*PAS kata 22 Bulan Bawah PH Sesak Nafas..Islam Terancam..Kita Tgk Realitinya Sebenarnya Mcamana ???*


1. *Masa PH* Cabutan Khas No Ekor dikurangkan drp 22 kali stahun kepada 8 kali sthun..*Bila PAS* jadi kerajaan ditambah kembali kpd 22 kali sthun...


2. *Masa PH* harga minyak masak hanya RM15.90 5kg..*Bila PAS* jadi Kerajaan harga meningkat kpd RM42.50 5kg.


3. *Masa PH* harga gandum, RM48.50 seguni 25kg...*Bila PAS* jadi Kerajaan harga meningkat kepada RM72 seguni..


4. *Masa PH* harga sekilo ayam hanya RM3@4@5 s/gm.. *Bila PAS* jadi Kerajaan sekilo ayam meningkat kepada RM10 s/gm


5. *Masa PH* jadi kerajaan bnyak subsidi kerajaan dikekalkan bahkan ada yg ditambah..*Bila PAS* jadi kerajaan banyak subsidi keperluan asas dihapuskan..


6. *Masa PH* jadi kerajaan didesak Kerajaan PH hapuskan Sek2 Vernakular..hapuskan Persatuan Dongzong..*Bila PAS* jadi kerajaan usahkan nak hapuskan sek Vernakular..siap ditambah dengan bantuan lagi.


7. *Masa PH* jadi Kerajaan RUU 355 masih kedengaran... *Bila PAS* jadi kerajaan langsung RUU 355 tidak lagi kedengaran..


8. *Masa PH* jadi Kerajaan..dikatakan aktiviti Hiburan bertambah... *Bila PAS* jadi kerajaan bukan setakat Hiburan bertambah..bahkan Panggong Wayang yg dulunya dikatakan Haram, banyak membawa kemudaratan..menyuburkan maksiat..Pemimpin2 Pas tanpa segan berkunjung dan memuji2 movie yg ditayangkan..


*Kalau nak disenaraikan semua byak lagi..cukup takat tu dulu tuan2 dah boleh pikirkan sapa yg berbohong, cakap tak sama bikin..buar besar selama ini...*



KERAJAAN PAS KINI MEMBISU MEMBELA RAKYAT


 

PM TIPU- MINYAK MASAK PAKET TIADA


 

PAS TERLIBAT JUAL BALAK...BILA KALUT TERDEDAH....


 

Islam semakin terancam sejak Langkah Sheraton dan PAS dalam kerajaan.


 

Polis buru 2 suspek khianat berhampiran CIQ Johor.Dapat luku soqang sekali.Amboiii..nak tunjuk hero..

 


Polis buru 2 suspek khianat berhampiran CIQ Johor




Ketua Polis Iskandar Puteri Rahmat Ariffin berkata suspek lelaki menjerit dan menunjukkan isyarat lucah manakala wanita, bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa.

PETALING JAYA: Polis mengesan suspek kes khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor, pada Sabtu.

Ketua Polis Iskandar Puteri Rahmat Ariffin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.

“Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

“Suspek memberhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan turun. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sementara itu suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampak nombor pendaftaran itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Rahmat berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun berlaku kerosakan pada keretanya.

“Terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kamera papan pemuka kereta mangsa selain video tular dirakam pengguna jalan raya lain.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Justeru, beliau menasihat pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah dan tidak terburu-buru terutama di laluan CIQ Laluan Kedua (Second Link) terutama ketika musim perayaan yang merekodkan jumlah kenderaan yang banyak.

Sebelum itu tular di media sosial memaparkan sebuah video yang berdurasi 2.06 minit berhubung kejadian terbabit.

PEJUANG HIDUNG TIDAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG

 







Kenyataan Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya yang menyebut kesediaan Pejuang menerima 'khemah besar' bersama PH tetapi tanpa Anwar Ibrahim, bagi saya ibarat 'hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong".

Anwar Ibrahim adalah satu nama yang paling ditakuti oleh pengamal rasuah dan mereka yang memuja kapitalis. Tidak pelik jika orang seperti Mahathir, Mukhriz atau Marzuki amat takut dengan sosok tubuh ini. Mahathir terkenal sebagai seorang yang suka melindungi perasuah asalkan mereka menyokongnya. Mahathir melawan perasuah yang tidak mahu ikut telunjuknya. Pelik apanya jika Pejuang tidak mahu terima Anwar?

Sepertimana yang dijelaskan oleh SUA Dap, Anthony Loke bahawa sebarang kerjasama bersama PH mestilah menerima hakikat Anwar Ibrahim adalah Pengerusi PH dan calon PM. Amanah juga sering mengulang perkara yang sama. Sehubungan itu, parti Pejuang boleh mencari gabungan lain yang boleh menerima Mahathir atau anaknya Mukhriz sebagai PM. Saya tidak fikir ada parti lain sebodoh itu untuk menerimanya.

Anwar Ibrahim sejak dahulu dihormati di dalam dan di luar negara. Sebarang usaha untuk menjatuhkan kredibiliti beliau samada dari dalam parti atau dari luar, pasti akan gagal. Mahathir hanya boleh penjarakan Anwar tetapi tidak mampu menjatuhkan kredibilitinya. Mahathir hanya mampu sekat Anwar dari naik menjadi PM hanya dengan melakukan satu tindakan khianat yang paling celaka dimata rakyat iaitu meruntuhkan kerajaan PH, kerajaan yang mengangkat beliau sebagai PM. Najib dan Zahid juga gagal "membeli" Anwar untuk melepaskan kes-kes mahkamah mereka. Itu lah Anwar Ibrahim.

Percayalah, Pejuang akan ghuyub pada PRU15 nanti, InsyaAllah.

WFAUZDIN NS

 

AKHIRNYA TERDEDAH PEMILK SYARIKAT LADANG MUSANG KING DI GUNUNG INAS BALING.






Walaupun nama syarikat yang bertanggung jawab menanam pokok durian Musang King tidak di dedahkan oleh MB Kedah tetapi ianya terdedah juga. Nama Syarikat terbabit adalah ECK Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah ECK Group.

ECK group juga terlibat secara langsung bersama kerajaan Negeri Kedah yang di pimpin Sanusi dalam projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Kerjasama ini juga meliputi pembangunan Bandar Aerotropolis dan Airport City di Mukim Sidam Kiri, Kuala Muda Kedah.

Untuk rekod syarikat yang sama menjadi berita panas apabila menderma RM1 juta kepada Pengerak Ekonomi Negara (PEN) yang merupakan sebuah NGO yang di Miliki oleh Zuraida yang menjawat jawatan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ianya panas apabila ECK di senarai hitam oleh Kementerian Perumahan kerana gagal membayar kompaun.

Ramai yang merasa hairan apabila MB Kedah bersama dengan beberapa pemimpin PAS mempertahankan ladang Musang King di Gunung Inas yang menjadi punca banjir di Baling. Sepatutnya MB Kedah mempertahankan rakyat baling yang di timpa musibah kerana banjir dan bukannya syarikat Musang King yang menjadi penyebab banjir.

Adalah amat di kesali apabila syarikat yang kaya raya adalah menjadi keutamaan pada MB Kedah dan bukannya rakyat miskin di Baling. Inilah wajah pemimpin yang berselindung di sebalik Agama tetapi bersikap zalim pada rakyat yang di timpa musibah.

Kumpulan Syarikat ECK ini beribu pejabat di Pulau Pinang dan di ketuai oleh Tan Sri Khor Eng Chuen.

*ECK GROUP OF COMPANIES*

​ECK Holding Sdn Bhd

ECK Sdn Bhd

ECK Consolidated Sdn Bhd

ECK Construction Sdn Bhd

ECK Development Sdn Bhd

Alphagold Property Management Sdn Bhd

Beribu Dekad Sdn Bhd

CGC Project Management Sdn Bhd

Daiman Restu Sdn Bhd

Deritec Construction Sdn Bhd

Double Gold Development Sdn Bhd

Edisi Serbaneka Sdn Bhd

Eurexel Marketing Sdn Bhd

Enerlogy Sdn Bhd

Gemilang Mahawangsa Sdn Bhd

General Accomplishment Sdn Bhd

Global Land Master Sdn Bhd

Merodex Construction Sdn Bhd

Padland Property Management Sdn Bhd

Pembinaan Bela Megah Sdn Bhd

Repwood Sdn Bhd

Sinopolitan Sdn Bhd

Solican Construction Sdn Bhd

Solitsen Construction Sdn Bhd

Spectacular Vista Development Sdn Bhd

Tahap Teras Sdn Bhd

OMN KD

#KerajaanGagalPAS

 



 

WUJUDKAN MEKANISME GAJI WAJAR BANTU RAKYAT HADAPI INFLASI


TUGAS MENTERI TUBUH JAWATANKUASA?


HENTIKAN LAH BERCAKAP SOAL KHEMAH BESAR. USAHALAH DENGAN KEKUATAN PH YANG ADA. BIARKAN PARTI KECIL INI MEMOHON DAN TAHU KEDUDUKAN MEREKA DIMANA.

 

Rasanya sudah hampir kali yang ke-1000 kita mendengar pemimpin parti di luar PH bercakap dengan nada yang sama tentang khemah besar.

Nadanya tidak lain ialah mereka memang setuju dengan khemah besar tapi tidak setuju jika Anwar Ibrahim jadi ketuanya.

Tun Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir dan entah siapa-siapa lagi daripada kelompok yang sama apabila bercakap soal kerjasama politik sesama pembangkang, maka itu sajalah pandangan mereka.

Lagi-lagi tak mahu Anwar dan tak boleh terima kepimpinan Pengerusi PH itu.

Kenapa tak cakap saja yang mereka sebenarnya mahu Tun Mahathir mengetuai khemah besar itu?

Yang bercakap nada begitu, macamlah mereka itu besar, kuat dan gagah melebihi PH yang ada tiga parti – PKR, DAP dan Amanah – di dalamnya.

Bila agaknya kali terakhir mereka menengok cermin?

Kalau diri sendiri pun lebih kecil, hidup segan mati tak mahu, bertanding hilang semua deposit, janganlah cuba buat macam-macam karenah kepada kelompok yang lebih besar.

Soal sama ada PH mahu berkhemah besar dengan parti-parti kecil yang lain atau tidak, yang berhak menentukannya ialah PH itu sendiri, bukannya parti cenonit tersebut.

Bekerjasama atau tidak dengan parti lain untuk berdepan PRU15 akan datang, PH setidak-tidaknya sudah ada “base” yang membolehkannya berdiri sendiri.

Tetapi tentu saja berbeza dengan parti cenonit tersebut, selain “base” mereka sendiri rapuh, hakikatnya merekalah yang lebih memerlukan PH berbanding PH memerlukan mereka.

Jadi, jangan cuba macam-macam dan tolong sedar diri sikit.

Dan dengan kenyataan terbaru hampir kali yang ke-1000 menolak kepimpinan Anwar yang dilontarkan Marzuki kali ini, ada baiknya mulai sekarang pimpinan PH mengharamkan mulut mereka daripada berbicara lagi soal khemah besar.

Lupakan terus khemah besar dan bergeraklah sendiri dengan keyakinan yang sedia ada yang dimiliki PH.

Kalau parti-parti cenonit itu mahu bekerjasama dengan PH, biar mereka datang dengan tanpa syarat dan menerima kepimpinan sedia ada dengan seadanya.

