KEH..KEH...UMNO KENA GELAK NGAN LEBAI HADI


 

VIDEO PENDEK : UCAPAN ADLY UNTUK RAKYAT MELAKA


 

VIDEO PENDEK : JANGAN UNDI AGAMAWAN POLITIK


 

VVIDEO PENDEK : UNDILAH CALON MUDA INI MEWAKILI GOLONGAN MUDA


 

VIDEO PENDEK : JANGAN SOKONG CALON INI SEBAB SOMBONG


 

Hipokrasi


MOHD MUKHLIS

Dunia ini biasanya seperti roda yang berpusing, dalam banyak-banyak hikmah yang saya belajar sepanjang jadi pemuda @ syabab, jangan melampau @ ghuluw bila berbeza pendapat. Jenis macam lebai juga, tang dia halal, tang orang lain haram.
Nak kritik boleh tapi kalau kita pun buat benda yang sama tak payah la cerita macam kita ini suci, itu hipokrasi namanya. Sekali Allah buka hijab, sampai delete tweet.
"best YB from BN" "Looking forward" "Ada sebab tersendiri terima MP UMNO" "Semoga di berkati Allah"; indah sungguh masa menjilat.
Tak jumpa pula perkataan "katak" di situ.
Anak muda jenis apa yang tak berani pertahankan keputusan sendiri? Kita tahu banyak benda yang kita buat silap zaman muda, tapi kalau dah silap mengaku salah, ini boleh delete terus tweet pretend macam tak ada apa yang berlaku.
Tengok macam Anwar, dia sebagai pengerusi PH walaupun buat keputusan yang tak popular, dia teguh dengan pendirian mesyuarat, dia berani jawap soalan wartawan tentang bekas adun UMNO yang bertanding di bawah bendera PH; walaupun dia tahu benda ini berisiko untuk backfired.
Ini yang saya duk ulang dari hari tu, muda bukan pada umur sahaja, tapi kena juga matang. Nak jadi pemimpin, sebelum hendak berbicara sesuatu perkara kena buat background study bukan semberono. Takat semua benda nak join the bandwagon, tak ada solution, baik geng sahaja dengan PM Facebook Najib Razak. Dari KWSP 10K sampaila ke pengunaan proton, semua serba tahu, bila dah jadi kerajaan, dia pakat salah orang lain pula.


May be an image of 3 people


SULAIMAN DIKEKALKAN CALON KETUA MENTERI – WAL HASIL BALIK ASAL

 

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak berkata, Ab Rauf Yusoh yang bertanding di DUN Tanjung Bidara bukan merupakan calon Ketua Menteri Melaka.

Katanya, BN hanya mencalonkan Sulaiman Md Ali yang bertanding di DUN Lendu sebagai Ketua Menteri jika BN berjaya memenangi PRN Melaka, 20 November ini.

Kenyataan Najib ini sebagai menolak khabar angin yang bertebaran yang mengatakan Ab Rauf turut bersaing dengan Sulaiman bagi merebut jawatan tersebut.

Sulaiman adalah Ketua Menteri sebelum ini sehinggalah kerajaan negeri dijatuhkan berikutan empat Adun menarik sokongan terhadapnya.

Dengan penjelasan Najib ini bermakna Sulaiman akan dinamakan sekali lagi untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Melaka seandainya BN berjaya memenangi pilihanraya.

Maka, untuk apa pula Ab Rauf diletakkan sebagai calon pilihanraya?

Antara isu besar mengapa empat Adun yang diketuai Idris Haron menarik sokongan sehingga kerajaan negeri tumbang sebelum ini adalah kerana Sulaiman didakwa hanya ketua kerajaan negeri boneka kepada Ab Rauf.

Dikatakan banyak perkara melibatkan kerajaan negeri tidak dapat diputuskan oleh Sulaiman kerana beliau didakwa perlu merujuknya terlebih dahulu kepada Ab Rauf.

Ab Rauf adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka dan Speaker DUN Melaka.

Di dalam UMNO Masjid Tanah di mana Ab Rauf adalah Ketua Bahagian, Sulaiman pula adalah Setiausaha bahagian tersebut.

Dengan kedudukan itu, Sulaiman sentiasa terkepung oleh jawatan dalam parti yang lebih tinggi yang dipegang Ab Rauf dan seterusnya beliau didakwa sebagai ketua kerajaan negeri yang gagal berfungsi dengan sewajarnya.

Jadi, jika Sulaiman lagi yang dipilih sebagai Ketua Menteri, apa beza keadaannya dengan sebelum beliau dijatuhkan dulu?

Tidakkah beliau nantinya akan terus berada di bawah Ab Rauf dan mungkin terus dikuasai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu sebagaimana banyak dakwaan bertebaran sebelum ini?

Dalam hal ini, Sulaiman hanya mungkin dapat membebaskan diri daripada dikuasai Ab Rauf jika setelah dipilih sebagai Ketua Menteri nanti, beliau turut dinamakan sebagai Pengerusi baru Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Cuma, sediakah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO melakukan perubahan sedemikian?

Jika tidak, menjadikan semula Sulaiman sebagai Ketua Menteri tiada makna apa-apa, malah seperti kembali kepada keadaan asal sebelum ini.

Kata orang – wal hasil balik asal dan tiada sebarang perubahan ditawarkan kepada pengundi Melaka.

Sedemikian, kalau Ketua Menteri boneka yang sama lagi dimunculkan untuk mentadbir Melaka, adakah pengundi sedia memberi undi mereka kepada BN? – ShahbudinHusin 08/11/2021.

MENTERI PALING TAK GUNA

 

MOHD MUKHLIS


Menteri paling tak guna dalam sejarah, selfie sana sini, pencetus kluster, langgar SOP berulang kali tapi ada hati buat buku fiqh Covid, naik jet peribadi dengan cukong umrah, kini kantoi pula gaji 10 pegawai extra yang di bayar di bawah YADIM. Hari last baru gege nak pegang fail Aryoyo355, selama 17 bulan buat apa pun tak tahu.

RM300 ribu bazir bayar pegawai dia sahaja padahal rakyat sampai angkat bendera putih sebab tak cukup makan, ini tara pakai jubah & piah tak pernah cabut tapi hati macam serigala.
Kalau PH berkuasa semula, pastikan fail mamat ini di siasat habis-habisan.


May be an image of text that says "08/11/2021 4:45 PM Mahfuz persoal tindakan YADIM belanja RM345,000 bayar gaji 12 pegawai pejabat Menteri, Timbalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menggajikan 12 pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN)."

PRN MELAKA MEDAN UNTUK TOK MAT MENGATASI ISMAIL SABRI

 

Setakat ini, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan telah lulus ujian pertama dalam usaha untuk mengembalikan maruah parti melalui PRN Melaka.

Ia berikutan, sementara ketiadaan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi di dalam negara, beliau yang merupakan Pengarah PRN Melaka bagi BN berjaya mengekalkan pendirian UMNO bertanding solo dan tidak bekerjasama dengan sesiapa, khususnya dengan Bersatu.

Ketetapan melalui PAU2020 ialah memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 dan kejayaan melaksanakan ketetapan itu lebih awal daripada sepatutnya iaitu dalam PRN Melaka lagi sudah tentu merupakan suatu tanda kecemerlangan buat UMNO menjelang PRU15 akan datang.

Ketegasan Mohamad Hasan atau Tok Mat dalam mempertahankan maruah UMNO itu pasti akan menjadi suatu lonjakan kejayaan buat dirinya yang sekaligus juga mendatangkan kegembiraan kepada ahli akar umbi parti di seluruh negara.

Ketegasan Tok Mat itu tampak senada dengan Zahid Hamidi yang berulang kali menegaskan UMNO hanya mahu bertanding solo di Melaka.

Hal ini berbeza dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang dalam waktu sama sentiasa berusaha membawa UMNO bekerjasama, bukan saja dengan Pas, tetapi juga dengan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka.

Selain dilihat cuba mengkhianati ketetapan akar umbi yang diputuskan melalui PAU2020 lalu, pendirian Ismail Sabri yang menawarkan dirinya untuk melakukan rundingan bagi mengelak pertandingan tiga penjuru turut digambarkan sebagai cubaan menyelamatkan nasib Bersatu semata-mata.

Lebih buruk lagi, usahanya menjadi jururunding dan pendamai itu, tentunya dengan tujuan agar dirinya menjadi hero jika berjaya mengelakkan tiga parti Melayu daripada berlaga sesama sendiri, turut menemui kegagalan akhirnya.

Dengan itu, sekali lagi kewibawaan dan kemampuannya dilihat telah tercalar.

Dalam keadaan ini, sebagaimana disebut dalam artikel sebelum ini, ia pastinya mendatangkan kesukaran kepada Ismail Sabri sama ada untuk turun atau tidak berkempen dalam PRN Melaka ini.

Bagi Tok Mat pula, dengan lulus ujian pertama iaitu meletakkan maruah UMNO di tempat yang sewajarnya menjelang PRU15, beliau kini harus memastikan ujian kedua juga dilaluinya dengan penuh jaya.

Ujian kedua yang bakal menunggunya itu tidak lain ialah hari pengundian pada 20 November depan.

Jika UMNO dan BN berjaya memenangi PRN Melaka dalam pertembungan tiga penjuru nanti dan oleh kerana Zahid Hamidi akan berada di Jerman sehingga selesai hari pengundian, bermakna Tok Matlah “jenderal perang” yang layak dikalungkan anugerah kejayaan.

Untuk kali yang seterusnya, sekali lagi kejayaan UMNO dan BN itu nanti adalah suatu pukulan buat Ismail Sabri yang tidak yakin kemenangan mampu dicapai melalui gerakan solo, tetapi lebih berharap kepada bantuan daripada Pas dan juga Bersatu.

Memahami kedudukan Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes mahkamah yang mungkin masih panjang, jika PRU15 diadakan tahun depan misalnya, bersama kejayaan BN di Melaka ini, tidak syak lagi Tok Mat adalah calon Perdana Menteri yang paling dikehendaki sekali mewakili UMNO.

Kejayaan BN di Melaka dengan sendirinya akan membuatkan Ismail Sabti terketepi, bukan saja untuk dikekalkan lagi sebagai calon Perdana Menteri mewakili UMNO, malah tidak mustahil kedudukannya dalam parti semakin tidak dipeduli.

Kepada Tok Mat, jangan sesekali mensia-siakan peluang menjadi Perdana Menteri PRN Melaka ini. – ShahbudinHusin 08/11/2021.

LABEL LIBERAL DAN SUFI


1. Bagi mereka yang belum menonton Sesi Bual Bicara antara Harith Iskandar dan Dato Dr Syed Ali Tawfiq Al-Attas malam semalam, saya sarankan menonton segera.
2. Apa yang dikatakan oleh Dr Syed Ali bukan saja mind provoking tetapi apa yang diucap terus akan melekat di kalbu. Panahan demi panahan akan buat anda terduduk.
3. Nanti ada la yang kata, tak payah tonton sebab Harith Iskandar tu geng liberal. Satunya, saya nak cakap geng mulut puaka yang suka melabel ni, tak belajar habis. Dalam Islam pun diajar, dengar APA yang disampai bukan SIAPA yang menyampai. Don’t kill the messenger.
4. Kalau la zaman Nabi dulu, semua orang yang lawan hujah dia, dia terus label kafir sana kafir sini, tuan puan ingat Islam boleh tersebar luas ke? Nabi dulu kita pun tahu. Setiap hujah lawan, Baginda santuni dengan penuh adab, dibalas dengan kebijaksanaan. Tu sebab Islam diterima baik, ramai yang convert sekali.
5. Satu lagi yang suka melabel “liberal” ni confirm tak pernah baca Rukun Negara. Dalam Rukun Negara ada tertulis matlamat negara untuk masyarakat kita jadi masyarakat yang liberal. Liberal ni bukannya suruh promote LGBT atau lari bogel sana sini.
6. Liberal yang dimatlamatkan pada kita, ialah keterbukaan (openness) untuk terima perbezaan. Itu maksud Liberal sebenar dalam konteks Rukun Negara. Jangan dibiar orang politik hijack maksud liberal tersebut untuk kelangsungan periuk nasi mereka.
7. Yang heran, orang kita ni kalau bab liberal, dia akan suruh campak ke neraka paling dalam. Tapi kalau nak berkuasa dalil yang keluar, boleh mintak tolong dengan Syaitan. Tu sebab saya cakap geng ulamark politik ni keluar dalil ikut tekak.
7A. Jangan dipusing kata saya pula. Nanti dikatakan saya promote liberalism. Tu salah sekali. Saya mintak tuan puan dengar mesej yang nak disampai. Dengan minda terbuka. Sebab cendiakawan Melayu Islam macam Al-Attas ni selalunya tenggelam kerana dilabel macam2.
8. Nanti ada la yang kata, jangan dengar sangat geng Al-Attas ni. Ni semua geng Sufi dah nak masuk sekular. Sekali lagi melabel. Jenis golongan agama yang kuat melabel ni, satu saja tuan puan, sebabnya mereka tiada upaya mantik untuk hujah kembali. Cara paling senang ialah tutup minda kita supaya terima apa saja hujah mereka. Ya rabbi…
9. Tuan puan katakan kembali pada mereka2 ni, Al-Attas ni kalau ikut sirahnya, keturunan cucu Rasulullah, Imam Hussein. Memang sejak zaman berzaman keturunan Al-Attas ni jadi cendiakawan Islam. Adakah perlu kita hina keturunan Rasulullah sebab nak menangkan ulamark separuh masak?
10. The least we can do is listen. Kalau taknak terima semuanya pun takpe. Yang penting macam Dr Syed Ali cakapkan, bila mendengar guna akal fikiran. Fitrah manusia itu akan condong ke kebenaran. Yang penting terus mendengar dan membaca. Semak pada yang pakar moga terbuka hati kita. A note to self.
11. Semoga kita dan anak cucu sentiasa dibimbing ke arah kebenaran. Bukan hanya terpersona dengan sesetengah pemimpin yang berjubah dan berserban. Yang jenis pelik2, sampai dihalalkan geng dengan Syaitan.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Link nya di sini:

