DAULAT TUANKU !! RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, BERTUAHNYA RAKYAT PERAK


W.Faudzin

Baginda bertitah setiap kebenaran wajib dipersembahkan kepada baginda tanpa sebarang rahsia.


"Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah, sedangkan realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan.



TANGKAPAN ISWANDY - GERAK GESA POLIS LEBIH BERHEMAH



1.Kami mengikuti berita tangkapan terhadap Sdr Iswandy Morni.


2.Kami difahamkan tangkapan dibuat kerana kenyataan didakwa menghina DYMM Yang Dipertuan Agong.


3.Kami serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat dakwaan tersebut.Walaupun pada hemat kami ianya hanya luahan kecewa seorang rakyat biasa dan cara tersendiri dalam usaha mendorong DYMM melindungi rakyat yang semakin melarat gara2 sebuah kerajaan rosak.


4.Namun kami menggesa pihak Polis lebih berhemah.Beliau diburu dan ditahan seperti seorang penjenayah besar.Walhal beliau tidak pernah ada rekod jenayah.Dan bicara beliau selama ini perlihat rasa cinta kepada prinsip keadilan.


5.Kami percaya kalau pihak Polis memanggil beliau kepada mana2 balai beliau akan tampil dan beri kerjasama.


6.Justeru GERAK menyatakan rasa kesal diatas perkara ini dan berharap pihak Polis lebih berhemah selepas ini.


7.POLIS sebelum ini bersikap amat berhemah kepada pembesar negara.Menteri MITI yang langgar SOP Kuarantin selepas keluar negara terus dilayan seperti biasa malah disambut sebagai tamu VIP di sebuah balai polis pada waktu beliau seharusnya jalani kuarantin.Mengapa tidak boleh berhemah kepada rakyat biasa?


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

Ketua Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia ( GERAK )


30Mei2021, 18 Syawal 1442H

VIDEO Anwar Ibrahim: Program IMF Mana Yang Saya Ikut?

VIDEO : BIARKAN NEGARA ROSAK, ASALKAN KEKAL BERKUASA?



“Jujurnya, saya rasa, selagi mana Perdana Menteri Gomen Tebuk Atap tidak rasa atau yakin beliau boleh "selamat" di Parlimen jika diadakan sidang Parlimen selagi itulah untuk mengharapkan Parlimen kembali gagah perkasa semula dan tidak menderita spt DIKASI atau DIKEMBIRI ibarat " menunggu ayam jantan bertelur. Namun, bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu, menerusi tulisan yang dihias dengan ayat-ayat Al-Quran, hadis Nabi S.A.W. dan riwayat para sahabat baginda, Presiden PAS Dato' Seri Hadi Awang terus meratip bahawa darurat di negara ini perlu bagi membendung COVID-19.

VIDEO : SMU Ho Rih Hwa Lecture: Datuk Seri Anwar Ibrahim (Q&A) | 20 Sep 2018

AYAT RINGKAS SEBELUM KE LOKAP

 

Iswady adalah antara bakal pemimpin yang akan di sanjung rakyat... berani kerana benar..walhal dia hanya ahli biasa ketika ini...tp jasa dia ada..harap PKR  kena pertahan kan Iswady...kami di bawah akan melihat apa yang pemimpin dalam pkr lakukan untuk Iswady....terima kasih Iswady...suara kamu suara marhaen

Dalam kenyataan ringkas di Facebooknya lewat malam tadi Iswardy menulis "Malam ini, Jeriji besi, Jangan takut."

May be an image of 1 person

May be an image of text

KENYATAAN MEDIA

 

KENYATAAN MEDIA

30 Mei 2021

BIRO POLITIK TELAH BERI AMARAN KERAS PADA ISWARDY

Pimpinan KEADILAN mengambil maklum sebuah video YouTube yang dimuatnaik seorang individu bernama Iswardy Morni yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

KEADILAN mengesahkan Iswardy adalah seorang anggota biasa parti berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak dan tidak memegang apa-apa jawatan di dalam hiraki pimpinan KEADILAN Sarawak mahupun Pusat.

Kenyataan-kenyataan beliau tidak sama sekali mewakili pendirian parti KEADILAN, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.

Ucapan beliau di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik KEADILAN, dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepada beliau. Parti juga telah memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk memecat beliau sekiranya beliau mengulangi perbuatan yang sama.

Namun, oleh kerana isu video Iswardy kini telah menjadi kes siasatan Polis Diraja Malaysia, KEADILAN akan menunggu hasil siasatan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap beliau.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

 

Dua perkara untuk selesaikan krisis negara

sharethis sharing button




Muhammed Abdul Khalid

Diterbitkan 

ULASAN | Saya ingin mencadangkan dua perkara yang harus dilakukan serta merta dengan berkuat kuasanya sekatan penuh ke atas semua kegiatan ekonomi dan sosial pada 1 Jun 2021.

Perkara pertama ialah penyediaan bantuan yang menyeluruh. Perkara kedua ialah keperluan mengatur pasukan yang cekap, pantas dan yang sayangkan rakyat dan negara.

Pertama, kerajaan harus memberi bantuan sepenuhnya kepada rakyat, terutamanya yang bekerja sendiri seperti Makcik Kiah, syarikat kecil dan sederhana, dan mereka dalam golongan B40 dan M40. 

Sudah setahun Covid-19 melanda, dan segala simpanan semuanya telah kering. Usah kita lupa, rakyat telah mengeluarkan duit mereka sendiri hampir RM80 bilion dari EPF, dan menangguhkan bayaran hutang melalui ‘loan moratorium’ sejumlah RM151 bilion.

Ini jauh lebih tinggi daripada bantuan yang diterima dari kerajaan. Untuk pembandingan, suntikan fiskal kerajaan sejak krisis ini berlaku sejak awal tahun lepas hanyalah RM 72 bilion.

Saya ingin mencadangkan supaya semua pekerja sendiri dan isi rumah dalam golongan B40 and M40 diberikan bantuan bulanan sebanyak RM1,500 sebulan untuk tempoh 3 bulan.

Manakala, subsidi upah diberikan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana seperti mana yang diberikan pada tahun lepas, juga untuk tempoh tiga bulan.

Pinjaman daripada bank dan agensi kredit harus diberikan moratorium untuk tempoh 3 bulan, secara automatik.

Bank tidak akan jatuh muflis. Hakikatnya tidak ada satu bank pun yang rugi tahun lepas walaupun moratorium pinjaman diberikan. Kenyataan pihak Bank Negara Malaysia bahawa moratorium pinjaman bukan penyelesaian terbaik untuk semua peminjam dan bukanlah kepentingan terbaik ekonomi negara amatlah memeranjatkan sekali.

Apa gunanya ekonomi berkembang jika setiap hari berpuluh rakyat Malaysia mati, dan beribu-ribu hidup dalam tekanan dan kebimbangan kerana tidak mampu menyara keluarga? Ekonomi boleh dipulihkan, tetapi nyawa yang sudah tiada, mustahil dapat dikembalikan.

Lebih baik berhutang selamatkan rakyat

Alasan bahawa kita tiada ada wang untuk membantu rakyat adalah zalim yang didasari pemikiran cetek. Kerajaan boleh meminjam. Kadar hutang kini lebih kurang 60 peratus dari KDNK negara, namun negara pernah berhutang lebih 100 peratus dari KDNK. Peminjaman ini berlaku pada tahun 1980an apabila krisis ekonomi melanda negara dan kadar pengangguran naik mendadak ketika itu.

Tetapi, kadar hutang ini dapat dikurangkan dengan pantas apabila ekonomi berkembang kembali. Lebih baik berhutang untuk menyelamatkan rakyat, daripada menyimpan duit tetapi rakyat sengsara atau berdepan kematian. Prihatinkah kerajaan kita?

Kedua, kita perlukan pasukan baru, yang bijak, berani, dan benar-benar sayang kepada rakyat dan negara. Malangnya, pasukan yang ada ketika ini gagal mentadbir negara.

Ketika darurat dimulakan pada 12 Jan 2021, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 141,533 kes, dan jumlah kumulatif kes kematian adalah 559 kes.

Kini, jumlah keseluruhan jangkitan wabak naik empat kali ganda kepada 558,534 kes, dan jumlah korban melonjak hampir 5 kali ganda kepada 2,650. Bagaimana ini boleh dibiarkan berlaku, apabila kita diyakinkan berulang kali bahawa parlimen digantung untuk mengurangkan kes dan jumlah kematian?

Ingat apa yang dilakukan oleh Tun Razak selepas rusuhan kaum tahun 1969. Yang di-Pertuan Agong keempat iaitu Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin dari Terengganu ketika itu, dengan bijaksananya, bersetuju menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran). Ia dianggotai hanya oleh sepuluh orang sahaja, tidak perlu ahli seramai 72 orang.

Ya, tiada Jemaah Kabinet pun ketika itu. Yang mentadbir negara dengan jayanya hanyalah 10 orang sahaja, diketuai oleh Tun Razak, dan dibantu oleh Tun Dr Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan, Tan Sri Hamzah Abu Samah, Tan Sri Kadir Samsudin (Ketua Setiausaha Negara), Tunku Osman Jiwa (Panglima Angkatan Tentera), Tan Sri Saleh Ismail (Ketua Polis Negara), Tan Sri Ghazalie Shafie ( Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri) dan Lt. Gen. Dato' Ibrahim Ismail sebagai Ketua Eksekutif Mageran. Kesepuluh ahli Mageran telah berjaya menstabilkan negara dalam masa yang amat pantas sekali.

Mereka menubuhkan hanya dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Ekonomi, dan Majlis Perundingan Nasional (MPN). Ahli panel yang dilantik terdiri daripada penjawat awam, profesional sektor korporat, ahli akademik, agamawan dari pelbagai agama, wartawan, wakil majikan dan pekerja, dan wakil parti politik. Almarhum Tun Razak mengamalkan sikap terbuka dan inklusif.

Ia berbeza dengan pasukan sekarang yang mengamalkan sikap terpencil dan berselindung dengan kurang berunding bersama pimpinan masyarakat dan mereka yang pakar dalam menangani krisis ini. 

Anda tahu di mana Mageran bermesyuarat? 

Ya, di bangunan Parlimen. Hasilnya, pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13, Rukun Negara dilancarkan, dan setahun kemudian, Dasar Ekonomi Baru diterima pakai di dalam Rancangan Malaysia Kedua, dan Parlimen kembali bersidang.

Pasukan yang baru, seperti Mageran, dan ahli ahlinya harus diberi mandat yang jelas – tangani krisis kesihatan dan ekonomi, dan untuk memastikan ‘check and balance’, dan Parlimen harus dibuka untuk memastikan pentadbiran yang telus. Apabila mandat ini berjaya kelak, pasukan ini harus dibubarkan serta merta.

Pemimpin jadong dan bebal

Malangnya negara bertuah ini jika mereka yang memerintah sekarang, dan individu yang terpaksa bersetuju menandatangani darurat, masih berpeluk tubuh apabila mayat rakyat Malaysia bergelimpangan di dalam kontena, dan ramai pula yang kebuluran. Negara akan musnah, dan pemimpin jadong dan bebal seperti yang diingatkan kepada kita oleh Profesor Syed Hussein Alatas, akan dilaknati Allah.

Menurut beliau antara ciri-ciri bebal adalah tidak mampu melihat dan menyelesaikan masalah dengan tidak mencerap apa yang berlaku dan tidak mengakui kebodohannya.

Institusi utama negara haruslah bertindak dan bersama rakyat. Suara rakyat suara keramat. Belajarlah sejarah, banyak negara menjatuhkan institusi monarki mereka apabila raja dilihat membelakangkan kepentingan rakyat. Lupakah pimpinan negara akan sejarah rakyat kita sendiri yang pernah memberontak, menolak pemimpin yang zalim?

Orang Melayu pernah menggertak untuk menggulingkan sultan mereka sendiri jika sultan tidak menolak rancangan Malayan Union.

Pemimpin bukannya Dewa Raja atau Tuhan yang mesti disembah dan dituruti hasratnya setiap masa terutamanya jika mereka kejam, korup, dan tidak berlaku adil. Insaflah, kita harus membuang pemimpin sebegini. 

Sultan Perak pernah mengingatkan kita beberapa bulan lepas bahawa orang yang tidak ikhlas, menyalahguna kuasa, bermoral rendah tidak harus diberikan amanah ataupun kuasa oleh rakyat, dan masa hadapan negara jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, atau sifat tamak dan haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri tanpa mengenal batasan.

Masa untuk bertindak adalah sekarang. Bantuan haruslah diberikan sekarang. Pemimpin yang baru diperlukan sekarang. Mereka yang memerintah haruslah sedar, kepentingan negara melebihi kepentingan individu. Kuasa harus digunakan untuk kebaikan negara, bukan untuk memusnahkannya.

Moga Allah melindungi kita semua, dan memberi petunjuk dan hidayah untuk ke arah jalan yang lurus.


MUHAMMED ABDUL KHALID merupakan ahli ekonomi, dan pernah menjadi perunding kepada beberapa agensi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu pembangunan ekonomi.

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Kerajaan buat ‘u-turn’, kini tak benar orang ramai pilih vaksin

 

Buat masa ini, terdapat tiga jenis vaksin yang tersedia buat rakyat Malaysia, daripada pengeluar Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

PETALING JAYA: Kerajaan telah memutuskan tidak membenarkan orang awam memilih vaksin untuk diambil, kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin hari ini.

Pada Khamis, Khairy berkata, kerajaan sedang berusaha menambah satu ciri ke aplikasi MySejahtera untuk membolehkan orang ramai mendapatkan vaksin pilihan mereka.

“Pada mulanya, kita fikir (untuk beri orang awam pilihan), tetapi kini perhatian kita adalah untuk meningkatkan angka (vaksinasi). Jadi kita akan beri apa yang ada,” kata beliau.

“Jika (orang awam) diberi pilihan, mungkin akan memperlahankan (usaha vaksinasi),” kata beliau pada sidang media selepas melawat pusat vaksinasi di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini menyokong keputusan kerajaan membenarkan orang awam memilih jenis vaksin yang mereka mahu bawah PICK.

Katanya kepada FMT, langkah tidak membenarkan penerima memilih suntikan mereka boleh menyebabkan individu yang telah sedia keberatan terus mengelak untuk divaksin sama sekali.

“Dengan memberikan orang awam peluang memilih vaksin (yang ingin diambil), ini dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka akan dapat vaksin yang berkesan,” katanya.

Buat masa ini, terdapat tiga jenis vaksin yang tersedia buat rakyat Malaysia, daripada pengeluar Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

Walaupun AstraZeneca sebelum ini dikeluarkan daripada PICK, dan pengambilannya hanya ditawarkan secara sukarela, ia kini dimasukkan kembali ke dalam arus perdana program tersebut kerana mendapat permintaan tinggi setelah pendaftaran dibuka bagi beberapa negeri.

Total Lockdown: Ini 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi


Astro Awani
Total Lockdown: Ini 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi
17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan bermula 1 Jun ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang turut melibatkan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat 17 perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan bermula 1 Jun ini.
1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
3) Air
4) Tenaga
5) Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara
8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
11) Kredit komuniti (pajak gadai sahaja)
12) E-dagang dan teknologi maklumat
13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
14) Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
16) Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

ELOK LA HANG BERTAUBAT DAN TINGGALKAN PARTI PENUNGGANG TU...

 


Pemergian Mufti Perak: Bekas ahli Pas mohon maaf, diajar benci ulamak selain Pas

Pemergian Mufti Perak: Bekas ahli Pas mohon maaf, diajar benci ulamak selain Pas

Maafkan saya Tan Sri Dr Harusani.

Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Allahyarham Tan Sri Dr Harusani mufti negeri Perak namun pemergiannya hari ini agak meninggalkan kesan kepada saya kerana rasa berdosa semasa saya berada di dalam Pas dulu.

Kami di ajar untuk membenci para ulama yang tidak bersama-sama atau menyokong perjuangan Pas lebih-lebih lagi ulama yang bersama dengan kerajaan dan Allahyarham adalah antara ulama yang paling tidak di senangi oleh pemimpin Pas ketika itu.

Berbagai gelaran dan cemuhan di lemparkan kepada para mufti yang di katakan bersama-sama dengan umno menentang islam.

Semoga di ampunkan segala salah silap Allahyarham dan kita semua serta di kira sebagai pahala kebaikan serta kebajikan atas semua amalannya semasa hidup.

Rosly Yusof

Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni direman 2 hari susulan dakwaan hina Agong

 

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Dev Kumar yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di laman Youtube yang didakwa berbaur hasutan serta menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Dev Kumar yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di Kajang pada 11 malam semalam, susulan laporan polis yang diterima.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, pihak polis telah menerima sebanyak 18 laporan,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Keadilan Fahmi Fadzil berkata, Iswardy hanya seorang anggota biasa parti yang tidak memegang sebarang jawatan dalam hierarki kepimpinan parti tersebut.

Semalam, polis dilaporkan sedang mengesan Iswardy berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan dan menghina Sultan Abdullah.

Dalam video bertajuk “Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun” itu, Iswardy dikatakan melontar beberapa tuduhan secara sinis dan kesat terhadap Sultan Abdullah berhubung wabak Covid-19.

VIDEO BAGAIMANA JERMAN MENGHALANG PENINGKATAN COVID


 

COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian

 

Astro Awani
COVID-19: Pertambahan 70 peratus kes baharu, PRN Sabah cetus gelombang - Kajian
Kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Sabah telah meningkatkan 70 peratus pada minggu pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung tahun lalu.
Malah, terdapat anggaran peningkatan 2,979 kes baharu yang dilaporkan di negeri itu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober 2020.
Ia merupakan dapatan kajian berkenaan majlis perhimpunan ramai yang diterbitkan di jurnal PLOS Computational Biology.
Kajian itu melaporkan antara daerah dengan kes tertinggi adalah Semporna (95.7 peratus), Tawau (79.5 peratus) dan Lahad Datu (96.7 peratus).
Puratan kes harian COVID-19 sebelum dan selepas PRN Sabah. - journals.plos.org
Puratan kes harian COVID-19 sebelum dan selepas PRN Sabah. - journals.plos.org
Sementara itu, kajian tersebut turut melaporkan peningkatan 64.4 peratus kes baharu di negeri-negeri lain dengan tambahan 1,741 kes.
"Kami menunjukkan yang anggaran kami ini bukan disebabkan tren sedia ada, usaha pemantauan dan/atau dasar pencegahan. Anggaran ini menunjukkan kemungkinan perhimpunan ramai di satu kawasan 'melimpah' kepada penularan di seluruh negara.
"Maka pelonggaran sekatan perhimpunan ramai perlu dipertimbang secara cermat, walaupun ketika jangkitan komuniti yang rendah dan penguatkuasaan garis panduan penjarakan yang selamat," menurut penulis kajian itu.
journals.plos.org
journals.plos.org
Kajian itu berdasarkan pemodelan komputer trend COVID-19 di Malaysia dari 22 Mac hingga 12 Oktober - iaitu ketika sehari sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah.
Kajian itu dibuat oleh satu kumpulan yang kebanyakan anggotanya di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura.
Ia bertujuan menjadikan PRN Sabah sebagai kajian kes bagi menaksir bagaimana perhimpunan ramai boleh menyebabkan penularan COVID-19.
Pecahan jumlah kes, ujian dan peratusan kes positif. - journals.plos.org
Pecahan jumlah kes, ujian dan peratusan kes positif. - journals.plos.org

Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia

 

Astro Awani
Mufti Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia
Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia di awal petang tadi di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak.

Setelah 2 hari, akhirnya SOP Total Lockdown diumum petang ini

 Setelah 2 hari, akhirnya SOP Total Lockdown diumum petang ini

Prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) akan diumumkan dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO), petang ini.

Sidang media itu akan dihadiri Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada jam 5 petang.

Sidang media berkenaan dijangka mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu.

Pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, menerusi total lockdown itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ikuti siaran langsung sidang media pengumuman SOP Sekatan Pergerakan Penuh di saluran Astro 501, AstroAwani.com dan semua platform media sosial kami.

Pengusaha produk kecantikan dari Kelantan dikecam hina Islam

 

[VIDEO] Pengusaha produk kecantikan dari Kelantan dikecam hina Islam

 

Video Player
00:00
03:07

Nauzubillah min zalik. Semoga betina ni diberi hidayah. Beza orang islam dan kafir adalah pada solat. Bila tak solat jadi kafir. Betina ni lagi teruk dari orang cina, india. Orang cina, india lahir dalam agama lain tidak mengenal agama islam tapi betina ni dengan bangga tolak syiar islam yang pada asalnya dia lahir dalam islam.

Betina ni kufur nikmat. Lupa setiap sen duit dia tu dari Allah. Lupa yang dia bercakap, bernafas tu pinjaman dari Allah. Lupa yang dia tengah makan pun kudrat pinjaman dari Allah. Begitu la jijiknya manusia bila lupa.

Sungguh perkara ni mencemarkan Islam. Makin ramai golongan macam betina ni, akan jadi fitnah yang besar buat agama. Kalau betina ni tak mengucap balik atas apa dia katakan, tetaplah dia dalam kekufuran. Nauzubillah.

Mohon siasat #pdrm #jakim #ppim




Dari Facebook: https://fb.watch/5OKsWocTdZ/

Gempar! Mawar akhirnya dedah ‘tangan kotor’ yang sebarkan gosip cinta dengan Menteri PAS

 

Gempar! Mawar akhirnya dedah ‘tangan kotor’ yang sebarkan gosip cinta dengan Menteri PAS

Usahawan Mawar Karim mendedahkan wujudnya ‘tangan kotor’ yang sengaja menyebarkan gosip berbaur fitnah tentang hubungan istimewanya dengan pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali demi kepentingan politik.

Menerusi satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang dimuat naik dalam InstaStory, Mawar atau nama lengkapnya, Mawar Abdul Karim, 32, memberi gambaran seolah-olah isu tersebut sengaja dilakukan barangkali demi menjatuhkan reputasi seseorang atau menutup pekung isu-isu negara yang lebih penting ketika ini.

“Minta kerahkan semua orang sebarkan bahan yang kita ada. Pastikan media-media, terutama orang yang kita bayar jadikan ‘headlines’ esok. Masa dah suntuk,” arah seseorang difahamkan berstatus ‘Datuk’.

Arahan itu kemudian dibalas oleh seseorang barangkali ‘cybertrooper’ atau orang suruhan yang dibayar individu berkenaan: “Baik Datuk. Saya akan masukkan dalam ‘page’ dulu kemudian arahan blasting (sebaran) kita minta semua jalankan peranan masing-masing.”

Individu berstatus Datuk itu kemudian membalas: “Anda jangan bimbang. Kita nak pastikan isu diam letup habis-habisan sampai lumat. Mood rakyat akan sambut apa sahaja asalkan dari menteri-menteri.”

Individu juga berkongsi satu keratan artikel yang telah berjaya disampaikan kepada umum dengan bait kata: “Kena banyakkan lagi keluar macam ini. Saya nak isu sampai pada orang-orang PAS.”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan isu apa yang dimaksudkan, sama ada benar-benar ingin menjatuhkan reputasi seseorang atau mengalihkan perhatian rakyat yang kian tersepit selepas negara mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi semalam iaitu hampir 10,000 kes.

Mawar yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu mempersoalkan taktik busuk individu terbabit.

“Saya ada beberapa perbualan ‘Datuk’ ini yang motif sebenarnya? Hmm.

“Seronok sangat ke dapat sebar berita fitnah ya? Apa maksud ‘masa dah suntuk?’ Apa motif dan apa agenda orang yang digelar ‘Datuk’ ini’.

TANGKAP layar daripada InstaStory Mawar yang membuka plot baharu dalam  cerita gosip hubungannya dengan Khairuddin.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berkongsi sekeping gambar mendedahkan orang suruhan ‘Datuk’ berkenaan tergolong daripada gambar yang telah dikongsikan.

“Minta perhatian Tun M tiada mengena dalam hal ini. Tuan-tuan jangan libatkan Tun M, ya.

“Tak sangka salah ‘seorang’ antara yang menjadi orang suruhan ‘Datuk’ penulis, penyebar dan pereka cerita-cerita fitnah orangnya salah seorang dalam gambar. Terima kasih kerana anda telah menyebar fitnah dengan jayanya.

Sejak Rabu lalu, tular maklumat dalam aplikasi WhatsApp berhubung Mohd. Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Perasing, di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.

Dalam mesej tular tersebut, ketika ditahan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar.

Sebelum ini, Nora turut terkena gosip hubungan istimewa bahkan dikatakan sudah bernikah dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa namun kedua-dua pihak menafikan perkara tersebut. 



Guna kaedah pandu lalu suntik vaksin Covid

 GUNA KAEDAH PANDU LALU SUNTIK VAKSIN COVID

TIDAK PERLU LOCKDOWN JIKA PROSES VAKSIN TIDAK LEMBAB


(function() { var d = document, w = window; w

Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa

  Astro Awani September 22, 2021  KKM dan MKN hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi ...