Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam

Cuepacs : Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam

100
bank tanah
Cuepacs, Wujud Bank Tanah Penjawat Awam. Rizab 1.5 Juta Lot Tanah Untuk Keperluan 1.4 Juta Kakitangan Awam : 

Mahu melihat majoriti daripada 1.4 juta kakitangan awam terjaga kebajikannya dan tidak terus terhimpit dengan gelombang kenaikan harga rumah naik di Malaysia apatah lagi kerisauan Cuepacs Malaysia yang tidak mahu kakitangan awam menjadi gelandangan di Malaysia (SEPERTI DI SINI), Cuepacs tampil dengan saranan kepada kerajaan Malaysia.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan Malaysia bertindak segera bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai bank tanah sekaligus membantu penyediaan untuk 1.4 juta kakitangan awam yang memerlukan rumah yang benar-benar mampu milik untuk mereka. Bukannya rumah mampu tengok yang lebih banyak dibina sekarang ini.

Cuepacs : Kawal Harga Rumah Mahal Dengan Bank Tanah Penjawat Awam

Cuepacs mahukan kerajaan Malaysia menyediakan sekurang-kurangnya rizab 1.5 juta lot tanah sebanyak simpanan dalam bank tanah penjawat awam. Apa kata 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia dengan cadangan dan saranan terbaru Cuepacs?

Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu

Anwar gesa Putrajaya lulus geran bantu Kelantan dan Terengganu

(Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR 24 Disember : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam negeri Kelantan dan Terengganu bagi meringankan beban yang dialami rakyat di negeri itu.
Ia berikutan kegagalan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada kedua-dua negeri itu yang menyebabkan hampir 30,00 rakyatnya terkesan dan terpaksa dipindahkan akibat banjir baru-baru ini.
anwar_ibrahim

“Saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri ini mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, banjir yang melanda di kedua-kedua negeri itu khususnya di Kelantan semakin buruk sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar daerah Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini mula dinaiki air.

Pada masa yang sama, bahagian utara negeri itu terutamanya di kawasan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok pula diancam fenomena air pasang besar.

Anwar menambah, beliau turut bersimpati terhadap musibah yang berlaku di kedua-dua negeri itu.
“Sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.

“Justeru, saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini,” ujarnya lagi.

Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....

Wednesday, December 24, 2014

Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....kredit al husseyn

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Sekitar sembang santai bersama Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas vateran UMNO yg sejak 1956, yg lebih 30+ tahun aktif dlm kabinet pelbagai peringkat, sebelum tinggalkan UMNO sebelum PRU13 lepas.

Selepas taaruf & tanya khabar, Tan Sri menitipkan beberapa nasihat dan pesanan utk PAS berdasar pemerhatian Tan Sri sendiri sbg pihak luar PAS dlm isu survival politik Islam & Melayu, dan PR di M'sia.

Kelihatan wajah Tan Sri cukup bertenaga, dan nampak ikhlasan pandangan2 tegas di bawah, walau agak keras.

 [Ringkasan...]

 1. Tan Sri sedang gerakkan parti baru beliau yg akan dilancarkan secara rasmi hujung Jan-2015 melibatkan seluruh jentera2 negeri.

2. Matlamat beliau utk betulkan kerosakan politik dlm negara skrg yg sgt parah. Kerajaan dan BN telah totally gagal berfungsi utk membela rakyat.

3. Parti baru tak bergabung dgn PR walau sama2 lawan BN, sbb isunya utamanya PR skrg dah semakin parah dan berpecah teruk.

4. PR asalnya dah elok2 di atas landasan utk tumbangkan BN, sikit sahaja lagi kena tingkat usaha lepas PRU13 lepas, tapi PR ambil keputusan patah balik ke blkg. Dah jadi Sama mcm UMNO yg mmg dah lama undur ke blkg. Sebab itulah PR blh memang besar dlm PRU13 lepas.

5. Sepatutnya PR bcg bagaimana betulkan kelemahan kerana gagal menang PRU13. Tapi terperangkap dlm isu hudud mainan UMNO yg PAS nak bawa.

6. Masalah PR plg utama mmg pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai2 buruk UMNO diambilnya.

7. PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk org2 Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. Tapi sekarang hakikatnya org2 Melayu termasuk bekas2 pimpinan UMNO dlm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS.

8. Faktanya semua org tahu, termasuk PAS sendiri, bahawa UMNO tak akan sesekali benarkan laksanakan hudud di Kelantan atau M'sia. Semua Presiden UMNO dah cakap mcm benda yg sama. Tak akan UMNO benarkan Islam perintah. Sebab kalau Islam kuat mmg UMNO pun hancur. Tapi sekali UMNO berlakon hulur tangan pada PAS, sekali itulah PAS terus sambut dan tak kisah dah janji2 PAS pada parti2 lain dlm PR. Siap serang balik parti2 PR lain itu.

9. Sedangkan saya cukup yakin sekalipun PAS bawa EJSK itu dibawa ke Parliment lepas sidang khas DUN Kelantan luluskan nanti, ia akan ditolak awal2 lagi. Yakinlah dgn saya. Saya kenal sgt perangai jahat UMNO.

10. Masa itulah, masa EJSK itu kena tolak nanti, parti yg paling seronok adalah UMNO dan BN, sbb PR dah berkubur sebab dah habis pecah. Saya sebut sebab saya mmg kenal semua kerja2 jahat UMNO dan strategi jahat UMNO nak jatuhkan PR melalui umpan PAS.

11. Bukan sahaja saya yg tak masuk PAS dah jadi benci pada PAS, kawan2 saya yg asal UMNO dan dah masuk PAS pun, awak tanyalah, semua mereka dah menyampah kat PAS. Semua mereka hilang kepercayaan pada PAS dan PR. Dan semua mereka nampak PAS mmg gagal berperanan sbg rakan dlm PR.

12. Bagitahu pada budak2 baru dalam PAS mcm Ahli Parlimen xxx dan Ahli Parlimen yyy tu, mereka tu tak pernah kenal lagi UMNO, elok janganlah bercakap hal2 UMNO dan strategi nak selamatkan Melayu. Langsung tak betul apa yg mereka cakap tu. Merapu sahaja bagi org makin benci PAS sebenarnya.

 13. Mereka tu dok ingat makin banyak mereka bercakap pasal hudud dan undang2 Islam, ia akan menarik org2 Melayu sokong PAS. Mereka silap besar. Mereka ingat org2 Melayu bodoh mcm zaman dulu. 

14. Bagitahu mereka, lagi banyak mereka cakap hal hudud dan cari sokongan Melayu dgn politikkan isu hudud, makin berlambaklah org2 Melayu lari dari sokongan pada PAS. 

15. Hanya org2 bodoh tak reti politik mcm mereka tu sahajalah akan kata org Melayu akan jadi makin sokong PAS bila PAS cakap hal hudud itu.

16. Satu lagi, org yg plg ramai akan lari dari PAS adalah org muda. Budak2 muda skrg menyampah sgt pada PAS dgn sebab mereka dok cakap hal2 yg tak akan dapat dilaksanakan selagi UMNO masih ada. Bukan bercakap hal2 keperluan org muda.

17. Sedangkan kalau PAS terus cakap hal2 kebajikan, ekonomi, rasuah, pekerjaan org2 muda, pendidikan, dan sistem keadilan negara, masa itulah org akan makin dekat dgn Islam dan sokong PAS.

18. Bagitahu kat org PAS, ingat betul2 pesanan saya ini sebab saya kenal sgt darah daging UMNO, dan saya faham apa sebab org Melayu nak sokong PAS. Bagitahu mereka hanya org2 mcm Ahli Parlimen Shah Alam dan kawan2 dia itu sahajalah yg boleh bawa balik PAS utk tarik sokongan Melayu dan untungkan Islam. 

19. Ini tidak, kamu hentam Khalid Samad dan kutuk dia larikan sokongan Melayu sebab konon dia buat mcm tu sebab nak tarik undi Cina India. Walhal org2 Melayu atas pagar dan UMNO yg dah cerdik skrg mereka cukup hargai tindakan Khalid Samad dan kawan2 dia yg berani itu.

20. Nanti kalau ada kesempatan jumpa saya lagi, saya nak bagitahu kamu mcmana nak lawan UMNO tanpa sesekali masuk perangkap UMNO itu.

W'alam. Catatan bual santai siyasah..; 

Ahmad Sayuti Bin Bashiron 
Jumaat 19 Dec 2014 Shah Alam

Perpecahan PAS tidak dapat dielak, selepas isu MB Selangor kini hudud pula


PAS memerlukan faktor penyatuan yang bakal memulihkan suasana tegang di dalam parti itu yang dilihatkan semakin meruncing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2014. 

PAS memerlukan faktor penyatuan yang bakal memulihkan suasana tegang di dalam parti itu yang dilihatkan semakin meruncing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Disember, 2014.

Perpecahan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kini semakin melebar dengan isu hudud selepas perbezaan pendapat yang sangat ketara dalam isu pertukaran menteri besar Selangor sebelum ini.

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang tahaluf siasi (kerjasama politik) antara PAS dengan DAP sudah 'koyak' apabila parti itu terus mempertikaikan hudud mendapat sokongan daripada menteri besar Kelantan yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS.

Datuk Ahmad Yakub berkata, PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.
  “Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), semalam, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, dalam Multaqa Ulama yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar, cadangan mengkaji semula tahaluf siasi diluluskan dalam bentuk resolusi perhimpunan itu.

Namun ia mendapat tentangan sebahagian pimpinan PAS yang yakin kerjasama politik ini menguntungkan PAS.

Kini, perbezaan politik yang ketara sedang melanda PAS menyebabkan kepimpinannya dengan jelas berpecah kepada dua kumpulan, pro PR dan satu lagi mahu berpisah atau menjauhkan diri.

Pandangan Haron berkenaan tahaluf siasi yang koyak bukan datang begitu saja. Sebelum beliau, AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan berkata, tahaluf siyasi sudah memasuki fasa 'haram'.
Kedua-dua kenyataan ini disiarkan di muka depan media yang memusuhi PAS dan mahukan parti Islam itu berpecah iaitu Utusan Malaysia.
Kini pandangan mereka berdua disambut positif menteri besar Kelantan, individu yang dikira agak sederhana sebelum ini.

Dalam masa yang sama, beberapa pemimpin PAS berkata PAS pusat tidak dibawa berbincang dalam isu pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah yang akan dibuat melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir pada 15 Disember baru-baru ini.

"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.

"Kami hanya debat tentang rang yang sepatutnya dibawa ke Parlimen atau tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat terakhir PAS Pusat adalah pada 15 Disember sedangkan menteri besar Kelantan membuat pengumuman sidang khas itu pada 14 Disember iaitu sehari sebelum mesyuarat.
Seramai 23 daripada 38 ahli Jawatankuasa PAS Pusat jelas memihak kepada kerjasama dengan PR. Mereka ini dicop sebagai 'jebon' oleh pihak yang pro ulama dalam PAS.

Portal Malaysiakini melaporkan, seorang anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata mereka tidak pernah bersetuju membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke Parlimen.
Sedangkan Ahmad berkata, persidangan itu diadakan bagi mengkemaskini enakmen sedia ada sebelum dibawa untuk mendapat kelulusan di persidangan Parlimen.

“Pindaan itu untuk melayakkan Kelantan membawa usul persendirian ke Parlimen bagi membolehkan ia dijalankan di negeri ini.

“Private bill itu akan meminda Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan," lapor laman web PAS.org.
Inilah suasana yang berlaku dalam PAS sekarang, kucar-kacir. Bukan sahaja antara PAS dengan PR tetapi juga dalam PAS sendiri.

Bagi seorang pemimpin kanan PAS yang selama ini selalu berusaha menjadi kuasa pendamai antara kumpulan yang berbeza ini, ia sudah membosankan.

"Biarlah, dah mereka nak pecah," kata beliau kepada The Malaysian Insider, jawapan yang membayangkan sudah hilangnya harapan untuk membentulkan apa yang tidak betul itu.

Apakah pemilihan pucuk kepimpinan PAS yang dijangka pada Jun tahun depan bakal memulihkan PAS atau masing-masing mengambil jalan sendiri selepas itu?

"Semua kini preparing for war," kata pemimpin PAS berkenaan yang bermaksud semua sedang bersedia untuk “berperang”, enam bulan dari sekarang.

Faktor penyatu sangat diperlukan oleh PAS dan perlu dicari segera sebelum nasi menjadi bubur dan tidak boleh diubat lagi. – 24 Disember, 2014.