APALAH GUNA BILA MENANG DIHANCURKAN ?

 

Image may contain: 1 person

EDDY NOR RIDZUAN

Depa kata gabungan Anwar (PKR) dan Tun hasilkan kemenangan PRU14. Tapi apalah guna menang kalau akhirnya reputasi PH dihancurkan.

Lihatlah kedudukan kita hari ini, lihatlah di mana kita berada pada hari ini. Kita terpaksa bangkit semula, menuever untuk mengembalikan mandat rakyat setelah agenda Reformasi menjadi korban dek pengkhianatan.

Dan hari ini, kita nak bangkit dengan cara mengangkat PM 22 bulan yang gagal?

Mungkin saya silap, Tun tidak gagal sebenarnya. Tun setakat ini telah berjaya memastikan gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 lalu tidak menang sehingga hari ini. Lihatlah 22 bulan itu, apa reform yang benar-benar berjaya?

Lihat saja bagaimana si Koya dilantik, lihat bagaimana satu demi satu manifesto PH dilacurkan. Ini kejayaan Tun, dan kegagalan kita untuk mengenal. Apakah kita masih tidak kenal dan membenarkan kegagalan?

Agaknya apabila ditakdirkan kita menang PRU15 nanti dengan gabungan GC, apakah jaminan bahawa Tun tidak lagi khianat demi kesumat tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM?

Dulu pun sudah saya timbulkan persoalan ini, tapi depa kata benda belum pasti jangan sesekali 'jump to conclusion'. Apakah sekarang kita masih belum pasti?

Tepuk dada tanya hati, adakah Tun yang menolak agenda Reformasi, atau kita juga?

 

No comments: