Ini Rupanya Punca Kenapa UMNO Bergolak...

APA KES NIH...

 HAMZAH RIE NA


Polis siasat..

1) kes Ismail Sabri langgar SOP..

2) kes Annuar Musa langgar SOP..

3) kes menteri² langgar SOP rentas negeri..

sampai skrg terus senyap..

Adakah kes ahli politik dari pantai timur cabul isteri orang di penghujungnya akan senyap juga?.. Sama² kita nantikan.

SR

 May be an image of 1 person and text that says "Astro AWANI 25 mins Pada awal pagi kejadian ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu tingkat satu, mangsa mendakwa telah dicium selain payudaranya diramas oleh suspek. #AWANInews #AWANI745 SR suararakyat AWA astro ASTROAWANI.COM Polis siasat dakwaan wanita dicabul ahli politik bergelar Datuk dari 'Pantai Timur Harap jangan jadi kes "blur' semburit"

JIKA SAYA AHLI UMNO, SAYA TOLAK DASAR ‘NO ANWAR NO DAP’


Hanya 'walaun', 'walauntit' yang masih bersama Pas, kata Prof Agus


Oleh: Prof Agus

1. Majoriti ahli UMNO boleh menerima penyelesaian politik yang diambil oleh pucuk pimpinan dengan syarat ‘No Anwar No DAP.’ Saya rumuskan sebab penolakan mereka sebagai berikut:

i. Perjuangan Anwar adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi.

ii. Anwar dianggap tidak bermoral.

iii. Menerima DAP, musuh paling utama sejak sekian lama bererti UMNO menggadaikan dasar perjuangan ABATAnya (Agama, Bangsa, Tanah Air).

iv. DAP adalah parti rasis dan cauvinis.

v. DAP dianggap anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu.

2. Mengulas dasar ‘No Anwar No DAP’ ini, Tengku Razaleigh (Ku Li) menyatakan slogan ini “hanyalah sentimen semata-mata.” Puad Zarksahi menambah dengan menyatakan “slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa. Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah.”

3. Kenyataan Ku Li dan Puad ini membawa makna buang sentimen dan berubah sesuai dengan tuntutan semasa. Slogan No Anwar No DAP tidak membawa UMNO ke mana, sebaliknya membuka kerjasama baharu dengan PH boleh menguntungkan UMNO.

4. Pertama, kerjasama dengan PH membolehkan UMNO bertanding di semua kerusi tradisinya tanpa pertindihan kerusi dengan Bersatu dan PAS. Kedua, UMNO akan kekal sebagai parti Melayu dominan kerana tidak lagi bersaing dengan dua parti Melayu yang lain dalam PN. Ketiga, UMNO dengan PAS dan Bersatu sekadar mendapat jawatan kecil, tetapi jika dengan PH, UMNO akan mendapat jawatan yang lebih kanan.

5. Bagi saya, dalam kemelut politik hari ini, UMNO perlu pragmatik. Menerima Anwar dan DAP bukan bererti membentuk pakatan baharu, tetapi membentuk kerjasama politik. Satu lagi ialah slogan ‘No Anwar No DAP’ berkonotasi kebencian dan perkauman yang tentunya bukan modal politik terbaik untuk negara kita.

6. Perjuangan politik terbaik bagi negara kita adalah memenuhi keperluan rakyat, mensejahterakan kehidupan mereka dan membina negara bangsa yang bersatu. Saya fikir, dalam senario politik sekarang, kerjasama BN/UMNO dan PH adalah lebih baik untuk mencapai hasrat di atas.

Sekadar catatan hari minggu.

 

WAKIL RAKYAT LOMPAT JEJAS KESTABILAN POLITIK



Pengumunan ini dikritik oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). “Sekatan terhadap kebebasan bersuara hanya boleh dikenakan apabila perlu dan tertakluk kepada undang-undang dan bersekadar bagi memenuhi tujuan yang munasabah, termasuk untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral, atau hak individu lain,” kata SUHAKAM.









SKEPTIKAL DENGAN PANDANGAN MSO

 

Meskipun MSO kata rundingan kerusi antara PKR-UMNO sedang berjalan aku masih agak skeptikal. Boleh jadi dia punya maklumat lebih tepat, dia lebih tahu.

Cuma, secara logiknya bagi aku prinsip yg dipersetujui bersama dan keperluan menyelamatkan negara harus dimuktamadkan dulu. Ini adalah keutamaan utk membuka pintu rundingan.

Tiada sbrg kerjasama PRU atau pembahagian kerusi jika yg FUNDAMENTAL atau yg asas pun tak settle kerana DSAI dan PKR tidak akan sekali2 menggadaikan prinsip Reform.

Sbb itu aku masih merasakan bukan bab kerusi atau bab kerjasama di PRU yg dibincangkan tapi kerjasama bagi menjatuhkan Abah Kau Mooyiddin dan KERAT PN.

Wallahualam.

- Zus Din

21 March 2021

 

Wujud Dua Halatuju Dalam AMANAH? Mengapa Husam Terkilan Dengan Sikap Tun...



Datuk Husam mengulas tentang isu pentingnys kejelasan atau clarity dalam pimpinan tertinggi menerajui halatuju parti AMANAH. Kejelasan ini diperlukan untuk memandu ahli dan membawa parti ke satu matlamat politik yang sama. Ketiadaan halatuju yang jelas hanya mengelirukan ahli parti akan merugikan parti itu sendiri. Datuk Husam juga mengulas tentang sikap Tun Mahathir yang telah diberikan peluang untuk mengakhiri hayat politik dengan nama yang harum dan baik tetapi Tun Mahathir mempersiakan peluang yang diberikan oleh PH kepadanya.



Tarikh Piraum tidak penting bentuk kerjasama mustahak

 

MSO


APA yang dinanti dan ditunggu-tunggu oleh warga politik kini adalah bilakah (Piraum) pilihan raya ke-15 akan diadakan? Penantian dan persediaan untuk berpilihan raya itu sangat afdal kepada parti-parti politik, khasnya bagi oposisi daripada mengharapkan untuk melihat kerajaan Perikatan Nasional(PN) dijatuhkan dalam parlimen. Harapan itu sudah jadi seperti menanti bulan jatuh ke riba yang tidak akan muncul. 

Bulan jatuh ke ribaan hanya sebuah mitos yang tidak akan pernah menjelma. Ia hanya impian si pungguk biru yang lara kerinduan. Begitulah keadaan dengan harapan untuk melihat kerajaan PN akan tumbang dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hilang akan menjelma kembali. Ia sudah jadi sebuah mitos yang terkambus dalam permainan angka.

Muhyiddin Yassin dan geng si Kitolnya tidak mendiam diri daripada berusaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan mengekalkan kerajaan "curitokrasi", (PN) sehingga habis penggal parlimen ke-14. Itu sudah semestinya dilakukan. Dan itulah sebaik-baik tindakan. Muhyiddin tidak akan kompromi dan tidak terjejas dengan sumpah seranah dan caci maki atas perbuatannya. Malahan Muhyiddin terus akan menebalkan mukanya membuat pembedahan plastik untuk menampalkan kulit seladang ke mukanya. 

Saya yakin parlimen tidak akan dibuka meskipun sudah ada pandangan kononnya adil dan bebas daripada Yang diPertuan Agong. Parlimen akan berakhir dengan pembubaran? Bagi saya pandangan Agong berdasarkan kuasanya mengikut Perlembagaan itu hanya sebagai pencerahan, pemanis mulut sahaja. Agong sebagai Raja Berperlembagaan tetap terikat dengan kuasa Eksekutif. 

Benteng mempertahankan diri.

Covid dan pengisytiharan darurat pada 11 Januari 2021 telah digunakan sebagai benteng untuk mempertahankan diri dan kerajaannya. Tampaknya Muhyiddin berjaya menggunakan kedua kuasa dan peristiwa itu. Dan Muhyiddin sudah mengutip kedua-dua labanya sekaligus. Dua kuasa dan keadaan (alasan) itulah digunakan oleh Muhyiddin hari ini, sehingga beliau merasakan selamat untuk ke luar negara, ke Saudi. 

Justeru adalah wajar dan tepat pula kalau pembangkang tidak lagi terus bermimpi untuk mengambil alih kerajaan dengan cara membalas dendam merampas kuasa. Walaupun sebahagian rakyat menanti bahkan berdoa, tetapi elok dilupakan sahaja rancangan itu. Tumpulah kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15. Lawan dan jatuhkan PN dalam Piraum. Gelanggang sudah dibuka, tetapi bila?

Tidak ada siapa yang dapat menentu bila parlimen dibubarkan untuk membolehkan Piraum diadakan. Tarikhnya ada dalam genggam Muhyiddin. Beliau diduga akan bertindak sesudah pihak PN bersiap sedia. Masih ada beberapa perkara yang sedang cuba dibereskan. Antara indikator hampirnya Piraum apabila pemimpin Umno dijatuhkan hukuman. Apabila mereka sudah dijatuhi hukuman, saat itulah waktu terbaik untuk Muhyiddin menghadap Agong memohon parlimen dibubarkan. 

Selainnya, setelah mencapai kerjasama dan pembahagian kerusi dalam PN selesai. Ini agak sukar tetapi ia tidak sesulit seperti menanti para pemimpin Umno dihukum atau disumbat ke dalam penjara. Proses untuk menghukum (vonis) pemimpin Umno sedang berjalan lancar. Itu keadaan atau pun isyarat untuk meramalkan pilihan raya. Walaupun Muhyiddin mengatakan sebaik darurat selesai (1 Ogos) saya tidak mempercayai seratus peratus kerana politik itu penuh dengan "ilap", kekhilafan dan penipuan.

Saya meletakkan sekiranya ia diadakan pada tahun ini, waktunya antara bulan Julai hingga September. 

Sementara itu baik bagi oposisi maupun parti memerintah masih ada beberapa hal yang belum selesai dan masih ada ruang untuk memperkemaskannya. Bagaimana PN dengan kedudukannya sebagai kerajaan mempunyai advantage mempunyai peluang lebih 50%. Sebab itu sesetengah pemimpin PH mahukan kerajaan dikembali bagi dijadikan bekalan atau modal menghadapi pilihan raya. Pemeriksa  politik tetap percaya parti memerintah lebih berpeluang untuk menang pilihan raya. 

Kepada oposisi (PH) apabila harapan itu sudah tidak ada, PH tidak boleh mengharapkan kepada kelebihan yang sudah menjadi milik PN itu. Perlu ada ikhtiar dan gerakan lain dilakukan. PH atau pembangkang perlu mempunyai akal yang luas dan strategi berbagai untuk mendapat semula kerajaan yang hilang itu. Perlu bangkit ke hadapan (move forward). Kerajaan PH sudah jadi semacam Haikal Sulaiman yang ghaib tetapi tahu di mana lokasinya.  

Dalam hal ini antara perlu disegerakan merangka kerjasama semantap mungkin sesama oposisi. Pertamanya PH kena padukan dahulu pakatan dengan tiga buah parti, Keadilan, DAP dan Amanah. Jangan ada lagi angan-angan untuk bergantung kepada OT95 (Mahathir Mohamad) dengan parti inkubator, Pejuang. Buanglah sejauh mungkin OT95 dan jangan jadikan dia sebagai tali penyelamat lagi. Biarkan orang tua itu mereput di hujung semak samun dan hanyut ke tanjung. Orang Amanah khasnya harus bersih dari badi OT95 yang melekat kepada diri mereka. 

Ketiga-tiga parti itu perlu mengambil sikap dan semangat seperti semasa dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bergerak tanpa OT95. Semangat dibina dan dipuput semasa dalam PR dahulu perlu digemburkan. Ketika PR, pembangkang optimis akan menang dalam pilihan raya walaupun OT95 berada di luar, bahkan menjadi lawan. Bukankah PH (oposisi) sudah berjaya sedikit demi sedikit mengurangkan kuasa UBN bermula pada Piraum 1999 diikuti tahun 2008, 2013 kemudian sehingga akhirnya berjaya menumbangkan BN tahun 2018? Oposisi khasnya PH harus berbangga dengan pencapaian itu. 

Piraum 1999 Barisan Alternatif (BA) terdiri daripada Keadilan, DAP dan Pas memperolehi 40.21% undi dengan meraih 42 kerusi berbanding dengan BN mendapat 56.53% dan mendapat 148 kerusi. Dalam Pirauam 2004 dimana BA tanpa bersama DAP mendapat 24.1% undi dengan mendapat 8 kerusi, sementara DAP mendapat 9.9% undi dengan 12 kerusi. Sementara BN pula mendapat 63,9% undi dengan jumlah kerusi 198.

Dalam Piraum 2009 pembangkang ketika itu Pakatan Rakyat (PR) mendapat 49.4% dengan 82 kerusi sementara BN mendapat 50.5% undi dengan jumlah kerusi 142 kerusi. Ketika ini DAP kembali bersama pembangkang dalam PR. Dalam Piraum 2013 PR mendapat 50.57 peratus undi dengan jumlah kerusi 89 kerusi sementara BN walaupun mendapat peratus undi lebih rendah 47.38 % tetapi menang dengan mendapat sebanyak 140 kerusi. Pilihan raya ini jika peratus undi diambil kira pembangkang (PR) sudah pun boleh membentuk kerajaan.

Piraum 2018 akhirnya BN yang berada dalam pengaruh pasang surut akhirnya tumpas apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya mendapat 45.68% undi dengan meraih 113 kerusi sementara BN mendapat 35.39 % undi dengan memperolehi 79 kerusi. Untuk rekod dalam Piraum itu Pas bertanding bersendirian dengan mendapat 16.82% dengan jumlah kerusi 18. 

Jika dilihat kepada pencapaian pembangkang itu menunjukkan kecemerlangan oposisi meningkat dengan jelas walaupun sebelum penyertaan OT95 bersama saf pembangkang. Kita lupa sebenarnya Piraum 2018 kalau pun tanpa OT95 oposisi (PH) sudah pun berjaya membentuk kerajaan berdasarkan pencapaian oposisi sejak tahun 1999 itu? 

Ramai tersilap hitung, kononnya PH berjaya kerana bantuan OT95, sebenarnya OT95 yang menumpang pengaruh PH untuk mengecapi kemenangan dan menjadi perdana menteri kali kedua. Tanggapan ini perlu diperbetulkan. OT95 hanya berak di atas busut jantan cuma.  

Pendapat mengatakan oposisi tidak akan berjaya tanpa bantuan OT95 adalah karut semata-mata dan lahir dari jiwa mereka yang lemah dan inferiority complex. Pandangan itu wujud kerana mereka sudah disihirkan oleh OT95 untuk menampakan dirinya kuat. Kalau benar OT95 itu kuat, tentu kerajaan PH tidak akan tumbang Februari 2020 lampau sehingga kini semua meroyan. Bukankah kerajaan PH hilang sewaktu beliau jadi perdana menteri? Terimalah pandangan dan berfikir secara logik. OT95 sebatang pohon Jejawi dianggap keramat sudah tidak dapat menakut-nakutkan sesiapa lagi kecuali kanak-kanak dan bocah dan pemuda Becat.

Senario berbeza.

PH harus sedar bahawa senario kini sudah berbeza. Yang menjadi kerajaan kini bukan lagi UBN, Umno Barisan Nasional. Hegemoni Umno yang menggerunkan sudah pun tercabut. Yang ada kini hanya kerajaan PN yang terdiri daripada himpunan puak serpihan yang tidak bermoral dan kering integriti siasah terdiri daripada Bersatu dan Pas. Bersatu ditokok oleh oportunis-oportunis daripada Umno dan Keadilan. Ia disokong oleh 16 oportunis daripada Umno dan 11 daripada Keadilan. PN tidak ada kekuatan dan sokongan fundamental seperti mana BN.

Lantaran itu tidak perlu takut dan gerun dengan PN. PN boleh terburai bila-bila masa sahaja. Ia umpama sebuah bongkah yang bentuknya tidak serata diikat dengan tali yang lembut dan rapuh boleh relai bila-bila masa sahaja.

Kalau pun dalam PN yang boleh dilihat sebagai kuat dan ada pengaruh fundamental hanya Pas sahaja. Itupun terbatas kepada kawasan-kawasan tradisi Melayu yang warganya kebanyakannya mempunyai fikiran kolot dan konservatif agama. Golongan ini sesungguhnya tidak tersedar bahawa pintu Syurga telah lama ditukar dengan pintu Neraka oleh Pas. 

Anggapan bahawa PN mempunyai pengaruh hebat dan besar seperti BN adalah silap. PN dengan BN jauh bezanya. Perhati kepada struktur dan kelebaran organisasi (cawangan) sahaja, Umno memiliki cawangan di seluruh negara kecuali Sarawak. Keahlianya sahaja melebih 3 juta. Bahkan ahli Bersatu sendiri ada duplicated daripada ahli Umno.

Sebenarnya untuk meruntuh dan menafikan kerajaan PN tidak sukar, tidak sesulit sewaktu hendak menumbangkan kerajaan BN dahulu. Ada satu senjata yang dikira membantu. Yang jelas hari ini PN tidak mendapat sokongan Umno. Dengan hanya membentuk kekuatan bersama Pas dan beberapa parti-parti kecil lain, PN tidak ampuh sebagai sebuah koalisi mantap. Sokongan dan dukungan parti-parti di Sabah dan Sarawak pula tidak menjamin kekal setia dengan mereka. 

Umum tahu macam mana perdagangan politik berlaku di Sabah dan di Sarawak sejak lama dahulu. Asas pembentukan kerajaan Malaysia tetap bergantung kepada parti-parti di Semenanjung. Pun begitu ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Mana-mana parti atau gabungan menguasai kerusi di Semenanjung (168) ia tetapi menjadi kerajaan.  

Dalam catatan ini saya ingin memberi pencerahan dan mengongsi sedikit idea dengan Umno. Umno tidak boleh dilupuskan begitu saja. Umno adalah darah dan jiwa orang Melayu. Umno akan menjadi pembantu dan aset utama menjaminkan apakah PH atau oposisi berjaya atau tidak menumbangkan kerajaan PN. Walaupun kini Umno tidak kompat dan terpecah kepada tiga puak atau kluster tetapi Umno tetap menjadi kuasa penentu (king maker). 

Umum tahu Umno kini terbahagi kepada tidga puak atau kluster. Saya namakan kluster Umno sejati, (Umno S) Umno yang menjaga perut (Umno P) dan Umno yang sedia diperalatkan (Umno A). Umno S adalah mereka yang mahu mengekalkan kekuasaan dan memartabatkan sejarah perjuangan parti kebangsaan itu. Golongan atau Umno P adalah yang lebih mementingkan diri sendiri. Mereka apa disebut oleh Musa Hitam yang tidak ada prinsip dan idealisme perjuangan. Apa yang mereka utamakan perut mereka buncit.

Sementara yang ketiga yang sedia diperalatkan (Umno A) untuk kepentingan orang lain. Kluster ini paling jahat dan khianat. Jika dipadankan dengan golongan dikategorikan menurut istilah atau hukum agama mereka termasuk dalam golongan munafik. Pun terpecah kepada tiga kumpulan dan kluster, tetapi kluster Umno S masih berpengaruh. Ini terbukti apabila lebih 130 bahagian Umno di seluruh negara bersetuju agar Umno memutuskan hubungan dan menolak Bersatu dalam pilihan raya.  

Apa perlu disedari kumpulan pertama ini tidak mungkin dapat mengembalikan kerajaan UBN dan juga kegemilangannya. Tetapi keperluan kepada kumpulan ini adalah mengambil tanggungjawab menjaga Umno. Di sini tidak ada cara lain untuk menjamin Umno selamat, Umno perlu bantuan oposisi lain. Dalam konteks ini sokongan parti pembangkang asal, Keadilan dan DAP. Inilah energi tambahan atau formula bagaimana untuk Umno kembali ampuh. 

Hendak tidak hendak orang Umno harus rela dan bersedia menerima perubahan demi masa depan partinya. Pemikiran kolot dan jumud Umno selama ini harus disirnakan. Umno perlu bersikap fleksibel dan sedia menerima mana-mana pihak sahaja. Dinamika politik harus dihayati. Apa yang penting bagi Umno mendapat oksigen untuk hidup seribu tahun lagi. Kalau kebetulan balang oksigen itu ada kepada PH maka, terimalah.  

Tali hayat Umno kini bukan lagi Pas seperti dituduh dan diharapkan sebelum ini, tetapi Keadilan dan DAP. Pas sudah menjadi pengancam atau kawan tidak jujur kepada Umno apabila parti itu lebih obesessi kepada Bersatu kerana tergilakan kuasa. Piagam Muafakat Nasional (MN) yang ditanda tangani oleh Umno yang diwakili Annuar Musa selaku Setiausaha Agung ketika itu sudah dikhianati. Yang tumpang khianat adalah Annuar Musa sendiri yang termasuk dalam Umno A. 

Apakah Umno sedia untuk berbuat demikian? Sebenarnya Umno tidak ada pilihan lain kalau mereka mahu mempastikan Umno terus hidup dan releven. Bahkan kerjasama atau huluran tangan Umno kepada oposisi ini perlu disegerakan, sebelum tibanya Piraum atau lebih tepat sebelum bekas presiden dan presidennya dan beberapa yang lain divoniskan atas segala tuduhan yang dikenakan. Umno tidak perlu menghitung dan berfikir panjang.  

Masa depan dan kedudukan Umno sekurang-kurangnya dalam Piraum ke-15 akan selamat hanya kalau mereka sedia bekerjasama dengan pembangkang dan bukan menaruh harapan kepada kawan yang tidak jujur yang dikenali sebagai musuh lamanya itu. Terus terang dikatakan bagi Pas yang bermusuh dengan Umno, parti itu lebih senang kalau Umno tiada atau diharamkan kerana ia boleh mengutip laba daripada tragedi itu. Pas kini sedang menunggu dengan tangguk besar di pergentingan perbalahan Umno. 

Ingat Pas sudah arif dan bijak bermain politik setelah menjadi mangsa dan hamba politik Umno sejak berdekad. Lagi sekali diulang sebutkan Umno tidak boleh lewat membuat keputusan sebab masa terus berjalan. 

 


Isu kalimah Allah retakkan kesepakatan dalam PN?

 



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam mungkin akan meretak atau memecahkan kesepakatan dalam Perikatan Nasional (PN).



Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Aziz Bari, sikap 'tidak mahu komen' menteri-menteri kanan PN dalam isu berkenaan mungkin akibat sekutu mereka di Malaysia Timur yang mahukan penghakiman tersebut tidak dirayu dan dikekalkan.



Sedangkan, kata Dr Aziz, PN yang mengaku sebagai kerajaan 95% Melayu-Islam mungkin amat keberatan membenarkan hal itu.



"Bagi Sabah dan Sarawak (mereka) mahukan perkara ini dibiarkan begitu sahaja dan tidak dirayu. Ini menimbulkan kegusaran kepada PN



"Nampaknya isu ini boleh jadi satu perkara yang menimbulkan keretakkan. Jadi ini memperlihatkan tiada satu sikap yang jelas dalam kalangan PN. Patutnya walaupun dia datang melalui 'tebuk atap' tetapi perlu ada sikap yang jelas.



"Cuma mungkin rakan dalam PN itu adalah Pas, dan parti itu ada sikap yang mereka ambil sejak dalam PR dahulu



"(Seharusnya) pimpinan pusat harus mengambil berat. Setakat ini pimpinan kanan PN tidak bercakap, yang bercakap hanya menteri dan juga duta bertaraf menteri sahaja," katanya dalam siaran langsung Facebook bertajuk "Kalimah Allah & Hak Kebebasan Agama", malam tadi.



Bagi pakar Undang-undang Perlembagaan itu, tindakan yang diambil kerajaan PN sebelum ini dengan kesediaan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi dianggap tidak memadai, memandangkan mereka adalah Kerajaan Persekutuan yang mampu berbuat lebih banyak.



"Apa yang saya katakan PN semacam kebingungan bila berhadapan kes ini. Sepatutnya ada sesuatu cara untuk menangani isu. Bukan hanya membuat rayuan di mahkamah semata-mata. Sebagai kerajaan dan kalau mereka betul-betul ada majoriti di Parlimen sepatutnya mereka membuat sesuatu.



"Di situ mereka (kelihatan) tidak kompeten menjaga umat Islam," katanya lagi.



Bagaimanapun, Dr Aziz menasihatkan pihak-pihak sayap kanan yang baru-baru ini menuntut Perlembagaan dipinda dan sebagainya agar meneliti perkara tersebut dengan lebih saksama.



Menurut beliau, Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 3 dan Perkara 11 telah dengan jelas menjamin kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi manakala agama bukan Islam tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.



Dalam masa sama, penganut Islam perlu menghormati kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan.



Tentang penggunaan kalimah Allah yang mengelirukan penganut Islam, kata Dr Aziz, hal itu perlu dibuktikan secara lebih konkrit.



"Di mana logiknya penggunaan kalimah Allah ini sesuatu yang merbahaya atau mengelirukan umat Islam?



"Pengedaran bahan-bahan seperti kitab Injil dan upacara agama mereka terbatas atau di dalam ruang lingkup tertentu. Bahan bacaan perlu dicetak sebagai contoh 'hanya untuk penganut Kristian' atau tidak boleh diberi kepada orang Islam. Bagaimana boleh berlaku kekeliruan kepada umat Islam?



"Hak kebebasan beragama ini suatu yang dijamin atau tidak boleh dikacau dalam Perlembagaan kita, hata dalam suasana darurat atau dalam undang-undang seperti Keselamatan Dalam Negeri sebagai contoh," katanya.



Sehubungan itu, Dr Aziz menasihat pihak yang dalam 'mentaliti terkepung' agar memahami keadaan masyarakat majmuk dan realiti umat Islam yang merupakan golongan majoriti melebihi 60% di Malaysia.



Dalam keadaan itu dan agama lain tidak boleh disebarkan melalui media massa, katanya umat Islam tidak wajar terlalu takut dengan persekitarannya.



Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada 10 Mac lalu membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.



Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.



Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku yang diterbitkan.

 

Lebih baik Ismail Sabri bincang bersama Presiden Umno daripada menyerang Anwar

 



Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam 'percaturan' politik jangka panjang parti itu.



Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandal Mohd Akin berkata, selaku pemimpin peringkat ketiga tertinggi dalam ranking Umno, Ismail seharusnya tidak mengambil pendirian menyerang atau mempersalahkan Datuk Seri Anwar kononnya cuba memecah belahkan parti Melayu itu dengan 'ungkapan' telah mengadakan rundingan bersama pemimpin tertentu Umno.



"Persoalan saya, kenapa Datuk Seri Ismail perlu mempersalahkan Datuk Seri Anwar? Umno punyai ketuanya dan sewajarnya dalam prinsip organisasi, beliau sebagai Naib Presiden berbincang dengan Presiden beliau dan bukannya meletakkan kesalahan kepada Datuk Seri Anwar.



"Kedua, saya percaya dan yakin bahawa Umno akan lebih kukuh dan bersatu jika tiada pengkhianat, dan tiada pengkhianatan yang dibuai dengan jawatan ekoran kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (BN).



"Umno juga telah dilemahkan oleh pengkhianat yang bukan sahaja bermaharajalela dalam parti itu tetapi juga parti-parti lain – termasuklah KEADILAN.



"Ahli-ahli Parlimen dipaksa menghentikan sokongan terhadap parti mereka melalui ugutan dan keluar menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan. Segala yang berlaku ini hanya demi kepentingan Bersatu dan Perdana Menteri," kata Shamsul dalam satu kenyataan, hari ini.



Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, KEADILAN menghargai kebijaksanaan sebahagian besar pemimpin Umno dan kesediaan pimpinan parti itu untuk berunding demi memperbaiki hala tuju politik Malaysia.



Katanya, ramai dari kalangan ahli Umno yang menyedari bahawa parti tersebut ketika ini dibayangi oleh masa lampau yang dilemahkan oleh korupsi, pertembungan dalaman dan ketamakan individu terhadap kuasa.



Oleh itu, ujarnya, tiba masa Umno bergerak ke arah yang lebih relevan dengan perkembangan politik semasa.



"Daripada mencuba menyalahkan Datuk Seri Anwar untuk segala masalah Umno, Datuk Seri Ismail sepatutnya mengakui bahawa sebahagian ahli Umno sedar satu-satunya jalan untuk terus bertahan dan kekal relevan adalah dengan mewujudkan kerjasama dengan parti lain atas dasar nilai yang dikongsi bersama.



"Apakah nilai-nilai tersebut? Nilai tersebut adalah yang selaras dengan aspirasi rakyat didasari perpaduan, demokrasi, kemakmuran bersama dan mewujudkan kerajaan yang menyebarluaskan integriti serta menegakkan tadbir urus yang baik.



"Apa pun ahli Umno kini menyedari bahawa kerjasama parti bersama Bersatu hanyalah didasari oleh keinginan Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin untuk kekal berkuasa, atas apa cara sekalipun," katanya lagi.



Sehubungan itu, Shamsul menasihatkan Ismail Sabri agar mengadakan musyawarah krisis bersama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti



Katanya, Ismail perlu membincangkan agenda bagaimana untuk melawan ketidakrelevanan Umno yang didalangi Bersatu dan Muhyiddin supaya tidak ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.



(function() { var d = document, w = window; w

Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS

  Pas Terengganu bergolak, 3 Exco Terengganu tewas pemilihan PAS October 18, 2021 9:22 pm Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ...