DAP KELUAR PH… PH, BN & PAS BERGABUNG?

Norman



.

Dap nak keluar dari Pakatan Harapan atau kerajaan? Untuk saya sekadar ugutan sebab PMX dilihat banyak tolong Melayu. Berani kah mereka ut kembali ke era 70 & 80an??? 

Mengarutlah tambah Dap bukan lagi di era Lim Guang Eng yg dilihat sebagai ultra Cina.


Jika benar ok saja sebab tidak mustahil berlaku kerjasama PH, BN dan PAS. Nanti berebut kawasan Melayu! No la PAS ambil luar bandar seperti sekarang, BN ambil tempat Bersatu dan semi urban… Semi urban & urban bagi PKR & Amanah. 


Kawasan Cina bagi je dkt MCA dan PKR… Sabah & Sarawak confirm bersama kerajaan yang ada PH dan BN dan sekaligus boleh terima PAS… apa nak pening2 or dipanik sangat ini?


Dlm politik ini sgt dinamik.. tiada yg mustahil. Pas kata UMNO kafir, Umno kata Pas sesat, Umno say no to Anwar, Pas anti Dap, Dap takut Pas tapi semuanya pernah bergabung. 


Teengok di Sabah… No parti Malaya.. akhirnya bentuk kerajaan negeri ada parti Malaya. Tiba2 Syafie bila kalah kata kami bukan anti Malaya. Cakap org politik ini hanya mencari apa jenis ‘perniagaan’ yang laku dijual.


Politik hanya perlu seni politik. Politik bukannya seni pertembungan tetapi seni perundingan dan diplomasi.


Gambar sekadar hiasan




OWHHH. TAK SALAH FAHAM..


 Che Ibrahim


Lie, ambo tak salah faham dah, memang dia olang tatak suka sama Pas, sorry lie ya, kita masih kawan, cuma tak boleh joint PN, manyak ssusah oooo.




TAK BERLAKU KETIKA PAS JADI KERAJAAN...HANYA OANDAI BERDEGAR DEGAR DALAM DEWAN..TAPI KIOK. SATU HAOA PUN TARAK.



 Tak berlaku di zaman PAS dalam kerajaan. Sebaliknya berlaku selepas PAS jadi pembangkang. Pelik sangat bila parti yang mendakwa 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 tak mampu untuk laraskan polisi supaya lebih mesra muslim ketika ada kuasa.



Masa jadi kerajaan dulu lebai sibuk buat apa agaknya ya? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MISKIN TEGAR


 

PEMUJA RASUAH

 


MANFAATKAN KESTABILAN NEGARA UNTUK MEMAJUKAN NEGARA

 


KERAJAAN SILIH BERGANTI..TAPI KEMUDAHAN TIDAK BERGANTI.

 


TAHNIAH SPRM

 


AMAT MENGAIBKAN JIKA MCA MASIH MAHU KEKAL BERSAMA BN



8 December 2025


Saranan paling mudah untuk MCA ketika ini ialah mereka tidak perlu berlengah lagi untuk segera keluar daripada BN.


Di sebalik ancaman Wee Ka Siong bahawa MCA tidak akan teragak-agak keluar BN jika gabungan itu cenderung untuk bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya pada PRU16 akan datang, kenyataan balas Ahli MT UMNO, Dr Puad Zarkashi sudah boleh dianggap jawapan yang tidak perlu diragui lagi.


Dalam kenyataannya, Dr Puad berkata, MCA tidak perlu mencari alasan dan menunggu sehingga tarikh PRU16 diadakan baru hendak keluar BN.


Beliau malah mencabar MCA agar keluar sekarang juga daripada BN kerana katanya, gabungan itu memang berhasrat untuk bekerjasama dengan PH, termasuk DAP pada PRU16 akan datang.


Sesungguhnya, kenyataan Dr Puad itu adalah suatu cabaran yang mengaibkan jika ia tidak disahut oleh MCA.


Meskipun tarikh PRU16 akan tiba kira-kira dua tahun daripada sekarang, tetapi adalah jelas UMNO dan BN mulai sekarang lagi lebih memilih untuk bersama DAP berbanding MCA.


Ertinya, UMNO dan BN lebih menyayangi DAP daripada MCA yang sudah puluhan tahun bersama gabungan itu.


Sekarang ini, terutama apabila kenyataan Dr Puad itu tidak disanggah oleh pucuk pimpinan UMNO dan BN, dengan sendirinya bermakna ia adalah pengakuan yang sah dan benar.


Hakikatnya, UMNO dalam mendepani PRU16 akan datang terlihat sudah bersedia untuk mempromosikan jenama baru “UMDAP” kepada pengundi-pengundi di negara ini.


Dengan itu, MCA tidak perlu menunggu lebih lama untuk kekal dalam BN.


Amat memalu serta mengaibkan jika MCA masih mahu kekal bersama BN dalam keadaan terang-terang DAP lebih disayangi oleh gabungan itu.


Pucuk pimpinan MCA mesti berani membuat keputusan untuk keluar daripada BN, sama sebagaimana beraninya seorang Ahli MT UMNO membuat pengakuan akan tetap bekerjasama dengan PH, termasuk DAP pada PRU akan datang.


Jangan berlengah lagi dan jangan tunggu sehingga dekat tarikh PRU16 baru hendak berbuat demikian.


Setelah keluar BN, tidak semestinya MCA perlu menyertai PN.


MCA boleh bergerak secara solo, tetapi hanya perlu menjalin kerjasama dengan PN agar di mana parti itu bertanding, PN tidak meletakkan calonnya di situ.


Ia sama seperti parti Muda bekerjasama dengan PH pada PRU yang lepas.


Dengan cara itu, disertai dengan penolakan pengundi Cina yang makin ketara kepada DAP seperti ditunjukkan pada PRN Sabah, potensi MCA memenangi banyak kerusi adalah amat cerah.


Yang penting, MCA mesti berani dan jangan penakut. – ShahbudinHusin 08Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/mengaibkan-jika-mca-masih-tak-berani-keluar-bn/




Ceplos Berbayar PKR 2

 

Zuwairi Md Yusof








Badut sarkas CEPLOS menyerang Rafizi di ciapannya https://x.com/tjerealjoker/status/1998083299068244214  pasal teguran YB Pandan isu gang HIRUK di siasat SPRM sebab gang DAMAI buat report mengadu pada SPRM.Ini jebon yang perangai macam jebon yang report polis pada kelas demokrasi Fahmi Reza hari itu.




Sekarang ni yang beli undi sana,beli sokongan pada pemilihan PKR itu gang DAMAI,KARTEL PKR sialan SAM,Ramanan dan konco2 bukan gang bijak pandai HIRUK.Teruk gila buang tebiat KC Paya Besar tu.Konten merapu,konteks pun tak faham,kahkahkah


biar Joker pre-MADANI 'sound' joker post-MADANI DEMI RAKYAT 🤡👍