ANWAR ZIARAH PUSARA PEMIKIR ISLAM DUNIA


Sempat menziarahi pusara sahabat dan pemikir almarhum Syeikh Taha Jabir al Alwani dan Dr Jamal Barzinji di Virginia, Amerika Syarikat. Al Fatihah.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, pokok, rumput, luaran dan alam

ANAK MR OS BERKORBAN UNTUK ABAHNYA


INNALILLAHHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN
February 11, 2019 - 

” Seluruh Pahala Saya Sebagai Doktor Untuk Abah”. Ini Janji Anak Pelawak Mr Os Sebaik Bergelar Doktor
Usaha pelawak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os dalam memberi pendidikan yang sempurna membuahkan hasil apabila anak sulungnya Syafiqa Hayra kini bergelar doktor.

Biarpun tidak mempunyai pelajaran tinggi, namun Allahyarham tetap percaya anak-anaknya mampu untuk berjaya dalam bidang pelajaran.

Syafiqa, 26, berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impian bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.

“ Arwah abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama. Tapi dia tak pernah marah mahupun jentik sepanjang membesarkan kami. Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik. Sejak kecil abah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor.

“ Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun saya nampak dia sangat penat dan sakit,” ujarnya kepada mStar Online.
Allahyarham Mr Os mening gal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Syafiqa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan perkahwinan kedua Allahyarham.
Allahyarham turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.

Biarpun bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia berniat segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya.

“ Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya menjadikan saya seorang manusia. Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu.

“ Itu janji saya kepada diri sendiri kerana tanpa abah dan ibu saya bukan siapa-siapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syafiqa berkata, pelbagai dugaan dilalui sepanjang enam tahun pengajiannya di Mesir.

Berbekalkan, kata semangat Allahyarham bapanya, dia tidak pernah putus ada dan teruskan pengajian.

“ Enam tahun masa yang agak panjang dan memang ada rintangannya tapi setiap hari ketika arwah masih hidup dia akan bertanya khabar dan hantar gambar bersama ibu. Pesanan terakhirnya minta saya habiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang tenat,” ujarnya.
Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid mening gal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat ( 2016) di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru.

Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

” Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi itu.
” Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja,” ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi.

Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat.
” Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradik terutamanya berkenaan agama,” ujarnya.
Mr Os atau Mohd Yusuf,55, memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.
Setahun kemudian beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os dan ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaakob dan Datuk Aziz Sattar.
Pada tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah.
Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaiksebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).
Meneusi rancangan Maharaja Lawak Mega 2011, Os yang bergandingan dengan Abon sebagai kumpulan Osbon menjuarai rancangan itu dan memenangi wang tunai RM350,000.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

INKUES MOHD ADIB-PEMBUNUH-GANTUNG SAMPAI MATI

INKUES kEMATIAN ANGGOTA BOMBA ALMARHUM ADIB BERMULA HARI INI - JENTERA BOMBA DIBALING OBJEK KERAS DAN ANGGOTA BOMBA DIMINTA BALIK OLEH PERUSUH

Saksi pertama, iaitu pegawai Polis DSP Mohd Nasir, Ketua Bahagian Siasatan Trafik Subang Jaya menyatakan beliau bersama anggota2nya bergegas ke kuil kerana dikatakan belaku kesesakan pada jam 9.40 mlm pada hari kejadian. Beliau melihat beberapa kenderaan terbakar dan telah menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat.

Ketika itu dianggarkan 3 ribu ke 5 ribu orang ramai telah berkumpul di tempat kejadian. Sewaktu pihak bomba sampai, sekumpulan anggota di kalangan orang ramai di kuil berkenaan telah membaling objek keras seperti batu di hadapan kenderaan bomba. Beliau dapat melihat kenderaan berkenaan berundur ke hadapan dan ke belakang dan terlanggar kenderaan bomba yang lain di belakangnya.
Saksi kedua, pemandu kenderaan bomba, Mohd Rizal memberitahu sekumpulan lebih kurang 50 orang mengerumuni kenderaan bomba dan meneriak agar bomba tidak memadamkan api sambil menunjukkan isyarat meminta bomba balik. Beliau memberitahu, seorang individu dari kumpulan tersebut secara tiba2 datang dari belakang dengan membawa sebatang besi berwarna putih yang dipercayai adalah tiang besi net takraw, lalu bertindak memecahkan cermin kenderaan bomba. Selepas itu, beliau melihat beberapa objek keras termasuk topi keledar dibaling di hadapan cermin kenderaan bomba. Akibat takut dan cemas, beliau mengundurkan kenderaannya.

Prosiding ditangguhkan dan disambung semula jam 2.15 ptg tadi dengan meneruskan keterangan Saksi ke dua.

WARISAN BOLEH MENGAJAR BERSATU BERPEGANG PADA JANJI JIKA BERANI GESA PERALIHAN KUASA KEPADA ANWAR DISEGERAKAN....



Kadang-kadang rasa kasihan pun ada dengan Shafie Apdal ini, walaupun Warisan yang dipimpinnya sudah pun membuktikan kemampuan berjaya menumbangkan UMNO dalam pilihanraya umum lalu.

Tiap kali timbul isu berhubung kemasukan Bersatu ke negeri itu, tiap kali itu jugalah beliau seperti terpaksa merayu dan meminta simpati kepada Tun Mahathir Mohamad agar janji berkenaan perkara itu sentiasa dipatuhi.

Semua sedia maklum sebelum PRU14 lalu ada perjanjian yang menetapkan Bersatu tidak akan dikembangkan ke Sabah, sebaliknya usaha menawan negeri itu diserahkan kepada Warisan mengetuainya.

Bagaimanapun, di peringkat pusat, Warisan tetap menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.

Sehingga ini rasanya sudah lebih daripada tiga kali Shafie memberi kenyataan merayu dan mengingatkan Bersatu berkaitan perjanjian itu serta kedudukan Warisan sebagai peneraju pentadbiran negeri Sabah haruslah dihormati.

Goyangnya pendirian Bersatu dalam soal kemasukannya ke Sabah tambah ketara kebelakangan ini sejak lumpuhnya UMNO Sabah apabila sebahagian besar Ahli Parlimen, Adun dan Ketua Bahagiannya mengumumkan keluar parti.

Keluarnya mereka meninggalkan UMNO tidak lain ialah untuk menyertai Bersatu. Bukan mereka tidak mahu menyertai Warisan atau lain-lain parti Sabah disebabkan tidak suka dengan semua parti itu, tetapi segala-galanya adalah kerana dendam kepada Warisan yang telah menumbangkan kuasa UMNO di negeri itu dalam pilihanraya lalu.

Hanya dengan menyertai Bersatu saja mereka merasakan dapat melepaskan dendam dan menggugat kedudukan Warisan.

Di peringkat awal, memang terlihat Bersatu agak konsisten mahu berpegang kepada janji tidak akan melebarkan sayapnya ke negeri itu, tetapi dengan bekas pemimpin-pemimpin UMNO Sabah terus melobi, keadaan semakin berbeza sejak kebelakangan ini.

Mereka tanpa segan silu dan terbuka mengatakan Bersatu akan datang akhirnya ke Sabah.

Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya pula berkata, rundingan sedang diusahakan mengenai perkara itu.

Hakikatnya, jika sudah ada perjanjian dan kiranya Bersatu masih menghormati serta berpegang kepada janji itu, untuk apa lagi diadakan sebarang rundingan?

Tutup saja pintu rundingan? Tetapi, mengapa masih mahu diadakan rundingan?

Dalam hal ini, melihat kepada tindak-tanduk Tun Mahathir yang kerapkali melakukan U-Turn dalam banyak perkara sebelum ini, ramai yang merasakan perjanjian dengan Warisan adalah mangsa mungkir janji beliau yang seterusnya.

Maka, apa yang Warisan perlu lakukan seterusnya untuk mengelakkan perkara itu?

Rasanya tidak banyak pilihan yang ada buat Shafie ketika ini. Merayu dan terus merayu atau asyik mengingatkan tentang janji selalu, kadang-kadang meletihkan juga.

Blog ini pernah menyarankan sebelum ini, sebagai salah satu cara untuk membendung isu kemasukan Bersatu ke Sabah daripada terus diusahakan, malah dalam waktu yang sama pendirian pemimpin-pemimpin Bersatu yang goyang mengenainya juga tidak lagi berterusan, perkara itu mampu dilakukan dengan Shafie dan Warisan segera mengalihkan sokongannya kepada Anwar Ibrahim.

Apa lagi, dalam konteks penyerahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh dua tahun selepas menguasai Putrajaya, Shafie rassnya belum pernah lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Cuba dalam waktu sehari dua ini Shafie segera mengeluarkan kenyataan bahawa Warisan menyokong penuh peralihan kuasa itu bukan saja perlu dipatuhi dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang disebut sendiri oleh Tun Mahathir, malah lebih baik jika dapat dipercepatkan lagi.

Tengok selepas itu, pasti tiada pemimpin Bersatu yang berani terus bercakap lagi soal kemasukan parti itu ke Sabah. (ShahbudinHusin 11/02/2019)

Jangan kelirukan ahli, siapa bagi RM2.5 juta? - soal Clare kepada Hadi

Jangan kelirukan ahli, siapa bagi RM2.5 juta? - soal Clare kepada HadiREWCASTLE BROWN: Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya.

Beliau turut mencabar presiden parti berteraskan Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan kenyataan tidak konsisten beliau berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari UMNO kepada Pas.

“Tunjukkan ketelusan sebagai sebuah parti politik. Dedahkan sumber kewangan. Cabaran pertama saya, siapa yang bagi RM2.5 juta? Menerusi bukti saya kepada mahkamah, saya telah memberikan perincian bukti. Saya memberi perincian bukti bermakna saya serahkan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab yang mana ia juga kini terdapat di dalam talian.

“Ia merupakan pembayaran secara tunai berjumlah RM2.5 juta oleh pemimpin kanan UMNO kepada Pas sebelum pilihan raya. Bila saya bangkitkan isu ini, Hadi berkata dia tidak tahu siapa yang menyalurkan wang itu. Namun selepas itu, Hadi secara terbuka berkata, bukan UMNO yang menyalurkan wang itu.
–– ADVERTISEMENT ––
“Jadi kenyataan beliau dilihat tidak konsisten. Justeru, perkara pertama yang harus dilakukan Pas adalah mengatakan sama ada mereka tahu siapa yang memberi mereka RM2.5 juta yang masuk ke dalam akaun mereka sebelum pilihan raya secara tunai atau menafikannya dan jika mereka kata tidak atau menafikannya, kenapa mereka memberitahu orang yang mereka tahu bukan UMNO yang memberikan wang tersebut.

BACA: Dakwaan UMNO pindah RM2.5 juta kepada Pas adalah fitnah - Ahmad Yakob

“Jadi persoalan juga, mengapa mereka menerima wang tunai begitu banyak daripada orang yang mereka tidak tahu siapa. Itu cabaran saya kepada Pas,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Jelasnya, kewajipan untuk mengemukakan bukti pada ketika ini adalah di tangan Pas dan bukan dirinya.

“Kenapa saya yang perlu memberikan butiran itu? Pas yang membuka akaun mereka, menunjukkan wang apa yang masuk, tunjukkan dari mana sumbernya dan dibelanjakan untuk apa.

“Bagaimanakah mereka mendapat wang untuk bertanding di beberapa kerusi pada pilihan raya lalu? Maksud saya, mereka hanya perlu menjelaskan semuanya, jadi kita boleh yakin bahawa ia adalah wang yang mana ia adalah dari ahli-ahlinya seperti yang mereka dakwa,” tambahnya.

Pada 2016, Clare menerusi portal Sarawak Report mendedahkan Pas menerima wang berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO.

Ia dipercayai sebahagian daripada dana RM90 juta yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini.

BUANG MEREKA YANG MEROSAKKAN PARTI



Tamrin Tun Ghafar

Sabtu -  09/02/19
( 1 - 40 )

1.  'Siakap  Senohong , Gelama Ikan Duri , Bercakap Bohong , Lama - Lama Mencuri' -  itulah ingatan orang tua - tua kepada anak - anak mereka.

2.  Bukan ke UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) yang dulunya dikenali sebagai Perikatan telah memerdekakan negara daripada terus di kuasai oleh penjajah 61 tahun yang lalu.

3.  Bukan ke UMNO telah banyak menabur bakti kepada rakyat  khasnya kepada kita orang Melayu yang ketinggalan dalam banyak bidang.

4.  Bukan ke UMNO  juga yang tak mahu melihat bangsanya menjadi pengemis di tanahairnya sendiri.

5.  SEBENARNYA  ÙMNO  TIDAK  BERSALAH.

6.  Yang bersalah ialah mereka yang telah diberi mandat oleh ahli sebagai pemimpin mereka.

7.  Pemimpin - pemimpin UMNO / BN yang menerajui Kerajaan telah menjalankan tugas TANPA AMANAH.

8.  Diketuai oleh Najib  dan Timbalannya , Zahid Hamidi, mereka merompak dan terus merompak harta negara  yang dipunyai rakyat.

9.  Ramai mereka yang menentang dipenjarakan dan didakwa di mahkamah - ini termasuklah diri saya sendiri.

10.  Pegangan mereka  'Cash is King' rupanya salah.

10.  Ada juga Pegawai - Pegawai Tinggi Kerajaan yang ditukar , di 'cold storage' dan diberhentikan kerja.

11.  Mereka yang pandai 'menggampu’ dinaikkan pangkat , dibayar gaji dan elaun yang begitu mewah ; asalkan mereka sedia mengikut telunjuk.

12.  Pemakan - pemakan dedak pula diberi berbagai projek TANPA mengikut aturan dan peraturan yang sepatutnya.

13.  Lebih buruk lagi projek - projek dan hartanah raksaksa dan bernilai tinggi diberi kepada syarikat - syarikat gergasi dari China.

14.  Atas desakan Chua Soi Lek, Presiden MCA  ketika itu , DEB atau Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Razak sekitar tahun 1972 , dihapuskan oleh anaknya , Najib, Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu.

15.  Begitu juga RUU 355 yang dicadangkan oleh PAS ditangguhkan oleh Kerajaan UMNO / BN  beberapa kali sehingga  kalah Pilihan Raya Umum pada hari Rabu 9hb Mei 2018.

16.   Kebencian rakyat terhadap Najib , Rosmah , Zahid Hamidi dan juak - juaknya begitu membara.

17.  Pilihan rakyat amat terbatas , buang Najib bermakna terpaksa buang UMNO / BN atau simpan UMNO bermakna simpan Najib.

18.  Selepas UMNO / BN di benamkan , rakyat menaruh harapan tinggi kepada    4 parti terdiri dari BERSATU , PKR , DAP  dan AMANAH yang bergabung dibawah satu lambang iaitu Pakatan Harapan atau PH.

19.  Kerajaan Johor , Melaka , Negeri Sembilan , Perak, Kedah dan Sabah bertukar tangan dari UMNO / BN ke PH sedangkan Selangor dan Pulau Pinang telah jatuh lebih awal lagi.

20.  Memang rakyat sedar mereka yang diberi peluang sama ada sebagai Menteri , Timbalan Menteri , Setiausaha Politik dan jawatan - jawatan lain termasuk jawatan Menteri - Menteri Besar adalah muka baru yang kurang berpengalaman.

