RAFIZI AKUI SEDANG MENYEMAK SATU SKANDAL BESAR


 

(Terkini) Rafizi Ramli: Ucapan Penuh Sidang Media Di Parlimen

[[LIVE]]13.8.25 AMARAN! BUAT RAFIZI "CELUPAR". ANAK DISERANG. NKUES KES ...

TUJUAN MUNASABAH

Che Ibrahim





 Aurat tidak terhad setakat antara lelaki dan wanita sahaja, bahkan sesama jantina pun ada batas batas aurat yang wajib dijaga apa lagi apabila melibatkan aurat antara Islam dengan yang bukan Islam. 


Namun dalam kes kes tertentu, ada pengecualian kepada batas batas aurat bila ada kepentingan atau tujuan yang menasabah walaupun melibatkan berlainan jantina.



TAKI NI KIOK LA.NGELAT

Alif Kadir Katami


 Mula-mula dia ada sebelah. Hari ni tetiba dia cabut awal. Baru tau kerja Waytha tu sia-sia kan Taki PAS? Sebab tu mulut jgn laju dari otak๐Ÿคฃ





PERSEPSI KATANYA PM ANWAR MOHON IMUNITI.


 

DULU PH CADANG TAPI PN YANG TAK SETUJU


 

DALANG PEGAWAI ATM. SWLUDUP SENJATA


 

SIDANG MEDIA RAFIZI. KELUAR TERIMA UGUTAN SEMALAM

 


HUKUM PEMBULI

 Leon Wen








๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฐ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฝ๐—ผ๐˜๐—น๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ธ๐—ฒ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—บ, ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป — ๐™ง๐™–๐™ ๐™ฎ๐™–๐™ฉ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™ ๐™ช, ๐™ฃ๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ ๐™ช, ๐™จ๐™š๐™ข๐™ช๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™˜๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™–๐™ ๐™ช๐™ฉ.


Tahun lepas, ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ก๐™ž ๐™Ž๐™ž๐™—๐™š๐™ง mengegarkan seluruh negara dengan tragedi kematian seorang pempengaruh. Negara terkaku, media terhenyak, rakyat termenung — suram tapi pahit, kerana dunia maya kini jadi medan duri bagi siapa yang terlalu lantang bersuara.


Bulan lepas, ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ก๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ ๐™ค๐™ก๐™–๐™ pulak timbul. Trajedi kematian Adik Zara mengejutkan seluruh komuniti, meninggalkan parut emosi dan pertanyaan tanpa jawapan. Sekolah yang sepatutnya jadi tempat selamat kini jadi medan cermin retak realiti kita.


Minggu lepas, ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ก๐™ž ๐™‹๐™ค๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™  hero kampung bangkit dengan amukan mengamuk babi kena sawan angin kumbahan politaik. Semua kerana bendera terbalik yang “tak sengaja”. Tapi jangan lupa, dia turut ditimpa kifarah geng sendiri hingga seluruh geng terpelanting hilang akal — politik jadi drama komedi gelap seperti babi gemuk nak 'escape' tapi terpelanting dan jatuh terhempap dari lori pecut atas highway. 


Tengahari tadi di Parlimen, ada ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ก๐™ž ๐™‹๐™–๐™ง๐™ก๐™ž๐™ข๐™š๐™ฃ pulak tunjuk hero kumbahan. Jelutong bersuara lantang untuk kebenaran, tapi si Pembuli yang selalu mengacau dengan sifat merapu dan celaru buat gaya macam pelakon silat komedi tapi tak lucu, cuba tunjuk macho ajak bertumbuk. Rakyat gelak tapi tercengang — sampai ada yang tanya, “Ini Parlimen ke pentas badut sarkas?"


Hari ini, ๐™‹๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™ก๐™ž ๐™†๐™–๐™ฃ๐™–๐™ -๐™ ๐™–๐™ฃ๐™–๐™  memberi suntikan jarum kepada anak YB Rafizi tengahari tadi. Dulu lantang bersuara, bongkar kes besar, tiada apa-apa. Kini yang pelik-pelik pulak berlaku kerana suara lantang akan kebenaran? Dunia politik nampaknya jadi taman permainan orang gila. Atau yang gila kuasa? Tersepit dalam sandiwara gengster, korban drama perebutan kuasa?


๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ-๐˜‚๐—ฝ ๐—ฐ๐—ฎ๐—น๐—น: Adakah semua trajedi ini terjadi kerana suara lantang menuntut kebenaran dan suara sumbang dimainkan oleh pembuli politik? Adakah rakyat masih mahu terpaku dan terkaku, atau sudah tiba masa untuk berdiri, menilai dan berani menegur sebelum negara terus dikuasai oleh drama gelap para pembuli?


====>>>

๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข: Leon Wen | ๐˜๐˜ช๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข…

๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ, ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ถ๐˜ต.

๐˜’๐˜ช๐˜ง๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ต, ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข, ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ต.

๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ, ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ, ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ซ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ด…

๐˜ˆ๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ!



INFO TERKAIT KES ADIK ZARA. INFO POLIS DENGAR BUKAN MAKCIK MONA .

 




Berikut infografik ringkasan Sidang Media Pengarah JSJ Bukit Aman. Sidang Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah | 13 Ogos 2025


1.⁠ ⁠LATAR BELAKANG


1.1. Pada 16 Julai 2025 jam 0816 pagi, satu laporan polis bersabit KINARUT/1776/25; Papar/JP/SDR/00019/25 yang diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR) telah dibuat oleh (1)(L)(M) nama Azhari bin Abd Sagap (A1), merupakan seorang guru dan juga warden Asrama SMK (A) Tun Datu Mustapha. 


Laporan tersebut adalah berkaitan seorang pelajar perempuan asrama tersebut yang telah ditemui tidak sedarkan diri di kawasan longkang asrama tersebut.


1.1.1. Butiran mangsa (M1) adalah seperti berikut:

 • Nama: Zara Qairina binti Mahathir (P) – (M1)

 • Umur: 13 Tahun (120316-12-0030)

 • Bangsa: Kedayan / Brunei

 • Kerja: Pelajar Tingkatan 1, SMKA Tun Datu Mustapha, Kinarut, Papar


1.2. Pada 16 Julai 2025, jam lebih kurang 3:00 pagi, M1 telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berdekatan longkang asrama SMKA Tun Datu Mustapha.


1.3. Namun telah disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 jam lebih kurang 1.07 petang oleh Dr. Pavankumar a/l Balachandran. Sebab kematian adalah Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy iaitu kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.


3.⁠ ⁠⁠2. DAPATAN SIASATAN


2.1. Penubuhan Pasukan Siasatan Khas Bukit Aman terdiri daripada sembilan (9) pegawai dan anggota untuk menyiasat kematian Zara Qairina adalah bagi memastikan siasatan dilakukan secara menyeluruh, profesional dan berintegriti.


2.2. Dapatan awal Pasukan Siasatan Khas Bukit Aman mendapati terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur siasatan berlaku dalam kes ini yang jelas adalah tiada permohonan bedah siasat dibuat oleh Pegawai Penyiasat. Tindakan tegas akan diambil ke atas Pegawai Penyiasat dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah kerana tiada penyeliaan.


3.⁠ ⁠PERSETUJUAN (CONSENT) OLEH IBU MANGSA


3.1. Namun begitu, siasatan mendedahkan terdapat persetujuan daripada ibu mangsa iaitu Noraidah binti Lamat enggan proses bedah siasat (post mortem) dilakukan. Dokumen berkaitan iaitu Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri. Dokumen ini ditandatangani oleh ibu mangsa, saksi, doktor dan pegawai penyiasat. Keterangan doktor bertugas mengesahkan perkara ini.


4.⁠ ⁠DAPATAN BEDAH SIASAT (POST MORTEM)


4.1.1. Satu bedah siasat telah dijalankan pada 10 Ogos 2025 yang diketuai oleh Dr. Jessie Hiu, Pakar Patologi Forensik HQE KK, Dr. Khairul Anuar bin Zainun, Pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan Dr. Muhammad Uzair bin Ahmad Suriani, Pakar Forensik HQE KK.


Hasil post-mortem mendapati sebab kematian adalah sama dengan sebab kematian yang asal iaitu Severe Traumatic Brain Injury with Hypoxic Ischemic Encephalopathy iaitu kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.


5.⁠ ⁠PROSIDING INKUES


5.1. Pada 12 Ogos 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan perbincangan bersama pejabat peguam negara dan telah bersetuju supaya permohonan prosiding inkues perlu disegerakan bagi menjawab pelbagai isu yang menjadi pertikaian. Tujuan inkues ini diadakan menentukan punca sebenar kematian.


6.⁠ ⁠ISU BERITA PALSU BERKAITAN KEMATIAN ZARA QAIRINA


6.1.1. Kertas siasatan bersabit isu ini telah dijalankan oleh USJT, D5 Bukit Aman dan tangkapan telah dibuat ke atas (1) (P) Melayu bekerja sebagai Guru. Kertas siasatan akan dirujuk ke AGC dalam tempoh terdekat.


Butiran tangkapan:

 • Nama: Siti Hajar Aflah binti Sharudin (39 Tahun)

 • Kerja: Guru SMK Taman Bunga Raya, Bandar Baru Bukit Beruntung, Rawang, Selangor

 • Status: Jamin Polis

 • Klasifikasi: Seksyen 4 (1) Akta Hasutan / Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998


6.1.2. Sejumlah lima belas (15) kertas siasatan telah dibuka berkaitan berita palsu termasuk berunsur hasutan, fitnah dan komen yang jelik melibatkan kes Zara Qairina. Pecahan: USJT (3), Sabah (10), Kuala Lumpur (1) dan Perak (1). Terdapat (2) kertas siasatan yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.


6.1.3. Siasatan setakat ini mendedahkan tiada anak VVIP terlibat seperti yang ditularkan.


6.1.4. Pemantauan oleh pihak SKMM berkaitan kandungan palsu sehingga 12 Ogos 2025:

 • Permohonan: 671

 • Diturunkan: 522

 • Penelitian: 131


7.⁠ ⁠HALATUJU SIASATAN


7.1. Selain daripada siasatan, pihak polis telah menjalankan sesi intervensi ke atas 124 pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 yang terkesan dalam kejadian ini. Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang dan mengembalikan keyakinan pelajar-pelajar.


7.2. Dalam masa yang sama, siasatan juga menjurus kepada elemen kesalahan buli dan kemudiannya akan dilengkapkan untuk arahan lanjut. Kesalahan buli ini boleh diklasifikasikan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan iaitu causing a person to believe that harm will be caused. 


Hukuman bagi kesalahan ini pemenjaraan boleh sampai sepuluh tahun atau denda atau kedua-duanya. Tarikh permulaan kuat kuasa seksyen ini pada 11 Julai 2025.


7.3. Laporan kimia akan dipercepatkan bagi penyediaan laporan lengkap bedah siasat.


7.4. Mendapatkan laporan analisa forensik telefon yang dirampas.


Sumber : Sabah Info



NAJIB BELUM LAGI BOLEH BERGEMBIRA

 


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Peguam Negara berhubung titah adendum yang membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.

Panel tiga hakim membuat keputusan 3-0 menolak rayuan Peguam Negara itu.

Dengan penolakan itu, prosiding untuk menentukan sama ada perintah dalam titah adendum itu boleh dilaksanakan atau tidak akan dikembalikan semula kepada Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi hanya mengesahkan titah adendum itu wujud, cuma soal perlaksanaannya akan ditentukan melalui prosiding di Mahkamah Tinggi selepas ini.

Ertinya, walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi tentunya menggembirakan Najib, tetapi beliau belum boleh bergembira sepenuhnya.

Gembira hanya kerana perjuangan lebih setahun untuk menentukan titah adendum itu wujud dan bukan lagi “hearsay”, telah pun beroleh kejayaan.

Perjuangan Najib seterusnya ialah untuk memastikan perintah dalam titah adendum itu dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sudah tentu prosesnya akan memakan masa, tambahan lagi selepas keputusan Mahkamah Tinggi nanti, pasti ia berlarutan pula ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Hanya selepas semua proses itu selesai, barulah boleh diketahui sama ada ia benar-benar menggembirakan Najib atau sebaliknya.

Silap-silap PRU16 akan datang lebih dulu sebelum perbicaraannya selesai.

Begitu pun, berita gembira buat Najib boleh menjelma jika Peguam Negara, dengan arahan Perdana Menteri, segera membuat keputusan menarik diri dalam prosiding di Mahkamah Tinggi yang bakal berlangsung nanti.

Malu kita, nak dibicarakan apa lagi titah Raja yang sudah disahkan kewujudannya?

Bukankah titah Raja sepatutnya dilaksanakan tanpa banyak soal?

Tetapi, dengan titah adendum ini perlu dibawa ke mahkamah untuk ditentukan kewujudannya dan melalui mahkamah juga bagi untuk ditentukan ia boleh dilaksanakan atau tidak, ini adalah duluan yang tidak baik kepada negara ini yang mendaulatkan Raja-Raja Melayu serta mengiktitaf Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

Ini memberi gambaran titah Raja boleh diabaikan dan akhirnya mahkamah yang menjadi medan penentuannya.

Bayangkan jika selepas ini ada lagi titah-titah Raja yang dibawa ke mahkamah?

Lebih-lebih kerana keadaan ini berlaku di ketika UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu yang memang memperjuangkan kedaulatan Raja-Raja adalah merupakan komponen penting dalam kerajaan sedia ada.

Sudah tentu keadaan ini akan memberi kesan kepada penerimaan pengundi atau rakyat, khususnya orang-orang Melayu kepada UMNO pada PRU16 akan datang.

Belum terlambat untuk UMNO membetulkan semula posisi dirinya jika ia tidak mahu ditolak terus oleh rakyat dan orang-orang Melayu selepas ini. – ShahbudinHusin 13Ogos2025.



RAFIZI BERTEMU TUN MAHATHIR? HABIS MODAI DAH NAK TUTUH RAFIZI RAMLI?

PM Anwar Ibrahim tegaskan rekod Kerajaan MADANI dalam laksanakan reforma...

'Tak pernah pula pihak sana minta maaf' - PMX balas balik hujah Ketua Pe...

Sidang Media Ahli Parlimen Pandan | 14 Ogos 2025

Pembangkang paling ‘hodoh, tak reti bahasa’ sepanjang penggal ini




Seorang penulis dan pengamat politik menyifatkan tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat semalam sebagai pembangkang paling “hodoh, sadis dan tidak reti bahasa”.


Ia susulan beberapa insiden panas yang menyaksikan Ahli-Ahli Parlimen bertikam lidah sehingga mencetuskan kemarahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.



Mohd Sayuti Omar menerusi hantaran di Facebook berkata, bukan senang untuk mengurus sidang Dewan Rakyat apabila ada ahli bersikap liar, tidak tahu adat dan menghormati antara satu sama lain.

“Kesian saya tangok Johari Abdul bila berdepan dengan beberapa ekor wakil rakyat begini, sampai kena menjerit dan mengherdik macam halau lembau kerbau.



“Sikap baik dan diplomasi dan timbang rasa diamalkannya tidak membuah hasil yang baik. Sepanjang penggal Parlimen dalam perhatian saya, sesi inilah sikap pembangkang paling huduh, sadis dan tidak reti bahasa,” ulasnya di Facebook.


Semalam, sesi sidang Dewan berlangsung agak kecoh lebih kurang tujuh minit apabila beberapa Ahli Parlimen saling bertikam lidah sehingga mencetuskan kemarahan Johari Abdul yang menyifatkan ia sebagai memalukan.


“Apa benda ni? Wakil rakyat apa macam ni? Very shameful of you all, shameful (Sangat memalukan kamu semua, memalukan). Dah tua pun, bukan budak-budak nak bergaduh,” katanya.


Pergaduhan itu kemudian meleret-leret sehingga tular rakaman video dari dalam Parlimen menyaksikan Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim menunjuk isyarat bertumbuk kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.


Rakaman itu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.





Pemuda Harapan gesa siasat segera kes serangan anak Rafizi




Angkatan Muda Harapan (AMH) menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan keluarga susulan insiden yang dilaporkan melibatkan anak beliau di Putrajaya, tengah hari semalam

Dalam kenyataan Ketua Penerangannya, Ammar Atan, beliau menggesa pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan segera untuk membawa pelaku ke muka pengadilan

Katanya, perbuatan ini adalah membimbangkan kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan, malah meninggalkan kesan trauma emosi kepada mangsa dan keluarga.

“Lebih menyedihkan, kanak-kanak yang tidak sepatutnya menjadi mangsa keganasan terlibat dalam insiden ini.

“Tindakan tegas diperlukan bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang dan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa keselamatan mereka terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau menyeru semua pihak untuk tidak mempolitikkan insiden ini sehingga siasatan selesai.


Ujarnya, fokus utama ketika ini adalah memastikan keselamatan mangsa, mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan, serta menegakkan keadilan.

Terdahulu bekas Menteri Ekonomi itu mendakwa anaknyadiserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Rafizi berkata anaknya telah diheret oleh seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan supaya siasatan telus dijalankan terhadap kes membabitkan anak bekas Rafizi.




JAWAPAN UNTUK HADI AWANG- BACUL SEMASA PMQT DIA HILANG...LAIN KALI HADAP LA DEPAN DEPAN


 

Pantun balas untuk Haji Hadi

OLEH AHMAD MURSI



Dah beberapa tahun, ucapan Haji Hadi di Parlimen ulangi poin sama. Setiap kali diulang, disorak seolah-olah ada idea baru dan sangat bernas oleh MP Pas di Parlimen.

Dah boleh teka apa yang nak diucap, begitulah juga ceramahnya.

Jika ahli Pas benar-benar sayang padanya, mereka wajar rehatkannya apabila nampak pemikiran politiknya tidak lagi tajam mencerna hal-hal semasa.

Agar dia kekal diingati dengan nostalgia pidatonya yang berapi-api di zaman muda.

Itu lumrah hidup, ketajaman fikiran kita semakin susut seiring dengan usia yang semakin meningkat ditambah lagi jika kesihatan semakin merosot.


Samalah seperti komen Hj Hadi terhadap Qaradawi yang mengkritiknya, dia (Qaradawi) “sudah uzur, penglihatan tak berapa nampak, telinga tak berapa dengar”.


Atau dengan makna lain, Hj Hadi nak bagitau, Qaradawi tidak lagi setajam dulu, kenyataannya boleh dipertikaikan.



Malangnya, sikap ahli parlimen Pas dalam Parlimen semakin radikal apabila ucapan presidennya dikritik hingga ada yang cuba serang secara fizikal, mujurlah dihalang oleh bentara.


Tiada lain yang saya fikirkan, kultus personaliti semakin membarah dalam Pas.

Asasnya, jika tidak mahu dikritik, tidak perlulah jadi ahli Parlimen, dibayar gaji oleh rakyat dan buat ucapan mengkritik orang lain.

Saya tak nampak lagi ada yang diugut nak dipukul kerana mengkritik PMX sehingga tahap melampau dan sehingga mengqazaf beliau.



Jadi, saya nak balas pantun Hj Hadi:

Dari Rusila menuju ke kota;
Candat sotong di tengah lautan;
Daripada ponteng makan gaji buta;
Lebih baik berundur serah jawatan.




PMQT: PM Anwar Jamin Siasatan Kes Anak Rafizi Telus, Pantas

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan ke atas insiden serangan fizikal ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan dilakukan secara telus dan rapi.

Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).

“Apa dibangkitkan (mengenai insiden serangan ke atas anak Rafizi)… dukacita kerana sudah ada budaya agak melampau daripada buli hingga kematian dan kini anak Ahli Parlimen Pandan (Rafizi).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 5 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) dan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) untuk teruskan siasatan telus dan rapi kerana budaya ini membimbangkan.

“Saya beri beri jaminan apa disebut Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan telus… bukan saja ambil tindakan tetapi juga menghentikan budaya jahat ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian sebelum menjawab soalan asal dikemukakan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset PETRONAS dan apakah strategi PETRONAS menghadapi ketidaktentuan pasaran global melibatkan penjualan aset seperti di Kanada dan Brazil.

Semalam polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang semalam di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Katanya, mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor.



PMQT: Tiada Campur Tangan Politik Rasionalisasi Portfolio Aset PETRONAS – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dibuat tanpa campur tangan politik.

Perdana Menteri berkata, penilaian aset huluan PETRONAS dilakukan secara berterusan mengikut kebijaksanaan dan pertimbangan komersial syarikat minyak dan gas multinasional itu sendiri.

Memberi contoh, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, pengembangan operasi PETRONAS di Kanada dilaksanakan berikutan potensi besar sumber gas sebanyak 50 trilion kaki padu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Harus kita faham keputusan dan kebijaksanaan seperti mana berlaku di Kanada, ini kerana operasi (di Kanada) menjadikan pasarannya strategik.

“Kekuatan rezab gas asli itu besar sekitar 50 trilion kaki padu (TCF) dan mula mengeksport, tetapi ia harus dilakukan bersama syarikat gergasi lain.

“Penilaian aset huluan seperti mana berlaku di Brazil penting dilakukan terus menerus, mengikut pengalaman. Kita serahkan kebijaksaaan dan pertimbangan komersial itu dan pelaburan kepada PETRONAS tanpa campur tangan politik. Mereka hanya melaporkan (kepada kerajaan),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset PETRONAS.

– Oleh Latifah Arifin



PMQT: ‘Saya Tunggu Siasatan MCMC Dakwaan Terhadap Muhyiddin’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak keberatan untuk memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan penafian terkait dakwaan mempertahankan hak warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata adalah penting untuk menunggu hasil siasatan MCMC terlebih dahulu.

“Memang kalau kesilapan sesiapa saja, berdasarkan sumber digunakan itu, kalau disahkan oleh MCMC, saya akan jelaskan dan minta maaf kepada Pagoh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tapi tunggulah dulu, tiada masalah. Tapi saya belum pernah dengar ketua pembangkang dan rakan-rakan sana, yang memfitnah berhari-hari, minta maaf sepatah pun,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) sama ada Perdana Menteri bersedia meminta maaf kepada Muhyiddin berhubung dakwaan berkenaan.

Minggu lalu Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.

Muhyiddin dilaporkan berkata, jika Perdana Menteri tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menerima laporan ada Ahli Parlimen pembangkang mempertahankan hak warga asing dalam mendapat manfaat penyelarasan subsidi.

Mengulas lanjut, Anwar turut menafikan beliau mengarahkan MCMC untuk menyiasat Muhyiddin, selain menyatakan wujudnya salah faham mengenai perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 14 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, arahan yang dibuatnya kepada MCMC adalah untuk menyiasat sumber asal berkenaan.

“Ada yang salah faham kata MCMC siasat Pagoh. Tidak. Saya nak jelaskan, saya kata sumber ini daripada 1,2,3. Tolong siasat 1,2,3 ini apakah sahih.

“Kalau tidak sahih, maka memang kenyataan itu tidak benar. Tapi biar tunggu keputusan daripada MCMC dahulu,” katanya.