WALAUN KEPANASAN HEBATNYA MENTERI DARI PARTI DAP YB HANNAH!


 

Jika Rafizi Ramli Keluar, PKR Akan Hancur?



 

ADIK.KENA RAJIN BACA DAN KAJI DIK.SEKOLAH TAK ?

 Aman Muhammad




Begini dik.


Biar abang sekolahkan adik mengenai sedikit sebanyak perihal industri minyak negara kita.
1. Malaysia ni negara pengeluar minyak.
2. Walaupun Malaysia menjual minyak kepada negara lain, dalam masa yang sama, Malaysia juga membeli minyak dari negara lain.
3. Kenapa macam tu?
4. Sebabnya, minyak Malaysia minyak jenis premium, minyak yang bermutu tinggi. Manakala minyak yang Malaysia beli dari negara lain, adalah minyak yang level rendah sket berbanding minyak negara kita.
5. Habis tu, kenapa Malaysia jual minyak premium tu? Kenapa tak guna untuk dalam negara kita?
6. Oleh sebab minyak Malaysia ni jenis premium, maka Malaysia amat tidak berapa sesuai untuk diproses menjadi RON95. Minyak premium banyak digunakan dalam industri berat seperti minyak kapal terbang, minyak kapal, industri, pembuatan plastik untuk telefon, dan sebagainya.
7. Jadi Malaysia beli minyak yang lebih level rendah, untuk kegunaan demostik negara kita, dan diproses menjadi RON95.
8. Negara yang menjadi pembeli minyak premium kita ialah:
a. China
b. Korea Selatan
c. Australia
d. Jepun
e. Indonesia
f. Thailand
g. Singapura
Kesemua negara pembeli ni, tidak melalui selat Hormutz. Maka ia satu perkara positif untuk Malaysia.
9. Manakala negara penjual minyak kepada Malaysia ialah:
a. Saudi Arabia
b. UAE
c. Oman
d. Kuwait
e. Sudan
f. Qatar (LNG)
Dan negara-negara penjual ini sangat terjejas dengan penutupan selat Hormutz.
10. Walaun kata, kalau harga dunia naik, maka Malaysia akan dapat untunglah sebab Malaysia jual minyak.
11. Ya, benar Malaysia akan dapat untung dengan kenaikan harga minyak dunia, namun:
a. Malaysia juga terpaksa membeli minyak dari negara lain dengan harga yang mahal.
b. Negara lain berjimat cermat dengan mengurangkan volume minyak Malaysia kerana harga terlalu mahal.
12. Jadi sebab tulah, kenaikan harga runcit minyak adalah salah satu kesan negatif dari peperangan AS-Iran yang sedang ditanggung oleh negara kita.
13. Tapi adik jangan risau, kami rakyat Malaysia pada hakikatnya tidak terkesan pun dengan kenaikan harga runcit minyak, kerana kami ada BUDI95.
14. Adik mesti jeles dengan kami sebab adik takde IC, kami ada IC. Kami guna IC untuk dapatkan petrol yang lebih murah.
15. Adik beli petrol RM3.25 seliter, manakala kami rakyat Malaysia beli harga jauh lebih murah iaitu RM1.99 seliter.
16. Itulah beza kami rakyat Malaysia. Kami dapat harga murah manakala adik, penjenayah seludup. warga asing dan walaun kena beli RON95 dengan harga yang lebih mahal.
17. Zaman dulu takde BUDI95. minyak naik semua terkesan.
Sekarang ada BUDI95, minyak naik walaun, penyeludup dan warga asing. je yang terkesan, kami rakyat Malaysia tak terkesan.
Semoga penerangan abang ni dapat membantu adik memahami bagaimana industri minyak Malaysia ni berfungsi.
Benda ni semua tidak diterangkan dalam PAS, sebab dalam tu semua mana ada yang cerdik nak terangkan macam ni.


Semoga bermanfaat.



Penghulu Pas di Bachok, Kelantan beraya dalam lokap kerana cabul rakyat.



Aman Muhammad


Pihak Polis Kelantan mengesahkan satu kejadian cabul telah berlaku dalam daerah Bachok, Kelantan.
Fakta kes:
1. Suspek ialah seorang lelaki Melayu, berusia 55 tahun seorang penghulu lantikan kerajaan PAS Kelantan.
2. Dengan kata lain, seorang pemimpin walaun, iaitu Penghulu PAS.
3. Mangsa ialah seorang wanita yang juga seorang warga emas.
4. Kejadian berlaku 7.25 pagi, pada 14 Mac 2025.
5. Penghulu PAS telah pergi kedai runcit milik mangsa, bertindak memeluk mangsa dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya.
6. Mangsa cuba melawan dan akhirnya berjaya melepaskan diri dalam keadaan ketakutan.
7. Berdasarkan siasatan, mangsa sebelum ini telah berjumpa dengan Penghulu PAS untuk urusan dokumentasi.
8. Laporan polis dibuat pada 15 Mac 2026 dan Penghulu PAS ditahan pada hari yang sama.
9. Pada 17 Mac 2026, Penghulu PAS dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok untuk pendawaan di bawah Seksyen 354 Kanun Kesiksaan, untuk kesalahan mencabul kehormatan.
10. Penghulu PAS membuat pengakuan bersalah, dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 11 hari dan denda RM1,000.
11. Rumusan, Penghulu PAS akhirnya beraya dalam penjara.
Morale of the story.
Kalau nak rakyat rosak akhlak, undilah PAS.











 

Penuh Bas Pink di Padang Bas, Kota Bharu

 

Syam Ghaz





Penuh Bas Pink di Padang Bas, Kota Bharu

Budak sekolah 6-17 tahun dan warga emas hanya bagi RM10 daftar, free sampai mati (utk warga emas) dan budak sekolah free sampai 17 tahun.
Jasa Anthony Loke Siew Fook DAP kepada Kerajaan Pas Kelantan.
Hebat Kerajaan Madani ni, santuni rakyat dan upgrade kualiti Pengangkutan awam.
Sayangnya Menteri Pengangkutan yang perform, Antony Loke sentiasa dimaki dgn cop “Menteri No Plat”, sebab jual nombor plat untuk tabung MOT.
Jika dia tak buat, staf JPJ duk jual nombor plat comel kot belakang tabir, suap sana sini. RASUAH di atasi, hasil Kerajaan naik.
Duit kutipan tu dia guna untuk tanggung tiket flight free/subsidi RM400 bagi Mahasiswa Semenanjung @ Sabah Sarawak nak berhari raya.
Nak harapkan Kerajaan Kelantan, bukannya mereka ambil kisah. Bas lain pun selok dan bungkus sebab Kerajaan Negeri tak bantu secara serius.
Time nak Pilihanraya depa kempen Bas Elektrik, last last bas pun lesap, stesyen pas pun tak siap2 20 tahun dah.
Sembang pandai, kerja tak reti. YB Selipar Jepun + Logo Pas.




Sepatutnya Peguam OKT buat la bantahan



Che Ibrahim Mohamed


 Itu la... Sepatutnya Peguam OKT buat la bantahan kepada majistret tentang salahlaku polis yang gari anak guamnya.

Atau saman polis boleh rm10 juta kerana salahguna kuasa membawa anak guamnya secara bergari ke mahkamah.












PRU16 DAN PRN SERENTAK BUKAN UNTUK JIMAT KOS, BN MESTI PERTAHAN PILIHANRAYA BERASINGAN


16 Mac 2026
Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata, pilihan raya negeri itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan mendatang.
Ia berikutan katanya, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 yang ada sekarang akan berakhir pada 30 Disember depan.
“Suka atau tidak, PRN itu tetap perlu diadakan tahun ini kerana ia adalah proses demokrasi yang ditetapkan mengikut tempoh penggal pentadbiran semasa.
“Tarikh akhir kita (penggal ini) adalah pada 30 Disember dan sudah pasti ia (PRN) akan diadakan sebelum tarikh itu," katanya lagi.
Dengan penegasan Ab Rauf itu, yang hampir pasti ialah BN Melaka secara tersiratnya mahu PRN diadakan lebih dulu dan berasingan dengan PRU16.
Untuk memastikan BN kekal memerintah Melaka, malah mampu mengekalkan kemenangan dua pertiganya, paling berpotensi ia dapat dicapai ialah dengan mengadakan PRN Melaka lebih dahulu sebelum diadakan PRU16.
Ini kerana jika PRN Melaka disekalikan dengan PRU16, beban yang ada di kerajaan Pusat akan turut menempias sekali ke negeri itu.
Akhirnya nanti tak pasal-pasal, seperti mana rakyat sedang ghairah untuk menukar kerajaan di Pusat, kesannya akan menimpa sama negeri Melaka.
Kesianlah Ab Rauf kerana beliau setakat ini adalah pemimpin yang berjaya mengekalkan kecemerlangan Melaka serta tiada isu besar melanda kepimpinannya.
Sama seperti Johor, BN negeri itu juga harus mengadakan pilihan raya yang berasingan dengan PRU16.
Jika tidak, bersama beban dan isu yang menimbun di Pusat, peluang untuk mengekalkan kemenangan di Johor pun boleh tergugat.
Ringkasnya, BN Melaka dan Johor harus mengadakan pilihan raya di kedua-dua negeri itu terlebih dahulu dan berasingan dengan PRU16 atau pilihan raya peringkat Parlimen.
Dalam waktu yang sama, seperti mana sudah banyak menjadi bahan berita, PH khususnya DAP dan Amanah telah berkali-kali tampil mendesak agar PRU16 akan datang disekalikan dengan pilihan raya di semua negeri.
Kononnya pilihan raya serentak akan menjimatkan kos.
Benarkah PH begitu prihatin dengan kos pilihan raya dan penjimatan wang negara?
Jika benar-benar prihatin, kenapa ketika PH bergelar pembangkang di Pusat sewaktu PRU15 lalu tetapi mereka ketika itu menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, mereka beria-ia mahu mengasingkan pilihan raya di negeri masing-masing dengan pilihan raya peringkat Parlimen?
Kenapa ketika PRU15 pada tahun 2022 dulu PH tidak memikirkan soal penjimatan kos apabila memlih pilihan raya yang berasingan?
Sebenarnya bukan soal kos yang PH fikirkan, tetapi tentang kerusi dan kuasa.
Jika PRU16 diadakan serentak dengan PRN negeri-negeri, PH dengan sendirinya dapat memanfaatkan perkara itu untuk memperolehi lebih kerusi DUN buat mereka di Melaka dan Johor.
Di kedua-dua negeri itu ketika ini, BN sedang menguasai majoriti dua pertiga, manakala PH hanya memiliki jumlah kerusi yang minima saja.
Dengan pilihan raya diadakan serentak, bersekali dengan pembahagian sumber kempen antara parti-parti yang bersama dalam kerajaan Pusat, PH boleh menuntut untuk memperolehi lebih banyak kerusi untuk mereka tandingi.
Dengan itu, tercapailah hasrat PH, khususnya DAP dan Amanah untuk bertanding banyak kerusi di Melaka dan Johor.
Selain itu, pada PRU16 akan datang juga, PH sedang berdepan tekanan kehilangan kuasa yang makin nyata kesan penolakan rakyat yang kian ketara hari demi hari.
Penolakan dan petunjuk kehilangan kuasa itu sudah pun diperlihatkan lebih awal melalui PRN Sabah yang lalu.
Untuk itu, jika PRU16 dan PRN diadakan serentak, PH dapat menyerap tekanan itu secara bersama dengan BN yang turut berada dalam kerajaan di Pusat.
Tetapi jika PRN Melaka dan Johor diadakan berasingan dengan PRU16 dan katalah BN masih masih mampu mengekalkan kuasa di kedua-dua negeri itu, yang lebih tertekan menghadapi PRU16 tentunya ialah PH.
BN pula, jika mereka terus menang dua pertiga di Melaka dan Johor tanpa bekerjasama dengan PH, ia juga akhirnya akan memberi lebih semangat untuk mereka bertanding solo pada PRU16.
Akhirnya, yang terus sengsara ialah PH.
Sedemikian, bagi memastikan BN lebih berpotensi mengekalkan kuasa di Melaka serta Johor dan seterusnya membuka jalan untuk bertanding 115 kerusi di peringkat Parlimen, mereka mestilah bertegas agar tiada pilihan raya serentak.
Survival BN hanya boleh dihidupkan jika PRU16 dan PRN diadakan secara berasingan. - ShahbudinHusin 16Mac2026.



KJ dah serah borang masuk UMNO…


 

Turap seluruh Kuala Lumpur: Inisiatif DBKL yang boleh ubah persepsi bandar


 


Cadangan bahawa seluruh Kuala Lumpur seolah-olah akan “diturap semula” minggu hadapan mungkin kedengaran seperti gurauan, namun hakikatnya inisiatif berskala besar yang digerakkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu memberi gambaran perubahan ketara terhadap wajah ibu kota.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya bukan sekadar kerja penyelenggaraan biasa tetapi satu usaha menyeluruh yang buat pertama kalinya melibatkan kesemua 51 lokasi Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat di bawah seliaan DBKL.

Dalam konteks bandar raya yang sering dikritik kerana isu jalan rosak, berlubang dan tidak sekata khususnya di kawasan perumahan kos rendah, langkah ini membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar menurap jalan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud memaklumkan bahawa sebanyak RM300 juta diperuntukkan khusus bagi kerja penyelenggaraan PA dan PPR termasuk penurapan jalan sepanjang tahun ini.

Jumlah tersebut bukan kecil dan menunjukkan bahawa isu penyelenggaraan perumahan rakyat kini diberi keutamaan yang lebih serius berbanding sebelum ini.

Sejarah tersendiri

Menurut beliau, inisiatif ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali kerja penurapan jalan dilaksanakan secara menyeluruh dan berskala besar di semua kawasan PA dan PPR di Kuala Lumpur.

Setakat suku pertama tahun ini, kerja penurapan telah disiapkan di tujuh lokasi termasuk PPR Beringin, PPR Wahyu, PPR Gombak Setia, PPR Hiliran Ampang, PPR Air Panas serta PA Hang Tuah dan PA Seri Perlis 1.

Beberapa lokasi lain seperti PPR Sungai Bonus dan PPR Seri Malaysia pula sedang dalam proses pelaksanaan yang menunjukkan projek ini bukan sekadar pengumuman tetapi benar-benar sedang berjalan di lapangan.

Jika momentum ini dikekalkan, tidak mustahil menjelang hujung tahun nanti sebahagian besar kawasan perumahan rakyat di Kuala Lumpur akan mengalami perubahan yang ketara dari segi kualiti infrastruktur asas.

Lebih menarik, projek ini bukan hanya tertumpu kepada jalan semata-mata kerana DBKL turut memperuntukkan lebih RM200 juta bagi kos operasi melibatkan pembaikan elektrik, paip dan sistem pembetungan.

Dalam masa yang sama, sebanyak RM95 juta lagi disalurkan untuk kerja pembangunan termasuk mengecat bangunan bagi memastikan persekitaran kediaman kelihatan lebih bersih dan terurus.

Gabungan penurapan jalan, pembaikan utiliti dan naik taraf visual ini secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa transformasi yang dirancang bukan bersifat kosmetik semata-mata tetapi menyentuh aspek asas kehidupan penghuni.

Keperluan rakyat

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh bersama Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dalam sidang media berkaitan projek ini turut memperlihatkan sokongan politik terhadap usaha tersebut.

Dalam naratif yang lebih luas, inisiatif ini mencerminkan satu pendekatan pentadbiran yang cuba mengalihkan fokus daripada projek mega kepada keperluan harian rakyat di kawasan bandar.

Realitinya, bagi penduduk PA dan PPR, jalan yang elok, sistem paip yang tidak bocor dan persekitaran yang selesa mungkin lebih bermakna berbanding pembangunan ikonik yang sering menjadi tumpuan.

Faktor usia bangunan yang semakin lama serta kos penyelenggaraan yang tinggi turut menjadi cabaran utama yang diakui oleh pihak DBKL dalam memastikan semua kemudahan ini berada pada tahap yang memuaskan.

Namun cabaran tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pembaikan kerana kelewatan hanya akan meningkatkan kos dan menjejaskan kualiti hidup penduduk.

Di sinilah pentingnya intervensi berskala besar seperti ini yang bukan sahaja menyelesaikan masalah sedia ada tetapi juga mencegah kerosakan yang lebih serius pada masa hadapan.

Jika dilihat dari sudut persepsi, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa apabila rakyat kembali ke Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa bulan akan datang, mereka mungkin benar-benar merasakan seolah-olah berada di bandar yang berwajah baharu.

Namun persoalan yang lebih penting ialah sama ada konsistensi penyelenggaraan ini dapat dikekalkan selepas projek ini selesai agar perubahan yang berlaku bukan sekadar bersifat sementara.

Akhirnya, inisiatif ini memberi satu mesej jelas bahawa pembangunan bandar tidak semestinya diukur melalui bangunan pencakar langit semata-mata tetapi juga melalui sejauh mana kehidupan rakyat biasa dapat ditambah baik secara nyata.


‘Tunggang’ nama kebajikan, SPRM bongkar kes seleweng dana NGO makin melonjak


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan peningkatan kes penyelewengan yang membabitkan dana awam, termasuk derma dan infak kebajikan.

Lebih lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan kutipan bantuan kini disiasat termasuk pertubuhan yang mengutip sumbangan atas nama Palestin.

Selain NGO, individu termasuk pempengaruh media sosial turut dikesan aktif mengutip dana dan infak daripada orang ramai kononnya bagi tujuan kebajikan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, aktiviti kutipan dana awam atau crowdfunding kini semakin berleluasa, sekali gus membuka ruang kepada penyelewengan berikutan ketiadaan mekanisme semak dan imbang yang telus.

“Ramai beranggapan dana awam hanya membabitkan dana kerajaan, namun dalam siasatan SPRM, badan seperti NGO kebajikan yang menyeleweng dana daripada masyarakat juga boleh dikenakan tindakan.

“Siasatan mendapati pihak terbabit biasanya memperoleh keuntungan segera sehingga mencecah jutaan ringgit melalui dana yang disumbangkan kepada NGO berkenaan,” katanya, dipetik BH.

Menurutnya, sejumlah besar dana bahkan dikesan dipindahkan ke akaun peribadi yang dipercayai milik pengurusan tertinggi badan terbabit.

“Situasi ini amat menyedihkan kerana orang ramai menyumbang atas nama kebajikan dan agama,” ujarnya.

Beliau menambah, aktiviti jenayah itu turut berkembang pesat dengan kewujudan platform media sosial seperti TikTok dan Facebook yang memudahkan kutipan dana dilakukan oleh sesiapa sahaja.




Lantikan politik punca dana rakyat terjejas walau Terengganu terima peruntukan Persekutuan tertinggi


 


Lantikan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu didakwa menjadi antara punca utama kekangan kewangan negeri Terengganu, meskipun menerima peruntukan tertinggi daripada Kerajaan Persekutuan.

Kumpulan Facebook Greater Terengganu Development (GTD) menerusi satu kenyataan mendakwa, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2024, Terengganu menerima sebanyak RM2.003 bilion daripada Kerajaan Persekutuan iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh sedekad di Semenanjung Malaysia.

Daripada jumlah itu, RM449.7 juta merupakan geran Persekutuan manakala RM1.553 bilion lagi disalurkan melalui Dana Khas Persekutuan atau royalti petroleum.

Namun, menurut GTD, sebahagian besar dana tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan operasi.

Ia termasuk RM706.72 juta bagi bayaran gaji dan emolumen yang turut melibatkan ribuan lantikan politik kerajaan negeri.

Selain itu, dana berkenaan turut dibelanjakan untuk bayaran kontraktor (RM400.77 juta), bayaran tertunda projek pembangunan (RM318.5 juta), pembayaran hutang (RM100.72 juta) serta insentif skim persaraan (RM26.32 juta).

Menurut kenyataan itu, tiada peruntukan disalurkan kepada Penyelaras Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN), sekali gus menolak dakwaan kononnya wujud penyaluran dana kepada lantikan politik di peringkat Persekutuan.

Beban emolumen tinggi

Dalam masa sama, GTD mempersoalkan keutamaan kerajaan negeri apabila beban emolumen yang tinggi melibatkan lantikan politik menyumbang kepada peningkatan jumlah kakitangan awam negeri sehingga hampir 15,000 orang.

Keadaan itu, menurut mereka, menyebabkan perbelanjaan gaji negeri menjadi antara yang tertinggi di Malaysia dan menjejaskan keupayaan untuk menyalurkan bantuan terus kepada rakyat seperti Dana Raya atau bantuan persekolahan.

GTD turut mendakwa sekiranya jumlah lantikan politik dapat dikurangkan, kerajaan negeri berpotensi menjimatkan sehingga RM200 juta setahun yang boleh dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat.

“Inilah punca sebenar yang menyebabkan masalah kewangan kerajaan negeri pada masa kini,” menurut kenyataan itu lagi.


Azmin Ali Akan Kembali Dalam PKR Untuk Menangkan PG


 

PERJUANGAN SIA-SIA!! - HENTAM TUN M KOW-KOW - TETAPI TIDAK DIHARGAI PMX | RAFIZI IMF


 

Ada ‘syarat’ kalau mahu Dr Sam jadi PM


 


Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya parti itu mesti kuat di seluruh negara bukan hanya di Pantai Timur dan kawasan ‘Malay belt’ sahaja.

Menurut bekas Exco Selangor berkenaan, keadaan itu perlu wujud terlebih dahulu sekiranya mahu Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi PN diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

“Menang semua kerusi di sana (Pantai Timur dan kawasan ‘Malay Belt’) belum lagi dapat menabalkan Dr Sam sebagai PM.

“Jadi, kalau hendak Dr Sam jadi PM, PN terutamanya Pas mesti juga kuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Sabah,” katanya menurut hantaran di Facebook pagi ini.

Sebelum ini, Zaharudin Muhammad iaitu menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu dia sependapat dengan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad lebih layak menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN bukan bermatlamat untuk dijadikan sebagai ‘poster boy’ sekali gus calon Perdana Menteri.

Bendahari Agung Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya parti itu mesti kuat di seluruh negara bukan hanya di Pantai Timur dan kawasan ‘Malay belt’ sahaja.

Menurut bekas Exco Selangor berkenaan, keadaan itu perlu wujud terlebih dahulu sekiranya mahu Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi PN diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

“Menang semua kerusi di sana (Pantai Timur dan kawasan ‘Malay Belt’) belum lagi dapat menabalkan Dr Sam sebagai PM.

“Jadi, kalau hendak Dr Sam jadi PM, PN terutamanya Pas mesti juga kuat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Sabah,” katanya menurut hantaran di Facebook pagi ini.

Sebelum ini, Zaharudin Muhammad iaitu menantu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberitahu dia sependapat dengan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad lebih layak menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, pelantikan Samsuri sebagai Pengerusi PN bukan bermatlamat untuk dijadikan sebagai ‘poster boy’ sekali gus calon Perdana Menteri.