RENTASAN 1150 | MAHKAMAH DI MALAYSIA 'TAK MAMPU' AMBIL LANGKAH AKTIF PER...


1. MENTERI PERGI PASAR, BUKAN PERGI LUAR NEGARA! 2. MALAYSIA KESIPUAN LAGI 3. UMNO LEBIH TERUJA PEGUAM DARI NEGARA PENJAJAH 4. TIDAK WAJAR WARGA NEPAL JADI PENGAWAL KESELAMATAN






TAK KAN LAH RAKYAT KELANTAN TERUK SANGAT KOT

 

Rahimi yusof





Jgn terlalu sombong & bercakap takabur Sgt.... Sehebat kerajaan Abasiyyah... Utmaniyyah... Keagongan Islam di Eropah pun boleh runtuh.... Ini kan pula setakat kerajaan PAS.... Tunggu menghitung hari je.... Kalau nk terus jual agama utk kepentingan parti atau peribadi... Tak laku dah.... Ingat - setiap yg Hidup akan mati... Tak ada kerajaan akan kekal abadi krn ia tetap akan runtuh atas sabda Kun Fayakun.... Hati2 bila bicara...

MAHIADDIN DAH BUAT PENAFIAN, SHAFIE APDAL, ANIFAH AMAN & REEZAL MERICAN YANG TURUT DITUDUH TERIMA DUIT TAKKAN SENYAP SAJA?

 

Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan seorang pengurus pentadbiran syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang terlibat dalam kes sogokan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kononnya, syarikat tersebut telah memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada saya di antara bulan Jun dan Ogos 2018.

Ini memberikan gambaran saya juga menerima sogokan.

Pernyataan ini adalah palsu. Saya dengan tegasnya menafikan pernyataan tersebut.

Pada masa itu, saya menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.

Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Hal ini tersebar luas dalam media massa (lihat pautan: https://www.malaysiakini.com/news/433930)

Malahan pada tarikh tertentu yang dinyatakan oleh saksi kononnya saya telah menerima sogokon wang tunai, saya sebenarnya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara.

Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu.

Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas.

Saya dengan ini menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima, secara langsung atau tidak langsung, sebarang wang daripada David Tan, saksi dari Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, pengarahnya ataupun pemegang sahamnya.

Saya juga tidak pernah disoal atau disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan dengan tomahan ini.

Adalah diharapkan pihak pendakwaan akan menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah buruk terhadap saya sedangkan saya tegas menentang rasuah.

Saya juga bersedia untuk disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan ini.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

17 Jun 2022


WOWWW…SAKSI SAHKAN AKAUN BANK NAJIB TERIMA HAMPIR AS$670 JUTA


 Akaun AmBank Najib Razak menerima hampir AS$20 juta daripada Putera Arab Saudi Faisal Turki Bandar Al-Saud pada 2011, menurut keterangan pengurus Unit Swift (pemindahan dana dan sekuriti elektronik masa nyata) bank perdagangan itu.

Wedani Senen memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi bahawa akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan 694 juga menerima hampir AS$650 juta antara 2012 dan 2013.

Semasa perbicaraan rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap Najib, Wedani yang merupakan saksi pendakwaan ke-29 berkata tertuduh menerima jumlah wang hampir AS$670 juta dalam akaun AmPrivate Banking-MR miliknya.

Dia berkata pemindahan daripada Putera Turki dalam dua peringkat daripada Bank Riyad melalui JPMorgan Chase Bank yang berpangkalan di Amerika Syarikat berlaku antara 24 Feb dan 14 Jun 2011.

Wedani memberitahu hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners memindahkan hampir AS$30 juta ke dalam akaun berakhir 694 antara 30 Okt dan 19 Nov 2012.

Semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Najwa Bistamam, Wedani memberi keterangan bahawa AS$620 juta mengalir daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun AmPrivate Banking-MR pada 22 Mac 2013.

Menurut pendakwaan sebelum ini, Blackstone dan Tanore adalah dua entiti British Virgin Islands (BVI) yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk memudahkan penyelewengan dana daripada 1MDB.

Wedani menjelaskan bahawa sejumlah 12 transaksi wang masuk ke dalam dua akaun Najib – yang berakhir 694 serta akaun AmPrivate Banking-1MY yang berakhir dengan 880 – direkodkan antara 2011 dan 2014 melalui sistem kiriman wang Swift antarabangsa.

Perbicaraan di hadapan Sequerah akan disambung semula pada Isnin minggu depan, dengan saksi dijangka menyambung semula keterangannya berhubung urus niaga yang lain.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat pertuduhan rasuah di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Berkenaan dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib dikatakan melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa kesalahan di 1MDB dilakukan oleh Jho Low dengan restu Najib.

Pasukan pembelaan tertuduh bagaimanapun mendakwa bahawa Najib tidak mengetahui jenayah yang dilakukan di 1MDB dan penyelewengan itu hanya didalangi oleh Jho Low dan ahli pengurusan 1MDB yang lain.


ALAMAK…MAHIADDIN, SHAFIE APDAL, ANIFAH AMAN & REEZAL MERICAN PUN TERIMA DUIT?

 


Seorang bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu.

David Tan berkata, Muhyiddin menerima RM1.3 juta antara Jun dan Ogos 2018.

Semalam, Tan memberitahu mahkamah, beliau menyimpan lejar bayaran yang dibuat kepada Zahid antara 2014 hingga 2018. Katanya, nama dalam lejar itu terdiri daripada “menteri, ahli politik dan penjawat awam”.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh hari ini, Tan berkata, nama Muhyiddin, Shafie, bekas menteri luar Anifah Aman dan bekas timbalan menteri luar Reezal Merican Naina Merican turut dicatatkan dalam lejar itu di bawah nama kod.

Tetapi, Tan tidak mendedahkan jumlah wang yang dibayar kepada Shafie, Anifah dan Reezal Merican, atau kod nama mereka.

Ketika itu, Muhyiddin ialah menteri dalam negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, manakala Shafie ialah ketua menteri Sabah.

Reezal Merican kini ialah menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

UKSB adalah syarikat yang mengendalikan sistem visa luar negara (VLN) untuk pelancong China. Mereka dilantik oleh kerajaan pada 2016.

Syarikat itu terbabit dalam pertuduhan rasuah Zahid, dengan bekas timbalan perdana menteri itu dibicarakan atas 33 tuduhan rasuah.

Semalam, Tan dilaporkan berkata, nama “monster”, “young boy” dan “yb” dalam lejar syarikat itu merujuk Zahid.

“Sebab saya menggunakan nama kod ‘monster’ adalah kerana semasa saya memasukkan lejar, saya sedang makan snek Mamee Monster,” kata Tan.

Saksi pendakwaan itu berkata, komputer riba yang mengandungi lejar bayaran itu dan pemacu pena USB yang mempunyai salinan lejar itu disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Oktober 2018.

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan bekas pengarah UKSB, Harry Tan dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani yang berkata, syarikat itu membuat bayaran tunai berjuta-juta dolar Singapura kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak VLN.

Wan Quoris dilaporkan berkata, bantuan kewangan kepada Zahid itu bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri.

Dengan bantuan itu, katanya, UKSB bukan sahaja mendapat sokongan bekas timbalan perdana menteri itu, tetapi juga berjaya mengurangkan gangguan saingan daripada syarikat lain yang menjalankan perniagaan sama.

Perbicaraan diteruskan di hadapan hakim Yazid Mustafa pada 26 Julai ini.




NYAWA HARUS DIGANTI NYAWA


 



NAMA NAMA PENERIMA RASUAH DALAM KES ZAHID HAMIDI


 

PROFF NI MEMANG BIJAK-DIA NAK CEPATKAN KEJATUHAN MAIL SABRI- B40 NI SELAGI TAK KENA DAN DAPAT BANTUAN, - UMNO ADALAH IDOLA MEREKA


B40  BUAT APA HARI NI

Prof ckp kena lupuskan kereta berumur 10 tahun ke atas , bersedia la para B40 , kete dh lama tu tak maintain kasi buang sja , jalan kaki, korang jangan bising , beliau adalah pakar ya






 

KISAH YANG KITA TIDAK TAHU TENTANG TAN SRI SIDEK HASSAN SELAIN GAJI BUTA












 

MERUNTUHKAN RUMAH RAKYAT DI SANDAKAN-TIADA PEMBELAAN


 

PENDEDAHAN CIA - INI ZAMAN MAHATHIR. ZAMAN INILAH ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN.JANGAN LAGI GENERASI MUDA PERCAYAKAN BELIAU


 

PATI YANG MELAMPAU-TIDAK HORMAT RAKYAT TEMPATAN


 

PATI TIDAK SEDAR DIRI=BERLAGAK SAMSENG. SHAHIDAN KASSIM BUAT APA .LENA KOT


 

GANDINGAN MANTAP . DENGARKAN.


 

BUDAK SEKOLAH CURI COKLAT PUN TAK NGAKU

 


Muhyiddin nafi terima RM1.3 juta daripada UKSB






Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin menafikan menerima sogokan berjumlah RM1.3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) antara Jun dan Ogos 2018.

Beliau berkata, pernyataan dibuat bekas pengurus pentadbiran syarikat itu, David Tan dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi hari ini adalah tidak benar.

“Pernyataan ini adalah palsu. Saya dengan tegasnya menafikan pernyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

RAYER KEMALANGAN DI RAWAT DI SG BULOH


 Ahli Parlimen Jelutong YB Sdr RSN Rayer terlibat dalam satu kemalangan di Sg Buluh dalam perjalanan ke KL. Beliau kini sedang menjalankan pembedahan kecemasan di Hospital Sg Buluh.

Pemimpin Kerajaan BN - PN berkewajipan perkukuh institusi kehakiman - Anwar

 

Kepimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkewajipan untuk memperkukuh institusi kehakiman terutama menjamin kebebasan badan itu dalam menjalankan tugas tanpa diganggu gugat.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kewujudan badan kehakiman yang bebas di negara ini perlu diperjuangkan dan menjadi keutamaan Kerajaan berikutan badan itu telah dicabuli beberapa kali sejak 3 dekad lalu.


"Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah dengan bijak menyatakan, "The existence of the courts and judges in every ordered society proves nothing: it is their quality, their independence, and their powers which matter…"


"Kewujudan badan kehakiman yang bebas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan juga rakyat sendiri berkewajipan untuk mengambil tindakan memperkukuh institusi kehakiman bagi memenuhi peranannya sebagai tunjang demokrasi, yang akhirnya melindungi dan memelihara hak rakyat.


"Sejak dahulu lagi, penguasa telah cuba melemahkan institusi demokrasi Malaysia untuk mencapai keuntungan mementingkan diri mereka dengan mengorbankan rakyat.


"Oleh itu, kita rakyat Malaysia harus terus berwaspada dalam mempertahankan institusi yang melindungi hak kita secara wajar melalui Perlembagaan, daripada kuasa undi di peti undi sehinggalah menggunakan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Presiden KEADILAN itu juga turut mengingatkan titah Almarhum Sultan Azlan Shah berkaitan kebebasan kehakiman


Katanya, Sultan Azlan Shah pernah bertitah bahawa peraturan yang melindungi kebebasan kehakiman “dirancang untuk menjamin mereka akan bebas daripada tekanan luar dan bebas daripada semua pihak berkuasa kecuali undang-undang. Oleh itu, mereka adalah penting untuk memelihara kedaulatan undang-undang.”


Justeru, Anwar menganggap himpunan membela institusi kehakiman yang dianjurkan pagi tadi di Padang Merbok, Kuala Lumpur merupakan suatu mercu tanda penting perjuangan para peguam untuk mempertahankan kebebasan kehakiman.


"Saya memuji penganjuran "Walk for Judicial Independence" oleh Majlis Peguam Malaysia hari ini.


"Perjalanan itu mengesahkan usaha mereka sebelum ini pada 2007, 2011 dan 2014 dan menunjukkan pengamal undang-undang tetap menyedari peranan kritikal mereka dalam menegakkan keadilan di negara ini.


"Ini adalah petanda positif demokrasi kita sentiasa berkembang maju dan diperkukuh oleh warganegara yang sangat mengambil berat tentang memelihara semangat demokrasi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

PASTIKAN PARTI INI DIKALAHKAN . JANGAN BERI SATU KERUSI PUN KEPADA WARISAN, KERANA KITA TAHU IKUT PELAN SIAPA

 

PRU15: Warisan mahu tanding 4 kerusi Parlimen, 20 DUN di N9




Warisan Negeri Sembilan kini mempunyai 2,000 ahli membabitkan kira-kira 25 cawangan.

PETALING JAYA: Warisan berhasrat untuk bertanding di empat kerusi Parlimen dan sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Warisan Negeri Sembilan, Azman Idris berkata, keyakinan untuk bertanding di negeri itu adalah bersandarkan faktor pengundi atas pagar yang dilihat ramai dan parti itu mahu mengambil kesempatan untuk menarik sokongan kumpulan berkenaan.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kerusi yang berpotensi sebelum ia dibawa ke peringkat majlis tertinggi parti untuk dibincang dan diputuskan.

“Warisan memang akan bertanding (di Negeri Sembilan) dan sekarang dalam kajian dan pemantauan, lihat mana-mana kerusi yang sesuai. Berapa (jumlah) bagaimanapun akan diputuskan oleh majlis tertinggi parti.

“Kami parti untuk semua rakyat, kami fokus kepada tempat yang kami boleh bertanding dan kerusi yang kami lihat rakyat memerlukan khidmat kami. Rakyat akan ada banyak pilihan dan kami salah satu sebagai pilihan mereka,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sementara itu Azman berkata, keahlian Warisan di Negeri Sembilan kini berjumlah hampir 2,000 melibatkan kira-kira 25 cawangan.

“Warisan sudah lebih setahun digerakkan di negeri ini dan alhamdulillah sambutan yang diterima menggalakkan daripada orang ramai kerana kami merupakan sebuah parti yang memberi khidmat kepada rakyat.

“Saya berpandangan, Warisan boleh pergi jauh di Negeri Sembilan, ramai pengundi sekarang berada di atas pagar dan kami akan mengambil kesempatan untuk menarik (sokongan) mereka ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa presiden parti itu Shafie Apdal dijadual hadir merasmikan pejabat perhubungan Warisan Negeri Sembilan di Seremban pada 19 Jun.