BUKAN SEORANG SAJA AHLI PARLIMEN YANG DAPAT SOGOKAN


Menurut beliau kejadian itu berlaku pada 3 Mac lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’. Tiba-tiba keluar pula pendedahan bekas Ahli Parlimen KEADILAN, Steven Choong Shiau Yoon bahawa beliau dijanjikan jawatan rasmi oleh Muhyiddin bagi membantu kerajaan membangunkan kembali ekonomi negara.




BM13 | 190612 | "Peristiwa Isra' Mikraj & Bekas Gigi Si Tora" - Ustaz Sh...

video : TAK TAHU MENARI DIKATAKAN TANAH TINGGI RENDAH



Ahli Parlimen Bagan itu melihat setakat ini, tidak ada inisiatif ekonomi untuk menyelamatkan industri pelancongan yang rugi RM100 bilion tahun lalu. “Apakah Proklamasi Darurat dan penggantungan Parlimen yang diusulkan oleh Perdana Menteri adalah satu alasan licik bagi menutup kegagalan dan salah urus mereka?” soal Guan Eng.






KATA ORANG, HANYA RAKYAT BAHALOL PILIH PEMIMPIN TOLOL.

 

.May be an image of 1 person, sitting and text that says "BERITA Azneal Ishak malaysiakini.com Shazni: PH tak patut kerjasama 'kluster mahkamah Umno'"

Ya. Dengan kluster mahkamah UMNO dia taknak kerjasama OK tapi dengan Kluster KETUA PNkhianat, PNyangak, PNipu, Kepala Perompak, PNyamun yang tu dia nak sangat?

 

Ketua AMK atau Ahli-ahhli Pemuda Amanah, DAP dan Ketua Pemuda DAP yg memg bahalol sebab pilih pemimpin TOLOL?..lapaqkan AtukSAKATua.

 

KP yang berfikir di LUAR OTAK. Tarak Akai.

Wallahualam.

- Zus Din

11 March 2021

 

BANI LOBAI… SAPA YANG MENYENTAP? BUAYA ATAU PENGAIL…


May be an image of 1 person, standing, fishing rod and body of waterMay be an image of one or more people, people standing and text that says "Sinar Haran Kristian boleh guna kalimah ALLAH"May be an image of 1 person, standing and body of water



BOB KELANANG


Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat dibenarkan dalam ajaran Kristian. Cuma, ia perlu disertakan dengan penafian; hanya untuk orang Kristian.

Jika ia berlaku pada kerajaan PH dahulu, aku dapat membayangkan bagaimana propaganda sentimen keagamaan yang akan berlaku. Mujurlah pada hari ini kita ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam Bertaqwa.

Jom kita tengok reaksi PAS yang "keluar anak tekak" menentang isu ini dulu. Kita bersama-sama tunggu respons daripada mereka yang dahulu konsisten memperjuangkan isu ini. - 𝘙𝘢𝘩𝘮𝘢𝘯 𝘐𝘮𝘶𝘥𝘢

Isu penggunaan kalimah Allah, pada masa tu Pas ada dua "mazhab".

#Satu, Mazhab Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim.

#Dua, mazhab Allahyarham Ustaz Harun Din yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk non-Muslim.

Saya ketika itu antara yang bersetuju penggunaan kalimah Allah kepada non-Muslim, sehingga kerajaan negeri Kelantan menjemput saya membentangkan hujah agama dalam mendokong pandangan saya.

Masa itu, saya dipanggil oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk memberikan penjelasan hujah saya bersetuju tersebut. Menariknya, selepas saya memberi penjelasan panjang lebar dari sudut dalil al-Quran, hadis DAN kaedah Usul fiqh, tok guru keluar dari bilik, didapati penuh wartawan.

Apabila ditanya, Tok Guru Nik Aziz jawab cukup mudah.

"Ayah Nabi Muhammad nama Abdullah. Masa tu, Nabi Muhammad belum dilahirkan lagi. Sebelum Nabi bawa Islam, orang bukan Islam dah guna dah kalimah Allah". Alamak. Simple je jawapan Tok Guru Nik Abdul Aziz, tapi padat - 𝘜𝘴𝘵. 𝘏𝘦𝘳𝘫𝘶𝘯𝘰𝘵 𝘈𝘭𝘪

 

VIDEO : Lompat Parti, Khianat Atau Strategi ?

VIDEO: PRESIDEN PAS MEMANCING BUAYA?



“Maka, sudah tentu bukan mudah untuk menzahirkan seseorang yang dianggap bijak boleh menjadi pembela kepada makhluk di luar tabii. Justeru, betapa sukarnya untuk mengail manusia yang bersifat laksana buaya yang ganas dan dianggap cerdik.” Hadi menggunakan naratif umat Nabi Lut A.S.seolah-olah mahu orang ramai percaya wujud persamaannya dengan Tengku Maimun, para hakim terbabit dan mereka yang menyokong keputusan mahkamah Persekutuan itu.








30 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL. ANWAR TERIMA KUNJUNGAN PESURUHJAYA TANZANIA


May be an image of 1 person, sitting, suit and indoor

May be an image of 1 person, sitting and indoorMay be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor


Pagi ini saya terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Republik Bersatu Tanzania TYT Dr. Ramadhani K. Dau di pejabat.

Kami bincang pelbagai isu terkait hubungan baik kedua-dua negara.

Republik Bersatu Tanzania adalah sebuah negara di timur Afrika, dan jumlah eksport Malaysia ke Tanzania pada tahun 2018 adalah sebanyak US$149.69 juta. Negara ini juga terkenal dengan gunung tertinggi di Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro.

Semoga hubungan ini terus kukuh dan dipertingkat demi rakyat kedua-dua negara.

-

This morning I received a courtesy call from the High Commissioner of the United Republic of Tanzania, H.E. Dr. Ramadhani K. Dau, at the office.

We discussed various matters pertaining to the close bilateral relations between Malaysia and Tanzania.

The United Republic of Tanzania is a country in East Africa, and Malaysian export to Tanzania in 2018 amounts to US$149.69 million. The country is also known for having the highest mountain in Africa, Mount Kilimanjaro.

May relations between our two countries and people continue to be forged and strengthened.

 

Panas! Razman tempelak Tajuddin bagi kenyataan liar

 

Panas! Razman tempelak Tajuddin bagi kenyataan liar


Kenyataan Pas tidak boleh berkempen untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mana-mana kawasan yang bertembung dengan calon UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan pandangan peribadi yang tidak mewakili parti.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sehubungan itu kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu tidak boleh diambil kira.

Menurutnya, Pas tidak mengambil kira kenyataan-kenyataan liar dari luar seperti itu dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Ini bukan politik veto, kenyataan beliau tidak boleh diambil kira kerana itu adalah kenyataan secara persendirian, kenyataan bukan mewakili parti UMNO secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Menteri Besar Bersama Rakyat di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.

Razman berkata, Pas tetap mengharapkan kestabilan politik dalam kalangan parti-parti Melayu dan mereka sepatutnya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam keadaan politik hari ini.

Katanya, sekiranya parti-parti Melayu masing -masing ingin membawa haluan, negara akan mengalami suasana politik yang tidak stabil dan merugikan rakyat.

“Pas berharap penyatuan yang ada sekarang di antara UMNO, Pas dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) kekal untuk mengelak mudarat yang lebih besar.

“Kita tidak mahu pertembungan antara parti-parti Melayu menyebabkan DAP berkuasa kerana mereka akan mengambil kesempatan,” katanya.

Menurutnya, apa pun sebarang keputusan mengenai kerjasama Pas dengan parti lain bergantung kepada pucuk pimpinan Pas Pusat dan pimpinan negeri serta akar umbi akan akur dan taat pada setiap keputusan yang dibuat.

Semalam, Tajuddin berkata, UMNO tiada masalah jika Pas ingin terus bekerjasama dengan Bersatu namun jangan menyusahkan UMNO dengan tidak boleh berkempen untuk Bersatu di mana-mana kawasan yang bertembung dengan calon UMNO dalam PRU akan datang.  




KLUSTER ATOK OK PULAK KAH?

 


PH tak patut kerjasama dengan ‘kluster mahkamah’ UMNO, kata Shazni

PH tak patut kerjasama dengan ‘kluster mahkamah’ UMNO, kata Shazni

Ketika PKR dan kumpulan tertentu dalam Umno terus melontarkan idea kemungkinan kerjasama menjelang PRU15, seorang pemimpin Pakatan Harapan memberikan amarannya.

Ketua Pemuda PH yang baru, Shazni Munir berkata langkah ini boleh menyebabkan gabungan itu kehilangan penyokong teras mereka.

Katanya, sebarang kerjasama dengan Umno, sebelum atau selepas PRU15, tidak boleh melibatkan pemimpin “kluster mahkamah” yang menghadapi tuduhan rasuah.

“Kluster mahkamah ni PH tak sepatutnya kerjasama

“Sepatutnya tidak boleh. Kalau kita pergi ke arah itu, kerisauan paling besar macam mana kita nak jawab kepada rakyat bila perkara itu berlaku.

“Apa kita nak justify? Bertahun-tahun kita lawan rasuah. Bertahun-tahun kita lawan penyalahgunaan kuasa.

“Tiba-tiba bila kita berdepan PRU atau selepas PRU, kita kerjasama dengan pihak-pihak macam ini.

“Kita hendak jawab apa balik dengan rakyat yang selama ini menyokong dan percaya dengan agenda reformasi yang kita nak buat,” kata Shazni kepada Malaysiakini ketika wawancara pada Selasa.

Pemimpin Umno “kluster mahkamah” termasuklah presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

 

Pemimpin Umno ini digambarkan lawan mereka sebagai ‘terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan diri daripada sabitan bersalah di mahkamah.

Antara pemimpin kluster ini, bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah melobi Uno dan BN untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Pun begitu, pengkritik “kluster mahkamah” mendakwa langkah menjalinkan kerjasama antara Umno dan PKR masih berjalan.

PH perlu terbuka bincang pembangkang lain

Pemerhati politik percaya “kluster mahkamah” yang memutuskan menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional pada PRU15.

Penganalisis juga mendakwa kluster politik Umno inilah yang dimaksudkan Anwar sebagai sokongan “kukuh dan meyakinkan” yang diterimanya bagi membentuk kerajaan baru pada tahun lalu.

Presiden PKR tidak menolak kerjasama dengan Umno pada PRU15, mengulangi pendapatnya PH akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menyokong agenda reformasi.

 

Bagaimanapun, meneroka hubungan dengan Umno secara umumnya tidak bertentangan dengan dasar PH.

Menurut Shazni, pendirian terkini Majlis Presiden PH menyatakan gabungan itu perlu terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain dan parti-parti yang menentang pemerintahan PN sekarang.

Katanya lagi, selain mengecualikan pemimpin Umno yang disabit serta dituduh melakukan rasuah, sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti mesti dilakukan dengan PH sebagai satu gabungan.

“Sama juga dengan Umno, perbincangan Umno tidak boeh menjadi perbincangan Umno dan satu pihak saja dalam PH,” katanya.

Menurutnya, hal ini juga perlu dilaksanakan dalam perbincangan dengan parti-parti pecahan PH, sekiranya Pejuang dan Muda boleh bertanding pada PRU15 menggunakan logo PH atau parti komponen.

 

Parti Shazni, Amanah dan komponen PH, DAP dilihat lebih terbuka untuk bekerjasama dengan Pejuang – parti pimpinan ‘seteru’ Anwar, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pun begitu, hal ini menjadi hadangan dalam PKR, yang memandang kerjasama dengan Mahathir sebagai pengkhianatan kepada Anwar – yang seharusnya mengambil alih jawatan perdana menteri sebelum pentadbiran PH runtuh tahun lalu.

Itu antara alasan yang dibangkitkan Pemuda PKR dalam mengkritik pelantikan Shazni sebagai ketua Pemuda PH.

Untuk itu, Shazni mengulangi pendirian Anwar dan majlis presiden PH yang tidak melarang keterlibatan dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi.

Dia juga berkata kritikan terhadapnya hanya masalah kecil, menjelaskan kerjasama antara sayap pemuda Amanah, DAP,dan PKR masih baik dan utuh.




ADA AHLI SETIA MEMBUTA TULI

May be an image of 1 person and text that says "IR Info RAKYAT Dari segi agama, rakyat wajib mengikut arahan pemerintah Muslimat Pas 06/02/2021 12:00 PM" 


HAMDAN TAHA


Saya akui kelebihan Pas ni ialah kesetiaan ahlinya( bukan semua) kepada pemimpin terutama pemimpin pas semuanya Ustaz Tok Guru tidak ada orang biasa.

Kenyataan muslimat Pas ni jelas bahawa dia bagitahu rakyat dalam islam kita wajib ikut apa yang kerajaan suruh buat,haram kita lawan kerajaan. Mudah kan...tapi kenyataan ini setelah Pas jadi kerajaan

Jika kerajaan itu bukan Pas maka Haram kita ikut kerajaan yang zalim,kejam,tidak ikut undang undang islam,pelembagaan dan pemerintaan masih ikut penjajah maka wajib kita lawan. Kita boleh jadi Kafir bukan kerana kita keluar islam tapi cukup kita sokong kerajaan yang mengamalkan cara pemerintahan peningalan penjajah dan bukan kerajaan islam. Kita undi bukan parti islam tapi kita undi parti yang ikut sistem yang ada sekarang hukumnya boleh terkeluar islam....tak susah untuk terkeluar islam...salah pilih kerajaan sahaja dah bole menyebabkan sesat

Itu lah ayat ayat yang saya dah dengar dan saya ikuti dari tahun 85 ketika ustaz hadi datang ceramah ke pasir salak dan saya ikut hadir ceramah tersebutmmmm

 

GALAU MUHYIDDIN DAN RAIS YATIM

RAIS UMUM LEBIH RAMAI PEMIMPIN POLITIK VETERAN UMNO AKAN SERTAI BERSATU –  Editor Malaysia 



HAMDAN TAHA

Kebimbangan saya jika Muhyudin balik dari arab dia mengadap AGUNG dan bubar parlimen

 

Kemudian Takiyudin akan mengeluarkan kenyataan bagi pihak  SPR

1. Pengundi yang layak mengundi dalam pru ke 15 hanya yang berumur 21 ke 50 sahaja

2. Pengundi berumur 18 ke 21 tidak boleh mengundi kerana belum dapat mengawal diri sendiri dari jangkitan covid 19

3. Pengundi berumur 50 ke atas tidak boleh mengundi kerana golongan ini berisiko di jangkiti covid 19

Maka PN akan menang Besar

 

Kenapa Rais Yatim yang umur 78 tahun tiba tiba bercakap bagi pihak SPR ?

Rais berkata undi pilihanraya berumur 18 tahun tidak akan berlaku pada pilihanraya ke 15

Siapa kah dia untuk buat kenyataan itu

Dia bukan pengerusi SPR

Sedangkan SPR  telah buat kenyataan telah siap sedia untuk membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun boleh mengundi

Apakah kerajaan PN takut kepada golongan ini sedang kan mereka meluluskan sebulat suara di Dewan

Pelik Malaysia ni…TAPI DI BAWAH PN

 

Sg Kim Kim sekali lagi tercemar, di mana MP Tebrau menghilang?

 


POSTED BY AMIR WRLR


KEADILAN Johor tampil mempersoalkan gerak kerja Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong selepas Sg Kim Kim tercemar baru-baru ini.



Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah dan Ketua Cabang KEADILAN Tebrau, Teoh Eng Hoon dalam kenyataan bersama berkata Sg Kim Kim terletak dalam Parlimen Tebrau, bukan dalam Parlimen Pasir Gudang.



"Adalah menjadi tanggungjawab penuh Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon untuk menyelesaikan masalah ini dengan pantas," katanya.



Mereka juga menganggap Steven sepatutnya mempunyai kuasa yang lebih besar setelah menjadi salah seorang ahli Parlimen kerajaan.



"Tempoh hari, Ahli Parlimen Tebrau keluar KEADILAN dan menyokong Perdana Menteri dengan alasan untuk mendapat akses berjumpa menteri atau ketua-ketua agensi kerajaan supaya isu-isu rakyat dalam Parlimen Tebrau dapat diselesaikan dan salah satu isu yang ditegaskan oleh beliau ialah isu pencemaran sungai.



"Namun sehingga saat ini kita dapati Ahli Parlimen Tebrau masih lagi membisu.



"Justeru, kita mendesak supaya Ahli Parlimen Tebrau segera turun padang selesaikan isu pencemaran Sg Kim Kim dan pastikan ianya tidak lagi berulang pada masa hadapan.



"Sekiranya isu pencemaran ini tidak dapat diselesaikan seberapa segera, kita tuntut supaya Ahli Parlimen Tebrau meletakkan jawatan serta merta," katanya.

 


Kerajaan PN digesa perkenal kerangka ekonomi digital Malaysia

 


Ekonomi digital semakin mengambil alih ekonomi konvensional ketika era pandemik Covid 19.



Dengan aktiviti pembelian secara atas talian dan berkembangnya khidmat penghantaran barang ke rumah, maka ekonomi digital akan mengubah landskap kehidupan secara keseluruhan sedikit masa lagi.



Bagi mantan Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub, kelewatan kerajaan Malaysia dalam membina kerangka ekonomi digital akan mempengaruhi daya saing negara dan dijangka bakal ketinggalan berbanding Singapura atau Indonesia yang kelihatan berjaya menarik pelaburan asing, berupa pemain-pemain utama teknologi digital dunia.



Sekiranya kerajaan tidak mampu menyahut cabaran itu, katanya, pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) boleh memperkenalkan Agenda Ekonomi Digital Malaysia (AEDM) 2030 bagi dipersembahkan kepada rakyat dan digarap sebagai dasar negara sekiranya PH terpilih sebagai pemerintah dalam Pilihan Raya Umum akan datang.



"Hari ini kita berdepan dengan impak Covid 19 yang secara global merasainya (kelembapan ekonomi).



"Juga dalam masa sama senario teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Revolusi Industri (IR) 4.0 telah mengambialih ekonomi konvensional.



"Dalam konteks ekonomi digital ini kita saksikan ia bermula serba sedikit pada 1996 (di Malaysia) apabila kerajaan melancarkan Multimedia Super Coridor (MSC) pada 1996.



"Kalau kita saksikan di seluruh dunia pada hari ini ekonomi digital berkembang pantas. Pada tahun 2020 sebanyak 4.5 bilion penduduk dunia menggunakan internet dalam kehidupan harian mereka.



"Manakal e-dagang pula dalam konteks dunia pada tahun 2020 berjumlah AS$2 trilion. Dijangkakan pada 2023 e-dagang dunia akan meningkat kepada AS$ 6.5 trilion. Ini gambaran bagaimana ekonomi digital berkembang," katanya dalam siaran langsung Facebook Gabungan Reformis Malaysia, bertajuk: "Agenda Digital Ekonomi Manusiawi 2030", baru-baru ini.



Katanya, dasar digital yang dilancarkan kerajaan Malaysia hari ini kelihatan kurang lengkap dan tidak menyentuh isu asas ekonomi digital serta bagaimana rakyat Malaysia akan menguasai platform digital berkenaan pada sedekad akan datang.



"Dalam konteks Malaysia pada tahun lepas kerajaan melancarkan MyDigital yang antara lain menegaskan 6 teras strategi yang telah dibentangkan oleh Unit Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.



"Kalau kita lihat, mahu tidak mahu ekonomi manusia akan bergerak sepenuhnya sama ada aktiviti ekonomi mahu pun sosial, sama ada sektor pengeluaran atau penglibatan teknologi digital oleh peniaga dan kerajaan, akan berlaku sepenuhnya pada masa depan (tanpa menunggu kerajaan bersedia atau tidak)," katanya lagi.



Oleh itu, kata Koordinator Gabungan Reformis Malaysia itu menegaskan, tiba masanya PH merangka satu garapan menyeluruh AEDM 2030 bagi menyediakan latihan semula kepada rakyat yang mungkin kehilangan pekerjaan, siswazah yang sukar mendapat pekerjaan juga keseluruhan platform teknologi digital agar tidak ketinggalan berbanding negara serantau.

 

(function() { var d = document, w = window; w

Hannah Yeoh: Nak Melanjutkan Masa Mensyuarat Kerajaan Ini Pun Takut, Ker...