Muhyiddin pernah ajak rakyat sokong DAP' - Sheikh Umar





Oleh ROSKHOIRAH YAHYA

21 Mei 2023 10:37am


SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung sikap bingung yang dizahirkan apabila ada pemimpin UMNO minta ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri akan datang.


Sheikh Umar Bagharib berkata, sedangkan sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pernah mengajak rakyat menyokong DAP.


Menurutnya, meskipun beliau rasa 'agak luar biasa' mengenai perkara tersebut namun ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil bagi dirinya sendiri.


"Ini kerana, beliau sendiri pernah berkempen agar menyokong DAP. Dalam satu ucapan pada Januari 2018, beliau pernah memberitahu prinsip PPBM, siapa bertanding atas Pakatan Harapan, DAP, Amanah atau Keadilan, kita sokong 100 peratus.


"Pada ketika itu beliau begitu yakin, setelah terbuang dari UMNO, PPBM dan Pakatan Harapan telah menjalin berkerjasama. Hasilnya, Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Tambah Sheikh Umar Bagharib, kali ini gabungan 19 parti telah bermuafakat untuk merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca PRU15.


"Justeru, seruan untuk mengukuhkan kerajaan ini adalah penting bagi memastikan kestabilan politik dan pemulihan ekonomi Malaysia. Ia termasuklah dalam berdepan Pilihan Raya Negeri yang akan datang.


"Jadi walaupun Muhyiddin rasa 'luar biasa', ia bukanlah batu penghalang untuk parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan menerokai naratif baharu politik rentas parti bagi mengekalkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan hari ini,'' jelasnya.



BALAKRISHNAN PUN HANGPA TAK BOLEH ISLAMKAN.LAGU MANA CRITA ?

 


PAS dakwa perjuangkan Islam. Tapi yang peliknya, Bala yang dakwa dah berapa kali mimpi jumpa Nabi pun PAS tak mampu Islamkan.


Nabi saw dulu pikat Islam dengan pekerti Baginda. Orang bukan Islam tengok akhlak Nabi saw, terus tertawan. Terus lafaz syahadah.


Tapi Bala tengok ulama PAS berbelas tahun. Dia tak terpikat ke dengan akhlak pemimpin PAS? Ada yang tak kena? Tanya je. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



KEPUTUSAN KABINET SEJAK 1986

 

Shahbudin Hussein


Keputusan kabinet pada 1986 berkaitan larangan penggunaan nama Allah yang ditandatangani oleh Tun Ghafar Baba…





APAKAH BEKAS MENTERI KANAN DAN AHLI PERNIAGAAN BERGELAR TAN SRI MAKIN HAMPIR UNTUK DIDAKWA?



Dalam minggu ini saja, sudah dua kali keluar berita mengenai siasatan SPRM terhadap seorang bekas menteri kanan dan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri berhubung dakwaan penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.


Siasatan itu dikatakan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Sumber berkata, siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.


“Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.


“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” menurut sumber itu lagi.


Berita lanjut mengenainya di sini – https://www.malaysiakini.com/news/665679


Hari ini, sekali lagi keluar berita mengenai siasatan terhadap bekas menteri kanan dan ahli perniagaan tersebut.


Laporan itu menyebut, SPRM dijangka akan memanggil bekas menteri kanan dan ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu untuk soal siasat sekali lagi berhubung dakwaan penyelewengan dana awam lebih RM2.3 bilion.


Langkah itu diambil selepas SPRM dilaporkan merampas beberapa dokumen berhubung pengambilalihan saham yang melibatkan syarikat senarai awam.


“Dua tokoh masyarakat itu termasuk ahli perniagaan yang bergelar mungkin dipanggil semula tidak lama lagi.


“Selain kedua-duanya, SPRM juga memanggil beberapa individu, termasuk seorang peguam, juruaudit, dan wakil sebuah syarikat untuk mendapatkan lebih banyak dokumen yang diperlukan untuk siasatan,” lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber tidak dinamakan.


Difahamkan, dokumen yang dirampas itu termasuk kertas perbankan serta dokumen daripada Suruhanjaya Sekuriti dan syarikat pemaju.


Laporan sama menyebut seorang lagi ahli perniagaan terkemuka juga diminta hadir esok untuk disoal siasat SPRM.


Berita penuh mengenainya boleh dibaca di sini – https://m.malaysiakini.com/news/665899


Berikutan tersebarnya kedua-dua berita di atas, menjadi percakapan yang meluas di media sosial dan di kalangan orang awam bahawa menteri kanan yang sedang disiasat itu dikatakan ialah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, manakala ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dimaksudkan pula adalah Halim Saad yang pernah menguasai Renong Berhad.


Betulkah begitu?


Apakah dengan langkah penyiasatan SPRM yang nampaknya makin mendalam dan serius ini memperlihatkan kedua-dua mereka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi? – ShahbudinHusin 21/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



DEPA KATA SANUSI KOYAK. TUTUP KOMEN BAGAI. APA PAS KATA DIA HEBAT..,


 

APA PUN MEMANG TAK BOLEH. KERAJAAN DAH JELASKAN. DENGAR ELOK ELOK.


 

MANA DUIT KITA KUTIP BANYAK TAHUN INI. KITA KUTIP DARI ORANG YANG DULUNYA TAK BAYAR.


 

SANUSI PAS KATA TERBAIK ? KALAU CARA SANUSI TU AHLI AHLI BAWAH NI SAJA CAKAP DENGAN DIA SEBAB KAKI KELENTONG.


 

ORANG GERAKAN PUNYA ANGKARA. GERAKAN MEMANG TAK SUKA ISLAM NI. HUDUD PUN TENTANG. GANG PN LA GERAKAN NI.


 

MANA BOLEH SABAH SARAWAK- SEMENANJUNG TAK BOLEH


 

KISAH RUNTUHNYA BANK BUMIPUTERA DI ZAMAN MAHATHIR


 

MELINGKUPNYA BANK BUMIPUTERA DAN PEMBUNUHAN ABDUL JALIL. DI HONG KONG.


 

KERAJAAN ADA HAK UNTUK BEEBUAT SESUATU YANG BAIK.


 

DEPA DOK TANYA ATAN MANA TAK DATANG BERDEBAT


 

KEH...KEH...KEH.....


 

KAH..KAH...HARAP BUKIT AMAN TAK DOK DIAM.MENTERI KDN JANGAN DOK LENA...PANGGE AZAN KAT TELINGA USTAZ WALAUN NI...PUNYA LA TAK DAK ISU. MUKA YANG DOK NAMPAK BUKAN DOK PENANG PUN.


 

ADAKAH PH AKAN BERTANDING GUNA LOGO SENDIRI SENDIRI ?



Betul. Sebab pengundi UMNO adalah totok Melayu. Jangankan DAP, kalau MCA bertanding atas logo sendiri pun susah nak dapat undi mereka.


Tapi yang bertanding nanti adalah PH. Logo DAP tak ada di atas kertas undi. Dan sekiranya PH guna logo BN, perkara ini akan jadi lebih mudah.


Bersatu pun tak berani guna logo mereka sendiri atau PN dalam PRN di Kelantan dan Terengganu atas sebab yang sama. Inilah strategi.


Mereka yang sibuk gunakan ayat penyokong 'UMNO  kena undi DAP' sebenarnya cuba menakut-nakutkan ahli UMNO. Sengaja sentuh sentimen.


PH kena bergerak sebagai satu unit. Belajarlah dari BN. Kita dulu sampai tak tahu orang itu dari MCA ke atau Gerakan sebab mereka semua BN.


PH kena begitu juga. Tak perlu lagi sebut nama DAP atau parti lain. Sebut PH saja sudah memadai. Itu saja yang rakyat perlu tahu.


Pemimpin Kerajaan Perpaduan usah terperangkap dengan jerat ini. Tak timbul istilah undi DAP. Kerana yang ada hanya PH. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


ORANG YANG GAGAL AKAN SENTIASA MENYALAHKAN ORANG DISEKELILINGNYA ....ATAU ORANG LAIN YANG SETERUNYA. ITULAH PERANGAI SANUSI .



Nampak tak dia punya hipokrit. Dia kata Kedah jadi miskin sebab banyak tanam padi. Katanya harga padi murah dan cukai rendah.


Tapi bila DS Anwar minta tauke padi sumbangkan bantuan untuk petani miskin, siapa yang bising? Dia juga kan? Siap fitnah DS Anwar nak susahkan orang Melayu yang kaya.


Nampak tak Mat Temberang punya cara. Kerjanya cuma nak tipu rakyat dan raih simpati. Tapi hasil kerja membangunkan negeri tak ada yang boleh dibanggakan pun. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


RAKYAT KELANTAN DAH BIASA. BIARLAH MEREKA DAN PEMIMPIN MEREKA SELESAIKAN.

 


WOW...KOPI WAJAH SENDIRI

 

Dr Wan Azizah


Semalam, saya dihidangkan kopi bercorak muka sendiri .. hmm.. foto, bismillah, kacau dan minum.. alhamdulillah




MEMANG MEREKA INI SAMPAH DAN DIPECAT DARI UMNO. MAKA ELOKLAH SAMPAH INI SERTAI PARTI PAS. DISANA MEMANG BANYAK SAMPAH YANG AKAN DITERIMA .

 

10 BEKAS PEMIMPIN UMNO BAKAL MASUK PAS DAN KJ MINAT BERSATU, BAGAIMANA DENGAN HISHAMMUDDIN?


Sebagaimana dilaporkan media, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan berkata, 10 bekas pemimpin UMNO, termasuk Annuar Musa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat ini.

Kata beliau, pengumuman rasmi akan dibuat mengenainya tidak lama lagi.

Di waktu yang sama, Takiyuddin juga membayangkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ mungkin akan memilih Bersatu untuk disertainya.

Menurutnya, KJ lebih menunjukkan minat terhadap Bersatu berbanding Pas.

Dengan kenyataan Takiyuddin ini bererti ada 11 bekas pemimpin UMNO akan melakukan hijrah perjuangan, beralih sama ada menyertai Pas atau Bersatu.

Adalah dijangka mereka yang berbuat demikian itu ialah mereka yang telah dipecat dan digantung keahlian daripada UMNO serta mereka tidak dipilih sebagai calon BN dalam PRU15 yang lalu.

Melakukan hijrah perjuangan sudah semestinya dengan harapan agar melalui parti baru yang disertai, mereka akan dipilih sebagai calon dalam PRN enam negeri tidak lama lagi.

Selain Annuar Musa dan KJ, siapakah selebihnya mereka yang akan berhijrah itu?

Adakah ia juga antaranya termasuk bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar; bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif dan lain-lain lagi?

Bagaimana pula dengan bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein yang turut dihukum gantung keahlian selama enam tahun daripada UMNO?

Apakah beliau juga akan melakukan hijrah perjuangan dengan turut menyertai Pas atau Bersatu?

Dari segi logiknya, dengan digantung enam tahun, masa depan Hishammuddin sudah boleh dikira telah “padam” dalam UMNO.

Beliau bukan saja tiada peluang lagi untuk mendaki semula bagi memegang jawatan tinggi dalam UMNO, bahkan hampir pasti akan diketepikan oleh Zahid Hamidi dalam PRU16 akan datang nanti.

Pilihannya untuk mencerahkan kembali masa depannya hanyalah dengan bersikap sedikt berani untuk menyertai parti lain dan melupakan terus UMNO daripada hatinya.

Namun demikian, apa yang nyata, dengan penyertaan 11 bekas pemimpin UMNO ke dalam Pas dan Bersatu menjelang PRN enam negeri tidak lama lagi, yang paling terkesan tentunya ialah UMNO itu sendiri.

Pengaruh bekas pemimpin itu akan membuatkan UMNO akan terus kalah di kerusi atau negeri yang mereka tidak menang, malah akan mengancam kedudukan di kawasan yang sebelum ini mereka menang.

Tidak ternampak ada jalan cerah buat UMNO sebenarnya enam enam PRN akan datang ini, meskipun setelah bekerjasama dengan PH atas nama kerajaan perpaduan sekarang ini. – ShahbudinHusin 19/05/2023.



KETINGGALAN 40 TAHUN.


 

NAK UBAH APA DI SELANGOR. ASYIK NAK SOH UBAH.

Henry Libau



 

K ALAU LUPA NAK TOLONG INGATKAN

 


Mungkin Abah sudah terlupa? Selepas dapat undi penyokong Harapan/DAP buat Sheraton Move.

BAB LAJU BUAT KERJA KA ATAU APA SEKALI PUN ANWAR LAJU. DIA BUKAN SEMBANG LAJU.


 

ADA 2 EKOQ JA- SEKOQ HANG KACAU BAB MELAYU..SEKOQ LAGI HANG CAKAP BAB AGAMA.


 

DULU YANG UNDI TU KENA TIPU KA KA MAKAN DEDAK?


 

ZAMAN NABI TAK DAK LEBAI SENGET NI TUAN MUFTI...TAMBAH PULAK DENGAN WALAUN BODO...TU JADI KALUT.


 

ORANG KAYA BAYARLAH LEBIH


 

BETUL KAH GULA NAIK HARGA ? ATAU FITNAH DARI PN. MUKA KAKAK NI TERKENAL. JOM DENGAR


 

SURAT KHABAR MANA NI. BAB VELLFIRE NI HEBOH DAH. MEMANG BELI PUN..


 

TUUUU DIAAA PUNYA KESIAN PADA RAKYAT. AIR YANG DI BEKALKAN PUN BERKELADAK.


 

TAKKAN TAK BAYAQ KOT. MANA ADA MB BANGRAP.


 

TANGKAP MAKCIK NI. BAWA MASUK LOKAP. PANDAI SANGAT


 

SEJUTA SEHARI TAK CUKUP JOMMEELAH LAGI. TAPI PEMBENCI ANWAR BERNANAH TELINGA.




 Makin bernanah la hati pembenci. Ada tok aji yang hempas serban ke lantai baca cerita ni. Rupanya hari pertama lagi dah berjaya catat sejarah. Baca di https://bit.ly/3Mm0UE6.


Kutipan tinggi pada hari pertama belum boleh jadi indikasi penceritaannya hebat. Tapi ia indikasi jelas yang pengaruh DS Anwar sangat hebat.


Walaupun sebelum ini ada review yang kutuk filem ini, tapi sambutan tetap hangat. Rasanya Mahathir, Mahiaddin dan Hadi tengah tahan sakit hati masa ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


NAK WAKIL MELAYU MACAMANA KALAU SIKIT SANGAT SOKONGAN

 



Dilancarkan dalam bulan Mac, sehingga sekarang baru ada 20,000 tandatangan saja. Itu pun rasanya 19,800 daripada walaun. Sebab walaun bukan reti baca sangat. Lebai suruh sign, dia sign je.


Nampak sangat Mahathir dah tak laku. Sampaikan main isu kaum pun dipandang sepi. Tak ada siapa nak percaya cakap dia lagi. Percaya pun tidak, apa lagi nak ikut. Baik bersara sajalah.


Kembalikan maruah orang Melayu seperti sebelum ini yang macamana? Orang Melayu sebelum ini sangat sinonim dengan rasuah. Boleh kata hampir di semua jabatan kita boleh rasuah pegawainya.


Hanya setelah laung Reformasi bergema barulah ada sedikit kesedaran orang Melayu akan bahaya rasuah. Sebelum ini, "rasuah pun tak apa asalkan negara maju." Teka siapa yang ungkap.


Mahathir dah tiada tempat dalam politik Malaysia. Dia dah bunuh legasinya sendiri. Akui hakikat itu dan hentilah buat hasutan perkauman hanya kerana mahukan sokongan. Dah terlambat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



IKUT PECAH TANAH, PELUANG KERJA MAU 10 JUTA DI KELANTAN. TAPI LEBAI KUAT PEMBOHONG.

 


RMS.


Jika dikira semua projek pecah tanah termasuk hospital patuh syariah, kilang simen, bandar perabut gua musang, projek stadium, projek lapangan terbang  Machang, lebuhraya rakyat, Terminal BAS Tunjung, jambatan paklebang, peluang pekerjaan untuk anak kelantan dah dekat 10 juta... tapi projek tak jalan..

🤣🤣🤣🤣



MB PALING MUDAH. GOYANG DAN MENGUTUK ORANG.

 

MB yang paling senang dan tak perlu buat apa apa..


Jika ada masalah penduduk, Kerajaan Pusat kena selesaikan..

😆😆😆



TAK MACAM BOSSKAU...JANA WIBAWA...

 

Ada pengkhianat tak puas hati !! .. hahaha .. ANWAR bukannya sakau duit mcm presiden hang sakau Jana Wibawa ....



LEMAH TAK KAN AIR BERPULOH TAHUN TAK BOLEH SELESAI.



Apa yang ditulis ni sebenarnya untuk AHLI saja, tapi kenapa HARAKAH boleh dijual secara bebas dinegara ini..?? Harap #KDN bertindak..



MASA PEGANG 33 BULAN. TELOQ DAN MINYAK MASAK PUN TAK. BOLEH SELESAI. ORANG MELAYU LUPA KA ?



 Dia kata 70 hingga 80 peratus rakyat sokong PN. Tak agak-agak. Kalau nak kata PN kuat, sokongan dalam 60 peratus, aku boleh la senyum. Tapi kalau sampai 80 peratus, aku gelak besar wei!


Pengaruh PN bukan tak ada. Tapi dah tak segagah sebelum PRU15. Ada banyak kejadian yang gugat pengaruh PN. Antaranya kes Jana Wibawa dan kes sorok minyak masak bersubsidi.


Cara PAS buat kecoh pasal konsert Coldplay pun menggugat sokongan rakyat. Sebab cara PAS main isu tu, anggap semua orang jahil adalah keterlaluan dan buat ramai yang loya mendengarnya.


Dalam masa yang sama, banyak isu peninggalan PN yang berjaya diselesaikan oleh PH. Contohnya bekalan ayam, telur, harga barangan keperluan di hari raya dan sebagainya.


Sementara negeri yang ditadbir oleh PAS seperti Kedah dan Kelantan dilanda masalah air yang teruk. Itu tak kira lagi perangai badut Sanusi yang jadikan dirinya berserta PN bahan jenaka.


Dapatan beberapa kajian bebas pula mendapati majoriti rakyat semakin mempercayai kepimpinan DS Anwar. Sokongan pun dapat dilihat daripada sambutan terhadap Majlis Rumah Terbuka Madani dan tayangan filem Anwar - Teh Untold Story.


Sekali lagi, bukanlah aku kata PN tak kuat langsung tapi aku cuma gelihati dengan kenyataan Mahiaddin ni. Kalau nak temberang pun tak payah berlebihan sangat. Apa pun, tunggu PRN. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



DIA PERNAH CAKAP. TAPI DIA LUPA.

 RMS

Dia suruh undi DAP, takpe, bila UMNO, dia terkejut..

😆😆😆




PUTERA MAHKOTA UAE LAWAT MALAYSIA.


RMS


Pemerintah UAE pun bawa Coldplay buat persembahan disana.. jangan plak PAS buat demostrasi bantah kedatangan Putera Mahkota UAE ke Malaysia.



.

PATUT POLIS PEGANG AWAL DAH PUAK PUAK NI. MEREKA SENGAJA CETUSKAN ISU.



 Aku dapat petikan berikut. Mengikut khabar, yang kecilkan isu azan rupanya penyokong PN, ahli parti Gerakan. Tak terkejut sangat sebab Gerakan ni kita memang kenal. Hukum hudud pun dia anti sangat.


Cuma, bila nama Cina je, lekaslah walaun talakan kepada DAP. Walaun lupa yang Gemarkan tu pun dipenuhi dengan Cina. Atau mungkin bila sokong PN automatik semua dikira peluk Islam agaknya.


Tak pasti sama ada memang mamat ni memang benci  dengan azan atau dia sengaja buat provokasi  untuk timbulkan persepsi jahat terhadap PH. Kita pun tahu PN bila terdesak akan guna apa saja helah untuk menang. Sebab tu kena jauhi PN. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.