Jangan lagi ada pemimpin PH sendiri yang terhegeh-hegeh bercakap soal khemah besar atau melayan mereka kerana ia hanya tampak membesarkan parti-parti cenonit itu.

Kenapa PH yang sudah sedia besar dan khemah sedia ada yang di dalamnya ada PKR, DAP dan Amanah, tetapi masih berharap mahu bersama parti lain lagi?

Tidak bolehkah ditumpukan saja kepada kekuatan PH sedia dan biarkan saja parti-parti cenonit yang tidak sedar diri dan besar kepala itu jadi seperti luncai yang terjun dengan labunya?

PH adalah khemah selesa yang sedia ada bagi PKR, DAP dan Amanah dan kalau parti-parti cenonit cuba mahu bernaung di bawahnya, mereka harus ingat bahawa adalah di luar adab jika cuba mengalih kerusi dan menentukan di mana tuan khemah harus duduk.

Sebaliknya tuan khemah yang bukan saja berhak menentukan di mana tetamu harus duduk, malah berhak menentukan sama ada mereka boleh masuk atau tidak ke dalam khemah tersebut.

Tambah-tambah dengan kemenangan Rafizi Ramli bersandarkan majoriti besar sebagai Timbalan Presiden PKR, mesej yang jelas dan mudah difahami ialah ahli-ahli PKR menolak khemah besar itu.

Menolak khemah besar bermakna ahli-ahli PKR menolak Tun Mahathir dan part-parti cenonit yang perasan macam bagus tapi tak sedar hakikat diri sendiri tapi masih mahu menumpang kekuatan atas nama PH.

Ayuh Malaysia jauh lebih bermakna serta memberi harapan berbanding khemah besar. – ShahbudinHusin 10/07/2022.


SURUH BUAT FILEM- TAPI PAS SENTAP KALAU SENTUH AGAMA





 

KATA 5 HARI NAK JAGA ISLE- MAKIN TERUK JA TENGOK



mohd nasyabandi








Kahkah...nak jaga islam...

Makin jahanam ja dok tengok...

Bagi 5hari nak 5thn...

Adan uke

 

PROJEK TUNGGANG AGAMA PALING MEWAH



C&P: Amir Hamzah

PROJEK TUNGGANG AGAMA PALING MEWAH

Hari tu masa duduk dengan Toqqi PPIM, aku ada bersembang satu topik dengan Toqqi. Satu benda yang mungkin sangat sensitif pada sesetengah orang yang positif tak bertempat. Tapi benda ni betul-betul berlaku.

"Tok, pasal hal Ah Long ni Tok biarlah orang lain sambut. Dah ramai dah pun yang start buat walaupun PPIM ni pencetus. Bagi je ke Yusuf Azmi handle under semboyan. Dekat Malaysia ni ada satu lagi scam paling besar yang daripada dulu takda siapa usik. Asal usik je lepas tu sepi. Terlalu sensitif. Dapat bongkar benda ni Tok, banyak mata terbukak nanti.."

"Apa dia tu?"

"Rumah anak-anak yatim ni lah tok. Dan segala macam yang jenis collect sumbangan ni. Saya terlibat dengan rumah anak-anak yatim ni dari saya umur 20an tok. Setiap bulan puasa, sumbangan diorang dapat ratus ribu. Kalau yang ada nama sikit, cecah juta tok. Anak yatim dalam tu berapa kerat je. Tetap lah miskin macam tu. Makan tetap nak ada orang sumbangkan. Pendidikan pun bukan di sponsor sampai masuk University. Belajar biasa-biasa macam tu je. Tapi sumbangan ni, depa minta merata."

"Ada bukti ke? Cuba dapatkan beberapa detail, kita gerakkan team nanti"

Part ni yang aku suka Toqqi ni. Dia sangat berjiwa besar dan berani.

Tapi part rumah anak yatim ni memang Real. Ini antara Scam jual nama agama paling besar collection dia. Perjudikan nasib anak yatim, sedangkan pengusaha hidup mewah kaya raya. Anak yatim tetaplah miskin macam tu je, baju pun tak lawa macam anak-anak kita, tempat tidur pun tetaplah dengan katil double decker yang tilam pesen asrama. Ini semua pengusaha penunggang agama jenis tak takut mati.

Aku ingat lagi, ada satu rumah anak-anak yatim dan anak-anak bermasalah di Selangor. Aku rapat dengan owner dia masa tu. Owner dia kalau sembang, cerita pasal Nabi SAW je. Solat pun dia jaga. Apa jenis keadaan pun, solat dia tak tinggal.

Power tak?

Aku pergi ke tempat rumah anak yatim dan anak bermasalah tu. Aku tengok, bukan main daif lagi kehidupan anak-anak ni. Tempat tidur pun macam miskin sangat. Ada lah anak-anak tak sampai 30 orang pun. Kerja owner ni, pergi mana pun dia akan bagitau orang dia ada buka rumah anak yatim, kalau ada yang sudi nak bagi bantuan untuk anak-anak ni, boleh lah bantu. Lepas tu dia cerita pasal hadis-hadis Nabi SAW tentang sedekah, tentang membela anak yatim.

Last masa aku duduk dengan dia tahun 2012 kalau tak silap. Masa tu dia tunjuk ada 4 buku bank dia. Satu buku bank tu dia tunjuk, ada baki RM3,000,000! Baru satu buku bank. Menganga aku.

Macam tak logik, tapi ini real. Menunggang agama guna pakai sentimen anak yatim, anak tahfiz ni berniaga yang paling senang kau jutawan. Sekejap je. Ya, bukan lah semua ke arah scam ni. Tapi sepanjang aku hantar team pergi ke tempat-tempat ni, boleh cakap kebanyakannya ke arah ni lah. Memang collection juta!

Tak percaya collection sebanyak tu? Kau try pergi jumpa orang-orang bank ni, diorang confirm ada pengalaman pernah tengok balance dalam akaun rumah-rumah anak yatim ni.

Okey kita kira-kira lah sekejap. Bayangkan sebulan collection RM500,000 hasil daripada spend ke FB Ads gila-gila. Siap guna mana-mana ceramah Ustaz Popular yang cerita pasal sedekah. Anak-anak yatim ni pulak ada 30 orang je lah. Hidup anak yatim macam tu je lah. Makan pun biasa-biasa je bukan makan Mcdonald, bukan makan Starbuck ke apa jadah ke. Cincai-cincai kira, belanja 30 orang anak yatim cecah RM50,000 tak sebulan? Kira kira RM50,000 je lah.

RM500,000 - RM50,000. Ada balance RM450,000 lagi. Ini bulan pertama. Bulan kedua masuk pulak RM1,000,000. Sebab iklan FB Ads pakai ceramah Ustaz popular tu menjadi. Tolak belanja anak yatim RM50,000 lagi. Dalam tangan dah ada RM1,400,000.

Kau rasalah collection juta ni, anak yatim ni akan tidur dekat katil selesa macam korang tidur ke? Kau rasa anak yatim ni merasa pakai baju mahal-mahal, kasut mahal-mahal macam anak-anak korang pakai ke? Kau rasa anak yatim ni merasa nak dapat pendidikan tinggi disponsor sepenuhnya oleh duit collection tu sampai luar negara ke? Baju brand Bulan Bintang pun belum tentu anak-anak ni merasa.

Yang pakai kereta mahal, rumah banglo, pakaian mahal-mahal, pergi bercuti luar negara dengan family ni siapa? Anak yatim ke pengusaha?

Ada satu rumah anak yatim dekat Johor ni lagi power. Sumbangan barangan makanan terlampau banyak. Sampai orang datang sumbang beras, dia tolak. Dia tak bagi dah sedekah barangan-barangan asas lagi. Dia cuma terima duit je. Bila masuk stor dia, ada beras-beras yang dah busuk pun, banyak barang-barang asas yang dah rosak. Terlampau banyak.

Tapi kau tengok lah jiwa diorang macam mana. Dia rela biar semua tu rosak dari dia usaha hantar ke tempat lain yang lagi memerlukan. Last sekali terpaksa bagitau orang, yang depa memang taknak pun segala mak nenek sumbangan ni. Depa nak duit. Nak duit! Nak duitt! Beras mana diorang boleh beli kereta. Dengan tin-tin makanan mana diorang boleh pergi sara anak diorang belajar luar negara.

Belum cerita rumah anak yatim dekat Kedah yang hantar anak-anak yatim ni keluar sampai malam untuk mintak sedekah. Padahal pengusah kaya raya nak mampos. Ini sindiket paling jahat yang kerja malas, tapi modus operandi dia ialah tunggang anak yatim ni kaw-kaw untuk dapat simpati kita.

Hina tak nasib anak-anak ni di Malaysia tuan-tuan? Dasyat tak penunggang-penunggang agama ni buat duit?

Nak bongkarkan semua ni tak susah pun tuan-tuan. Kerajaan kena keras sikit. Arahkan semua rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah anak yatim, pusat-pusah tahfiz yang bersungguh-sungguh hari-hari minta sumbangan ni, di audit. Tu yang siap spend ke FB ads beribu-ribu untuk collect sumbangan tu. Ini semua lagi jenis haram jadah. Buat audit, terbongkarlah segala kesundalan pengkhianat-pengkhianat ni. Tapi korang pulak, jangan lah balun kerajaan lepas tu kononnya kerajaan ni kejam lah cuba nak susahkan orang islam lah.

Jangan! Jangan termakan dengan borak pengusaha-pengusaha setan yang konfem akan mainkan sentimen gila-gila guna agama.

Diorang tau, nak ambik duit orang melayu islam ni tak susah. Buat cerita kesian, masukkan elemen agama, masukkan hadis yang cerita tentang rezeki akan bertambah, kubur akan bercahaya, mati nanti akan selamat, lepas tu dia takutkan pulak kita nanti rezeki kita sempit kalau tak bersedekah, haa berebut lah orang sedekah. Nak beli saham akhirat katanya.

Simple gila buat duit pakai agama ni. Diorang pun tahu orang melayu ni jenis nak masuk syurga dengan cara paling simple. Itu dia gasak pasal kelebihan sedekah. Yang sedekah-sedekah ni pun pakai Viva, pakai motor je, yang minta sedekah ni dah pergi haji 200 kali. Kereta pun pakai Alphard. Betul kacang dia jadikan kita semua ni tukang bagi duit ke dia.

Tak bagi nanti, tak sampai hati. Takut kubur tak bercahaya.

Try lah satu kali buat suprise dekat rumah-rumah ni. Cari pengusaha dia, suruh dia bukak akaun dia depan korang. Mesti terbeliak mata tu siap rasa panas lagi. Itu jam, rasa nak pelempang je. Tapi pengusaha yang dah biasa tunggang agama ni takkan bagi pipi dia kena lempang macam tu je. Dia akan start borak agama lagi dalam. Dia bukak misi visi dia untuk anak yatim ni semua. Yang esok bakal jadi pejuang-pejuang agama yang dasyat. Kau dengar, kau pun jadi respek. Padahal tu borak marketing je.

Tuan-tuan, sebelum sedekah, buatlah kajian sikit. Kita selalu cakap, "takpalah diorang nak tipu, Tuhan lagi tahu. Kita berserah je. Bagi je lah sumbangan. Kalau dia tipu, biar dia jawab dengan Tuhan."

Sikap kita ini akan membiakkan lagi kumpulan celaka ni tuan-tuan. Dan akan banyak lagi anak-anak bangsa kita ini jadi mangsa dengan ketamakan setan-setan tak takut mati ni. Anak-anak yatim ni nanti lah yang bakal jadi mangsa. Depa kena jual cukup-cukup dan tetap miskin di sebabkan satu prinsip yang kita pegang tu lah. Orang nak tipu ke tak ke, kita serah pada Allah.

Semoga satu hari nanti, akan ada gerakan yang menghentak segala setan-setan yang mengaut keuntungan dengan mempergunakan anak-anak yatim, anak-anak tak bernasib baik dan anak-anak tahfiz ini.

P/s : Sebab tu kalau orang tanya aku, perniagaan apa yang senang kaya raya. Jawapan dia kau bukak je rumah tahfiz ke, rumah anak yatim ke, rumah kebajikan ke. Confirm kaya. Tinggal nak spend duit ke marketing kesian dan selit hadis je. Video kena gempak-gempak biar orang tengok video tu rasa kesian dan rasa dapat pahala kalau sedekah. Aku memang harap ramai sikit orang bukak rumah anak yatim ni, baru lah otai-otai yang dah lahap duit sumbangan gila-gila ni rasa tercabar. Lepas tu bergaduh lah sesama korang nanti sebab tak puas hati nak kena bersaing dan collection makin sikit.

AMIR HAMZAH ABDUL HAMID

12 June 2022

 

SEMAKIN KURANG MINYAK PAKET DI PASARAN

 

Kerajaan akan mengurangkan kuota subsidi minyak masak paket bersubsidi. Maknanya apa? Maknanya akan semakin kuranglah minyak ini di pasaran.

Terkejut? Jangan! Tiada apa nak dipelikkan. Kita dah memang boleh jangka. Seperti sebelum ini, kegagalan penguatkuasa, rakyat yang dihukum.

Soal minyak masak banyak di Thailand, adakah itu salah rakyat? Sedangkan polis, imigresen bahkan tentera juga ada di sana. Tapi rakyat yang disiksa.

Ini sengaja dijadikan alasan bagi membolehkan subsidi dikurangkan. Rakyat pula terpaksa bayar lebih. Kemudian minta rakyat faham kononnya nak banteras penyeludupan.

Beginilah cara kerajaan bantu rakyat yang dihimpit inflasi. Sementara itu, menteri terus makan gaji buta. Jelas kerajaan ini sangat gagal. Guane boh?

Raja Gelap




 

DUNIA AKHIRAT UNTUK GOLONGAN KAYANGAN ?


 

ELOK PM LANTIK DUA TPM – MAHADZIR KHALID DARI UMNO DAN SEORANG LAGI DARI BERSATU


 Sama ada wujud atau tidak perjanjian untuk melantik Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu, beberapa perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini nampaknya menjadikan Ismail Sabri Yaakob tidak lagi punya banyak pilihan.

Pilihan paling wajar diambilnya kini ialah mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dengan seberapa segera yang boleh.

Lebih-lebih lagi dengan pengesahan Marzuki Mohamed, bekas Ketua Setiausaha Sulit Mahiaddin Md Yasin ketika Presiden Bersatu itu memegang jawatan Perdana Menteri bahawa perjanjian itu memang wujud dan ditandatangani pada 17 Ogos 2021, membiarkan saja isu itu jadi perbualan tanpa titik penamat langsung tidak membawa sebarang keuntungan.

Menurut Marzuki lagi, perjanjian itu ditandatangani antara Ismail Sabri dengan Mahiaddin serta disaksikan dua orang menteri, seorang daripada UMNO dan seorang lagi daripada Bersatu.

Rasa-rasanya saksi hidup daripada UMNO itu tidak lain dan tidak bukan adalah Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Keperluan untuk Ismail Sabri mengisi jawatan itu sekarang ini sebenarnya lebih untuk meredakan ketegangan antara UMNO dan Bersatu yang timbul sejak kebelakangan ini dan bukan semata-mata untuk memenuhi perjanjian tersebut.

Selain menuntut kerusi menteri yang kini dipegang Zuraida Kamaruddin, Bersatu secara tiba-tiba membangkitkan soal jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan wujud perjanjian mengenainya.

Bagi pihak UMNO pro kluster mahkamah, di samping menentang kerusi menteri Zuraida itu diserahkan kepada Bersatu, mereka juga menolak pemberian jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada mana-mana pemimpin daripada parti pimpinan Mahiaddin itu.

Tujuan UMNO pro kluster mahkamah mendesak kerusi menteri Zuraida itu tidak dikembalikan kepada Bersatu hanyalah kerana ingin melihat Ismail Sabri bergaduh dengan Bersatu.

Dengan itu, harapan mereka akhirnya supaya Ismail Sabri bersetuju dengan kehendak UMNO supaya PRU15 diadakan dengan segera.

Tetapi, sebagaimana kita semua faham, Ismail Sabri tidak bersedia lagi untuk membubarkan Parlimen, antaranya kerana situasi ekonomi belum begitu baik dan mood rakyat juga tidak memihak kepada kerajaan ketika ini.

Begitu pun, melewatkan lagi pembubaran Parlimen dalam situasi wujud masalah antara UMNO dengan Bersatu serta di ketika UMNO sendiri mendesak PRU15 diawalkan, ia mesti disertai dengan langkah-langkah perlu untuk mengharmonikan keadaan.

Berdasarkan situasi semasa sekarang ini, berbanding melantik seorang Timbalan Perdana Menteri sebagai permintaan atau kerana ada perjanjian dengan Mahiaddin, melantik dua Timbalan Perdana Menteri barangkali adalah jalan penyelesaian yang lebih mampu menyejukkan suhu politik negara sehinggalah Parlimen dibubarkan pada tahun depan.

Dalam hal ini, Ismail Sabri perlu melantik seorang Timbalan Perdana Menteri daripada Bersatu dan seorang lagi daripada UMNO.

Bagi calon daripada Bersatu, boleh dilantik sesiapa saja yang berada dalam kabinet sekarang sama ada Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu atau Peja, Setiausaha Agungnya, Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali yang memegang jawatan Ketua Penerangan PN.

Sebaik-baiknya calon tersebut haruslah juga dipersetujui oleh Mahiaddin dan Bersatu.

Berkenaan calon daripada UMNO pula, calon paling sesuai untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ialah Mahadzir Khalid, Naib Presiden UMNO yang kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Kesesuaian Mahadzir bukan saja kerana kedudukan kanannya dalam hireaki parti, malah juga kerana jawatan menteri yang penting kepada rakyat luar bandar dan orang Melayu yang disandangnya sekarang.

Dengan perlantikan Mahadzir itu, Ismail Sabri dengan sendirinya dapat memperlihatkan sikap menghargai kedudukan hireaki parti pemimpin UMNO dalam urusan kerajaan, sesuai dengan konsep parti menguasai kerajaan.

Yang penting di sini, dengan melantik dua menteri yang memang sedia ada dalam kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri, ia tidaklah melibatkan banyak tambahan kos yang perlu ditanggung kerajaan.

Lagi pun, untuk kestabilan politik dan menambah keberkesanan kerajaan di mana akhirnya rakyat juga yang mendapat faedah daripadanya, mengeluarkan sedikit kos tambahan daripada wang kerajaan barangkali tidaklah menjadi perkara yang harus menjadi isu besar.

Tak kurang pentingnya, dengan adanya Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO itu, sosek-sosek berebut jawatan dan keghairahan sesetengah pemimpin mahu menonjolkan diri sebagai pemimpin nombor dua kiranya pemilihan parti mungkin diadakan dahulu sebelum PRU15, boleh dimatikan dengan serta-merta.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara automatik adalah bayangan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO 2022. – ShahbudinHusin 09/07/2022.