THE FOUNDERS OF IIIT (The Champions Of slamization And Integration Of Knowledge) Ismail Al-Faruqi Taha jabir Alalwani jamal al Barzinji Abdul Hamid Au Sulayman Ahmad Totonji Hisham Altalib Anwar Ibrahim"

RENUNGAN MALAM JEMAAT

 May be an image of 2 people and text

ANWAR RAYU PARLIMEN BAHAS PANDORA PAPERS


TAK SIASAT PANDORA PAPERS PH PERLU KELUAR MOU


ULASAN DEWAN 3 : RMK 12 BANTU PKS, PELAN PELAKSANAAN TAK ADA?

 , RMK 12 bantu PKS, pelan pelaksanaan tak ada?

ULASAN DEWAN 1: COVID 19: UJIAN UBAT IVERMECTIN TAK TAHU, NAK PAKAI UBAT MERCK PULA?


ULASAN DEWAN 2 : COVID 19: UJIAN UBAT IVERMECTIN TAK TAHU, NAK PAKAI UBAT MERCK PULA?


UMNO BERANI BUAT PERANGAI KERANA TONGKAT SOKONGAN PADU PAS?


BIAR PRN MELAKA DIADAKAN, ISMAIL SABRI JANGAN IKUT TELUNJUK UMNO MAHU IA DITANGGUHKAN

 

Kalaulah UMNO itu manusia, sah ia kini sedang mengalami kecelaruan jiwa dan perlukan rawatan dengan segera.

Jika sebelum ini ramai yang menyindir kejatuhan kerajaan negeri Melaka sebagai episod pelik kerana “UMNO jatuhkan UMNO”, kepelikan itu rupa-rupanya tidak berakhir begitu saja.

Sebaik DUN Melaka telah dibubarkan berikutan cadangan yang dikemukakan Sulaiman Md Ali diterima oleh Tuan Yang Dipertua Negeri, Tun Ali Rustam, UMNO kini bersungguh-sungguh pula menyarankan agar PRN Melaka tidak diadakan, sebaliknya ditangguhkan.

Penangguhan itu dicadangkan melalui perisytiharan darurat sebagaimana dilakukan di Sarawak, Batu Sapi dan Gerik sebelum ini.

Darurat hanya boleh diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara atau MKN.

PRN Sarawak perlu diadakan kerana tempoh matang DUN negeri itu telah cukup lima tahun dan PRK Batu Sapi serta Gerik pula disebabkan kematian wakil rakyatnya, maka penangguhan ketiga-tiga pilihanraya itu atas alasan Covid19 sedang menggila tidaklah terlalu menghairankan.

Tetapi berbeza dengan PRN Melaka kerana ia perlu diadakan berikutan UMNO sendiri yang mengemukakan cadangan pembubaran DUNnya setelah Sulaiman hilang sokongan sebagai Ketua Menteri, walaupun hakikatnya disedari bahaya Covid19 masih belum reda.

Jadi, kenapa setelah UMNO sendiri memohon pembubaran DUN, UMNO juga kemudiannya tampil menyarankan agar PRN negeri perlu ditangguhkan?

Tidakkah ini pelik dan menunjukkan UMNO ada kecelaruan jiwa dalam membuat keputusannya?

Jika benar saranan penangguhan itu kerana tidak mahu wabak Covid19 merebak semula dalam masyarakat, kenapa baru sekarang ia disedari?

Mengapa ia tidak difikirkan sebelum mengemukakan cadangan untuk membubarkan DUN kepada Yang Dipertua Negeri Melaka?

UMNO mahu apa sebenarnya di Melaka ini?

Logiknya, berikutan sudah hilang kuasa di Melaka itu, jika ingin berkuasa semula, mestilah perlu ada pilihanraya diadakan.

Namun, di sebalik saranan menangguhkan PRN, Sulaiman yang sudah hilang sokongan itu juga tidak sepatutnya dicadangkan untuk terus mentadbir negeri atas nama kerajaan sementara.

Dalam hal ini, meskipun beberapa pimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi, Najib Razak, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain telah tampil dengan saranan menangguhkan PRN Melaka itu, Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri dan Pengerusi MKN tidak seharusnya tunduk kepada kemahuan mereka.

Oleh kerana DUN telah diumum dibubarkan, walaupun proses paling munasabah sebenarnya ialah hanya menukar Ketua Menteri, PRN negeri harus diteruskan dengan pengundian mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran pada 4 Oktober.

Yang penting, MKN dan SPR harus menetapkan peraturan dan SOP khusus untuk berkempen dan pengundian dalam PRN Melaka ini.

Jika Ismail Sabri tunduk dengan mengikut saranan beberapa pemimpin UMNO yang mahu PRN ditangguhkan dengan mengisytiharkan darurat, ia bukan saja bermakna beliau tidak ubah seperti Mahiaddin Md Yasin yang mempergunakan darurat untuk kepentingan mengekalkan kuasa, malah lebih menunjukkan Perdana Menteri berada di bawah telunjuk Zahid Hamidi dan juga Najib.

Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri harus memperlihatkan dirinya bebas daripada pengaruh sesiapa.

Tambahan lagi, urusan PRN Melaka adalah urusan UMNO di bawah Zahid Hamidi dan bukan urusan kerajaan Keluarga Malaysia pimpinannya.

Kalau BN tidak menang pun di Melaka nanti, Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang akan lebih menanggung bebannya dan Ismail Sabri tidak boleh terkait apa-apa dengan kekalahan itu. – ShahbudinHusin 07/10/2021.

KAH..KAH...MENTERI TAK JAWAB- WOIIII...LEMAH ...LEMAH ...'Ini perbahasan RMK-12, bukan kelas membaca' - Hannah Yeoh


Ahli parlimen pembangkang mengkritik menteri dan timbalan menteri yang disifatkan terlalu bergantung dengan membaca skrip.

(2012) Anwar Ibrahim: Wang Haram Keluar Daripada Negara Kita, "Illicit F...

INI BERITA BETUL BETUL YA- BUKAN KISAH NAJIB TAK ADA AKAUN PANDORA PAPERS-INI BUKAN BERITA PELESU

 May be an image of text


BOB KELANANG


MAKIN PANAS RUPANYA KERTAS PANDORA NI…
Hebat
Malaysia ni... kecik jer saiz negara... tapi sampai boleh bungkus banyak bank dan institusi kerana kerjabuat Malaysia... hanya dengan 1MDB jer... cukup... boleh runtuh banyak institusi kewangan asing ni... dan duit 1MDB ni dah pusing berapa kali aaa seluruh dunia...
Hahaha...
Hebat
... sampaikan bila jumpa warga asing... depa xtau Malaysia... tapi bila citer 1MDB... boleh kata ramai yang tahu... satu pencapaian gak tu...
Ini Kertas Pandora la pulak... ramai yang boleh dan akan sangkut ni...
Hahaha...
Ramai yang akan tertumus atas lantai... ramai yang akan ditelanjangkan... hahaha ... hanya perlukan jejak kepada 'money trails jer'... jejak kewangan... jejak financial...
Hahaha…
Daim pun boleh kena cuit telurnya... hahaha... inikan pulak yang lain... silap-silap Dewa dan Dewata Raya punya nama pun boleh naik tercungget....
Hahaha…

PAS KATA RAKYAT MELAKA TAK MAHU PH KEMBALI. TAPI SATU KERUSI PUN TAK MENANG ...WOIIII....KAH...KAH



NOR AZIMAH RAZALI



Masa PRU14.. Rakyat Melaka tolak Pa$ 100%... 24 kerusi semua kalah 🤣🤣🤣🤣



 May be an image of 1 person, sitting and text that says "Gemilang DAILY Rakyat Melaka tak mahu PH kembali berkuasa, kata Pas 06/10/2021 8:00 PM 228 Shares SMS i"



YEHAAAA........DIA SALAH BUDJET

 

MUKHLIS EDY


Pendirian YB SELALU SEBUT babiii !!!

Bajet DUN tak bubar & boleh komplot dengan team lain. Sekali DUN bubar .....
DAN DAN keluaq ayat demi "Kepentingan Melayu" 😁....taktik lama daa..

May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "Sinar Harian SinarOnline @SinarOnline Norhizam dakwa bertindak demi kepentingan Melayu Translate Tweet premium.sinarharian.com.my premium.s Individu di sebalik jatuhnya dua kerajaan Melaka"








BERITA FITINAH- MEMANG MERAGUKAN...NAJIB KATA DIA TAK ADA AKAUN PUN-INI SEMUANYA PELESU-BOSSKU DAH POKAI MANA ADA...CUKAI JA BLOM BAYAR BERAPA JUTA KA...

 

Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib

Firdaus Azil
Pandora Papers: 'Saya tak ada akaun off-shore, nama saya tidak tersenarai' - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, nama beliau juga tidak pernah disenaraikan dalam Pandora Papers. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini nafi beliau memiliki akaun bank luar pesisir (off-shore) seperti yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, nama beliau juga tidak pernah disenaraikan dalam Pandora Papers.
Najib berkata, beliau difahamkan namanya terkait kerana firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB masa dahulu, adalah sebahagian dari gabungan firma guaman antarabangsa terkenal, yang kini terbabit dengan isu berkenaan.
“Saya pun jawab bahawa saya tidak pernah lantik atau pernah berhubung dengan sesiapa dari Wong & Co.
“Saya juga tunjukkan wartawan bahawa mahkamah juga telah sahkan lantikan Wong & Co dibuat oleh lembaga pengarah dan pengurusan Terengganu Investment Authority sebelum saya terlibat dan sebelum TIA ini diambil alih oleh kerajaan pusat apabila saya jadi PM,” katanya lagi.
Selain itu, Najib berkata, begitu juga dengan lantikan Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan semua firma-firma terkenal yang memberi perkhidmatan profesional, di mana ia dibuat masa TIA dan diteruskan perkhidmatan apabila TIA menjadi 1MDB.
“Saya mastermind 1MDB tapi yang bayar ganti rugi dan penalti berpuluh bilion ringgit adalah Goldman Sachs, KPMG, Ambank dan yang lain ke?.
“Nampaknya ramai hanya baca headline sahaja dan tersalah persepsi bahawa saya ada akaun bank off-shore yang didedahkan oleh Panama Papers,” katanya lagi.
Pandora Papers merupakan pendedahan yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), di mana beberapa figura penting negara dikatakan memiliki akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.
Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.
Panama Papers pula merupakan siri pendedahan aktiviti kewangan luar pesisir golongan elit dunia pada 2016, yang turut dilakukan oleh ICIJ.
Melalui senarai itu, sekitar 11.5 juta rekod kewangan ahli perniagaan, selebriti, bintang sukan serta pemimpin dunia, telah didedahkan kepada dunia.

ANWAR HENTAM SPEKER MENGENAI PANDORA PAPERS DALAM DEWAN


 

‘NO WAY’ BEKERJASAMA, HINANYA BERSATU DI MATA UMNO…..

 

Meskipun perlaksanaan ketetapan putus hubungan dan tiada kerjasama antara UMNO dengan Bersatu sepatutnya hanya berkuatkuasa apabila PRU15 diadakan, tetapi Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi nampaknya mahu ia lebih awal dikuatkuasakan.

Berdepan PRN Melaka yang bakal diadakan tidak lama lagi, beliau berkata, no way untuk UMNO bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihanraya tersebut.

“Saya minta maaf, no way,” katanya dengan tegas.

Seterusnya, Zahid Hamidi mahu melihat UMNO melalui PRN Melaka dan tanpa bekerjasama dengan Bersatu, partinya masih mampu bangkit dan menjadi pilihan pengundi.

Penegasan Zahid Hamidi ini dengan sendirinya memberi jawapan terhadap kenyataan beberapa pemimpin Bersatu sebelum ini yang masih berharap ada kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka.

Dengan itu, tidak perlu lagi bagi Bersatu terus terhegeh-hegeh mengharapkan kerjasama dengan UMNO.

Bersatu sebaiknya melupakan terus UMNO dan mula mengumpul kekuatan sendiri bersama parti-parti dalam gabungan PN sama ada untuk mendepani PRN Melaka ataupun PRU15.

Lebih daripada itu, penegasan Zahid Hamidi dengan jawapan “no way” itu adalah suatu penghinaan terang-terangan kepada Bersatu.

Bersatu seolah-olah begitu hina di mata UMNO dan Zahid Hamidi sehingga diberi jawapan kasar “no way” untuk bekerjasama, sedangkan mereka masih bersama-sama dalam kerajaan yang sekarang ditunjangi oleh UMNO

Dengan ini, masihkah lagi ada “way” untuk Bersatu terus bersama dalam kerajaan yang ada sekarang?

Tidak bimbangkah Bersatu dengan penghinaan lain yang bakal menyusul selepas ini daripada UMNO, maklumlah kerusi Perdana Menteri sudah ada dalam genggaman mereka? – ShahbudinHusin 07/10/2021.



SURAT GUGUR AHLI PARTI DAH DIBERIKAN SEMALAM. MAT JUGA TOLAK CALON TIM SPEKER











Surat rasmi pengguguran ahli parti kepada dua bekas ADUN UMNO Melaka

diberikan semalam - Ahmad Maslan


Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan umum tarik diri dari pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
9
Image