Pertembungan 6 penjuru, Idris ‘serah pada Allah’

 

Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron yang mewakili Pakatan Harapan (PH) akan berdepan saingan enam penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Calon bebas Mohd Akhir Ayob, yang juga veteran tentera, merupakan yang pertama tiba pada 8.10 pagi, diikuti Idris pada 8.33 pagi dengan berpakaian baju Melayu jingga bersama pencadang dan penyokongnya.

“Serah kepada Allah,” kata calon Pakatan Harapan (PH) itu ringkas ketika ditanya pemberita mengenai perasaannya pagi ini.

Pertembungan 6 penjuru, Idris 'serah pada Allah'

Idris Haron

Calon Barisan Nasional (BN), Ketua Pemuda Umno Melaka Fairul Nizam Roslan, tiba tidak lama selepas itu.

Dhanesh Basil calon daripada Gerakan, mewakili PN tiba pada 9 pagi.

Dua lagi calon bebas, Azmar Abdul Hamid dan Muhammad Noor Salleh, masing-masing tiba pada 9.10 pagi dan 9.15 pagi.

Idris menolak spekulasi mengenai pilihan calon Ketua Menteri dan mengatakan masa depan rakyat Melaka lebih penting daripada perkara itu.

“Idris Haron tidak penting. Individu lain juga tidak penting,” katanya.

Beliau berkata, apa yang PH mahukan ialah menawarkan persekitaran politik bersih yang menjadi tanggungjawab.

Ini kali pertama Idris berkempen menentang BN dan Umno selepas menjadi ahli parti itu lebih 30 tahun.

Beliau dipecat daripada Umno bulan lalu selepas menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan BN.

Dalam sidang media selepas itu, Idris berkata jumlah calon bertanding yang ramai menunjukkan demokrasi yang baik dan hidup di DUN Asahan.

Selepas berkhidmat dua penggal sebagai ADUN Sungai Udang, ini kali pertama Idris bertanding di kawasan lain.

Pada pilihan raya umum 2018, DUN Asahan dimenangi calon Umno Abdul Ghafar Atan dengan majoriti tipis 275 undi terhadap calon Bersatu Zamzuri Arifin.

BUAT APA MASUK POLITIK KALAU TAK MAHU KUASA

 

Tengok tweet Rafizi tadi, ada seorang yang komen kata DS Anwar hanya mahukan kuasa sampai langgar prinsip. Sebenarnya orang itu pujuk Rafizi untuk join MUDA.

Yang pertama, Rafizi tu tak muda lagi dah. Dia lebih kurang sama umur dengan aku. Setahu aku parti MUDA ni nak orang muda je. Dah nak buat apa jemput Rafizi?
Kedua, tuduhan yang DS Anwar hanya mahu kuasa. Senang je ni. Memanglah DS Anwar mahukan kuasa. Kalau tak mahu kuasa, nak buat apa masuk pilihanraya?
DS Anwar tubuhkan BA, PR kemudian PH, damaikan PAS dan DAP, kempen sana sini, untuk apa? Kalau bukan untuk menang, untuk apa? Dah tu menang untuk apa? Bukan kuasa?
Semua orang politik masuk dalam politik memang untuk dapatkan kuasa. Cuma PAS saja yang masuk bertanding bukan sebab nak menang. Sebab PAS memang bodoh.
Tapi sekarang PAS pun nak menang juga. Sampai sanggup bersekongkol dengan kleptokrat, dengan pengkhianat dan penyamun sebab nak kuasa. Itulah orang politik.
Jangan risau sifat orang politik yang mahukan kuasa. Kita cuma perlu risau apa yang orang politik itu nak buat apabila diberi kuasa.
Tengok macam Mahathir, idola pengasas parti MUDA si Syed Saddiq. Dia dapat kuasa apa yang dia buat? Cuma nak kukuhkan cengkaman sampai sanggup mungkir janji.
Dah dapat kuasa, dia lukakan hati rakyat. Tuduh orang Melayu pemalas. Cakap manifesto bukan kitab suci (semua ini dibuat untuk lemahkan PH dan kukuhkan cengkamannya).
Yang macam ini yang kita tak mahu. Macam Najib juga. Dapat jadi PM apa dia buat? Kayakan dirinya sendiri.
Zahid Hamidi, Mahiaddin, Ismail Sabri. Semua tu buat apa? Itu yang kita kena risau. Apa orang politik nak buat dengan kuasa. Bukan nak hairan kalau mereka mahukan kuasa.
Dalam tempoh sedekad ini kita dah lihat 4 orang PM. Najib, Mahathir, Mahiaddin dan Ismail. Semua kita tengok sifat positif dan negatif mereka. Cuma DS Anwar belum teruji.
Kalau MUDA tak mahu DS Anwar, dia nak siapa? Mahathir lagi? Jahanamlah rakyat. Sebab Mahathir cuma utamakan kroni. Tak jadi PM pun sibuk nak buat penswastaan. Nak kasi kroni kaya.
Selain tu siapa? Shafie? Adoi la... Sabah pun dia tak boleh nak jaga. Ada hati nak jaga Malaysia? Atau Syed Saddiq sendiri? Yang ini nak buat aku gelak.
Saddiq ni bukanlah teruk sangat sebagai pemimpin tapi kalau setakat peringkat kampung atau paling jauh, negeri tu boleh la. Jadi Adun mungkin sesuai. Tapi sebagai PM?
Cuba cerita sebagai menteri dulu apa sumbangan Saddiq? Janji nak bagi siaran EPL percuma pun dia buat-buat lupa. Kebanyakan masa cuma bodek Mahathir je. Ini nak jadi PM?
Penyokong MUDA ni kena sedar. Korang dah mula dengan langkah salah apabila khususkan parti korang untuk muda saja. Orang muda mungkin ada akal tapi tiada pengalaman.
Kalau MUDA betul establish pun, MUDA akan terus jadi parti supplemen sahaja. Takkan jadi parti utama kerana faktor pengalaman. MUDA cuma boleh support parti lain yang dikuasai orang tua.
Kalau dah begitu, untuk apa parti MUDA? Tengok dalam PRN Melaka. Setiap parti yang bertanding kemukakan wajah muda sebagai calon. Di mana relevannya MUDA?
MUDA ditubuhkan semata-mata untuk lemahkan pengaruh PH khususnya DS Anwar. Itu sahaja. Ahli MUDA kena sedar yang parti mereka tiada matlamat khusus yang membezakan parti mereka daripada parti yang lain.
Usah buang masa. Usah lewarkan usaha untuk tewaskan kleptokrat dan pengkhianat. Tinggalkan saja parti sia-sia itu dan join parti lain yang dah established.
Jangan letak nama anda dalam lipatan sejarah sebagai antara orang yang gagalkan usaha bentuk kerajaan yang berteraskan rakyat.

Raja Gelap

PAS TAK TEGUR KA TAK PAKAI TUDUNG NIH...

 

HAMDAN TAHA


Ini pun macam mana ustaz ustaz Pas nak keluarkan hujah boleh mengundi beliau...kerana ada calun parti lain juga yang tutup aurat....sebab masa Rafidah Aziz dan calun calun Umno yang tak pakai tudung bertanding antara hujah mereka haram undi orang islam tak tutup aurat jika ada pilihan calun islam lain yang tutup aurat...

Saya suka tanya Pas ni...PPBM Umno PKR ni saya tak kisah pun sebab semua tau depa tak keluar hujah itu dan hujah agama
May be an image of one or more people, people standing and text that says "PERIKATAN NASIONAL PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA DR. NORDINA BINTI HJ. ABD LATIF 40 Tahun Pegawai Perubatan 2021 Sarjana Muda Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) RESNAN N.03 DUN AYER LIMAU PERIKATAN NASIONAL"

APA PUNYA MUSIBAT....

 

Raba payudara anak depan isteri, pemimpin BN dipenjara 10 bulan



Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional hari ini memulakan hukuman penjara 10 bulan kerana mencabul anak perempuannya yang berusia 12 tahun, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hanipah Farikullah membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenakan hukuman penjara yang dijatuhi Mahkamah Sesyen, dua tahun lalu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak daripada Barisan Nasional diarahkan menjalani hukuman penjara kerana mencabul anaknya tiga kali ketika mangsa berada di hospital.

Hanipah yang bersidang bersama Ahmad Nasfy Yasin dan Hashim Hamzah bagaimanapun membatalkan denda RM5,000 yang ditambah oleh Mahkamah Tinggi tahun lalu terhadap lelaki yang kini berusia 73 tahun itu.

Bekas ADUN dari Perak itu mencabul anaknya di Hospital Taiping pada 6 petang, 15 April 2015.

Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM3,500 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Lelaki itu kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman, seterusnya Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara dan menaikkan jumlah denda kepada RM5,000.

Hakim Mahkamah Tinggi turut mengarahkan tertuduh menulis surat memohon maaf kepada mangsa dan isterinya, yang kini telah bercerai dengannya. Tertuduh mematuhi arahan itu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Menurut fakta kes, tertuduh melawat anaknya yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Dia telah duduk di sisi katil anaknya itu dan meraba payudara mangsa walaupun ibu gadis itu turut berada di situ.

Dia kemudian mengulangi perbuatan itu selepas gadis itu selesai makan tanpa mengendahkan isterinya yang memarahinya.

Malah dia mengulangi perbuatan itu untuk kali ketiga dan sekali lagi dimarahi isterinya. Lelaki itu kemudian pulang ke rumah.

Keesokannya, selepas dibenarkan pulang dari hospital, mangsa memaklumkan kepada ahli keluarganya perkara yang berlaku dan membuat laporan polis pada 17 April 2015.

TEGUR, KRITIK, BERI PANDANGAN DAN TAWAQUF DALAM KEADILAN


Izinkan saya beri pandangan,yang tak setuju dengan saya,tak apa.
Dalam organisasi mesti ada disiplin bukan sahaja dikalangan anggota bawahan tetapi juga pimpinan tidak terkecuali Presiden.
Pun begitu,dalam proses pemilihan calon,ok untuk kita berikan pandangan,siapa-siapa yang kita nak atau siapa-siapa yang kita rasakan tak layak. Halal untuk untuk kita zahirkan pandangan kita. Ini dinamika politik KEADILAN.
Akan tetapi setelah keputusan dibuat oleh Pimpinan /Presiden siapa-siapa yang dipilih menjadi calon, *adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong dan mendokong* calon atau calon-calon itu sebagai *CALON DARI PARTI* yakni calon kita!
Dalam perkataan lain,setelah keputusan dibuat maka sebagai anggota yang berdisplin kena *HENTIKAN* segala potpetpotpet atau ketidakpuasan hati dan sebaiknya dan paling mulia ialah *kita support kita bantu kerja kempen dan kita sumbang untuk pastikan kemenangan!*
Sekiranya kita masih tak boleh juga menerima,maka sebaiknya kita berdiam diri (setelah kita berikan pandangan) dan tidak menjadi semacam dedalu pula. Ini dipanggil *’Tawaquf’* . Buat ‘_dono_’ atau _buat dek’ je!
Pegangan saya inilah adab organisasi yang paling baik,mulia dan harmoni.
Manakala yang lain,kita persilakan turun ke medan perang sama-sama menyumbang dengan keupayaan yang ada atas nama perjuangan memastikan kawan-kawan kita menang dan KEADILAN mengungguli.
Kesimpulannya ialah,masa untuk kita potpetpotpet sudah berakhir,Parti @⁨Anwar Ibrahim⁩ telah buat keputusan telah umumkan dan penamaan calon juga telah berlangsung,maka mari kita bantu dan sokong sedaya upaya kita; paling kurang dengan doa,bagi pastikan kita beroleh kemenangan.Kita hentikan _buat sementara_ dan _kesampingkan_ segala ketidaksenangan hati (orang Temerloh sebut ‘bersanggit hati’) itu sehingga Kongres atau Post Mortem pula! Dalam Kongres nanti zahirkan jika ianya bermerits (jangan jadikan Kongres tempat puja dan puji Pimpinan sahaja) tetapi pada waktu ini ayuh kita berganding bahu bersama-sama berjuang.
Akhirnya saya teringat kata-kata ini ‘Good or Bad Is My Country’ saya modified sikit *’Good Or Bad Is My (Our) Party’*.
Selamat Berjuang
Ahmad Nizam Hamid


Pemimpin Kechil Dari Kuala Semantan
8 Nov 2021

PRN Melaka: Maznah calon terbaik Pakatan Harapan di Dun Ayer Limau


PRN Melaka: Maznah calon terbaik Pakatan Harapan di Dun Ayer Limau


Puan Mazenah Baharuddin hanya Ketua Awan kawasan Masjid Tanah, Melaka sahaja tetapi dalam pilihan raya negeri  (PRN) Melaka ini beliau telah dipilih sebagai satu-satunya calon wanita AMANAH.

Beliau diberikan tanggungjawab untuk menjadi calon Pakatan Harapan (PH) oleh AMANAH di DUN Ayer Limau dalam PRN ini.

“Terima kasih atas kepercayaan AMANAH dan PH kerana memilih saya.

“Kenapa saya terpilih, kena tanya ketua saya Datin Mahani, Ketua Awan Melaka,” kata Maznah merendah diri ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Maznah masih terkejut, selepas nama beliau diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PH di DUN Ayer Limau.

“Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk PH dan AMANAH,” kata Maznah yang banyak terlibat dalam bidang kewangan ketika beliau bekerja.

Beliau yakin dengan pengalaman dalam dunia korporat dan kewangan yang ada, beliau dapat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Ayer Limau dan juga Masjid Tanah jika terpilih nanti.

“Saya banyak dalam bidang finance sejak dari awal bekerja dan kebanyakannya di Lembah Klang. Sekarang saya dapat berkhidmat untuk kampung saya sendiri,” katanya yang bekerja di syarikat swasta di Shah Alam sebelum ini.

Walaupun wanita, Maznah amat aktif ditempat beliau tinggal. Beliau adalah Pengerusi Persatuan Penduduk dan juga KRT, Taman Jati Indah, Alor Gajah tempat beliau tinggal.

Maznah antara calon-calon wanita yang dikemukakan oleh PH dalam pilihan raya negeri Melaka kali ini.

PKR mengetengah mahasiswa berumur 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir, untuk bertanding di Sungai Rambai.

DAP pula memperkenalkan muka baharu mereka iaitu Leng Chau Yen, 37, yang akan bertanding di DUN Bandar Hilir.

TUUUU DIAAA NEGARA NI LAWAK..UNTUNG 2 RINGGIT LAPAN KUPANG SAJA.....CEHHHH

 

Orang dah tanya Jib. Tapi Menteri Kewangan kata sewa Vellfire lagi murah RM2.80 daripada Proton Perdana.

Masih tak mewajarkan tukar kereta tapi sekarang patutnya giliran Najib jawab sebab kontrak Perdana zaman Najib jadi PM. Kenapa sewa Perdana mahal gila?
Macam tak logik pula Perdana lagi mahal daripada MPV Vellfire. So amacam bosskau? Ada jawapan tak?

TUUU DIAAA .MB BELAT AYAQ KENA BAYAR SAMAN .....BARU JA JADI MB DAH KENA BAYAR SAMAN...GAMAKNYA PAS NI KERJA MAKAN SAMAN SAJA...FITNAH TU BAI...

 


Terkini! Sanusi kalah saman fitnah dengan Mahfuz, diperintah mohon maaf dan bayar RM65,000


Terkini! Sanusi kalah saman fitnah dengan Mahfuz, diperintah mohon maaf dan bayar RM65,000



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor diperintah membayar gantirugi dan kos sebanyak RM65,000 kepada Datuk Mahfuz Omar selepas mahkamah menerima saman yang dikemukakan beliau.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Sanusi membayar gantirugi RM50,000 manakala kos RM15,000 dalam tempoh 14 hari dari hari ini kepada ahli parlimen Pokok Sena itu.

Mahkamah juga memerintahkan Sanusi menulis permohonan maaf di laman facebook miliknya terhadap Mahfuz dalam tempoh 14 hari.

 Perintah-perintah lain yang dikenakan ialah satu injunksi menegah Sanusi dan/atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap Mahfuz di masa hadapan.

Perintah ini adalah susulan daripada tindakan Saman Fitnah oleh Mahfuz terhadap Sanusi yang difailkan pada 9/10/2019 berikutan satu posting Sanusi di facebook miliknya bertarikh 30/7/2019:

Posting yang dibuat Sanusi itu berbunyi:-


“Sejak jadi pemimpin PAN dan PH, dihadiahkan jawatan Timbalan Menteri, sensitiviti terhadap judi dan premis perjudian pun hilang, pudar bersama maruah dan kebolehpercayaan.

“Tukar parti saja kan – bukan tukar agama pun… kata mereka ituu mewajarkan pengkhianatan…

“Kini mereka berkhianat pula kepada pengundi mereka apabila bermudah-mudahan dengan kemasukan premis sport toto ke kawasan yang majoritinya adalah umat Islam…

“Talkinkan saja jiwamu, hiduplah dengan jasad yang makin kerepot.”

Tulisan facebook tersebut adalah rentetan daripada isu pemindahan pusat judi Sport Toto di Pokok Sena.

Perbicaraan kes telah berlangsung selama 1 hari pada 26/8/2021 yang lalu di mana 3 orang saksi telah memberikan keterangan.

Kes diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Dato’ Mohd Arief Emran bin Ariffin.

Azmir bersama Mahfuz ketika mempersiapkan kes untuk menyaman Sanusi yang ketika itu masih belum menjadi MB kedah.

Mahfuz diwakili Noorazmir bin Zakaria dan Nusaibah Nasir dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir.

Sanusi diwakili oleh Yusfarizal Yusoff dan Mohd Faizi Che Abu dari Tetuan Tengku Amalin & Faizi.

PRN Melaka: Calon PH paling awal ke pusat penamaan



Calon Pakatan Harapan (PH), Mohamad Asri Ibrahim menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Lendu, pagi ini 8 November Mohamad Asri yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Masjid Tanah tiba jam 8.35 pagi. Beliau yang lengkap berbaju Melayu merah tiba diiringi pencadang dan pengiring. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...

Tidak ada “katak berprinsip”, DAP tidak berkempen untuk “katak politik”


By

 admin

 -

 8 November 2021

MGF0811021_PENAMAAN-CALON_04-1

Anggota polis yang mengawal disekitar laluan masuk ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka DUN Pengkalan Batu N.15 di Dewan Mini Stadium Bistari, Melaka. foto SYAFIQ AMBAK, 08 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – DAP menegaskan pendirian untuk tidak berkempen untuk dua “katak politik” yang telah menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai berkata, partinya sesekali tidak akan berkempen untuk calon PKR di Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon Amanah di Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Katanya, DAP sudah menyatakan pendirian yang jelas untuk menolak “katak politik” walaupun rakan sekutu mencalonkan dua pemimpin itu untuk bertanding menggunakan lambang PH.

“Oleh itu, kami tidak pergi apabila calon diumumkan,” katanya dipetik Kwong Wah Yit Poh selepas menghadiri satu program di Pudu, ibu negara pada Ahad.

Ditanya mengenai kenyataan MUDA yang turut mengecam PH kerana bekerjasama dengan “katak politik” , Kok Wai berkata beliau bersetuju dengan kenyataan  Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Oleh itu, DAP tidak akan berkempen untuk mereka dalam pilihan raya di negeri Melaka.

“Walau bagaimanapun, kami tetap akan berkempen untuk calon PH lain di Melaka,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.

Kok Wai pada masa yang sama membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang mempertahankan Idris dan Nor Azman sebagai “katak berprinsip”.

“Katak itu katak dan tidak dibezakan katak yang berprinsip dengan katak yang tidak berprinsip,” katanya.

Sementara itu di Melaka, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan Sinchew Daily sebagai enggan mengulas tentang isu “katak” yang bertanding menggunakan lambang PH.

“Saya tidak akan menjawab mengenai isu katak kerana saya bukan lagi dalam barisan kepimpinan parti,” katanya.

Kit Siang juga enggan memberi komen apabila ditanya sama ada DAP akan berkempen untuk Idris dan Nor Azman. – MalaysiaGazette

 

(function() { var d = document, w = window; w

Makan Rasuah Boleh Janji Jangan Kritik Kerajaan Melayu Isle?