PMX HADIR MAJLIS MESYUARAT BAGI AGAMA ISLAM.

 


Alhamdulillah hari ini, saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-72, yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.









Turut sama menghadiri mesyuarat ini adalah YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), ahli yang dilantik mewakili negeri-negeri, pemimpin tertinggi kerajaan, serta semua ahli MKI yang dilantik mengikut kepada kepakaran masing-masing.


Mesyuarat ini adalah ruang dan wadah terbaik di antara institusi Raja bersama anggota pentadbiran Kerajaan dalam meneliti serta membincangkan isu-isu dan penyelarasan hal ehwal agama Islam di Malaysia, sementelah memberikan perhatian yang serius terhadap pembangunan insan dengan nilai ihsan, adab, dan wacana ilmu sebagai teras utama dalam memungkinkan tertegaknya Karamah Insaniah yang menjadi matlamat besar membangun tatanan yang madani. 


Selaku Timbalan Pengerusi MKI, saya menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, mencemar Duli dan mempengerusikan Mesyuarat MKI Kali Ke-72 hari ini.


Semoga ikhtiar dan azam membangun dan mengangkat martabat Islam ini akan terus dipelihara demi maslahat umat dan negara.


#MalaysiaMADANI



TAMPILKANLAH DIRI WAHAI 10 MP BN!!



Di sebalik Muhyiddin Yassin kekal mendakwa beliau mempunyai 115 sokongan Ahli Parlimen selepas PRU15 lalu sehingga didakwa layak untuk mengangkat sumpqh, malah telah menyerahkan segala dokumen berkaitan kepada pihak polis semalam, perkara itu sebaliknya disanggah oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.


Menurut Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya hanya memiliki 105 sokongan Ahli Parlimen saja, bukan 115.


Ini kerana, kata beliau, ada 10 Ahli Parlimen BN telah menandatangani dua SD – satu yang menyokong BN dan satu lagi menyokong  Pengerusi PN itu.


“Sebab itu Muhyiddin sebenarnya  tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.


“Saya saksi hidup. 115 SD yang dikatakan ada itu termasuk 10 SD daripada Ahli-Ahli Parlimen yang tandatangani dua SD. 


“Dengan BN mereka tandatangan, dengan PN juga tandatangan” ujar Zahid Hamidi lagi.


Selain itu, Zahid Hamidi berkata, setiap calon BN turut menandatangani tiga dokumen lain sebelum mereka menjadi calon.


“Semua dokumen ditandatangani dirakam dengan video dan dibuat di depan pesuruhjaya sumpah serta tiga peguam.


“Antaranya jika mereka keluar atau menyokong pihak lain, mereka mesti bayar penalti RM100 juta.


“Dua dokumen lagi yang ditandatangani ialah memberi kuasa sepenuhnya kepada Pengerusi BN untuk membentuk kerajaan dan mewujudkan kerajaan campuran atau sebarang tindakan di kearah pembentukan kerajaan.


Dokumen ketiga ialah setuju bahawa kerusi yang ditandingi calon BN adalah kepunyaan parti bukan kepunyaan individu,” tegasnya.


Dalam hal ini, yang menarik untuk diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang ialah siapakah 10 Ahli Parlimen BN berkenaan?


Kenapa mereka menandatangani dua SD?


Antara dua SD itu, yang mana ditandatangani dengan ikhlas dan yang mana pula tanpa kerelaan?


Oleh itu, tampillah wahai 10 Ahli Parlimen BN berkaitan untuk menjelaskan segala kekusutan dan kekeliruan.


Janganlah berdiam diri dan mendekam sunyi seolah-olah dalam isu yang timbul sekarang, mereka tiada apa-apa kaitan.


Hakikatnya, kerana tindakan mereka menandatangani dua SD itulah yang menjadi punca berlakunya kekecohan yang tak sudah-sudah sampai sekarang.


Jika daripada awal mereka tidak menandatangani SD menyokong Muhyidddin, terutama kerana menyedari ada tiga dokumen perjanjian telah ditandatangani terhadap parti, sudah pasti Pengerusi BN tidak mengomel tak puas hati mengapa tidak dijemput ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sampai sekarang dan tidak perlulah juga sampai pihak polis perlu menjalankan siasatan.


Sekali lagi ditekankan, tampilkanlah diri wahai 10 MP!! – ShahbudinHusin 22Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/22/tampilkanlah-diri-wahai-10-mp-bn.html



BEBERAPA PERSOALAN TENTANG USUL 72 UMNO BAHAGIAN TUNTUT PENGAMPUNAN PENUH NAJIB



Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2024 bahawa sebanyak 72 usul diterima daripada UMNO bahagian di seluruh negara yang menuntut Najib Razak diberi pengampunan penuh.


Katanya, ini menunjukkan UMNO tidak akan menghentikan usahanya bagi menuntut keadilan dan pembebasan  bekas Perdana Menteri itu.


“Sesungguhnya, selagi bossku terperangkap di tirai besi, suara dan ikhtiar UMNO tak pernah terhenti.


“Mohon untuk kita terus berdoa kerana berdoa itu senjata kita.


“Semoga Allah SWT lembutkan hati dan bukakan jalan agar pembebasan  Najib berlaku berdasarkaqn Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika menyampaikan ucapan selaku Setiasaha Agung UMNO pada PAU2024.


Saya ada beberapa persoalan berkaitan perkara ini, terutama kerana nama 72 bahagian UMNO yang meluluskan usul tersebut tidak pula dimaklumkan.


Pertama, kenapa hanya 72 UMNO bahagian saja yang mengemukakan usul menuntut pembebasan Najib, sedangkan UMNO ada 191 bahagian?


Ke mana perginya 119 UMNO bahagian yang lain?


Apakah mereka tidak setuju Najib diberi pengampunan penuh?


Jika isu pembebasan Najib kononnya begitu penting untuk diperjuangkan, kenapa ibu pejabat UMNO tidak mengatur agar semua 191 bahagian UMNO meluluskan usul berkenaan?


Kedua, – adakah UMNO bahagian yang diterajui pimpinan Top 5 – Presiden (Bagan Datuk), Timbalan Presiden (Rembau), 3 Naib Presiden( Cameron Highlands, Pasir Gudang dan Titiwangsa), turut sama meluluskan usul menuntut pengampunan penuh untuk Najib itu?


Ketiga, mahu dibuat apa dengan usul itu setelah ia dibahas dan diluluskan oleh PAU2024 yang berakhir esok?


Dulu, sebarang usul PAU mudah dijadikan kenyataan kerana UMNO mengetuai kerajaan dan Presiden UMNO adalah juga Perdana Menteri, namun sekarang, parti yang mengetuai kerajaan ialah PH dan Perdana Menteri pula disandang oleh Presiden PKR.


Apakah UMNO akan mengangkat usul menuntut pengampunan penuh itu kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk tindakan seterusnya atau habis setakat bergema di Dewan Merdeka, WTCKL saja?


Keempat, jika Anwar tidak memperdulikannya, buat tak tahu dan enggan berbuat apa-apa untuk melaksanakannya usul yang dituntut itu, apa UMNO mahu lakukan seterusnya?


Apakah UMNO mahu terus berada dalam kerajaan dan bila tiba PAU tahun depan nanti, sekali lagi tuntutan membebaskan Najib akan terus dikumandangkan lagi?


Atau UMNO sedia keluar meninggalkan kerajaan sebagai tanda kesetiaan tak berbelah bahagi kepada Najib, walaupun sedar tindakan  keluar kerajaan itu tidak pun akan menyebabkan kerajaan tumbang?


Kelima, kenapa dalam isu ini, UMNO cuba melangkah bendul dalam perjuangannya kerana parti itu tidak pula ternampak bersungguh-sungguh menuntut kerajaan mengesahkan sama ada wujud atau titah adendum Agong ke-16 yang membenarkan Najib diberi tahanan rumah?


Jika tahanan rumah yang khabarnya telah ada titah adendum pun tidak diperjuangkan sepenuh hati oleh UMNO, bagaimana mahu menuntut pembebasan penuh buat Najib?


Akhirnya, apa nasib Najib?


Apa  yang boleh saya kata – usul ini takkan ke mana-mana, sama macam sejuta tandatangan yang mahu dikumpul UMNO  sebelum ini tapi sudahnya, senyap begitu saja.


Masa makin berlalu tapi seinci pun kedudukan Najib tidak berubah daripada Penjara Kajang. 


Walaupun bukan penyokong Najib, saya turut kesian kepadanya. – ShahbudinHusin 23Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/23/beberapa-persoalan-tentang-usul-72-umno-bahagian-tuntut-pengampunan-penuh-najib.html



PUAK KHAWARIJ

 


Entahlah,


Sejak dari dulu lagi ana dah rasa pelik dengan fahaman songsang di kalangan pentaksub hijau putih, dia buat Tuhan macam kawan dia.


Kalau dia berdoa, dia lebih suka doa laknat atas lawan politiknya. Kalau boleh nak paksa Allah ikut kehendak dia.


Bukan itu sahaja, dengan beraninya dia boleh buat hukum sendiri bila ada yang lawan dia.


Tuduhan kapir, munafik, kumpulan ahzab, toghut, kafir harbi dan sebagainya sudah menjadi sinonim kepada musuhnya. 


Yang tak tahan,


Siap dia boleh tawarkan darjat mati syahid dan pasti dapat syurga kalau berjuang bersama denganya.


Sungguh parah pemikiran yang mereka bawa, tidak tercapai dek akal yang waras bila ditimbang mengikut syariat.


Yer la,


Dia ingat pangkat syurga dan mati syahid seperti boleh beli di kedai dua ringgit.


Seolah² Tuhan itu lekeh dan bodoh terpaksa kena tunduk dan ikut dengan kehendak mereka.


Sedar atau tidak Agama Islam ini ada syariatnya tersendiri yang datang dari wahyu Tuhan..?


Semua perkara ada syaratnya untuk diterima oleh Allah, tidak kira sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar benda.


Semuanya wajib mengikut kehendak Allah, barulah ia diterima dan diredhai-Nya.


Ini tidak,


Tidak cukup siang, sambung pula belah malam. Kerjanya maki hamun, fitnah, adu domba dan sebagainya. Yang lebih parah siap tunjuk kunik dalam messenger, tapi niat tak kalah, nak mati syahid bagai.


Termenung jauh dibuatnya,


Kenapa tak nye,


Macam mana perangai Iblis boleh diterima mati syahid..?


'mung ingat Allah bodo ke..?'


Nau'zubillah..


Miqdad Zakaria 


🤔🤔



BILA WALAUN OTAK KEMETOT PERSOAL ISU BERAS

 


India benarkan 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 200,000 𝘁𝗮𝗻 beras 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘀𝗺𝗮𝘁𝗵𝗶 ke Malaysia. Di ruangan komen tadi aku nampak ada walaun tanya pasal 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸. Dasar 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝘁.



Pertama sekali, berulang kali dah sebut sebelum ini beras tempatan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 selama-lama ini. Jadi isu baru-baru ni pun sebab 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗲𝗸𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 mereka keluar.


Sebelum ni beras tempatan 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗸𝘂. Rakyat kita 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 dengan beras import. Jadi beras tempatan perginya banyak ke agensi-agensi keranaan. Lepas tu ada 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 pulak tu.


Ia menyebabkan harganya turun. Bila bila dah kurang untung, siapa nak tanam dan jual? Pengeluaran makin kurang. Tapi tak pernah jadi isu 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝗸 di pasaran. Dan tak mahal.


Orang mula cari beras tempatan bila beras import 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 kesan India sekat eksport beras mereka. Itu isu sebenarnya. Orang bising sebab 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Bukan nak makan beras tempatan sangat.


Sebab itulah berita ini sepatutnya menggembirakan kita. Sebab bila ada tambahan import dari India, maka 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 dan dapat tampung permintaan beras tempatan.


Tapi walaun lain. Dia cuma nak cari isu. Nak 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Walaupun bukan salah kerajaan pun. Dan bila kerajaan dapat selesaikan isu, 𝗱𝗶𝗮 𝙠𝙤𝙣𝙖𝙧 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗹𝗮𝗶𝗻. Sebab hati walaun busuk!


Pun begitu, kerajaan melalui 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 sedang giat berusaha untuk menambah bekalan beras tempatan.


Cumanya tanam beras 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗴𝗴𝗶𝗲. 5 minit dah siap. Makan bulan. Kena tunggu la. Tapi rasanya, bila beras import dah banyak, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻.


Dorang bukan bising sebab apa. Saja nak cari pasal sambil-sambil tunjuk bodoh. Biasa la walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


GETAH NAIK TINGGI PUN TAK BERSYUKUR

 selamat petang PGM

.


selamat istirehat


sedih sbb kami di kaw selatan ni belum pun menikmati rega empat ringgit ke atas tu


saje nak tanya kpd mereka yg boleh terangkan

kenapa harga belah utara dan selatan terlalu banyak bezanya

dan

cerita di akhbar tu hanya merujuk pekebun di perlis dan kelantan,sepatutnya kena la jengah pekebun kaw selatan ni berapa kenaikan yg kita rasa setakat ini

😔


#pgm



PENGANALISI CAP AYAM



 “Ringgit kuat bukan sebab ekonomi Malaysia bagus tapi sebab USD lemah.” - kata sesetengah orang. Orang tu mesti lebih power buat analisis ekonomi berbanding Reuters.



31 OGOS NANTI....SIAPA AKAN....


 

MARAH BETUL ABANG NI DENGAN MUHYIDDIN! SUARA KEMARAHAN RAKYAT KEBIADAPAN...

[viral] KENYATAAN PANAS UST AZHAR IDRUS! KOMEN DAN PENCERAHAN BRO ISWARDY!




PRESIDEN UMNO DS ZAHID HAMIDI SANGKAL KENYATAAN SOMBONG AKMAL!


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan parti itu tidak akan bergerak solo dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ahmad Zahid berkata, sokongan ahli Umno semata-mata tidak mampu untuk memenangkan parti itu kerana yang menjadi penentu adalah pengundi luar jauh lebih besar. "Jika sebelum ini kita mengambil pendekatan go solo, adakah ia merupakan langkah terbaik dalam keadaan politik semasa? "Berdasarkan data dan sentimen sekarang, apakah kelebihan yang kita ada? Dengan pertambahan pengundi baru pula, dapatkah kita menguasai persepsi mereka? "Ahli Umno sahaja tidak mampu memenangkan kita. Yang menjadi penentu adalah pengundi di luar sana. Yang jauh lebih besar peratusannya. Yang jauh lebih ramai jumlahnya," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Umno mesti keluar daripada “echo chamber” dan zon selesa. Katanya, Umno mesti berani berdepan dengan idea-idea baru dan perspektif yang beragam agar tetap relevan dalam lanskap politik yang semakin kompleks. Ahmad Zahid turut mengingatkan perwakilan Umno bahawa parti itu kini bukan lagi dominan seperti sebelum ini. Oleh itu, jika Umno ingin membentuk persefahaman, ia perlu dinilai apakah kerjasama mesti dibentuk sebelum memasuki gelanggang pilihan raya ataupun sebelumnya. "Jika kita ingin membentuk persefahaman pula, apakah bentuk kerjasama yang hendak diterjemahkan. "Apakah kerjasama sebelum memasuki gelanggang pilihan raya atau selepas pilihan raya barulah dibuat pertimbangan. Kesemua ini memerlukan percaturan semasak-masaknya. "Sebagai parti yang membentuk sebuah negara bangsa, apa pun pencak politik atau langkah yang hendak diambil, kepentingan negara dan rakyat adalah pra syarat yang tidak akan kita korbankan," katanya lagi.






[LANGSUNG] Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Penguat Kuasa KPD...

Mahiaddin Dan PN Penderhaka,Penyakau,Pengkianat Negara


Zuwairi Md Yusof


 Mahiaddin Dan PN Penderhaka,Penyakau,Pengkianat Negara 




PAS lari menyorok dulu🤣 Maki sama sama.Bila kena lari.Perangai tipikal PAS.Dulu janji turun minyak sama2,masa dia memerintah tak buat pon.Tapi bila geng lama dia memerintah,dia punya mengungkit nohhh.Perangai Lebai dan Muslimat PAS,wakaka.Marzuki selaku bekas PEGAWAI MAHIADDIN same je gila sewel mereng pelahap dedak macam X Solisidtor,hahaha.Entah beramai agaknya jumlah bekas pegawai si sembap dan lembap Pagoh,huhuhu



PUAK KHAWARIJ. ELAKUKAN PEMBUNUHAN

 


Pembunuh Saidina Ali ialah seorang guru agama bernama Abdul Rahman bin Muljam al-Muradi - (IBNU MULJAM)


Ramai yang menyangka bahawa si pembunuh Amirul Mukminin Saidina Ali RA pada asalnya adalah seorang yang jahat, tetapi sebaliknya.


Si pembunuh yang dimaksudkan ialah Abdul Rahman bin Muljam al-Muradi yang pada awalnya cukup dikenali sebagai ahli ibadah yang sangat taat perintah Allah.


Selain itu juga beliau merupakan guru agama, ahli al-Quran yang mengajar agama dan al-Quran pada umat Islam pada ketika itu.


Suatu hari Gabenor Mesir, Saidina Amr bin al-‘As RA mengirim surat kepada Amirul Mukminin Saidina Umar RA agar menghantar seseorang paling layak untuk mengajar agama dan al-Quran kepada masyarakat Mesir.


Kemudian Saidina Umar mengutus Ibnu Muljam sebagai memenuhi permintaan Gabenor Mesir.


Ibnu Muljam juga dikenali sebagai seorang guru agama yang sangat kuat beribadah serta mempunyai pengikut yang ramai, siang hari disibukkan dengan berpuasa, manakala malam pula dengan bacaan al-Quran dan solat malam. 


Lidahnya tidak putus dengan zikrullah seolah² beliau merupakan guru agama serta ahli ibadah yang tiada tolok bandingnya pada zaman itu.


Tetapi sayang ibadah dan ketaatannya tidak disertai dengan kefahaman Islam yang sebenarnya menyebabkan Ibnu Muljam sangat taksub dengan ibadah, sehinggakan beliau terpengaruh dengan ideologi sesat Khawarij yang sangat ketat (Ghuluw) dalam perihal agama.


Hanya pendapat dia dan kelompoknya (Khawarij) sahaja yang benar, yang lain semuanya salah dan sesat meski pun sahabat Nabi sekalipun.


Kerana terpengaruh dengan pemikiran yang sesat inilah menyebabkan beliau terlibat dengan komplot pembunuhan pemimpin² umat Islam ketika dan beliau dimandatkan untuk membunuh Saidina Ali RA. Manakala al-Hajjaj al-Tamimi ditugaskan untuk membunuh Saidina Muawiyah bin Abu Sufyan RA.


Pada 19 Ramadan 40h, Ibnu Muljam telah membunuh Khalifah Rasulullah yang ke-4 yang mana ketika itu beliau sedang mendirikan solat Subuh. Selepas kejadian itu Saidina Ali RA cedara parah dan wafat tiga hari selepas kejadian.


Ketika menikam Saidina Ali RA, Ibnu Muljam membaca ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah, ayat 207:


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ


“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun kepada hamba²Nya.”


Ketika saat hukuman qisas dijatuhkan ke atasnya, Ibnu Muljam sedikit pun tidak kesal dan tidak rasa berdosa atas perbuatannya yang membunuh pemimpin yang amat dicintai oleh Rasulullah SAW, bahkan merupakan Ahlu Bait Baginda yang jelas mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah dan Rasul-Nya sepertimana yang dinyatakan dalam banyak hadis yang sahih.


Malah Ibnu Muljam tetap yakin perbuatannya merupakan suatu jihad serta mendapat keredhaan Allah dan syurga-Nya dan matinya dianggap syahid.


Imam al-Dzahabi berkata mengenai Abdul Rahman bin Muljam:


“Sebelum ini dia seorang ahli ibadah, taat kepada Allah ta’ala. Tetapi akhir kehidupannya ditutup dengan Su’ul Khatimah. Dia telah membunuh Amirul Mukminin Ali RA dengan alasan mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala melalui titisan darahnya. (Siyar A’lam al-Nubala)


Wallahu A’lam


Tok Abah



DIA AKHIRNYA DAPAT SAMPUL.




 Kecoh la bila ada ustaz menyeru penyokong sebuah parti untuk 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱 di bumi Malaysia ni. Ini jenis manusia yang buatkan 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 sehingga Islam dicop sebagai 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻.


Tak ada istilah mati syahid di Malaysia 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗶𝗻𝗶 melainkan syahid kecil seperti 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵, 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 dan sebagainya. Mati syahid pergi berperang tak wujud. Malah, siapa mulakan perang dia 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷.


Islam macamana yang tak tertegak di Malaysia? Ada yang 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗸𝗲? Eh ada. Masa PN jadi kerajaan dulu. Ada 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗱𝗶𝗿𝗼𝗯𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 ke? 𝗧𝗮𝗵𝗳𝗶𝘇 𝗱𝗶𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽? 𝗔𝘇𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴? Ada? Mana ada. Islam bebas diamalkan.


Bahkan Islam dapat keistimewaan yang banyak. Ada jabatan khas jaga kemajuan Islam (𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠). Yayasan dakwah (𝗬𝗔𝗗𝗜𝗠) pun ada. Setiap negeri 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗳𝘁𝗶. Peruntukan untuk Islam juga melimpah ruah.


Dia letak perlaksanaan Islam hanya pada hudud ke? Sekarang ni, yang jenayah syariah seperti 𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺 𝗮𝗿𝗮𝗸, 𝗷𝘂𝗱𝗶, 𝘇𝗶𝗻𝗮 dan sebagainya adakah 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺? Jawapannya ya. Itu maknanya Islam tertegak di negara ini. Cuma jenis hukuman tak sama.


Menganggap Islam tertindas hanya kerana hudud tak dilaksana adalah 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀. Jadi bila ibadah masih boleh dilaksana, jenayah syariah masih dianggap jenayah, apa bukti nak kata 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝘀 𝗱𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 ni?


Mencari syahid itu bagus. Tapi bukan di negara yang aman. Kalau nak syahid, 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘁𝘂. Pergi selamatkan Gaza. Bunuh semua zionis.


Tanya ustaz sanggup tak 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗮, 𝘁𝗶𝗴𝗮, 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵, 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 dan 𝙞𝙣𝙘𝙤𝙢𝙚 𝗹𝗲𝗯𝗮𝘁 untuk 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻? Berani ke? Setakat seru syahid, lepas tu balik kepit bini apa ada?


Islam agama dakwah. Bukan agama peperangan. 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴. Islam dipandang mulia kerana adab dan akhlak. Kalau dah akhlaknya sentiasa nak 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵, apa cara dakwah akan terlaksana?


Seruan begitu adalah sangat jahat. Ia bagaikan 𝘀𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝗹 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗱𝗼𝗻𝗴 yang sebabkan berlakunya pertumpahan darah. Orang yang lafazkan 𝗸𝗮𝘁𝗮-𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗰𝘂𝗻 tu wajib dikenakan tindakan. Usah ganggu keamananan Malaysia dengan fahaman 𝘀𝗲𝘀𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝘀𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NAMPAK GAYA NYA..

 

Zuwairi Md Yusof







Dah laa tak reti urus negara

Dah laa tak reti baca Perlembagaan

Pastu dok hina Agong

Pastu ada hati nak jadi PM lagi

Itu pon ada jugak yang nak bekap


Suruh menantu dia balik dulu laaa.Bekas PM yg terpaling TIDAK berguna dalam sejarah negara,hasil tebuk atap.Kau & geng jadi pembangkang pun tak berfungsi.Mabuk nak jadi PM lagi sebab nak suci kes mahkamah kut.Anwar pasti akan kekal sepenggal lagi.Kau jadi pm tepi dah buat selamanya. 😎 


Zahid Hamidi ja yang troll Hadi Awang DIA TAK CUKOP JUMLOHHHHH,Kahkahkah https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/1192244921819925


Nampak gaya PN PAS,BERSATU boleh terus jadi PEMBANGKANG selepas keputusan PRU16 di umumkan pemenangnya,kehkehkeh



NAK MATI SYAHID KONON...!




1. Pegang mikrofon bersyarah saja, ajak orang ramai berjihad. Bagi tahu orang ramai nak mati syahid. Kononnya negara ini penuh dengan maksiat.


2. Habis kuliah dapat sampul, makan percuma. Naik kereta buka henfon tengok jadual kuliah hari seterusnya. Sampai rumah, masuk bilik, lena.


3. Pagi esok kuliah Subuh. Ajak orang ramai berjihad lagi,



nak mati syahid lagi. Dapat sampul lagi. Lepas tu tengok jadual kuliah lagi. Masuk bilik, lena lagi.


4. Begitulah lagi dan lagi. Akhirnya kerja ubah maksiat yang dikata penuh dalam negara tu, dia tak buat pun. Orang lain yang tak bagi kuliah yang buat.


5. Orang lain yang ubah maksiat tu bukan dengar kuliah dia pun. Orang tu tahu, jika ada maksiat kena ubah. Tak dak kuliah dia pun, orang tetap usaha untuk ubah maksiat.


6. Kuliah dia orang hadir untuk berhibur. Orang yang hadir kuliah dia, otak lebih kurang macam dia juga. Hadir untuk ketawa dan berhibur.


7. Kuliah dia, ada jugalah maklumat sikit-sikit. Maklumat biasa-biasa yang boleh dapat dimana-mana. Tapi bagi pentaksub dia, maklumat biasa itu dianggap ilmu bernilai tinggi.


8. Dia yang bagi kuliah, tetap sebagai pembagi kuliah yang diiringi sampul dan makan free. Kerja dia, hasut pendengar kuliah untuk benci pihak yang tak sealiran dengan dia atau kumpulan yang dia sokong.


9. Dia ajak orang jihad, tapi dia sendiri kerja bagi kuliah bersampul saja. Dia ajak orang mati syahid, dia sendiri balik rumah lena lepas bagi kuliah.


10. Tu pun jangaaannn.... nak mati syahid konon!


Zola,

22082024



Mmmm. LAGU TU... DIA BELAJAQ NGAJI DI KEDAH SAJA PUN.

 


PRESIDEN UMNO MENGESAHKAN 10 DARI 115 SD DIDAKWA DIN TOMPOK TIDAK BOLEH DIKIRA, INVALID..!!



1) Kan saya dah byk kali tulis?? Dah setahun saya tulis pasal ni. DLNA yg mula-mula dedahkan tentang "akurjanji" atau perjanjian yg ditandatangani oleh semua calon MP dan ADUN BN. DWAWD pun sudah jelaskan secara eksklusif dan terperinci. Video2 penjelasan mereka telah saya siarkan.


2) YDPA ke 16 telah dimaklumkan tentang hal ini sbb itu baginda bagi tahu Din Tompok bhwa dia TAK CUKOP JOMBLAH. Din Tompok pura-pura tak tahu dan kata "ntah kenapa tak dipanggil angkat sumpah"? Walhal sbb 10 SD tu tak boleh pakai. Malah 4 org dari GPS turut bg SD pada DSAI. Tapi walatok, walargon, walaun & untit KHAWARIJ enggan terima fakta dan hakikat ini. Mereka terus PUTAR BELIT dan ambil kesempatan atas tindakan Din Tompok serah SD pada polis.


3) Semalam saya tulis artikel mempersoalkan Apa tujuan Din Tompok serah 115 SD pada polis sebenarnya?? Sebab saya dah JANGKA, dah ANTICIPATE atau PRE-EMPT yg puak KHAWARIJ akan SEBAR "Fake news" gila2 punya kununnya Din Tompok dah cukup JOMBLAH tapi istana yg "TIPU", taknak terima atau "hilangkan" atau "sorok".


4) Baca : 𝗗𝗜𝗡 𝗧𝗢𝗠𝗣𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗗 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗨𝗧𝗞 𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔? 

Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/487922040769061


5) TELAHAN saya ternyata benar. Anda lihat dlm whatsapp group setiap minit walaun KHAWARIJ ulangsiar posting RPK kununnya bertanyakan Dato' Pengelola Bijaya Istana Negara ke mana pergi 117 SD (sdgkan Din Tompok kata 115 SD shj) yg KUNUNnya telah puak PNyakau Nasional serahkan? Posting walaun tu kununnya mereka bertanya istana tapi sebenarnya mereka cuba bina persepsi seolah-olah istana "menipu". Jahat tak jahat puak SETAN KHAWARIJ nih?


6) Nampak mainan halus mereka nak salahkan ISTANA dan YDPA ke 16?? Elok juga jika pihak istana atau pihak2 berkenaan buat laporan polis terhadap walaun-walaun yg dok sebar BERITA PALSU itu bagi membina persepsi jahat seolah2 Din Tompok CUKOP JOMBLAH tapi YDPA taknak lantik dan istana digbrkan seolah2 sengaja "hilangkan" SD berkenaan. Walhal kaedah dan proses melantik PM samada nak terima SD atau tidak atau dgn cara lain adalah HAK dan KUASA MUTLAK YDPA. Boleh hantar SD tapi Tuanku akan siasat dulu.


7) MEMANG Jahat puak KHAWARIJ ni. RAKYAT PERLU SEDAR dan jangan sokong KHAWARIJ. Saya yakin tindakan jahat ni akan terima KIFARAH dari Allah SWT. KHAWARIJ keluar dari ketaatan terhadap Ulil Amri dan pemerintah sdgkan Allah dan Rasul perintahkan kita taat pada Ulil Amri selagi mana Ulil Amri itu TIDAK mengajak kpd maksiat.


8.) Tuanku ajak kpd PERPADUAN bukan ajak buat maksiat pun, tapi puak KHAWARIJ ingkar, terus hina Raja dan fitnah istana??


GILA lah PNtaksub-PNtaksub KHAWARIJ nih.


-Zus Din 

23082024



KOD SULIT




 Penguat kuasa dan sindiket terlibat juga menggunakan beberapa kod nama khas seperti 'school boy', 'limau', 'karpet', 'kicap, 'roti canai', 'junta' dan 'ayam' untuk merujuk kepada kewarganegaraan kumpulan warga asing yang masuk ke negara ini melalui urusan di laluan kaunter khas yang telah diatur.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews