HEP dan AUKU: Candu pembodohan mahasiswa


m_uuca-tmi
Mahasiswa merupakan satu entiti dalam sebuah masyarakat sivil yang tidak sepatutnya dikekang suaranya, dirantai pemikirannya dan dilumpuhkan aksinya. Sebaliknya mahasiswa harus dibiarkan bebas beridea, mengkritik malah menyuarakan pendapat mereka secara bebas.

Hari ini kita dapat menyaksikan bahawa AUKU 1974 atau nama penuhnya Akta Universiti Kolej Universiti merupakan satu akta yang sekian lamanya membelenggu mahasiswa dari menjadi seorang yang kritis dan kritikal. Kewujudan HEP yang lahir sejak akta ini diluluskan sedikit sebanyak menghalang aktivisme mahasiswa yang kritis dan kritikal.

Dahulu sebelum tahun 1974 mahasiswa sering berada di jalanan. Mereka bersuara demi kebajikan masyarakat. Sejarah membuktikan bagaimana Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memperjuangkan nasib penduduk Baling yang dihimpit kemiskinan, mahasiswa memperjuangkan nasib penduduk Teluk Gong yang dirampas tanah mereka oleh pihak yang tidak berhati perut. Mahasiswa turun ke jalan raya, berdemostrasi menuntut kerajaan supaya berfikir dengan waras dan berhati perut.

Rentetan dari peristiwa demonstrasi mahasiswa ini, kerajaan telah menubuhkan satu akta yang menyekat aksi dan idea mahasiswa dan akta itu ialah AUKU 1974. Penubuhan akta ini mengakibatkan perubahan struktur pentadbiran universiti. Dahulunya kebajikan hal  ehwal pelajar diuruskan oleh persatuan mahasiswa yang dipilih oleh mahasiswa digantikan oleh badan Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Badan HEP inilah yang menjadi pendokong kepada AUKU yang menyekat idea serta aksi mahasiswa yang sebelum ini bergelut dengan masalah masyarakat dan rencam permasalahan sosial Negara ini. Sesiapa bersuara akan diancam, siapa yang beridea lain dari acuan kerajaan dianggap ancaman, siapa yang kritis dan kritikal dianggap subversif dan mengancam keamanan.

Akta (AUKU) ini seringkali dikaitkan sebagai satu usaha murni kerajaan untuk memudahkan mahasiswa. Semenjak kewujudan badan HEP mahasiswa tidak lagi perlu risau akan kebajikan mereka. Jika dahulunya kebajikan mahasiswa diuruskan oleh mahasiswa, kini badan HEP yang menguruskannya. Apabila mahasiswa kritis dan kritikal menyuarakan permasalahan masyarakat akan dituduh sebagai pembangkang yang subversif dan mengancam keamanan.

HEP mencandukan mahasiswa dengan idea bahawa universiti adalah hanya tempat menuntut ilmu bukanlah tempat untuk berpolitik dan memikirkan masalah masyarakat. Ini amat bertentangan dengan konsep universiti sebagai gedung ilmu. Apakah ertinya jika ilmu yang diterima di universiti tidak dapat diaplikasikan? Bukan sahaja mahasiswa, malah pensyarah turut dikunci mulutnya dan dirantai idea-idea mereka.

Kesimpulannya, kewujudan AUKU 1974 dan badan HEP adalah projek pembodohan tirani  yang menyekat idea serta suara mahasiswa. Bukanlah akta ini mahu memudahkan mahasiswa serta mengekang mahasiswa menyertai pembangkang dengan alasan mahasiswa tugasnya hanya belajar bukan berpolitik. Ini adalah candu yang diberikan kepada mahasiswa agar khayal di dalam dunia ekslusif mereka, belajar di dalam dewan berhawa dingin serta biasiswa yang lumayan tanpa memikirkan masalah masyarakat.

Sebenarnya AUKU dan HEP adalah projek pembodohan yang menghalang mahasiswa dari kritis dan kritikal membahaskan polisi kerajaan dan turun menentang penindasan. Sebenarnya mereka bukan takut mahasiswa menyertai parti pembangkang tetapi mereka mahu membunuh sikap kritis dan kritikal mahasiswa yang seringkali berlainan pendapat.

Hasilnya mahasiswa menjadi “pak angguk” yang takut bersuara secara kritis dan kritikal, mahasiswa menjadi mandom (baca lesu), tidak progressif malah takut untuk berfikir melampaui kotak serta menelan segala apa yg dimuntahkan oleh pensyarah di universiti tanpa usul periksa dan ragu ragu.

Hari ini masih ada mahasiswa yang lantang bersuara dan lantang menyuarakan keperitan masyarakat, tetapi sekali lagi AUKU dan HEP mahu mencantas mereka ini. Jumaat ini 8 orang mahasiswa dari Universiti Malaya  iaitu Fahmi Zainol yang merupakan presiden PMUM (Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya), Khairol Najib Hashim presiden PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya), Safwan Shamsuddin pengerusi Pro M UM (Pro Mahasiswa Universiti Malaya), Yu Sheng Long ahli PMUM, Adam Fistival Wifrid ahli PMUM, Abraham ahli PMUM, Syamimi Munira Mohamed ahli PMUM dan Khairul Anwar ahli PMUM akan dikenakan tindakan tatatertib dan dihadapkan ke mahkamah universiti kerana membawa masuk Anwar Ibrahim untuk berucap di Universiti Malaya baru-baru ini. Mereka juga berjuang mempertahankan Kampung Chubadak Tambahan yang dirampas tanah mereka baru-baru ini.

Adakah ini tidak membunuh generasi yang kritkal dan kritis? Adakah ini tidak membunuh pelapis kepimpinan Negara? Mereka ini adalah mahasiswa yang lantang ke depan mendepani isu rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Adakah kita rela universiti terus dikongkong AUKU dan HEP dengan usahanya yang mengekang idea dan suara mahasiswa? Mahasiswa adalah tulang belakang dan pelapis kepada kepimpinan Negara.

Pemimpin datang dan pergi. Apakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang penakut serta tidak kritis dan kritikal ideanya? Di manakah hala tuju pendidikan Negara? Suarakan pendapat kalian dan sokonglah perjuangan mahasiswa bagi membentuk sebuah masyarakat sivil.


**Muhammad Ashraf adalah mahasiswa dan aktivis di Kelab Bangsar Utama (KBU)


Anwar Ibrahim: Pidato Umum Di Universiti Malaya


PasMa bukan untuk menjatuhkan sesiapa - Datuk Pahrolrazi

PasMa bukan untuk menjatuhkan sesiapa - Datuk Pahrolrazi


Saya datang mencelah dan menyibuk merakamkan perbualan ini sewaktu Datuk Pahrolrazi sedang ditemubual oleh dua wartawan berkenaan...

Maaflah sebab rakan pun paki hnphone ajer...dan skrip soalan dari wartawan pun tidak berapa jelas pada rakaman.Pakaq tu adalah panggilan mesra fotojurnalis  ZAINULFAQAR. Berikut adalah transkripnya. 

Wartawan Sinar : ….. PasMa ini wujud atas dasar cuba untuk ….err orang kata nak menjatuhkan seseorang; benarkah dakwaan-dakwaan ini?

Pahrolrazi : Sebenarnya dakwan itu tidak betul, gagasan PasMa sebenarnya ialah menjadi saluran untuk atau pun flatform untuk penyokong-penyokong. Jadi mungkin mereka lihat dalam program-program kita terdapat kritikan dan sebagainya , jadi mereka lihat kita ini untuk menjatuhkan pimpinan. Dah banyak kali saya tegaskan , kedudukan pimpinan parti politik, tidak boleh ditentukan oleh PasMa; kerada PasMa berada di luar parti politik. Yang menentukan kepimpinan parti politik ialah perwakilan mereka. Jadi sebenarnya itu lebih satu andaian sahaja.Saya fikir tidak betul andaian itu… 

Pakaq : Pilihanraya yang akan datang ini, sebagai NGO yang kuat menyokong Pakatan Rakyat, berapakan sasaran penyertaan sukarelawan PasMa?

Pahrolrazi : Kita harap kita mencapai satu jumlah yang besar, yang saya kata tadi, kita ada penyokong hampir 4 juta.Penyokong ada 3.7 juta. Kita harap satu jumlah yang besarlah, kita harap kalau boleh lebih dari 1juta ahli yang menyertai PasMa, kerana PasMa ini satu pertubuhan yang tidak ketat, longgar. Dia tidak ada ikatan, tidak ada disiplin yang begitu ketat kepada ahli dia.

Pakaq : (tidak jelas) 

Pahrolrazi : Saya…Kita nak bawa kepada satu perbincangan …iaitu … Pakatan Rakyat perlu menjadi sebuah pertubuhan yang ada pemimpin dan membuka kepada parti politik menyertai. Dengan cara itu kita dapat sokongan yang lebih macam …bukan sahaja PSM, parti politik di Sabah, Sarawak …supaya boleh juga menjadi ahli dalam Pakatan Rakyat sebenarnya. Jadi patut kita meluaskan lagi . Tidak terhad kepada 3 sahaja parti politik.Itu pandangan dari kita lah….

Pakaq : Pilihan Raya Negeri Sarawak dijadualkan paling lewat pada Jun tahun depan. Adakah PasMa melebarkan sayap NGO ke Sabah atau Sarawak sebagai persiapan mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan? 

Pahrolrazi : Kita belum lagilah Sabah dan Sarawak…sebab di Semenanjung pun ada negeri yang belum lagi … permintaan sudah ada untuk pergi ke Sabah, Sarawak…Jadi kalau sudah ada organisasi yang kita wujudkan di Sabah, Sarawak , mungkin mereka mula main peranan menyokong Pakatan Rakyat. 

Pakaq : (tidak jelas) 

Pahrolrazi : Bagi kami tidak ada apa-apa halangan untuk menyokong. Yang pentingnya, Pakatan Rakyat lebih kukuh. Lebih kukuh dan dapat menyakinkan rakyat untuk menjadi satu pilihan kepada rakyat. Itu sebenarnya ..(tak jelas) hasrat kita lah…

TKasih kepada Y. ZAINULFAQAR Fotojurnalis P.Pinang