JANGAN LUPA SIAPA DERHAKA

Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN

V. Sivakumar

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.

Tetapi, kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli "katak" untuk mereka kembali berkuasa di negeri Perak.

Tetapi rakyat Perak tidak mudah lupa. Kini mereka sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 untuk memberi satu tamparan kepada BN yang bongkak dan rakus dalam menjatuhkan kerajaan pilihan mereka.

Peristiwa-peristiwa hitam di Perak

Rakyat Perak masih ingat tentang peristiwa-peristiwa hitam yang berlaku di pada tahun 2009. Antara kerakusan, kezaliman dan ketamakan kuasa UMNO-BN ialah:

  • Peristiwa "lompat katak" yang menghilangkan majoriti kerajaan Pakatan Rakyat di DUN Perak.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar keputusan Speaker DUN Perak yang mengosongkan tiga kerusi DUN iaitu Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
  • Setiausaha Kerajaan Negeri membuat perangai dengan menghalau pimpinan Pakatan Rakyat daripada bangunan SUK Negeri Perak.
  • Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin, dipaksa untuk meletak jawatannya walaupun beliau tidak mahu berbuat demikian kerana kaedah yang bertentangan dengan undang-undang.
  • Perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar BN sewaktu Nizar masih sah sebagai Menteri Besar dan tidak dilakukan melalui undi tidak percaya mengikut proses undang-undang.
  • Perlantikan Penasihat Undang-undang Negeri untuk mewakili Speaker di Mahkamah walaupun Speaker tidak mahu pegawai itu mewakilinya. Tujuannya adalah untuk menghalang Speaker melantik peguamnya sendiri.
  • Menghalang Speaker daripada mengadakan sidang DUN untuk menyelesaikan krisis politik negeri Perak. Alasan diberi bahawa Speaker tidak ada kuasa memanggil dewan bersidang sedangkan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak memberi kuasa itu kepada Speaker.
  • Tidak mengakui keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan yang menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam orang EXCO lain selama 12 bulan daripada menghadiri sidang DUN.
  • Mengunakan ratusan polis, FRU dan samseng untuk menghalang ADUN-ADUN memasuki bangunan SUK untuk bersidang pada 3 Mac 2009.
  • Peristiwa persidangan bawah pokok yang menjadi kemuncak akibat kejahatan BN menghalang Speaker menjalankan kewajipannya.
  • Perbuatan memecahkan plak pokok demokrasi oleh manusia-manusia yang tidak bermoral.
  • Peristiwa Persidangan 7 Mei yang memalukan Perak dan Malaysia apabila berpuluh-puluh orang anggota polis menceroboh memasuki DUN Perak untuk mengusung keluar Speaker dan menguncinya dalam sebuah bilik stor.
  • Kekecohan yang berlaku dalam DUN kerana melantik Ganesan sebagai Speaker dengan cara yang jijik dan tidak sah.
  • Semua keputusan-keputusan mahkamah dalam kes Menteri Besar, Speaker dan Ketua Kampung berpihak kepada BN walau pun ramai pakar Perlembagaan tidak bersetuju dengan keputusan-keputusan itu.
  • Pengakuan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi baru-baru ini bahawa beliau tidak terlibat dalam melantik panel-panel hakim dalam semua kes-kes negeri Perak walaupun itu adalah keperluan mandatori mengikut peruntukan undang-undang.
  • Mahkamah Tinggi sebenarnya telah membuat keputusan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah tetapi kemudian keputusan itu diubah semula pada keesokan harinya.
  • Peristiwa merampas jubah dan songkok Speaker di bangunan SUK dengan menggunakan kekerasan anggota polis.
  • DUN disalahgunakan oleh BN dengan cara menutup mikrofon dan pembesar suara, tidak memberi peluang kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk berbahas, tidak menjawab soalan-soalan lisan dan bertulis, masa persidangan yang terlalu singkat, pihak media diletakkan dalam bilik galeri, tidak membenarkan rakaman audio dan video, berpuluh-puluh anggota polis mengawal persidangan dan macam-macam lagi.
  • Bajet Negeri Perak diluluskan dalam 20 minit tanpa perbahasan.
  • Pelbagai laporan polis dan SPRM dibuat terhadap Speaker untuk mengertak dan mengugut Speaker daripada menjalankan tugasnya .

Rakyat akan mengajar UMNO-BN

Semua peristiwa-peristiwa ini masih jernih dalam ingatan rakyat Perak. BN telah melakukan kesilapan besar dengan mengandaikan bahawa rakyat kita mudah lupa.

Oleh itu, mereka telah menggunakan SPR, SPRM, mahkamah, polis, media, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri untuk merampas kerajaan rakyat secara tidak sah.

Tetapi, rakyat Perak tidak akan memaafkan BN kerana menggunakan segala bentuk kekerasan dan taktik kotor untuk rampas satu kerajaan yang diberi kuasa oleh mereka.

Oleh yang demikian, BN haruslah bersedia untuk menerima tamparan rakyat dalam PRU13, bukan sahaja di negeri Perak, malah kesan limpahan juga akan dirasakan di peringkat persekutuan.

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini. V. Sivakumar (gambar kanan, kanan) ialah Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Tronoh.

LAWAK DAN KELENTONG DAH MULA

Polis hari ini mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman seorang ahli perniagaan yang dipercayai berpangkat 'Datuk' bagi membantu siasatan kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Mana pula lembu yang dihitamkan setelah yang membeli dan menyamun orang lain.Patut siasat dan tahan empunya pinjaman loan 250 juta .Sama ada sharizat atau suaminya...tapi nampak pelik sikit..siapa yang ditahan ??Datuk mana pualak yang ditahan?

Lihat pula kenyataan dibawah:

Jelasnya, suspek berkenaan pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Kita belum rekod apa-apa kenyataan daripada dia berhubung NFC," katanya lagi ketika ditanya sama ada lelaki berkenaan disiasat berhubung kes berkenaan.

Pulak....dah disoalsiasat selama 3 jam tapi belum pula direkod kenyataan...adoiiii seronok betul lah siapa yang songlap dan siapa pula yang disoalsiasat.Yang disiasat pegawai bank,pegawai pertanian tu buat apa? mereka ini menurut arahan pak menteri..jadi lain yang balun dan sapu..lain pula yang kena siasat....Malaysia The BOlehland



Lepas polis siasat..polis serah SPRM...lepas SPRM...lepas kat mana pulak...sah lepas kat jabatan emigresen,lepas tu pos Malaysia dan akhirnya sisasatan selesai dan pihak berkuasa mendapati bahawa kes ini tidak melibatkan rasuah ..akan tetapi salahurus dana kerajaan dan ianya tidak menyalahi undang-undang melainkan salah dari segi moral..ek..ek


Pihak polis telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berumur 45 tahun, yang ditahan reman, berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes National Feedlot Corporation (NFC).