LIVE FROM KUALA LUMPUR- A DAY BEFORE BERSIH RALLY

Bersih Cabar Keputusan Putrajaya, Minta Mahkamah Batal Pengharaman

KUALA LUMPUR 8 JULAI : Sekretariat Bersih 2.0 hari ini memfailkan permohonan mencabar keputusan Putrajaya mengisytiharkan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai haram, yang dikuatkuasakan sejak 1 Julai lalu.

Permohonan difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam tuntutan itu, yang dibuat ke atas Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, plaintif meminta kebenaran untuk memohon semakan kehakiman bagi lapan relif.

Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia disenaraikan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Permohonan dibuat oleh Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga (gambar) dan 13 ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu.

Mereka ialah Dr Ahmad Farouk Musa, S. Arul Prakkash, K. Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, S. Subramaniam, Datuk Dr Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.

Relif-relif yang dipohon termasuklah:

• Perintah certiorari untuk memasukkan perintah bertarikh 1 Julai, yang dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 oleh responden pertama iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkan pergerakan Bersih 2.0 sebagai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang ke Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan serta-merta

• Satu deklarasi bahawa perintah tersebut adalah tidak sah dan terbatal dan tidak berkesan

• Perintah larangan terhadap responden-respoden pertama dan kedua dan setiap satu daripada mereka yang melarang responden-responden pertama dan kedua tersebut dan setiap satu daripada mereka dan melalui pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen masing-masing dan semua individu yang bertindak di bawah kuasa dan arahan masing-masing daripada memasuki semua atau mana-mana premis, menggeledah dan menyita serta menahan semua atau mana-mana harta atau barang pemohon

• Perintah mandamus terhadap responden-responden pertama dan/atau kedua untuk memaksa responden pertama dan atau kedua, dan setiap satu daripada mereka untuk membebaskan atau memulangkan kepada pemohon-pemohon kesemua kemeja-T, plakad, akhbar, buku, pekeliling, representasi bergambar, terbitan berkala, risalah, poster, perisytiharan, akaun, cogan, senarai ahli, mohor, lambang, jata atau apa-apa lagi dokumen atau penulisan atau objek sekali pun yang mengandungi logo dan perkataan Bersih 2.0 kepunyaan pemohon dan setiap satu daripada mereka yang telah disita.

Mengikut permohonan yang dibuat hari ini, plaintif juga meminta agar perintah pengharaman digantung sementara menunggu perbicaraan dan pelupusan permohonan untuk semakan kehakiman ini.

(function() { var d = document, w = window; w

ADAKAH KINI RAKYAT TELAH MELAKUKAN PENENTANGAN SECARA TERBUKA TERHADAP #KERAJAAN GAGAL.

  Beberapa simptom telah kelihatan. Rakyat menyatakan rasa tidak puas hati di sana sini. Kebanyakannya dicetuskan oleh golongan muda, lelaki...