MACAM NI DIA LAYAN HANGPA...TERHEGEH LAGI NAK AMBIK DIA....

 W.Faudzin.


Begini dia layan tetamu dari pimpinan PH datang ke rumah dia, masih ada lagi suara2 yg nak bawa orang tua saka tu masuk gabungan dengan PH?  Sbb tu kami benci dgn orang tua tu kerana kami tak tergamak melihat pimpinan PH kena buli sampai ke tahap ini.  Mana2 pemimpin yg tiada maruah, sanggup jadi penjilat Mahathir, sila berambus ikut Mahathir dan jadilah khadam dia seumur hidup.




MENGATASI MASALAH BEKALAN RUMINAN NEGARA

 Image may contain: one or more people

Ruminan (Ruminants) - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=ruminan

Satu penyelesaian kepada masalah ruminan negara.

Aku cadangkan agar Felda/Felcra mengambil inisiatif untuk meningkatkan usaha mengatasi masalah ruminan ini dengan memastikan setiap kawasan milik mereka mestilah diternak Lembu, Kerbau dan Kambing dengan skala besar. Yang pasti jika setiap ekar kawasan Felda/Felcra diternak ruminan ikut bilangan yang sesuai, pastinya pendapatan peserta (peneroka) Felda/Felcra dapat ditingkatkan, Itu aku xmau nak citer pasai tanah ladang milik Tabung Haji.

Felda sahaja mempunyai tanah seluas lebih kurang 500 ribu hektar (317 tanah rancangan Felda). Felcra pula ada lebih 257 ribu hektar tanah.

Katalah dari 500 ribu hektar tanah Felda (lebih kurang ada 1.24 juta ekar)... DAN setiap ekar itu kita bela 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing... maknanya kita ada 2.48 juta ekor lembu DAN 4.96 juta kambing... banyak tu... setel masalah ruminan...

Itu baru Felda... Felcra ader lebih kurang 635 ribu ekar tanah... boleh ternak 1.27 juta lembu DAN 2.54 juta kambing...

Total dari Felda dan Felcra sahaja boleh hasilkan... 3.75 juta ekor lembu dan 7.5 juta ekor kambing...

Bukan sekadar boleh mendapat hasil dari kelapa sawit ATAU getah tetapi juga dapat hasil dari industri ruminan. Dengan cara ini masalah kekurangan ruminan dapat dikurangkan. Dan kita dapat mengurangkan import daging atau haiwan ternakan dari luar negara.

Tapi yer la... Sawit dan Getah pon xbole nak handle lagi mau sembang pasai ruminan...

KOH KOH KOH...

Ladang IOI boleh menghasilkan 3 kali ganda minyak kelapa sawit per ekar dari ladang milik Felda... kenapa jadi camni... aku pernah tulis sebelum ini...

KOH KOH KOH... aku belum nak citer bab baja jer... yang aku citer itu hari pasai proses nak dapatkan minyak kelapa sawit ja...

KOH KOH KOH... aku bukan anak peneroka... TAPI aku ader ramai kengkawan yang jadi Manager Ladang IOI...

KOH KOH KOH... jilaker!!


BOB KELANANG




 

KARTEL DAGING | PENGUATKUASA MENDAPAT SOGOKAN LUMAYAN

 


BOB KELANANG


Rampasan 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta dibungkus semula dengan kotak berlogo halal palsu di Senai, Johor baru-baru ini mempunyai bukti kukuh bahawa kegiatan kartel dibantu anggota penguat kuasa termasuk kakitangan awam yang korup.

Ia terbukti apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sudahpun membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging sejuk beku secara tidak sah di negeri itu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kesemua pihak dimohon tampil memberikan maklumat.

Untuk makluman pembaca Sinar Harian, sejak hari pertama serbuan bersepadu oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di gudang kartel berkenaan, SPRM sudah pun menghantar pasukannya ke sana.

Pihak JAINJ melihat label logo halal yang dicetak di gudang kartel daging sejuk beku di Senai, Johor baru-baru ini.

Tindakan itu diambil kerana terlalu banyak persoalan timbul mengenai bagaimanakah daging-daging haram tersebut yang dibawa dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya, dengan mudah membolosi pintu masuk utama sempadan negara.

Menurut sumber, kebarangkalian berlakunya korupsi dalam kalangan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal pintu masuk negara apabila bersekongkol dengan kartel untuk melepaskan daging-daging haram itu tanpa mengikut peraturan ketika pemeriksaan adalah amat tinggi.

Bagi kes penyeludupan daging sejuk beku berkenaan, ia diistilahkan sebagai ‘daging karpet merah, merujuk kepada daging atau barangan seludup yang sengaja dilepaskan masuk ke negara kerana penguat kuasa mahupun penjawat awam yang bertanggungjawab sudah dikawal oleh kartel-kartel terbabit.

Difahamkan, aktiviti penyeludupan daging karpet merah bukanlah isu baharu, tapi sudah lama berlaku dan pegawai atau anggota yang menjaga talian hayat kartel itu akan mendapat upah berlipat kali ganda khususnya yang bertugas di pelabuhan utama negara.

Berkenaan dengan kaedah penyeludupan di pintu masuk negara, kartel begitu arif dengan operasi pelabuhan termasuk aktiviti penugasan anggota penguat kuasa bagi melepasi kawalan pemeriksaan dibantu oleh ‘orang dalam’.

“Kartel ini cukup licik memalsukan dokumen atau borang K8 iaitu kebenaran untuk transit barangan dagangan dari satu zon bebas ke zon bebas yang lain melalui kawasan utama kastam dan borang K1, pengisytiharan dagangan import yang dibawa keluar dari zon bebas ke kawasan utama kastam.

“Malah perancangan rapi diatur termasuk kontena membawa barang seludup itu akan melalui laluan ‘VIP’ bagi melepasi pemeriksaan seterusnya bayaran secara tunai dibuat kepada kakitangan yang bertugas di situ,” kata sumber itu.

Sogokan menerusi pemberian wang tunai, percutian ke luar negara menjadi hadiah kepada penguat kuasa dengan syarat barangan diimport yang melanggar peraturan boleh lepas masuk seterusnya boleh diedarkan ke pasaran tempatan.

Bagi kes di Johor, syarikat terbabit masih disiasat kerana setakat ini jelas ia menggunakan sebuah syarikat pengimport buah-buahan tetapi menggunakan beberapa nama syarikat tempatan sebagai proksi untuk mengimport daging sejuk beku secara tidak sah.

Hasil siasatan turut mendapati syarikat-syarikat proksi menggunakan nama syarikat milik bumiputera bagi mengaburi mata pihak berkuasa, malah nama pemilik juga dipalsukan.

Apa yang berlaku, kegiatan yang dinyatakan langsung tiada kaitan dengan pengimportan bahan itu.

Menurut sumber lagi, tindakan mewujudkan syarikat proksi bertujuan meyakinkan pemborong termasuk pasar raya besar bahawa produk daging sejuk beku yang mereka bekalkan adalah daripada sumber halal sekali gus meyakinkan pengguna beragama Islam.

“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, harga murah mendorong kartel menyeludup daging sejuk beku yang diragui status halal demi keuntungan besar,” katanya.

Menurut sumber Maqis, beberapa prosedur operasi standard (SOP) perlu dilalui syarikat pengimport sebelum produk khususnya yang berasaskan pertanian dan makanan dibawa ke negara ini.

Antaranya produk terbabit perlu direkodkan dalam borang pengakuan barang-barang diimport, selain perlu ada permit import, sijil kesihatan, sijil halal, sijil negara asal, invois, bill of landing serta senarai pembungkusan.

Susunan kotak -kotak yang mengandungi daging yang diragui diperiksa oleh pihak Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di gudang kartel daging sejuk beku di Senai, Johor.

Meskipun ia sudah diluluskan pada tahap itu, barangan terbabit masih perlu diperiksa secara fizikal termasuk maklumat komoditi, suhu, rumah sembelih, tarikh luput, keadaan fizikal barangan.

Apapun akhbar ini selaku media pertama yang mendedahkan kegiatan haram itu, melakukan siasatan dan follow-up seterusnya membawa kepada hasil serbuan di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.

Diharapkan pihak berkuasa khususnya Maqis, kastam, KPDNHEP, Jakim serta Jabatan Agama Islam negeri untuk terus berganding bahu memastikan kartel seludup daging sejuk beku terus dikekang.

Kerja keras SPRM ditagih bagi menyiasat dan mengheret pengkhianat negara yang menjadi duri dalam daging ke muka pengadilan.

 

IANYA TELAH DILAKUKAN..HANYA MENUNGGU SPRM MENGAMBIL TINDAKAN SETERUSNYA

 

ZAMZURI ARDANI

Mujahid telah melakukan siasatan dalaman dan menemui beberapa kesangsian lalu mengambil tindakan secara pentadbiran. Beliau juga telah meminta pihak SPRM masuk membuat siasatan bagi mengambil tindakan undang-undang yang perlu.

Image may contain: 1 person, text that says "Mujahid Yusof Rawa @mu... Isu daging import halal Jakim. Saya melakukan siasatan dalaman, menjemput SPRM dan memindahkan Pengarah Halal ke bahagian lain. Hanya SPRM belum masuk. Kualiti dan Integriti Halal Jakim keutamaan saya. Sekarang?"

Sudah kah Menteri Pendidikan Tinggi buat persiapan?

 

IPTA 'Green Zone'

 

Sudah kah Menteri Pendidikan Tinggi buat persiapan?

 

BUAT APA SAJA PM TAK BERANI TEGUR

Image may contain: 2 people, people standing


Sebab apa kerajaan PN ini mesti dijatuhkan atau PRU15 mesti dilakukan? Bukan sahaja kabinet obesiti yg terpaksa Muhyiddin gunakan billion wang rakyat hanya utk kedudukannya sebagai PM tetapi Menteri Kabinet juga seperti tidak berfungsi.

Muhyiddin sgt gerun utk menegur Menteri dan T. Menteri. Beliau tahu hanya dgn satu teguran sepertimana rutin dilakukan PM2 sebelum ini... akan membuatnua gugur sebagai PM kerana majoritinya hanya 3 sahaja. Apatah lagi mereka yg menjadi Menteri ini boleh dianggap sebagai gula2 politik bukan atas perjuangan parti.

 

Sudahkah Menteri Pendidikan Tinggi bermesyuarat langkah2 kemasukkan pelajar IPT Sem baru hujung Februari 2021. Kes di Selangor, KL, Johor semakin bertambah. Takkan nak tutup lagi satu Sem. Student new intake dah dkt 3 bulan tak kenal pensyarah. Study group tiada, praktikal tiada, nak bertanya soalan sukar dan bermacam mcm masalah lagi.

Sewajar sekarangg ini Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat kajian khas bagaimana utk membawa masuk pelajar-pelajar  IPT ke Universiti. Sedangkan pelajar sekolah dijangka akan memasuki kelas 20 Januari ini. Pelajar-pelajar IPT sehingga kini mereka tidak mengetahui nasib mereka samada SEM baru penghujung Februari mereka akn memasuki kampus atau kekal di Universiti Online.

Saya ingin memberi cadangan kpd KPTM...


1)    Sewajarnya kata putus kemasukkan pelajar ditetapkan sebaiknya SEM baru hujung Februari ini. Ia kerana beberapa faktor... pertama ada jurusan yg memerlukan praktikal, group study, kemudahan Internet, Library dan pelbagai lagi. Membiarkan pelajar2 tertanya tanya adalah sikap tidak bertanggungjawab seorang Menteri.

 

2)    Kerjasama dgn KKM utk lakukan sanitasi di kolej kediaman dan kampus pengajian sebelum kemasukkan pelajar2 ke kampus.

3)   Setiap minggu pensyarah dan kakitangan Universiti perlu ujian saringan sepertimana kakitangan hospital. Ia kerana mereka keluar masuk kampus.

4)   Setiap pelajar mestilah mempunyai rekod negatif 3 hari sebelum memasuki kampus. Selepas memasuki IPTA...pelajar2 tidak dibenarkan keluarkan IPTA utk tempoh satu SEM atau mengikut perkembangan terkini Covid19. Jika keadaan semakin baik boleh lah dibenarkan mereka keluar dari IPTA dgn masa terhad.

5)Langkah-langkah  awal ini perlu kerana KPTM sudah dua kali membuat keputusan mengejut dan menyusahkan pelajar dan keluarga mereka. Kini KPTM hanya da tempoh lebih kurang 50 hari utk ibu bapa membuat persiapan anak-anak mereka kembali ke Universiti.

 6) Arahkan Pelajar-pelajar pulang awal sekurang-kurangnya seminggu utk bersama sama mencuci bilik kediaman yg sudah setahun tidak didiami. Yang pasti byk kerosakkan kecil berlaku dari serangga/anai2. Selain keperluan2 utk pembelajaran dan sesi sual kenal pelajar baru dgn kediaman baru, rakan2 kelas, senior dan lain2.

Langkah2 ini telah diambil oleh beberapa negara luar kpd pelajar2 IPT mereka. Harap Menteri Tik Tok bekerjalah demi anak bangsa... jgn ambil jalan mudah menyuruh anak2 duduk di rumah.

 Sedangkan sekarang di mana-mana negeri, pelajar-pelajar  IPTA dan IPT ada yg bekerja, ada yg ke sana sini, bercuti sana sini... adakah mereka selamat di luar sana. Jadi fikir-fikir kan lah utk jadikan IPTA sebagai Green Zone dan sebagai tempat anak-anak  kita ini fokus kpd dunia pembelajaran.

 

 

Siapa kita nak julang, soal Mat Sabu, mempertegas sokongan kepada Anwar sebagai PM


Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, parti itu akan terus bersama PH dan tidak boleh bersendirian. (Facebook pic)

PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengulangi pendirian parti itu untuk mengangkat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Pakatan Harapan (PH) jika gabungan itu menawan kembali Putrajaya.

“Ada orang tanya saya, siapa kita nak julang? Saya nak beritahu di sini, 11 Ahli Parlimen Amanah sudah tandatangani SD (aku janji) untuk (lantik) Anwar sebagai perdana menteri,” tegasnya ketika ucapan penggulungan Konvensyen Amanah Nasional 2020 di Melaka hari ini.

Beliau menggesa akar umbi parti itu supaya terus mara ke hadapan untuk mencari seramai mungkin “kawan” bagi mengukuhkan angka sokongan 108 yang diperolehi PH ketika Belanjawan 2021 bulan lalu.

“Kita akan terus bersama PH dan kita nak rakan dan kawan yang ramai supaya kalau berlaku perubahan dalam tempoh terdekat, inilah formulanya,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad tidak mahu kepimpinan parti itu terlalu memikirkan soal kerusi dan jawatan ketika ini, tetapi terus menumpukan usaha menawan beberapa negeri yang dilihat berpotensi.

“Selepas PRU (ke-15) esok, kita tengok balik soal kerusi dan sebagainya. Sekarang itulah formula yang kita tegaskan.

“Kita lihat sekarang, ada peluang di Pulau Pinang kerana masalah perkauman pada 2008 sudah semakin reda dan UMNO bersama sekutunya PAS dilihat sudah tidak bernyawa ibarat bernafas dalam lumpur” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja turut menyatakan kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang bertubi-tubi menyerang Anwar dan Dr Mahathir Mohamad selepas PH dilihat gagal mentadbir dengan baik sepanjang 22 bulan memerintah.

“Saya sedih, sejak beberapa bulan ini, imej Anwar dan Mahathir semakin buruk. Saya terkilan serangan kepada Anwar… Mahathir, padahal dua-dua ini pembangkang.

“Sepatutnya serangan ini kita tumpu kepada kerajaan PN. Kalau berterusan begini, yang percaya adalah pengkhianat,” katanya tanpa menyebut individu yang dimaksudkan.

Menutup ucapan, beliau menggesa akar umbi supaya menghakis ego masing-masing dan merapatkan saf dengan rakan PH untuk sama-sama menambat kembali hati pengundi.

“Ada orang kata, kalau dia (rakan PH) tak mahu dengar cadangan kita, kita keluar daripada gabungan.

“Saya nak tanya, kalau kita bersendiri, duduk seorang, adakah kita oleh menang pilihan raya nanti?,” soalnya.



Berapa banyak kartel daaa?

 

Dr MiM: Kit Siang DAP Perli Mahathir Dan Anwar Di PRN Sabah?




Ipohmali

Dari Kartel buat IC melibatkan Pejabat pendaftaran.. Kartel Tonto melibatkan JPJ.. Lepas tu Kartel Mesin Judi melibatkan PDRM..Sambung Krtel Macau Scam..Sampailah baru baru ini kartel Imigresen, sampaikan timbalan Ketua Pengarah kena cekup.. La ni Kartel Daging halal pulak..

Nampak drama dipersembah SPRM macam hebat..apa jadi dah selesai ker semua kartel ni ? hari tu bersusun berderet pakai baju lokap SPRM pegawai2 Imegresen.. Last last dengar pun hat kena dakwa tukang Cop jer passport jer.. dengarkan Ops dia hebat..Ops selat.. last baru baru ni Kena denda RM 12 ribu..Penjara 30 hari.. dah mcm kawtim pulak..

Begitu juga kes Macau Scam.. Tangkap macam dahsyat jer.. sampai lari kononnya panjat Pagar.. Bila dah dapat tangkap..Last2 sumbat bawah Poca..adik beradik ISA lah.. Buat laporan berita di media sosial dah mcm depa ada bukti kukuh..

kalau sumbat mcm tu kes tak kuat lah..padehal melibatkan transaksi kewangan..penipuan ni bukan susah mana kalau ada kecekapan dari pihak SPRM dan pendakwaraya sepertimana kes Najib.. Tapi hat ada sekarang kuat buat Drama jer..

Dalam kes Kartel daging ni , Bila melibatkan Kastam, Barangan Import..rasuah mcm tu benda biasa dah dengar dari dulu..Sapa ada pengalaman dengan Pelabuhan, puak Kastam ni akan faham lah.. Itu sebab Tauke Mydin ada bangkitkan baru baru ini kecekapan di Pelabuhan.. Bukan tak cekap..Memang kuat rasuah..duit Tol Tinggi..

Tol ni bukan libatkan Kastam jer..Hat Jakim pun sama… terutama juga melibatkan logo halal.. Tidak semua yg dikata tidak ada perakuan Halal itu tidak halal..kadang ia melibatkan biokrasi terutama budak2 Jakim dan kakitangan kerajaan bangsa Pemalas ni..

Tahun lepas pun dia buat gempak jugak.. Halal ni bukan libatkan daging jer.. Hat Madu ker..Kurma pun sama..Nak bulan puasa.. depa main rush..Kononnya Kurma takda sijil halal 2.7 tan dirampas.. bayangkan Kurma pun nak kena sijil dan perakuan Halal..

Kita faham perakuan Halal itu penting..Tapi kenapa kadang depa terpaksa Bypass Proses ni..Sama mcm daging..begitu juga Buah..Benda ni tak boleh tunggu lama.. Barang kena jalan..tunggu mamat Kastam dan Jakim ni sampai bila tak settle..Bangsa Pemalas..

secara peribadi aku yakin ada penipuan.. Tapi takda lah kes besar mana pun.. Cuma berita nak buat gempak.. ada lah benda nak tutup… Cuma nak habaq mai.. Semua benda ni kalau nak ubah..kena Ubah kerajaan..Tukar pemimpin..Ubah sistem..Buat Islah atau reform..

Kalau tanya aku, SPRM tu pun aku tak percaya bila tengok kan ada Ketua Pengarah SPRM dulu boleh sembang pasal Kes rasuah dengan hat didakwa seperti Azeez Rahim dan Najib razak…. sama lah pun macam agensi lain..

tapi Kerajaan kalau hata da ni pun dari Shcme Of Things.. Ada Mufti pun masuk dalam Kerajaan scheme of things ni..Hat kat Pelabuhan.. hat kat Jakim apa lah lagi.. hat etruk rasuah nis emua Bani Melayu..Kat Depot tu takda Scheme yg sama ker ? sama jer mcm PM dan Kerajaan Hari ni.. 



BERANI KAH MAT HASSAN ATAU DIBAWAH TELUNJUK BERSATU?

 

BN terbuka kepada penyertaan parti lain, kata Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-12 parti Makkal Sakti Malaysia hari ini. (Gambar Bernama)

NILAI: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.

Beliau berkata, ini kerana BN perlu mengumpulkan semula kekuatan, termasuk daripada parti lain yang mempunyai kelebihan tersendiri selepas kalah pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Kita mesti bersifat inklusif bukannya eksklusif lagi. Maka jika ditanya pandangan peribadi saya, lebih banyak parti bersepakat di bawah payung BN itu lebih baik.

“Ini kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, dan kekuatan sedikit-sedikit ini jika dikumpulkan akan menjadi kekuatan yang besar nanti.

“Ini yang perlu kita bina dan lakukan untuk BN bina kekuatan baharu sebab BN dah kalah pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-12 parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) di sini, yang turut dihadiri presidennya R S Thanenthiran.

Mohamad yang juga timbalan presiden UMNO berkata, sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baharu dalam BN perlu mendapat konsesus daripada empat parti komponen iaitu UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Mengulas mengenai permohonan Thanenthiran agar Makkal Sakti dibenarkan bertanding atas tiket BN pada PRU15, Mohamad berkata, perkara itu wajar dipertimbang oleh pucuk pimpinan BN memandangkan Makkal Sakti masih setia menyokong gabungan tersebut walaupun hanya berstatus parti rakan.

“Makkal Sakti telah lama bersama membantu BN, baik semasa (BN) menjadi kerajaan dan bukan kerajaan lagi.

“Saya yakin pertimbangan boleh dilakukan oleh jawatankuasa tertinggi BN berkenaan permohonan Makkal Sakti,” katanya.

Terdahulu, Thanenthiran dalam ucapannya memohon BN memberikan peluang kepada parti itu bertanding pada PRU15 akan datang.

“Ini harapan kami dan kami sedia bertanding. Jika bukan PRU15, bila lagi,” katanya.

Mesyuarat agung berkenaan yang dihadiri 753 perwakilan dari seluruh negara turut meluluskan tiga resolusi, iaitu menjadi parti komponen BN, bertanding di bawah payung BN pada PRU15 dan mengenai kesejahteraan masyarakat India di Sabah.



Generasi KEADILAN bantu parti tawan semula kerusi yang dikhianati

 

Pertubuhan Generasi KEADILAN Malaysia berikrar akan membantu parti menawan semula kerusi-kerusi yang telah dikhianati oleh segelintir pimpinan yang menyertai Langkah Sheraton pada Februari lalu sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Generasi KEADILAN, Senator Yusmadi Yusoff (gambar, atas) berkata, pertubuhan itu akan mengembeleng tenaga aktivis parti sama ada yang baharu atau lama dalam memastikan usaha menawan kerusi-kerusi pengkhianat dan mengambil semula kerajaan di Putrajaya akan tercapai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

"Saya pada malam ini mengisytiharkan Generasi KEADILAN akan membantu parti untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dikhianati.

"Di Pulau Pinang kita ada Nibong Tebal, di Selangor ada Ampang, ada Gombak, di Johor ada Segamat, Batu Pahat. Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada rakan-rakan, tubuhkanlah Generasi KEADILAN Negeri, Generasi KEADILAN Cabang dan Generasi KEADILAN Ranting.

"Kita sama-sama bantu parti. Kita beri platform kepada rakan-rakan (di peringkat bawahan) yang tidak ada peranan," kata Yusmadi dalam majlis Makan Malam Mantan AMK Malaysia 2020 di Shah Alam yang dianjurkan oleh pertubuhan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

Dengan slogan 'Generasi KEADILAN, generasi penerus agenda perubahan', menurut Yusmadi, pertubuhan itu akan mengumpul tenaga-tenaga akar umbi untuk menjadi penggerak di peringkat Cabang dan Ranting.

Yusmadi juga bernostalgia mengenai tercetusnya ilham untuk menubuhkan gerakan itu ketika mana beliau bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari kemenangan PH pada PRU 14 lalu.

"Untuk apa Generasi KEADILAN ini? Ramai yang bertanya. Terus terang saya katakan ketika menang, saya bersama Datuk Seri Anwar dalam penjara. Saya sebagai peguam beliau, hadir bersama Datuk Seri Anwar.

"Saya kata, bos bayangkan rakan-rakan yang pernah jadi Ketua AMK Negeri, pernah jadi AMK Pusat, pernah jadi pimpinan peringkat Cabang, pernah jadi pimpinan peringkat negeri. Mereka dahulu ahli pimpinan biasa, sekarang kebanyakan mereka berumur 36 hingga 50an.

"Ini gambaran individu yang ada pengalaman, juga kepakaran, walau tak banyak. Dan saya yakin kalau dapat kita garapkan (gembelengkan) untuk membantu KEADILAN, membantu Datuk Seri Anwar, ia pasti akan menguatkan parti," katanya.

Menurut Yusmadi, perjuangan Anwar yang telah berjaya mewujudkan satu generasi baharu Malaysia yang mana dhomirnya ingin melakukan keadilan untuk semua masyarakat, boleh dimantapkan dengan gerak kerja bersama Generasi KEADILAN.

Justeru, beliau berharap pertubuhan itu akan mempunyai cawangan di seluruh negara.

 

Anggaplah hujah Mat syok sendiri

 

Mohamad Sabu - Wikipedia

Bila Mat ajak PH kerjasama Anwar dan Mahathir

PENYOKONG PH TENANG LAH SEPERTI ANWAR

Saya melihat begitu ramai di wall penyokong PH melenting bila Mat dan Din masing2 berterusan dgn projek khayalan Grand Coalition mereka. Nasihat saya jgn panik, jgn marah2 dan kita cuba jadi setenang Anwar Ibrahim.

Pertama Anwar pasti akn menolak kerjasama tersebut. Anwar bukan seperti Mat cara politikingnya yg tahu melalak di atas pentas. Tidak mahu berfikir dahulu sebelum bertindak. Anwar terkenal dgn seni politiknya.

Mana mungkin Anwar bersetuju dgn Mahathir yg sudah 2 kali menganiaya dirinya dan kali ini mengkhianati lebih 6 juta pengundi yg mahukan Malaysia baru. Kita takkan lupa Mahathir perancang kpd kejatuhan PH tiba2 mahu diangkat semula utk menerajui PH...

Mana mungkin Anwar menerima Mahathir kerana beliau tahu menerima Mahathir PH akan kehilangan 2 juta lebih pengundi. Dgn Anwar sekali akan ditinggalkan penyokong setianya.

Mana mungkin PH diterima oleh rakyat yg mahukan perubahan menerima kembali Mahathir lagi yg mengkhianati mandat rakyat dlm usia 96 tahun ini.

Saya yakin jika Amanah masih bersama Mahathir PH akan terbubar. PKR pasti akn bersendirian bertanding 100 kerusi Parlimen. Jadi beranikah Amanah parti kecil bersendirian. Amanah dgn DAP pun mereka akn hancur. Mereka perlukan kepercayaan intelektual Melayu yg ramai menyokong Anwar.

Guna logo sendiri pun mereka tidak yakin dan parti tersebut hidup bergantung kpd populariti Anwar dan Mahathir, adakah mereka mahu berprinsip. Lagi pun Mat tahu 20-30% ahli Amanah akn meninggalkan parti tersebut dan parti itu akn terpecah dua kerana ramai di dlm parti itu tidak gemar Mahathir dan menyokong Anwar.

Kata2 nakal kawan saya... "Depa tu mahu bersama Mahathir sb Mahathir byk duit. Kedua sebab terhutang budi... bayanglah ada SPM je boleh jadi Menteri..." ketawa kami ramai2 mendengar celoteh kawan ptg tadi.

Saya juga berpendapat usahlah gusar sgt penyokong2 PH. PAN bukan PAS yg berjuta keahlian. PAN, Mahathir, Warisan dan UPKO tak mampu menandingi DAP pun apatah lagi PAS dan UMNO.

Biarlah mereka berseronok di majlis Konvensyen mereka. Mereka ada hak utk bersuara dan hormatilah hak mereka itu. Jadi biarkanlah. Percaya akhirnya mereka akan patuh juga arahan Anwar sebab PAN tahu tanpa PKR dan DAP parti mereka akn berkubur begitu sahaja.

Tak percaya suruh PAN bertanding atas logo mereka sendiri...beranikah? Mahathir pun tak berani sb itu Mahathir jemput Warisan ke Malaya.

Credit : Tuan

Norman Radzuan

 

 

Pemimpin pergi, PKR tetap utuh – Amiruddin


5 Fakta Tentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari Yang Mungkin Anda  Belum Tahu


KEADILAN tidak pernah tergugat dengan pengkhianatan beberapa kelompok yang kononnya telah melemahkan parti.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, parti keramat itu pernah ditinggalkan oleh sekian banyak pemimpin-pemimpin besar namun bukan melemah, sebaliknya mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 lalu.

Beliau yang mengimbau kenangan dua dekad KEADILAN malam tadi, dalam Majlis Makan Malam Mantan AMK Malaysia 2020 berkata, kemenangan Reformasi akan dibuktikan dalam PRU seterusnya.

“Saya masih ingat pada ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok 2007, ketika itu kita lihat beberapa tindakan yang bukan nak memenangkan kita sebaliknya mengalahkan kita.

“Akhirnya kita tewas. Pengalaman itu datang lagi sepanjang 22 bulan kita di Putrajaya. Kita sangka itu kemenangan kemuncak Reformasi yang kita perjuangkan 20 tahun lalu. Ada orang yang tidak senang, ingin mengambil kesempatan dari kebaikan dan niat murni kita untuk melakukan reform, islah. Sudah pasti kita selama berpuluh tahun, mungkin berkumpul di Bukit Damansara, diikuti turun ke jalan raya setiap hujung minggu. Diikuti siri program, ceramah, himpunan, laporan polis, laporan BPR dan sebagainya.

“Kita pernah ada satu Ahli Parlimen di Permatang Pauh, orang jangkakan kita akan bungkus. Tetapi pada PRU 2008 kita bangkit, 2013 kita bertahan, 2018 kita mampu meyakinkan rakyat sehingga bendera (logo) kita yang memenangkan PH.

“Sebab itu jangan hairan, jangan risau akan kemenangan reformasi, parti KEADILAN dan kita semua nak angkat Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

“Jangan kita risau ada dua tiga kelompok yang keluar dan tinggalkan kita kerana sejak dari awalnya memang (dalam sejarah) Naib dan Timbalan Presiden keluar, calon Timbalan Presiden keluar, Ketua Angkatan Muda keluar. Namun keluarnya mereka itu digantikan oleh orang-orang yang lebih baik dan teguh bersama KEADILAN,” katanya.

Amiruddin yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor berkata, tidak ada masalah apabila parti diuji hari ini dengan pengkhianatan selepas 20 tahun bersama melalui pahit getir perjuangan.

Ujian, katanya, memisahkan ahli yang benar-benar istiqomah dalam perjuangan menegakkan hak-hak rakyat dan mereka yang mementingkan diri sendiri.

“Perjuangan kita belum tamat. Kita hampir sampai ke kemuncaknya tahun 2018, ada peluang untuk kita tunjukkan apa itu perubahan, Reformasi. Namun kadang kala ada baiknya juga kita diuji begini supaya kita dapat lihat siapa sebenarnya yang mewakili dan berjiwa keadilan, berjiwa reformasi.

“Kepada mereka yang keluar, kamu boleh keluar dan jangan banyak sibuk tentang parti ini kerana kita yakin, kita telah dicuba banyak kali (dan kekal padu),” katanya lagi.

Majlis makam malam tadi menghimpunkan mantan pimpinan dan ahli AMK dan dianjurkan oleh Pertubuhan Generasi KEADILAN Malaysia dipengerusikan oleh Senator Yusmadi Yusof.