Felda sudah ‘miskin’ - Mazlan Aliman

Felda sudah ‘miskin’ - Mazlan Aliman



FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda
felda
Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.

Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.

Felda sudah ‘miskin’ sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.

Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.

Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.

FGV yang dijulang sebagai ‘ Santa Claus’, rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.

Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….

Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..

Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena ‘kencing’ UMNO je lah…

Mazlan Aliman

Pengerusi

Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

Perbahasan Belanjawan 2016 Rafizi Ramli

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015


Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015/2016
Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan :

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI

Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN

Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI

Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI

Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG

Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.

Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998

Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA

Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.

Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN

Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.

Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin.

L

Jangan ajar mahasiswa benci agama lain untuk cintai Islam


Dyana_ww
KUALA LUMPUR 15 DIS: Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Dyana Sofya Mohd Daud menggesa tindakan diambil terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menganjurkan seminar yang berbaur provokasi terhadap agama lain.
Merujuk seminar bertajuk “Ancaman Gerakan Permurtadan Kristianisasi” pada Sabtu lalu di UiTM Lendu, Melaka, beliau mempersoal niat penganjur yang mengajak mahasiswa beragama Islam memantapkan akidah dengan cara membenci agama lain.
“Saya tertanya-tanya dengan logik UiTM dalam perkara ini. Adakah cara untuk menguatkan akidah umat Islam adalah dengan memburuk-burukkan agama lain?” katanya pada kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, UiTM menganjurkan program seakan-akan sama pada 6 Mei di cawangannya di Shah Alam tetapi tiada tindakan diambil.
“Mengapa tiada apa-apa tindakan diambil ke atas mereka yang menganjurkan seminar berbaur provokasi keagamaan pada tahun lepas dan pada kali ini?”
“Ini menunjukkan UiTM membenarkan aktiviti provokasi keagamaan yang tidak sihat dan mahu menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya.
Menyifatkan seminar itu tidak masuk akal, beliau juga mempersoalkan jika seminar sama dianjurkan dengan provokasi dihala terhadap Islam yang tentu penganutnya berasa tersinggung.
“Bayangkan aktiviti sama dilakukan bertajuk anti-Islam di institusi pengajian tinggi? Saya percaya umat Islam akan tersinggung dan secara langsung akan menimbulkan kemarahan,” katanya.
Menyifatkan Islam sebagai agama harmoni dan tidak perlu memburuk-burukan agama lain untuk menyatakan keindahannya, Dyana mencadangkan supaya program pemahaman antara agama lebih sesuai dalam menyelami kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.
“Kita patut mencontohi usaha Interfaith Network of the City of Greater Dandenong di Australia yang mengadakan aktiviti mengalakkan pemahaman, hormat-menghormati, penerimaan dan toleransi antara satu sama lain,” katanya.
Justeru, beliau mengulangi gesaan supaya program berunsur provokasi di institusi pengajian tinggi dipantau supaya kehormonian rakyat terjamin daripada pertelagahan yang akan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Bantuan RM1,000 untuk bakal mahasiswa kelahiran Pulau Pinang




Lim Guan Eng Pulau Pinang
PULAU PINANG 15 DIS: Kerajaan Negeri memberi bantuan RM1,000 kepada bakal mahasiswa tanpa melihat latar belakang kaum atau agama, yang melanjut pelajaran ke universiti tempatan.
Menyifatkan bantuan itu sebagai yang tertinggi diberi kepada bakal mahasiswa berbanding negeri lain di Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu diberi asalkan anak jati negeri ini.
“Program pemberian bantuan pendaftaran pelajar ini bermula pada tahun 2008 dengan bantuan sebanyak RM500.00 kemudian ditingkatkan kepada RM1,000.00 bermula pada tahun 2011,” katanya.
Seramai 1,321 bakal mahasiswa menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM1,000.00 dalam satu majlis yang dirasmikan Guan Eng di Seberang Perai Jumaat lalu.
Beliau berkata, bantuan itu susulan lebihan belanjawan yang diperoleh Kerajaan Pulau Pinang mengatasi pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah negeri itu antara 1957 ke 2007.
“Kerajaan Negeri mencatat lebihan belanjawan setiap tahun, malah lebihan belanjawan sejak 2008 ialah RM507 juta dalam tempoh tujuh tahun, dari tahun 2008 ke 2014.
“Angka itu jauh lebih baik berbanding tempoh 50 tahun sebelum ini iaitu dari 1957 ke 2007 iaiatu RM373 juta,” katanya yang menyifatkan peningkatan itu hasil pentadbiran ‘bersih’ yang bebas rasuah dan salah guna kuasa.

‘UMNO KEMBALI PECAH KEPADA TEAM A, TEAM B’ – KHALID SAMAD

BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA KATA PAS ‘MENGONGKONG’