21.  Rakyat tidaklah sezalim yang dianggap - 61 tahun rakyat bersabar tetapi setiap kesabaran itu ada batasnya.

22.  Sehari dua ini negara digemparkan dengan sikap salah laku  Timbalan Menteri Luar Negari  yang juga baru diangkat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU yang katanya telah tidak berterus terang tentang kelulusan akademik beliau.

23.  Di Johor pula Menteri Besar , Osman Sapian diminta membuktikan ijazah yang kononnya telah diperolehi dari Universiti Putra Malaysia atau UPM.

24.  Setahu saya beliau yang pernah menggotai Partai Sosialis , telah bekerja sebagai penjual atau salesman mesin Singer dan kemudiannya penjual kereta Datsun ; maka itu lah puncanya beliau punyai geleran Man Singer tapi di kalangan masyarakat Johor beliau lebih dikenali dengan panggilan Man Datsun.

25.  Beliau yang pernah bertugas dengan Tan Sri Mat Rahmat ( ALFATIHAH ) sebagai pembawa beg pernah diberi peluang bertanding atas tiket  UMNO sebanyak 2 penggal.

26. Begitu juga nasib malang PH di Perak.

27.  Mengikut berita Menteri Besar Perak juga telah membohongi rakyat dengan sijil pelajaran yang dimilikinya.

28.  Jika berita salah laku ketiga - tiga itu benar mereka patut memohon maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat dan MENGUNDURKAN DIRI ; rakyat sudah pasti akan menghormati mereka.

29.  Sebaliknyan jika mereka lebih mementingkan diri dari parti ( SELFISH )  Perdana Menteri perlu menggantikan mereka dengan orang lain.

30.  Tun yang menggalakan Dasar Pandang ke Timur PERLU menterjermahkan Dasar itu dalam erti kata sebenarnya.

31.  JIKA  PENIPUAN  SEPERTI INI BERLAKU DI JEPUN , SUDAH  PASTI MEREKA AKAN  MELETAKKAN JAWATAN  TANPA MENUNGGU  DIPECAT.

32. Berita terbaru, Menteri Kesihatan Sepanyol, Carmen Menton telah meletak jawatan secara sukarela, manakala Parlimen Iran pula memecat Ali Kordan, Menteri Dalam Negeri.

33. Percayalah jika Tun tidak bertegas , Pembangkang pasti akan menggunakan isu penipuan ini di Pilihan Raya Kecil Semenyih nanti.

34. Ketiga - tiga mereka adalah anggota  parti BERSATU, justeru rakyat berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti tersebut janganlah cuba melindungi mereka - SALAH  TETAP  SALAH, mereka tidak lagi mahu mendengar alasan demi alasan pucuk pimpinan parti.

35. JANGAN  BIARKAN  BEBERAPA  TITIK  NILA  MEROSAKKAN  SUSU SEBELANGA.

36. Jangan anggap perkara ini satu yang remeh.

37. Rakyat dahagakan kepimpinan yang bersih, ikhlas , amanah dan jujur.

38. KEPADA  TUN, POTONGLAH  JARI DAN  KAKI  PESAKIT  KENCING  MANIS ITU  SEBELUM  IA MEMBAWA  MAUT.

39. JANGAN BIARKAN NASI MENJADI BUBUR.

40. Harap dapat dikongsi bersama mereka yang berkaitan.

Terima Kasih.

AKUAN BERKANUN: DANA 1MDB (MELALUI SRC INTERNATIONAL SDN BHD) MENGALIR KEPADA DR NASHARUDIN MAT ISA

AKUAN BERKANUN: DANA 1MDB (MELALUI SRC INTERNATIONAL SDN BHD) MENGALIR KEPADA DR NASHARUDIN MAT ISA

AKUAN BERKANUN
DANA IMDB (MELALUI SRC INTERNATIONAL SDN BHD) MENGALIR KEPADA DR. NASHARUDDIN MAT ISA
Bahawa saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI (No Kad Pengenalan 770914-11-5025) yang beralamat di A405, Kyoto Garden Condominium, Bukit Antarabangsa 68000 Ampang dengan ini membuat akuan berkanun mengikut Akta Akuan Berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang negara melibatkan sejumlah wang syarikat milik negara kepada seorang tokoh politik PAS yang dibayar melalui akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Oleh itu, saya dengan ini mengisytiharkan perkara-perkara berikut:
1. Pada 28 Januari 2017, saya telah bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara dari perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama saya mempunyai apa-apa komunikasi dengan beliau baik secara elektronik atau bersua muka.
2. Beliau adalah pegawai SPRM terkanan yang mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri; seterusnya ke akaun-akaun tokoh politik lain.
3. Kami berkongsi maklumat dan pengetahuan sebagai rakyat biasa mengenai kes 1MDB kerana beliau kini bukan lagi kakitangan kerajaan.
4. Beliau menyebut kepada saya bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dalam bentuk cek dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kepada Dr. Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS.
5. Butiran lanjut mengenai bayaran tersebut seperti yang disebut secara lisan kepada saya adalah seperti berikut:
i. Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana SRC International Sdn Bhd telah dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak
ii. Dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, terdapat bayaran kepada peguam tertentu
iii. SPRM telah menyoalsiasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut
iv. Salah seorang dari penerima bayaran dari peguam tersebut adalah Dr Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS
6. Saya tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan adalah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang pernah didakwa menerima sejumlah RM3.5 juta dari akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, seperti yang didakwa oleh laman Sarawak Report yang turut menunjukkan butiran pemindahan wang seperti berikut :
Dipetik dari laporan Sarawak Report
7. Pegawai penyiasat terkanan SPRM itu turut memaklumkan saya bahawa seorang wakil rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) iaitu Dato’ Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah datang berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan kesahihan penglibatan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam skandal 1MDB dan dakwaan pemindahan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri.
8. Pegawai penyiasat terkanan itu memaklumkan saya bahawa beliau ada memberi maklumbalas kepada permintaan mendapatkan kesahihan dari pimpinan PAS itu.
Saya percaya maklumat ini wajar diketahui oleh rakyat terutamanya mengenai aliran dana SRC International Sdn Bhd ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak yang kemudiannya disalurkan kepada tokoh-tokoh tertentu; terutamanya seorang mantan pimpinan tertinggi PAS, Dr Nasharuddin Mat Isa yang paling lantang memperjuangkan kerjasama UMNO dan PAS.
Perkara ini ada unsur salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara sekiranya bayaran kepada seorang mantan pimpinan PAS itu adalah pertukaran kepada usaha melunakkan suara PAS (sebagai parti pembangkang utama) dalam isu-isu bersabit skandal 1MDB dan pemindahan wang ke akaun YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya juga nekad untuk mendedahkan perkara ini kerana Dr. Nasharuddin Mat Isa juga telah dilantik oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM. Sebagai seorang penerima dana rakyat 1MDB (melalui SRC International Sdn Bhd) yang telah disiasat oleh SPRM, beliau tidak layak berada di kedudukan itu dan wajar meletakkan jawatan segera.
Dengan pendedahan ini, saya berharap rakyat sedia maklum bahawa kertas siasatan SPRM ke atas dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak telah siap dan lengkap dengan bukti kepada siapa bayaran-bayaran telah dibuat.
Mengambil kira kenyataan Peguam Negara bahawa siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd masih belum ditutup, saya akan membuat satu laporan kepada SPRM untuk membuka kembali siasatan ke atas dana SRC International Sdn Bhd yang dipindahkan ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Saya dengan ini mengesahkan kesemua kenyataan di atas adalah maklumat-maklumat mengenai pemindahan wang SRC International Sdn Bhd yang saya ada. Saya membuat akuan ini dengan percaya bahawa akuan ini benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dan sesungguhnya diakui oleh
saya, MOHD RAFIZI BIN RAMLI
di Sungai Besi
di negeri Wilayah Persekutuan
pada 13 April 2017
Di hadapan saya
PESURUHJAYA SUMPAH