MRT TETAP GAGAL

 

NORMAN RADZUAN







MRT KL- Putrajaya tetap gagal

SISTEM ALIRAN RINGAN SUDAH MENCUKUPI

MRT KL-Putrajaya tetap gagal utk elak traffic jam di KL, percayalah. Di negara kita bukan masalah pengangkutan awam tetapi mentaliti org awam. Selagi tiada stesen MRT di depan rumah mereka akn beri seribu alasan kenapa menolak menggunakannya.

Tidak perlu saya bicara dgn detail kerana dlm isu sebelum ini saya telah bicarakan panjang lebar. Kita sudah ada pelbagai laluan LRT, Monorel, MRT, Komuter, KTM dan ERL… KL tetap menjerit.

Malah perancangan Putrajaya utk mengurangkan jam di KL juga tidak berjaya. Menggalakkan pengkongsian kenderaan juga gagal. Ini semua soal mentaliti.

Oleh itu penyelesaian selepas ini bukan lagi membina projek berbillion ringgit utk pengangkutan awam tetapi spend jutaan ringgit utk mengubah mentaliti org awam atau masyarakat Lembah Klang.

Kita mesti ingat jumlah kenderaan yg didaftarkan lebih byk dari jumlah rakyat Malaysia sendiri. Setiap tahun kenderaan semakin bertanbah… jadi apa penyelesaian isu ini?

Jika mendidik tidak berjaya…pendekatan lain terpaksa digunakan seperti ‘kekerasan’ tapi bukan caranya dgn menghapuskan kenderaan berusia 10 tahun.

Ia perlukan pendekatan seperti parking kereta yg mahal atau gunakan kaedah seperti negara jiran Singapura mereka memperkenalkan caj jalan bagi menangani kesesakan lalu lintas.

Pada awalnya tentulah rakyat Lembah Klang marah tetapi lama kelamaan apabila dibudayakan dan mereka dpt melihat impak positif… mereka akhirnya akn bersetuju.

Mcm dulu wajibkan pakai tali pinggang keledar dan wajibkan pemasangan lampu motorsikal pun ditentang. Akhirnya ramai yg patuh dan dpt melihat ia suatu yg baik utk mereka.

Jgn lupa pendekatan psikologi kempen di media perdana agar rakyat mesti berjalan 10k step sehari sb rakyat Malaysia malas berjalan yg menjadi punca sebenar mereka tidak mahu gunakan pengangkutan awam. Bagi mereka jalan kami 1km dari stesen MRT ke pintu pejabat sudah tersangat jauh.

Kadang2 kita berasa hairan yg merungut kesesakkan jalan di KL sdgkan dia sendiri merupakan penyumbang kpd kesesakkan tersebut. Jika penduduk Lembah Klang ada 5 juta yg menggunakan kenderaan sendiri tentulah sesak jln KL.

Jadi apa yg nak dirungutkan? Ibarat sendiri melalak berkaraoke di dlm rumah hingga anak kecil tidak dpt tidur disalahkan nyamuk yg bising.

Sila proaktif segera sb Kuala Lumpur kini bandaraya yg sakit.