NAK BUAT MACAMANA. KALAH MENUNGGING TERUK NANTI. TENGAH BAWA KERETA PUN SANGGUP BERHENTI SEBAB NAK BAGI STATEMENT. KENAI SANGAT LAH. AKU BUKAN BARU DALAM BAB MENULIS DAN KEWARTAWANAN NI.KENA BERSEDIA PULAK KALAU PROBONO BERALIH ARAH DUDUK DIAM DIAM.OWHH LUPA..SUDAH ADA YANG BERGAJI KINI.

 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗕 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗛 - 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭

#Sebarkan 


1) 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗱𝗿 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗯𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗛𝘂𝘀𝗶𝗻. Saya sangat faham apa yg cuba beliau sampaikan sebab sudah berkali-kali saya kritik tentang PH yg tidak peduli akan kebajikan mahu pun peluang kpd penyokong-penyokong di SocMed yg setia bersama PH samada sewaktu jatuh atau bangun. 


2) Saya pernah mengkritik dalam artikel : 𝗦𝗜𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 : "𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜" 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡

Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=331159449778655&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz


3) Dato' Lokman Noor Adam dan Tuan Mohd Sayuti Omar II juga pernah mengkritik mengenai sikapMohd Sayuti Omar II tidak hiraukan akan Media parti dan Pengamal SocMed yg setia pada PH sejak dulu lagi tanpa lelah terus menyokong dan menyumbang usaha menyebarkan berita dan info tentang PH.


4) Sebaliknya 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 (𝗠𝗦𝗠) 𝘆𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔, 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗽𝗱 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗵𝗷 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 pula ditatang bagai minyak yg penuh. Baru-baru ini ada lah sedikit perubahan bila MenKom cuba melibatkan Media Perpaduan dlm mesyuarat Komunikasi Strategik Kerajaan MADANI.


5) Namun, hakikatnya memg begitu, pengamal Media . MSM kemain diberi layanan istimewa walhal di PRU15 dulu puak tu sokong PNyakau Nasional dan kutuk PH dan BN habis-habisan. Jujurnya sejak era Reformasi saya cukup benci dgn puak MSM ni sbb pada saya 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁, "𝘀𝗲𝗹𝗹𝗳𝗶𝘀𝗵", 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗼𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗹𝗮. Jika ada yg beretika dan menegakkan kebenaran kira sangat "𝗿𝗮𝗿𝗲" la.


6) 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗣𝗛-𝗕𝗡 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 (𝗠𝗦𝗠) akan bertempiaran lari dan menyokong pemenang? Lepastu 𝗣𝗛 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗴𝗲𝗵-𝗵𝗲𝗴𝗲𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝘆𝗴 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗢𝗡𝗢 dan tidak pernah diberikan apa-apa peluang pun.


- Zus Din 

18012024

**************

𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔


Apabila PH berjaya menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim akhirnya tertabal sebagai Perdana Menteri, terdapat dua kelompok yang paling gembira dengan kejayaan tersebut.


Pertama, pendokong media parti dan mereka yang aktif dalam media sosial, media bebas serta media alternatif yang tidak pernah sama sekali memisahkan diri mereka daripada PH dalam menempuhi krikil-kritil tajam semua fasa perjuangannya.


Kedua, orang-orang parti yang merasakan penat lelah, peluh dan darah mereka yang tercurah selama hampir 25 tahun ini terbalas juga akhirnya.


Tetapi, setelah PH berjaya mengetuai kerajaan perpaduan, apakah nasib kedua-dua golongan itu sekarang ini?


Untuk siri 1 ini, saya ingin menulis berkenaan nasib golongan yang pertama terlebih dahulu.


Amat menyedihkan sebenarnya apabila setelah setahun mengetuai kerajaan, masih kedengaran rungutan serta keluhan bahawa mereka yang menjaga hal ehwal komunikasi dalam kerajaan perpaduan ini lebih mengutamakan media arus perdana berbanding media parti, portal bebas dan media alternatif yang selama ini banyak berjasa kepada PH.


Banyak cerita-cerita tidak enak kedengaran tentang bagaimana media parti dan media bebas lain atau wakil mereka yang dihargai oleh kerajaan semasa ini.


Sebagai sebuah kerajaan, tidak salah untuk kerajaan pimpinan Anwar ini memberi ruang kepada media arus perdana, tetapi janganlah diketepikan sama sekali media kedua itu, tambahan lagi, media kedua tersebutlah yang selama ini menyokong dan menunjangi kekuatan PH sehingga beroleh kejayaan.


Dan janganlah juga media yang ditubuhkan atas nama kerajaan perpaduan turut diketepikan, sedangkan ia mewakili semua parti dalam kerajaan dan mempunyai pelbagai platform yang tidak kurang meluas sebarannya.


Dalam hal ini, penting untuk disedari oleh mereka yang sedang berkuasa atau menjaga media serta komunikasi bahawa media arus perdana bukanlah media yang setia – kesetiaan mereka boleh tertumpah kepada sesiapa saja yang menjadi kerajaan.


Hari ini mereka bersama PH adalah semata-mata kerana ia merupakan kerajaan yang sedang berkuasa.


Jika PH diumumkan kalah pada jam 11.00 malam di malam keputusan diumumkan pada PRU16 akan datang, seminit selepas itu, media arus perdana sudah pergi kepada tuan baru dan tidak lagi memandang kepada PH.


Hakikatnya, media arus perdana bukan saja tidak pernah menyokong perjuangan PH, malah seringkali ketika PH berada di blok pembangkang dahulu, kerja mereka ialah memberi laporan yang berat sebelah serta menyakitkan hati.


Tidak ingatkah PH berapa ramai pemimpin mereka menang saman fitnah terhadap media arus perdana sebelum ini?


Lagi pula, kalau mahu dikira berdasarkan berkembangnya dunia maya sekarang ini, media arus perdana semakin mengecil pembaca serta peminatnya.


Rakyat bukan saja tidak lagi membeli akhbar bercetak dan portal media arus perdana juga jauh lebih ketinggalan berbanding portal alternatif atau media bebas dari segi jumlah pembacanya, bahkan semakin ramai yang tidak lagi mempunyai peti televisyen di rumah.


Kalau ada pun televisyen, ia hanyalah untuk menonton netflix dan acara-acara sukan saja.


Tontonan utama rakyat ketika ini ialah saluran melalui telefon bimbit masing-masing.


Selain itu, rekod media arus perdana kalau dikira berdasarkan dua PRU yang lalu, mereka boleh dianggap media yang tidak membawa tuah kepada kerajaan.


Ketika PRU14, media arus perdana berpihak kepada BN, tetapi BN kalah pada pilihan raya tersebut.


Pada PRU15 lalu, media arus perdana bersama PN, tetapi PN akhirnya tidak cukup kerusi untuk mengekalkan kerajaan dan PH yang memperolehi kerusi terbanyak sekali.


Apakah PH tidak sedar siapa yang menyumbang kepada kejayaannya dan adakah dalam PRU16 akan datang, PH awal-awal lagi mahu menempa kekalahan dengan terlalu bergantung kepada media arus perdana dan mengenepikan media kedua?


Setelah menjadi kerajaan sekarang, adalah lebih baik jika Anwar dan mereka yang berkaitan di PMO atau Kementerian Komunikasi supaya sedia melakukan sedikit reformasi dalam gerakan komunikasi dengan menggabungkan media parti, media arus perdana, media bebas dan media alternatif dalam semua aktiviti dan penyebaran maklumat tentang kerajaan.


Jangan dilupakan mereka yang setia dan media berkaitan parti kerana media inilah nanti yang akan timbul dan tenggelam bersama PH dalam apa jua keadaan.


Media arus perdana sebaliknya hanya timbul bila PH timbul, tetapi bila PH tenggelam, mereka akan timbul bersama parti lain yang timbul sebagai kerajaan.


Dengan itu, berpada-pada dalam memberi manja, takut bila masa tenggelam nanti, toleh kiri toleh kanan, PH hanya tinggal sebatang kara. – ShahbudinHusin 23/12/2023.



BUAT MACAMANA ..DAH PILIH..










 Tindakan kerajaan Kelantan halau penduduk asal setinggan kampung Atas Paloh yg dah menetap selama lebih 80tahun menjadi malapetaka buat penyokong totok sejatinya. Tapi apakandaya, dah kalian yg pilih...sedih pun tak guna.


PKINK dapat hak milik tanah, kemudian halau penduduk bagi membina pangsapuri 420 unit 15 tingkat.


Pulau Pinang pun pernah ada kes yg serupa juga contohnya di Tg Tokong. Tapi 340 keluarga di beri rumah percuma berharga RM350k-RM500k/unit. 


Bukan itu saja, 24 penduduk setinggan di Kg Buah Pala di Pulau Pinang juga terima rumah teres 2 tingkat berharga RM500k dari kerajaan yg di perintah oleh cina DAP.


Cuba teka berapa pampasan yg di beri oleh kerajaan Kelantan yg di perintah oleh lebai isley Pas kepada 53 penduduk orang Melayu di kampung Atas Paloh, Kelantan ? 


Hanya RM1500 saja. Itu pun ada penduduk kampung ada yg berkata hanya terima RM1000 saja. 🥴



MIRZAN DIPANGGIL SPRM.ISTIHAR HARTA DALAM DAN LUAR NEGARA

 

Iswardy Morni



“Ia menghendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut,” kata SPRM dalam kenyataan.


Ia semakin dekat kepada. mader... 😎

BICARA SEORANG WALAUNTIT

 



Che Ibrahim


Ambo tak dapat nak bayang bagaimana seorang Muslim boleh memandang ringan isu hadis palsu sedangkan pelakunya diancam akan dihumban ke neraka??


Atau neraka jah pun????

WALAUN FAHAM NI 5.


 

WALAUN FAHAM NI 4


 

WALAUN FAHAM NI 3


 

WALAUN FAHAM NI 2


 

WALAUN FAHAM NI 1


 

VID PENDEK : BEKAS Setiausaha politik matsabu bebas rasuah. kenapa?

Selangor serap kos RM40 juta, kurangkan beban pelarasan tarif air



 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Kerajaan Selangor akan menanggung peningkatan kos bagi lebih satu juta rakyat susulan pelarasan tarif air mulai bulan depan meliputi 285,673 akaun yang merupakan penerima air percuma melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE).



Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu membolehkan setiap isi rumah yang menerima manfaat SADE sebelum ini sebanyak anggaran RM11.40 sebulan meningkat kepada RM13 sebulan.



"Kos tanggungan kerajaan negeri akan meningkat daripada RM31.8 juta kepada anggaran RM37.3 juta setahun.



"Kerajaan Negeri juga akan menanggung peningkatan bagi rumah-rumah ibadah dan rumah-rumah kebajikan di Selangor dengan anggaran kos sebanyak RM2 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.



Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan pelarasan tarif air di seluruh Semenanjung Malaysia serta Wilayah Persekutuan Labuan oleh bermula pada 1 Februari 2024.



Secara keseluruhan, kata Amirudin tanggungan kos kepada kerajaan negeri bagi pemberian air percuma melalui SADE dan penyerapan peningkatan tarif air bagi rumah ibadah dan rumah kebajikan adalah sebanyak anggaran RM40 juta setahun.

Jelasnya jumlah yang diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor 2024 bagi bantuan air percuma adalah mencukupi bagi manfaat dan kemaslahatan rakyat.



Kata Amirudin pelarasan tarif air pertama sejak 18 tahun lalu iaitu pada tahun 2006, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan termasuk SPAN dengan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kesan pelarasan tarif air kepada rakyat negeri Selangor.



Jelasnya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merupakan penyedia perkhidmatan bekalan air terbesar di negara ini yang menyampaikan air bersih kepada lebih 8 juta rakyat meliputi 2,661,743 akaun termasuk pengguna domestik serta bukan domestik yang merangkumi perusahaan kecil dan sederhana sehingga kepada perusahaan multinasional.



Jelas Amirudin susulan pelarasan tarif itu caj minimum bagi pengguna domestik akan beralih daripada RM6 kepada RM6.50.



"Bagi rumah yang menggunakan air hingga 20 meter padu (m3), kadar caj bagi setiap meter padu akan beralih sebanyak 8 sen iaitu kepada RM0.65 bermula daripada 0 meter padu sehingga 20 meter padu.



"Ini bermaksud bagi rumah yang menggunakan air 20 meter padu dan ke bawah setiap bulan, caj baharu akan meningkat maksimum sekitar RM1.60 sebulan," katanya.

Kata beliau kerajaan negeri berpendirian bahawa pelarasan ini akan menjamin kelangsungan dan membolehkan Air Selangor mengelakkan isu paip bocor serta paip pecah dengan menggandakan kadar penggantian paip usang daripada 150 kilometer (km) setahun kepada 300km setahun bermula tahun ini.



Tambahnya pembinaan loji rawatan air baharu akan diperkukuhkan bagi meningkatkan margin rizab air kepada 20 peratus menjelang tahun 2030 termasuk melipatgandakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan aset seperti paip baharu bagi kawasan yang mengalami tekanan air rendah.



"Tahap kualiti air yang disampaikan kepada rakyat dapat terus dikekalkan pada 99 peratus mengikut piawaian Kementerian Kesihatan dengan penambahan pemasangan online analyser untuk memantau kualiti air," katanya.



Kerajaan Negeri juga membuka peluang kepada rakyat negeri yang berpendapatan RM5,000 ke bawah dan ingin memohon untuk air percuma SADE untuk melayari laman web https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ bagi maklumat lanjut serta proses pemberian air percuma.

 

PANAS! Sanusi melengahkan mahkamah, SPRM tak siasat KSN, Henti kaitkan P...

Mengekang Jenayah Qazaf di Negeri Selangor


 

Oleh: Mohd Fauzi Fadzil



ULASAN: Laporan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menunjukkan bahawa terdapat 3,111 aduan mengenai kandungan yang dianggap sebagai berita palsu telah direkodkan bagi tempoh tahun 2020 hingga 31 Mei 2022.



Kebanyakan penyebaran berita palsu tersebut yang berbaur provokasi menggunakan platform atas talian ketika tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Antara berita palsu yang turut tersebar sehingga kini melibatkan kes qazaf, isu ini bukan sahaja menzalimi masyarakat biasa malah pemimpin negara turut dilibatkan dengan tuduhan yang jijik.



Perbezaan enakmen jenayah syariah



Majoriti fuqaha’ daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama dengan zina dari segi hukum, justeru secara definisi qazaf meliputi kesalahan menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_383b3b9f8d9e4bf3be755971ac85d91a~mv2.jpg/v1/fill/w_360,h_268,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_383b3b9f8d9e4bf3be755971ac85d91a~mv2.jpg

Mohd Fauzi Fadzil



Namun dalam konteks undang-undang syariah di Malaysia terdapat perbezaan antara negeri-negeri terkait enakmen jenayah syariah berkenaan qazaf, perbezaan ini wujud kerana setiap negeri mempunyai bidang kuasa tersendiri berkenaan undang-undang syariah memandangkan perkara yang berkaitan Agama Islam adalah tertakluk di bawah Senarai Negeri menurut Perlembagaan Persekutuan.

Jika dililihat secara terperinci berkenaan definisi qazaf dalam undang-undang jenayah syariah di setiap negeri, secara jelasnya hanya lima buah negeri sahaja yang memperakui kesalahan qazaf meliputi isu liwat.



Negeri Selangor adalah antara negeri yang memperuntukkan hukuman qazaf hanya merangkumi tuduhan zina (liwat tidak termasuk).



Kekurangan dalam peruntukkan undang-undang Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 menyebabkan ada pihak yang secara berani menyebarkan tuduhan qazaf yang berkaitan dengan liwat secara berleluasa kerana wujud kelompongan untuk mendakwa mereka di mahkamah syariah di Negeri Selangor.



Pinda Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah



Isu ini menjadi dilema terhadap tuduhan tidak berasas yang menimpa sesetengah pemimpin negara apabila mahkamah syariah selaku badan kehakiman terikat oleh undang-undang yang dikuatkuasakan.



Mahkamah Rayuan Selangor terpaksa bersetuju dengan tafsiran qazaf yang hanya terhad untuk pertuduhan zina sahaja berdasarkan enakmen negeri. Namun Mahkamah Rayuan Selangor membuat pengiktirafan kehakiman bahawa zaman mutakhir ini semakin banyak berlakunya perbuatan menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat.



Maka sudah tiba masanya pemerintah dan badan perundangan Negeri Selangor meminda Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 bagi membolehkan seseorang yang menuduh orang lain melakukan perbuatan liwat dituduh di mahkamah syariah.



Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Selangor turut bersetuju dengan pandangan tersebut malah isu ini telah diangkat di dalam Muktamar Nasional (MUKNAS) WADAH ke-17 pada 8-10 Disember 2023 bertempat di The Everly Putrajaya - UKM Bangi.



Usul yang diangkat supaya budaya fitnah dan qazaf dibendung dengan memperketatkan undang-undang telah dipersetujui oleh para perwakilan WADAH dari seluruh negara.



Malah muktamar tersebut bersetuju untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji sebuah cadangan untuk diangkat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi menyelaraskan undang-undang jenayah syariah berkaitan kesalahan qazaf.



WADAH Selangor dalam isu ini menyokong penuh cadangan tersebut dan berharap jenayah qazaf dapat dibendung secara berkesan di Negeri Selangor Darul Ehsan.

_____________________________________________________________________________

Penulis merupakan Penolong Setiausaha Negeri Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Selangor Darul Ehsan

 

[panas] KERAJAAN KEJAM DAN ZALIM? APA SUDAH BERLAKU MARI DENGAR!




Semua negeri tadbiran Perikatan Nasional (PN) telah menyokong kenaikan tarif air yang akan berkuatkuasa mulai 1 Februari. Bahkan ke empat-empat negeri di bawah Pas inilah yang paling banyak berdepan dengan masalah air dan memerlukan kenaikan tarif bagi membolehkan syarikat pengurusan air mereka beroperasi dengan baik. Kenaikan tarif air diketengahkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini. Sumber Video/Berita FB Lokman Adam https://harapandaily.com/2024/01/17/s...





[mengejutkan] TERBONGKAR RATUSAN JUTA! RAJA PETRA "PMX ANWAR TERLALU KUAT!"




Ketika SPRM menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin, satu dokumen yang bocor mendedahkan bahawa keluarga Daim Zainuddin adalah pemilik satu lagi aset pegangan amanah luar pesisir tersembunyi yang nilainya ratusan juta ringgit. Dokumen yang diperoleh Konsortium Kewartawanan Penyiasatan (ICIJ) dan dikongsi dengan Malaysiakini, menunjukkan badan amanah yang ditubuhkan atas nama isteri bekas menteri kewangan itu Naimah Khalid dan dua anak lelakinya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin. ============================================================================================ Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin tampil menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim terlalu kuat untuk dijatuhkan. Dia juga berulang kali berkata, Langkah Dubai yang digerakkan pihak pembangkang bagi menjatuhkan Kerajaan Madani sebagai gagal. “Anwar tidak boleh dijatuhkan. “Langkah Dubai gagal walaupun mereka kata ada angka, dikatakan 120 ahli Parlimen (menyokong)… akan bertambah, naik lagi lebih 120… “Langkah Dubai memang ada tetapi gagal. Usaha untuk menjatuhkan Anwar tidak berjaya. “Memang ada usaha (menjatuhkan) tetapi tidak berjaya.” katanya menerusi rakaman video yang tular di media sosial. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/01/18/d... 2. https://harapandaily.com/2024/01/18/a...




SIRI 2 - PARTI JADI KERAJAAN, TAPI PEGAWAI KERAJAAN JADI TUAN


Sebelum ini saya ada menulis sebuah artikel berkenaan dua golongan yang sepatutnya gembira bila PH berjaya menjadi kerajaan, tetapi hakikat yang berlaku tidak sedemikian adanya.


Dalam siri 1 artikel berkenaan, golongan pertama yang tidak dihargai itu ialah pendokong media parti dan mereka yang aktif dalam media sosial, media bebas serta media alternatif yang sentiasa bersimpati dan tidak pernah sama sekali memisahkan diri mereka daripada PH dalam menempuhi krikil-kritil tajam di semua fasa perjuangannya sejak dulu hinggalah sekarang.


Artikel penuhnya boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/12/23/siri-1-media-arus-perdana-media-yang-tak-setia.html


Kali ini, sebagai sambungan untuk siri 2, saya ingin menyentuh pula nasib golongan kedua yang juga tidak begitu dihargai setelah PH menjadi kerajaan iaitu orang-orang parti, khususnya PKR yang bermandi peluh, keringat dan darah selama hampir 25 tahun menatang ghairah perjuangan yang tidak pernah padam untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.


Bulan-bulan awal Anwar menjadi Perdana Menteri memang dapat dilihat kegembiraan yang bukan kepalang di kalangan orang PH, khususnya PKR.


Tetapi kegembiraan itu kemudian perlahan-lahan bertukar menjadi cerita duka lara kerana kalau di zaman Nabi dahulu, ada harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagi selepas kemenangan diperolehi, tetapi kini ramai yang mengeluh lantaran seperti ternampak tiada sama sekali peluang untuk merasai apa itu nikmat menjadi kerajaan.


Dalam banyak keadaan, terutama di kementerian-kementerian, kebanyakan menteri dikatakan sama ada enggan menggunakan kuasa atau tidak tahu menggunakan kuasa, mereka sebaliknya menyerahkan banyak perkara kepada pegawai-pegawai kerajaan menentukannya.


Bukan saja soal projek dan peluang perniagaan hampir diserahkan sepenuhnya mandat kepada pegawai kerajaan membuat keputusan, bahkan dalam soal kecil seperti memohon pertukaran kakitangan kerajaan dan masuk sekolah pun diserahkan kepada mereka kuasa penentuannya.


Ramai yang mengadu, selain sebahagian mereka yang berjawatan makin sukar dihubungi dan tentulah lagi sukar ditemui, jawapan yang sering diterima apabila berpeluang bercakap atau meminta tolong ialah – ohh, itu kuasa pegawai kerajaan.


Tidak seperti era BN atau PN di mana kuasa politik itu sering tidak menghampakan orang-orang parti yang meminta pertolongan, di zaman PH menerajui kerajaan ini seolah-olah menteri, timbalan menteri dan segala macam pegawai keliling menteri di kementerian-kementerian tiada kuasa sedemikian rupa.


Sudahlah lantikan-lantikan politik dalam pelbagai agensi dan GLC yang sepatutnya diberi kepada orang politik tidak dilakukan dengan sewajarnya, sebaliknya diberi kepada golongan profesional atau penjawat awam, lebih malang lagi kuasa yang patut dipegang dan dimanfaat oleh pemimpin politik pun diserahkan kepada pegawai kerajaan juga.


Terbaru yang menjadi kebimbangan ialah Ketua Pengarah J-Kom, sebuah agensi yang berperanan untuk politik menjadi perkhabaran yang meluas akan diserahkan kepada pegawai kerajaan untuk menerajuinya.


Meskipun Zahid Hamidi meletakkan sepenuhnya orang politik daripada UMNO mengetuai GLC dan agensi di bawah kementerian yang diterajuinya, menteri-menteri PH dan PKR terlihat masih tidak sedia berbuat demikian.


Saya tidak pasti sama ada PH ini sedar atau tidak bahawa perumpamaan paling mudah adalah begini – kalau kerajaan itu umpama sebuah kereta, pemimpin politik yang mengetuai kementerian adalah pemegang sterengnya, manakala kakitangan awam adalah enjinnya.


Sebagai pemegang stereng, pemimpin politik sepatutnya tahu ke mana destinasi hendak dituju dan apa yang harus dilakukan dalam memastikan kenderaan yang dipandu berjaya sampai ke destinasi yang dituju dengan sempurna.


Di sinilah pentingnya kuasa digunakan dan bukankah ketika berkempen dalam pilihan raya dahulu, perkara yang sering diminta ialah agar diberi kuasa?


Kenapa setelah beroleh kuasa, ia hendak diserahkan pula kepada pegawai kerajaan?


Tidakkah mereka sedar bahawa yang perlu berhadapan dengan rakyat atau pengundi setiap lima tahun sekali bila diadakan pilihan raya ialah parti dan orang politik, bukan kakitangan kerajaan?


Pegawai kerajaan tidak berdepan pahit getir berkempen dalam pilihan raya, malah mereka boleh saja pergi bercuti ke luar negara sepanjang musim kempen diadakan.


Penting juga untuk disedari, dalam PRU yang lalu, undi pegawai kerajaan bukan pun memihak kepada PH atau BN, tetapi kepada gabungan lain yang kini menjadi pembangkang.


Lagi pun, sistem demokrasi kita, parti yang perlumenguasai kerajaan, bukan orang parti harus mengalah kepada pegawai kerajaan.


Bila orang parti diberi kedudukan, jawatan, senang mendapat peluang perniagaan dan mempunyai ekonomi yang kukuh, yang untung akhirnya ialah parti juga kerana politik ini seperti candu – lagi berduit, lagi banyak mereka sedia berbelanja untuk parti.


Kalau orang parti sengsara dan tidur pun berselimutkan air mata duka, manakala kuasa diserahkan kepada pegawai kerajaan yang dijadikan tuan, siapa yang mahu menolong parti ketika pilihan raya diadakan?


Bersama ketiadaan peluang memperbaiki kehidupan walaupun setelah parti menjadi kerajaan, kesan paling buruk dalam jangka panjang yang barangkali tidak begitu disedari ialah ia secara langsung membunuh minat generasi muda, khususya anak-anak pemimpin sendiri untuk menyertai parti.


Mereka akan berfikir, kalau ibu bapa mereka pun kekal susah walau siang malam berjuang untuk parti, apa manfaatnya jika mereka menyambung perjuangan dan menjadi ahli?


Secara khusus, kalau semua ini tidak segera diubah dan ditangani, selagi ada Anwar, barangkali aura beliau bolehlah terus dijual untuk kesinambungan perjuangan, namun bagaimana keadaannya setelah ketiadaan beliau nanti? – ShahbudinHusin 18/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/18/siri-2-parti-jadi-kerajaan-tapi-pegawai-kerajaan-jadi-tuan.html



𝗣𝗔$ 𝗣𝗡𝗚𝗔𝗡𝗨𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥𝗜 - 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗨




SUDAH lama saya menulis agar masyararakat sedar siapa PA$ era Eddy Weng. 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗸 𝟭𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟴 lagi saya dok bercakap tentang 𝗣𝗔$ 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥𝗜 malah tahun 𝟮𝟬𝟭𝟱 pun saya sudah dapat melihat, mengesan yg PA$ mulai JELAS meninggalkan Manhaj Politik ATGNA dan AUFN. 


Mengkafirkan org menjadi kebiasaan bagi 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗡 ini. Bermula 2015 saya dikafirkan oleh puak-puak PA$ ini setiap kali berhujah dgn mereka. 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗵𝘂𝗷𝗮𝗵, 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗴𝗲𝗺𝗮𝗿, 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗲𝗻𝗷𝗼𝘆 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗲𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗙𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝘀𝗮𝘆𝗮. Sehingga ke hari ini, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 "𝗺𝗮𝗻𝗴𝗹𝗶" 𝗮𝘁𝗮𝘂 "𝗶𝗺𝗺𝘂𝗻𝗲" dengan segala cercaan dan 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗞𝗙𝗜𝗥 mereka. Tapi saya berazam mahu menyedarkan masyarakat. InsyaAllah.


𝗦𝗘𝗝𝗔𝗞 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 kerana saya merasakan tulisan biasa tanpa "hentakan" ke kepala hotak walaun & untit yg tidak faham tradisi ilmu dan adab berbahas tidak akan ada impak. Memg benar, 𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂-𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗵𝗶𝗸 𝗣𝗔$ dan mereka kerumun memaki hamun saya, sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. Mereka ejek2 kunun tulisan saya sampah, tapi mereka marah?? Ironi bukan? Klau benar sampah, ignore je lah.


Jika itu natijahnya kerana usaha saya menyedarkan masyarakat. 𝗦𝗢 𝗕𝗘 𝗜𝗧...!! Terkadang 𝗦𝗜𝗟𝗔𝗣 𝗳𝗼𝗿𝘄𝗮𝗿𝗱 kpd Menteri Agama dan saya memohon maaf kerana bahasa saya yg keras 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔. 😅


Masa tu org tak jadikan ia isu. Hari ni anda boleh lihat 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨𝗪 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨 𝗣𝗡𝗴𝗮𝗻𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗔$. 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 yg mesti ditentang dan dilawan habis-habisan.


- Zus Din 

17012024



KALAU ZAMAN TOK GURU NIK AZIZ IYA... KALAU SEKARANG MEMANG BANGSA ASING MENYAMPAH DENGAN KELAKUAN KAMU

 

Learry Jabul


Selamat mencuba laaa... Tapi yang pasti dewan Himpunan penyokong pas akan bagi sokongan penuh, mustahil mereka menentang pas kot... Hahaha... Tapi selain dari itu Jangan mimpi laaa!!! Ahli Pas nihh mana pernah hormat n jaga perasaan orang bukan islam... Masa pilihanraya tempoh hari, presiden Gerakan pun mereka halang dari naik pentas.... sedangkn gerakan adalah komponen PN. Silap2 presiden Gerakan pun sendiri tak akan sokong pas kot... Sebab itu pemimpin n ahli pas memang tak pernah pakai otak dalam menjaga perasaan orang lain...

(EJAAN TELAH DIBETULKAN) 





WOIIII LAMA NGAT NAK CUKUP JOOMMMLAH


 

DOSA BESAQ NI.. BAIK HANGLA GANTI NA DIA TU.. DIA DOK KEDAI KOPI BOLEH LA SEMBANG


 

HAH.. KALUT APA... MASA SOH MOHON MAAF ATAS KESILAPAN FAKTA.. TAK MAU.. HADAP LA SAMAN.


 

PENANG PULOH TAHUN DAH AIR BERSIH. SEMBANG APA. WALAU KATA MACAM MACAM AMBIK AIR KEDAH LA...BAIK LAGI DARI KEDARAH AIR SELUT


 

TAKSUB AKAN MENYEBABKAN JADI BODO DAN TAK RASIONAL.


 

MANA BOLEH KAWAN DENGAN KAPIAQ. KAMI ISLAM


 Maksudnya mahu sokongan “kapir”… kan?




RAMAI AKAN NAIK TURUN MAHKAMAH DI TAHUN 2024.SANUSI,RADZI JIDIN, MUHYIDDIN, DAIM DAN RAMAI LAGI


DKH-KD-HARON


 *MEREKA MENUNGGU UNTUK TURUN NAIK MAHKAMAH, TAHUN 2024 HINGGA PRU16 BAKAL PERLIHATKAN SIAPA SEBENARNYA PENYAKAU PERASUAH DAN PENGKHIANAT NASIONAL MELAYU ISLAM SEJATI*